Thursday, April 10, 2014

PANAS! Perisikan Rusia Dakwa MH370 Dirampas!


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

PANAS! Perisikan Rusia Dakwa MH370 Dirampas!

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

PANAS! Perisikan Rusia Dakwa MH370 Dirampas! [2]

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia.

Sumber: The Sun, Mirror.co.uk

Sah Isyarat Daripada Kotak Hitam

Sah Isyarat Daripada Kotak Hitam

Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

“Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini Rabu.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi” berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

“Lebih banyak isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik,” katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan ‘towed pinger locater’, manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. –BERNAMA

Serah Kotak Hitam Kepada Yang Cekap Dan Bersih

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

Kotak hitam pesawat penerbangan MH370, sekiranya ditemui kelak, harus diserahkan untuk siasatan kepada pihak yang boleh dipercayai dan cekap untuk melakukan analisis ke atas perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan itu.

Bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata siasatan itu juga perlu dilakukan oleh pihak yang bebas dan bukan di kalangan mereka yang berkepentingan dengan siasatan tersebut.

“Pencarian MH370 mungkin berakhir. Sekiranya kotak hitam itu ditemui adalah menjadi kepentingan semua pihak, ia disiasat oleh pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.

“Mendapatkan semula (kotak hitam), mengeluarkan datanya dan menganalisis data itu harus dilakukan dengan bersih dan tidak terjejas dengan penglibatan mereka yang tidak tahu apa-apa,” katanya dalam satu komentar di jaringan sosial Facebook hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu wawancara dengan The Straits Times pada Selasa berkata secara peribadi beliau tidak kisah sama ada siasatan itu dilakukan di Perth atau Kuala Lumpur.

“Secara peribadi, saya hanya mahukan kebenaran. Saya mahu tahu apa yang terjadi pada MH370. Tidak kisah bagaimana atau siapa atau di mana,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu didaftarkan di Malaysia dengan pendaftaran 9M-MRO atas milik MAS. Di bawah Konvensyen Antarabangsa Penerbangan Awam (ICAO), Malaysia sebagai negara asal pesawat hendaklah melancarkan siasatan dan mendapatkan semula bangkai pesawat.

Malaysia bagaimanapun telah meminta bantuan Australia untuk mengetuai usaha mengesan pesawat berkenaan yang dipercayai kini berada di selatan Lautan Hindi.

“Di bawah ICAO, kita ada tanggungjawab untuk mencari kotak hitam. Tetapi ada cabaran diplomatik kerana ia melibatkan 14 negara,” kata Hishammuddin, merujuk kepada kewarganegaraan 239 orang penumpang dan anak kapal.

Malaysia minggu lalu membentuk tiga jawatankuasa siasatan merangkumi hal ehwal waris, ketenteraan dan aspek teknikal usaha mencari MH370.

Jawatankuasa ini disertai oleh pakar dari agensi pengangkutan dan penerbangan dari Amerika Syarikat, Perancis, Britai dan China.

Pesawat penerbangan MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur dan Beijing hilang kira-kira satu jam setelah lepas landas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac yang lalu.

Siasatan awal mendapati sistem komunikasi pesawat telah dimatikan dengan sengaja dan pesawat berkenaan berpatah balik dari laluan asalnya.

Setelah usaha mencari dipergiatkan di Laut China Selatan dan kemudian beralih ke Lautan Hindi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas mengumumkan pesawat itu “berakhir” di selatan Lautan Hindi — kawasan yang terpencil dan tidak ada tapak mendarat. -Astroawani.com

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon