Saturday, August 31, 2013

 AS Bersedia Serang Syria Pada Bila-bila Masa!

AS Bersedia Serang Syria Pada Bila-bila Masa!

Amerika Syarikat semalam memberi isyarat bahawa ia bersedia bertindak bersendirian ke atas Syria jika perlu untuk melindungi keselamatan kepentingannya selepas parlimen Britain menolak usul kerajaan Perdana Menteri David Cameron untuk melancarkan serangan peluru berpandu.

Krisis Syria
Gambar fail.

Pentadbiran Presiden Barack Obama yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengesahkan negara itu akan melaksanakan campur tangan bersenjata dalam persidangan dengan pemimpin Kongres malam Khamis lalu.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Ketika Pentagon mengerakkan armada pemusnah kelima dilengkapi peluru berpandu ke timur Mediterranean, negara sekutu utamanya, dilihat belum bersedia.

Presiden Perancis Francois Hollande yang pertama menyokong tindakan tentera dan pemimpin Jerman yang juga sudah menyatakan sokongan, meminta tindakan tentera ditangguhkan sehingga Majlis Keselamatan PBB membuat penilaian ke atas bukti yang dikumpulkan pakar senjata kimia yang masih berada di Syria.

Dalam satu temuramah televisyen Rabu lalu, Obama berkata keselamatan ke atas kepentingan Amerika di Syria termasuk menghentikan penggunaan senjata kimia, menyekat pengganas daripada mendapat senjata terbabit dan melindungi negara jiran yang menjadi sekutunya seperti Israel dan Turki.

Pegawai berkata, Obama tidak berminat untuk mengemukakan perkara itu di PBB, kerana pasti Russia akan menyekat sebarang resolusi untuk mengutuk Syria, manakala China hampir pasti mengambil tindakan serupa.

“Kami akan membuat keputusan kami sendiri dan menentukan masanya,” kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf tanpa menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil.

Beliau menafikan bahawa pentadbiran Obama meningkatkan usaha perisikan dan enggan membincangkan bukti yang diperoleh tetapi menolak andaian tindakan diambil sama seperti apa yang dilakukan ke atas Iraq.

Timbalan jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, berkata Obama berminat untuk mendapatkan kerjasama masyarakat antarabangsa ketika beliau menimbang sama ada mahu melancarkan serangan peluru berpandu. -AGENSI

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Geng 21 Mati Ditembak!

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Geng 21 Mati Ditembak!

Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Geng 21
Gambar hiasan

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat. -mStar

Lima Lagi Suspek Ahli Kongsi Gelap

Sementara itu, lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di sini petang Jumaat dan awal pagi Sabtu, menjadikan 183 suspek ahli kongsi gelap ditahan di Kedah setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata empat lelaki dari Kubang Pasu berumur antara 20 hingga 30 tahun diberkas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam ketika cuba masuk ke Thailand, kira-kira 5.40 petang Jumaat.

"Polis mendapati semua empat lelaki itu mempunyai tatu lambang ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 04 apabila diperiksa. Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," kata Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, Sabtu.

Seorang lagi lelaki berumur 21 tahun yang dipercayai anggota Geng 08 berdasarkan simbol pada badannya ditahan kira-kira 12.45 tengah malam tadi di Kulim, katanya.

Katanya menjadi ahli pertubuhan haram boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya. -BERNAMA

Misteri Puaka Di Berkeley Square

Misteri Puaka Di Berkeley Square

Lebih dari 100 tahun yang lalu, sesuatu yang mengerikan terjadi di Berkeley Square. Nameless Thing of Berkeley Square adalah sebuah julukan yang diberikan kepada entiti misteri yang kelihatan pada abad ke 18 dan 19 di sebuah bangunan era Victorian bernama 50 Berkeley Square di England.

Misteri Puaka Di Berkeley Square

Walaupun kebanyakan peneliti lebih cenderung memasukkan peristiwa ini ke dalam kategori supernatural, sebahagian yang lain beranggapan entiti ini patut dimasukkan ke dalam kategori Cryptid atau Predator.

Berpuaka!

Kisah misteri ini berpusat pada sebuah kompleks perumahan yang disebut Berkeley Square. Ia didirikan pada tahun 1740 oleh William Kent.

Kompleks ini pernah menjadi tempat kediaman tokoh-tokoh penting, diantaranya ialah Winston Churchill yang tinggal dibangunan nombor 48.

Dan juga George Canning, Perdana Menteri Britain pada tahun 1827 yang tinggal dibangunan bernombor 50. Dan dibangunan inilah misteri ini bermula!

Tidak ada yang tahu dan pasti bila serta bagaimana bangunan ini mula dikatakan sebagai bangunan berpuaka!

Namun, peristiwa aneh yang menyertai bangunan ini sebenarnya sudah bermula sejak akhir tahun 1700an lagi.

Menurut legenda, seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal dibangunan ini telah dibunuh dengan sadis oleh pengasuhnya.

Sejak itu, bayangan gadis kecil itu sering kelihatan sedang menangis ditingkat atas. Dan pada tahun 1840, bangunan ini telah berjaya membangunkan reputasinya sebagai salah sebuah bangunan yang paling ditakuti di England.

Puaka di tingkat dua!

Pada tahun itu, Sir Robert Warboys yang baru berusia 20 tahun telah mendengar khabar angin mengenai bangunan berpuaka ini.

Dibesarkan sebagai seorang yang terpelajar, Warboys menganggap remeh tentang khabar angin mengenai cerita berpuaka itu dan memandangnya hanya sebagai sebuah 'urban legend'.

Rakan Warboys yang tidak setuju dengan pandangan itu segera mencabarnya untuk bermalam ditingkat dua bangunan berpuaka tersebut. Dengan angkuh, dia menerima cabaran itu.

Setelah berjaya meyakinkan penjaga bangunan, Warboys diberikan sebuah bilik ditingkat dua, pada kedudukan betul-betul diatas bilik penjaga bangunan. Warboys masuk ke dalam bilik tidur berbekal sepucuk pistol dan sebatang lilin.

45 minit kemudian, penjaga bangunan terbangun dari tidurnya. Dia mendengar bunyi bising di bilik yang didiami Warboys. Beberapa saat kemudian, bunyi tembakan kedengaran.

Dengan tergesa-gesa dia segera bingkas dan berlari menuju ke atas. Sampainya diatas, dia merempuh pintu bilik secara paksa.

Apa yang dilihatnya tidak akan dilupakannya seumur hidup! Keadaan didalam bilik itu hampir tidak berubah, namun disudut bilik yang remang-remang, Sir Robert Warboys terbujur kaku sambil memegang erat pistolnya yang masih mengeluarkan asap. Dia sudah tidak bernyawa lagi!

Apa yang lebih mengerikan adalah ekspresi wajah Warboys. Giginya terkatup dengan rapat dan kedua biji matanya terbeliak seperti hendak terkeluar dari tengkoraknya.

Seolah-olah telah melihat sesuatu yang sangat menakutkan sehingga telah membunuhnya dalam sekelip mata.

Tidak ada petunjuk mengenai apa yang telah menyebabkan Warboys mati dengan tragis. Penjaga bangunan itu hanya menemui sebuah lubang di dinding akibat peluru yang ditembakkan dari pistolnya.

Apa yang telah ditembaknya? Yang pasti 'sesuatu' yang mengerikan!

Beberapa puluh tahun kemudian, 'sesuatu' itu muncul kembali. Kali ini, ia dilihat oleh saksi yang hidup!

Pengalaman dua orang pelaut!

Pada tahun 1887, dua orang pelaut dari kapal HMS Penelope di Portsmouth bernama Robert Martin dan Edward Blunden yang baru saja menghabiskan wang untuk bergembira masuk ke kompleks Berkeley Square.

Mereka memutuskan untuk masuk ke salah satu bangunan yang ada di situ untuk mencari tempat beristirehat dan kebetulan mereka memilih bangunan bernombor 50!

Ketika itu, 50 Berkeley Street sudah tidak berpenghuni dan dalam keadaan kosong. Mereka kemudiannya berjaya menemui jalan masuk ke tingkat bawah dan menceroboh masuk ke situ.

Mendapati keadaan lantai yang lembab, kedua-duanya naik ke atas, lalu tidur di bilik yang pernah dihuni oleh Warboys.

Ketika memasuki bilik itu, Blunden yang kurang mabuk berbanding rakannya, Martin, segera menyedari kehadiran 'tetamu' di bilik itu yang membuatkannya gelisah.

Dia menyatakan bahawa dia merasakan kehadiran 'sesuatu'. Namun, Martin segera menenangkannya dengan membuka jendela bilik untuk membiarkan angin malam berhembus masuk.

Lebih kurang sejam kemudian, sekitar tengah malam, Blunden terbangun kerana terdengar bunyi pintu bilik berkeriut.

Sambil menggosok-gosokkan matanya, dia melihat pintu bilik telah terbuka. Blunden yang hairan kemudian memeriksa sekelilingnya. Tiba-tiba dia melihat sesuatu!

Dalam keadaan yang remang-remang, Blunden melihat sesosok tubuh aneh berwarna kelabu merayap perlahan-lahan di lantai kayu.

Seiring dengan gerakan makhluk itu, Blunden dapat mendengar bunyi gesekan dengan lantai bilik yang membuatkannya seram.

Dicengkam oleh ketakutan yang amat sangat, Blunden membangunkan Martin. Martin yang terbangun segera menyedari apa yang sedang terjadi di bilik itu. Kedua-duanya melompat dari tempat tidur.

Makhluk itu berdiri di depan mereka. Dan di belakangnya adalah pintu bilik, satu-satunya harapan mereka untuk melarikan diri.

Blunden yang gementar melirik ke arah senapangnya yang tersandar berhampiran jendela. Ketika dia cuba untuk meraih senapangnya, makhluk itu tiba-tiba melompat dan mendarat di leher Blunden.

Blunden panik, dia mula berteriak dan bergomol dengan makhluk itu!

Martin dengan cepat berlari keluar, menuruni tangga, keluar dari bangunan dan segera berteriak mencari pertolongan.

Tidak berapa lama kemudian, dia bertemu dengan seorang polis yang sedang membuat rondaan.

Ketika mereka kembali ke bangunan itu, mereka menemui bilik tadi dalam keadaan kosong. Blunden tidak ada di situ!

Mereka kemudiannya mula mencari ke seluruh bangunan. Ketika di tingkat bawah, mereka menemui Blunden namun, dia sudah tidak bernyawa lagi dengan keadaan tubuh terpotong-potong!

Sama seperti ekspresi kematian Sir Robert Warboys, wajah Blunden menunjukkan ekspresi ketakutan yang amat sangat.

Dalam versi lain, diceritakan bahawa Blunden tidak mati di tingkat bawah, tetapi mati kerana jatuh dari jendela akibat ketakutan.

Walaupun ada versi-versi yang berbeza, yang pasti semuanya sepakat bahawa ada 'sesuatu' yang mengerikan mendiami bangunan 50 Berkeley Square.

Pengalaman Thomas Lyttelton!

Kisah penampakan yang dialami oleh Martin mungkin akan dianggap sebagai cerita bohong seorang pelaut yang sedang mabuk.

Namun, penampakan makhluk ini sebenarnya dialami sendiri oleh tokoh masyarakat dan tiada sebarang alasan untuk mereka berbohong.

Salah seorang daripadanya ialah salah seorang anggota parlimen bernama Thomas Lyttelton yang pernah tinggal di bangunan yang sama untuk beberapa waktu.

Pada suatu malam, Thomas Lyttelton melihat sesuatu seperti makhluk hidup di biliknya. Dia segera mengambil senapangnya dan melepaskan tembakan.

Dia yakin bahawa makhluk itu terkena tembakannya kerana dia melihat makhluk itu jatuh. Namun dia tidak menemui sebarang jejak atau bangkai makhluk tersebut!

Makhluk apakah itu?

Menurut para saksi yang mengaku pernah melihatnya, makhluk itu seperti tidak berbentuk dan kelihatan seperti cairan likat.

Ketika ia bergerak, ia akan menghasilkan bunyi-bunyi yang pelik. Gambaran yang diberikan berbeza-beza, namun salah seorang saksi mengakui bahawa makhluk itu memiliki sesungut seperti seekor sotong kurita.

Disebabkan gambaran inilah, beberapa pengkaji menyimpulkan bahawa makhluk itu berkemungkinan adalah sejenis makhluk air yang telah bermutasi dan telah bermigrasi dari Sungai Thames ke saluran bawah tanah Kota London dan akhirnya sampai ke bangunan Barkeley Square melalui saluran paip.

Makhluk ini mungkin sedang mengejar kumpulan tikus yang tinggal berkeliaran di bangunan itu dan secara tidak sengaja menemui para pelaut yang sedang mabuk itu.

Namun, tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenai jarak waktu penampakan yang cukup panjang.

Jika makhluk itu memang seekor makhluk air yang bermutasi, sebenarnya perkara tersebut sangat mustahil kerana penampakannya mencapai sehingga 200 tahun.

Sebab itu, ramai orang percaya bahawa makhluk itu adalah makhluk supernatural, bukan 'cryptid' atau 'predator'.

Harry Price, salah seorang pengkaji yang meneliti misteri ini secara intensif pada tahun 1920-an menemui beberapa fakta menarik.

Misalnya, sebelum tahun 1790, 50 Berkeley Square pernah dijadikan markas oleh para pemalsu dokumen.

Price berpendapat mungkin kisah bangunan itu berpuaka mungkin sengaja direka-reka oleh mereka untuk menutup kegiatan haram yang mereka jalankan.

Namun, ketika Price mengkaji lebih mendalam, dia menemui lebih banyak penemuan dan dokumen yang menceritakan kisah perjumpaan dengan Nameless Thing.

Misalnya, dia menemui sebuah artikel di majalah 'Notes and queries' yang ditulis oleh W.E Howlett yang diterbitkan pada tahun 1870. Di situ tertulis.

"Peristiwa Berkeley Square masih misteri. Kisah bangunan berhantu di Mayfair itu dapat disimpulkan dengan beberapa perkataan; Bangunan itu memiliki sebuah bilik dengan atmosfera supernatural yang memiliki kesan buruk terhadap tubuh dan fikiran. Seorang gadis pernah melihat dan mendengar cerita itu dan menjadi gila kerananya. Dia tidak pernah sembuh untuk menceritakan apa yang telah dilihatnya".

Melihat dokumentasi yang cukup banyak, Price hanya mampu mengambil kesimpulan bahawa memang aktiviti Poltergeist yang sangat jahat dan aktif di bangunan bernombor 50 pada tahun 1800-an. Namun dia percaya bahawa aktiviti itu telah lenyap sekarang.

Berkeley Square di zaman moden

50 Berkeley Square

Sejak tahun 1938 hingga kini, tingkat bawah bangunan Berkeley Square telah dijadikan kedai buku terpakai yang bernama Maggs Brothers.

Walaupun tidak ada penampakan lagi yang dilaporkan dalam beberapa puluh tahun kebelakangan ini, perlu dicatat bahawa para pekerja kedai buku itu tidak diizinkan untuk naik ke tingkat atas.

Menurut mereka, sejak tahun 1950-an, pihak polis telah meletakkan papan tanda peringatan di dinding di dalam bangunan itu.

Peringatan itu menyebutkan bahawa tingkat atas bangunan itu tidak boleh digunakan, malah sebagai stor penyimpanan barang sekalipun.

Tidak ada siapa yang tahu alasannya, namun yang pasti kita tahu sebabnya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Tahukah Anda Pulau-pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan?

Tahukah Anda Pulau-pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan?

Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya untuk kehidupan manusia. Namun dengan semakin berkembangnya populasi manusia, membuatkan dunia semakin sempit.


Mungkin kerana alasan itulah ada insan-insan yang dikurniakan kepintaran sehingga mampu mencipta pulau buatan sendiri di pelbagai pelusuk dunia. Dengan bentuk yang unik, pulau-pulau buatan itu dijadikan sebagai tempat tinggal!

Tak percaya, mari kita lihat pulau-pulau buatan manusia yang sangat menakjubkan ini.

Spiral Island

Spiral Island

Jika anda tidak mampu membeli sebuah pulau tropika, kenapa tidak membinanya sendiri? Itu adalah apa yang Richie Sowa lakukan pada tahun 1998. Dengan menggunakan lebih daripada suku juta botol plastik.

Mexcaltitan

Mexcaltitan

Mexcaltitan adalah pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Nayarit, Mexico. Pulau itu kini sedang dipromosikan sebagai tarikan pelancong dan pulau ini sedang dihias oleh "Pueblo Magico" yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Ia boleh diakses dengan bot dari La Batanza, yang merupakan kawasan dok yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Santiago, Ixcuintla.

The World Islands

The World Islands

Projek The World Islands adalah satu kumpulan kira-kira 300 pulau buatan manusia. Kepulauan buatan ini dibina dalam bentuk peta dunia yang terletak kira-kira 6 km di luar pantai Dubai, UAE, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 55 km persegi.

Pemaju induk adalah Nakheel Properties, anak syarikat Kerajaan Dubai milik konglomerat Dubai World.

Real Madrid Island

Real Madrid Island

Pada tahun 2012, pasukan bola sepak Real Madrid mengumumkan rancangan untuk membina sebuah resort mewah bernilai $1 bilion di United Arab Emirates.

Resort yang juga digambarkan sebagai sebuah taman tema untuk peminat bola sepak yang taksub, termasuk dua hotel bertingkat, villa mewah, stadium bola sepak dengan 10,000 tempat duduk, marina dan muzium berteknologi tinggi yang dikhaskan untuk sejarah pasukan tersebut.

Real Madrid telah mengumumkan projek 430,000 meter persegi yang direka oleh J + H BOIFFILS dan akan dibina dengan kerjasama kerajaan UAE. Mereka berharap untuk membuka pulau ini pada tahun 2015.

Kepulauan Khazar

Kepulauan Khazar

Kepulauan Khazar (disebut Xəzər), juga dikenali sebagai Kepulauan Caspian, adalah 41 pulau buatan yang terletak 25 km di selatan Baku, Azerbaijan, dengan keluasan 3,000 hektar (kira-kira 11.6 batu persegi) di Laut Kaspia.

Avesta, syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan pulau-pulau, sedang membina bandar yang mampu memuatkan 1 juta penduduk, mengandungi 150 buah sekolah, 50 hospital dan pusat-pusat jagaan harian, taman-taman, pusat membeli-belah, pusat-pusat kebudayaan, kampus universiti, litar Formula 1 dan Menara Azerbaijan (dijangka menjadi tertinggi di dunia).

Dengan kos pembinaan menara yang menelan kos sebanyak  $2 billion bakal menjadi tunjang Kepulauan Khazar, sebuah bandar yang berharga $100 bilion.

No Man’s Land Fort

No Man’s Land Fort

Kubu laut semasa Era Victoria pada mulanya dibina untuk menangkis serangan tentera laut Perancis, tetapi kini sebuah hotel mewah dengan 21 bilik, dua landasan helikopter dan kolam renang yang mampu dipanaskan telah dibina.

Ia telah dijual pada tahun 2007 tetapi apabila syarikat itu muflis, ia telah membawa kepada beberapa drama dengan bekas pemiliknya Harmesh Pooni, telah mengurung dirinya di dalam rumah dipulau berkenaan pada tahun 2008. Sehingga kini ia masih belum lagi terjual.

Orsos Island

Orsos Island

Adakah anda mengimpikan sebuah pulau peribadi anda sendiri, tetapi tidak suka terikat di satu tempat? Jika ya, sebuah firma Austria telah memberikan penyelesaian untuk masalah anda, pulau buatan manusia terapung yang lengkap dengan dua enjin diesel kecil untuk anada pada bila-bila berpindah ke mana-mana sahaja.

Berbentuk bujur "Pulau Orsos" telah direka untuk menggabungkan pergerakan kapal layar dengan keselesaan sebuah rumah.

Ia menawarkan enam bilik tidur, setinggi tiga tingkat dengan keluasan 1,000 meter persegi dan mempunyai empat gelanggang tenis.

Harga untuk semua ini sudah pasti lebih daripada yang anda harapkan jika dibandingkan dengan rumah biasa. Pada harga $6,500,000, ia jauh lebih murah berbanding kepulauan Caribbean dan kini digemari oleh orang-orang kaya.

Tokyo Bay Aqua-Line

Tokyo Bay Aqua-Line

Salah satu cara yang cepat untuk menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, Kisarazu dan Chiba ialah lebuhraya yang dibina di bawah laut dengan jambatan di atasnya. Aqua Tunnel adalah sepanjang 9.6 kilometer bermula dari Kawasaki.

BACA INI JUGA: The Island Race, Tragedi San Diego

-Sentiasapanas.com

Friday, August 30, 2013

Pelukis Nafi Hina Islam Tapi Bagi Alasan Tak Logik!

Pelukis Nafi Hina Islam Tapi Bagi Alasan Tak Logik!

Kami semalam menulis laporan bahawa ruang pameran lukisan di Publika-Solaris di Sri Hartamas sudah kosong dengan hanya beberapa lukisan sahaja yang tinggal.


Di pameran itu yang bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia, karya pelukis bernama Anurendra Jegadeva dalam tema "ABC For The Middle-Age Middle Classes" mencetus kontroversi dengan sebuah lukisan I is For Idiot (I untuk Si Bodoh) dengan meletakkan tulisan kalimah Bismillah secara terbalik di bahagian bawahnya.

Hari ini di laman web berbaur pembangkang Malaysiakini, Anurenda dilaporkan berkata lukisan huruf I itu sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush, jelasnya.

Menurut Anurendra, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq" yang kebanyakannya orang Islam.

Kenapa tiba-tiba alasannya lukisan itu menjurus kepada Iraq pula? Kan jelas pameran asalnya bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia?? Lepas gambar bendera yang disertakan dengan lambang lanun di ruang bulan dan bintang Jalur Gemilang itu adakah rupanya seperti bendera Iraq??

Kalau dah terkantoi, macam-macam alasan diberikan. Sudahlah begitu, kenapa tidak disertakan penerangan supaya orang kebanyakan di Malaysia yang beragama Islam tidak salah faham.

Semalam, ketika tinjauan orang ramai, ruang pameran itu sudah kosong, lukisan-lukisan itu sebenarnya sudah dirampas oleh polis untuk menjalankan siasatan selepas satu laporan polis dibuat berkenaan lukisan itu yang terdapat unsur penghinaan.

Kalaupun betul, ia menjurus kepada Iraq tetap juga penduduk majoriti di sana Islam. Adakah huruf "I" di lukisan Anurendra merujuk kepada negara Iraq dan rakyat Iraq bodoh atau Idiot juga sama menyamakan Islam itu Idiot.


Anurendra tahu atau tidak yang sesungguhnya semua orang Islam dalam dunia ini bersaudara tidak kira dari negara mana mereka berada.

Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu.

"Perkara ini dilakukan, dengan niat, untuk menggambarkan keadaan dalam sejarah dunia apabila semuanya dilihat secara terbalik," katanya.

"Oleh itu, dalam kes menterbalikkan ayat itu, tiada sebarang niat jahat atau nakal dengan sebarang cara untuk menghina atau memperkecilkan agama," katanya dalam kenyataan.

Sudahlah, beliau sendiri sudah mengaku perkara itu dilakukan dengan niat. Jika ada beberapa lukisan lain yang dilukis "J for Jesus" dan "K for Krisna" kenapa pula tiba-tiba "I" menyentuh tentang Iraq dan bukannya Islam dan lebih mengguris "I" is for Idiot.


Polis semalam mengambil sebuah karya Anurendra yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama.

I is for Idiot sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam, antaranya berhubung tulisan bissmillah dalam bahasa Arab. -Mynewshub


Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Mak Nyah
Gambar hiasan.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

-SinarOnline

Fida Ibrahim Pakai Baju Ketat Untuk Promosi Produk!?

Fida Ibrahim Pakai Baju Ketat Untuk Promosi Produk!?

Jika beberapa hari lepas Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.

Fida Ibrahim

Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.

Fida Ibrahim

Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.


Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.

Pelantun "Apo Kono Eh Jang?" ini tidak melatah atau menyalahkan peminatnya, sebaliknya menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

"Masa saya muat naik di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu. Lagi pun saya duta produk kelangsingan, dan saya nak promosi produk itu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Tambah Fida, 27, lagi, perkara tersebut telah memberinya pengajaran untuk lebih berhati-hati memuat naik gambar-gambar di laman sosialnya pada masa akan datang.


Buat Fida, para wanita dan sebagai peringatan kepada kita semua;

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Fikir-fikirkanlah..

-Sentiasapanas.com
Pemandu Islam Dilarang Letak Kenderaan?

Pemandu Islam Dilarang Letak Kenderaan?

Apa yang kami kongsikan ini adalah gambaran sebenar apa yang berlaku di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Sebuah papan amaran telah dipasang di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah melarang umat Islam untuk meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

No Muslim parking

Menurut laporan media antarabangsa Al Jazeera, papan amaran itu dipasang kerana pusat membeli-belah tersebut terletak di sebelah sebuah masjid di tengah bandar Houston.

Jika ada antara mereka ingkar dengan larangan tersebut, kereta mereka akan ditunda.

Gambar tersebut mendapat kecaman hebat apabila Al Jazeera memilih untuk memuat naik gambar tersebut di laman Instagram mereka bagi mendapat reaksi masyarakat antarabangsa.

Rata-rata komentator mengecam gambar tersebut dan mengkritik pengurusan pusat membeli-belah itu yang dilihat bersifat perkauman.

Jika di Malaysia, Kalimah Allah pun mahu di RAMPAS!

Lihatlah diluar sana, PARKIR kereta pun mereka enggan untuk berkompromi!

Lihat dan kongsikan pendapat anda.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Britain menghantar enam jet pejuang jenis RAF Typhoon ke Cyprus bagi mempertahankan kedaulatannya di rantau itu ketika meningkatnya ketegangan di Syria dan rundingan berhubung campur tangan tentera Barat di Damsyik.

RAF Typhoon
Jet pejuang RAF Typhoon.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, jet pemintas udara ke udara itu akan ditempatkan di Pangkalan Akrotiri Britain di Cyprus, hari ini.

"Ini adalah semata-mata sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kepentingan Britain dan mempertahankan kedaulatan pangkalan kami di rantau itu ketika ketegangan di rantau itu sedang memuncak.

"Langkah ini juga adalah untuk mempertahankan operasi aset udara ke udara dan bukan untuk terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria," kata jurucakap itu.

Cyprus terletak kira-kira 200 kilometer dari perairan Syria.

Britain turut mempunyai kapal-kapal perang di Laut Mediterranean.

Rusia hantar 2 kapal perang ke Laut Mediterranean

Russia's Moskva missile cruiser
Gambar fail merakamkan kapal pelancar peluru berpandu Rusia, Moskva. 
Rusia dilapor akan menghantar dua kapal perangnya ke timur Laut Mediterranean.

Rusia dilaporkan akan menghantar dua kapal perang ke timur Laut Mediterranean ketika kuasa Barat bersedia melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria ekoran dakwaan negara itu menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di negara itu pada minggu lepas.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber melaporkan kapal pelancar peluru berpandu dan kapal antikapal selam Rusia itu akan tiba di perairan tersebut tidak lama lagi kerana situasi 'yang sudah diketahui'.

Bagaimanapun, tentera laut Rusia menafikan arahan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik di Syria, sebaliknya menyatakan ia merupakan sebahagian daripada rutin bagi menyusun kapal-kapal di sana.

Tentera laut Rusia tidak pula memberikan maklumat lanjut mengenai jenis dan jumlah kapal yang terlibat dalam arahan tersebut.

Laporan awal Interfax menyatakan bahawa tujuan penghantaran kapal-kapal tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan tentera laut Rusia di rantau tersebut dan bukan bagi menggantikan kapal yang sedia ada.

Obama belum buat keputusan

dont attack syria

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih belum membuat keputusan, sama ada akan mengambil tindakan ketenteraan ke atas Syria atau tidak, namun Washington berkata, tindakan itu dijangka akan diteruskan jika usaha mendapatkan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik di Syria menemui kegagalan.

Obama berkata, Washington telah menyimpulkan bahawa kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad bertanggungjawab terhadap serangan senjata kimia dekat Damsyik pada minggu lepas.

Washington dijangka mendedahkan kepada umum laporan tentang serangan itu, yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria.

Apabila ditanya tentang keputusan sama ada AS akan mengambil tindakan ketenteraan akan melibatkan pelancaran peluru berpandu, Obama berkata: ''Saya masih belum membuat keputusan.''

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa tindakan ketenteraan AS akan dibuat untuk memberi amaran keras supaya Syria tidak lagi mengulangi penggunaan senjata kimia.

Obama mengaku serangan terhad yang dirancang oleh White House tidak akan menghentikan pembunuhan orang awam di Syria tetapi penglibatan negara ini dalam perang saudara di negara itu yang menyaksikan lebih 100,000 orang maut tidak akan membantu keadaan.

Pemimpin AS itu yang mahu legasi diingati sebagai menamatkan perang dan tidak memulakan perang melibatkan negara-negara asing, menegaskan bahawa adalah penting untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Syria tetapi kepada seluruh dunia.

Terdahulu, Washington secara jelas menyatakan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung pemberian asas undang-undang untuk mengambil tindakan ketenteraan cadangan Britain, tidak akan berjaya ekoran penentangan Rusia.

''Kami tidak melihat kejayaan usaha ini ekoran penentangan Rusia terhadap sebarang tindakan bermakna Majlis Keselamatan PBB terhadap Syria,'' kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf. -AFP/Reuters

-Sentiasapanas.com

Geng 36, 04 dan 08 Kumpulan Kongsi Gelap Paling Bahaya

Geng 36, 04 dan 08 Kumpulan Kongsi Gelap Paling Bahaya

Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan kelmarin.

Geng
Gambar hiasan.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing.

Daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Kongsi Gelap

Kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

BACA INI JUGA: Senarai 49 Kumpulan Kongsi Gelap