Tuesday, October 02, 2012

Hampir Maut Leka Berasmara Dalam Kereta

Hampir Maut Leka Berasmara Dalam Kereta

Bagi anda yang mempunyai tabiat membuat atau mengadakan hubungan seks di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi.


Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang.

Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel.

Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, tombol sudah berpindah ke gear mundur. Dan sialnya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok.

Mujurlah, pasangan yang berada di belakang kenderaan dengan pantas memijak brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.

Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.

Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. “Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup,” ungkap seorang saksi.

Amazon Jual Gambar Kontroversi Kem Nazi

Amazon Jual Gambar Kontroversi Kem Nazi

Syarikat perniagaan dalam talian, Amazon dikecam seorang ahli politik Jerman ekoran penjualan permainan susun suai gambar yang menggunakan gambar kontroversi tempat membakar mayat di kem Nazi di Dachau.


Ahli politik parti konservatif, Gerda Hasselfeldt dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Amazon semalam berkata, penjualan permainan kontroversi itu memberi kesan buruk kepada mangsa yang terselamat di kem terbabit dan ahli keluarga mangsa yang lain.

Permainan tersebut mempamerkan gambar tempat membakar mayat di kem Dachau, yang merupakan tempat tahanan kira-kira 200,000 Yahudi, golongan homoseksual, ahli parti pembangkang, dan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua.

-AFP
Robot Ganti Pelajar ke Sekolah

Robot Ganti Pelajar ke Sekolah

Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama robot interaktif digelar ‘Roboswot’, apabila kehadirannya ke kelas terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan.


Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain.

Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan masanya bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijirin dan kentang.


Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid tersebut mampu menghadiri semua kelasnya, menjawab soalan cikgu serta berbual dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.

Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu, menggunakan teknologi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di rumah.


Carrow-Sperduti hanya perlu duduk di rumahnya di Buffalo dan menggunakan komputer untuk mengawal Robotswot yang membolehkan dia melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.

Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti ‘berjalan’ di sepanjang koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.

Ibu Carrow-Sperduti, Rene berkata, Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya.


“Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak berada di dalam kelas," katanya.

-AGENSI

Monday, October 01, 2012

Kecilkan Payudara Tidak Tahan Kena Raba

Kecilkan Payudara Tidak Tahan Kena Raba

Seorang wanita terpaksa mengecilkan payudaranya sehingga 14 cup kerana tak tahan pandangan nakal lelaki setiap kali dia keluar dengan rakan-rakannya.

Gemma Westmoreland

Gemma Westmoreland dari Royston, Barnsley, England, mengecilkan saiz payudaranya dari ukuran 36J menjadi 36C setelah dia sering menjadi subjek seksual setiap kali keluar malam.

Gemma Westmoreland selalu menangis kerana sering mendapat gangguan dari lelaki yang berusaha merabanya.

Setelah pembedahan, Gemma Westmoreland kehilangan beberapa kilogram payudaranya dan kini memiliki payudara berukuran 36C.

BACA INI JUGA:

sumber: tribunnews

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus dan sederhana.

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan
Gambar hiasan.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman.

Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual.

Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang.

Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.

Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia memberi komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.

BACA INI JUGA: Kepada Wanita, Jangan Luahkan Ini Kepada Lelaki!

Sumber: Blogbisu

Wajah Pakwe Kebosanan Melampau

Wajah Pakwe Kebosanan Melampau

Pernah lihat muka tak puas hati dengan teman wanita? Agaknya apa lelaki ini sedang fikirkan. Dah la badan gempal, naik atas paha teman lelakinya macam baby lagi tu..haha


-tt.mop.com
Pelajar Trauma Di Cabul Guru Besar

Pelajar Trauma Di Cabul Guru Besar

Pihak polis menahan seorang guru besar sebuah sekolah rendah yang didakwa mencabul dan cuba merogol dua murid sekolahnya ketika menghantar mangsa pulang ke rumah menaiki keretanya di sini petang semalam.

Gambar hiasan

Suspek berusia 57 tahun ditahan di rumahnya malam tadi selepas keluarga dua murid berusia 11 tahun itu membuat laporan polis petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang apabila kedua-dua mangsa mendakwa guru besar itu tidak terus menghantar mereka pulang sebaliknya membawa mereka ke rumahnya di Pekan Baru terlebih dahulu untuk memuaskan nafsunya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, semasa berada di rumah guru besar itu, dua murid perempuan itu mendakwa mereka telah dipeluk dan dicium oleh suspek.

"Mangsa juga mendakwa guru besar itu meminta mereka menanggalkan pakaian tetapi mereka menjerit meminta tolong dan merayu supaya dihantar pulang.

"Selepas didesak oleh kedua-dua mangsa, guru besar itu telah menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kok Liang berkata, kedua-dua mangsa yang pulang dalam keadaan ketakutan kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarga mereka yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan.

Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

-Sungai Rapat Online
Emma Maembong Besar Kepala!

Emma Maembong Besar Kepala!

Artis yang baru nak meningkat popular di dalam dunia hiburan iaitu Emma Maembong dikatakan sudah mula buat hal. Emma Maembong atau nama sebenar beliau adalah Fatimah Rohani binti Ismail yang berdarah Scotland Melayu popular selepas drama Kau Yang Terindah.


Nama beliau mula disebut-sebut dan cerita dan gambarnya turut terpampang di laman-laman web hiburan tempatan menandakan populariti beliau yang sedang meningkat. Namun, baru-baru ini ada satu berita yang tidak sedap kita dengar mengenai artis baru ini.

Entah benar atau tidak, menerusi Pancaindera Utusan Malaysia semalam, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur wartawan. Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama wartawan Pancaindera untuk satu sesi fotografi pagi Rabu lalu.

Jenuh jugalah jurusolek dan teman wartawan ni menunggu kelibat Emma, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung. Lagi bertambah bengang jurusolek dan wartawan ini apabila Emma tidak menghantar pesanan ringkas (sms) memberitahu bahawa beliau lewat.

Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong tak muncul-muncul sebaliknya sebelum ini pun dia ada buat hal yang sama juga.
Gadis Berwajah Kartun Anime

Gadis Berwajah Kartun Anime

Seorang gadis berumur 19 tahun sanggup mengubah dirinya menjadi karakter kartun sebenar kerana minat yang mendalam terhadap watak anime Jepun.

Anastasiya Shpagina

Anastasiya Shpagina dari Ukraine ini memberitahu dia hanya mengambil masa 30 minit untuk menghasilkan solekan dramatik bagi menghidupkan wataknya sebagai Fukkacumi.

-MailOnline
Aksi Gebu Neelofa Atas Tilam!

Aksi Gebu Neelofa Atas Tilam!

Sepanjang minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu Neelofa. Walaupun kontravesi yang melanda diri beliau, namun rezeki yang diterima anak seni ini begitu memberangsangkan. Heh!


Buat julung kalinya, King Koil jenama tilam tersohor di Malaysia mengambil seorang selebriti sebagai duta jenama tilam King Koil. Secara tidak langsung, Neelofa merupakan duta pertama yang dilantik oleh King Koil.

-Rotikaya