Friday, February 08, 2013

Tajaan Jersi Bolasepak Paling Mahal Didunia


Barcelona
£25m setahun bersama Qatar Foundation


Pejanjian 5 tahun yang berharga £125m pada Disember 2010 menjadikan Barcelona sebagai pasukan terbaru yang berada di tempat pertama. Walaupun secara sukarela selama 5 tahun paparan kepada "Unicef" perlu dilakukan, tetapi kini dengan tekanan kewangan di era bolasepak moden, mereka terpaksa memberikan hak tajaan kepada Qatar Foundation yang melakukan kerja-kerja amal untuk projek pendidikan di timur tengah.

Bayern Munich
£23.6m setahun bersama Deutsche Telekom


Deutsche Telekom sebagai syarikat telekomunikasi terulung di Eropah telah meneruskan komitmennya menaja Bayern Munich selama 3 tahun sehingga 2013.

Manchester United
£20m setahun bersama Aon


Manchester United membuat perjanjian dengan Agensi Perkhidmatan Kewangan Amerika AON selama 4 tahun dengan nilai £80m pada Jun 2009 bermula dengan kempen mereka pada 2010/11. Sebelum itu AIG telah menaja mereka dengan bayaran £14m setahun.

Liverpool
£20m setahun bersama Standard Chartered Bank


Liverpool telah menamatkan perjanjian jangka panjang mereka bersama pengilang Beer terkemuka Denmark Carlsberg dengan mengadakan perjanjian 4 tahun dengan Standard Chartered Bank pada Sept 2009. Sebuah bank yang disenaraikan di bursa kewangan London dan Hong Kong.

Real Madrid
£20m setahun bersama BWIN


BWIN, sebuah laman web perjudian telah melanjutkan tajaan mereka untuk Real Madrid sejumlah £20m setahun selama 3 tahun.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon