Saturday, September 29, 2012

Baju Dalam Paling Sejuk Di Jepun

Baju Dalam Paling Sejuk Di Jepun

Untuk menghadapi musim panas yang sangat suhunya sangat ekstrim, Jepun melancarkan pakaian dalam yang unik dan tidak terbayangkan sebelumnya. Pakaian dalam tersebut dibuat dari lapisan ais, yang tentunya membuat kesan sejuk bagi penggunanya.


Produk baru keluaran dari syarikat gergasi pakaian dalam, Triumph itu diberi nama Super Cool Bra yang menggunakan bantalan gel untuk disejukkan ke dalam peti sejuk.

Gel tersebut disejukkan terlebih dulu sekitar dua jam sebelum digunakan. Bantalan gel itulah yang nantinya membentuk seperti lapisan es sehinggga sang pemakai bra boleh merasa sejuk di dada.

Pakaian dalam itu ditawarkan dalam dua warna yang berbeza. Selain itu dihiasi dengan setangkai daun mint untuk memberikan aroma yang menyegarkan.Jika dilihat dari secara keseluruhan, bra tersebut seperti akuariaum dengan gambar ikan di dalam bantalan gelnya dan daun mint sebagai rumput lautnya.

Bra itu sengaja dicipta untuk menggalakkan warga Jepun untuk mengurangkan penggunaan AC pada musim panas. Negara itu menghadapi masalah tenaga selepas bencana tenaga nuklear Fukushima pada Mac 2011.

"Seluruh bangsa, khususnya daerah Kansai, dijangka akan menderita kekurangan elektrik. Syarikat dan keluarga sekarang harus berurusan dengan bil elektrik yang lebih tinggi, jadi kami memutuskan menggunakan tema ini agar mereka meningkatkan kesedaran menjimatkan elektrik," ujar Yoshiko Masuda, jurucakap Triumph.

-Tabekpuang.blogspot.com
Jenama Kondom paling Popular

Jenama Kondom paling Popular

Beberapa kondom yang dihasilkan mengikut jenama popular dengan menggunakan slogan asal mereka dan jelas mempunyai makna yang tersurat serta jelas maksudnya. Memang hampeh, tapi kreatif.


Anda pilih yang mana satu?

BACA INI JUGA: 3 Tanda Isteri Ajak Berasmara!

Sanggup Cacah Tatu Pada Gigi

Sanggup Cacah Tatu Pada Gigi

Lagi trend terbaru iaitu tatu pada gigi yang semakin mendapat sambutan, entah bila trend ni wujud aku tak pasti tapi rasanya masih baru lagi, masih hangat macam tahi lembu.


Apapun dikatakan trend ini bermula di Jepun kemudiannya perbuatan ini dikesan telah lama berlaku selama 30 tahun di India, dan kini ia mula merebak ke benua Eropah.

Friday, September 28, 2012

Adui! Wanita Dengan Gambar Bulu Ketiak

Adui! Wanita Dengan Gambar Bulu Ketiak

Umumnya perempuan sangat sensitif dengan bulu ketiak yang tumbuh di ketiaknya, namun ada juga perempuan yang enjoy-enjoy saja dengan bulu ketiak yang tumbuh lebat, malah ada di antaranya adalah merupakan public figure. Berikut ini perempuaan public figure yang mempunyai bulu ketiak yang lebat.

Seen Lee. Bulu ketiaknya mencetus kontroversi pada laman sosial dengan gelaran "ketiak berbulu gila".


Sophia Loren. Siapa yang tidak kenal dengan artis cantik ini. Dia termasuk dalam senarai orang yang bangga dengan semak belukar yang tumbuh di ketiaknya.


Caster Semenya. Seorang atlet Afrika Selatan yang memenangi 800 meter pada tahun 2009 lalu dalam acara Olahraga IAAF World Championships di Berlin.


Emer O'Toole. Perempuan berbulu ketiak gila selanjutnya adalah Emer O'Toole. Gadis berusia 28 tahun ini dengan selambanya mengangkat tangan tinggi-tinggi pada ketika di wawancara oleh sebuah stesen TV. Dia mengatakan bahawa sudah 18 bulan tidak mencukur bulu ketiaknya malah dengan bangga dengan bulu ketiak yang tumbuh subur di ketiaknya.


Helena Bonham Carter. Kelihatan enjoy saja ketika makan di siang hari di sebuah Restoran.


Julia Roberts. Artis cantik pemenang Grammy awards ini juga termasuk selebriti yang bangga terhadap bulu ketiaknya. Dia nampak bersahaja ketika mengangkat tinggi-tinggi tangannya pada ketika menerima anugerah Grammy Awards. Bulu ketiak yang tumbuk di ketiaknya sangatlah lebat hingga kelihatan dari jarak yang agak jauh.

Mesin Onani untuk Lelaki?

Mesin Onani untuk Lelaki?

Ada-ada saja manusia ni. Macam-macam ciptaan direka untuk tujuan tertentu. Gambar di atas menunjuk sebuah mesin automatik yang dilengkapi dengan perangsang sperma yang akan dibekalkan ke Zhengzhou Central Hospital di China.


Mesin itu juga lengkap dengan pengukur suhu, kelajuan dan frekuensi yang boleh dikawal dan ini bermakna anda boleh pilih kelajuannya untuk perlahan, sederhana, lebut, panas, sejuk dan sebagainya.

Menurut pakar urologi hospital, mesin tersebut bukanlah digunakan untuk beronani atau kepuasan seksual semata-mata, tetapi ianya adalah untuk mengubat masalah kesuburan lelaki.

*Jika ada yang berminat nak beli, harganya pasaran ialah $2,800 (RM 8,400). Dan anda dinasihatkan untuk berhati-hati kerana produk China biasanya tidak berkualiti, takut berlaku kejadian yang diingini pula..haha

-Wowberita.org
3 Sahabat Nodai Gadis Bawah Umur

3 Sahabat Nodai Gadis Bawah Umur

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan setelah ditahan pihak polis kerana dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Gambar hiasan

Ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

-Wowberita.org
Pramugari Sebar Gambar Bogel Rakan

Pramugari Sebar Gambar Bogel Rakan

Pramugari Wang Lin adalah seorang peminat fotografi dan sering merakamkan kehidupan beliau dan rakan-rakanya ketika di udara dan juga di darat.


Baru-baru ini, Wang telah menyaman majikannya, Okay Airline dan meminta bayaran pampasan setelah beliau digantung tugas selama sembilan bulan kerana didakwa foto-foto tidak senonoh rakannya telah tersebar di internet dan telah menjejaskan imej syarikat penerbangan tersebut.

Wang Lin, lahir pada 1973 di Tianjin telah menjadi pramugari untuk Hainan Airline (ingatkan nasi ayam aja ada Hainan, syarikat penerbangan pun ada...) pada tahun 1992, tetapi berhenti pada tahun 2003 untuk menyambung pelajaran dalam bidang fotografi di Beijing Academy of Fine Arts.

Dalam tempoh 2005 hingga 2010, beliau telah bertugas semula sebagai pramugari di Okay Airline dan di sinilah bermulanya beliau mula merakamkan semua gambar-gambar rakan sekerjanya dengan persetujuan mereka.

Rakaman gambar tersebut memaparkan saat-saat mereka tidak bertugas dan bersantai. Mereka kelihatan sedang berehat-rehat ketika penerbangan dan di dalam bilik selepas penerbangan, bersolek, bercakap dengan keluarga melalui telefon, kekasih dan juga beberapa aksi yang agak seksi.


Wang telah mempamerkan hasil fotografinya ini di dalam sebuah festival dan pernah memenangi hadiah.

Namun begitu, hasil-hasil rakamannya itu telah mencetuskan kontroversi apabila seorang pengguna laman web yang tidak dikenali telah memuatnaik foto-foto berkenaaan sebagai aksi skodeng dan sebarkannya dilaman-laman web.

Akhirnya, Wang telah dituduh menceroboh dan menyebarkan privasi orang lain kepada umum. Untuk pengetahuan semua, di China, pramugari merupakan satu fantasi yang hebat untuk lelaki-lelaki miang!

-Pilihan-anda.blogspot.com
Akibat Terima 'Duit Lendir' Hasil Pelacuran

Akibat Terima 'Duit Lendir' Hasil Pelacuran

Akibat menerima 'duit lendir' hasil pelacuran, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Chee Keng
Chee Keng.

Berdasarkan pertuduhan, Chee Keng, didapati menerima wang hasil persundalan seorang warganegara Vietnam dan dua warganegara China berjumlah RM470 di kaunter spa sebuah hotel di Jalan Bendahara, kira-kira jam 12.10 tengah malam pada 14 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mempunyai isteri dan empat anak.

“Saya juga menghidap sakit jantung dan darah tinggi. Saya tidak dapat kerja lain dan sebab itu (saya) buat kerja ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed Na’aim memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang menggalakkan aktiviti pelacuran di negara ini.

“Selain boleh memberi imej buruk kepada negara, ia juga merosakkan sosial terutama remaja,” katanya.

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Yang Dibayar RM30k Semalam Untuk Layan VVIP?

Sumber: SH

Wanita Warga China Jual DVD Lucah

Wanita Warga China Jual DVD Lucah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan seorang wanita warga China dan merampas 1,865 keping cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk DVD lucah dalam serbuan di pusat penjaja Lawan Kuda di Gopeng, dekat sini hari ini.


Ketua KDN Cawangan Perak, Zaki Mohamad berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika sedang menjual DVD tersebut kepada orang ramai di pusat penjaja berkenaan.

"Apabila wanita terbabit menyedari kehadiran anggota KDN, dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1,500 keping DVD cetak rompak pelbagai filem Inggeris dan China serta 365 keping DVD lucah disimpan dalam sebuah beg," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaki berkata siasatan juga mendapati wanita berkenaan memasuki negeri ini menggunakan pas lawatan sosial dan beliau masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Serbuan dilakukan mengikut Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh didenda tidak kurang RM5,000 sehingga RM30,000 bagi DVD filem manakala bagi video lucah, pengedar boleh didenda RM10,000 sehingga RM50,000 atau tidak lebih lima tahun penjara.

-Bernama
Empat Gadis Jadi Mangsa Perogol Bersiri

Empat Gadis Jadi Mangsa Perogol Bersiri

Empat gadis dikenal pasti menjadi mangsa seorang lelaki, dipercayai perogol bersiri, yang ditahan polis semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah di sini hari ini.

Beliau berkata gadis berumur antara 17 dan 22 tahun itu dipercayai terpedaya dengan taktik lelaki itu yang menawarkan pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web.

"Modus operandi lelaki itu adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mereka agar menghadiri 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malam ini.

Beliau berkata mangsa akan dihubungi suspek kononnya telah disenarai pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel-hotel sekitar ibu kota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri.

Ku menasihat pencari kerja melalui laman web khususnya wanita supaya lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan individu yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam, pada 2 pagi.

Suspek kini direman bagi membantu kes membabitkan samun dan rogol mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, katanya.

-Bernama