Friday, April 19, 2013

Bilik Sewa Percuma Tapi Bayar Dengan Seks

Bilik Sewa Percuma Tapi Bayar Dengan Seks

Memang mengejutkan apabila terdapat seorang jejaka yang dikenali sebagai Bryan, sanggup mengiklankan perkhidmatan bilik sewa kepada pelajar-pelajar wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun secara percuma melalui beberapa laman pengiklanan portal.

Bilik Sewa Percuma Bayar Seks
Gambar hiasan

Apa yang lebih memeranjatkan Bryan turut meletakkan beberapa syarat kepada penyewa yang bakal tinggal bersamanya kelak iaitu mereka perlu mengadakan hubungan seks dengannya setiap hari, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah dia mahukan temannya itu mempunyai perwatakkan ceria dan ‘daring’.


Adakah mana-mana wanita sanggup menggadaikan maruah mereka demi sebuah bilik yang tidak perlu dibayar sewa tiap-tiap bulan serta bersetuju dengan segala syarat yang telah ditetapkan oleh Bryan itu?

Hmmm, tepuk dada tanyalah iman anda ya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 15, 2013

Mislina Muak Golongan Songsang Asyik Di Benci

Mislina Muak Golongan Songsang Asyik Di Benci

Jika disebut nama Mislina Mustaffa, pelakon dan juga pengarah ini sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan dan bakatnya yang tersendiri. Karya-karya yang pernah dibawanya juga ada yang menimbulkan kontroversi.


Dan terbaru, dia telah mengarahkan serta turut berlakon sama di dalam sebuah pementasan teater berjudul “M.Butterfly” yang turut dibarisi oleh pelakon Benjy.

Karya ini sememangnya karya yang sangat kontroversi dan di Malaysia sendiri ia adalah isu sensitif kerana mempunyai unsur-unsur cinta dan seks sama jenis.

Mislina ketika ditemubual menjelaskan antara tujuan dia memilih “M.Butterfly” sebagai naskhah untuk tontonan umum adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengorek ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

“M.Butterfly adalah satu karya kontroversi, kerana ia ada cinta dan seks sama jenis. Saya dah muak terhadap kebencian orang terhadap LGBT, dan saya yang berpelajaran ada tanggungjawab untuk korek kenapa perkara itu berlaku.

“Saya sedar, jika anda sentiasa korek pengetahuan, takkan ada peluang untuk anda menjadi seorang yang ‘judgemental’,” tambahnya lagi.

Bagi yang tidak tahu, “M.Butterfly” merupakan sebuah karya yang memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard kemudiannya jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

-Ohbulan

Alvin Kecewa Gagal Buntingkan Vivian

Alvin Kecewa Gagal Buntingkan Vivian

Pasangan kontroversi Alvin dan Vivian meluahkan rasa kecewa dalam Facebook mereka kerana masih gagal menimang cahayamata seperti yang diharapkan.


Mereka turut memuatnaik gambar alat mengesan kehamilan yang menunjukkan Vivian masih gagal mengandung.

Malah dalam nada sinis, pasangan tersebut menulis begini;


Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

Macam-macam...

-Mynewshub

Thursday, April 11, 2013

Pelacur Warga China Separuh Bogel Ditangkap Ketika Menyorok

Pelacur Warga China Separuh Bogel Ditangkap Ketika Menyorok

Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik unit pangsapuri di Jalan Pasar Baru Pudu, di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Tindakan wanita berusia 30-an yang hanya memakai coli dan seluar dalam menyorok disebabkan takut dengan kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin.

Difahamkan, wanita warga China disyaki pelacur itu berjaya diberkas bersama 24 lagi warga asing lain sekitar lokasi serbuan berkenaan.

Malah, seorang lelaki warga asing yang dipercayai berang dengan serbuan pihak berkuasa itu cuba bertindak menghalang pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan menumbuk seorang pegawai imigresen sebelum dia turut ditahan.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya Abdul Malik Bujang berkata, serbuan itu berikutan aduan orang awam mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Serbuan dengan kekuatan 38 pegawai dan anggota bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 24 pendatang asing tanpa izin masing-masing 22 wanita dan dua lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Daripada jumlah itu, 22 wanita warga China, empat Myanmar dan seorang Indonesia manakala masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar,” katanya ketika ditemui sebaik tamat operasi, kelmarin.

Menurutnya, wanita yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti tidak bermotal termasuk pelacuran.

“Sebelum menyerbu kawasan itu, kita sudah melakukan risikan selama tiga bulan,” katanya.

-Hmetro

Wednesday, April 10, 2013

Pengarah Filem Gay Cuba Pikat Pelakon Muda

Pengarah Filem Gay Cuba Pikat Pelakon Muda

Seorang penerbit drama didapati cuba mempelawa seorang pelakon baru melakukan hubungan sonsang jika mahu berlakon didalam drama terbitannya.


“Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,” kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.

Begitulah nasib buruk yang menimpa Shazril pelakon yang baru lima bulan bergelar anak. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan.

Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon.

“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

“Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.

BACA INI JUGA: Video Gelek Terlampau, Ira Kazar Mohon Maaf

Sumber: Hmetro

Friday, April 05, 2013

Vivian Minta Maaf 'Berbogel' Bersama Bendera BN!

Vivian Minta Maaf 'Berbogel' Bersama Bendera BN!

Setelah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia dan laporan polis yang bakal dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaludin, pasangan sundal ini melalui akaun Facebook mereka memohon maaf.


Tindakan keterlaluan pasangan ini bukan sahaja mencemar nama Barisan Nasional, bahkan emosi dan peradaban bangsa Malaysia.

(Baca: Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!)

Alvin mendakwa, pasangannya itu tidak berkeadaan bogel, tetapi memakai tiub dan seluar pendek ketika mengambil gambar tersebut.

Terdahulu, pasangan ini memuat naik gambar Vivian yang seolah-olah dalam kedaaan tidak berpakaian ke akaun FB mereka. Berikutan itu, satu laporan polis bakal dibuat oleh KP UMNO kerana menganggap ianya satu perbuatan menghina parti itu.

Berikut adalah teks penuh permohonan maaf pasangan berkenaan:

Kami dengan tulus ikhlas memohon ampun kerana memuatnaik gambar lucah yang boleh disifatkan menghina dan memperselekehkan bendera Barisan Nasional.


Kami tidak menyangka bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab kami akan menyebabkan reaksi yang begitu negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Kami juga ingin menegaskan bahawa Vivian sebenarnya memakai baju tiub dan seluar pendek ketat di belakang bendera tersebut. Harap maaf.

Yang benar,

Alvin dan Vivian

[Sumber]

Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!

Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!

Pastinya kita masih ingat pasangan haramjadah Alvin dan Vivian yang bukan sahaja memalukan keluarganya, malam masyarakat Malaysia secara umumnya apabila memuatnaik gambar serta video seks mereka ke internet pada tahun lepas.


Semalam, Vivian telah memuat naik gambar lucahnya ke laman Facebook dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan caption 'Remember to vote for BN! 记得投国阵哦!

Ingat, undilah BN!'

Tindakan Vivian ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.


Tindakan beliau mengajak peminatnya mengundi BN juga adalah hanya cubaan menyindir dan sudah difahami oleh pengujung laman FBnya. Ramai pengunjung lebih cenderung mengutuk dan tidak senang dengan tindakan ini.

-Pilihan-anda

Tuesday, March 12, 2013

Gadis Malaysia Beri Khidmat 'Kotor' Melalui Telefon

Gadis Malaysia Beri Khidmat 'Kotor' Melalui Telefon

Kelebihan menggunakan Internet banyak manfaatnya jika kita gunakannya untuk tujuan yang baik.


Namun terdapat segelintir pihak yang telah menyalahgunakan media sosial Twitter apabila mewujudkan akaun yang tidak bermoral seperti untuk menawarkan perkhidmatan perbualan seks melalui telefon.

Kalau di Barat, aktiviti seperti ini memang sudah sinonim dengan kehidupan masyarakatnya di sana.

Terdapat sebuah akaun Twitter atas nama @nanalambert yang didakwa memberikan khidmat perbualan seks menerusi telefon.

Untuk mendapatkan khidmatnya, anda hanya perlu menambah nilai RM30 untuk bil telefon si gadis terbabit.

Setakat ini gadis tersebut sudah mempunyai lebih daripada 1000 pengikut di Twitter.

Tapi penulis ragu-ragu mengenai kesahihan cerita ini, mana tahu gambar gadis itu telah dieksploitasi tanpa pengetahuannya sendiri.

Kan macam-macam hal boleh berlaku pada zaman sekarang ni.

[Sumber]

Thursday, March 07, 2013

Pelajar IPT Jual Maruah Di Internet

Pelajar IPT Jual Maruah Di Internet

Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web.


Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini.

“Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.

Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral.

“Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan.

“Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya,” katanya.

-Sinarharian

Saturday, March 02, 2013

Gambar Bersosial Terlalu Panas Anak Sofea Jane

Gambar Bersosial Terlalu Panas Anak Sofea Jane

Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Bersosial

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Bersosial

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Bersosial

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.

Bersosial

Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga 'google' kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.

Bersosial

Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.

Bagaimana pula dengan anda?

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Yang Dibayar RM30k Semalam Untuk Layan VVIP?

Sumber: pa

Wednesday, February 27, 2013

Video! Sepasang Kekasih Selamba Berasmara Di Tepi Pantai!

Video! Sepasang Kekasih Selamba Berasmara Di Tepi Pantai!

Beratus pengunjung sebuah pantai peranginan terkenal di Rio De Janeiro, Brazil kecoh apabila sepasang kekasih bertindak melakukan hubungan seks tanpa segan silu ketika mandi di pantai itu.


Menurut seorang pengunjung yang sempat merakamkan adegan sumbang itu ke You Tube, ada pengunjung yang memanggil polis untuk menghalang perbuatan itu.

Namun sebahagian besar pula memilih untuk bersorak dan ketawa melihat insiden berkenaan.

Difahamkan pasangan berkenaan pada mulanya tidak menyedari yang gelagat mereka berjaya ‘dihidu’ namun masing-masing kemudiannya malu sendiri apabila mendapat tahu perbuatan mereka telah menarik perhatian pengunjung pantai tersebut.

Difahamkan sebaik saja selesai ‘beraksi’, kedua-dua mereka telah ditahan pihak berkuasa pantai Rio Das Ostras kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan setelah membayar denda.

GILA SANGAP!



[Sumber]

Sunday, February 24, 2013

Zahia Dehar Sundal Bawah Umur Yang Meniduri Orang Kaya

Zahia Dehar Sundal Bawah Umur Yang Meniduri Orang Kaya

Zahia Dehar mula bekerja sebagai pelacur pada Mac 2008 dan ketika itu dia mendapat sehingga £20,000 ($32,000) sebulan dengan meniduri klien kaya, terutamanya pemain bola sepak dunia seperti Franck Ribery, Karim Benzema, dan Sidney Govou.


Hubungan tilamnya dengan pemain bola ternama ini mendapat liputan meluas apalagi ketika itu dia masih di bawah umur.


INFO: Pelacuran sah di Perancis di usia 18 dan gadis ini berkecimpung dengan dunia pelacuran ketika berusia 16.

BACA INI JUGA: Wanita Malaysia Paling Mudah Ditipu

[Sumber]

Wednesday, February 20, 2013

Saya Bosan Buat Dosa Pun Kena Kritik - Nabila Huda

Saya Bosan Buat Dosa Pun Kena Kritik - Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda mengeluh apabila segala perlakuan yang dilakukan sentiasa mendapat kritikan daripada peminatnya dan orang luar.


Pelakon yang selalu mencetuskan kontroversi itu sempat memuat naik status Twitternya yang berbunyi, “diving salah, swimming salah, tengok live band salah, pergi club jahat, pakai seluar pendek jahat, merokok jahat. Terlalu banyak peraturan. Saya bosan”.

Nabila, 29,yang juga seorang ibu tunggal sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia tampil seksi pada Anugerah Blockbuster sehinggakan bapanya, Amy Search turut terpanggil untuk membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.

Hmmm, mungkin orang tegur tu kerana sayang kat awak, Nabila.


Memang tak salah untuk berseronok tetapi berpada-padalah kerana awak tu merupakan seorang public figure, sudah tentu segala perlakuan anda sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.

[Sumber]

Friday, January 25, 2013

Wanita Hong Kong Santai Beli Hand Phone Tanpa Seurat Benang

Wanita Hong Kong Santai Beli Hand Phone Tanpa Seurat Benang

Berita ini bukan bermaksud pornografi, namun sebagai bahan renungan bahawa kita hidup dalam dunia yang sudah rosak teruk, yang sukar untuk dikembalikan ke keadaan semula.


Ini benar-benar kejadian di luar fikiran yang terjadi di Hong Kong. Seorang wanita berbelanja ke sebuah kedai HP di mall tanpa mengenakan sehelai benang pun!

Inilah foto-fotonya yang beredar luas di kalangan para blog di China, Taiwan dan Hong Kong.

Tidak disebutkan HP jenis apa yang dia beli. Namun dilaporkan dia melenggang dengan santainya tanpa sehelai benang pun.

Benar-benar sudah gila orang ini. Dan dunia kita semakin dibanjiri oleh ketidakwarasan.

[Sumber]

Wednesday, January 23, 2013

Alvin Dan Vivian Buat Penggambaran Dan Temubual Pulak!

Alvin Dan Vivian Buat Penggambaran Dan Temubual Pulak!

Masih ingatkah pasangan kontroversi Alvin dan Vivian?


Baru-baru ini Alvin Tan dan Vivian Lee telah memuat-naik beberapa klip video ‘talk show’ mengenai pandangan mereka tentang- tentang apalagi – SEGALA-GALANYA TENTANG SEKS!

Kali ini mereka siap jalankan temubual dengan orang ramai tentang ‘benda itu’.


Dalam post terbaru, Alvin dan Vivian, kedua-duanya merakamkan aksi berdua di atas katil dengan Alvin tidak berbaju dan Vivian memakai coli sambil berselimut.

Untuk rekod, Alvin adalah pelajar dari Malaysia yang menuntut di National University of Singapore mencetuskan kegemparan baru-baru ini apabila memuat naik gambar dan video seks bersama teman wanitanya itu dalam sebuah blog.

Alvin yang merupakan penerima biasiswa ASEAN dan pelajar jurusan undang-undang di universiti tersebut dipercayai telah memuat naik gambar dan video tersebut dalam laman blog mereka, Sumptous Erotica sejak 20 September tahun lalu.


Lihatlah ‘aksi’ mereka menjalankan penggambaran di tempat terbuka dengan tanpa rasa bersalah.

Memanglah mereka tidak rakamkan aksi ‘dalam kelambu’ sewaktu penggambaran itu tetapi gelagat dan air muka mereka berdua secara jelas menunjukkan…mereka tak langsung ada perasaan malu pada masyarakat sekeliling walaupun dah beratus ribu orang pernah melihat aksi mereka di ranjang, dan beratus ribu orang juga pernah melihat tubuh mereka tanpa seurat benang!


Inilah ‘demokrasi dan hak asasi’ cara Alvin dan Vivian...

[Sumber]

Sunday, December 23, 2012

Gadis Mesir Tanpa Seurat Benang Bantah Perlembagaan!

Gadis Mesir Tanpa Seurat Benang Bantah Perlembagaan!

Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir.


Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm.

Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.

Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam.

“Tentulah jika kita mahu melakukan perubahan, kita perlu melakukan sesuatu biarpun ia tidak disukai,” katanya.

Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden.

Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini.

Sementara keluarganya di Kaherah pula, kata Alia, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu.

Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.

Dia baru menganggotai FEMEN, sejak dua minggu lalu. Alia menjadi popular selepas bergambar bogel dalam blognya, setahun yang lalu.

Baru-baru ini, Alia telah dihalang daripada memasuki Perancis untuk mengambil bahagian dalam protes bogel yang dirancang diadakan kedutaan Mesir di Paris.

Dalam pada itu, kumpulan pembangkang di Mesir yang turut memprotes rangka perlembagaan baru Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Alia itu.

-Mynewshub

Tuesday, December 11, 2012

Remaja Hamil Luar Nikah Menjerit Minta Tolong

Remaja Hamil Luar Nikah Menjerit Minta Tolong

Selepas sembilan bulan menyembunyikan kehamilannya, seorang remaja bawah umur terpaksa membiarkan rahsianya terbongkar apabila meminta bapanya menghantar ke hospital kerana tidak tahan lagi sakit untuk bersalin, kelmarin.

Gambar hiasan

Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang keciciran sekolah dari Batu 34, Jalan Kuching-Serian itu tahu dia mengandung, tetapi menyorokkan daripada pengetahuan keluarga kerana takut.

Bapa gadis terbabit yang berusia 52 tahun terkejut apabila anaknya meminta tolong membawanya ke Hospital Serian (HS) kerana tiba masa untuk bersalin.

Keluarga terbabit membawanya ke hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku Mac lalu jam 3.14 petang di sebuah asrama pekerja di Pekan Serian.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, berkenalan dengan lelaki berusia awal 20-an yang baru bekerja di tempat sama.

“Pada hari kejadian, lelaki itu mengajak gadis terbabit minum minuman keras di asrama mereka hingga mangsa tidak sedarkan diri. Apabila sedar, mangsa mendapati dia tidak berpakaian dan dipercayai dirogol,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, gadis itu bersemuka dengan lelaki terbabit meminta dia bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu kini menghilangkan diri.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Lubok Antu untuk didakwa kerana merogol gadis bawah umur.

-Hmetro

Sunday, December 09, 2012

Pelacur Kembar Yang Mengaku Di Langgan 355,000 Lelaki!

Pelacur Kembar Yang Mengaku Di Langgan 355,000 Lelaki!

Walaupun sudah berusia 70 tahun, pelacur kembar ini masih bergiat aktif di Amsterdam. Dan disepanjang karier hitam mereka ini, kedua-duanya mendakwa sudah dilanggan 355,000 lelaki!


Adoi.. sudah-sudah la nenek ooiii...

Friday, December 07, 2012

Remaja Sanggup Tiduri Ratusan Lelaki Untuk Dapat Anak

Remaja Sanggup Tiduri Ratusan Lelaki Untuk Dapat Anak

Pada usia 15 tahun, Victoria Thompson tidak seperti mana-mana gadis-gadis muda lain. Pada usia 15 tahun beliau mahukan anak dan dia tidak keberatan untuk tidur dengan lebih 300 lelaki berlainan.


Beliau muncul di sebuah episod Maury yang tampil dalam episod “I’m in the 9th grade… You can’t stop me from having a baby!”.

Dalam kenyataan Victoria. Dia ingin menimang anak sebelum berusia 16 tahun.

Menurut Ibunya, Vicki, dia pernah terserampak anaknya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali sebanyak tiga kali di dalam bilik tidurnya.

Pada kali pertama dia terserampak, dia memarahi anaknya. Pada ketika itu Victoria masih mendengar kata, tetapi selepas itu Victoria tidak mengendahkan langsung tegahan Ibunya.

Pada tahun 2009, Victoria membuat kemunculan semula dalam episod Maury dengan berbadan dua. Pada ketika itu, Victoria berumur 19 tahun.

Dan pada Februari 2010, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, dengan nama, Joven Angel.

Pada November, 2011, beliau adalah “model” dalam salah sebuah laman lucah.

Video Youtube Victoria

-Paapaada.blogspot.com

Tuesday, November 13, 2012

Menteri Wanita Perancis Bingung Anaknya Ada 8 Bapa!

Menteri Wanita Perancis Bingung Anaknya Ada 8 Bapa!

Menteri kehakiman wanita pertama Perancis berpacaran dengan lapan teman lelaki ketika dia melahirkan anak luar nikah.


Pendedahan mengenai kisah cinta Rachida Dati yang luar biasa itu timbul ekoran pertelingkahan mengenai siapakah bapa kepada anak perempuan wanita berusia 47 tahun itu. Ahli perniagaan dan jutawan, Dominique Desseigne, 68, enggan menjalani ujian DNA selepas dituduh sebagai bapa kepada kanak-kanak perempuan itu.

Rachida sudah ke mahkamah untuk cuba membuatkan Desseigne mengakui bahawa dia bapa kepada Zohra, kini berusia tiga tahun hasil hubungan asmara mereka pada 2008. Namun, Desseigne memberitahu majalah Le Mode, bahawa dia adalah seorang daripada ramai lelaki yang menjalin hubungan dengan Rachida. Dia juga tidak tahu jika dia bapa kepada Zohra. Tambahan pula, peguamnya menyarankan dalam bukti bertulis bahawa Rachida terbabit dengan lapan hubungan pada ketika itu.

Mereka termasuk hos televisyen, menteri, ketua eksekutif pejabat, Perdana Menteri Sepanyol, adik lelaki kepada Nicolas Sarkozy, Peguam Negara Qatar dan pewaris empayar barangan mewah, lapor majalah itu.

Desseigne kini menolak permohonan Rachida yang dibuat di mahkamah Versailles dekat Paris agar menjalani ujian itu.

Menurut undang-undang Perancis, sesiapa yang diminta menjalani ujian itu boleh menolaknya walaupun Rachida dikatakan mempunyai bukti, termasuk kenyataan bersumpah daripada kakitangannya bahawa Desseigne melawat ‘anak mereka’ secara tetap sejurus selepas dia dilahirkan.

Mereka yang disyaki bapa kepada Zohra pada masa lalu, termasuk sebilangan tokoh masyarakat daripada Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Anzar hingga kepada bekas Perdana Menteri Perancis, Nicolas Sarkozy. Rachida yang terkenal sebagai individu yang suka menonjolkan diri menggalakkan spekulasi dalam sebilangan wawancara di majalah seperti Paris Match di mana dia turut muncul dalam sesi fotografi yang glamor.

Pendedahan terbaru itu akan meningkatkan reputasi ahli politik Perancis dan tokoh masyarakat lain sebagai kaki perempuan yang tidak pernah berhenti menjalin hubungan seks secara haram. Bulan lalu, wanita pertama Perancis sekarang, Valerie Trierweiler didakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada bakal Presiden Parti Sosialis, Francois Hollande dan Menteri Parti Konservatif, Patrick Devedjiana.

Ketiga-tiganya termasuk Valerie telah berkahwin atau mempunyai hubungan jangka panjang dengan orang lain pada waktu itu.

Rachida yang berasal daripada keluarga pendatang dari Afrika Utara dan pernah gagal dalam perkahwinannya menjalani kehidupan sebagai wanita solo sejak berusia awal 20-an. Dia menjadi bintang dalam ‘kabinet pelangi’ Sarkozy yang terdiri daripada pelbagai etnik pada 2007 dalam usaha membabitkan golongan minoriti dalam kerajaan, tetapi dipecat pada 2009 kerana didakwa tidak layak memikul tugas diberikan.

-DM