Saturday, March 30, 2013

Mayat Mati Dua Bulan Tapi Tidak Reput

Mayat Mati Dua Bulan Tapi Tidak Reput

As-syahid Zaid al Bawardi (Abu Usamah at-Tamimi) telah syahid 2 bulan yanng lepas selepas pertempuran deengan militan Alawi tetapi saudara daripada FSA tidak dapat mengeluarkan mayatnya kerana tempatnya masih dikawal oleh militan Alawi.


Dua bulan selepas itu mereka berjaya membebaskan kawasan tersebut dan seorang daripada militan Assad yang ditahan telah menunjukkan kepada mujahidin diimana kubur As-syahid Zaid al-Bawardi.

Mereka telah menyorokkannya dibawah karpet yang dipenuhi habuk tetapi yang menakjubkan, tubuhnya masih segar seperti dia baru saja syahid semalam dan baunya sangat wangi!

[Sumber]

Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil INDON?

Kenapa Rakyat Indonesia Marah Di Panggil INDON?

Sememangnya ramai ramai diantara kita yang tidak tahu lagi kenapa dan mengapa setiap warga indonesia marah apabila mereka digelar atau dipanggil INDON. Jadi, apa sebenarnya maksud perkataan INDON bagi mereka?

Gadis cantik Indon
Gambar hiasan

Kalau dicari maksudnya diinternet memang sukar untuk ditemui makna sebenarnya. Namun, setelah puas dicari, jawapan sebenarnya adalah komen seorang pelawat dari seberang yang menerangkan maksud perkataan tersebut.

Menurutnya;
Assalamualaiku Wr.Wb

Saudara tetangga...

Allah mengajarkan agar kita memanggil sesama dengan sebutan yang baik2 saja ..bukan sebutan yang menyakiti hatinya.

Bahasa memang bisa mengalami pergeseran makna "konotasi negatif", dalam hal ini mungkin kata-kata Indon yang dahulu dipakai untuk menyebut negara Tetangga, sekarang terjadi pergeseran makna menjadi arti yang "negatif".

Kata2 indon kami anggap, kata2 yang mengandung unsur "rasis" sama seperti menyebut "negro" di daratan Amerika.

Indon bermakna pekerja kasar dan rendahan, untuk hal ini memeng kami menyadari bahwa sebagian besar tenaga kerja Indonesia di Malaysia adalah "blue colar", tetapi istilah tersebut "tidak bisa diterima" oleh sebagian lagi orang Indonesia kaum intelektual dan "white colar".

Secara pribadi, saya sedih melihat fenomena ini. Kenapa dua negara Islam yang besar ini harus saling memusuhi?

Karena secara "naluri" kita saling menyadari bahwa kita ini saudara, tak bisa di pungkiri.

Tak sampai hati rasanya bila harus saling menyakiti saudara sendiri.

Wassalam
Anak bangsa Indonesia

Dan rupanya begitu maksud dan tafsiran sebenar. Bagi kita sebenarnya sewaktu menyebut atau menggelar mereka INDON, tiada niat untuk menghina atau merendah-rendahkan darjat mereka. Itu hanyalah singkatan untuk menyebut perkataan INDONESIA dengan mudah.

Dan saya juga tertarik dengan komen pelawat yang juga berbangsa Indonesia.

Katanya;
Anonymous said...
Sebenarnya Indon itu sama dengan Indonesia, tidak ada kata menghina, saya saja warganegara Indonesia, keturunan Chinese dari orang tua, malah lebih kasar orang2 Indon (Indonesia) panggil saya CINA, 

Seharusnya CHINA (di baca CAINA) Atau CHINESE (di baca CAINIS). Tapi yang lebih kurang ajar orang2 Indon (Indonesia) mereka tidak mau kata Indonesia di kurangi huruf contoh INDONEIA Atau INDONESA. Tapi kalau panggil CHINA orang2 Indon (Indonesia) tidak mau, selalu sebut CINA (huruf H di hilangkan). 

Bukankah itu namanya orang2 Indon (Indonesia) lebih kurang ajar?! Saya sakit hati sekali dengan orang2 Indon yang tidak ada sopan, maunya menang sendiri. sebaiknya agama (Islan) jangan disebut, karena nyatanya berbeda, di Indonesia masih RASIS, Munafik dan Egoisme pada. KACA DIRI DULU BARU BICARA.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. fikir-fikirlah..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Pengganas Suluk Tidak Tahu Mengucap Dua Kalimah Syahadah!

Pengganas Suluk Tidak Tahu Mengucap Dua Kalimah Syahadah!

Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.


Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

-Kosmo

Jutawan Wanita Malaysia Yang Ditahan Rupanya Isteri Ashaari

Jutawan Wanita Malaysia Yang Ditahan Rupanya Isteri Ashaari

Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.


Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

(Baca: Jutawan Wanita Malaysia Ditangkap Polis Arab Saudi)

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.

Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi.

-Bharian

Selebriti Terkenal Kena Raba Di Lapangan Terbang

Selebriti Terkenal Kena Raba Di Lapangan Terbang

Pemeriksaan tubuh demi keselamatan yang terlampau di US, malah artis-artis terkenal pun tidak terkecuali.


Apa boleh buat kan, dah namanya peraturan.

[Sumber]

Anak Kim Kardashian Diberi Nama Pelik

Anak Kim Kardashian Diberi Nama Pelik

Jika Kanye West memiliki nama yang berkaitan dengan arah maka tidaklah pelik jika nama anaknya yang sedang dikandung oleh Kim Kardashian juga ada perkataan West.

Gambar ketika hamil 3 bulan.

Namun, Kanye telah memilih nama North sebagai antara senarai utama yang akan dijadikan nama kepada bayi yang akan lahir dalam beberapa bulan lagi.

Maka, jika nama ini menjadi pilihan rasmi maka anak mereka akan bernama “North West” - double nama arah di situ - hehehhe.

Mungkin juga Kim Kardashian tidak bersetuju kerana trend dalam keluarga Kim Kardashian yang menggunaan 'K' sebagai permulaan nama mereka.

[Sumber]

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Cuba Bunuh Rakan Sekerja Letak Racun Dalam Kasut

Seorang lelaki Jepun yang didakwa cuba membunuh seorang wanita dengan meletakkan racun pada kasut mangsa, ditangkap kelmarin.


Wanita itu, rakan sekerja lelaki terbabit, tidak mati tetapi mengalami gangrene pada kaki kiri. Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui sama ada kaki itu perlu dipotong atau tidak.

Polis mendakwa Tatsujiro Fukasawa, 40, meletakkan asid hidrofluoric, bahan kimia berbahaya di dalam kasut mangsa Disember lalu.

Dia dipercayai memperoleh bahan kimia itu yang digunakan dalam penapisan minyak atau untuk menghancurkan batu, di tempat kerjanya.

Asid hidrofluoric boleh meresap menerusi kulit ke dalam darah dan menyebabkan kegagalan fungsi sistem, termasuk serangan sakit jantung.

-AFP

Model Brazil Susukan Anak Kambing Dikutuk

Model Brazil Susukan Anak Kambing Dikutuk

Seorang model dari Brazil, Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak lembu dalam Instagram.


Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya. Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.

Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil.

Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit’. Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah.

Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.

Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram.

Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut.

Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu.

“Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,’’ katanya.

-Mynewshub

Perkhidmatan Menangis Semasa Upacara Pengebumian

Perkhidmatan Menangis Semasa Upacara Pengebumian

Keluarga yang dilanda kesedihan ketika kematian orang tersayang dan merasakan tidak ramai yang meratapinya ketika upacara pengebumian kini boleh mendapatkan khidmat profesional untuk berbuat demikian.

Gambar hiasan

Semakin ramai mendapatkan khidmat mereka dengan bayaran 45 pound (RM210) untuk upacara pengebumian selama dua jam. Mereka akan menangis selain turut berbicara dengan rakan si mati. Amalan itu bermula di Asia Barat dan China, tetapi ia kini kian popular di Britain.

Kumpulan ini yang dikenal sebagai ahli moirologi adalah pelakon terlatih yang mahir untuk tampil sedih di khalayak ramai.

Sebelum upacara pengebumian, mereka diberi taklimat ringkas mengenai kehidupan si mati agar mereka dapat berbicara mengenainya dengan orang yang menghadiri upacara itu seolah-olah mereka kenal rapat dengan si mati.

Pekerjaan itu sangat popular hinggakan sebuah firma di Essex kini mempunyai 20 kakitangan yang boleh melakukan tugas itu. Pengasas Rent a Mourner di Braintree, Ian Robertson mengakui idea itu mungkin jarang berlaku di kalangan masyarakat Britain, tetapi meramalkan ia akan mendapat sambutan ramai kelak. “Kami sebenarnya mendapat ilham daripada perkembangan perniagaan di China.

“Cara masyarakat Asia Barat ialah menyediakan kumpulan yang meratapi wanita menangis ia menyerlahkan lagi kaedah yang kami gunakan,” katanya.

“Ia kini semakin berkembang di Britain tempahan kami mencecah 50 peratus setiap tahun.

“Kakitangan kami akan bertemu dengan pelanggan terlebih dulu untuk membolehkan kakitangan kami mengenali si mati secara profesional atau secara sosial. Mereka akan dimaklumkan mengenai latar belakang, pencapaian, kegagalan dan lain-lain mengenai si mati agar mereka dapat berbicara dengan hadirin lain yang datang dengan yakin.

Syarikat itu mengiklankan di laman webnya: “Kami terdorong untuk membantu meramaikan upacara pengebumian yang mungkin kurang dihadiri. Ia mungkin perkhidmatan yang baru di kawasan atau di negara ini.”

-Agensi

Penggodam Akan Dibayar RM41,995 Jika Berjaya Godam Website!

Penggodam Akan Dibayar RM41,995 Jika Berjaya Godam Website!

Kim Dotcom, pengasas laman web Mega, melalui laman tweeter dan blog Mega, mengumumkan The Mega Vulnerability Reward Program, bagi menggalakkan penggodam melaporkan masalah keselamatan di laman itu.


Melalui program tersebut, sesiapa yang berjaya menjumpai masalah keselamatan, atau bug pada laman web Mega, dan melaporkannya akan diberikan hadiah sebanyak USD13,500 (RM 41 994.50).


Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh diperolehi di laman blog Mega; The MEGA Vulnerability Reward Program

[Sumber]