Friday, September 08, 2017

Aplikasi 'Verify Halal' Semak Status Halal Dengan Imbas Kod Produk


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd. telah melancarkan aplikasi ‘Verify Halal’ bagi pengguna iOS pada awal Ogos 2017 lalu.

Aplikasi 'Verify Halal'

Aplikasi ini bakal memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan hanya mengimbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Ini sekaligus menunjukkan komitmen Jakim dalam membangunkan industri halal di negara ini.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan pengguna hanya perlu semak dan imbas kod produk menggunakan telefon pintar.

Malah, aplikasi 'Verify Halal' berkenaan turut membekalkan maklumat produk halal makanan, kesihatan dan kosmetik daripada Badan Pengiktirafan Halal Antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Serunai Commerce, aplikasi 'Verify Halal' ini bukan sahaja memberi akses kepada data halal Jakim, tetapi juga maklumat produk halal lain di negara-negara lain yang sudah diiktiraf Jakim.

Bermula Mei 2017 lalu, aplikasi ini sudah dilancarkan kepada pengguna Android dengan lebih 10,000 jumlah muat turun dan menerima maklum balas yang positif di kalangan pengguna.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

sumber: astroawani

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon