Thursday, March 21, 2013

Gambar Sial Pengganas Suluk Yang Ditangkap Hidup-hidup!

Gambar Sial Pengganas Suluk Yang Ditangkap Hidup-hidup!

Inilah gambar sial seorang pengganas Suluk yang berjaya ditangkap ATM di Kampung Tanjung Batu hari ini.


Sepatutnya kaki dan tangan pengganas ini dipotong terlebih dahulu sebelum dihukum gantung kerana mereka adalah binatang dengan kekejaman dan kebodohan luarbiasa yang belum pernah rakyat Malaysia saksikan sebelum ini.

Pengganas-pengganas ini tidak layak diberi sedikit pun belas kasihan, mereka hanya layak dibunuh dan dilempar ke laut, mungkin ikan sekalipun, enggan memakan bangkai mereka.

-SP

Wednesday, March 20, 2013

RM475,000 Wang Jaminan Jika Mahu Pengganas Sulu Dibebas

RM475,000 Wang Jaminan Jika Mahu Pengganas Sulu Dibebas

Seramai 38 pengikut Kiram yang ditangkap pihak berkuasa Filipina pada 13 Mac lalu perlu menyediakan wang jaminan P6.2 juta (RM475,000) jika mahu dibebaskan.


Mereka ditahan kerana memiliki senjata api secara haram dan mencetuskan konflik sehingga menjadi pencetus konflik di Sabah.

“Kami telah memfailkan usul untuk mengurangkan wang jaminan semalam tetapi ia masih belum selesai,” kata Ketua Pejabat Peguam (PAO), Persida Rueda-Acosta.

Acosta hanya mengikut permintaan Kesultanan Sulu membela nasib pengikut Kiram seramai 38 orang itu.

Beliau berkata, pihaknya cuba untuk meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin kepada P3,000 (RM230) bagi setiap tertuduh.

Pihaknya turut meminta mahkamah menjalankan siasatan awal supaya boleh mengemukan afidavit mereka.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata Kiram dan pengikutnya boleh dibicara di Filipina di bawah Kanun Keseksaan yang diguna pakai jika rakyat negara itu melakukan kesalahan jenayah di luar negara.

-Sinarharian

12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

12 Perkara Untuk Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Renungan Isu Pencerobohan Lahad Datu

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.

4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

“Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

“Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

“Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

9.“SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki…satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 19, 2013

MILF Adalah Alat Penjajahan Malaysia - Nur Misuari

MILF Adalah Alat Penjajahan Malaysia - Nur Misuari

Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.


Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.

"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.

"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.

Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.

Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.

"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya.

-AGENSI

Pasukan Gerila ATM Lebih Hebat Dari Gerila Pengganas Suluk!

Pasukan Gerila ATM Lebih Hebat Dari Gerila Pengganas Suluk!

Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Februari lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.


Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata, taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Ops Daulat, Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pula berkata, pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Ops Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kejayaan Ops Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata, di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Februari lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Ops Daulat.

-BERNAMA

Kebodohan Melampau Puteri Palsu Sulu Jacel Kiram

Kebodohan Melampau Puteri Palsu Sulu Jacel Kiram

Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah.. Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-

"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"


Kesian Puteri Jacel, mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan "pajakan kekal" tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termeterai di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.

[Sumber]

Monday, March 18, 2013

Filipina Bersedia Hantar Tentera Dakwa Malaysia Tindas Rakyatnya!

Filipina Bersedia Hantar Tentera Dakwa Malaysia Tindas Rakyatnya!

Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.


Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: “Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

[Sumber]

Gempar! Kiram Arah Tenteranya Di Lahad Datu Lancarkan Perang Gerila!

Gempar! Kiram Arah Tenteranya Di Lahad Datu Lancarkan Perang Gerila!

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.


Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

-mStar

Jacel Kiram Puteri Palsu Paling Bodoh Di Dunia

Jacel Kiram Puteri Palsu Paling Bodoh Di Dunia

Dah masuk peringkat kurang ajar betul la ‘puteri’ Jacel ni. Lepas beberapa hari twitter dia diam, semalam ada bunyi sikit. Macam haram jadah…


Ingat orang Malaysia bodoh sangat sejarah ke?

Tak perlu dengar cakap kerajaan dalam isu ini, baca kat internet pun berlambak bahan dan bukti bahawa Sabah itu bukan lagi milik Kesultanan Sulu.

Kerajaan tidak menipu apa pun..


Lawaknya, Kesultanan Sulu pun sebenarnya sudah tiada kerana tidak ada satu pun kerajaan berdaulat di dunia ini yang mengiktiraf kesultanan berkenaan.

Kenalah sesiapa sedarkan Jacel Kiram…sudah la kesultanan dia tak diiktiraf…bapa dia pun kalau ikut susur-galur tak layak menuntut takhta kesultanan itu.

Dua kali bodoh perempuan ni tapi dia nak zahirkan kita tak faham sejarah pulak… dah la mengaku puteri…bodoh pulak tu!

-Mynewshub

Ahli Sihir Pengganas Sulu Mati Ditembak!

Ahli Sihir Pengganas Sulu Mati Ditembak!

Kepercayaan pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.


Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.


Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya.

-Mynewshub
Jurucakap Pengganas Nafi Azzimuddie Kiram Sudah Lari Ke Filipina!

Jurucakap Pengganas Nafi Azzimuddie Kiram Sudah Lari Ke Filipina!

Jurucakap Jamalul Kiram III semalam menafikan bahawa Raja Muda Azzimuddie Kiram telah melarikan diri ke tanah airnya, Filipina.

Azziudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya.

Pada bulan lalu, Azzimuddie mengetuai lebih 200 pengganas menceroboh Sabah di Malaysia untuk menuntut negeri berkenaan.

Pengganas-pengganas Jamalul Kiram telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Sabah kerana mendakwa negeri itu milik Kesultanan Sulu berdasarkan faktor sejarah.

Kumpulan tersebut membina sebuah kem di Sabah pada 12 Februari lalu untuk melaksanakan tuntutan mereka sekali gus mencetuskan isu diplomatik dan keselamatan kepada Manila dan Kuala Lumpur.

Konfrontasi itu meletus menjadi pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.

Beberapa laporan dari Malaysia memetik panglima angkatan tentera negara itu, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin sebagai berkata bahawa Azzimuddie telah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Filipina.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan Malaysia bahawa laporan yang diterima menunjukkan raja muda itu tidak lagi bersama kumpulannya di Sabah.

Namun, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani menafikan kedua-dua laporan tersebut.

Dalam satu jawapan bertulis kepada agensi berita dpa, dia berkata: "Itu tidak benar. Dia (Azzimuddie) masih berada di Sabah."

Dalam pada itu, polis di Tawi-Tawi iaitu pulau di wilayah Mindanao yang paling dekat dengan Sabah masih mencari tanda-tanda bahawa Azzimuddie mungkin melarikan diri ke sana.

-dpa

Sunday, March 17, 2013

Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati

Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati

Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.


Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.

“Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri,” katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.

Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.

“Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat,” katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.

Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.

Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.

-BERNAMA

Saturday, March 16, 2013

Ketua Pengganas Abgimudin Kiram Disahkan Sudah Lari Ke Filipina!

Ketua Pengganas Abgimudin Kiram Disahkan Sudah Lari Ke Filipina!

Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Gambar fail

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

“Berdasarkan sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.

“Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.

Ditanya mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil, namun tiada pertempuran berlaku semalam.

-mStar

'Anonymous Philipines' Godam Laman Web Presiden Filipina

'Anonymous Philipines' Godam Laman Web Presiden Filipina

Penggodam Filipina kini melancarkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaannya ekoran krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah, mereka menuduh pentadbiran Presiden Benigno Aquino III gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu berkenaan.


Dengan menggunakan nama, 'Anonymous Philipines', penggodam berkenaan menyerang laman web rasmi Aquino dengan meninggalkan mesej di sana.

Antara mesej yang dipaparkan di laman web berkenaan ialah: “…Kami berharap anda dapat mengambil tindakan sepatutnya dengan bijaksana malangnya anda gagal. Anda tidak lakukan apa-apa ketika saudara kami dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.”

