Wednesday, October 02, 2013

Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem 'Mu Tunggu Aku Datang'

Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem 'Mu Tunggu Aku Datang'

Seperti yang diuar-uarkan filem terbaru terbitan MIG Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus.


Pastinya ramai peminat tegar beliau ternanti-nantikan filem ini adalah lakonan Ustaz Azhar yang pertama walaupun dikhabarkan hanya muncul sebagai cameo.

Kelibat penceramah bebas berstatus ‘selebriti’ dalam filem tersebut sudah pasti bakal menenggelamkan teraju utama filem ini iaitu Ajak dan Sharol dari kumpulan Shiro Raja Lawak.

Khabarnya Ustaz Azhar bersedia untuk turut berlakon di dalam filem arahan Pierre Andre ini selepas beliau ditawarkan dengan sebanyak RM30 ribu.

Benarkah dek kerana populariti hebat yang ada pada Ustaz Azhar Idrus selaku penceramah bebas sebelum ini membuatkan pihak penerbit sanggup menawarkan bayaran sejumlah itu hanya untuk kemunculan beberapa minit beliau?

Sejak tertirisnya trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dilaman Youtube baru baru ini pelbagai reaksi diberikan peminat, baik yang positif mahupun negatif.

Tidak kurang juga yang menganggap kemunculan Ustaz Azhar tidak lebih kepada mahu mengeksploitasi populariti yang sedia ada pada dirinya untuk mengaut keuntungan yang maksima disaat sambutan filem melayu semakin layu.



Sumber: Mynewshub

Fida Ibrahim Dituntut Mohon Maaf Atau Berdepan Saman!

Fida Ibrahim Dituntut Mohon Maaf Atau Berdepan Saman!

Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Fida Ibrahim
Fida Ibrahim.

Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.

"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.

"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

(Baca: Layanan Buruk Punca Fida Ibrahim Tinggalkan Lokasi Penggambaran!)

Sebuah akhbar pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.

Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek, Shuhaimi Lua (pengarah), Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.

Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.

Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.

Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.

"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.

"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

Sumber: mStar

Tuesday, October 01, 2013

Sandra Bullock Cipta Sejarah Pelakon Terbaik Dan Terburuk Hollywood!

Sandra Bullock Cipta Sejarah Pelakon Terbaik Dan Terburuk Hollywood!

Aktres cantik, Sandra Bullock mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman Hollywood apabila menjadi individu pertama meraih anugerah lakonan terbaik dan terburuk pada tahun sama.

Sandra bullock The Blind Side
Sandra Bullock dalam filem The Blind Side.

Pada 2010, Bullock memenangi Anugerah Aktres Terbaik menerusi Anugerah Akademi ke-82 (Oscar) dalam filem The Blind Side dan Anugerah Aktres Terburuk dalam Anugerah Golden Raspberry ke-30 (Razzie) yang mengiktirafnya menerusi lakonan dalam filem komedi romantik, All About Steve.

Menerusi filem itu, Bullock dan Bradley Cooper turut diiktiraf sebagai Pasangan Filem Terburuk.

“Saya sungguh seronok hadir dan menerima anugerah. Saya sifatkan ia sebagai sesuatu yang sungguh seimbang dengan kemenangan saya di Razzie dan Oscar.

“Sudah pasti saya akan mempamerkan kedua-dua anugerah ini dalam almari perhiasan.

"Cuma, kedudukan anugerah Razzie itu bawah sedikit daripada Oscar,” katanya sambil berseloroh.

Sandra bullock Razzie and Oscar

Kemenangan Bullock atau nama sebenarnya, Sandra Annette Bullock di Oscar mencipta satu momen terindah dalam diari seninya sebagai seorang aktres tersohor apatah lagi berjaya menewaskan pelakon veteran, Meryl Streep.

Ternyata filem The Blind Side mengubah hidupnya secara total. Tidak dinafikan lagi, filem itu membawa tuah berlipat ganda kepada Bullock dan berjaya membuka mata ramai pihak terhadap kredibilitinya sebagai seorang aktres.

Sebelum memenangi Oscar, Bullock telah membawa pulang dua anugerah berprestij iaitu Golden Globe dan Screen Actors Guild yang merupakan penentu kejayaannya di pentas Oscar.

Tidak cukup dengan itu, Bullock juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi aktres pertama memenangi Oscar menerusi filem yang mencatat kutipan melebihi AS$250 juta di Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Sebelum ini, tiada aktres yang berjaya mencipta kejayaan sebegitu kerana filem-pemenang sebelum ini biasanya kurang mendapat sambutan atau kutipannya akan melonjak naik selepas kemenangan.

Ramai tidak tahu, perjalanan karier seni Bullock bukanlah semudah seperti dilihat hari ini.

Dia gigih membina nama dengan membintangi filem seperti Love Potion No.9 (1992), Demolition Man (1993), The Vanishing (1993) dan Speed (1994). Ia bukan sahaja tidak laris di pasaran tetapi turut mendapat kritikan pedas.

Namun, semuanya berubah apabila dia membintangi filem Speed bersama aktor tampan, Keanu Reeves. Ia terus meletakkan namanya di persada kegemilangan.

Seterusnya, aktres berusia 49 tahun ini lebih dikenali sebagai pelakon bergenre komedi romantis berikutan kekerapan berlakon dalam filem seperti Miss Congeniality (2000), While You Were Sleeping (1995), Forces of Nature (1999), The Proposal (2009), The Heat (2013) dan banyak lagi.

Namun, Bullock meledak kontroversi apabila tampil berbogel menerusi filem komedi romantis, The Proposal.

Walhal sebelum ini, sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, dia tidak pernah berlakon bogel.

Menurutnya, dia bersedia untuk berbogel dalam filem itu selepas membaca skrip dan berpuas hati bahawa adegan itu penting dalam filem tersebut.

Bullock juga memberitahu, dia sanggup melakukannya kerana mahu membantu The Proposal mendapat kutipan box-office.

Sandra Bullock - The Proposal

Hakikatnya, filem The Proposal yang ditayang di United Kingdom mendapat kutipan tiket lebih AS$34 juta (RM121.2 juta) pada tayangan pembukaan di AS.

“Box-office sukakannya, saya akan berbogel dalam setiap filem lakonan saya selepas ini, walaupun ketika berusia 70 tahun,” katanya berseloroh.

Selepas membintangi filem aksi komedi, The Heat, Bullock kembali lagi ke persada seni dengan mempertaruhkan filem terbarunya, Gravity.

Kali ini dia bergandingan bersama aktor berkarisma, George Clooney.

Tampil berbeza kerana Gravity adalah sebuah filem pengembaraan angkasa arahan Alfonso Cuaron.

Dalam Gravity memerlukan Bullock membawa watak sebagai seorang saintis bernama Dr Ryan Stone yang berpakaian lengkap dengan sut angkasa lepas.

Demi menjayakan wataknya itu, dia terpaksa berlakon dengan gerak tubuh seperti penari.

“Menari sangat membantu untuk persiapan watak itu.

"Kami berlakon dalam tempo yang sangat perlahan dan mujur saya cepat belajar gerak-geri yang diperlukan untuk watak Dr Ryan Stone,” katanya.

Sandra_Bullock_Gravity
Sandra Bullock dalam filem Gravity.

Sangat beruntung kerana dia mendapat bimbingan daripada jurulatih tariannya.

Bukan itu saja, Bullock berkata, dia turut bekerja keras sebagai persiapan emosi dan fizikal bagi merealisasikan watak itu.

“Saya mahu watak itu hilang aura kewanitaan dan keibuan dalam dirinya seiring perasaan kecewa selepas tragedi dialaminya di bumi sebelum berlepas ke angkasa.

“Untuk persediaan fizikal saya berlatih di lokasi setiap hari termasuk mendukung anak saya yang berusia tiga tahun ke hulu hilir bagi mengekalkan bentuk badan diperlukan,” katanya.

Gravity bakal bersiar pada 3 Oktober depan di pawagam seluruh Malaysia.

Sumber: Sinar Online

Ayah Kandung Berhati Iblis Rogol Anak Sendiri Selama 6 Tahun!

Ayah Kandung Berhati Iblis Rogol Anak Sendiri Selama 6 Tahun!

Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Rogol
Gambar hiasan.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

Rogol
Suspek direman selama 7 hari.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Kantoi Berasmara Dalam Kolam

Seks

Sementara itu baru-baru ini, terdapat sepasang kekasih di Singapura yang kantoi sedang berasmara di kolam renang awam yang terdapat di kondominium yang didiami mereka.

Aksi ‘make love’ mereka telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran kolam tersebut.

Hmm, macam-macam hal. Hal dalam kelambu pun sudah dijadikan secara terbuka zaman sekarang ini kan.

Dunia akhir zaman..

Sumber: SinarOnline/Mynewshub

Leuniey Isteri Apex Tunjuk ‘Baby Bump’

Leuniey Isteri Apex Tunjuk ‘Baby Bump’

Keserian ibu mengandung makin terpancar pada wajah isteri kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Leuniey Natasha 'Baby Bump'

Leuniey dilaporkan bakal bersalin pada awal Februari tahun depan.

Melalui laman Instagramnya, Leuniey menunjukkan beberapa gambar baby bumpnya untuk tatapan pengikutnya di laman tersebut.

Selain itu, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang atlit, namun Khairul Fahmi atau Apex dilihat sentiasa meluangkan masa menemani isterinya menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.

Malah, Apex juga memilih khidmat doktor wanita untuk merawat isteri tercintanya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 28 Disember lalu di kediaman Leuniey yang terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Leuniey Natasha 'Baby Bump'
Leuniey ‘Baby Bump’
Leuniey Natasha 'Baby Bump'

Sumber: Mynewshub

TPPA Adalah Rompakan Terang-terangan Amerika Syarikat Terhadap Ekonomi Negara!

TPPA Adalah Rompakan Terang-terangan Amerika Syarikat Terhadap Ekonomi Negara!

Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Stop TPPA
Stop TPPA!

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober ini, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan (18 Pusingan) dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

TPPA
Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS 
hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Apa itu TPPA atau TPP?

TPPA berasal dari akronim Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik) adalah ciptaan Amerika Syarikat (AS) di dalam mengHALALkan satu bentuk baharu kaedah PENJAJAHAN ke atas sesebuah negara merdeka dan berdaulat.

Pertemuan pusingan yang ke-18 TPPA di Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran Jepun sebagai negara terkini menyertainya. Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21. Rundingan bermula pada 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan. Secara dasarnya, TPPA adalah bertujuan untuk mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi dan kedudukan strategik geo-politik China di Asia Timur.

TPPA
Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk 
merealisasikan TPPA mengikut acuan AS.

TPPA
TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci 
oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini.

Kewujudan TPPA membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations – MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik – dan mendapat aksesnya dalam talian internet.

Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan betapa pentingnya satu perjanjian yang mampu merealisasikan objektif syarikat-syarikat Neo-Kolonialisme dalam satu penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang.

TPPA
Kewujudan TPPA adalah sebagai “buffer” 
kepada kebangkitan ekonomi China.

TPPA bukan sahaja satu penindasan malah ia juga berfungsi sebagai kaedah merompak secara TERHORMAT melalui Sistem Perundangan Antarabangsa.

Pengaruh Dominan Amerika Syarikat Dalam TPPA

Meningkatkan Eksport Amerika Dan Menyokong Pekerjaan Rakyat
  • Presiden Obama mengumumkan pada November 2009, hasrat Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) demi kesinambungan ekonomi generasi akan datang. Ia merupakan satu perjanjian perdagangan yang mencerminkan keutamaan cita-cita tinggi Amerika Syarikat dalam memastikan perkembangan ekonomi mampan kepada Amerika Syarikat.
  • Melalui perjanjian ini, Pentadbiran Obama sedang berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan menyokong pembentukan dan pengekalan pekerjaan kepada rakyat Amerika. Ia bertujuan untuk meningkatkan eksport dan mengukuhkan penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik yang mewakili lebih daripada 40 peratus pasaran global.
  • Kini, Pentadbiran Obama sedang bekerjasama rapat dengan Kongres dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melobi dan memohon untuk memuktamadkan perjanjian ini demi meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat dan sekaligus cuba menangani isu-isu yang berkaitan perniagaan dan peluang pekerjaan rakyatnya dalam menghadapi abad ke-21.

TPPA
Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada 
kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya.


Memacu Pertumbuhan Ekonomi Yang Berdaya Saing
  • TPPA adalah asas dasar ekonomi yang diamalkan oleh pentadbiran Obama di Asia Pasifik. Kedudukan lokasi strategik Malaysia yang terletak di dalam wilayah pasaran yang besar dan berkembang di Asia Pasifik adalah pilihan destinasi utama bagi penguasaan barangan perkilangan dari Amerika Syarikat melalui produk pertanian dan pembekalan perkhidmatan untuk terus mengukuhkan perdagangan dan pelaburan.
  • Sebagai salah satu daripada ahli kumpulan dalam TPPA, negara-negara yang berminat akan berpeluang untuk memasarkan barangan masing-masing di dalam negara-negara ahli TPPA. Ini kerana nilai dagangan semasa Amerika Syarikat terbesar dan perkhidmatan pasaran eksport Amerika Syarikat. Eksport barangan AS yang lebih luas di Asia Pasifik berjumlah USD942 bilion pada tahun 2012, yang mewakili 61 peratus daripada jumlah eksport barangan Amerika Syarikat.
  • AS eksport produk pertanian ke rantau ini berjumlah USD106 bilion pada tahun 2012, 75 peratus daripada jumlah eksport pertanian AS. Eksport perkhidmatan swasta AS berjumlah USD 226 bilion pada tahun 2011 (data terkini), 38 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan swasta AS kepada dunia. Perusahaan kecil dan sederhana di Amerika sahaja dieksport USD 247 bilion untuk Asia Pasifik pada tahun 2011 (data terkini).

Kempen Pemulauan TPPA

TPPA
Bantahan dari rakyat dan “stakeholder” 
memuncak akibat kebimbangan 
monopoli AS ke atas ekonomi negara.

Hasil penelitian secara makro mendapati TPPA tenyata akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara sepertimana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO terdahulu apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) dengan Amerika Syarikat.

Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan KERUGIAN yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya.

Kesan daripada KERISAUAN ini maka timbul kesedaran awam dan NGO untuk berkempen dalam menyatakan “TIDAK” kepada TPPA seperti berikut :

Bantahan Domestik
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 28 Februari 2013 dilapor menggesa kerajaan menangguhkan perjanjian itu kerana ia didakwa memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Mei 2013 melahirkan kebimbangan berikutan teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang dalam rundingan tidak dibentangkan kepada rakyat.
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 14 Jun 2013 telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 15 jun 2013 menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. MAPIM menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai menjelang sidang APEC di Indonesia pada Oktober 2013 ini.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, matan Perdana Menteri menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai satu percubaan AS untuk membolehkan syarikat besar Negara mereka menembusi PASARAN DOMESTIK Negara-Negara kecil, khususnya dalam perolehan Kerajaan. Beliau juga memberikan AMARAN bahawa TPPA adalah merugikan Malaysia dan menyifatkannya sebagai perkongsian yang tidak sama rata dengan tujuan supaya pihak yang kuat mengambil kesempatan daripada yang lemah.

TPPA
TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS dengan objektif 
menguasai dan mengimbangi negara China sebagai kuasa ekonomi dunia.

Apabila penyagak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih BEBAS. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat.

Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff, Penganalisa Sains Politik UKM berpandangan bahawa TPPA dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai HAMBA Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.

Beliau mempersoalkan;
  • Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini? Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?

TPPA
Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang 
penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA.

Bantahan Antarabangsa
  • Selain daripada bantahan yang dilakukan oleh NGO domestik, sokongan antarabangsa juga dizahirkan oleh wakil-wakil Kongres AS yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade yang telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan.

    Mereka mencatat dalam surat itu: Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat.

TPPA
Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang 
mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya.

  • Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.
  • NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal. Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses. Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.

TPPA
Ketakutan dan kerisauan terhadap isi kandungan TPPA 
mampu mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat.

Kesan TPPA Kepada Ekonomi Domestik

Dijangka kesan TPPA atau TPP akan melibatkan peningkatan kos hidup rakyat secara drastik. Senario ini amat merunsingkan rakyat marhaein khususnya dan Kerajaan umumnya dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Di antara isu utama yang akan melibatkan kesan domestik di dalam perjanjian INI merangkumi perkara berikut:
  • Harga ubat-ubatan – Perjanjian itu akan melibatkan peraturan ubat generik (ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli) daripada dijual. Bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ia berlaku kerana dalam perjanjian TPP hak HARTA INTELEKTUAL ke atas ubat-ubatan dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmasi antarabangsa.
  • Industri padi – TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan TERJEJAS jika TPP ini dimeterai.
  • Perkhidmatan Profesional – Perkhidmatan Perundangan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih di beri kepada syarikat tempatan. Soalnya TPPA sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan PERSAINGAN yang akan merugikan ekonomi tempatan.
  • Perlindungan Hakcipta – Perlanjutan tempoh masa perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan akan dipanjangkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini PERCUMA dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ia juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Perkhidmatan Internet – Di bawah cadangan TPPA ini, Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers) diarahkan untuk mengawasi aktiviti pengguna Internet seperti seorang anggota Polis. Mereka akan mengawasi semua aktiviti yang melibatkan perlanggaran kesalahan memuat turun kandungan internet, dan memotong akses internet untuk kandungan yang melanggar HAKCIPTA. DENDA mandatori akan dikenakan untuk salinan tidak bersifat komersial ke atas individu yang memuat turun muzik. Ini kerana ia boleh dianggap sama seperti pelanggaran hak cipta untuk mendapatkan keuntungan.

TPPA
Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap 
syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat.

Implikasi besar kepada kerajaan Malaysia jika ianya dipersetujui ialah Malaysia akan terdedah kepada TINDAKAN SAMAN daripada syarikat Multinasional dan LAYANAN TERPILIH ke atas syarikat-syarikat tempatan juga adalah dilarang.

Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap HARAM kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA.

Kesan TPP Kepada Polisi Negara

Pada tahun 2005, rundingan Free Trade Area of the Americas (FTAA) telah ditamatkan ekoran cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan dipertengahan jalan.

Susulan daripada kegagalan rundingan FTAA ini, AS telah mengetengahkan satu perjanjian baharu TPPA untuk menggantikan FTAA yang gagal. Cuma bezanya pada kali ini, teks dokumen perjanjian tidak dibenar untuk didedahkan oleh Negara-negara yang menyertai rundingan ini kepada pengetahuan umum.

Tindakan ini diambil ekoran kegagalan rundingan FTAA yang mendapat tentangan hebat dari rakyat dan wakil industri yang terlibat secara terus dengan perdagangan pasaran terbuka.

TPPA
Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia.

Peliknya, isu kenaikan harga ayam semasa bulan ramadhan yang menjadi cerita utama kepala berita akhbar arus perdana dewasa ini, bukannya perincian berkaitan rundingan TPPA.

Kalau ianya dibincangkan atau dibicarakan pun ianya secara umum tanpa huraian yang jelas kepada masyarakat. Apa salahnya isu ini diperjelaskan kepada rakyat untuk memberikan kefahaman dan sekaligus mendapat maklum balas secara terus dari “stakeholder”.

Jika ianya dibincangkan secara bersama nescaya keputusan yang diperolehi dengan lebih HOLISTIK bukan RETORIK. Sebenarnya rakyat akan berhadapan dengan kesan social dan ekonomi yang amat menakutkan.

Di antara bahana yang akan diterima hasil daripada perjanjian TPPA ialah:
  • Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  • Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  • Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  • Menghapuskan aktiviti-aktiviti berkaitan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  • Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya.

Malah kebanyakan isu dan isi kandungan TPPA adalah perkara-perkara SENSITIF yang melibatkan KEDAULATAN dan HAK-HAK Negara yang telah diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia TIDAK meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Sementara itu, pihak Kerajaan hendaklah mendengar SUARA RAKYAT samada dari NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM, CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) atau NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA.

Ini kerana perjanjian tersebut mempunyai IMPLIKASI besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu.

MALAYSIA IS NOT FOR SALE! DON”T LET THE TPPA ROB OUR FUTURE!

Sumber rujukan:
http://www.malaysiakini.com/columns/231568
http://www.doctorswithoutborders.org/take-action/tpp
http://www.publicknowledge.org/letter-130-members-congress-ustr-expressing-concer
http://www.ustr.gov/about-us/press-office/fact-sheets/2011/november/united-states-trans-pacific-partnership

[Sumber]

Pasangan Berasmara Di Landasan Maut Di Langgar Keretapi

Pasangan Berasmara Di Landasan Maut Di Langgar Keretapi

Di Ukraine, gara-gara berasmara di landasan keretapi lokomotif, seorang wanita berusia 30an terbunuh manakala teman lelakinya, 41, putus kedua-dua kakinya selepas dilanggar oleh sebuah keretapi yang melalui kawasan itu.

Making love in train rail
Gambar hiasan.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, pasangan itu dalam perjalanan pulang sebelum mengambil keputusan berasmara di landasan itu.

“Mereka mungkin mahu mencuba sesuatu yang berani di situ,” ujar jurucakap tersebut.

Malangnya, akibat terlalu leka dan asyik dengan ‘aktiviti’ itu, kedua-duanya tidak sempat menyelamatkan diri apabila keretapi sudah terlalu hampir.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pasangan itu dalam keadaan mabuk.

Begitulah kalau sudah terlalu ‘sangap’, landasan keretapi pun boleh jadi tempat melampiaskan nafsu.

Bila sesuatu yang buruk terjadi, menyesal pun sudah tidak berguna lagi. -Agensi

Moyes Tak Peduli Nasihat Ferguson Punca MU Terus Tersungkur

Moyes Tak Peduli Nasihat Ferguson Punca MU Terus Tersungkur

Alex Ferguson menasihatkan David Moyes agar tidak menyingkirkan barisan jurulatih yang telah membantunya membawa Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, malangnya permintaan Ferguson tidak diendahkan oleh Moyes.

Moyes vs Ferguson
Moyes tidak mempedulikan nasihat Alex Ferguson agar tidak memecat 
pembantunya ketika beliau menjadi pengurus Manchester United.

Ferguson telah mengadakan perbincangan dengan Moyes sebelum menyerahkan tugas kepada bekas pengendali Everton itu, dan dengan jelasnya memberitahu agar tidak sesekali membuang pasukan kejurulatihan yang sedia ada.

Bagaimanapun sebaik diumumkan sebagai pengurus baharu Red Devils, Moyes menyingkirkan pembantu Ferguson, Mike Phelan, jurulatih, Rene Meulensteen dan jurulatih penjaga gol, Eric Steele.

Beliau kemudian melantik Steve Round sebagai orang No. 2 United, selain Phil Neville dan Jimmy Lumsden dalam barisan kejurulatihan. Chris Woods pula bertanggungjawab melatih penjaga gol.

Tindakan Moyes nyata memakan diri apabila United kini mengharungi musim terburuk dalam tempoh 24 tahun. Mereka menghuni tangga ke-12 ekoran tiga kekalahan daripada enam perlawanan.

“Dia (Moyes) memberitahu saya, Mick dan Rene bahawa kami tidak diperlukan.

“Saya beritahu dia, ini adakah keputusan yang berani.

“Saya tidak mahu pergi, kenapa saya patut pergi? Saya sedar, David akan masuk dan saya tertanya-tanya, siapakah yang akan dibawa dalam pasukan ini," kata Steele kepada majalah Inside United.

Steele mengakui, sebagai pengurus tindakan Moyes tidak salah, namun secara logiknya apakah wajar untuk menyingkirkan sebuah pasukan yang telah membawa kelab merangkul kejuaraan.

“Itu ironik bukan? Anda sebahagian daripada barisan yang jurulatih membantu pasukan mengharungi musim terbaik dan merangkul Liga Perdana."

Manchester United tiada taring - Moyes

Manchester United

Pengendali Manchester United, David Moyes mengakui, jentera serangan pasukannya yang kurang menyengat menimbulkan kebimbangan besar dan menjadi punca mereka kalah mengejut 1-2 kepada West Brom di tempat sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Menurut Moyes, sejak mencatat kemenangan 4-1 ke atas Swansea City dalam aksi pembukaan liga, kebanyakan gol United diperoleh sama ada menerusi situasi bola mati atau gerakan yang berpunca daripada sepakan percuma dan sudut.

Anak-anak buah Moyes gagal untuk menghasilkan gol daripada permainan terbuka, dan keadaan tersebut amat membimbangkan pengurus kelahiran Scotland itu, terutama selepas ia berulang lagi dalam pertemuan dengan West Brom.

Kekalahan kelmarin menyebabkan penyandang juara itu mencatat permulaan terburuk liga dalam sejarah kelab sejak 1989, malah sejak Moyes mengambil alih pasukan daripada Alex Ferguson, mereka telah mengalami tiga kekalahan musim ini.

“Saya sangat bimbang, bukan hanya kerana kami tidak bermain dengan baik (menentang West Brom) tetapi ada faktor lain yang menganggu pasukan daripada mencatat kemenangan. Ada banyak perlawanan lagi menunggu selepas ini, jadi kami harus segera memperbaiki kelemahan itu.

“Masalah utama kami bukan kurangnya percubaan dibuat atau ketiadaan pemain penyerang dalam pasukan. Kami ada ramai penyerang, tetapi mereka tidak beraksi seperti yang diharapkan dan kami kena buat lebih baik daripada sekarang.

“Kami hilang faktor peledak yang boleh membawa pasukan ke atas, kalau benda itu ada ia sudah tentu membawa perbezaan. Kalau kami berjaya menghasilkan lebih gol, keadaan akan berubah.

“Tiada persoalan lagi, West Brom memang berhak memenangi perlawanan ini," kata Moyes.

Moyes sebelum ini merungut tentang kempen pembukaan United yang sukar apabila mereka terpaksa berdepan tiga kelab gergasi, Chelsea, Liverpool dan Manchester City dalam tiga daripada lima perlawanan pertama liga.

United seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Old Trafford, sebelum kalah 0-1 kepada Liverpool dan dibelasah 4-1 oleh City. -Agensi/AFP

-Sentiasapanas.com

Maknyah Beraksi Separuh Bogel Perjuang Hak Berbogel!

Maknyah Beraksi Separuh Bogel Perjuang Hak Berbogel!

Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.

Stacey Schnee

Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu, berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.

Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee kerana dia menutup puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai tidak berbogel.

Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.

Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.

Stacey Schnee

Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.

Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.

Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut.

“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.

“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub

Hairie Othman Rayu Pemimpin PAS Bantu Artis Politik

Hairie Othman Rayu Pemimpin PAS Bantu Artis Politik

Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie Othman

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

“Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.

“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

“Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.

“Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

“Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya.

Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

“Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya.

Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen.

Sumber: mStar Online