Thursday, November 28, 2013

Baru 13 Tahun Sudah Jadi Janda!

Baru 13 Tahun Sudah Jadi Janda!

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Sumber: Awani

Kerajaan Malukan Rakyat Sendiri, Apakah Sudah Habis Pilihan?

Kerajaan Malukan Rakyat Sendiri, Apakah Sudah Habis Pilihan?

Polis sekali lagi mengundang kontroversi membabitkan kesalahan saman trafik apabila mengumum akan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk menangkap 251,273 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap.

Kerajaan Malukan Rakyat Sendiri, Apakah Sudah Habis Pilihan?
Polis mulakan operasi menangkap.

Menurut Pemamngku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asistent Komisioner, Mohd Fuad Abdul Latif, polis akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah dan pemeriksaan di pejabat bagi menangkap pemandu yang telah mempunyai lima waran tangkap.

“Sebaik ditahan, pesalah terbabit akan dibawa ke balai polis. Bagaimanapun jika mereka membayar saman ketika itu mereka akan dibebaskan. Bagi pesalah trafik yang memiliki kurang daripada lima waran tangkap mereka akan ditahan melalui sekatan jalan raya. Mereka juga akan dibawa ke balai polis dan jika enggan melunaskan saman, mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh hadir mahkamah.”

Kita tidak menafikan bahawa sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara termasuk kesalahan lalu lintas harus berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Cuma dalam konteks menangkap dan melakukan pemeriksaan di rumah, pejabat dan sekatan jalan raya ke atas lebih 200 ribu orang pemandu ia menimbulkan pelbagai isu, tanda tanya dan persepsi.

Jika dilihat mereka yang mempunyai lebih dari dua waran tangkap ini mempunyai kesalahan jalan raya sejak lima tahun lepas.

Apakah saman telah disampaikan secara berkesan dan sampai ke tangan pemandu atau pemilik kenderaan tersebut?

Kerajaan Malukan Rakyat Sendiri, Apakah Sudah Habis Pilihan?

Pertanyaan ini sangat relevan kerana sebelum mengambil tindakan memalukan orang ramai, Polis trafik harus telah membukti mereka telah kehabisan saluran dan kaedah lain untuk “memaksa” pesalah trafik membayar saman ke atas mereka.

Jika saman sendiri gagal diserahkan kepada pemandu secara telus, bagaimanakah pihak penguatkuasa berharap pemandu tahu mereka mempunyai saman dan secara “bersuka ria” datang membayar saman?

Adalah tanggungjawab pihak berkuasa menyampaikan sebarang saman kompaun atau mahkamah, bukannya tanggungjawab pemandu untuk pergi ke kaunter Polis atau menggunakan sistem SMS bagi menyemak status saman mereka.

Dalam hal ini, jika diambil kes atas diri sendiri, penulis berpendapat pihak penguatkuasa gagal sama sekali melaksanakan tugas mereka sebelum mengambil tindakan memalukan rakyat terbabit melalui tangkapan terbuka di rumah dan pejabat.

Antara kenyataan pihak Polis ialah terdapat pemandu yang selama ini telah mempunyai saman sehingga lima tahun tetapi tidak menjelaskan.

Ini menimbulkan persoalan yang sama, selama lima tahun tersebut berapa kali notis telah dihantar kepada pemandu mengenai saman mereka?

Sekali lagi pengalaman saya menunjukkan tiada sebarang notis peringatan mengenai saman tertunggak dihantar kepada pemandu biar pun alamat di dalam lesen memandu dan pendaftaran kenderaan adalah alamat semasa.

Jika gagal mengesan pemandu kerana alamat lama sekali pun, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) boleh memberi notis makluman secara langsung ketika pemandu atau pemilik memperbaharui cukai jalan dan insurans. Ini juga tidak dilakukan terlebih dahulu.

Mengapa Polis Trafik memilih pilihan yang sukar dengan mengaibkan pesalah trafik sehingga boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian ramai orang kepada kerajaan?

Tangkapan di rumah dan pejabat harus dibuat setelah semua pilihan lain telah digunakan tetapi masih gagal. Malangnya, Polis tidak menggunakan semua pilihan yang ada sebelum melakukan tangkapan terbuka ini.

Ini bukan kali pertama kaedah ini dilakukan. Beberapa tahun lalu, kaedah yang sama digunakan dan kemudiannya mendapat kritikan yang keras dari orang ramai melihat pesalah trafik yang tidak seberapa ditangakap di rumah dan pejabat, siang dan malam dengan tangan bergari di bawa naik ke dalam lori polis dan di bawah ke balai Polis.

Mereka dilayan seolah-olah pencuri, perompak dan penyamun!

Mengapa perlu mengulangi kesilapan yang sama lima atau enam tahun lalu dan berhadapan dengan polemik yang sama?

Tampaknya pembuat dan pelaksana polisi kita tidak pernah belajar daripada peristiwa lalu dalam banyak hal dan kerajaan akan terus mengulangi kemusnahan perhubungan awam yang sama.

Kita bukan mahu menghalang kerajaan menguatkuasakan undang-undang, yang kita persoalkan ialah tindakan ini kelihatan semberono dan tidak berlandaskan kebijaksanaan politik dan pentadbiran.

Jika polis boleh melaksanakan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk menangkap pesalah trafik, mengapa polis tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk menyampaikan saman atau arahan mahkamah ke atas pesalah trafik?

Tindakan untuk memalukan hampir 300 ribu orang rakyat merupakan satu kerja tidak masuk akal berbanding jumlah saman yang boleh dikutip.

Malah kos membaiki imej kerajaan mungkin lebih besar daripada jumlah saman yang dikutip nanti.

Sumber: Mykmu.net

Misteri Batu Yang Terbakar Selama 2,500 Tahun!

Misteri Batu Yang Terbakar Selama 2,500 Tahun!

Info Misteri. Kira-kira 80 km sebelah barat daya ibu kota Turki, 'Antalya', bersebelahan dengan bandar Cirali di barat daya Turki, ada batu yang terus menyala yang terletak di sebuah gunung berbatu dan di dalam batu itu pula terus mengeluarkan api yang telah menyala selama ribuan tahun lamanya.

Misteri Yanartas

Nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung. Sebab-sebab api menyala dikatakan kerana terdapat gas metana yang keluar melalui lubang bawah tanah.

Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas, dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2,500 tahun lamanya.

Lubang tersebut tersebut merupakan pelepasan terbesar gas metana abiogenic yang boleh ditemui di atas tanah setakat ini.

Selama beratus-ratus tahun yang lalu, para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal.

Namun, hingga saat ini Batu Terbakar itu sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh dan sebagai penghangat ketika cuaca sejuk.

Nyalaan api itu, menurut beberapa catatan kuno, telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera.

Menurut Mitos, Chimera di gambarkan sebagai binatang yang bernafas api.

Dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya.

Manakala ekornya berupa kepala seekor ular.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, November 27, 2013

Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Maksudnya; "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini." (riwayat al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq Ahmad Tahir).

Insomnia

Keterangan dan petua beramal

Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma̢۪dan, daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.

Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu. (rujuk al-Azkar: Bacaan apabila gelisah tidak dapat tidur).

Menurut pengarang buku, Doa dan Rawatan Penyakit, dia ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya.

Air yang telah dibacakan doa itu tadi boleh digunakan untuk minum dan mandi. (rujuk buku karangan Prof. Dr. Harun Din, Doa & Rawatan Pesakit, bab masalah tidak dapat tidur malam)

Menurut Tiki Kustenmacher terdapat beberapa petua untuk mudah tidur, iaitu: (rujuk buku beliau bertajuk, How To Simplify Your Life hlm. 152-154.

Walaupun artikel difokuskan pada tidur sebentar (nap) tetapi penulis mendapati ada fakta yang sesuai untuk tidur yang lain);
  • Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian yang dilakukan di Madical School, University of Athens menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.
  • Biasakan tidur mengikut jadual.
  • Buat satu peraturan yang tetap, contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan lain-lain. (dicadangkan supaya melakukan adab-adab yang dianjurkan dalam Islam sebelum tidur.)
  • Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa supaya tidak terlalu panas.
  • Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.
  • Dengan kepada sesuatu hingga ada rasa penat.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu tidur.
  • Bangun tidur dengan beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

Petikan daripada buku, 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Telaga Biru Sdn. Bhd.

BACA INI JUGA: Kenapa Warga Malaysia Kemaruk Gelaran Haji?

Kisah Benar Cikgu Idayu Dan Kerenah Birokrasi Yang Memualkan!

Kisah Benar Cikgu Idayu Dan Kerenah Birokrasi Yang Memualkan!

Farita Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Dilema+Guru
Gambar hiasan.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman.

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.

Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.

Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.

Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya..."

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau.

Tulis beliau kepada saya: “Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."

Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa.

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya.

Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.

Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

Sumber: Utusan

Wanita Syria Jadi Mangsa Rogol Tentera Syiah

Wanita Syria Jadi Mangsa Rogol Tentera Syiah

Satu laporan terbaharu daripada pertubuhan hak asasi manusia melaporkan, wanita Syria menjadi mangsa kekejaman perang saudara di negara itu termasuk menjadi mangsa rogol, dijadikan perisai manusia dan diculik oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Rogol
Gambar hiasan.

Laporan yang disiarkan oleh Rangkaian Hak Asasi Manusia Eropah-Mediterranean menyatakan penganiayaan terhadap wanita di Syria dijadikan sebagai taktik untuk menewaskan pihak lawan, sekali gus menjadikan wanita sebagai sasaran ketika konflik di Syria semakin meruncing.

Jelas laporan berkenaan, kejadian wanita Syria dirogol berlaku di pusat tahanan dan pusat pemeriksaan di tujuh wilayah termasuk di Damsyik, terutamanya ketika tentera kerajaan melancarkan serbuan.

"Wanita Syria sering dirogol ketika tentera kerajaan melancarkan operasi ketenteraan.

"Kebanyakan mangsa penderaan seksual memilih atau dipaksa meninggalkan Syria dengan mengalami penderitaan fizikal dan psikologi," jelas laporan berkenaan.

Wanita turut dijadikan sebagai perisai manusia dan peningkatan kes penculikan yang dilakukan tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Laporan itu berkata, wanita yang diculik sering digunakan sebagai pertukaran tahanan atau memaksa saudara lelaki mereka menyerah diri.

"Sepanjang tempoh Disember hingga Mei 2012, sebanyak 125 wanita dan dua kanak-kanak menjadi tebusan," kata laporan tersebut.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 11 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak, manakala 20 orang lagi cedera dalam serangan mortar di bandar Aleppo, utara Syria, semalam.

Agensi berita SANAA melaporkan, serangan terbabit dilancarkan oleh kumpulan penentang ke atas kedudukan tentera kerajaan di barat bandar Aleppo. -AFP

BACA INI JUGA: Krisis Syria, Satu Lagi Percaturan CIA dan Yahudi Israel

Pengakuan Kakak Wanita Malaysia Jadi 'Hamba' Di London

Pengakuan Kakak Wanita Malaysia Jadi 'Hamba' Di London

Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab - Malaysia+Slave+London

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.

Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.

Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.

"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.

"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu," katanya.

Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.

Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.

"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan," katanya.

Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.

''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi London.

''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk mencarinya," ujar beliau.

Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan pertunangannya putus.

Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

Sumber: Utusan

Dunia, 7 Tahun Selepas Matinya Dajjal

Dunia, 7 Tahun Selepas Matinya Dajjal

Setelah matinya Dajjal, manusia kemudian hidup dengan damai selama 7 tahun. Tidak ada permusuhan di antara mereka. Akhirnya Allah mengutus angin yang sejuk dari arah Syam.

Fantasy World

Maka setiap orang yang di dalam hatinya mempunyai kebaikan dan iman walaupun seberat biji sawi, akan dicabut nyawanya.

Sehingga seandainya seseorang masuk ke tengah gunung nescaya angin itu akan mengejar dan mencabut nyawanya.

Maka tinggallah orang-orang yang jahat di muka bumi. Mereka hidup seperti burung (berlumba dalam kejahatan) dan berjiwa seperti binatang buas yang saling bermusuhan dan mendholimi.

Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak syaitan di tengah-tengah mereka, syaitan berkata, "Tidakkah kalian menyambutku? "

Mereka bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?"

Maka syaitan memerintahkan mereka agar menyembah berhala. Padahal ketika itu mereka mendapat rezeki yang terus mengalir dan kehidupan mereka makmur sekali. Kemudian ditiuplah sangkakala tanda hari kiamat telah datang.

Tidak seorangpun mendengarnya melainkan mengalihkan perhatian dan mengangkat kepala.

Orang yang pertama kali mendengarnya adalah orang yang sedang memperbaiki telaga untanya. Maka orang itu kemudian mati. Selepas itu mati pula seluruh manusia.

Kemudian Allah menurunkan hujan gerimis. Maka tumbuhlah jasad-jasad manusia kerananya (kembali ke asal penciptaannya). Kemudian ditiuplah sangkakala untuk kedua kalinya. Saat itu bangkitlah manusia untuk menunggu (keputusan Allah).

Kemudian dikatakan; "Wahai sekalian manusia marilah menghadap Rabb kalian. Tegakkan mereka kerana mereka kan ditanya oleh Allah."

Kemudian dikatakan, "Keluarkanlah bahagian untuk menjadi penghuni neraka."

Terdengar jawaban " Berapa? "

"Dari setiap seribu orang sembilan ratus sembilan puluh sembilan untuk jadi bahagian penghuni neraka".

Maka itulah hari kiamat yang membuat anak kecil segera beruban (putih rambutnya), dan pada hari itu terbukalah segala kedahsyatan.

Wa Allahu'alam..

Sumber: Hadist Abdullah bin ' Amr bin Al-' Ash, riwayat Muslim dalam Riyadhus Sholihin No.1810

BACA INI JUGA: Benarkah Bala Tentera Dajjal Sudah Bersedia?

Sumber: Islampos.com

Tuesday, November 26, 2013

Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin Tidak Berkat?

Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin Tidak Berkat?

Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.

Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.

Menurutnya, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga berlaku pembaziran seolah-olah menjadi trend ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

“Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah.

Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Metro Ahad melaporkan mengenai hari bahagia pelakon sensasi, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin yang layak digelar ‘Wedding of The Year’ atau “Perkahwinan Paling Gah Tahun Ini” berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan dianggarkan mencecah RM1.21 juta.

Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka.

Tanpa mahu bergantung kepada penaja semata-mata, Che Ta dan Zain dilaporkan mengeluarkan belanja kira-kira RM300,000 bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman mereka.

[Sumber]

Gambar Kejahilan Nikita Willy Masuk Masjid Separuh Bogel

Gambar Kejahilan Nikita Willy Masuk Masjid Separuh Bogel

Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.

Nikita Willy

Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian seksi dengan bahagian bahunya terdedah.

Penampilan Niki sangat menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan pakaian tertutup, maklumlah di masjid.

Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.

"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.

Nikita Willy
Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan.

Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu.

"Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.

*Aduhai Nikita, kalaulah masuk masjid untuk menghadiri majlis pernikahan sekalipun anda 'bisa' bingung mau pilih pakaian apa, lebih baik mengaji semula alif ba ta..

-Sentiasapanas.com