Mereka juga menuduh kerajaan Filipina gagal menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan sepertimana yang berlaku di pantai timur Sabah, walaupun dakwaan tersebut dinafikan oleh Putrajaya.

“Sebagai Presiden Filipina, jika anda tidak boleh mengambil tindakan ke atas isu itu, sekurang-kurangnya anda perlu membantu rakyat Filipina yang terseksa di sana. Kami memerhatikan anda,” menurut mesej itu.

Menurut Philippine Inquirer, serangan di laman web Aquino itu dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis pada pukul 1.30 pagi.

Walaupun telah pulih, banyak laman web kerajaan yang lain masih mengalami kerosakan sehingga petang Khamis.

Serangan penggodam itu berlaku lagi selepas 10 hari penggodam kedua-dua negara Malaysia dan Filipinan meminta gencatan senjata berikutan perang siber yang berlanjutan selama tiga hari.

Akibat serangan itu beratus-ratus laman web kepunyaan kedua-dua negara mengalami kerosakan, ia berlaku beberapa jam selepas pengganas bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia mula bertempur dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Lebih daripada 60 orang terbunuh, termasuk 10 anggota tentera dan pegawai polis serta pengganas Sulu sejak serangan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu.

-mStar

Friday, March 15, 2013

Isu Lahad Datu - Wartawan ‘Manila Standard Today’ Otak Keldai

Isu Lahad Datu - Wartawan ‘Manila Standard Today’ Otak Keldai

Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.


Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati. Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing.

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya.

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia. Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII. Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir. Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian.

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam.

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD). Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006.

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser. Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula. Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik. Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam.

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut.

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang. Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan. Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri. Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya. Beliau juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine.

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati. Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari. Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut.

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib. Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja. Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu. Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah. Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing.

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini? Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu? Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.

[Sumber]

Pengganas Sulu Kehausan Terpaksa Rayu Minta Air

Pengganas Sulu Kehausan Terpaksa Rayu Minta Air

Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Rumah penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

-Hmetro

Bersabarlah Wahai Perajurut Menentang Pengganas Sulu

Bersabarlah Wahai Perajurut Menentang Pengganas Sulu

Hati mana yang tidak sayu melihat nasib keluarga pahlawan yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Terlalu sedih memikirkan keadaan anak-anak yang ditinggalkan si bapa yang telah menjadi barisan hadapan semata-mata demi menjaga keselamatan tanah air dan rakyat.

Penglibatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat pasti 
memperoleh ganjaran hebat daripada Allah SWT.

Anak-anak kecil yang tidak memahami apa-apa berdiri di sisi jenazah bapa mereka menyebabkan air mata kita mengalir. Kadang-kadang, hati kita terfikir kenapa orang-orang yang telah melakukan kebaikan ini diuji sedemikian rupa?

Allah SWT adalah Maha Adil. Dia tidak pernah melupakan sesuatu perkara, sama ada kebaikan atau keburukan. Sesuatu amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu pastinya ada balasan nikmat atau azab. Kita yang membuat pilihan berdasarkan akal fikiran kurniaan Allah SWT.

Pilihan itu yang akan menentukan balasan di akhirat. Sekiranya amalan itu adalah sebuah kebaikan, maka Allah SWT akan membalasnya dengan kebaikan. Sebaliknya, apabila amalan itu ialah keburukan, akan dibalas jua dengan keburukan. (rujuk al-Isra': 7)

Bagaimana kita boleh konsisten dalam berbuat kebaikan? Berikut beberapa tip mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan pada setiap masa.

Pertama, luaskan maksud kebaikan. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa berbuat kebaikan itu ialah apabila kita menghulurkan bantuan kewangan seperti sedekah dan derma. Sebenarnya, kebaikan tidak terhad sekadar itu. Ia merangkumi segala perkara yang dapat memudahkan urusan orang lain, sebarang tindakan yang dapat mengeluarkan orang lain daripada kesusahan dan menyenangkan hati orang lain. Sekecil mana pun tindakan sekiranya dapat mendamaikan hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan.

Ini termasuklah berwajah ceria dan berseri-seri sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikit pun, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri. (riwayat Muslim)

Kedua, berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Jangan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang sepatutnya kita dahulukan dalam memberikan bantuan ialah kaum kerabat yang terdekat. (rujuk al-Baqarah: 177)

Walau bagaimanapun, ia tidaklah menghalang kita untuk memberikan bantuan dan kebaikan kepada orang lain, waima tanpa pertalian darah sekalipun, selari yang telah ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara kita dalam Ops Daulat yang rela mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.

Ketiga, jangan mengharapkan ganjaran daripada manusia. Apabila kita menghulurkan sesuatu bantuan, tidak semua yang akan memberikan penghargaan, apatah lagi untuk membalasnya. Oleh itu, kebaikan itu hendaklah diberi kerana Allah SWT, bukan kerana manusia. Ganjaran itu bukannya datang daripada orang yang menerima kebaikan tersebut, sebaliknya datang daripada Allah SWT, sama ada di dunia, ataupun di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya… (riwayat Muslim)

Keempat, hendaklah sabar dalam berbuat kebaikan. Janganlah kita bosan melakukannya. Kadang-kadang Allah SWT menguji keikhlasan kita. Ada di kalangan kita yang pernah dihina dan dicaci kerana melakukan kebaikan. Rasulullah SAW pernah menerima pelbagai tohmahan demi menyampaikan risalah Islam dan ingin membawa kebaikan kepada umatnya.

Namun, Baginda dan para sahabat RA terus istiqamah dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan Islam. Tidak pernah diminta sebarang upah dan ganjaran setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan itu.

Ini adalah disebabkan keyakinan mereka bahawa Allah SWT pasti akan membalas apa yang telah mereka korbankan di dunia ini dengan balasan yang jauh lebih hebat di akhirat kelak. (rujuk al-Mukminun: 111)

Usaha mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh adalah merupakan kebaikan yang amat besar. Lebih-lebih lagi usaha tersebut memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kita yakin usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan dengan keikhlasan dan keimanan kepada-Nya pasti mendapat kebaikan di sisi Allah SWT kerana berbuat baik pasti dibalas baik. Al-Fatihah

-Utusan

Peralatan Perang Elektronik Dihantar Ke Lahad Datu

Peralatan Perang Elektronik Dihantar Ke Lahad Datu

Ada peralatan perang kita yang tidak pernah dihebah dan anda tonton selama anda akil baligh sehingga dewasa iaitu kereta perisai Peperangan Elektronik dalam ketegori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman yang kita beli dalam dua-tiga tahun lepas.

Ini bukanlah versi sebenar FUCH COMMJAM milik tentera kita (sekadar gambaran).

Kenderaan yang buruk tahap buaya air masin ini telah dihantar ke Sabah untuk memberikan bantuan sokongan terhadap operasi menangani pencerobohan askar-askar diraja kesultanan Sulu.

Kita tidak boleh memandang “cikai” terhadap mereka ini kerana manalah tahu ada negara luar yang berdiri di belakang mereka.

Seperkara lagi, tentera diraja Sulu ini diperhatikan sentiasa menghantar maklumat ke Manila, Filipina dengan menggunakan telefon satelit.

Kereta perisai EW COMMJAM atau “Jammer” pacuan 6×6 FUCH ini merupakan sistem Peperangan Elektronik yang sangat canggih dan tidak dimiliki oleh negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Filiphina.

Kebanyakkan aset peperangan elektronik negara-negara yang dimaksudkan bersifat portable (tenaga insani), statik dan sudah ketinggalan zaman.

Sistem-sistem Peperangan Elektronik yang mereka pasang dalam kenderaan ini tidak perlulah ditanya, sulit hendak diceritakan tetapi dari negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Softwarenya pula dalam bahasa Jawi, bahasa lain dilarang pakai.

Unit-unit FUCH 6×6 ini biasanya bergerak pada waktu di antara 12 hingga 4 pagi untuk membuat operasi ELINT dan SIGINT ke atas negara-negara yang bermasalah dan dalam setiap operasi biasanya disokong oleh dua kenderaan yang serupa.

Malam-malam buta bila orang sudah tidur, SOFTWARE BAHASA JAWI ini dihantar untuk mengelirukan pelbagai peralatan elektronik milik negara bermasalah termasuk menganggu sistem perisian mereka, radar, komunikasi dan sebagainya.

Jumlah berapa banyak kita ada pun, tidak perlulah ditanya…Use Your Imagination, Okeiii?

Kalau anda terdengar bunyi ini “Goblok, mengapa ini seh, radarnya pusing”, “Waduhh..apa ini, ada bogeyyy” “Mana ada pak, bukankah kita sahaja yang ada di udara” atau “Fuck..fuckk…tett…tettt” atau “No alert…system failed, we are now at stage 2″….ketahuilah, SOFTWARE BAHASA JAWI sedang mengodam anda.

Kenderaan milik kita ini mempunyai keupayaan untuk merosakkan komunikasi pada frekunsi “ALL BAND ALL MODE”.

Sekarang apabila negara kita ada krisis macam di Lahad Datu, dua kenderaan Peperangan Elektronik 6×6 FUCH ini telah dihantar ke Sabah dengan pesawat Charlie.

Tujuannya….hehehe…cuba check talian handphone anda kalau anda ke Lahad Datu.

Sebenarnya pihak polis pun ada pakai peralatan-peralatan peperangan elektronik ini tetapi ia bersifat “portable” malahan kalau tidak silap, Jabatan Perdana Menteri juga memiliki aset dan keupayaan yang serupa tetapi pada tahap yang lebih rendah dari Angkatan Tentera Malaysia.

Malah, Suruhanjaya Koridor Multimedia Malaysia (SKMM) juga mempunyai kenderaan yang canggih dalam kenderaan Mercedes Benz berwarna putih.

SKMM mempunyai lebih kurang empat buah dan setiap satu harganya mencecah RM7 juta.

-Militaryofmalaysia

Thursday, March 14, 2013

Azzimudie Kiram Bekas Penolong Pegawai Daerah Kudat, Sabah!

Azzimudie Kiram Bekas Penolong Pegawai Daerah Kudat, Sabah!

Ketua kumpulan Kesultanan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Radjah Mudah Ajbimuddin Kiram @ Raja Muda Azzimudie Kiram aka Ketua Pengganas Suluk, pernah menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kudat di zaman Tun Datu Mustapha Harun pada era pemerintahan parti USNO.


Adakah ini bermakna kemungkinan besar pengikut Azzimudie adalah warganegara Suluk yang mempunyai dokumen warganegara Malaysia yang sah?

(Baca: Gambar Anggota Polis Yang Menjadi Musuh Dalam Selimut)

Pihak keselamatan digesa menyiasat talibarut-talibarut yang sudah menyusup kedalam sistem keselamatan negara. Bukannya terus-menerus menafikan khabar angin bahawa terdapatnya dalang yang membantu pengganas-penganas Sulu menyusup masuk ke negara ini dan mencetuskan huru-hara.

-SP

Azzimudie Kiram Ceroboh Lahad Datu Bersama 234 Pengganas!

Azzimudie Kiram Ceroboh Lahad Datu Bersama 234 Pengganas!

Azzimudie Kiram, adik kepada ketua Jamalul Kiram, dilaporkan membawa pengikutnya seramai 234 orang ketika mengetuai pencerobohan ke atas Sabah pada bulan lalu


Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada anggota panel jawatankuasa khas yang dilantik oleh Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina untuk menyiasat krisis pencerobohan Sabah, yang enggan dikenali.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan daripada mereka adalah wanita, 10 lagi anggota bersenjata Kiram dan empat anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dipinjamkan.

Laporan sebelum ini menyatakan hanya 150 pengikut Kiram yang diketuai Azzimudie yang menceroboh Sabah dan mendarat di Lahad Datu pada 11 Februari lalu.

Azzimudie dan pengikutnya juga dilaporkan telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dalam usaha mereka mengelak daripada diburu oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie juga dilaporkan masih berada di Sabah dan kini terkepung.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, lebih 60 pengikut Kiram telah terbunuh setakat ini dalam operasi besar-besaran memburu pengikut Jamalul Kiram dengan lebih seratus orang lagi berjaya ditahan.

-AGENSI