Monday, March 05, 2018

Kajian Membuktikan Hikmah Larangan Islam Memakan Binatang Buas


Sejak zaman primitif lagi manusia telah menjadi pemburu dan pemakan segala jenis daging buruan terutamanya dalam mendapatkan sumber daging yang terbaik termasuklah binatang buas namun, sejak beberapa tahun terakhir ini, ramai saintis berlumba-lumba mengakui bahawa apa yang kita makan, itulah diri kita.

Kajian Membuktikan Hikmah Larangan Islam Memakan Binatang Buas

Maksudnya, zat-zat makanan yang dimakan dapat menentukan sikap dan karakter seseorang.

Perkara penting ini didedahkan sendiri oleh Janie Polansky, seorang pakar terapi enzim dari Loomis Institute, Wisoncin, Amerika Syarikat.

Menurut Janie, ramai yang tidak sedar bahawa makanan sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani seterusnya menentukan kualiti hidup seseorang.

Apabila kita memakan daging, tenaga haiwan yang tersimpan di dalam makanan itu akan turut diserap oleh tubuh.

Tenaga ini kemudian akan berinteriaksi dengan kuasa dalaman badan sehingga ia mempengaruhi diri seseorang.

Sebagai contoh, semua haiwan karnivor seperti harimau, anjing, beruang, burung helang dan haiwan pemakan daging yang lain, memiliki karekter pemangsa.

Malah, dalam tubuh haiwan tersebut turut mengandungi hormon yang boleh membangkitkan perilaku suka menyerang dan mencari mangsa.

Hormon itu juga diyakini menjadi pencetus kepada sifat-sifat bengis, kejam dan kasar, sehingga cenderung menumpahkan darah sesama sendiri.

Paling ditakuti, zat-zat tidak baik dalam daging haiwan tersebut akan mengalir dalam darah dan meracuni mereka yang memakannya.

Penularan Penyakit Berbahaya

Dalam laporan WHO mendedahkan, bahaya terbesar daging anjing ialah penyebaran kepada penyakit anjing gila kepada manusia.

Penularan bikan sahaja kepada orang yang memakannya malah pekerja penyembelihan anjing juga dengan mudah boleh dijangkiti seterusnya merebak kepada orang lain.

Buktinya, pada tahun 2007, Vietnam dilaporkan telah diserang wabak penyakit anjing gila dengan 30 peratus daripada kematian berpuca daripada penyembelihan anjing.

Penduduk Artik juga seboleh-bolehnya mengelak daripada memakan daging binatang buas seperti beruang kutub.

Sikap selektif ini sudah bermula seawal tahun 1596 lagi apabila ramai peneroka mengalami penyakit ngeri selepas memakan daging haiwan tersebut.

Simptom yang ditunjukkan ialah mengantuk, kelesuan, cepat marah, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, penglihatan kabur dan muntah.

Manakala gejala paling dahsyat pernah dilaporkan ialah berlaku pengelupasan kulit disekeliling mulut dan kulit gugur diseluruh badan sehingga mendedahkan bahagian isi dan pendarahan teruk.

Kes-kes yang paling teruk biasanya akan berakhir dengan kerosakan hati, pendarahan, koma dan kematian.

Memilih Daging Halal

Pemilihan daging yang bersih bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peribadi, bahkan dapat memperelok personaliti, tingkah-laku, pemikiran dan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Memilih makanan yang baik dan halal sebenarnya sudah lama diajarkan dalam agama Islam.

Tegahan ini dapat dilihat menerusi beberapa hadis sahih yang memperincikan tentang hukum memakan seumpama itu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram." Hadis riwayat Muslim

Dari Ibnu Abbas beliau berkata, "Nabi melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku yang mencengkam." Hadis riwayat Muslim

Nabi Muhammad SAW telah memperincikan kaedah umum untuk mengenali binatang yang diharamkan itu iaitu haiwan yang bertaring dan memburu menggunakan kuku.

Maknanya, Nabi melarang kita daripada melakukan sesuatu dan setiap tegahan itu ada hikmah tersembunyi.

Sains telah membuktikan bahawa makanan mempunyai pengaruh dominan kepada seseorang, kalau tidak banyak mungkin sedikit tetapi kesannya tetap ada dan mempengaruhi akhlak kita.

Justeru, jika kita memakan makanan daripada sumber yang halal lagi bersih, ia akan dapat menjadikan jiwa suci dan jasmani yang sihat.

Sebaliknya, makanan yang haram pula akan dapat membentuk perilaku yang keji.

Jangan terlalu terkejar-kejar dengan makanan 'eksotik' ini kerana banyak lagi makanan yang diyakini tahap halal dan kebersihannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon