Friday, September 28, 2012

Gadis Melancap Upload Gambar ke Facebook

Gadis Melancap Upload Gambar ke Facebook

The Mirror menyiarkan berita tentang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham yang ditangkap dan diberi amaran keras oleh pihak polis kerana memuat naik video lucah yang melibatkan dirinya dan seorang remaja perempuan sebaya dengannya di Facebook.


Klip video pendek itu memaparkan aksi seks budak lelaki tersebut dengan remaja perempuan dari Forest of Dean, kata polis.

Berikutan kes itu, ibu bapa di kawasan kejadian telah diberi amaran tentang kewujudan klip tersebut yang dipercayai telah tersebar secara meluas.

Jurucakap Polis Gloucestershire berkata: “Kami telah menerima laporan bahawa video itu dimuat naik ke laman Facebook. Video itu memaparkan aksi seks antara remaja lelaki berusia 14 tahun dari Cheltenham dengan remaja perempuan dari Forest of Dean.

“Aksi seks tersebut adalah bersifat sukarela.

“Video tersebut telah dikeluarkan dari laman sosial tersebut tetapi kita sedar bahawa remaja lain telah menonton rakaman itu.

“Remaja lelaki itu telah ditangkap dan diberi amaran terakhir kerana merakam dan mengedarkan imej lucah.

Selain diberi amaran keras, kejadian itu akan dimasukkan ke dalam rekodnya untuk tempoh enam tahun.

“Kami sedar bahawa ibu bapa amat prihatin terhadap kejadian ini. Kami menasihati orang ramai agar tidak memuat naik bahan lucah ke laman sosial.”

BACA INI JUGA: Bahaya Onani Bagi Wanita

Sumber: Duniacacamarba

Bakal Jururawat Ponteng dan Hadiri 'Kuliah' Seks

Bakal Jururawat Ponteng dan Hadiri 'Kuliah' Seks

Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

-Mymetro Online
Ular Mati Selepas Gigit Payudara

Ular Mati Selepas Gigit Payudara

Seekor ular boa mati akibat keracunan silikon setelah mematuk payudara seorang model warga Israel, Orit Fox ketika sesi fotografi dan temu ramah dengan wartawan.


Kejadian berlaku semasa Orit membelai ular tersebut, kemudian menciumnya. Model yang juga seorang pelakon pada awalnya nampak selesa bersama ularnya melakukan yang terbaik untuk tampil seksi semasa penggambaran di Tel Aviv.


Dia dengan penuh yakin mencium ular itu. Ketika dia memegang haiwan reptilia itu pada kedudukan untuk ‘ciuman’, Orit mengendurkan pegangannya di leher ular tersebut, reptilia itu tiba-tiba marah dan tidak semena-mena terus membenamkan giginya ke payudara kirinya.

Seorang pembantu bergegas untuk membantu menarik ular tersebut. Beberapa saat kemudian, usaha melepaskan cengkaman ular daripada payudara Orit berjaya dilakukan. Model itu segera dikejarkan ke hospital untuk diberi suntikan tetanus (suntikan anti kejang urat atau kejang otot).


Namun, ular itu tidak begitu bernasib baik, mati akibat keracunan silikon payudara!
Pembunuh Di Hukum Tembak Depan Orang Ramai

Pembunuh Di Hukum Tembak Depan Orang Ramai

Pemuda ini dihukum tembak kerana didapati merogol dan membunuh mangsa (kanak-kanak perempuan). Cara ini nampak kejam tetapi dapat mengurangkan kadar jenayah supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.


Kami rasa jika dilaksanakan hukuman hudu ke atasnya lebih bagus. Namun begitu hukuman telah dijatuhkan, diharap ramai yang dapat mengambil ihtibar dan pengajaran dari hukuman yang dikenakan ke atasnya.

-Gilerkentang.com
Paderi Cabul 600 Kanak-kanak

Paderi Cabul 600 Kanak-kanak

Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria.


Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai “ngeri dan memalukan”.

Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak.

Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka “mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain”.

“Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, “kata kenyataan itu.

Chrissie Foster, ibu kepada dua anak perempuan yang dirogol oleh paderi mereka dari pertengahan 1980-an, berkata pihak gereja mempunyai tempoh yang berdekad lamanya untuk menangani isu ini tetapi hanya baru mendedahkan angka penderaan seksual itu kepada siasatan parlimen Victoria.

“Hanya kerana usaha mangsa yang berulang alik melapor kepada pihak polis yang menyebabkan semua ini berhenti”.

“Pihak gereja tidak pernah berusaha untuk menghentikan jenayah paderi fidofilia (tertarik secara seksual kepada kanak-kanak) mereka,” tambah Foster, yang berkata salah satu daripada anak perempuannya akhirnya membunuh diri.

Kerajaan negeri Victoria mengumumkan siasatan ke dalam kes pencabulan kanak-kanak oleh badan agama dan badan bukan kerajaan selepas berpuluh-puluh kes bunuh diri oleh mereka yang dicabul oleh para paderi dilaporkan.

Penderaan kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik telah menjadi isu utama di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Semasa lawatan ke Australia pada Julai 2008, Pope Benedict XVI bertemu dengan beberapa mangsa dan membuat permohonan maaf secara terbuka ke atas pencabulan tersebut.

-Harakahdaily.net
Kaki Lumpuh Terpaksa Jalan Terbalik Guna Tangan

Kaki Lumpuh Terpaksa Jalan Terbalik Guna Tangan

Anak kecil dari China ini walaupun kakinya lumpuh namun tidak putus asa malah dirinya berjalan ke sekolah ia menggunakan kedua tanganya untuk berjalan.


Berjalan menggunakan dua kaki adalah perkara biasa dilakukan orang namun bagaimana jika berjalan menggunakan kedua tangan?

Pastinya aneh dan jarang sekali terjadi namun di China ada seorang budak bernama Yan Yuhong yang menderita lumpuh pada kedua kakinya sehingga untuk bejalan ke sekolah dia terpaksa menggunakan kedua tangannya.

Berjalan menggunakan kedua tangan telah dilakukan Yan Yuhong sejak 4 tahun lalu. Sebelum ini dia hanya merangkak atau mengunakan tongkat untuk berjalan namun merasakan terlalu lambat dan menyulitkan bagi dirinya, dia akhirnya memutuskan untuk mencuba berjalan menggunakan kedua tanganya.

Ketika berjalan menggunakan kedua tanganya Yan Yuhong terpaksa berdiri terbalik dengan kepala berada di bawah.

Azamnya yang kuat untuk kesekolah inilah yang membuatkan dia berusaha untuk berjalan menggunakan tangan.


“Saya tidak mahu berhenti. Saya ingin belajar sungguh-sungguh demi masa depan saya,” ujar Yan.

-SENTIASAPANAS.COM
Pakaian Melampau Gadis Jepun

Pakaian Melampau Gadis Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi, anime, manga dan juga negara yang banyak melahirkan benda-benda pelik.


Malah tidak ketinggalan cara berpakaian sesetengah gadis dan wanitanya yang langsung tidak masuk akal serta sangat menarik nafsu untuk melihatnya.


Made in Japan! Haitt...

BACA INI JUGA: Aksi Seluar Pendek Sara Ali Ghairahkan Penonton!

-Sentiasapanas.com

Penyanyi Terkenal Mati Ketika Pembedahan Plastik

Penyanyi Terkenal Mati Ketika Pembedahan Plastik

Penyanyi pop terkenal China mati ketika menjalani pembedahan plastik. Kematian penyanyi cantik ini meninggalkan kesan buruk kepada jutaan wanita yang ingin membuat pembedahan plastik.


Wang Bei, 24 tahun, merupakan bekas peserta Super Girl (versi China American Idol). Penyanyi ini meninggal ketika ‘pembedahan tulang muka’ di Wuhan,China.

Wang merasa perlu memperbaiki penampilannya melalui pembedahan plastik. Kecantikannya membawa kejayaan besar di Super Girl. Kematiannya membuat ramai orang khuatir bahaya pembedahan plasti. Di negara dengan tiga juta orang melakukan pembedahan tiap tahun untuk memperbaiki penampilan mereka.

Sebuah “kecelakaan” terjadi semasa prosedur pembedahan Wang di Zhong'ao Cosmetic Surgery Hospital. Rahang Wang mulai berdarah semasa prosedur telah menyebabkan kematiannya.

-Sentiasapanas.blogspot.com
Nikita Mirzani Gembira Hiasi Majalah Playboy

Nikita Mirzani Gembira Hiasi Majalah Playboy

Menjadi model di majalah dewasa paling terkenal di Amerika memang telah menjadi impian besar Nikita Mirzani.


Nikita kononnya kesal dengan keterbatasannya untuk menggali “seni” yang ada dalam dirinya di Indonesia..!

Artis sensasi ini mengaku dihubungi oleh pemilik majalah Playboy di Amerika, Hugh Hefner, beberapa hari yang lalu. Jelas, itu membuat dirinya sangat gembira.

“Akhirnya ada yang menghargai karya dan kerja keras aku,” ungkapnya kepada Tabloid Bintang.

Lantas, bila dirinya muncul di majalah tersebut?


“Tunggu aja tahun depan,” begitu katanya.

-Tabloid Bintang
Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di Puchong.


Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu.

Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej ‘butterfly’ di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit.

Gadis ‘butterfly’ itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.

Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej ‘booking’ yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan.

“Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit.

“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang ‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.

Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.