Friday, January 24, 2014

HOT! Nurul Izzah Nafi Failkan Fasakh Ke Atas Suaminya

HOT! Nurul Izzah Nafi Failkan Fasakh Ke Atas Suaminya

Selepas kecoh di alam siber berkenaan kes permohonan cerai beliau dengan suaminya yang dikatakan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tampil menafikan perkara itu.

Nurul Izzah Bercerai

Melalui laman twitter, Nurul Izzah menjawab pertanyaan seorang daripada pengikut Twitternya hanya dengan satu perkataan iaitu “Nope”.

“Salam, betul ke akak (kakak) tuntut fasakh, keluar news (keluar berita),” kata pengikutnya itu.

“Nope,” jawapan pendek dari Nurul Izzah.

Jawapan sependek itu boleh memberi seribu satu makna terutamanya dalam soal berkaitan penceraian ini.

Nurul Izzah Nafi Bercerai

Cubaan pelbagai agensi media untuk menghubungi Nurul Izzah gagal biarpun melalui panggilan telefon ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS).

SMS yang dihantar penulis meminta satu kenyataan dikeluarkan Nurul Izzah berkaitan perkembangan terbaru itu juga tidak dibalas.

Bagaimanapun, Nurul Izzah akhirnya enggan mengulas lanjut isu berkenaan selepas ditanya para wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Strategi Asli ke-16 di ibu negara.

“Terima kasih kerana menghormati privasi (hak peribadi) saya,” katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai, memetik laporan The Malaysian Insider.

Pemeriksaan Sahkan Kes Wujud Di Mahkamah

Permohonan fasakh Nurul Izzah

Nurul Izzah dikatakan membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas.

Menurut laporan beberapa portal dan blog, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai telah menerima tuntutan berkenaan pada Khamis lepas dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.

Usaha pihak media untuk menghubungi pasangan itu gagal.

Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Anwar, di Bukit Bandaraya, dekat sini.

Hasil carian dan pemeriksaan lanjut susulan kekecohan ini hari ini menunjukkan wujudnya kes permohonan cerai di antara Nurul Izzah dan suaminya.

(Baca: Gempar! Wan Azizah Sahkan Nurul Izzah Pelaku Dalam Video Aksi Terlarang!)

Kes difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Ketika dihubungi, jurucakap mahkamah mengesahkan telah pun dijadualkan untuk didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ab Malek Awang.

Fasakh ialah satu kaedah penceraian dalam Islam yang hanya boleh dimohon oleh pihak isteri kepada mahkamah atau kadi untuk membatalkan sesuatu perkahwinan itu atas sebab dari perbuatan suami dalam keadaan tertentu.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.

Tahun lalu, negara kecoh apabila video klip menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan seks oral dengan pensyarahnya tersebar.

Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan di blog milik beliau menyelar pensyarah berkenaan kerana mengambil kesempatan terhadap anak perempuannya.

Namun, peliknya kenyataan di blog peribadi Wan Azizah itu dinafikan kemudiannya oleh pihak Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa blog berkenaan telah digodam.

Isu klip berkenaan dikatakan antara penyumbang kepada hubungan yang dingin antara Nurul Izzah dan suaminya.

UPDATE

Nurul Izzah buat U-Turn

Nurul Izzah buat U-Turn

Nurul Izzah sekali lagi mengejutkan dunia politik tanah air petang ini apabila mengeluarkan kenyataan bersama dengan suaminya tanpa menafikan bahawa beliau memfailkan tuntutan fasakh.

Jika pada sebelah pagi tadi beliau menafikan, melalui akaun twitter, ada memfailkan tuntutan cerai fasakh ke atas suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, kenyataan terbarunya langsung tidak menafikan mahu pun mendakwa berita tuntutan fasakh tersebut palsu.

Menurut The Star:
PETALING JAYA: PKR vice president Nurul Izzah Anwar and her husband Raja Ahmad Shahrir Raja Salim have issued a joint statement, expressing disappointment over the attention given to their personal lives.

Without denying Nurul Izzah had filed a divorce petition in the lower Syariah Court in December, the couple said: “We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union”

“Our family is our priority, as is our time together, so we thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy,” the couple added in a statement.

The statement was issued after The Star Online broke the news in the morning and the drama later in the day took a new twist with family members claiming that the Pqantai Dalam MP might be withdrawing the petition on Friday.

It is understood that family members had persuaded the couple to work things out after news broke online that Nurul had filed for divorce in late December.

Dua kenyataan berbeza dalam suatu hari menimbulkan pertanyaan sama ada wakil rakyat Lembah Pantai ini menyembunyikan sesuatu.

Sumber: KUMBANG WIRA/Mynewshub/MYKMU

Malaysia Dilanda Suhu Sejuk Melampau Hemisfera Utara

Malaysia Dilanda Suhu Sejuk Melampau Hemisfera Utara

Melihat carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah negara kita sedang mengalami musim sejuk dan bakal dilanda salji?

Malaysia Dilanda Suhu Sejuk Melampau Hemisfera Utara
Gambar hiasan.

Mungkin agak aneh, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun mengalaminya.

Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan.

Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius.

Jenuwa menunjukkan data suhu yang dicatatkan.

Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.

Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.

Pengarah Meteorologi Terengganu/Kelantan, Jenuwa Husin, berkata penurunan suhu itu disifatkan rekod berbanding suhu biasa dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius.

Di Sabah, Pengarah Meteorologinya, Abdul Malek Tusin, berkata fenomena cuaca sejuk sejak lima hari lalu menyaksikan Keningau mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang pada tahap 20 darjah Celsius.

(Baca: Luarbiasa! Air Terjun Di Dalam Laut)

Katanya, walaupun tidak dilakukan sebarang pengukuran, namun suhu di puncak Gunung Kinabalu, dijangka lebih sejuk berbanding suhu normal iaitu di bawah 15 darjah Celsius.

Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak pernah atau sudah lama tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum.

Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.

Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya.

Tetapi, apa sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya. Betul tak?

-Sentiasapanas.com

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

Susulan insiden pijak dan bakar bendera Jepun yang dilakukan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang baru-baru ini di keduataan negara itu, Presiden Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menyatakan perkara itu tidak perlu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Menurutnya, insiden itu berlaku bukan dirancang dan ia hanya insiden kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

Beliau juga berkata, apa yang AMK inginkan pada bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Jepun mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Anwar secara jelas.

“Itu kita tak ada plan untuk lakukan seperti itu, itu hanya insiden kecil.

“Bendera yang dibakar kita telah padamkan apinya dan memohon maaf kepada pengawal di situ, sesiapa yang ada pada hari itu tahu keadaan sebenar.

“Sepatutnya insiden itu tidak perlu libatkan Anwar, bukan dia yang bersalah, itu hanya insiden kecil dan tak perlu dipanjangkan.

(Baca: Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!)

“Apa yang penting dalam bantahan kita hari itu adalah untuk menuntut penjelasan daripada Jepun dan kebebasan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, mengikut laporan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengandaikan Timbalan Menteri Luar yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Menteri itu mungkin tak tahu keadaan sebenar pada hari kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an

Misteri Di Sebalik Nama HAMAN Dalam Al-Qur'an

Pada pertengahan tahun 1799, seorang anggota tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja telah menemui sebuah batu bersurat di bandar Rashid, berhampiran delta Sungai Nil.

Haman

Batu yang dikenali sebagai 'Rosetta' itu terbahagi kepada tiga bahagian dan pada setip bahagian tersebut, tertera tulisan aneh yang sukar untuk difahami.

Berdasarkan kepada penyelidikan yang dilakukan, para pengkaji percaya bahawa batu tersebut merupakan tinggalan sejarah dari tahun 196 Sebelum Masihi.

Nilai penting batu bersurat ini ialah, ia ditulis dalam tiga bentuk tulisan iaitu hiroglifik dan demotik (bentuk sederhana tulisan tangan Mesir Kuno dan bahasa Yunani kuno).

Sekalipun ahli sejarah pada masa itu dapat mengecam dan mengenali tulisan yang tertera pada batu berkenaan, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang dapat merungkai apa maksud sebenar di sebalik tulisan-tulisan ini.

Perkara ini berlaku disebabkan agama dan budaya Nasrani telah tersebar secara meluas di Mesir sekitar abad ke-2 dan ke-3 Masihi.

Kehadiran pengaruh baru ini telah menyebabkan rakyat Mesir telah meninggalkan kepercayaan kuno mereka beserta dengan tulisan hiroglifiknya sekali.

Bahasa gambar dan lambang telah dilupakan sehingga tidak ada seorang pun yang dapat membaca dan memahami apa yang tertera pada batu bersurat itu.

Pada tahun 1801, Perang Napoleon telah meletus di antara pihak British dan Perancis di Mesir. Kekalahan tentera Perancis telah menyebabkan pihak British telah mengambil batu bersurat itu dan dibawa ke London untuk dibuat kajian.

Pada tahun 1802, batu tersebut telah ditempatkan di Muzium British untuk tatapan umum.

Bermula dari itu, pelbagai pihak dari pelosok dunia telah menawarkan diri untuk membuat kajian mengenainya. Namun, terjemahan semula penulisan manuskrip kuno itu masih menemui jalan buntu kerana bukti artifak yang ditemui sangat minimun.

Selama beberapa dekad ia tersimpan di situ tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghuraikannya.

The Rosetta Stone
Batu Rosetta.

Sehinggalah pada tahun 1822, seorang pakar sejarah dan bahasa dari Perancis, Jean-Francois Champillion yang mempunyai kepakaran dalam budaya Yunani berjaya mengungkai satu persatu tulisan yang terdapat pada batu tersebut.

Ia terjemahan manuskrip itu adalah berkisar tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir Kuno yang selama ini terpendam.

Secara tidak langsung, terjemahan ini telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak-babak penting sejarah tamadun manusia zaman silam. Pendek kata, budaya dan sejarah tamadun Mesir Purba dapat difahami sedalam-dalamnya.

Isi kandungan batu bersurat tersebut antara lain turut memahat nama-nama penting dalam sejarah tamadun Mesir seperti Firaun, isteri serta anak-anaknya.

Dan, nama 'Haman' yang selama ini menjadi perdebatan turut terukir pada batu bersejarah ini.

Nama Haman disebutkan di dalam Al-Qur'an sebanyak enam kali. Antaranya ialah di dalam surah Al-Qashas, ayat 38. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan berkata Firaun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman akan tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa..." Surah Al-Qashas; ayat 38).

Berdasarkan ayat ini, Haman adalah sekutu rapat Firaun yang berkemungkinan turut menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Mesir sebagai menteri dan penasihat raja.

Dalam ayat di atas juga, kita turut difahamkan bahawa Haman telah diarahkan oleh rajanya untuk membina sebuah menara yang akan digunakan untuk bertemu dengan Tuhan Nabi Musa.

Dengan kata lain, watak Haman ini yang diceritakan dalam Al-Qur'an sebenarnya wujud pada zaman Nabi Musa dan pemerintahan dinasti Firaun.

Namun, apa yang mengejutkan ialah, nama tersebut langsung tidak disebut di dalam kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa sendiri. Akan tetapi, nama tersebut ada dinyatakan di dalam bahagian terakhir kitab perjanjian lama, yang mana lelaki ini dinyatakan sebagai pembantu kepada seorang pembesar Babylon.

Jean-Francois Champillion
Jean-Francois Champillion.

Haman di dalam kitab perjanjian lama ini dikisahkan hidup sekitar 1,100 tahun selepas kewafatan Nabi Musa.

Perihal nama Haman telah menjadi perdebatan yang hangat kepada golongan agamawan. Sebahagian penganut bukan Islam sekitar abad ke 15 telah menuduh fakta yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an tentang watak bernama Haman adalah sesuatu yang palsu.

Mereka menyatakan Nabi Muhammad telah menyalin kisah tersebut melalui kitab Injil dan tersilap memasukkan fakta mengenainya.

Namun, penemuan batu bersurat Rosetta pada penghujung kurun ke 18 telah mengesahkan segala-galanya.

Watak Haman, seperti yang dinyatakan Al-Qur'an ternyata mempunyai persamaan dengan apa yang tertulis pada manuskrip batu ini.

Secara tidak langsung, penemuan bersejarah itu telah mengesahkan apa yang tertulis di dalam Al-Qur'an adalah sesuatu yang sahih lagi benar.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, January 23, 2014

55,000 Gambar Bukti Kekejaman Tentera Syria!

55,000 Gambar Bukti Kekejaman Tentera Syria!

Sebanyak 55,000 gambar yang diseludup keluar oleh seorang anggota tentera Syria yang belot menjadi bukti jelas kerajaan negara itu menyeksa dan membunuh 11,000 tahanan, kata sekumpulan peguam jenayah perang, lapor agensi berita dpa kelmarin.

Syria crisis

Tiga bekas pendakwa raya di tribunal untuk bekas Yugoslavia dan Sierra Leone meneliti gambar-gambar dan fail yang diserahkan oleh seorang bekas anggota polis tentera Syria.

Mereka berkata, gambar berkenaan menunjukkan bukti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan regim Presiden Bashar Al-Assad.

Gambar berkenaan memaparkan imej-imej mayat tahanan lelaki dengan kesan jerutan di leher, dipukul dengan kejam dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dengan kejutan elektrik selain kebuluran.

Laporan itu dikeluarkan menjelang persidangan keamanan Geneva II yang bertujuan mencari satu penyelesaian politik untuk konflik di Syria yang telah berlanjutan selama tiga tahun.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

"Gambar itu sangat penting kerana ia merupakan bukti penting yang menunjukkan pembunuhan ini adalah dirancang secara sistematik dan arahannya datang terus dari pihak atasan,'' kata kumpulan itu.

Menurut kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia sekurang-kurangnya seramai 130,000 orang terkorban pada perang saudara itu yang berlaku sejak Mac 2011.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu meletakkan angka korban kematian dalam perang itu adalah seramai 100,000 orang. -dpa

Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS

Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS

Kes HIV dan AIDS pertama dikesan bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1980 apabila sekumpulan homoseksual dari Amerika Syarikat mengadakan hubungan seks dengan homoseksual dari Afrika di Kepulauan Haiti.

HIV AIDS

Homoseksual dari Amerika kemudiannya telah dijangkiti kuman HIV dan kerana beberapa sebab mereka telah mengalami pembinasaan sistem keimunan dan seterusnya menunjukkan gejala-gejala serta tanda-tanda penyakit AIDS.

Bermula daripada kes pertama ini, HIV dan AIDS mula merebak ke seluruh dunia dengan pantasnya dan tiada satu pun benua yang terkecuali daripada menerima wabak ini.

Pada peringkat awal penemuan penyakit ini, ia dikenali sebagai HTLV-III/LAV (Human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa.

Dan dikatakan seramai kira-kira 34.2 juta penduduk dunia menderita kerana virus HIV/AIDS. Jumlah ini termasuklah disebabkan oleh masalah sosial, pemindahan darah tercemar, diwarisi daripada darah tercemar, diwarisi daripada ibu bapa dan sebagainya.

Daripada jumlah tersebut, seramai kira-kira 16.6 juta kanak-kanak diseluruh dunia menjadi yatim piatu kerana ibu bapa mereka meninggal akibat serangan virus berbahaya itu.

AIDS dikatakan boleh dicegah dengan kaedah berkhatan. Biarpun tidak 100 peratus namun, ia mampu mengurangkan hampir 50 hingga 60 peratus risiko berbanding lelaki yang tidak berkhatan.

Fakta penting HIV, AIDS

AIDS disebabkan HIV

HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit.

Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV.

Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan

Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia.

Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari.

Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

HIV dipindahkan melalui cecair badan

Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat.

Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks

Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin.

Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV

Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom).

Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan.

Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan

Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat.

Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom.

Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik.

Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.

Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV

Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah.

Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar (digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV).

Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling

Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling.

Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.

Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian

Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan.

Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.

Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan

Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan.

Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.

Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV?

Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.

Jika dijangkiti HIV

Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV.

Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.

Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan

Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan.

Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan.

Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.

Jika anda pembawa HIV dan hamil

Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV.

Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan.

Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak.

Kesimpulan

Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta tersenarai tadi tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita.

Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

-SENTIASAPANAS.COM

Shuudan Koudou, Tradisi Unik Masyarakat Jepun

Shuudan Koudou, Tradisi Unik Masyarakat Jepun

Warga Jepun mempunyai satu budaya yang unik dan ia telah kekal selama berpuluh-puluh tahun lamanya dikenali sebagai ‘Shuudan Koudou’ iaitu pergerakan seragam.

Shuudan Koudou

Keunikan pergerakan itu juga telah menjadikan satu video persembahan berkaitan pergerakan sebegitu di Jepun menjadi viral pada November tahun lalu.

Seramai 77 orang penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) telah membuat persembahan berjalan kaki seragam di hadapan 11,000 orang penonton pada 14 November lepas.

Persembahan itu juga merupakan antara program utama dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam persembahan itu, mereka akan berjalan kaki dengan pantas ala-ala kawad tentera cuma pergerakan pelajar ini lebih laju dan tepat serta pergerakan mereka agak kompleks.

Untuk menjayakan persembahan seperti itu, mereka berlatih selama lima bulan sebanyak tiga kali seminggu. Latihan diadakan untuk menjadikan pergerakan mereka benar-benar seragam dan lurus serta semuanya sama.

Dalam latihan mereka sahaja, mereka sudah pun berjalan sejauh kira-kira 1,200 km, jarak yang sama antara Paris di Perancis dan Rome di Itali.

(Baca: Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!)

Kapten kumpulan NSSU Keiko Suzuki berkata, golongan muda di Jepun di kritik hebat kerana gagal bekerjasama dan tidak berkemampuan bekerja dalam kumpulan.

“Remaja di Jepun dikatakan kurang mahir dalam bekerja secara bersama dalam kumpulan tetapi kami berjaya membuktikan ia tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, aktiviti juga membantu mereka dalam proses mencari pekerjaan kelak kerana mereka juga dilatih untuk berdisiplin pada tahap tertinggi dan mampu mengikuti serta mematuhi peraturan.

“Saya yakin pengalaman seperti ini begitu berguna ketika kami bersaing dalam pasaran kerja kelak,” menurut Keiko.

Budaya bergerak bersama secara seragam sudah lama dipupuk dalam budaya masyarakat Jepun.

Di sekolah di Jepun, para pelajar berdiri dalam barisan yang teramat lurus di antara satu sama lain. Kumpulan berjalan kaki seragam dari NSSU ini merupakan antara satu kumpulan yang popular di Jepun. Sumber: Mynewshub



Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Dalam kenyataan rasmi Anwar Ibrahim di blognya (baca sini), Anwar cakap beliau ke Jepun atas jemputan peribadi Mr Sasakawa, Pengerusi Nippon Foundation.

Anwar-Yakuza

Ramai rakyat di Malaysia mungkin tidak kenal siapa Mr Sasakawa ini? Namun di Jepun, Mr Sasakawa memang cukup dikenali oleh rakyat Jepun sebagai anak kepada Ryoichi Sasakawa, iaitu pengasas kepada Yakuza di Jepun.

Anwar Ibrahim - Nippon foundation press statement

Pada tahun 1962, Ryoichi Sasakawa telah menubuhkan Nippon Foundation (baca sini). Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim mahu ke Jepun atas tiket Nippon Foundation kerana pada 19 April 2011, Anwar turut ke sana atas jemputan ceramah Sasakawa Peace Foundation (SPF).

Anwar Statement

Apakah Anwar hadir hanya untuk menyampaikan ceramah semata mata? Tentu ada sebab lain yang lebih kukuh untuk pihak kerajaan Jepun tidak membenarkan Anwar hadir ke negara tersebut. Mengapa pada tahun 2011 boleh tetapi tidak boleh pada tahun 2014? Apakah ada urusan dalaman Jepun yang tidak membenarkan Anwar Ibrahim masuk ke sana?

The Yasukuni Shrine

Pada 28 Disember 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah membuat kunjungan ke The Yasukuni Shrine yang menyemadikan 2.4 juta nama tentera Jepun yang terkorban dalam perang dunia. 14 orang daripada didapati bersalah mengikut tribunal perang pada 1945.

Setiap kali Perdana Menteri Jepun mengunjuni Yasukuni pada 1985 dan 2002, pasti negara negara seperti China, Korea Selatan dan Korea Utara akan melakukan protes tanda kesilapan lepas tentera Jepun (baca sini). Namun Abe ada alasan dan strategi tersendiri mengapa beliau mengunjuni Yasukuni (baca sini). Pihak barat termasuklah Amerika Syarikat turut mengkritik kunjungan Abe ke Yasukuni (baca sini).

Yasukini

Tulisan ini menjelaskan apa kaitan Abe dengan Yasukuni dan apa hubungan antara Ryoichi Sasakawa (Pengasas Nippon Foundation) dengan Yasukuni. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Jepun untuk menghalang Anwar Ibrahim memasuki Jepun dan berucap atas pentas Nippon Foundation mungkin ada asas yang kukuh.

Hal dalaman Jepun, hubungan Nippon Foundation dengan Yakuza dan kontorversi lawatan Abe ke Yasukuni mungkin antara sebab halangan itu dibuat. Oleh itu, rakyat Malaysia jangan melulu sangat percaya dengan tuduhan yang dibuat Anwar Ibrahim bahawa beliau dihalang ke Jepun atas sebab politik.

Rakyat Malaysia sendiri kena memahami apa sebenarnya situasi politik yang sedang berlaku di Jepun sekarang.

LAGI INFO ANWAR KENA HALAU DARI JEPUN.

[Sumber]

Moto X, Motorola Lancar Telefon Pintar Pertama

Moto X, Motorola Lancar Telefon Pintar Pertama

Syarikat Motorola baru-baru ini telah mengumumkan bakal keluarkan telefon pintar, Moto X yang bakal dilancarkan pada Februari ini di Eropah.

Motorola - Moto X

Menurut Pengurus Besar Mobiliti Motorola UK, Andrew Morley dalam satu kenyataannya, "Kini, sebagai sebuah syarikat Google, kami sudah menjadi syarikat yang boleh membina sebuah telefon pintar 4G seperti Moto X.

"Ia menggabungkan sejarah kami mengenai inovasi mudah alih dengan perkhidmatan mudah alih yang terbaik daripada Google."

Sejak diambil alih oleh Google, Motorola sudah memperkenalkan model perdana telefon bimbit Moto X dan Moto G di Amerika Syarikat.

(Baca: Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma, LCD, LED Dan OLED)

Menurut Motorola, harga telefon pintar itu di Britain bakal ditawarkan antara 25 pound (RM133.93) sebulan dengan kontrak hingga 380 pound (RM2,036,77) keseluruhan tanpa kad sim.

Di Perancis pula, ia bakal ditawarkan pada harga 429 euro (RM1,912,79).

Sementara itu, Moto X sudah pun dilancarkan di Amerika Syarikat tahun lalu. Versi lebih murah untuk telefon pintar Motorola, Moto G sudah dijual diperingkat antarabangsa.

Kedua-dua model telefon pintar ini akan dijana oleh perisian Google Android.

Senarai Empat Tablet Terbaru Samsung

Galaxy Note Pro 12.2

Walaupun Samsung masih belum mengumumkan harga pasaran bagi keempat-empat peranti tablet terbaru mereka – Galaxy Note Pro 12.2 serta tiga variasi Galaxy Tab Pro – penjual elektronik di pasaran Eropah telah mula “mengumumkan” harga pasaran mereka sendiri.

Memandangkan peranti ini masih belum tiba ke Malaysia, jangan risau, dompet anda masih lagi selamat, walaupun harga pasaran yang ditetapkan oleh penjual di Eropah ini sememangnya tidak munasabah (perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana penjual sebelum harga pasaran sebenar diumumkan).

Peranti Samsung Galaxy Note Pro 12.2 ditetapkan pada harga €999 (RM4,477.94) atau €1099 (RM4,926.18) bergantung pada chipset peranti. Kedua-dua variasi peranti ini mempunyai memori dalaman 32GB. Pemproses bagi peranti pertama, dengan penggunaan Wi-Fi sahaja, lengkap dengan pemproses Exynos 5 Octa manakala peranti kedua lengkap dengan pemproses Snapdragon 800 selain mempunyai sokongan untuk LTE.

(Baca: Awas! Alat Pengesan Gadget Yang Di Gunakan Pencuri!)

Situasi yang sama juga boleh dilihat bagi peranti Galaxy Tab Pro 12.2 – model Wi-Fi sahaja (Exynos 5 Octa 5420) dijual pada harga €900 (RM4,034.86), manakala model LTE (Snapdragon 800) pada harga €1000 (RM4,483.53).

Bagi Galaxy Tab Pro 10.1 pula, dengan memori dalaman 16GB, mereka menetapkan harga €800 (RM3,586.80) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €900 (RM4,034.86) untuk model Snapdragon/LTE.

Akhir sekali, tablet terkecil antara semua peranti terbaru dari Samsung, Galaxy Tab Pro 8.4, juga lengkap dengan memori dalaman 16GB, dijual pada harga €700 (RM3,138.56) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €800 (RM3,586.80) untuk model Snapdragon/LTE.

Samsung semestinya akan mengumumkan harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh penjual Eropah. Namun, buat masa ini, pengumuman tersebut masih belum dikeluarkan oleh syarikat elektronik gergasi tersebut.

Sumber: Tupai/GSMarena

Wednesday, January 22, 2014

"Bergurau, Bukan Bercumbu", Emma Maembong

"Bergurau, Bukan Bercumbu", Emma Maembong

Masih lagi dengan gosip bercumbu Zizan Razak dan Emma Maembong. Selepas Zizan tampil memberi kenyataan sebelum ini, kini giliran Emma pula yang turut menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa kerana ia mengaibkan namanya dan keluarga.

Emma Maembong

"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik. Mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

"Selagi tiada sebarang ikatan, Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu). Walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan nama keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

(Baca: Top 10 Selebriti Dengan Insuran Tubuh Paling Mahal)

Emma turut memberitahu dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita tersebut sekembalinya dia daripada bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemilik nama sebenar Che Fatimah Rohani Ismail ini turut menjelaskan sepanjang perjalanan ke Los Angeles yang mengambil masa lebih 12 jam itu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka, tetapi tidak pula keluar cerita."

Menurut Emma, 22, dia duduk bersebelahan dengan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka Azraff dan pengurus Wireframe Entertainment, Marina Juki.

Walaupun sedih dilanda gosip sedemikian, Emma bersyukur kerana keluarganya memahami dan menyokongnya selepas dia menjelaskan cerita sebenar.

Sebelum ini satu laporan yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menyatakan dua selebriti popular ini bercumbuan tanpa segan silu ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles sekitar dua minggu lalu.

Sumber: Tupai.com.my