Friday, August 09, 2013

Kematian Jiah Khan Terus Dilanda Kontroversi

Kematian Jiah Khan Terus Dilanda Kontroversi

Teman lelaki kepada mendiang aktress Bollywood , Jiah Khan yang membunuh diri baru-baru ini, muncul di muka depan majalah Society untuk keluaran Ogos 2013.


Suraj Pancholi digandingkan dengan bapanya iaitu Aditya.

Namun kemunculan mereka mencetuskan kontroversi selepas Aditya menyatakan dia tidak langsung berasa simpati dengan ibu Jiah, Rabiya Khan susulan kematian anak perempuannya itu.

“Saya tidak bersimpati dengan Rabiya,’’ kata Aditya.

Kenyataan Aditya itu sebagai membalas kenyataan yang dibuat oleh Rabiya sebelum ini yang mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Suraj telah membunuh Jiah.

Suraj telah dilepaskan selepas polis mendapati dia tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kematian Jiah, yang membunuh diri dengan menggantung diri di apartmentnya di Mumbai pada 3 Jun lalu.

Jiah meninggalkan sekeping bahawa dia telah didera dan dirogol.

Namun surat itu tidak merujuk kepada sesiapa pu.

Selepas dibebaskan, Suraj telah memfokus kepada bidang lakonan dan muncul dalam filem Hero bersama Athiya Shetty.

-Mynewshub

Tuesday, July 23, 2013

Konflik Dramatik Artis-artis Bollywood

Konflik Dramatik Artis-artis Bollywood

Mereka dipertemukan buat kali pertama dalam filem "Saawariya" arahan Sanjay Leela Bhansali ("Hum Dilde Chuke Sanam", "Black") dan cinta pun berputik.


Malangnya filem tersebut gagal di pawagam, dan hubungan tersebut turut terasa tempiasnya. Sonam Kapoor, (anak kepada pelakon Anil Kapoor) dan Ranbir Kapoor (anak kepada Rishi Kapoor dan Neetu Singh) akhirnya berpisah, namun perpisahan tersebut tidak berakhir dengan baik.

Ranbir kata Sonam tidak cukup seksi dan Sonam kata Ranbir tidak pandai berlakon. Bapa Ranbir tidak puas hati dengan kenyataan Sonam dan membabitkan dirinya dalam pergaduhan yang berlanjutan selama enam tahun itu. Namun akhirnya, pada 29 Jun lalu, semua konflik ditamatkan apabila Ranbir muncul di majlis hari jadi Arjun Kapoor yang diadakan oleh Sonam.

Sungguh drama, bukan?

Para artis Bollywood memang terkenal dengan sifat mereka yang suka berterus terang, dan adakalanya itu menimbulkan konflik di antara mereka. Malah rancangan temu bual seperti "Koffee with Karan" bagaikan memberi ruang untuk mereka saling melepas rasa dan memburukkan lagi keadaan.

Ada banyak konflik di antara para selebriti Bollywood dan ia akan jadi terlalu panjang sekiranya kami senaraikan semua. Namun, antara yang paling popular termasuk:

Shahrukh Khan vs. Farah Khan

Mereka antara pasangan kawan baik paling terkenal di Bollywood, malah Farah sendiri pernah berjanji hanya akan mengangkat SRK sebagai peneraju utama semua filemnya bila dia berjaya menaikkan dirinya menjadi pengarah dari hanya seorang jurutari. Maka SRK dijadikan watak utama dalam "Om Shanti Om" dan "Main Hoon Na".

Namun begitu, hubungan akrab mereka diuji apabila Farah memungkiri janji dan telah memilih Akshay Kumar untuk filem ketiganya, "Tees Maar Khan", sekalipun SRK banyak membantunya malah telah menghadiahkan dia sebuah pangsapuri mewah di Mumbai. SRK yang kecewa membuat keputusan untuk tidak berhubung dengan Farah lagi.

Sekalipun kedua-dua SRK dan Farah menegaskan bahawa mereka sudah berbaik, masih tiada filem terbaru gabungan kedua-duanya untuk membuktikan kenyataan tersebut.

Anubhav Singha vs. Shahrukh Khan

Anubhav Sinha merupakan seorang pengarah yang tidak begitu dikenali di luar Bollywood, tetapi dia juga merupakan seorang yang dihormati, atas beberapa projeknya yang bermutu dalam televisyen dan pembuatan video muzik. Malah dia juga berjaya menghasilkan beberapa buah filem seperti "Tum Bin" dan "Cash".

Namun begitu, SRK tidak begitu percaya pada kebolehan Sinha untuk mengarahkan filem impiannya, "Ra.One", dan cuba untuk menggunakan khidmat pengarah lain. Malah dia turut mengkritik Sinha secara tidak langsung di Twitternya, dan berkata, "sesetengah orang tak faham apa visi saya dan rancangan yang saya nak buat".

Malangnya, disebabkan filemnya, "Cash" tidak berjaya di pawagam, dan "Ra.One" akhirnya menerima kritikan hebat dan dianggap sebagai antara filem terburuk tahun 2011, tiada siapa dapat menyangkal apa yang SRK katakan.

Aishwarya Rai vs. Rani Mukherjee

Ketika muncul dalam rancangan temubual "Jeena Isi Ka Naam Hai" pada tahun 2002, Aishwarya dan Rani cuba membuktikan bahawa dua pelakon wanita boleh berkawan baik, malah mengisytiharkan bahawa mereka akan jadi kawan baik selamanya.

Tapi pada tahun 2004, yang sebaliknya berlaku, apabila Rani menerima tawaran untuk menggantikan Aishwarya dalam filem "Chalte Chalte" lakonan SRK selepas Aish disingkirkan dari filem tersebut. Aish yang kecil hati dengan tindakan Rani membuat keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan pelakon tersebut.

Malah pada tahun 2007, ketika membuat penampilan di rancangan temubual Karan Johar, "Koffee with Karan", Rani mengaku bahawa mereka tidak lagi berkawan baik, apatah lagi apabila Aish enggan menjemput Rani ke majlis perkahwinannya dengan Abhishek Bachchan yang juga merupakan teman rapat kepada Rani.

Mallika Sherawat vs. Kareena Kapoor

Pertelingkahan antara Mallika dan Kareena bermula sejak Mallika masih seorang pelakon tambahan dalam filem Kareena, "Jeena Sirf Tere Liye" dan menggunakan nama Reema Lamba. Jelas Mallika, Kareena melayannya macam sampah hanya kerana dia masih baru dan tidak dikenali.

Jadi bila si Reema Lamba berjaya menjadi terkenal dengan nama Mallika Sherawat, dia membalas dendam dengan mengatakan dia mampu memberi persembahan yang lebih baik untuk babak tarian "Yeh Mera Dil" dalam filem "Don".

Dia kemudiannya mengkritik Kareena dan berkata Kareena cuba meniru lakonannya sebagai seorang isteri yang curang dalam "Bewafaa" sekalipun Mallika pernah melakukannya terlebih dahulu dalam filem "Murder".

Aamir Khan vs. Faisal Khan

Kedua-dua anak Tahir Hussain ini mencetus kontroversi apabila si abang, Faisal Khan dan bapanya menuduh Aamir cemburu dengan kebahagiaannya dan cuba mengawalnya melalui ubat-ubatan dan rawatan psikiatri, manakala Aamir tetap menegaskan bahawa abangnya menghidap skizofrenia dan memerlukan bantuan.

Akhirnya Aamir kehilangan hak penjagaan terhadap Faisal yang diberikan kepada bapanya, sekalipun ahli keluarga yang lain tetap menyokong Aamir. Jelas mereka, Aamir telah banyak menghabiskan wang membantu dan menyokong bapa dan abangnya selama 15 tahun.

Ram Gopal Varma vs. Karan Johar

Karan Johar sukakan drama dan percintaan, Ram Gopal Varma pula sukakan perang dan gangsterisme. Mereka memang berbeza genre dan berbeza pendapat – sesuatu yang tidak pernah dirahsiakan antara kedua-duanya yang saling balas-membalas di medan Twitter.

Namun begitu, RGV mencetus perang Twitter yang lebih besar, apabila dia menggelar filem Johar, "Kabhi Alvida Na Kehna" sebagai filem yang paling menakutkan pernah ditontonnya. Sejak itu pertembungan Twitter mereka menjadi lebih hangat, malah Johar membalas, "Awak memang kelakar, Ramu. Malangnya ia tak pernah ditonjolkan dalam filem awak!"

Sanjay Leela Bhansali vs. Salman Khan

Suatu masa dahulu, Sanjay Leela Bhansali memang pengarah yang hebat. Filem-filemnya seperti "Hum Dil De Chuke Sanam" dan "Black" menjadi film yang disukai oleh kedua-dua pihak pengkritik dan penonton. Malangnya, filemnya "Saawariya" tidak mendapat perhatian seperti yang sebelumnya.

Namun dia meneruskan tugasnya sebagai pengarah dengan menghasilkan "Guzaarish", sebuah filem tentang seorang lelaki yang lumpuh satu badan (lakonan Hrithik Roshan). Malangnya filem tersebut juga tidak mendapat sambutan.

Tapi itu tidak sama dengan kejutan yang diterima Sanjay, apabila pelakon kegemarannya, Salman Khan mengkritik "Guzaarish" dan berkata, "Filem tentang penyakit tak akan laris di India. Saya pernah berlakon filem "Phir Milenge" dan anjing sekalipun tidak menontonnya!"

Kata-katanya itu mencetus kemarahan Sanjay, apatah lagi "Hum Dil De Chuke Sanam" lakonan Salman merupakan pencetus kegemilangan pelakon tersebut pada akhir tahun 90-an.

Amisha Patel vs. Ahli Keluarganya

Amisha Patel menyaman ibu bapanya atas tuduhan menyalahgunakan kuasa kewangan sehingga dia kehilangan Rs. 12 crore. Dalam masa yang sama, ibu bapanya pula menyalahkan teman lelakinya ketika itu, Vikram Bhatt kerana tidak menyukai lelaki itu. Konflik yang hebat antara mereka tidak pernah berakhir sehingga media sendiri berhenti melaporkan!

Priyanka Chopra vs. Kareena Kapoor

Mereka tidak berbaik sejak bergandingan dalam filem "Aitraaz" pada tahun 2004. Namun konflik tersebut hanya dirasai secara peribadi antara Priyanka dan Kareena. Malangnya, tidak lama selepas itu, Kareena mengapi-apikan keadaan apabila membuat penampilan di "Koffee with Karan" dan mengatakan yang Priyanka bukan pelakon yang bagus ketika sama-sama membintangi filem "Don" pula.

Mujur Priyanka, yang tidak mahu memburukkan keadaan, tidak membalas dengan komen yang lebih buruk, sekadar mengatakan yang kritikan Kareena tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Amitabh Bachchan vs Aamir Khan

Aamir Khan mencetus kemarahan Amitabh Bachchan apabila dia jujur mengatakan yang dia tidak menyukai filem "Black" yang turut dibintangi pelakon legenda 80-an tersebut. Aamir, yang dikenali dengan sifatnya yang sukakan kesempurnaan, menyatakan semua masalah dan kesilapan dalam filem tersebut.

Amitabh membalas dan berkata bahawa Aamir terlalu memikirkan tentang sesuatu yang tidak penting dan enggan bercakap dengan pelakon "Three Idiots" itu lagi, sekalipun Aamir cuba berbaik semula.

Namun, hubungan mereka kembali pulih apabila Aamir melawat keluarga Bachchan untuk menyampaikan ucapan takziahnya atas kematian ibu Amitabh, Teji.

[Sumber]

Thursday, June 06, 2013

Aktres Cantik Bollywood Bunuh Diri Kerana Tiada Tawaran Berlakon

Aktres Cantik Bollywood Bunuh Diri Kerana Tiada Tawaran Berlakon

Aktres Bollywood, Jiah Khan, 25, yang ditemui mati tergantung di apartmennya Isnin lalu dikatakan tertekan dan kecewa dengan hubungan cintanya.


Polis memberitahu wartawan, teman lelaki Jiah, Suraj Pancholi, anak pasangan pelakon Aditya Pancholi dan Zarina Wahab disoal selama tiga jam, semalam.

Suraj orang terakhir berbual dengan Jiah pada malam 3 Jun lalu. Polis mengesahkan mereka berbual menerusi telefon berulang kali dengan panggilan terakhir pada 22.53 malam (waktu tempatan, selama dua minit.

Bedah siasat menunjukkan Jiah menggantung diri antara jam 11 dan 11.30 malam sejurus selepas bercakap dengan Suraj. Mayatnya ditemui ibunya. Suraj dilapor memberitahu polis, mereka bahagia dengan hubungan cinta mereka selama setahun selepas berkenalan menerusi laman sosial.

Ibu Jiah, Rabea Khan dipetik polis sebagai berkata, anaknya tertekan sejak dua bulan lalu kerana hubungan dengan Suraj memandangkan dia tidak mempunyai sumber kewangan.

Pengarah filem, Ram Gopal Varma, yang memberi peluang kepada Nafisah atau nama sebenar Jiah untuk melancarkan karier lakonannya di Bollywood menerusi filem Nishabd pada 2007 berkata, dia terkejut dengan berita kematian itu.

“Dia tertekan mengenai kariernya dan takut mengenai masa depannya kerana tidak berlakon sejak tiga tahun lalu,” kata Ram.

“Kali terakhir saya bertemu Jiah dia berkata, setiap orang di sekelilingnya membuat dia merasakan dirinya gagal. Meskipun mendapat sanjungan dalam Nishabd dan berjaya dalam filem Ghazni dan Houseful, dia tidak bekerja.

“Saya tidak pasti alasan yang menyebabkan perkara itu. Tetapi Jiah begitu tertekan mengenai kariernya dan takut menghadapi masa depannya,” kata Ram dalam laman Twitternya.

-Reuters

Monday, April 22, 2013

Kenapa Shah Rukh Khan Delete Laman Twitter?

Kenapa Shah Rukh Khan Delete Laman Twitter?

Siapa yang tidak kenal, Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) yang pernah menjadi kegilaan ramai wanita. Namun berita terbaru ini pastinya mengecewakan seluruh peminatnya.


Menurut SRK, dia terpaksa membatalkan laman sosialnya, Twitter kerana ia hanya memudaratkan karier dan imejnya.

"Pengguna Twitter ada baik dan buruknya. Baiknya, saya dapat berkomunikasi dengan peminat di seluruh dunia, tapi yang buruknya, saya terpaksa menerima pelbagai cemuhan daripada orang yang saya tidak kenali.

"Maka saya rasa lebih baik laman sosial saya dibatalkan saja," katanya.

-Sinarharian

Friday, April 05, 2013

Shah Rukh Khan Kena Saman RM56.9 Juta!

Shah Rukh Khan Kena Saman RM56.9 Juta!

Seorang pengarah filem dan pelakon veteran India, Manoj Kumar memfailkan saman sebanyak AS$18.5 juta (RM56.9 juta) ke atas aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Shah Rukh bersama Padukone.

Kumar memfailkan saman itu kerana Shah Rukh tidak memotong satu adegan yang memalukannya dalam sebuah filem berjudul Om Shanti Om yang disiarkan di Jepun pada tahun 2007.

Kumar memfailkan saman itu kepada Shah Rukh dan Eros International yang menjadi penerbit filem tersebut.

Menurut media India, tuntutan saman itu difailkan di sebuah mahkamah di Mumbai.

Pada tahun 2008, sebuah mahkamah di Mumbai mengarahkan adegan filem tersebut dipotong.

Shah Rukh kemudian meminta maaf berhubung adegan tersebut.

Kumar menyatakan, filem tersebut yang disiarkan di Jepun tidak memotong adegan itu baru-baru ini.

"Saya telah memaafkan mereka sebelum ini tetapi tidak kali ini. Mereka (Shah Rukh dan pihak Eros International) tidak menghormati saya," kata Kumar.

Kumar yang berusia 75 tahun pernah menjadi pelakon utama dalam beberapa buah filem pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Filem komedi Om Shanti Om menampilkan Shah Rukh dan Deepika Padukone sebagai pelakon utama.

Pengarah filem tersebut, Farah Khan berkata, versi filem yang silap mungkin telah diedarkan di Jepun.

-AP

Thursday, April 04, 2013

Aishwarya Rai Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru James Bond?

Aishwarya Rai Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru James Bond?

Pasangan suami isteri popular Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai dikatakan bakal muncul dalam sekuel terbaru filem James Bond.


Menurut sumber, berita tersebut mula diuar-uarkan selepas penerbit filem itu, Barbara Brocolli dan pengarahnya, Sam Mendes,bertemu pasangan itu ketika penggambaran filem Skyfall.

"Apa yang kami dengar, mereka sempat berbincang dengan pasangan itu mengenai filem tersebut.

"Kemungkinan besar penggambarannya akan dimulakan pertengahan tahun depan. Apa pun, ia masih belum disahkan lagi. Cuma, jika ia benar, pasti filem Bond ini menampilkan pelbagai kelainan," katanya.

-Sinarharian

Monday, February 25, 2013

Selebriti Bollywood Yang Sangat Taksub Dengan Yoga

Selebriti Bollywood Yang Sangat Taksub Dengan Yoga

Senaman yoga kini nampaknya semakin popular di kalangan selebriti Bollywood. Sudah semakin ramai yang mengamalkan senaman tersebut, termasuklah lapan orang selebriti terkenal yang antaranya mempunyai cakera padat (CD) khas senaman tersebut. Mereka terdiri daripada:


Neha Dhupia. Aktres ini kini dikatakan semakin giat melakukan senaman yoga dan menjadikan senaman tersebut sebagai senaman utamanya kini. Dia juga selalu dilihat melakukan yoga di salah sebuah kawasan terkenal di Karnataka.

Sameera Reddy. Sameera Reddy juga dikatakan sedang jatuh cinta dengan senaman yoga. Dia giat melakukan senaman tersebut untuk mengekalkan tubuh badan langsing selain minda yang sihat.

Kangana Ranaut. Kemunculan Kangana dalam bikini baru-baru mengejutkan ramai peminat apabila melihat tubuh badannya yang semakin cantik. Ujar Kangana, rahsianya adalah senaman yoga dari jenis Pranayam yang sentiasa membuat dia rasa bertenaga.

Shilpa Shetty. Shilpa Shetty memang selalu dianggap sebagai pemilik badan terbaik selebriti Bollywood. Dia harus berterima kasih kepada senaman yoga yang menjadi amalannya. Shilpa kini muncul dengan DVD yoga yang diberi nama Shilpa’s Yoga untuk dikongsi bersama peminat.

Geeta Basra. Semakin mendapat perhatian, Geeta Basra tahu cara bagaimana untuk membuat khalayak ‘tidak lari’ daripada terus memerhatikannya. Dia kini giat dengan rejim yoga untuk mendapatkan bentuk badan ideal sebelum muncul di dalam filem terkininya, Zila Ghaziabad.

Lara Dutta. Baru sahaja melahirkan anak, Lara Dutta tidak berselindung tentang rahsia kekal cantiknya. Dia memberitahu, senaman yoga yang diamalkannya banyak membantu dan sebab itu dia kini muncul dengan DVD Yoga Recovery and Rejuvenation.

Bipasha Basu. Seorang lagi selebriti yang dianggap sebagai penggila kesihatan, Bipasha Basu, baru sahaja dilantik menjadi duta bagi Sugar Free Natura. Dia sangat obses dengan senaman yoga jenis Suryanamaskar dan baru sahaja melancarkan CD Bipasha Basu Love Yourself.

Kareena Kapoor. Kareena Kapoor adalah seorang pengamal yoga yang setia. Dia menjalani rejim yoga yang berlainan untuk tubuh badannya. Untuk bahagian belakang badan, dia mengamalkan yoga jenis Bhujangasana, untuk kaki dia mengamalkan yoga Virabhadra dan Surya Namaskar untuk badan.

-Kosmo

Saturday, January 19, 2013

Rahsia Rani Mukherjee Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Rahsia Rani Mukherjee Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan seksi dari Bollywood, Rani Mukherjee. Jom baca kat bawah beberapa fakta yang mungkin anda belum tahu mengenai artis popular ini.


-Lahir pada tanggal 21 Mac 1978

-Anak kepada pengarah terkenal Ram Mukherjee

-Saudara dekat kepada pelakon popular, Kajol

-Memiliki sepasang mata dan senyuman yang sangat manis.


-Mula berlakon memegang watak cameo dalam filem Biyer Phool pada 1996

-Mula menyerlah sejak membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai. Penampilannya sebagai Tina sangat 'hot' dan memukau sesiapa saja yang memandang.

-Turut dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem itu pada 1998.

-Menerusi drama Saathiya, dia dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik pada Filmfare Critics 2002.

-Filem kegemarannya adalah Titanic dan lagu soundtrack filem tersebut juga salah satu lagu kesukaannya.

-Sinarharian

Sunday, December 30, 2012

Shah Rukh Khan Nekad Berhenti Merokok

Shah Rukh Khan Nekad Berhenti Merokok

Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya menyedari tabiat merokok bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada dirinya.


Dia juga kini dikatakan sedang berusaha menghentikan tabiat buruk itu dan berkongsi pendapatnya di laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini.

"Tabiat merokok bagaikan menghentam kepala sendiri menggunakan tukul besi. Jika tabiat itu dihentikan, kesakitan akan berkurangan," katanya di Twitter.

Bagaimanapun terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon itu mula menyedari keburukan merokok selepas anak perempuannya, Suhana telah memberi amaran kepadanya mengenai perkara tersebut.

-Sinarharian

Friday, November 23, 2012

Permusuhan Shah Rukh Khan dan Salman Khan Yang Tiada Penghujungnya

Permusuhan Shah Rukh Khan dan Salman Khan Yang Tiada Penghujungnya

Hero Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK ) menjelaskan bahawa pergaduhan antara dia dan Salman Khan tiada penghujungnya kecuali atas arahan pengarah untuk mereka bersama.


“Krisis ini berlaku sebabkan masalah peribadi sejak empat tahun lalu, saya tidak pernah terfikir filem akan membawa kita bersama dan menyelesaikan apaapa.

“Pergaduhan yang berlaku tiada kaitan dengan isu peribadi, semua ini berlaku empat tahun yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, Salman pernah muncul dalam filem lakonan SRK , Om Shanti Om.

-Sinarharian