Saturday, June 22, 2013

Perhimpunan Black 505 Gagal Dengan Cemerlangnya


Tamat sudah demonstrasi haram yang dipanggil Black 505. Selama lebih kurang tiga jam berkumpul, berbagai kesalahan dan peraturan yang telah mereka buat. Bahkan perhimpunan itu sendiri sudah HARAM sejak dari mula lagi.


Perlakuan ganas terhadap penjawat awam serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya akan berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.

Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.

Tetapi itulah pembangkang.

Mereka tidak pernah takut atas semua perkara itu kerana mereka percaya – matlamat menghalalkan cara.

Bagi mereka, undang-undang negara cuma terpakai kepada golongan yang menentang mereka.

Jika yang KENA musuh mereka, itulah namanya keadilan.

Jika yang KENA itu mereka, itu adalah kezaliman.

Kalau diteliti apa yang dituntut dalam perhimpuan haram Black505 ini, semuanya boleh membuatkan kita loya tekak dan nak muntah.

Mereka mendakwa perhimpunan ini dibuat konon hendak menunjukkan rakyat membantah keputusan PRU-13 disebabkan penipuan dan ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Baik, apa yang tipu dan apa yang tidak adil?

Pembangkanglah sebenarnya yang sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan dan hendak menjadikan SPR sebgai ‘scape goat’ atau kambing hitam.

Sebagai contoh, tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial ternyata tidak pernah berlaku.

Begitu juga pengundi hantu dan pengundi Bangla yang mereka kecohkan itu, mana pergi dakwaan semua itu?

Pembangkang kena ingat, SPR hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Bahkan SPR telah melaksanakan 19 penambahbaikan sepertimana cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Itu mereka jangan lupa dan buat-buat lupa.

Berbalik pada perhimpunan BLACK505 tadi, jumlah yang hadir ternyata sangat merosot berbanding perhimpunan yang pernah dianjurkan oleh pembangkang sebelum ini.

Kalau mengikut perkiraan, jumlahnya boleh dianggarkan sekitar 5,500 orang sahaja.

Dari segi pecahan, Melayu yang hadir sekitar 95 peratus, Cina empat peratus dan India (satu peratus).

Kalau betul rakyat bersama mereka, mana yang lain?

Tak perlu pergi jauh, dapat separuh daripada peserta BERSIH pun sudah cukup.

Tapi di mana yang ramai-ramai itu?

Adakah ini bermakna rakyat telah menerima keputusan PRU-13 dan penambahbaikan yang dibuat oleh SPR ini?

Jawapan itu hanya penganjur dan pembangkan saja yang boleh menjawabnya.

Ternyata nama perhimpunan ini iaitu BLACK505 memang tepat.

Ini kerana perhimpunanu itu telah telah gagal dari semua segi…baik tema, baik objektif, baik jumlah mereka yang hadir.

Yang tinggal hanyalah sejarah sebuah perhimpunan yang gelap lagi melegamkan, itu yang pasti!


–Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon