Thursday, January 02, 2014

HOT! Pak Mie Penjaga 800 Ekor Anjing Liar Diarah Kosongkan Tanah!

HOT! Pak Mie Penjaga 800 Ekor Anjing Liar Diarah Kosongkan Tanah!

Pasangan berbangsa Melayu yang mempunyai kasih sayang yang tinggi kepada anjing dan kucing terbiar kini sedang berusaha mencari sebidang tanah yang baru untuk menempatkan rumah perlindungan haiwan itu yang menempatkan kira-kira 800 ekor haiwan berkenaan.

Pak Mie Penjaga Anjing

Muhammad Azmi Ismail atau dikenali sebagai Pak Mie dan isterinya Halijah Idris atau Mak Intan terpaksa berbuat demikian kerana mereka diperintahkan keluar dari tanah sedia ada oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Tempoh tiga bulan yang diberikan MBAS secara rasminya tamat semalam dan beliau kini terpaksa membersihkan tempat perlindungan yang dibina di tebing sungai itu dan mengosongkannya.

Semalam MBAS telah memberikan amaran terakhir untuknya meninggalkan Tanjung Bendahara.

“Mengapa pihak majlis (MBAS) menghantar pegawai pada Oktober lalu agar saya menaik taraf pusat perlindungan ini dengan bumbung, lantai simen, sistem saliran dan tangki septik apabila ia akan menghalau saya dan semua haiwan keluar selepas tiga bulan? Siapa yang akan melakukan semua ini jika ia hanya untuk tempoh tiga bulan?

“Memang benar bahawa majlis (MBAS) itu tidak pernah memberikan saya apa-apa dalam bentuk hitam putih (bertulis) mengenai perkara ini, tetapi saya percaya bahawa ia akan membolehkan saya diberi lebih banyak masa daripada tempoh pendek hanya tiga bulan,” katanya memetik laporan The Star hari ini.

(Baca: Kontroversi Pak Mie Penjaga Anjing Melayu)

Tanah di Tanjung Bendahara tempat Pak Mie dan isterinya memelihara anjing dan kucing terbiar terletak di atas tanah kerajaan milik Indah Water Konsortium (IWK).

Pak Mie berkata beliau sudah mengetahui satu hari nanti beliau dan isterinya perlu berpindah dan mencari lokasi baru bagi menempatkan anjing dan kucing jagaannya itu.

“Isteri saya dan saya tahu kami terpaksa keluar juga satu hari ini. Tetapi untuk mendapat dan membeli tanah untuk tujuan itu bukan senang. Tanah yang sesuai mesti jauh dari kawasan kediaman orang lain.

“Jika saya boleh memperoleh dana, saya ingin mendapatkan 50 ekar tanah dan membina rumah perlindungan di tengah-tengah kawasan itu. Saya akan membiarkan kawasan sekeliling kosong bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pemilik tanah berhampiran,” kata Pak Mie yang juga seorang bekas kontraktor.

Beliau sebelum ini telah mengalami pengalaman yang pahit sewaktu beroperasi di tanah miliknya sendiri di Kuala Nerang, yang lokasinya kira-kira 37km dari bandar.

Pak Mie membeli tanah berkenaan dengan menggunakan wang sumbangan untuk menubuhkan tempat perlindungan haiwan yang baru dan merancang berpindah ke sana tahun lepas.

Bagaimanapun, perancangan tergendala apabila penduduk kampung berdekatan membantah.

Beliau berkata, tiada harapan untuk mengubah fikiran penduduk berkenaan dan berpindah ke sana sekarang.

“Penduduk kampung di situ adalah orang Melayu. Saya juga seorang Melayu dan saya faham perasaan mereka. Saya tahu tidak guna cuba mengubah fikiran mereka. Selain itu, saya juga tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan keselamatan anjing-anjing saya.

“Kuala Nerang tidak akan menjadi tempat kami. Saya perlu mencari pembeli bagi tanah itu. Sekurang-kurangnya, saya boleh mendapatkan wang yang benar-benar diperlukan sekarang, ” katanya.

Menurut beliau, apabila pihak majlis hadir dan mahu beliau melakukan kerja-kerja naik taraf itu, Pak Mie beranggapan beliau akan diberi lesen untuk anjing-anjing jalanan yang diselamatkan mereka suami isteri.

“Apabila pihak majlis memberitahu saya untuk melakukan kenaikan taraf ini, saya fikir patut melakukannya dengan serta-merta. Saya juga mahu lesen anjing supaya boleh menangkis aduan.

“Majlis berbuat demikian kerana aduan, yang saya tahu ia bukanlah daripada penduduk di kawasan perumahan berhampiran. Saya berharap orang-orang yang mempunyai masalah dengan saya dan rumah perlindungan akan datang dan bercakap dengan saya sebelum membuat sebarang aduan, ” kata beliau sambil menambah dia bukan seorang lelaki yang tidak bertolak ansur.

(Baca: Top 10 Negara Yang Memiliki Hutang Paling Tinggi Di Dunia )

Walaupun Pak Mie sedang berhadapan pengusiran, beliau dan isteri bertekad melindungi haiwan-haiwan yang ada.

“Kami tidak boleh berhenti mengambil haiwan baru jika seseorang datang kepada kami membawa kotak berisi samada anak kucing atau anjing.

“Jika kami menolak, kami tahu haiwan berkenaan akan dibuang begitu sahaja dan dibiarkan hidup mencari makanan sendiri. Ia sesuatu yang kejam dan kami tidak boleh membiarkannya.

“Menjaga beratus-ratus anjing dan kucing adalah sukar tetapi ia memberi kepuasan tersendiri . Berurusan dengan manusia adalah lebih sukar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung berkata beliau terkejut apabila mendengar tentang amaran terakhir pihak majlis untuk Pak Mie, kerana dia juga telah diberi gambaran bahawa rumah perlindungan itu telah diberikan lebih banyak masa.

Katanya, beliau akan menyiasat dengan majlis untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan membantu Pak Mie.

Sumber: The Star

Sedarkah Anda Betapa Mulianya Doa Seorang Ibu

Sedarkah Anda Betapa Mulianya Doa Seorang Ibu

Info Motivasi. Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Doa Seorang Ibu
Gambar hiasan.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan cedera dalaman.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.

Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu.

Doa Seorang Ibu

Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redha dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Ya Allah, dengan air mataku ini, aku memohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku redha kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redha nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini, amiin”.

Doa Seorang Ibu

Keyakinan ibu Faizal terhadap kuasa Allah sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya cedera parah dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda sembuh dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, ibu Faizal yang berusia hampir 65 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa;

“Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redha dengan pemergiannya, Aamin..”

Doa Seorang Ibu

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya.

Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit.

Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

[Sumber]

Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!

Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!

Info Kesihatan. Pengambilan makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi, malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa.

Mudah lupa
Daya ingatan otak mudah terhakis 
dengan pemgambilan gula berlebihan.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah ingatan.

Uji kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.

Responden bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.

Penganalisis, Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati, responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.

Diabetes tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.

Namun, keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes tahap dua.

BACA INI JUGA: Ketahui Makanan Ringan Yang Sebenarnya Berkhasiat

Sumber: Kosmo.com.my

Wednesday, January 01, 2014

UNIK! Bangunan Paling Bersih Di Dunia Tanpa Kuman!

UNIK! Bangunan Paling Bersih Di Dunia Tanpa Kuman!

Info Unik Dunia. Ia mungkin kelihatan seperti sebuah istana gergasi berbentuk pelik, tetapi ia sebenarnya adalah blok pejabat paling bersih kerana bebas daripada kuman.

Bubble Building

Dipetik dari akhbar DailyMail, rekaan pelik digelar Bubble Building itu adalah hasil idea kreatif studio 3GATTI yang sebelum ini pernah mencipta bangunan berbentuk payung dan menara telekomunikasi yang dilitupi rumput.

(Baca: Filem-filem Yang Bersifat Rasis Demi Komedi)

Bahagian luar pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai itu juga akan dilengkapi nilon antibakteria yang boleh mengembung.

Bubble Building

Menurut 3GATTI, pembinaan struktur unik itu juga berfungsi untuk menghapuskan kuman di sekeliling premis tersebut.

"Bentuk gelembung di luar bangunan direka untuk bergerak mengikut arah tiupan angin.

Bubble Building

Bahagian luar pula dinaikkan sepenuhnya ketika waktu bekerja bagi memastikan pengudaraan lebih baik, namun ia akan ditutup pada waktu malam," jelas jurucakap 3GATTI itu lagi.

-Sentiasapanas.com

10 Negara Dengan Internet Paling Laju

10 Negara Dengan Internet Paling Laju

Semua orang tahu apa yang boleh dilakukan melalui internet dari belajar, bekerja, berhibur dalam macam-macam tidak kisahlah sama ada anda menggunakan gajet mudah alih atau PC di rumah.

10 Negara Dengan Internet Paling Laju

Tapi tahukah anda 10 negara yang mempunyai internet yang laju di dunia ini?

Dibawah ini adalah senarai 10 negara yang mempunyai internet terpantas hasil kajian oleh penyedia trafik yang popular di seluruh negara, Akamai Technologies.

1. Hong Kong

Hong Kong mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang tetapi keluasan negara sebanyak 1,104 kilometer persegi itu (Malaysia mempunyai 329,847 kilometer persegi) dengan kelajuan internet 65.1 Mbps. Anda boleh muat turun filem HD yang berkapasiti 1GB mungkin dengan hanya kurang tiga minit?

2. Korea Selatan

Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma.. Ia ditambah dengan industri game online yang semakin bercambah. Tambahan pula, terdapat mengatakan kadar untuk membeli kelajuan 100Mbps hanyalah kira-kira RM100 saja. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps.

3. Jepun

Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Menariknya, kerajaan negara itu amat mementingkan kelajuan internet melebihi perkara lain dalam agenda negara. Jepun mempunyai populasi sebanyak 127.2 juta orang. Kelajuannya? 48.8 Mbps.

4. Romania

Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan.

5. Singapura

Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hab serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus.

6. Latvia

Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps.

7. Switzerland

Popular dengan hab sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps. Ia meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tahun lepas. Negara ini mempunyai populasi sebanyak 8 juta orang.

8. Israel

Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps.

9. Belgium

Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps. Belgium mempunyai penduduk sebanyak 11.1 juta orang dengan ibu negaranya, Brussels.

10. Taiwan

Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus. Negara itu juga kini aktif dalam industri teknologi maklumat dengan beberapa syarikat popular lahir di sini seperti HTC dan ASUS.

Di manakah kedudukan Malaysia? Menurut Akamai Technologies, pada suku pertama tahun ini, kelajuannya adalah 2.7 Mbps (atas kertas!).

BACA INI JUGA: Bayangkan Kelajuan Internet Nenek Ini Ialah 40 Gb Sesaat!

Sumber: My.news.yahoo

Adakah Anda Memiliki Budi Pekerti Dan Menghormati Orang Lain?

Adakah Anda Memiliki Budi Pekerti Dan Menghormati Orang Lain?

Adakah anda terasa jijik bila melihat tetamu sebuah majlis menggunakan tangan membelek makanan yang disediakan di dalam satu bekas, hanya untuk meletakkannya semula dan mengambil yang lain?.

Menjijikkan

Adakah anda merasa tidak selesa jika ada rakan sepejabat mencelah perbualan anda dengan seseorang, bertanyakan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang dicakapkan?

Di pejabat yang lain, seorang petugas dilihat bercakap dengan pegawai atasannya dengan kedua-dua belah tangan di dalam saku seluarnya.

Ini antara beberapa senario yang menunjukkan kelakuan tidak sopan dan tidak menghormati orang lain yang diamalkan sebahagian anggota masyarakat.

Pekerti

Kurang+ajar

Menurut kamus, takrif budi pekerti adalah tindakan yang berkait rapat dengan kelakuan atau perangai. Ia juga merujuk kepada kelakuan atau perangai sopan yang sepatutnya dilakukan bila bersama orang lain dalam masyarakat.

Pekerti juga dikenali juga sebagai 'etiket'.

Menurut aktivis sosial Fatimah Mansur, etiket bersangkut-paut dengan cara suatu perbuatan sepatutnya dilakukan manusia di hadapan individu lain.

"Contohnya ketika kita memberikan sesuatu kepada orang lain, kita harus menggunakan tangan kanan," katanya sambil menambah kata, etiket berbeza dengan etika.

"Etika merujuk kepada perkara yang anda tidak patut lakukan."

Etiket pula penting diamalkan dalam pergaulan masyarakat, kata Fatimah.

"Contohnya pada tata cara makan yang sopan, dianggap melanggar etiket ketika kita makan sambil berbual dengan mulut yang penuh atau mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi jika sedang makan bersama orang lain," jelas beliau.

Katanya etiket bersifat relatif. Etiket juga benda yang dianggap tidak sopan dalam suatu kebudayaan, contohnya bersendawa atau kentut semasa makan.

Jelas beliau, kelakuan baik meliputi tindak-tanduk hormat kepada orang lain.

"Tidak kira kenal atau tidak, kita perlu layan orang lain sama rata.

"Kelakuan baik akan menunjukkan anda menghormati orang lain dan mahukan mereka rasa selesa bila bersama anda. Bila kita abaikan kesopanan, orang akan rasa tidak selesa dan tidak mahu bersama kita".

Kenapa jadi begini?

Katanya tiada siapa yang suka berada berhampiran dengan mereka yang berkelakuan kasar atau tidak senonoh kerana khuatir akan dimalukan.

"Kita sepatutnya cuba elakkan daripada memberi aib kepada orang, jangan sakiti perasaan mereka kerana tiada siapa yang suka dilayan kasar," kata beliau.

Pekerti Baik Adalah Sopan Santun

Murid+Bodoh

Menurut Fatimah, budi pekerti yang baik adalah sifat yang sopan santun.

"Berkelakuan sopan bermakna orang lain tidak akan tersinggung. Bila seseorang itu bertindak tidak sopan, dia gagal berkelakuan menurut etiket dan akan membuat orang lain mengatakan dia tiada budi bahasa.

"Berkelakuan sopan memberitahu orang lain yang anda menghormati mereka dan anda mahukan mereka rasa selesa.

"Bila kita abaikan kesopanan, orang akan menjauhi kita kerana mereka tidak mahu berada dalam situasi yang boleh menjadi keruh," Fatimah memberi pendapat beliau.

Adat Sosial

Seorang lagi aktivis sosial Gurmukh Singh menjelaskan bahawa kelakuan baik serta adab sosial adalah penting bagi masyarakat.

Katanya terdapat tiga faktor yang membentuk budi pekerti baik iaitu pertimbangan, fikiran logik dan adat.

"Pertimbangan adalah faktor utama kelakuan baik, selalunya individu yang punya pertimbangan memang menunjukkan kelakuan baik," kata Gurmukh Singh.

Pertimbangan mengambil kira apa yang orang lain rasa. Juga setiap kelakuan baik punya komponen pemikiran logik.

Katanya adab dan budaya adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat seperti berjabat tangan, menyapa dan memberi salam.

Apa itu hormat?

Menghormati+Orang+Lain

Kata Gurmukh Singh, hormat adalah perasaan menghargai apa yang dibuat diri sendiri atau orang lain.

"Ia merangkumi hormat pada diri sendiri, hormat pada orang lain. Perasaan hormat akan menjauhi kita daripada melakukan apa yang boleh merosakkan atau menjahanamkan perkara yang dihargai.

"Layanilah orang lain seperti mana anda mahu diri sendiri dilayani".

Katanya memang menjadi kewajipan bagi seseorang itu melayani orang lain dengan penuh hormat.

"Ini menunjukkan anda beri pertimbangan pada orang lain termasuk kepada mereka yang lebih dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, adik-beradik dan anggota keluarga.

Ini juga termasuk menghormati idea, kepercayaan agama orang lain, mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Kata Gurmukh Singh, budi pekerti merupakan jambatan penghubung antara budaya dan gaya hidup.

"Kita juga perlu memahami protokol budaya lain," tambah beliau.

BACA INI JUGA:

Sumber: Bernama

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

Berikut adalah jadual pembayaran gaji, khususnya kepada penjawat awam pada setiap bulan bagi tahun 2014.

Jadual-gaji-kakitangan-awam-2014

Dengan jadual ini, semoga dapat membantu kalangan kakitangan awam merancang pengurusan kewangan dan perbelanjaan maisng-masing di sepanjang tahun 2014.

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014
BulanTarikhCatatan
Januari23.01.2014 (Khamis)Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb
Februari25.02.2014 (Selasa)-
Mac25.03.2014 (Selasa)-
April24.04.2014 (Khamis)-
Mei22.05.2014 (Khamis)Pesta Kaamatan 30-31 Mei
Jun25.06.2014 (Rabu)Hari Gawai 1-2 Jun
Julai22.07.2014 (Selasa)Hari Raya Puasa 28-29 Julai
Ogos25.08.2014 (Isnin)-
September25.09.2014 (Khamis)-
Oktober16.10.2014 (Khamis)Deepavali 23 Oktober
November25.11.2014 (Selasa)-
Disember18.12.2014 (Khamis)Hari Krismas 25 Disember
Download gambar, klik disini.

Penyata gaji kakitangan awam juga boleh disemak menerusi laman rasmi Jabatan Akauntan Negara di http://www.anm.gov.my/index.php

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 31, 2013

Top 10 Air Terjun Paling Cantik Di Dunia

Top 10 Air Terjun Paling Cantik Di Dunia

Anda pasti bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa air terjun adalah pemandangan luar biasa keindahannya yang dianugerahkan Allah buat tatapan manusia.

Bukan satu, tetapi di dunia ini sebenarnya banyak air terjun dengan keindahannya yang sangat mengagumkan.

Mensyukuri nikmat diatas keindahan anugerah Allah yang tersebar di segenap penjuru dunia.

Air Terjun Niagara
Canada/USA


Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA ini walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik yang terdapat di muka bumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

Air Terjun Angel
Venezuela


Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

Air Terjun Iguazu
Brazil/Argentina


Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Air Terjun Iguazu terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

Air Terjun Victoria
Afrika


Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara yang paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

Air Terjun Gullfoss
Iceland


Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

Air Terjun Upside Down
Hawaii


Sesuai dengan namanya, Air Terjun Upside Down yang terletak di Gunung Konahuanu, Pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil yang berterbangan ke udara.

Air Terjun Nachi
Jepun


Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

Air Terjun Giessbach
Switzerland


Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Air Terjun Giessbach di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangannya bertambah indah apabila ia dikelilingi oleh tasik jernih bak kristal dan gunung-ganang yang diliputi salji.

Air Terjun Lower
USA


Air Terjun Lower berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Air Terjun Jim Jim
Australia


Setinggi 215 meter, Air Terjun Jim Jim memaparkan pemandangan yang sangat cantik.

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam

-Sentiasapanas.com

UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!

UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!

Jurutaip warga India mampu menaip 100 patah perkataan seminit dengan menggunakan 12 jarinya.

Vijay Singh

Vijay Singh, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India.

“Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal,” katanya dipetik DilyMail

Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan.

Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang tetapi tidak mempunyai sendi.

Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat.

BACA INI JUGA: Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Sumber: SH

Top 10 Pelakon Sinetron Indonesia Paling Popular

Top 10 Pelakon Sinetron Indonesia Paling Popular

Lakonan pelakon remaja, cantik, seksi dan popular di layar sinetron kini menghiasi skrin TV di negara kita. Hampir semua stesen TV menyiarkan lakonan mereka.

Populariti mereka sekaligus mengisi era lakonan pelakon cantik seperti Ayu Azahari, Dian Sastro, Tamara Blazingky dan ramai lagi pelakon popular 90an.

Kini giliran pelakon-pelakon muda yang menjadi idola ketika ini.

Citra Kirana

Citra Kirana

Dilahirkan pada 23 April 1994 di Bogor, Indonesia. Dikenali menerusi sinetron Putri Yang Ditukar pada tahun 2007, Safa dan Marwah dan yang terbaru sinetron Tukang Bubur Naik Haji. Citra juga tercalon sebagai Aktris Terfavorit Ajang Panasonic Awards 2013 dan Aktris Terfavorit Indonesia Kids Choice Awards 2013 bagi kategori Aktris sinetron Terpuji Festival Film Bandung.

Kimberly Alvionnella Ryder

Kimberly Alvionnella Ryder

Pelakon berdarah kacukan Makkasar dan Inggeris ini dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 6 Ogos 1993 memulakan karier lakonan pada tahun 2008 menerusi sinetron berjudul Cahaya dan Air Terjun Pengantin Phuket. Kimberly juga seorang pelakon filem berjudul Chika dan Get Married pada tahun 2011. Terbaru pelakon ini muncul dalam sinetron berjudul Monyet Cantik yang kini disiarkan di stesen TV Indonesia.

Kartika Putri

Kartika Putri

Anak Palembang, Indonesia ini dilahirkan pada 20 Januari 1991. Selain berlakon sinetron dan filem, pelakon cantik ini juga hos TV bagi rancangan Rejeki Rejeki Malam pada tahun 2011 selain pernah menjadi hos pembantu rancangan Dahsyat tahun lalu. Antara filem lakonannya ialah Nenek Gayung, Samudra Hotel dan sebagainya.

Michelle Zudith

Michelle Zudith

Kelahiran Medan, Indonesia, beragama Islam dilahirkan pada 20 Januari 1995 dan muncul dalam sinetron Love In Paris Season 1 dan 2, Bunga Cinta dan sebagainya.

Ririn Dwi Ariyanti

Ririn Dwi Ariyanti

Anak bungsu dari tiga beradik ini dilahirkan di Malang, Indonesia pada 6 November 1985. Menjadi hos TV seperti Let's Dance pada tahun 2004 diikuti hos program Cermin Hati dan sebagainya. Lakonannya diasuh di dalam sinetron seperti Bukan Diriku pada tahun 2006, Impian Cinderella, Pintu Hidayah, Maha Cinta dan terbaru sinetron Bola Bolu. Ririn juga seorang model iklan TV seperti Fres dan Natural, Nourish Skin dan sebagainya.

Aura Kasih

Aura Kasih

Dari finalis Miss Indonesia pada tahun 2007, Aura atau nama sebenarnya Sanny Aura Syahrani melangkah kaki sebagai penyanyi, pelakon filem dan model. Anak kelahiran Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada 23 Februari 1988 mula dikenali apabila merakamkan lagu Mari Bercinta pada tahun 2008 yang dimuatkan di dalam album Malaikat Penggoda.

Nabila Ratna Ayu Azalia

Nabila Ratna Ayu Azalia

Turut dikenali sebagai Ayu Chin, bekas anggota termuda kumpulan JKT 48 yang menyertai program Idol Indonesia. Nabila dilahirkan pada 11 November 1999 di Jakarta, Indonesia juga seorang model iklan TV.

Ida Ayu Kadek Devi

Ida Ayu Kadek Devi

Memulakan karier lakonan pada 2003 menerusi lakonannya dalam sinetron berjudul Cinta Bikin Pusing, Kawin Gantung, Cinta 2020, Celana Bulu Jeans, AKu Cemburu dan sebagainya. Ida dilahirkan di Bandung pada 7 NOvember 1985.

Raisa Andriana

Raisa Andriana

Anak kelahiran Jakarta ini dilahirkan pada 6 Jun 1990, mendapat pendidikan dari Universitas Bina Nusantara Internasional. Memulakan karier seni sebagai penyanyi dan dikenali menerusi lagu berjudul Serba Salah. Album pertama Raisa berjudul Raisa menampilkan lagu-lagu seperti Terjebak, Nostalgia, Pergilah dan sebagainya. Untuk melihat gambar dan aktivitinya kunjungi Facebook Raisa. Selain menyanyi, Raisa juga seorang model iklan TV.

Nina Zatulini

Nina Zatulini

Nama asal pelakon ini ialah Shadrina Zatulini Manaf dan dilahirkan di Jakarta pada 23 November 1991. Model iklan TV ini juga muncul sebagai pelakon filem Cinta 24 karat, Menjelang Cinta dan lain-lain lagi. Manakala lakonannya di dalam sinetron ialah Asmara Rama dan Shinta dan sebagainya. Menurut pelakon ini, pengalaman pahitnya ialah dua kali putus cinta.

-Sentiasapanas.com