Sunday, April 16, 2017

Kisah Potret Seorang Raja Yang Buta Dan Kudung!


Ada sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang raja yang hebat dan terkenal kerana ketangkasan dan keberaniannya dalam peperangan.

Potret Seorang Raja
Gambar hiasan.

Sayangnya, raja itu buta sebelah mata dan kudung sebelah kakinya akibat kecederaan yang dialami semasa berperang.

Pun begitu, raja tersebut tetap disanjung sebagai seorang pemerintah yang hebat.

Suatu hari, raja ini mencabar semua pelukis di dalam negara untuk melukis sebuah potret dirinya.

Potret tersebut haruslah menggambarkan kebesaran dan kehebatan dirinya sebagai seorang raja.

Namun, tiada seorang pun pelukis yang berani melukis potret raja itu kerana tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kehebatan raja tersebut sedangkan raja itu cacat mata dan kudung kakinya.

Sudah tentu kecacatan itu akan tergambar dalam lukisan tersebut.

Mereka takut raja marah apabila lukisan yang akan menampakkan kecacatan raja tersebut akan menunjukkan kelemahan dan bukan kehebatannya.

Hanya seorang pelukis muda yang berani tampil menyahut cabaran raja untuk melukis potret tersebut.

Setelah sebulan, lukisan itu akhirnya siap. Pelukis muda itu datang menghadap raja membawa lukisannya.

Ramai pelukis lain turut hadir untuk menyaksikan bagaimana pelukis muda itu menggambarkan kehebatan raja mereka yang cacat.

Raja itu tersenyum puas bila melihat lukisan itu.

Rupa-rupanya, pelukis muda itu melukis raja sedang memburu dengan menaiki seekor kuda sambil memanah dengan gaya matanya sebelah terpejam untuk membidik sasaran.

Dalam potret itu juga, hanya sebelah kakinya yang kelihatan kerana berada diatas kuda.

Ternyata gaya itu berjaya menyembunyikan kecacatan raja tersebut sekaligus menampilkan kehebatannya.

***

Pembaca sekalian, begitulah juga dengan kehidupan kita. Seringkali kita melihat atau menilai seseorang berdasarkan kekurangan dan kelemahannya semata-mata sehingga timbulnya tanggapan buruk.

Sedangkan disebalik kekurangan itu mungkin ada kelebihan dan kekuatan yang dimilikinya.

BACA INI JUGA: Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. Saya memang suka baca kisah-kisah macam ni.. Sebab banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya..

    ReplyDelete
  2. Kisah teladan yg baik utk kita semua tahu... thanks sharing SP

    ReplyDelete
  3. Salam semua - fyi - this is FAKE news. gambar yg ada tu bukan kisah raja kudung kaki ke buta ke apa. Malaun mana tah - yg ada masa free byk sgt - mula merapu yg bukan2 - merepek kisah2 bodoh.Itu ada lah imej raja Assyrians dari puak Chaldean yg hidup pada 612bc.Nak menipu pun agak2 lah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon