Wednesday, October 31, 2012

Video Panas Kim Kardashian Dibeli £19 Juta!

Video Panas Kim Kardashian Dibeli £19 Juta!

Selebriti popular, Kim Kardashian sedang dalam kebimbangan apabila video seksnya bersama bekas teman lelaki telah berada di pasaran, baru-baru ini.


Ia dijual pada harga £19 juta.

Kim kini amat risau dan takut jika video itu nanti akan memberi kesan buruk terhadap perhubungannya dengan Kanye West ketika ini.

Dalam pada itu, menurut Daily Star, video seks keduanya itu mempamirkan Kim beraksi erotik bersama J Ray yang dilihat lebih’mengagumkan’ berbanding aksi dalam video terdahulu iaitu sekitar 2007.

Menurut sumber, Kim dilaporkan sangat risau kalau-kalau video seks terbarunya itu akan berada di online.

Pasti akan menjejaskan hubungannya dengan rapper, Kanye West.

Sementara itu, Kayne West juga pernah terlibat di dalam skandal video seks pada bulan September lalu.

Dala rakaman 20 minit itu, wanita yang bersama Kayne kelihatan seperti Kim.

Tidak tahulah sama ia ada benar atau tidak.

-Daily Star

Paling Dinantikan! Star Wars Episode 7 Pada 2015

Paling Dinantikan! Star Wars Episode 7 Pada 2015

Terdapat satu berita baik buat peminat-peminat tegar filem epik Star Wars. Disney akan merakamkan Star Wars: Episode 7 pada tidak lama lagi!


Menerusi Mtv.com, semalam, pihak The Walt Disney Company telah membuat pengumuman untuk membeli Lucasfilm Ltd daripada George Lucas.

George menerima hampir separuh daripada nilai sebenar syarikat miliknya itu iaitu kira-kira US4.05 billion.

Setelah memegang tampuk syarikatnya itu sejak 35 tahun lalu, akhirnya Gorge melepaskan aset kesayangannya itu.

“Kini tiba masanya untuk menurunkan Star Wars pada generasi pembikin filem masa kini,” ulas George Lucas kepada media, semalam.

Laporan berkenaan turut menyebut yang Disney juga turut membeli dua studio khas milik George iaitu Industrial Light & Magic dan Skywalker Sound.

Dengan pengambilalihan ini, dikhabarkan Disney sudah pun merancang untuk membuat pembikinan Star Wars: Episode 7 dan bakal ditayangkan sekitar 2015 nanti.

Malah, episod lapan dan sembilan juga sudah ada di dalam agenda mereka.

Bagaimana dengan peminat Star Wars?

Adakah anda setuju dengan penjualan syarikat George kepada Disney?

Ini kerana ada yang memberi reaksi positif kerana mahu melihat perubahan yang bakal dibuat, tetapi ada juga yang tidak berapa setuju.

Mungkin kerana filem ini sudah lama diarahkan oleh George yang mana hasilnya sangat mengkagumkan.

Kita tunggu dan lihat saja nanti.

-Mtv.com

Mayat Selebriti Jana Jutaan Dollar Setiap Tahun!

Mayat Selebriti Jana Jutaan Dollar Setiap Tahun!

Walaupun dah mati tapi masih menerima pendapatan tahunan sehingga mencecah ratusan juta ringgit?


Bintang Hollywood, Elizabeth Taylor telah menjadi selebriti terkaya di dalam senarai ‘selebriti mati terkaya di dunia’,

Dia telah mengalahkan rakan baiknya iaitu Micheal Jackson.

Menurut majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober 2011 hingga Oktober 2012, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta).

Sebahagian besar daripada pendapatan itu diperoleh daripada hasil lelongan barang peninggalannya seperti baju, barangan kemas, lukisan dan perabot.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal adalah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 dengan RM51 juta.

Selain itu pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta.

Manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta – jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.

Berikut adalah 10 senarai selebriti mati terkaya di dunia.

1. Elizabeth Taylor (RM672 juta)
2. Michael Jackson (RM464 juta)
3. Elvis Presley (RM176 juta)
4. Charles Schulz (RM118 juta)
5. Bob Marley (RM54 juta)
6. John Lennon (RM38 juta)
7. Marilyn Monroe (RM32 juta)
8. Albert Einstein (RM32 juta)
9. Dr. Seuss (RM29 juta)
10.Steve McQueen (RM26 juta)

-Forbes

Panas! Justin Bieber Tinggalkan Selena Gomez!

Panas! Justin Bieber Tinggalkan Selena Gomez!

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya, aktres Selena Gomez.


Perkara itu timbul selepas Bieber menyiarkan gambarnya di laman sosial Twitter dalam keadaan sedih berserta keterangan gambar yang tertulis ‘Lingse’.

Beberapa pihak berpendapat, perkataan itu membawa maksud Single atau kembali bersendirian.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 18 tahun itu kemudiannya memadam gambar tersebut dan menyiarkan gambar lain.

Dalam pada itu, Gomez dilaporkan tidak aktif dalam Twitternya sejak 23 Oktober lalu.

Aktres itu kini sibuk menjalani penggambaran siri televisyen edisi khas Wizards of Waverly Place, manakala Bieber sedang mengadakan siri konsert jelajahnya.

Pasangan tersebut bertemu buat kali pertama pada Februari 2011 dan sejak itu mereka digelar sebagai pasangan selebriti remaja paling secocok di Hollywood.

-AGENSI

Usahawan Berjaya Tapi Hobi Mencuri Motosikal

Usahawan Berjaya Tapi Hobi Mencuri Motosikal

Usahawan pencuri. Itu gelaran buat seorang lelaki yang menjalankan perniagaan makanan serta memiliki duit simpanan lebih RM10,000 namun mempunyai minat mencuri motosikal.

Gambar hiasan

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun dan menjalankan perniagaan di kawasan Desa Petaling itu juga pernah dicekup polis atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun, niat lelaki berkenaan untuk membuat kad pengenalan baharu di Pudu Sentral dengan menunggang motosikal curinya membawa padah apabila dicekup polis, semalam.

Dalam Ops Nombor Pendaftaran Palsu dan Snap Check Pelbagai Kesalahan Jenayah yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), lelaki berkenaan dicekup di tempat letak motosikal di kawasan itu.

Pegawai Operasi U3K, Inspektor James Jakup berkata, ketika menjalankan pemeriksaan mereka menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna hitam yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di PPR Seri Alam pada 15 Mei lalu dan selepas ditahan, suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mencuri motosikal berkenaan dengan bantuan rakannya.

Katanya, selepas membuat laporan tangkapan, suspek dihantar ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

-Hmetro
Babi Seberat 120 Kilogram Mengamuk Di Jerman

Babi Seberat 120 Kilogram Mengamuk Di Jerman

Pihak berkuasa Berlin berkata, mereka menembak mati seekor babi hutan seberat 120 kilogram selepas haiwan itu menyerang dan mencederakan empat orang, termasuk seorang pegawai polis di kawasan penempatan penduduk.


Polis semalam berkata, haiwan itu menggigit seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di belakang tubuh dan kakinya. Ia turut merempuh seorang nenek yang juga berusia 74 tahun hingga mencederakan punggung wanita itu di kawasan Charlottenburg.

Haiwan itu kemudian menggigit wanita berusia 24 tahun sebelum lari dan bertenggek atas bumbung kereta yang diparkir. Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di hospital.

-AP

Ejen Insurans Bunuh Suami Untuk Dapatkan Pampasan

Ejen Insurans Bunuh Suami Untuk Dapatkan Pampasan

Seorang wanita didakwa membunuh ibu mentua dan suaminya untuk mendapatkan pampasan insurans.

Gambar hiasan

Nisha, 30, sebelum ini mendakwa kematian ibu mentuanya adalah satu kemalangan.

Bagaimanapun, bapa mentuanya mulai curiga apabila anak lelakinya turut meninggal dunia, baru-baru ini.

Nisha tinggal di Faridabad, di utara India dan bekerja sebagai ejen insurans. Dia juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda berusia 19 tahun. Mengidamkan gaya hidup mewah, Nisha membunuh ibu mentuanya pada 2009 dengan bantuan kekasihnya dan seorang lagi rakan subahat. Polis tidak mengesyaki sebarang tipu helah ketika itu.

Ibu mentuanya memiliki polisi insurans dan Nisha menjadi pewarisnya. Dia turut mempunyai polisi di bawah nama suaminya.

-AFP

Janji Dikahwini Akhirnya Kehilangan RM40K

Janji Dikahwini Akhirnya Kehilangan RM40K

Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.

Gambar hiasan

Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.

Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu.

“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji untuk mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.

-Hmetro
Bunuh Abang Sendiri Risau Bolot RM1.9 Juta

Bunuh Abang Sendiri Risau Bolot RM1.9 Juta

Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.

Gambar hiasan

Polis menahan To-Pluem; suaminya, Theerawat Meesaard dan pembunuh upahan, Nu Khongrod. Mereka didakwa membunuh Sak To-Pluem. Polis berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu.

Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.

Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.

Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.

Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa.

-Bangkok Post

Sukar Berjalan Kerana Ada 25 Jari!

Sukar Berjalan Kerana Ada 25 Jari!

Info Pelik. Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.

Keadaan jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.

Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.

“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.

Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.

Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.

“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari.

-TS