Wednesday, August 26, 2020

4 Jutawan 'Covid-19' Di Malaysia

4 Jutawan 'Covid-19' Di Malaysia

Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa 'mengikat perut', malah ada antaranya terpaksa gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid-19, namun situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu yang dikurniakan rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac 2020 lalu.

Jutawan Covid-19

Malah, golongan ini dilaporkan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit atau mencecah tujuh angka.

Bagaimanapun, kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi selain bijak menggunakan peluang bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan.

Harian Metro menemu bual kisah empat usahawan yang bergelar jutawan hasil pelaksanaan PKP disebabkan virus Covid-19 supaya menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Ikuti perkongsian ini.

1. Pengasas Madam Printing & Packaging, Siti Mariam Abd Rauf, 33

Siti Mariam Abd Rauf

"Minggu pertama PKP, saya dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000.

"Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman," katanya yang lebih senang disapa sebagai Mar.

Mar berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.

"Syukur, saya dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP," katanya yang turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.

Menurutnya, dia sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan ditipu pelanggan, perniagaannya terjejas teruk hingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.

Mar berkata, selepas 'terjun' dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M'Care Mixberry.

"Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini.

"Inilah rezeki 'corona' saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak," katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.

"Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur)," katanya mengakui, ia adalah asam garam bergelar usahawan.

2. Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34

Ernie Uzliana Mohamed Yatim

Sejak PKP, jualan kek dan kuih 'meletup' hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka.

Itu kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.

Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.

Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP.

"Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka," katanya.

Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri.

"Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi," katanya.

3. Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32

Nursyamimi Ramli

Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.

Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.

"Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak.

"Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship.

"Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya).

"Secara rasmi, saya meletakkan jawatan sebagai pegawai bank pada Mac 2020 lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka.

"Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian," katanya.

Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.

"Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka," katanya.

Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei 2020 lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.

4. Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37

Muhamad Khair Sulam

"Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan.

"Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami," katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.

Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara.

"Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar.

"Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu.

"Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka," katanya.

Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia 'terjun' ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.

Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.

Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless.

"Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran.

"Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri.

"Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing," katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Kisah 'Ujian Saringan Tiga Kali' Kebijaksanaan Socrates Menutup Mulut Penyebar Berita Tidak Benar

Kisah 'Ujian Saringan Tiga Kali' Kebijaksanaan Socrates Menutup Mulut Penyebar Berita Tidak Benar

Pada zaman Yunani kuno dahulu, Socrates merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dengan kebijaksanan dan pengetahuannya yang tinggi. Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengannya dan berkata, "Tahukah bahawa saya baru saja mendengar cerita mengenai salah seorang sahabat anda?"

Kisah Socrates Ujian Saringan 3 Kali

"Tunggu sebentar. Sebelum menceritakannya, saya ingin anda melalui sebuah ujian kecil, dinamakan Ujian Saringan Tiga Kali.

"Saringan tiga kali?" tanya lelaki tersebut.

"Ya," jawab Socrates.

"Sebelum anda menceritakan kepada saya mengenai sahabat tersebut, ada eloknya anda memperuntukkan waktu sejenak untuk menyaring apa yang akan anda katakan. Itulah kenapa saya sebut sebagai Ujian Saringan Tiga Kali."

"Saringan yang pertama adalah KEBENARAN. Sudah pastikah anda bahawa apa yang akan dikatakan kepada saya adalah benar?"

"Belum tentu benar," kata lelaki tersebut.

"Sebenarnya saya baru saja mendengarnya dan ingin memberitahu tentangnya kepada anda," kata lelaki tersebut.

"Jadi, anda benar-benar tidak tahu adakah perkara itu benar atau tidak."

"Sekarang, mari kita cuba saringan kedua iaitu KEBAIKAN. Apakah yang akan anda katakan kepada saya mengenai kawan saya itu adalah sesuatu yang baik?"

"Sebaliknya mengenai hal yang buruk," jawab lelaki itu.

"Jadi, anda ingin mengatakan kepada saya sesuatu yang buruk mengenai dia, tetapi anda tidak yakin kalau itu benar," balas Socrates.

"Anda mungkin masih boleh lulus ujian selanjutnya, iaitu KEGUNAAN. Apakah perkara yang anda ingin beritahu kepada saya tentang kawan tersebut akan berguna buat saya?"

"Tidak, sungguh tidak," jawab lelaki tersebut.

"Kalau begitu, jika apa yang anda ingin beritahu kepada saya tentang rakan saya tersebut TIDAK BENAR, TIADA KEBAIKAN, bahkan TIDAK BERGUNA, kenapa ingin menceritakannya kepada saya?" simpul Socrates.

Lelaki itu pun berlalu pergi sambil tersipu malu tanpa dapat menceritakan berita tidak berguna tersebut kepada Socrates.

Semoga memberi manfaat. Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Bagaimana Proses Lelong Kereta Yang Ditarik Bank?

Bagaimana Proses Lelong Kereta Yang Ditarik Bank?

Setelah tempoh 21 hari Jadual Kelima tamat, bank perlu menjual kereta yang ditarik balik untuk mendapatkan kembali "kos dan modal"nya. Pada zaman sekarang, bank akan membuat lelongan awam untuk kereta kereta yang telah ditarik balik selalunya bertempat di stor simpanan kereta yang menjadi panel bank siap dengan pelelong berlesen dengan "tukul kayu"nya.

Proses lelong kereta
Gambar hiasan.

Dulu, bank cuma perlu iklankan di surat khabar untuk "menjemput" orang ramai untuk memasukkan tender untuk membeli kereta tersebut dan kereta akan dijual kepada "pembida" yang tertinggi.

Cara yang sebegini tidak boleh lari dari ekploitasi dan manipulasi "orang dalam" kerana ada dealer yang "kam cheng" dengan pegawai, kerani atau bos akan "potong" harga orang lain asalkan harga sama atau lebih dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Bukanlah semuanya macam tu tapi yang penting bagi pihak bank semua prosedur perlu dipatuhi dari segi penjualan dan harga dengan dokumen yang lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan balas dari Penyewa dikemudian hari.

Kalau harga tawaran orang ramai kurang dari harga dalam Jadual Kelima, Penyewa harus dimaklumkan tentang "harga" baru yang lebih rendah dan Penyewa diberi peluang untuk memperkenalkan individu yang boleh membeli kereta dengan harga tersebut secara TUNAI. Begitulah seterusnya sampai kereta boleh dijual.

Oleh itu, penjualan secara lelongan awam serba sedikit boleh "menghilangkan" keraguan tentang manipulasi harga walaupun kemungkinan "pakatan sulit" diantara pembida pembida "tegar" masih boleh berlaku.

Ini adalah kerana yang datang untuk membida biasanya adalah wakil wakil atau pemilik pemilik syarikat kereta terpakai dan individu individu yang yang "regular" pada setiap lelongan awam dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun bakal "berlawan" di medan lelongan.

Ada juga individu individu yang datang membida untuk diri sendiri dan individu individu begini selalunya akan menjadi "mangsa buli" oleh geng geng yang dah "season" dengan "pakatan" yang tidak memerlukan perancangan secara lisan.

Cukup dengan jelingan manja, naikkan kening, urut misai, garu kepala dan macam macam lagi isyarat masing masing dengan taktik "Tidak Berminat Move" atau "Potong Mamat Tu Move" atau "Up Harga Sampai Mamat Tu Kena Bayar Lebih Move" dan lain lain "Move" yang memberi kelebihan kepada pembida yang berkepentingan.

Walau apa pun, lelongan awam masih dianggap sebagai yang paling "telus" sebab "permainan" dalam lelongan awam sukar dielakkan seperti juga lelongan rumah tak berbayar.

Menurut prosedur, acara lelongan akan di iklankan di suratkhabar tempatan biasanya 14 hari dari tarikh lelongan dan Penyewa akan dimaklumkan juga tentang perkara ini seperti yang diperuntukan di Seksyen 18 (4)(a) dibawah.

Seksyen 18 (4)(a)

Jikalau penjualan bukan melalui lelongan, Bank perlu juga memberi pilihan kepada Penyewa untuk membeli kereta tersebut jika harganya adalah lebih rendah dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Dengan keperluan memberi Notis, Iklan dan "tempoh bertenang" yang agak lama, biasanya status tunggakan akaun akan mencecah 5 bulan atau lebih sebab kadang kadang Bank perlu menunggu kereta kereta tarik yang lain yang belum "habis edah" atau "cukup umur" untuk dilelong supaya boleh dibuat sekali gus bagi menjimatkan masa dan kos.

Seperti yang telah ditunjukkan diatas, ada tiga (3) kemungkinan yang akan berlaku pada hari lelongan iaitu:
  • Jumlah lelongan melebihi jumlah hutang;
  • Jumlah lelongan kurang dari jumlah hutang: dan
  • Tiada bidaan diterima atau kereta tak laku.

Dan anda boleh lihat sendiri langkah langkah yang diambil untuk ketiga tiga situasi tersebut.

LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL

Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.

Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran.

Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan.

Untuk ulangkaji tentang proses "Surat Loyar" dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Boleh rujuk pihak bank.

Setelah proses "ding dong" sana sini selesai, dianggarkan "umur" tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team "CSI" masih berjalan untuk langkah seterusnya jika perlu.

Pada tahap tunggakan tujuh bulan, Bank sudah boleh membuat perancangan untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai.

NASIB PENJAMIN

Sekarang kita sampai kepada bab penjamin. Biarlah gambar yang berbicara:

Penjamin Kereta

Walau bagaimanapun, dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada beberapa peruntukan bagi Penjamin.

Saya cuma boleh beri "terjemahan bebas" sebab ayat undang undang ini selalunya berpintal pintal supaya memberi ruang untuk Tuan Tuan Loyar membuat interpretasi masing masing dan berhujah untuk mendapat keputusan yang memihak kepada mereka.

Antara intipati Seksyen Seksyen yang ditunjukkan diatas adalah seperti berikut:

1. Penjamin adalah terikat dengan Perjanjian Sewa Beli melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu.

2. Tanggungjawab Penjamin masih berterusan walaupun kereta telah ditarik balik tidak kira samada kereta sudah diserahkan balik atau tidak melainkan Bank dan Penyewa ada membuat perjanjian yang baru.

3. Tanggungjawab Penjamin tidak boleh melebihi tanggungjawab Penyewa dengan apa yang diperuntukan dalam Perjanjian Sewa Beli.

4. Seseorang Penjamin yang menunaikan tanggungjawabnya dan telah membayar apa jua bayaran kepada Pemilik iaitu Bank berhak untuk menuntut balik apa yang telah dibayarnya.

5. Hak Penjamin terhadap Pemilik/Bank – Penjamin boleh melepaskan dirinya pada bila bila masa dari tanggungan jaminan hutang dengan membayar hutang Penyewa kepada Bank.

6. Apabila bayaran hutang dibuat, Penjamin berhak untuk:
  • (a) Menyaman Penyewa atas nama Pemilik/Bank atas pelanggaran Perjanjian Sewa Beli oleh Penyewa tertakluk kepada Penjamin memperuntukan pampasan atas apa jua kos dan perbelanjaan tindakan tersebut atau menyaman atas nama Penjamin sendiri jika dia mengambil pemindahan hakmilik secara sah melalui undang undang keatas Perjanjian Sewa Beli tersebut.
  • (b) Mendesak untuk mengambilalih apa jua cagaran dan sekuriti yang telah diambil oleh Pemilik/Bank keatas Penyewa untuk memastikan Penyewa menunaikan tanggungjawabnya.

7. Penjamin jika ada apa jua tuntutan yang dibuat oleh Pemilik/Bank keatasnya mempunyai hak untuk "melepaskan" dirinya dari tuntutan balas yang dibuat oleh Penyewa terhadap Pemilik/Penyewa.

8. Hak Penjamin terhadap Penyewa – Penjamin berhak untuk diberi gantirugi atau pampasan oleh Penyewa terhadap tindakan Pemilik/Bank atau jaminan yang diberi.

9. Penjamin berhak untuk memaksa Penyewa untuk membayar ansuran bulanan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli setiap kali tempoh bayarannya sampai dan untuk tujuan ini Penjamin boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah tersebut.

Berbelit belit ayat. Tak tahulah pula ada ke tidak Penjamin yang melaksanakan haknya seperti yang diperuntukan.

Biasanya payah sikit sebab lazimnya Penjamin agak rapat dengan Penyewa seperti Suami atau Isteri dan kawan kawan atau kenalan.

Jadi, samada Penjamin tidak tahu pun hak mereka atau tidak "sampai hati" untuk "menyakiti" atau "menyinggung" perasaan Penyewa atas dasar percaya atau takut dituduh tidak percaya kepada keupayaan Penyewa untuk bertanggungjawab.

Dalam kebanyakan kes, tak boleh percaya pun. Ramai Penjamin yang kena tindakan kebankrapan.

Kalau nak saman balik Penyewa untuk bayaran yang dibayar oleh Penjamin, harapan untuk dapat balik duit pun susahlah jugak tapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dari segi logik akal, kalau Bank saman pun dia tak peduli, apatah lagi kawan kawan, adik beradik, suami atau isteri atau bekas suami dan bekas isteri melainkan jumlahnya banyak yang boleh membawa kepada kebankrapan atau yang berbaloi untuk dilakukan.

Kalau jumlah yang kecil, lebih kepada membazir masa dan wang. Tuan Loyar pun mungkin malas nak layan. Itulah nasib si Penjamin.

Lagi parah kalau kereta kena "piang" atau dijual "tangan atas tangan" hingga hilang entah kemana.

Bila ada "urusniaga" jenis "sambung bayar" yang juga berisiko untuk hilang kalau tak kena gaya, Penjamin juga yang kena "share" tanggungan.

Kalau setakat "share" status kat Facebook takpelah jugak ini kena pikul "biawak hidup".

Jadi, selesailah sudah siri Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Sewa Beli khususnya untuk kereta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: chbda

Sunday, August 23, 2020

7 Pemenang Loteri Paling Malang Selepas Menjadi Jutawan

7 Pemenang Loteri Paling Malang Selepas Menjadi Jutawan

Memenangi loteri adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam hidup seseorang dan dalam kalangan mereka yang bernasib baik ini, sesetengah daripadanya dikatakan tidak layak untuk memenanginya.

Dalam beberapa dekad yang lalu, ada beberapa orang pemenang loteri yang dianggap sangat bodoh dan bernasib malang.

Kali ini kami ingin kongsikan 7 orang pemenang loteri yang membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

1. Amanda Clayton

Amanda Clayton

Amanda Clayton menjadi jutawan segera selepa memenangi loteri Make Me Rich, sebanyak RM4.2 juta tetapi meneruskan hidup dengan mencuri cop baucar makanan daripada kerajaan untuk orang kurang berkemampuan.

Disebabkan ini, Amanda didapati bersalah terhadap tuduhan penipuan kebajikan dan dihukuman 9 bulan di bawah pengawasan serta denda RM23,000.

Di penghujung kisah Amanda, dia meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.

2. Evelyn Adams

Evelyn Adams

Evelyn Adams telah memenangi loteri sebanyak dua kali secara berasingan dan boleh dianggap sebagai wanita paling bernasib baik di dunia.

Dia menang sebanyak dua kali! Kemenangan pertama pada tahun 1982 dan kali kedua setahun kemudian.

Secara keseluruhan, wang kemenangannya berjumlah RM22.6 juta namun, nasibnya tidaklah begitu baik bagi seorang yang memenangi loteri sebanyak dua kali, apabila dia kehilangan kesemua wang tersebut.

Evelyn merupakan seorang penjudi yang sangat tamak dan mampu menghabiskan hampir kesemua wang tersebut kerana selepas 20 tahun menang besar, Evelyn jatuh miskin.

3. Alex Ahsoak

Alex Ahsoak

Alex Ahsoak menang loteri kira-kira RM2.1 juta dan dia menggunakan sebahagian besar wang tersebut untuk membiayai NGOnya yang membantu mangsa penderaan seksual.

Semuanya kelihatan tiada masalah untuk beberapa tahun dan NGO itu sangat aktif membantu mangsa, menjadikan Alex dianggap sebagai seorang wira.

Tidak lama selepas itu, terdapat berita mengatakan bahawa Alex sendiri adalah pesalah seksual sebanyak dua kali.

Pada tahun 1993 dan 2000, Alex telah mencabul 2 orang gadis berusia 13 tahun.

Selepas berita tersebut diketahui oleh khalayak ramai, dia ditemui oleh beberapa orang lelaki yang membawa kepada kecederaan parah pada Alex selepas dipukul dengan paip keluli di bahagian kepala.

Kesalahan yang dilakukan oleh Alex sebelum itu membuatkannya dipenjarakan, namun persoalannya adalah mengapa dia perlu mendapatkan perhatian orang ramai dengan membiayai NGO yang berfungsi untuk menyembuhkan mangsa jenayah yang dilakukan? Untuk menebus kesalahannya?

4. Justin Reiter

Justin Reiter

Memang benar wang boleh mengubah manusia sehingga tak dapat dipulihkan lagi. Justin Reiter dari Alberta, Canada telah memenangi loteri sebanyak RM2.5 juta.

Dia dari awalnya merupakan seorang yang tidak stabil tetapi tiada siapa yang menyangkakan Justin akan melakukan sesuatu yang sangat bodoh sehingga mengorbankan dirinya.

Justin obses dengan filem yang dikenali sebagai Goldmember, iaitu filem parodi Goldfinger dan James Bond.

Dia mempunyai idea untuk meniru aksi-aksi penjahat yang mana telah mengecat alat kelamin dengan warna emas.

Sebelum berbuat demikian, Justin mengecat zakarnya dengan cat berasaskan plumbum sebelum mengecatnya dengan warna emas.

Tidak lama selepas prosedur yang dilakukannya, Justin disahkan meninggal dunia dan penyebab kematiannya adalah cat plumbum tersebut.

Ramai menyatakan dia tidak sepatutnya memenangi wang loteri RM2.5 juta itu jika ingin mencabut nyawanya sendiri dengan cara sedemikian.

5. Michael Carroll

Michael Carroll

Michael Carroll adalah pemenang jackpot loteri bernilai RM51.8 juta pada tahun 2002 ketika berusia 19 tahun!

Michael langsung tidak mempunyai idea atau cara yang baik untuk membelanjakan wang tersebut, apatah lagi melaburkannya.

Dia menghabiskan kebanyakan wang tersebut membeli kokain dan untuk mengukuhkan statusnya sebagai orang kaya, Michael menyedut dadah itu menggunakan pen emas yang diperbuat daripada emas padu.

Selain membeli rumah agam, Michael terkenal dengan membuat pembelian mewah lain dan kerap melanggan pelacur.

Menjelang tahun 2012, Michael "berjaya" menghabiskan kesemua wang tersebut dan kembali bekerja di sebuah kilang biskut di Scotland.

Namun, dia mengakui gembira walaupun dibayar dengan gaji mingguan sebanyak RM1,090.

6. Callie Rogers

Callie Rogers

Callie Rogers dari United Kingdom melalui tempoh yang sangat sukar selepas memenangi loteri berjumlah lebih daripada RM12.5 juta.

Kemenangan itu diikuti dengan pesta yang telah dijangkakan, dipenuhi dengan dadah dan alkohol.

Callie juga melakukan beberapa pembedahan plastik dan membeli banyak hadiah untuk rakan serta ahli keluarganya, sesuatu yang biasa jika memenangi wang sebanyak itu.

Namun, dipercepatkan 10 tahun kemudian, wang di dalam bank Callie berbaki lebih kurang RM12,000, dan dia sedang berlatih untuk menjadi seorang jururawat dan mempunyai 3 orang anak.

Bagaimana Callie boleh menghabiskan wang melebihi RM12 juta tanpa apa-apa pulangan?

Selain daripada pembedahan plastik, Callie tidak memiliki apa-apa selepas bernasib baik menang loteri tersebut.

7. John Ross Jr

John Ross Jr

Pada tahun 2012, John Ross Jr memenangi RM293,000 setahun untuk tempoh 20 tahun hasil daripada kemenangan tiket gores California Loterry, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.86 juta.

Apabila ditemubual selepas kemenangan itu diumumkan, John berkata dia akan menggunakan wang itu untuk membeli kereta.

Dia tidak pernah memiliki kereta sebelum itu dan mahu memenuhi impian tersebut.

Semuanya kedengaran agak normal, namun ia bakal menjadi keterlaluan kerana tanpa disangka, John telah ditangkap kerana cubaan mencuri kereta Honda Civic.

Agak pelik mengapa dia cuba untuk mencuri kereta yang tidak begitu mahal selepas memenangi wang yang begitu banyak.

Ironinya, John terpaksa menggunakan wang yang dimenanginya untuk menyelamatkan dirinya daripada penjara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

13 Penyakit Berbahaya Jika Anda Terlalu Stres

13 Penyakit Berbahaya Jika Anda Terlalu Stres

Bahayanya stres boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang boleh terjejas. Dari segi saintifik, stres atau tekanan adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan.

Menangani Stres

Stres juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.

Sekiranya mengalami stres, anda boleh menjejaskan kualiti hidup, juga akan memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan yang akan turut terkena kesan dengan situasi stres tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah cuba tangani stres dengan bijak dan teratur.

Bahayanya stres kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simptom yang tidak baik untuk tubuh badan kita.

Ini antara kesan yang dibawa oleh sebab tidak pandai mengurus stres dengan baik.

1. Penyakit Jantung (Kardiovaskular)

Stres boleh menyebabkan terganggunya sistem arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung.

Sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat. Ia seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Stres yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun strok.

2. Sistem Imun Menjadi Lemah

Stres yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Stres yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

3. Mengganggu Sistem Penghadaman

Stres yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simptom-simptom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

Sekiranya kita menghadapi simptom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup anda dan keluarga.

4. Penyakit Kulit

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simptom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stres.

Bagi yang menghidapi penyakit kurap, ia akan menjadi lebih teruk. Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri.

5. Asma

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa stres boleh memburukkan lagi penyakit asma. Beberapa bukti menunjukkan bahawa stres kronik ibu bapa mungkin meningkatkan risiko penyakit asma pada anak-anak mereka.

Satu kajian melihat bagaimana ibu bapa yang mengalami stres mempengaruhi kadar asma anak-anak yang terdedah kepada pencemaran udara atau ibu yang merokok semasa hamil.

6. Organ Pembiakan

Kurang subur (fertiliti rendah) juga boleh dikaitkan dengan stres. Bagi lelaki pula adalah masalah lemah tenaga batin dan bagi wanita akan mengalami masalah ketika hamil.

Lebih bahaya lagi bagi wanita yang mengandung, anak yang akan dilahirkan berisiko tinggi menghadapi penyakit asma dan alergi.

Pastinya anda tidak ingin bayi menghidapi penyakit walaupun hanya sekadar demam biasa.

Jadi mulai sekarang anda semua perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya tidak dibebani stres.

7. Sistem Penafasan Terjejas

Antara kesan yang diakibatkan oleh stres yang tidak terkawal adalah sistem penafasan anda akan terganggu. Ia juga boleh mengakibatkan asma dan masalah paru-paru yang lain.

Semasa menghadapi stres, seseorang itu akan bernafas dengan cepat sehingga terasa seperti sesak nafas.

Jika tidak diubati, keadaan ini akan mengakibatkan paru-paru mudah berjangkit dengan penyakit.

8. Kemurungan dan Anxiety Disorder

Mungkin tidak mengejutkan bahawa akibat terlalu stres yang kronik, risiko mendapat kemurungan dan anxiety disorder menjadi lebih tinggi.

Kajian mendapati orang yang selalu stres berkaitan dengan pekerjaan mereka mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami kemurungan dalam masa beberapa tahun berbanding orang yang mengalami tekanan yang lebih rendah.

9. Masalah Gastrointestinal

Stres tidak menyebabkan ulser. Walau bagaimanapun, ia boleh membuat masalah jadi lebih teruk.

Stres juga merupakan faktor umum dalam banyak masalah lain seperti penyakit pedih ulu hati kronik (atau penyakit refluks gastroesophageal, GERD) dan sindrom usus besar (IBS).

10. Penyakit Alzheimer

Stres boleh memburukkan lagi penyakit Alzheimer, menyebabkan luka pada otak membentuk lebih cepat.

Sesetengah penyelidik membuat spekulasi bahawa mengurangkan stres berpotensi untuk melambatkan perkembangan penyakit alzheimer.

11. Obesiti

Lebihan lemak dalam perut menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar daripada lemak pada kaki atau pinggul.

Orang yang selalu stres selalunya menyimpan lemak dalam perut berlebihan.

Tekanan menyebabkan tahap kortisol hormon yang lebih tinggi dan ia meningkatkan jumlah lemak yang disimpan ke dalam perut.

12. Kencing Manis

Stres akan memburukkan lagi masalah kencing manis dengan dua cara.

Pertama, meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang buruk, seperti makan tidak sihat dan minum berlebihan. Kedua, stres meningkatkan kadar glukosa orang yang ada kencing manis.

13. Sakit Kepala dan Migrain

Doa ketika stres

Stres dianggap salah satu pencetus yang paling biasa untuk sakit kepala. Bukan sekadar sakit kepala ketegangan, tetapi migrain juga.

Kesimpulan

Jadi, inilah antara kesan-kesan akibat stres yang tidak dicegah ataupun dirawat dan sudah tentu kesan-kesan ini akan memberi impak negatif di dalam kehidupan anda dan keluarga.

Mungkin ramai antara kita yang kurang pendedahan tentang bahayanya stres di dalam kehidupan.

Sekiranya anda menghadapi simptom di atas, apa yang anda perlu buat ialah cuba untuk mengurus stres yang anda alami dengan berjumpa pakar kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat dan cuba mengelakkan perkara atau suasana yang boleh menyebabkan stres.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: encikshino

5 Jenis Rumah Yang Kita Tinggal Dan Asal-usul Istilah Ini

5 Jenis Rumah Yang Kita Tinggal Dan Asal-usul Istilah Ini

Wujud banyak istilah yang kita gunakan dalam menerangkan bentuk-bentuk jenis rumah yang kita diami sekiranya soalan tersebut diajukan pada kita. Ada yang tinggal di rumah banglo, apartment, kondominium, teres atau rumah flat.

Namun, pernahkah anda bertanya, kenapa kita menggunakan istilah-istilah tersebut dalam menggambarkan bentuk rumah yang kita diami?

Berikut adalah keterangan ringkas asal-usul nama jenis rumah yang besar kemungkinan setiap hari kita gunakan, dalam perbualan kita seharian.

1. Banglo

Rumah Banglo

'Banglo' adalah gelaran yang diberikan kepada rumah sebuah-sebuah yang tidak bersambung dengan mana-mana rumah lain.

Percayakah anda, gelaran 'banglo' berasal daripada perkataan Hindu yang sebenarnya membawa makna 'rumah rekaan Bengali'?

Rekaan awal rumah banglo dipercayai datang daripada kawasan wilayah Bengal di India, menggambarkan sebuah rumah bersifat tunggal, satu tingkat dan kecil.

Penggunaan kali pertama terma 'banglo' secara rasmi digunakan oleh pelayar English yang bertugas dengan Syarikat India Timur bagi menggambarkan rumah mereka sebagai 'bungales.'

2. Apartment

Rumah Apartment

Perkataan 'apartment' berasal daripada perkataan Perancis lama 'appartement' pada abad ke 17, bagi menggambarkan 'sebuah bilik khas yang digunakan oleh individu atau keluarga dalam sebuah rumah'.

Dalam erti kata lain, makna sebenar perkataan itu adalah 'tempat yang terpisah', menandakan beberapa keluarga boleh duduk dalam rumah yang sama, namun mempunyai bilik sendiri di dalamnya.

Perkataan Perancis itu pula diambil daripada perkataan Latin 'adpars' yang membawa makna 'memisahkan.'

3. Flat

Rumah Flat

Kita kerap kali sebut 'duduk rumah flat' tetapi mengapa kita gelarkan rumah flat, 'flat'?

Perkataan 'flat' ini sebenarnya diambil daripada nama yang digunakan oleh orang Britain, dalam memanggil sebuah 'apartment.'

Orang Britain tidak menggunakan terma 'apartment' kerana mereka lebih gemarkan terma 'flat' yang telah lama bertapak dalam budaya mereka.

Perkataan 'flat' ini sebenarnya datang daripada perkataan Inggeris lama 'flett' yang membawa makna 'sebuah ruang kosong yang besar seperti dewan, lantai atau tanah.'

Perkataan 'flett' ini pula datang daripada perkataan Proto-Jermanik 'flatia' yang membawa makna 'meratakan.'

4. Kondominium

Rumah Kondominium

Mesti ramai yang nak tahu kenapa wujud istilah 'kondominium' ini, kan? Perkataan 'condominium' datang daripada gabungan dua perkataan Latin iaitu 'con' yang membawa makna 'bersama' dan 'dominium' yang bermaksud 'kawasan.'

Secara mudahnya, 'condominium' bermaksud 'kawasan bersama' atau 'domain bersama.'

Dalam bahasa Latin asal, beberapa 'condominium' akan digelarkan 'condominia.'

Kebiasaannya istilah 'condominia' digunakan bagi mewakili perkongsian wilayah oleh beberapa kuasa pemerintah.

5. Teres

Rumah Teres

Perkataan 'teres' atau dalam Bahasa Inggeris 'terrace' berasal daripada perkataan Latin 'terracea'.

'Terracea' membawa makna 'platform' atau 'ruang yang disokong oleh tanah dan perkataan 'terracea' pula berasal daripada perkataan 'terra' yang membawa makna paling asas iaitu tanah.

Pada sekitar abad ke 16, perkataan 'terrace' digunakan bagi menerangkan tentang tanah yang telah ditinggikan, bagi memudahkan orang ramai berjalan seperti di kawasan tanah tinggi di mana permukaannya tidak rata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, August 20, 2020

Berapa Banyak Wang Sebenarnya Yang Mampu Menggembirakan Anda?

Berapa Banyak Wang Sebenarnya Yang Mampu Menggembirakan Anda?

Sebagai seorang pelabur baru, anda harus mempunyai matlamat yang jelas. Adakah anda hanya mahu bersara dengan selesa? Adakah anda mahu memiliki rumah impian tanpa perlu terikat dengan hutang pinjaman? Adakah anda berhasrat memiliki sebuah jet perbadi?

Banyak duit

Jawapan untuk soalan-soalan tersebut akan memilih pendekatan yang sesuai dalam menentukan portfolio pelaburan anda. Sains Ada Jawapannya.

Ahli sosiologis kontemporari seperti Dennis Gilbert mendefinisikan “kaya” sebagai mereka yang bergantung kepada pendapatan pelaburan dan bukannya pendapatan melalui pekerjaan.

Mengikut definisi ini, seorang doktor, walaupun mempunyai jumlah pendapatan RM1 juta dalam setahun, adalah tidak sekaya individu yang mendapat perolehan RM1 juta daripada stok, bon, hartanah, hakcipta, atau punca pendapatan pasif yang lain.

Ini kerana, seorang pelabur mampu mengaut pendapatan walaupun hanya berdiam diri di rumah, manakala seorang doktor tidak akan mempunyai kekayaan sekiranya dia tidak turun bekerja.

Sebaliknya, Kebanyakan Pelabur Tidak Mahukan Kekayaan

Sebenarnya, kebanyakan orang tidak mahu menjadi kaya-raya. Kenyataan ini disokong dalam kajian oleh Daniel Kahneman dan Angus Deaton daripada “Center for Health and Well-being” di Princeton University, yang membuktikan bahawa wang sememangnya mampu membeli kegembiraan sehingga jumlah RM75,000 setahun.

Dalam kata lain, sejurus selepas pendapatan anda mencecah RM75,000 setahun, cara kehidupan seharian anda tidak akan banyak berubah seiring dengan peningkatan pendapatan.

Sebaliknya “kepuasan dalam kehidupan” akan bertambah – yakni, perasaan anda atas kejayaan mencapai matlamat dalam kehidupan.

Setakat mana anda mencintai kerja adalah seperti hiasan aising di atas kek. Secara rasionalnya, kebanyakan pelabur baru harus memfokuskan bagaimana untuk mencapai matlamat perolehan tahunan sebanyak itu, sekiranya belum lagi berbuat demikian.

Ini bermaksud bahawa, sesebuah program pelaburan yang berkesan adalah yang dibentuk untuk membantu anda hidup bebas dari hutang.

Sekiranya anda bebas dari hutang, anda tidak mungkin muflis

Mengelakkan tekanan kewangan dengan kepelbagaian, pelaburan berkualiti tinggi seiring dengan gaya hidup yang anda inginkan.

Mengekalkan rangkuman insuran yang mencukupi supaya anda tidah perlu bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Memiliki punca pendapatan yang pelbagai supaya anda tidak bergantung dengan satu pekerjaan atau punca pendapatan sahaja, yang boleh meletakkan keluarga anda dalam risiko sekiranya punca tunggal itu hilang sekelip mata.

Peraturan 4% dan Pelaburan Anda

Hukum statistik untuk pelabur baru adalah, sekiranya kamu mengeluarkan 4% daripada nilai akaun anda setiap hujung tahun, kamu seharusnya mampu untuk mengharungi satu lagi Zaman Keruntuhan Ekonomi (Great Depression).

Ini bermaksud, sejumlah bersih RM1,875,000 diperlukan untuk menghasilkan RM75,000 dalam pendapatan pasif tahunan, tanpa akan kehabisan wang (RM75,000 dibahagi dengan 0.04 = RM1, 875,000).

Ini bermaksud seseorang, berdasarkan kajian, memerlukan portfolio bernilai RM1,875,000 untuk menjadi gembira tanpa perlu berkerja lagi.

Bagaimanakah ini boleh berlaku? Simpan RM1,165 setiap bulan selama 35 tahun pada kadar 8%.

Secara alternatif, jika anda dan pasangan mempunyai pendapatan RM50,000 setahun, anda cuma perlu RM25,000 daripada pendapatan pasif, berikutan peraturan 4%, anda memerlukan RM625,000.

Jadi, anda hanya perlu menyimpan RM303 sebulan untuk 35 tahun pada kadar 8%.

Kesimpulannya

Jika anda berada dalam usia pertengahan atau muda, seorang rakyat biasa yang mempunyai perolehan isirumah median RM50,000 ke RM55,000 setahun, kegembiraan peribadi berkemungkinan besar dapat diperolehi dengan portfolio bernilai RM625,000 yang mempunyai perolehan dividen RM25,000 setahun, selain daripada pendapatan gaji, upah dan faedah-faedah lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan

Tuesday, August 18, 2020

Ini Formula Rahsia Bisnes Online, Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya!

Ini Formula Rahsia Bisnes Online, Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya!

Ramai orang mengimpikan untuk menjadi usahawan berjaya dalam bisnes online, tanpa perlu bersusah payah merungut makan gaji bulan tapi tak cukup, kerana menjual barangan di internet kepada pasaran yang sangat besar di seluruh dunia lebih mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.

Berani kaya

Dan tidaklah sukar sebenarnya untuk menjana pendapatan dengan memulakan perniagaan online ini kerana ramai dari kita lebih selesa dan membeli dan menjual tanpa perlu bersemuka dengan penjual atau pembeli. Malah, setiap produk ada pembeli dan sentiasa berpotensi terjual.

Cuma masalahnya, bagaimana jika anda mengimpikan untuk menjalankan bisnes online dari rumah tetapi dengan jumlah pendapatan melebihi 5 angka sebulan? Kita bercakap tentang belas ribu atau puluh ribu, malah ratusan ribu keuntungan, bukan sekadar 500 atau 1 ribu sebulan.

ILMU. Ya. itulah rahsia sebenar apabila anda mahu berjaya dalam bisnes online.

Ramai orang berjaya dalam bisnes internet bukan kerana ada ilmu power tahap PHD pun. Mereka ada hanya sedikit pengetahuan asas, tetapi dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. Dan mereka berjaya selepas pengalaman selama bertahun-tahun.

Lebih banyak pengalaman, lebih mudah untuk berjaya dalam bisnes. Mana nak dapat pengalaman ini? Semuanya adalah dari TINDAKAN! Bulan sekali-kali tidak akan turun ke riba.

Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda ilmu dari seorang Online Seller yang boleh dianggap antara yang paling berjaya di Malaysia dengan pendapatan beribu ribu ribu ribu sebulan.

JOM KITA BACA PERKONGSIANNYA

Pernah tak korang terfikir, jual barang-barang yang biasa nampak dekat sekeliling kita ke pasaran antarabangsa pun boleh untung berganda-ganda?

Ramai orang tak tahu. Sebenarnya terdapat segelintir underground seller yang dah kaut keuntungan besar melalui bisnes online selama bertahun-tahun sambil tersenyum.

Salah seorang daripada mereka adalah saya!!!

Saya dan yang sorang lagi kawan, Fazley, kami berdua sudah lebih 6 tahun buat bisnes online secara fulltime. Sekarang masing-masing ada ofis dan staf sendiri!

Selama beberapa tahun ni, kami cuma fokus jual produk-produk yang boleh didapati di sekeliling kita (pasaran tempatan) ke pasaran antarabangsa melalui platform Ebay.

Hasilnya Alhamdulillah. Kami bukan saja boleh maintain income bersih 4-5 angka sebulan sejak hujung 2014, bahkan mampu juga beli rumah, kereta, settle PTPTN, renovate rumah, settle kereta wife dan banyak lagi menggunakan duit bisnes Ebay.

Sebelum ini memang ramai yang tanya saya. Bro, ko kerja apa?

Diorang pelik agaknya tengok saya santai-santai setiap hari. Hujung minggu pula, mesti hilang! Balik kampung la, jalan sana sini la. Memang itulah rutin saya sekarang.

Untuk tak pening-pening, saya jawab je; Aku jual barang online.

Malas pula saya nak terangkan panjang lebar. Saya lebih selesa orang tak tau saya buat apa. Lebih baik low profile je.

Berani melangkah

BONGKAR RAHSIA!

Walau bagaimanapun, ada sorang brader berjaya mengubah persepsi saya. Lepas sembang beberapa kali dekat mapler, barulah saya sedar betapa kita perlu berkongsi ilmu dengan orang lain lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi macam sekarang!

Saya terus jumpa Fazley dan berbincang. Akhirnya kami berdua bersetuju untuk dedahkan rahsia bisnes Ebay kami pada umum, kepada anda. Maka terhasillah satu panduan yang diberi nama Export Mudah.

Waktu awal-awal buat dulu, income boleh dikatakan agak sendu. Maklumlah waktu tu masih lagi dalam fasa try and error. Tak nampak lagi produk apa yang ok, teknik apa yang ok dan sebagainya.

Tapi bila dah faham permainan dia macam mana, Alhamdulillah 4 ke 5 angka bersih setiap bulan tu stable je masuk akaun.

NAK BERJAYA BISNES ONLINE? Baca rahsia seterusnya di sini; RAHSIA BERJAYA BISNES ONLINE 'EXPORT MUDAH'.

Walaupun nampak senang tetapi anda perlu ada ilmu yang cukup tentang bisnes online. Anda perlu belajar untuk memantapkan pengetahuan tentang bisnes ini.

Klik di bawah



Sekadar info tambahan buat anda pembaca yang mungkin salah seorang bakal jutawan, ini adalah alasan penting dan rahsia nak berjaya serta kenapa anda perlu menceburi bidang jualan secara online sebagai kerja sepenuh masa.

1. PANTAS

Semua urusan di hujung jari. Pemasaran, pembelian dan pembayaran hanya secara dalam talian. Produk pun dihantar ke hadapan pintu rumah. Urusan jual beli selesai dalam tempoh beberapa minit.

2. KOS IKLAN LEBIH MURAH

Kos pengiklanan produk pun jauh lebih rendah berbanding pengiklanan cara tradisional. Anda boleh tarik pelanggan baru dan kekalkan pelanggan lama dengan menggunakan email dan media sosial. Jimat kos printing, envelop dan kos upah pekerja penghantaran.

3. PASARAN SELURUH DUNIA

Saya kaya

Bukan sahaja untuk pasaran tempatan, produk anda juga boleh dijual di luar negara. Jangan pelik jika ada pelanggan dari Brunei, Indonesia, Australia atau Jepun tergila-gilakan produk anda. Dengan pemasaran online juga, anda mudah memasarkan produk kepada golongan sasaran.

4. MUDAH

Selain komputer, anda boleh menjalankan bisnes online dirumah hanya dengan telefon bimbit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, August 17, 2020

Apa Itu Covid-19 'Super Spreader' (D614G )?

Apa Itu Covid-19 'Super Spreader' (D614G )?

Mutasi sentiasa berlaku secara semula jadi dan rawak, manakala kebanyakan mutasi tidak memberi apa-apa kesan walaupun ada juga yang mengancam organisma yang menjadi hosnya, bagaimanapun sebilangan kecil mutasi boleh memberikan kelebihan besar dan pantas menjadi varian yang dominan.

Mutasi D614G

Itulah yang berlaku kepada virus SARS-CoV-2 yang menjadi punca kepada Covid-19 menerusi mutasi yang dinamakan sebagai D614G.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa mutasi itu dikesan dalam sampel yang diambil daripada beberapa pesakit dalam kluster Sivagangga dan Bukit Tiram.

Beliau menggesa semua pihak lebih berwaspada memandangkan mutasi itu menyebabkan virus Covid-19 sepuluh kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain.

Kenali D614G
Covid-19 Cell

Untuk menjangkiti sel manusia dan akhirnya menyebabkan wabak Covid-19, virus SARS-CoV-2 bergantung kepada 'spike protein' (S-protein) pada permukaannya untuk menempel pada sel.

Dalam model 3D virus tersebut, S-protein digambarkan sebagai objek berbentuk piramid terbalik (warna merah) yang melekat pada permukaan virus.

Sebaik saja virus melekat pada permukaan sel, ia akan masuk ke dalamnya dan memulakan proses jangkitan.

Nombor 614 merujuk kepada tempat spesifik (i.e "codon") dalam bahagian kod genetik virus yang mengaturkan bentuk dan fungsi S-protein.

Dalam kes ini, codon 614 pada asalnya adalah kod untuk penghasilan asid amino yang dikenali sebagai asid aspartik (dipendekkan sebagai "D"), untuk dihasilkan dalam lokasi khusus dalam struktur S-protein.

Mutasi D614G membuatkan kod tersebut sebaliknya menghasilkan satu lagi asid amino, dikenali sebagai glycine (dipendekkan sebagai "G").

Mutasi ini nampaknya muncul tidak lama selepas SARS-CoV-2 mula menjangkiti manusia pada akhir tahun 2019 lalu dan telah disedari para saintis.

Bagaimanapun kesannya baru jelas mutakhir ini dengan varian D614G menjadi kian meluas di seluruh dunia.

Bila mutasi ini muncul?

Covid-19 S-protein

Saintis telah menerbitkan kod genetik virus SARS-CoV-2 daripada sampel yang dikumpul di seluruh dunia sejak wabak Covid-19 mula menular.

Berdasarkan maklumat ini, mereka dapat menyusun "salasilah" virus dengan generasi SARS-CoV-2 tersebar di seluruh duni.

Pada peringkat awal penularan, iaitu pada akhir 2019 di China, sampel virus telah mengandungi viarian 614D. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya satu generasi virus yang seterusnya bertukar kepada varian 614G pada Januari tahun 2020.

Beberapa sampel terawal yang mengandungi mutasi D614G dikumpul pada akhir bulan tersebut. Sampel-sampel ini diambil daripada pesakit yang dijangkiti Covid-19 di negara seperti China, Arab Saudi dan Jerman.

Di Malaysia, salah satu sampel terawal yang diketahui setakat ini diambil daripada seorang wanita berusia 30 tahun pada 30 Mac 2020, yang mendapat jangkitan di Kuala Lumpur.

Sampel itu diambil pada 30 Mac tetapi hanya dimasukkan dalam laman nextstrain.org - yang boleh diakses semua - pada minggu lalu (pertengahan Ogos 2020).

Laman itu menggunakan pangkalan data jujukan genetik SARS-CoV-2 untuk mengesan penularannya di seluruh dunia.

Bagaimanapun tidak seperti di seluruh dunia, mutasi D614G tidak menjadi varian virus yang dominan di Malaysia.

Berdasarkan data dalam nexstrain.org, hanya satu daripada sepuluh sampel di Malaysia membawa mutasi itu, sementara bakinya membawa gen asal iaitu 614D.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa penjujukan genetik bagi virus ini merupakan usaha yang memerlukan ketelitian dan hanya dibuat terhadap sejumlah kecil daripada 9,175 kes Covid-19 di Malaysia, sebelum dimasukkan ke laman itu.

Maka, data yang ada tidak semestinya memberi gambaran lengkap terhadap keadaan genetik Covid-19 di Malaysia.

Apa kesan mutasi?

Pada mulanya, varian asal iaitu 614D adalah venis dominan bagi virus ini, tetapi varian 614G kemudian menjadi kian menular di banyak negara seperti di benua Eropah, Amerika dan Afrika.

Terdapat dua hipotesis tentang bagaimana ia boleh berlaku.

Pertama - secara kebetulan, varian 614G berada di tempat yang betul di masa yang tepat untuk menjadi dominan menerusi penularan meluas di Eropah awal tahun 2020. Ia kemudian tersebar di negara-negara lain dan segera mengatasi varian 614D.

Satu lagi hipotesis ialah mutasi D614G memberikan kelebihan tertentu yang menjadikan virus lebih mudah berjangkit.

Walaupun belum ada jawapan muktamad untuk persoalan ini, ada banyak bukti yang menyokong hipotesis kedua.

Satu draf jurnal pada 4 Ogos 2020 melihat varian 614D dan 614G secara lebih mendalam dan menyimpulkan kluster Covid-19 yang berkaitan dengan varian 614G cenderung merebak dengan lebih meluas.

Satu draf jurnal bertarikh 12 Jun 2020 pula mendapati mutasi tersebut menjadikan S-protein lebih stabil dan lebih mudah untuk menempel pada sel manusia.

Jurnal yang diterbitkan dalam jurnal Cell pada 2 Julai 2020 mendapati pesakit yang memiliki varian 614G turut memiliki virus tersebut dalam jumlah yang lebih banyak, menyebabkan pesakit itu lebih mudah menjangkiti orang lain.

Bagaimanapun, kajian-kajian ini - dan juga beberapa lagikajian lain - tidak menunjukkan mutasi tersebut memburukkan keadaan pesakit dan meningkatkan kebarangkalian maut.

Namun perlu dinyatakan bahawa wabak yang menular dengan lebih cepat meningkatkan risiko sistem penjagaan kesihatan berdepan kes yang jauh lebih banyak sehingga menjejaskan keupayaan untuk menjaga setiap pesakit, termasuk mereka yang tidak dijangkiti Covid-19.

Adakah vaksin semasa mampu atasinya?

Ketika mutasi D614G dalam peringkat awal peningkatannya, sejumlah saintis telah menyuarakan kebimbangan bahawa ia boleh menjadikan vaksin yang sedang dikaji tidak dapat melawannya.

Namun beberapa bulan kemudian, antibodi yang dihasilkan oleh pelbagai vaksin Covid-19 didapati menyasarkan bahagian berbeza pada S-protein yang tidak mengalami perubahan dek mutasi yang berlaku.

Satu jurnal yang diterbitkan dalam Cell pada 17 Julai 2020 membandingkan lebih seratus varian virus SARS-CoV-2 dan mendapati D614G lebih tahan terhadap antibodi, seperti yang mungkin dihasilkan oleh vaksin atau pesakit yang sembuh.

Draf jurnal bertarikh 24 Julai mendakwa vaksin yang sedang dibangunkan Pfizer dan BionNTech dapat menghasilkan antibodi yang berkesan untuk melawan 17 varian SARS-Cov-2, termasuk yang mengalami mutasi D614G.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Legenda Batu Panggah, Rumah Yang Di Sumpah Kerana Cinta Terlarang!

Legenda Batu Panggah, Rumah Yang Di Sumpah Kerana Cinta Terlarang!

Sekiranya anda berpeluang menjejakkan kaki ke Borneo Highland Resorts, Sarawak, jangan lupa untuk melawat serta melihat sendiri keunikan Batu Panggah yang dikatakan mirip seperti wajah seorang manusia.

Legenda Batu Panggah

Panggah bermaksud Rumah Kepala, jadi Batu Panggah merujuk kepada Batu Rumah Kepala yang merupakan lambang kisah cinta terlarang antara dua insan.

Kononnya, pada suatu ketika dahulu, terdapat dua buah kampung yang saling bermusuhan sehinggakan tiada seorang pun daripada mana-mana penduduk boleh menjejakkan kaki ke sempadan kampung yang lain.

Namun begitu, akhirnya terdapat seorang lelaki dan perempuan telah saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Suatu hari, kisah cinta mereka sampai ke pengetahuan Tuai Rumah (ketua kampung) di kampung mereka.

Maka, suatu perintah telah dikeluarkan yang memberi arahan agar menangkap pasangan kekasih ini sama ada hidup atau pun mati!

Mendengarkan arahan tersebut, pasangan kekasih ini telah nekad untuk melarikan diri, namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana semasa dalam pelarian, hujan lebat telah turun mencurah-curah membasahi bumi.

Akibat hujan yang amat lebat, maka kedua pasangan bercinta ini telah mengambil keputusan untuk berlindung di sebuah rumah kayu.

Tetapi, rumah yang dimasuki mereka bukanlah sebarangan rumah kerana ia merupakan sebuah rumah yang digelar Rumah Kepala.

Dikatakan Rumah Kepala ini menjadi tempat menyimpan kepala dan tengkorak sebagai simbol kemenangan.

Tambahan lagi, legenda telah mengatakan bahawa orang perempuan serta kanak-kanak adalah dilarang sama sekali daripada memasuki rumah tersebut.

Akibat daripada itu, kilat telah menyambar tepat ke Rumah Kepala lalu menukarkannya menjadi sebuah batu yang amat besar serta mempunyai wajah persis manusia.

Sejurus selepas panahan kilat itu juga, segala pintu keluar dari rumah tersebut telah ditutup dan kedua-dua pasangan itu terperangkap di dalamnya.

Akhirnya, apabila orang kampung sampai ke sana, maka tahulah mereka bahawa pasangan yang dicari mereka itu telah memasuki rumah itu kerana perubahan fizikal Rumah Kepala tersebut.

Maka, Rumah Kepala terus kekal sehingga sekarang menjadi batu yang diberikan nama Batu Panggah.

Siapa sangka di Malaysia juga terdapat batu seakan-akan mirip seperti batu di Kepulauan Easter.

Nampaknya, sebelum kita mengembara jauh ke Kepulauan Easter, eloklah kiranya jika mengembara di dalam negara terlebih dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket