Saturday, August 31, 2013

Tahukah Anda Pulau-pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan?

Tahukah Anda Pulau-pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan?

Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya untuk kehidupan manusia. Namun dengan semakin berkembangnya populasi manusia, membuatkan dunia semakin sempit.


Mungkin kerana alasan itulah ada insan-insan yang dikurniakan kepintaran sehingga mampu mencipta pulau buatan sendiri di pelbagai pelusuk dunia. Dengan bentuk yang unik, pulau-pulau buatan itu dijadikan sebagai tempat tinggal!

Tak percaya, mari kita lihat pulau-pulau buatan manusia yang sangat menakjubkan ini.

Spiral Island

Spiral Island

Jika anda tidak mampu membeli sebuah pulau tropika, kenapa tidak membinanya sendiri? Itu adalah apa yang Richie Sowa lakukan pada tahun 1998. Dengan menggunakan lebih daripada suku juta botol plastik.

Mexcaltitan

Mexcaltitan

Mexcaltitan adalah pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Nayarit, Mexico. Pulau itu kini sedang dipromosikan sebagai tarikan pelancong dan pulau ini sedang dihias oleh "Pueblo Magico" yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Ia boleh diakses dengan bot dari La Batanza, yang merupakan kawasan dok yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Santiago, Ixcuintla.

The World Islands

The World Islands

Projek The World Islands adalah satu kumpulan kira-kira 300 pulau buatan manusia. Kepulauan buatan ini dibina dalam bentuk peta dunia yang terletak kira-kira 6 km di luar pantai Dubai, UAE, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 55 km persegi.

Pemaju induk adalah Nakheel Properties, anak syarikat Kerajaan Dubai milik konglomerat Dubai World.

Real Madrid Island

Real Madrid Island

Pada tahun 2012, pasukan bola sepak Real Madrid mengumumkan rancangan untuk membina sebuah resort mewah bernilai $1 bilion di United Arab Emirates.

Resort yang juga digambarkan sebagai sebuah taman tema untuk peminat bola sepak yang taksub, termasuk dua hotel bertingkat, villa mewah, stadium bola sepak dengan 10,000 tempat duduk, marina dan muzium berteknologi tinggi yang dikhaskan untuk sejarah pasukan tersebut.

Real Madrid telah mengumumkan projek 430,000 meter persegi yang direka oleh J + H BOIFFILS dan akan dibina dengan kerjasama kerajaan UAE. Mereka berharap untuk membuka pulau ini pada tahun 2015.

Kepulauan Khazar

Kepulauan Khazar

Kepulauan Khazar (disebut Xəzər), juga dikenali sebagai Kepulauan Caspian, adalah 41 pulau buatan yang terletak 25 km di selatan Baku, Azerbaijan, dengan keluasan 3,000 hektar (kira-kira 11.6 batu persegi) di Laut Kaspia.

Avesta, syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan pulau-pulau, sedang membina bandar yang mampu memuatkan 1 juta penduduk, mengandungi 150 buah sekolah, 50 hospital dan pusat-pusat jagaan harian, taman-taman, pusat membeli-belah, pusat-pusat kebudayaan, kampus universiti, litar Formula 1 dan Menara Azerbaijan (dijangka menjadi tertinggi di dunia).

Dengan kos pembinaan menara yang menelan kos sebanyak  $2 billion bakal menjadi tunjang Kepulauan Khazar, sebuah bandar yang berharga $100 bilion.

No Man’s Land Fort

No Man’s Land Fort

Kubu laut semasa Era Victoria pada mulanya dibina untuk menangkis serangan tentera laut Perancis, tetapi kini sebuah hotel mewah dengan 21 bilik, dua landasan helikopter dan kolam renang yang mampu dipanaskan telah dibina.

Ia telah dijual pada tahun 2007 tetapi apabila syarikat itu muflis, ia telah membawa kepada beberapa drama dengan bekas pemiliknya Harmesh Pooni, telah mengurung dirinya di dalam rumah dipulau berkenaan pada tahun 2008. Sehingga kini ia masih belum lagi terjual.

Orsos Island

Orsos Island

Adakah anda mengimpikan sebuah pulau peribadi anda sendiri, tetapi tidak suka terikat di satu tempat? Jika ya, sebuah firma Austria telah memberikan penyelesaian untuk masalah anda, pulau buatan manusia terapung yang lengkap dengan dua enjin diesel kecil untuk anada pada bila-bila berpindah ke mana-mana sahaja.

Berbentuk bujur "Pulau Orsos" telah direka untuk menggabungkan pergerakan kapal layar dengan keselesaan sebuah rumah.

Ia menawarkan enam bilik tidur, setinggi tiga tingkat dengan keluasan 1,000 meter persegi dan mempunyai empat gelanggang tenis.

Harga untuk semua ini sudah pasti lebih daripada yang anda harapkan jika dibandingkan dengan rumah biasa. Pada harga $6,500,000, ia jauh lebih murah berbanding kepulauan Caribbean dan kini digemari oleh orang-orang kaya.

Tokyo Bay Aqua-Line

Tokyo Bay Aqua-Line

Salah satu cara yang cepat untuk menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, Kisarazu dan Chiba ialah lebuhraya yang dibina di bawah laut dengan jambatan di atasnya. Aqua Tunnel adalah sepanjang 9.6 kilometer bermula dari Kawasaki.

BACA INI JUGA: The Island Race, Tragedi San Diego

-Sentiasapanas.com

Friday, August 30, 2013

Pelukis Nafi Hina Islam Tapi Bagi Alasan Tak Logik!

Pelukis Nafi Hina Islam Tapi Bagi Alasan Tak Logik!

Kami semalam menulis laporan bahawa ruang pameran lukisan di Publika-Solaris di Sri Hartamas sudah kosong dengan hanya beberapa lukisan sahaja yang tinggal.


Di pameran itu yang bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia, karya pelukis bernama Anurendra Jegadeva dalam tema "ABC For The Middle-Age Middle Classes" mencetus kontroversi dengan sebuah lukisan I is For Idiot (I untuk Si Bodoh) dengan meletakkan tulisan kalimah Bismillah secara terbalik di bahagian bawahnya.

Hari ini di laman web berbaur pembangkang Malaysiakini, Anurenda dilaporkan berkata lukisan huruf I itu sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush, jelasnya.

Menurut Anurendra, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq" yang kebanyakannya orang Islam.

Kenapa tiba-tiba alasannya lukisan itu menjurus kepada Iraq pula? Kan jelas pameran asalnya bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia?? Lepas gambar bendera yang disertakan dengan lambang lanun di ruang bulan dan bintang Jalur Gemilang itu adakah rupanya seperti bendera Iraq??

Kalau dah terkantoi, macam-macam alasan diberikan. Sudahlah begitu, kenapa tidak disertakan penerangan supaya orang kebanyakan di Malaysia yang beragama Islam tidak salah faham.

Semalam, ketika tinjauan orang ramai, ruang pameran itu sudah kosong, lukisan-lukisan itu sebenarnya sudah dirampas oleh polis untuk menjalankan siasatan selepas satu laporan polis dibuat berkenaan lukisan itu yang terdapat unsur penghinaan.

Kalaupun betul, ia menjurus kepada Iraq tetap juga penduduk majoriti di sana Islam. Adakah huruf "I" di lukisan Anurendra merujuk kepada negara Iraq dan rakyat Iraq bodoh atau Idiot juga sama menyamakan Islam itu Idiot.


Anurendra tahu atau tidak yang sesungguhnya semua orang Islam dalam dunia ini bersaudara tidak kira dari negara mana mereka berada.

Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu.

"Perkara ini dilakukan, dengan niat, untuk menggambarkan keadaan dalam sejarah dunia apabila semuanya dilihat secara terbalik," katanya.

"Oleh itu, dalam kes menterbalikkan ayat itu, tiada sebarang niat jahat atau nakal dengan sebarang cara untuk menghina atau memperkecilkan agama," katanya dalam kenyataan.

Sudahlah, beliau sendiri sudah mengaku perkara itu dilakukan dengan niat. Jika ada beberapa lukisan lain yang dilukis "J for Jesus" dan "K for Krisna" kenapa pula tiba-tiba "I" menyentuh tentang Iraq dan bukannya Islam dan lebih mengguris "I" is for Idiot.


Polis semalam mengambil sebuah karya Anurendra yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama.

I is for Idiot sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam, antaranya berhubung tulisan bissmillah dalam bahasa Arab. -Mynewshub


Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Bakal Disertai Mak Nyah

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Mak Nyah
Gambar hiasan.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

-SinarOnline

Fida Ibrahim Pakai Baju Ketat Untuk Promosi Produk!?

Fida Ibrahim Pakai Baju Ketat Untuk Promosi Produk!?

Jika beberapa hari lepas Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.

Fida Ibrahim

Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.

Fida Ibrahim

Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.


Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.

Pelantun "Apo Kono Eh Jang?" ini tidak melatah atau menyalahkan peminatnya, sebaliknya menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

"Masa saya muat naik di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu. Lagi pun saya duta produk kelangsingan, dan saya nak promosi produk itu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Tambah Fida, 27, lagi, perkara tersebut telah memberinya pengajaran untuk lebih berhati-hati memuat naik gambar-gambar di laman sosialnya pada masa akan datang.


Buat Fida, para wanita dan sebagai peringatan kepada kita semua;

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).

Fikir-fikirkanlah..

-Sentiasapanas.com
Pemandu Islam Dilarang Letak Kenderaan?

Pemandu Islam Dilarang Letak Kenderaan?

Apa yang kami kongsikan ini adalah gambaran sebenar apa yang berlaku di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Sebuah papan amaran telah dipasang di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah melarang umat Islam untuk meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

No Muslim parking

Menurut laporan media antarabangsa Al Jazeera, papan amaran itu dipasang kerana pusat membeli-belah tersebut terletak di sebelah sebuah masjid di tengah bandar Houston.

Jika ada antara mereka ingkar dengan larangan tersebut, kereta mereka akan ditunda.

Gambar tersebut mendapat kecaman hebat apabila Al Jazeera memilih untuk memuat naik gambar tersebut di laman Instagram mereka bagi mendapat reaksi masyarakat antarabangsa.

Rata-rata komentator mengecam gambar tersebut dan mengkritik pengurusan pusat membeli-belah itu yang dilihat bersifat perkauman.

Jika di Malaysia, Kalimah Allah pun mahu di RAMPAS!

Lihatlah diluar sana, PARKIR kereta pun mereka enggan untuk berkompromi!

Lihat dan kongsikan pendapat anda.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Persiapan Perang Untuk Menyerang Syria!?

Britain menghantar enam jet pejuang jenis RAF Typhoon ke Cyprus bagi mempertahankan kedaulatannya di rantau itu ketika meningkatnya ketegangan di Syria dan rundingan berhubung campur tangan tentera Barat di Damsyik.

RAF Typhoon
Jet pejuang RAF Typhoon.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, jet pemintas udara ke udara itu akan ditempatkan di Pangkalan Akrotiri Britain di Cyprus, hari ini.

"Ini adalah semata-mata sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kepentingan Britain dan mempertahankan kedaulatan pangkalan kami di rantau itu ketika ketegangan di rantau itu sedang memuncak.

"Langkah ini juga adalah untuk mempertahankan operasi aset udara ke udara dan bukan untuk terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria," kata jurucakap itu.

Cyprus terletak kira-kira 200 kilometer dari perairan Syria.

Britain turut mempunyai kapal-kapal perang di Laut Mediterranean.

Rusia hantar 2 kapal perang ke Laut Mediterranean

Russia's Moskva missile cruiser
Gambar fail merakamkan kapal pelancar peluru berpandu Rusia, Moskva. 
Rusia dilapor akan menghantar dua kapal perangnya ke timur Laut Mediterranean.

Rusia dilaporkan akan menghantar dua kapal perang ke timur Laut Mediterranean ketika kuasa Barat bersedia melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria ekoran dakwaan negara itu menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di negara itu pada minggu lepas.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber melaporkan kapal pelancar peluru berpandu dan kapal antikapal selam Rusia itu akan tiba di perairan tersebut tidak lama lagi kerana situasi 'yang sudah diketahui'.

Bagaimanapun, tentera laut Rusia menafikan arahan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik di Syria, sebaliknya menyatakan ia merupakan sebahagian daripada rutin bagi menyusun kapal-kapal di sana.

Tentera laut Rusia tidak pula memberikan maklumat lanjut mengenai jenis dan jumlah kapal yang terlibat dalam arahan tersebut.

Laporan awal Interfax menyatakan bahawa tujuan penghantaran kapal-kapal tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan tentera laut Rusia di rantau tersebut dan bukan bagi menggantikan kapal yang sedia ada.

Obama belum buat keputusan

dont attack syria

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih belum membuat keputusan, sama ada akan mengambil tindakan ketenteraan ke atas Syria atau tidak, namun Washington berkata, tindakan itu dijangka akan diteruskan jika usaha mendapatkan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik di Syria menemui kegagalan.

Obama berkata, Washington telah menyimpulkan bahawa kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad bertanggungjawab terhadap serangan senjata kimia dekat Damsyik pada minggu lepas.

Washington dijangka mendedahkan kepada umum laporan tentang serangan itu, yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria.

Apabila ditanya tentang keputusan sama ada AS akan mengambil tindakan ketenteraan akan melibatkan pelancaran peluru berpandu, Obama berkata: ''Saya masih belum membuat keputusan.''

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa tindakan ketenteraan AS akan dibuat untuk memberi amaran keras supaya Syria tidak lagi mengulangi penggunaan senjata kimia.

Obama mengaku serangan terhad yang dirancang oleh White House tidak akan menghentikan pembunuhan orang awam di Syria tetapi penglibatan negara ini dalam perang saudara di negara itu yang menyaksikan lebih 100,000 orang maut tidak akan membantu keadaan.

Pemimpin AS itu yang mahu legasi diingati sebagai menamatkan perang dan tidak memulakan perang melibatkan negara-negara asing, menegaskan bahawa adalah penting untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Syria tetapi kepada seluruh dunia.

Terdahulu, Washington secara jelas menyatakan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung pemberian asas undang-undang untuk mengambil tindakan ketenteraan cadangan Britain, tidak akan berjaya ekoran penentangan Rusia.

''Kami tidak melihat kejayaan usaha ini ekoran penentangan Rusia terhadap sebarang tindakan bermakna Majlis Keselamatan PBB terhadap Syria,'' kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf. -AFP/Reuters

-Sentiasapanas.com

Geng 36, 04 dan 08 Kumpulan Kongsi Gelap Paling Bahaya

Geng 36, 04 dan 08 Kumpulan Kongsi Gelap Paling Bahaya

Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan kelmarin.

Geng
Gambar hiasan.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing.

Daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Kongsi Gelap

Kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

BACA INI JUGA: Senarai 49 Kumpulan Kongsi Gelap

3 Anak Kembar 'Dilelong' Tepi Jalan

3 Anak Kembar 'Dilelong' Tepi Jalan

Menyayat hati.Tiga bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.

Xu Lin tried to give away 3 twin baby
Menyayat hati.

Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu.

Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang.

Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar.

Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat.

``Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak.

Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu.

Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020. -Mynewshub

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.

Ania Lisewska, 21

Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.

``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.

Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.

Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.

Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.

Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.

Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.

Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.

Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS. -Mynewshub

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Pusat Pengurusan Kesakitan terbesar di dunia yang juga sebuah destinasi popular pelancong iaitu Healing Caves di Gastein, Austria biasanya menerima seramai 75,000 orang pengunjung setiap tahun.

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Mereka biasanya berkunjung ke situ untuk mendapatkan khidmat terapi yang agak kontroversi yang menggunakan gas radon radioaktif untuk memulihkan pelbagai masalah kesihatan seperti 'arthritis' dan 'psoriasis'.

Pada mulanya masyarakat tempatan mencari emas di Gunung Radhausberg namun akhirnya mereka menemui sesuatu yang lebih berharga iaitu gas radioaktif yang berada pada tahap rendah dan kemudiannya diketahui yang gas radioaktif itu jika digabungkan dengan kelembapan kawasan gua dan suhu yang tinggi mampu menguatkan sistem imun dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit serius.


Kemudiannya, 'keajaiban' Gua Gastein ini mula tersebar ke seluruh Austria, Jerman dan juga negara-negara Eropah tengah yang lain dan pada hari ini, Gastein bukan sahaja dikenali sebagai destinasi ski bertaraf dunia tetapi juga sebagai pusat pemulihan yang mempunyai peratus sembuh yang cukup tinggi iaitu pada kadar 90%.

Ramai yang berkunjung ke situ berkata bahawa dengan melakukan beberapa sesi rawatan di gua itu, mereka akan kekal sihat sepanjang tahun.

Cara rawatan itu bertindak ialah apabila gas radioaktif itu masuk ke dalam badan melalui kulit dan paru-paru, ia akan mengaktifkan badan pada tahap tertentu yang memulakan proses penyembuhan diri sendiri.



-Sentiasapanas.com