Saturday, December 29, 2012

Demi Moore Kecewa Ashton Kutcher Fail Perceraian

Demi Moore Kecewa Ashton Kutcher Fail Perceraian

Demi Moore ternyata terkejut dengan keputusan Ashton Kutcher yang memfailkan penceraian mereka, Jumaat lalu.


Menurut sumber, Moore sedaya upaya mahu mengelakkan perhatian masyarakat terhadap penceraian mereka.

Namun, tindakan Kutcher telah meranapkan harapannya.

"Demi cuba untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa pengetahuan umum.

"Malangnya, prosedur tersebut memakan masa terlalu lama membuatkan Ashton sudah tidak mahu menunggu. Kini, seluruh dunia mengetahui hal mereka," kata sumber itu.

-Sinarharian

Lagi Kes Remaja Di Rogol Beramai-ramai Di India Bunuh Diri

Lagi Kes Remaja Di Rogol Beramai-ramai Di India Bunuh Diri

Polis India menahan tiga suspek dinamakan dalam nota, yang ditinggalkan oleh seorang remaja yang mendakwa dia menjadi mangsa geng rogol, sementara kemarahan di negara itu berhubung peningkatan kes rogol meningkat.


Ketua Polis Daerah Patiala, Punjab, Paramjit Singh Gill berkata, gadis berusia 17 tahun itu meninggal dunia kelmarin selepas meminum racun.

Dalam nota yang ditulis sebelum membunuh diri, gadis malang itu menyalahkan ketiga-tiga suspek menyebabkan kematian beliau.

Gill berkata, tiga suspek itu sudah pun ditangkap polis. Gadis itu mendakwa dia dirogol semasa perayaan Deepavali pada 13 November lepas. Bagaimanapun kes itu tidak dilaporkan sehingga 14 hari kemudian.

Dua pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu turut dipecat dan yang lain digantung kerana keluarga gadis malang itu mendakwa pegawai terbabit menyuruh mereka menarik semula kes aduan yang dibuat.

Gadis malang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas kejadian yang sama menimpa seorang pelajar wania yang dirogol di dalam bas pada 16 Disember lalu.

-Sinarharian

Awas! Penipuan Auto Like Di Facebook Curi Pasword Pengguna

Awas! Penipuan Auto Like Di Facebook Curi Pasword Pengguna

Kes penipuan Auto Subscribers/Like di facebook semakin berleluasa. Pengguna Auto Subscribers/Like kalau pun nak jadi glamour janganlah sampai diperbodohkan, hanya seorang dapat Subscribers/Like banyak iaitu orang yang membuat aplikasi Penipuan Auto Subscribers dengan pertolongan mangsa (anda).


Berikut adalah contoh gambar bukti palsu:


Link ni adalah contoh blog untuk menipu mangsa >> http://autolikehack.blogspot

Selepas pengguna jahil membenarkan app ini mengakses Facebook mereka, maka merebaklah (Auto Share/Like) tipu ini di group/page yang ada dalam senarai pengguna facebook.

Berikut adalah contoh gambar auto share/like:


Kalau nak popular sangat pun janganlah buat macam ni, menyusahkan admin group/page je nak padam satu-satu posting sampah penipu ni!!!

Semua ni hanyalah spamming oleh hacker-hacker yang berleluasa dan ingin mengambil kesempatan.

Kalau password korang kena hack kan naya tu.. STOP IT PLEASE!

[Sumber]

Edited by SP

Awas! Pembedahan Batin Guna Tangan Kosong Adalah Pengamal Sihir

Awas! Pembedahan Batin Guna Tangan Kosong Adalah Pengamal Sihir

Orang ramai diberi amaran supaya tidak tertipu dengan pusat perubatan yang menawarkan khidmat pembedahan batin kerana rawatan tersebut dilakukan secara sihir.

Gambar hiasan

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam (Gappima) Mohd. Fauzi Mustaffa berkata, mana-mana individu yang mendakwa mampu melakukan pembedahan dengan menggunakan tangan kosong adalah pengamal sihir.

Beliau berkata, kelebihan luar biasa membedah dan mengeluarkan organ dalaman itu tidak terdapat di dalam ajaran Islam sebaliknya dilakukan dengan bantuan jin dan syaitan.

"Bedah batin adalah salah satu cabang sihir yang dipanggil sihir khayalan di mana pandangan manusia ditipu dengan sesuatu yang tidak berlaku.

"Amalan menggunakan jin dan syaitan seperti ini sebenarnya sudah wujud sejak dari zaman Nabi Musa, sekarang ia digunakan untuk menipu melalui sebagai kaedah perubatan," katanya ketika dihubungi S2.

Mohd. Fauzi berkata, walaupun ada yang mendakwa dapat melihat ahli keluarga dibedah di depan mata mereka, sebenarnya pembedahan itu tidak berlaku.

Katanya, bagi pesakit yang mengaku sembuh atau mendapati ketumbuhan yang dibuang ketika 'dibedah' hilang selepas melakukan x-ray, semua itu bersifat sementara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pusat rawatan atau individu yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit dengan cara berkenaan.

-Utusan

Britney Spears Di Tendang Keluar Dari X Factor USA

Britney Spears Di Tendang Keluar Dari X Factor USA

Kontrak penyanyi terkenal Britney Spears di dalam rancangan realiti X Factor USA dilaporkan tidak akan diperbaharui.


Penyanyi lagu Hold It Against Me itu yang menjadi salah seorang daripada panel hakim dalam siri kedua rancangan terbitan Fox itu bersama Simon Cowell, Demi Lovato dan L.A. Reid, akan 'dipecat'.

Dia dikenakan tindakan itu kerana mengecewakan produser melalui penampilannya yang dikatakan tidak bersemangat dan penghakiman yang membosankan.

Sumber memberitahu majalah US Weekly bahawa penyanyi berumur 31 tahun itu yang mempunyai kontrak setahun bernilai AS$1.5 juta (RM4.65 juta), mungkin dipecat selepas Reid mengumumkan tidak akan kembali ke rancangan itu tahun depan.

"Spears akan dipecat. Produser mahu mengekalkannya di dalam rancangan itu tetapi keadaan tidak memberangsangkan. Mereka membayarnya untuk melihat dia menyatakan sesuatu yang menarik tetapi tidak berlaku," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, Cowell juga merasa kecewa dengan sikap Spears.

"Dia (Cowell) mahu Spears yang gila-gila sebaliknya membosankan pula," ujar sumber itu.

-AGENSI

Jam Tangan 'Touch Screen' Terbaru Apple

Jam Tangan 'Touch Screen' Terbaru Apple

Syarikat teknologi, Apple Inc. dipercayai membangunkan jam tangan pintar dengan ciri-ciri skrin sesentuh.


Laman-laman web China melaporkan syarikat gergasi itu bekerjasama dengan pembuat cip teknologi, Intel untuk membangunkan gajet tersebut.

Gajet dengan skrin sebesar 3.81 sentimeter dan menggunakan rangkaian Bluetooth membolehkannya untuk berkomunikasi dengan gajet lain termasuk telefon pintar iPhone.

Laporan itu mendakwa gajet tersebut dikenali sebagai iWatch akan dijual pada tahun depan.

Laman web China, Tech.163 mendakwa Intel membangunkan gajet dikenali sebagai Smart Watch yang menarik minat Apple Inc.

iWatch dipercayai akan menggunakan sistem operasi iOS, perisian sama digunakan oleh iPhone dan iPad yang membolehkan aplikasi itu mudah dimuat turun.

Pengenalan jam tangan pintar itu juga akan membantu Apple menyaingi pesaingnya, Google yang mendakwa akan mengeluarkan set fon kepala dengan satu skrin, Google Glass pada tahun depan.

Khabar angin itu dilaporkan selepas satu syarikat bebas berjaya dalam cubaannya mencipta jam tangan pintar dikenali Pebble, yang popular di dalam talian.

-AGENSI

Tentera Laut Iran Berlatih Persediaan Perang

Tentera Laut Iran Berlatih Persediaan Perang

Tentera laut Iran hari ini mengadakan latihan ketenteraan selama enam hari di Selat Hormuz, satu daripada laluan utama minyak dunia bagi mempamerkan keupayaan armada tentera negara itu, lapor agensi berita IRNA.


Komander Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari berkata, latihan 'Velayat 91' akan berlangsung sehingga Rabu depan di kawasan kira-kira satu juta kilometer persegi di Selat Hormuz, Teluk Oman dan sebahagian kawasan utara Lautan Hindi.

Katanya, latihan ketenteraan itu diadakan bagi menunjukkan kemampuan ketenteraan Iran dalam mempertahankan wilayahnya sekali gus menghantar mesej keamanan dan persahabatan kepada negara berjiran dengannya.

Pegawai Iran kerap mengulangi kenyataan akan menghalang penghantaran 40 peratus daripada eksport minyak dunia melalui selat itu sekiranya mereka diserang ekoran pertikaian program nuklear.

Iran turut mengadakan latihan yang sama selama 10 hari pada Disember tahun lalu dan menghantar sebuah kapal selam dan kapal pemusnah ke perairan Teluk, empat bulan selepas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mengadakan latihan ketenteraan di perairan sama bagi memastikan laluan perdagangan sentiasa terbuka.

Habibollah berkata pada Selasa lalu, latihan itu akan menguji kemampuan sistem peluru berpandu tentera laut, kapal tempur, kapal selam dan kaedah rondaan dan peninjauan.

Penghantaran armada tentera laut Barat yang besar di perairan Teluk dibuat bagi menghalang sebarang usaha menutup laluan berkenaan.

-REUTERS

Apple Kalah Di Arah Bayar Pampasan RM498,920

Apple Kalah Di Arah Bayar Pampasan RM498,920

Sebuah mahkamah China di sini semalam mengarahkan syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. membayar pampasan kepada lapan penulis rakyat negara ini dan dua syarikat selepas didapati bersalah menjual buku tanpa lesen secara dalam talian.


Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat yang berpangkalan di California itu diarahkan membawa pampasan berjumlah 1.03 juta yuan (RM498,920) kerana melanggar hak cipta kesemua plaintif.

Xinhua yang memetik kenyataan seorang peguam plaintif berkata, mereka mendapati beberapa aplikasi yang mengandungi buku versi elektronik yang tidak berlesen boleh dimuat turun melalui produk Apple pada tahun lalu.

-AFP

Inilah Bunga Paling Busuk Di Dunia

Inilah Bunga Paling Busuk Di Dunia

Taman botani di tenggara Brazil menerima kunjungan ratusan pengunjung setiap hari ekoran bunga paling berbau busuk di dunia yang juga bunga tropika terbesar, Titan Arum mula berkembang sejak Selasa lalu.

Titan Arum

Peluang untuk menyaksikan bunga yang dikenali sebagai 'bunga mayat' yang sukar berkembang itu nyata tidak dipersiakan kerana ia hanya mempunyai jangka hayat selama 72 jam sahaja.

Seorang ahli botani, Patricia Oliveira memberitahu AFP, Titan Arum mula berkembang pada Hari Krismas dan kini ia semakin menguncup.

''Semasa tempoh itu (berkembang), bau busuk dan warna bunga menyerupai corak daging menarik perhatian agen pendebungaan seperti lalat dan kumbang,'' katanya yang bekerja di Taman Inhotim, yang menempatkan Titan Arum kira-kira 445 kilometer dari ibu negara Brazil.

Titan Arum, juga dikenali dengan nama saintifiknya, 'Amorphophallus titanum,' berasal dari hutan hujan barat Sumatera.

Ia jarang berbunga dan sukar untuk ditanam kerana mengambil masa enam tahun untuk berkembang.

Semalam, spesimen itu mencapai ketinggian 167 sentimeter, tetapi spesies ini boleh membesar sehingga lebih tiga meter tinggi.

''Ini adalah kali kedua ia berkembang selepas kali pertama pada Disember 2010,'' kata Oliveira.

Apabila Titan Arum berbunga, ia mempunyai suhu yang sama seperti tubuh manusia, yang membantu menyebarkan bau hancing.

-AFP

Lelaki Bosan Pakai Anting-anting Gunting Telinga Sampai Putus

Lelaki Bosan Pakai Anting-anting Gunting Telinga Sampai Putus

Info Ngeri. Seorang lelaki yang telah bosan dengan keadaan cuping telinganya yang berlubang besar kerana pernah memakai anting-anting bulat besar.


Dek kerana bosan dengan penampilan cuping telinganya, dia bertindak gila dengan memotong cuping telinganya.

Keadaan itu menyebabkan cuping telinganya berubah dari keadaan asal iaitu menggelebeh jatuh ke bawah.

Mungkin juga lelaki itu berasa puas dengan keadaan cuping telinganya yang baru.

Apa yang pelik, lelaki itu tidak langsung menggunakan alat yang sesuai ketika melakukan ‘pembedahan’ kecil cupingnya.


Bukan apa, takut terkena sebarang jangkitan yang serius.

Jika tidak, bermacam-macam penyakit pula yang datang nanti.

[Sumber]