Friday, January 10, 2020

Putera Harry Dan Meghan Markle Tinggalkan Keluarga Diraja!

Putera Harry Dan Meghan Markle Tinggalkan Keluarga Diraja!

Putera Harry dan Meghan Markle mahu mengundurkan diri untuk tidak lagi bersama keluarga Diraja dan memilih untuk hidup berdikari, yang diumumkan dalam satu kenyataan menerusi The Duke and Duchess di laman Instagram mereka.

Putera Harry, Meghan, Archie

Dalam kenyataan tersebut, pasangan itu mendedahkan mereka akan berpindah ke Amerika Utara tahun 2020 ini.

"Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan selama berbulan, kami memilih untuk melakukan peralihan pada tahun ini bagi memulakan peranan baharu yang progresif dalam kehidupan kami.

"Kami berhasrat meninggalkan keluarga Diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberi sokongan penuh kepada Ratu Britain, Elizabeth II.

"Melalui sokongan Ratu, terutamanya sejak kebelakangan ini, kami sedia membuat perubahan.

"Kami kini merancang untuk membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu," katanya dalam satu kenyataan.

'MEGXIT'

Keputusan Putera Harry dan isterinya, Meghan 'meletakkan jawatan' sebagai keluarga diraja Britain menenggelamkan berita berkaitan krisis di Iran dan Brexit khususnya di kalangan media di Britain.

Tindakan berkenaan yang diberi jolokan sebagai ‘Megxit’ mendapat liputan meluas media di negara berkenaan dengan setiap akhbar menggunakan isu itu sebagai tajuk utama.

Media melaporkan Duke dan Duchess of Sussex itu tidak berunding terlebih dahulu dengan bapanya, Putera Charles dan Ratu Elizabeth II mengenai keputusan mereka itu.

Berita mengejutkan itu susulan pengakuan pasangan itu sebelum ini yang berdepan tekanan liputan media dan dakwaan hubungan dingin dengan Putera Charles.

Pasangan itu turut membincangkan mengenai masa depan anaknya, Archie dan rancangan mereka untuk membesarkannya dengan memberi penghargaan kepada tradisi Diraja.

"Keseimbangan geografi membolehkan kami membesarkan anak dengan menghargai tradisi Diraja kerana dia telah dilahirkan sebagai kerabat Diraja di samping memberi peluang kepada keluarga kami untuk memberi tumpuan kepada langkah seterusnya.

"Kami tidak sabar untuk berkongsi butiran penuh mengenai langkah seterusnya kerana kami akan terus bekerjasama dengan Yang Mulia Ratu, Putera Wales, The Duke of Cambridge dan semua pihak yang berkaitan. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan," katanya.

Pasangan itu didakwa oleh masyarakat di United Kingdom lebih banyak membahagikan masa antara Kanada dan United Kingdom dan tidak lagi menggunakan gelaran Diraja (Her Royal Highness).

Selepas pengumuman mengejutkan itu dikeluarkan, Ratu Elizabeth II melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ratu Britain memberi amaran terhadap kenyataan tersebut yang menceritakan permasalahan sulit sedang berlaku.

"Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah rumit yang akan mengambil masa yang lama untuk dibincangkan," katanya.

Sementara itu, sumber istana memberitahu ahli keluarga Diraja yang tidak tahu mengenai pengumuman itu telah membuat mereka terguris dengan kenyataan Putera Harry.

ANAK TIADA GELARAN

Sebelum ini, ramai membuat andaian mengenai gelaran yang akan disandang anak Putera Harry dan Meghan Markle, Archie, kelak.

Adakah bayi itu akan menyandang gelaran puteri dan putera seperti anak-anak Putera William dan Kate Middleton?

Ternyata menurut sebuah peraturan diraja, anak Meghan Markle dan Putera Harry, tidak mungkin menyandang gelaran ini, berdasarkan titah Raja George V yang dikeluarkan pada 1917.

Perintah ini menyebutkan bahawa cicit-cicit dalam keluarga Kerajaan Inggeris, hanya anak lelaki tertua dari garis keturunan monarki yang menyandang gelaran putera atau puteri.

Ini bermakna, sebenarnya hanya Putera George yang boleh menyandang gelaran ini.

Selain Putera George, seluruh cicit lain dari Ratu akan bergelar Lord atau Lady.

Mereka juga tidak akan dipanggil sebagai "His Royal Highness" atau "Her Royal Highness."

Keputusan ini diambil Raja George V kerana saat itu kekuasaan kerajaan di Eropah dan negara lainnya mulai runtuh namun, ternyata hal ini bukanlah muktamad.

Ratu Elizabeth II masih boleh mengeluarkan titah untuk memberikan gelaran puteri atau putera kepada anak Meghan Markle.

Mungkinkah kecewa, antara punca pasangan ini meninggalkan kerabat Diraja Britain?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Harta Yang Tidak Akan Habis

Harta Yang Tidak Akan Habis

Ketika Aisyah r.a. menghidangkan makanan kesukaan Nabi SAW iaitu paha kambing, Rasulullah SAW bertanya, ”Wahai Aisyah, apakah engkau sudah berikan makanan ini kepada Abu Hurairah tetangga kita? Aisyah menjawab, "Sudah ya Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Bagaimana dengan Ummu Ayman? Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah."

Rezeki sedekah

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Bagaimana dengan tetangga-tetangga yang lain? Adakah sudah diberi masakan tersebut?"

Dengan nada bingung Aisyah kemudian menjawab, "Sudah habis ku berikan ya Rasulullah. Yang tersisa apa yang ada didepan kita saat ini."

Rasulullah tersenyum dan dengan lemah lembut menjawab, "Engkau salah wahai Aisyah. Yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan.” (HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga bersabda, "Kelak di hari akhirat manusia akan berkata, inilah harta bendaku, padahal tidak ada harta yang diperolehnya didunia kecuali tiga perkara.

"Apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya, apa yang ia pakai akan menjadi rosak serta usang dan apa yang disedekahkan akan menjadi pahala kebaikan yang kekal baginya." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, January 08, 2020

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Video IRAN Serang Pangkalan Tentera AS, Perang Dunia Ke 3 Bermula!

Akhirnya, IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada jam 3 pagi Selasa waktu tempatan dan antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Iranian missiles attack US
Gambar hiasan.

Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

"Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu," menurut kenyataan Hoffman.

Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya.

“Pagi ini, pejuang Tentera Udara IRGC melancarkan Operation Martyr Soleimani dengan kod ‘Oh Zahra’ yang menyerang menggunakan berpuluh peluru berpandu dari darat ke darat terhadap pangkalan kuasa teroris AS,” lapor media rasmi Iran ISNA, menurut ABC.

Pada Selasa, Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam satu taklimat menegaskan bahawa AS bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan yang dilancarkan Iran.

“Kepada rakan sekutu dan rejim Iran, saya ingin kata bahawa kami tidak ingin memulakan peperangan bersama Iran, namun kami bersedia untuk mengakhirinya,” kata Esper.

AS$80 JUTA UNTUK KEPALA DONALD TRUMPH

Iran menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya mendapatkan kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan kematian Ketua Jeneral Iran, Qasem Soleimani.

Memetik laporan akhbar media, penyiar rasmi perarakan pengebumian Soleimani di Iran berkata 1 dolar AS akan disumbangkan setiap rakyat Iran dengan jumlah penduduk seramai 80 juta.

"Iran mempunyai 80 juta penduduk. Berdasarkan kepada penduduk Iran, kami ingin menaikkan AS$80 juta yang merupakan hadiah bagi mereka yang dapat mendekati Presiden Trump," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iran Abolfazl Aboutorabi mengancam untuk menyerang politik Amerika.

"Kita (Iran) boleh menyerang White House. Kita boleh memberi respons kepada mereka di tanah Amerika. Kami mempunyai kuasa, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah perisytiharan perang, yang bermaksud jika anda teragak-agak, anda akan kalah," kata Aboutorabi.

Pembukaan Parlimen Iran menyaksikan kesemua Ahli Parlimen republik itu memanggil Presiden AS sebagai 'pengganas yang berbaju sut' selepas Donald Trump mengancam untuk menyerang 52 lokasi kepentingan Iran.

BAGAIMANA PERANG AS-IRAN AKAN TERJADI?

Sekatan yang dikenakan oleh AS telah memusnahkan ekonomi Iran, dan Tehran sangat mahukan ianya ditarik balik.

Tetapi, disebabkan tiada pilihan, para pemimpin Iran boleh memilih taktik yang lebih ganas untuk mencapai matlamat mereka, terutamanya selepas kematian Soleimani.

Tentera Iran boleh mengebom kapal tangki minyak Amerika yang melalui Selat Hormuz, sebuah laluan penting bagi perdagangan tenaga global yang agresif dipatrol oleh pasukan Tehran, menyebabkan kehilangan nyawa atau bencana tumpahan minyak.

Penggodam Iran yang mahir juga boleh melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas sekutu serantau seperti Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu.

Israel boleh membunuh saintis nuklear Iran, yang membuatkan Iran menyerang kembali dan menarik Amerika Syarikat ke dalam perbalahan itu, terutama jika Tehran bertindak balas dengan tegas.

Atau, proksi berkaitan dengan Iran boleh mensasar dan membunuh tentera serta diplomat Amerika di Iraq. Pilihan terakhir ini dilihatkan yang paling berkemungkinan, menurut pakar.

Lagipun, Iran pernah mengebom berek Marin AS di Lubnan pada tahun 1983 dan membunuh lebih daripada 600 tentera AS semasa Perang Iraq. Dan jika ini berlaku, adalah mustahil untuk pentadbiran Donald Trump tidak bertindak balas.

Sekiranya Tehran memusnahkan kapal tangki minyak, membunuh dan menyebabkan tumpahan minyak, AS mungkin akan memusnahkan beberapa kapal Iran.

Jika Iran mengeluarkan arahan menembak satu lagi pesawat udara tentera Amerika Syarikat, AS mungkin menyerang beberapa pertahanan udara Iran.

Dan jika militan yang menyokong Iran membunuh orang Amerika di Iraq, maka tentera AS yang ditempatkan di sana boleh membalas, membunuh pejuang militia dan mensasarkan pangkalan operasi mereka sebagai balasan.

Amerika Syarikat juga boleh mengebom pusat latihan tertentu di dalam Iran atau membunuh pegawai tinggi.

Jika ini berlaku, kedua-dua pihak perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan mencari cara bagaimana untuk tidak melampaui garis merah.

Masalahnya ialah, tidak ada saluran terus antara kedua-dua negara dan mereka tidak mempercayai satu sama lain. Oleh itu, situasi boleh hilang kawalan bila-bila masa.

Cara AS Memenangi Perang

Strategi AS kemungkinan besar akan melibatkan kekuatan udara dan laut yang besar untuk menewaskan Iran.

Tentera AS akan mengebom kapal Iran, melancarkan pesawat perang, tapak peluru berpandu, kemudahan nuklear, dan tempat latihan, serta melancarkan serangan siber ke atas kebanyakan infrastruktur ketenteraan Iran.

Matlamatnya adalah untuk menurunkan daya konvensional Iran dalam beberapa hari dan minggu pertama, menjadikannya lebih sukar untuk Teheran menentang kekuatan Amerika.

Menurut pakar, rancangan itu adalah munasabah sebagai seranga pembukaan yang mengejut, tetapi ia tidak akan membuatkan AS terus memenangi peperangan ini.

Ini kerana serangan udara AS pastinya akan membunuh beribu-ribu orang Iran termasuklah orang awam.

Dan perkara ini sekali gus boleh merangsang masyarakat Iran menentang Amerika Syarikat dan berdiri teguh di belakang rejim itu, walaupun Iran sendiri telah melayan rakyatnya dengan teruk dalam beberapa dekad berkuasa.

Terdapat satu lagi risiko, iaitu satu permainan perang pada tahun 2002 menunjukkan bahawa Iran boleh menenggelamkan kapal dan membunuh anak kapal Amerika, walaupun tentera laut AS lebih kuat.

Jika Iran berjaya melakukan ini, ia boleh memberikan imej kukuh yang boleh bertindak sebagai propaganda rampasan kuasa bagi rakyat Iran.

Dan jika Trump pula melakukan perkara yang sama iaitu dengan memusnahkan kapal perang Iran, AS tidak akan boleh menyemarakkan semangat rakyatnya.

Donald Trump telah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu menghantar tentera darat ke Iran atau menghabiskan masa yang lama menentang negara itu.

Ini seiring dengan kecenderungan beliau untuk menjauhkan AS daripada perang asing, terutamanya di Timur Tengah.

Tetapi, dengan pembantunya yang agresif, seperti Setiausaha Negara Mike Pompeo, terdapat kemungkinan AS dapat meyakinkan Donald Trump untuk tidak kelihatan lemah dan berperang habis-habisan.

Menurut pakar, pilihan yang dimiliki oleh presiden AS pada masa itu akan menjadi sangat bermasalah. Yang paling berisiko setakat ini adalah menceroboh dan menyerang Iran.

Iran mempunyai hampir 3 kali ganda jumlah penduduk yang dimiliki Iraq pada tahun 2003 ketika perang bermula, dan 3.5 kali ganda lebih besar.

Malah, ia adalah negara ke-17 terbesar di dunia, dengan wilayah yang lebih besar daripada gabungan Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Sepanyol, dan Portugal.

Geografi Iran juga berbahaya di mana ia mempunyai gunung kecil di sepanjang sempadannya.

Memasuki dari bahagian Afghanistan di timur bermakna mereka terpaksa melintasi dua padang pasir.

Cuba untuk masuk dari barat juga adalah sukar walaupun dengan Turki (sekutu NATO) sebagai negara sempadan. Lagipun, Turki tidak akan membiarkan AS menggunakan Turki untuk menyerang Iraq.

AS boleh cuba memasuki Iran seperti yang dilakukan Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq, berhampiran dengan anak sungai yang berbatasan dengan barat daya Iran. Tetapi, kawasan itu berpaya dan agak mudah untuk dilindungi Iran.

Oleh itu, harapan terbaik untuk pentadbiran Donald Trump adalah konflik ini berakhir secepat mungkin selepas serangan pembukaan mereka bermula.

Jika tidak, dan jika Iran menentang, semuanya akan menjadi bertambah buruk bagi AS dan seluruh dunia.

Cara IRAN Memenangi Perang

Leftenan Jeneral Marin AS iaitu Vincent Stewart yang sudah bersara meninggalkan jawatannya sebagai orang kedua tertinggi di US Cyber Command pada tahun 2019 dan di penghujung kerjayanya, beliau menghabiskan masa di barisan depan perisikan tentera dan komuniti keselamatan siber.

Oleh itu, beliau adalah individu yang mempunyai maklumat terkini tentang bagaimana cara yang mungkin bagi Iran untuk menentang AS.

Menurutnya, strategi Iran mungkin dengan mengelakkan operasi konvesional secara langsung seboleh yang mungkin.

Iran akan cuba menyebabkan kerosakan pada skala global, menyerang kepentingan AS melalui operasi siber dan sasaran keganasan dengan niat untuk memperluaskan konflik, sambil menggalakkan komuniti antarabangsa untuk menghalang tindakan Amerika.

Dalam erti kata lain, Tehran tidak dapat menandingi kekuatan senjata Washington.

Tetapi, ia boleh menyebarkan huru-hara di Timur Tengah dan di seluruh dunia, dengan harapan bahawa masyarakat AS yang tidak tahan dengan peperangan serta masyarakat antarabangsa yang marah membuatkan Amerika menarik diri.

Ini mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sukar tetapi para pakar percaya Iran mempunyai kebolehan ini dan akan melakukannya untuk mencapai apa yang dimahukan.

Rangkaian proksi dan unit elit Iran yang luas seperti Pasukan Pengawal Revolusi Iran boleh diperintahkan untuk membunuh tentera, diplomat dan rakyat AS di seluruh rantau itu.

Tentera AS di Syria agak lemah dan kekurangan sokongan, membuatkan mereka menjadi sasaran mudah.

AS juga mempunyai beribu-ribu orang awam, tentera dan kontraktor di Iraq, yang mana kebanyakannya bekerja di kawasan di mana militan Iran beroperasi.

Sekutu AS juga boleh menjadi sasaran utama. Hezbollah, kumpulan tentera yang disokong Iran di Lubnan, mungkin menyerang Israel dengan roket dan memulakan perjuangan kejamnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Iran juga boleh menggalakkan organisasi pengganas atau proksi lain untuk menyerang di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan negara-negara Teluk yang lain.

Tahun 2019 lepas, ia merancang dan melaksanakan serangan drone ke atas dua kemudahan minyak utama Arab Saudi utama yang menjejaskan pasaran dunia.

Sokongan Iran terhadap pemberontak Houthi di Yaman akan semakin meningkat, menawarkan lebih banyak senjata dan dana untuk menyerang lapangan terbang, pangkalan tentera dan loji tenaga Arab Saudi.

Sementara itu, negara-negara seperti Rusia dan China yang mana kedua-duanya sangat rapat dengan Iran, akan cuba menghalang pertempuran dan pada masa yang sama, memanfaatkan peluang ini.

China sangat bergantung terhadap eksportnya yang melintasi Selat Hormuz, jadi ia mungkin akan menenangkan Iran supaya Tehran tidak menutup jalan air tersebut.

Rusia mungkin akan menuntut pengekangan, tetapi menggunakan peluang itu untuk memperkuat hubungannya dengan Iran.

Para pakar juga menyatakan bahawa Iran kemungkinan besar memiliki "ejen senyap" di Eropah dan Amerika Latin, di mana mereka ini boleh muncul apabila diperlukan dengan cara yang dramatik dan ganas.

Sebagai contoh pada tahun 1994, pengganas yang dikaitkan dengan Iran mengebom hab masyarakat Yahudi di Buenos Aires, ibu negara Argentina, yang membunuh 85 orang dan mencederakan kira-kira 300 yang lain.

Tragedi ini kekal sebagai serangan pengganas terbesar dalam sejarah Amerika Latin, dan kemungkinan akan berlaku yang lebih besar.

Pada tahun 2018, Argentina menahan dua lelaki yang disyaki mempunyai hubungan dengan Hezbollah.

Sementara itu, Iran adalah ancaman besar kepada AS dalam dunia maya. Bermula pada tahun 2011, Iran menyerang lebih daripada 40 bank Amerika, termasuk JPMorgan Chase dan Bank of America.

Serangan itu membuatkan bank menghadapi masalah untuk melayan pelanggan dan pelanggannya menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan bank.

Pada tahun 2012, Iran melancarkan malware ke rangkaian Saudi Aramco, sebuah syarikat minyak utama, yang memadamkan dokumen, e-mel, dan fail lain dalam komputer syarikat sekitar 75%, lalu menggantikannya dengan imej bendera Amerika yang terbakar.

Dan dijangkakan para penggodam Iran akan mencetuskan huru-hara yang lebih dahsyat di tengah-tengah peperangan.

Jika kesemua faktor ini diambil kira, peperangan antara Amerika Syarikat dan Iran akan menjadi satu pertarungan yang sangat kejam dan jahat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: 1 | 2

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Politik Penipu Dan Rakyat Yang Cerdik

Padan muka jugalah kepada PH atas kekalahan mereka di Semenyih tempoh hari dan jika kamu percaya kata-kata orang banyak, kekalahan itu berpunca daripada kegagalan PH menjalankan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

Tolak PH

Kamu kata kerajaan tidak menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu. Hidup kamu masih derita sepertimana hidup di bawah kerajaan yang lalu. Tiada bahagia seperti yang diimpikan.

Setiap langkah adalah beban besar dan hanya kematianlah kerehatan yang didambakan daripada hidup dilukai janji manis pemimpin.

Tol tidak dihapuskan. BR1M berkurangan. Ladang sawit mahu ditukar kepada rumpun buluh. Pekerja dikurangkan. Elaun hapus. YB bermewah-mewahan. Harta kerajaan habis dijual, sedang mereka hanya sibuk berpolitik kotor sesama sendiri. Asyik mahu berebut jawatan dalam partai dan seribu macam kepandiran lain.

Justeru kamu menghukum mereka dengan memberikan undi kepada pembangkang.

Tidak sedikit mereka yang berasa terlalu gembira dengan keputusan itu. Mereka datang dari kedua belah pihak yakni penyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Sekali lagi padan muka PH.

Bahkan, boleh dikatakan bahawa para perokok adalah antara manusia yang paling gembira dengan keputusan pilihan raya tersebut.

Bahawa pada saat ini, kerajaan PH sedang giat memburu 4 juta PEROKOK, melihat seolah-olah itulah kesalahan paling menjijikkan, terlupa diri mereka, AHLI POLITIK, yang kaya-raya, gila kuasa, sombong kepada rakyat, berbohong, penipu, menipu, terus menekan rakyat bawahan yang baru terlepas dari kerajaan PENYAMUN, rupanya tiada beza, cuma berlainan sebutan, mungkin layak digelar kerajaan penipu dan zalim.

Dendam mereka seperti berbalas. Kezaliman ke atas mereka seperti terbukti diadili oleh tuhan. Mereka adalah orang teraniaya yang doanya telah dimakbulkan.

PH Zalim

Kita nak kata apa? Para penagih rokok biasanya hilang rasional apabila mandat pilihan mereka diperhalang. Bunuh mak pun sanggup. Apalah sangat memberi undi kepada pihak lawan jika nak dibandingkan.

Apa yang gagal dilihat adalah bagaimana pengundi kini sudah faham tugas mereka. Mereka kini memahami betapa kuasa memilih dan membuang ada di tangan mereka.

Sedikit demi sedikit kita sedang melepaskan diri kita daripada belenggu kepartaian. Cahaya demokrasi dalam berpolitik mungkin mula menyinari kebodohan kita semua.

Sebahagian daripada kita sedar bahawa partai politik hanya mahukan kuasa untuk dijadikan modal berbangga. Mendabik dada konon telah mendapat kepercayaan rakyat apabila menang dan menuduh kita semua ini manusia dungu apabila partai mereka tewas.

Lihat saja bagaimana kita diperintah oleh hanya satu gagasan selama 60 tahun. Lihat pula bagaimana bangganya kumpulan yang memerintah dulu memperkotak-katikan kita semua.

Mereka bebas berbuat apa saja kerana mereka tahu betapa kita ini hanya perlu ditakut-takutkan dengan kemiskinan, dengan perpecahan.

Lalu kita disogok dengan perbagai cara demi mencapai matlamat kuasa yang diidamkan mereka.

Dituduhnya kita berpuak-puak, sedang mereka sibuk melaungkan hak kaum masing-masing.

Politik Straw

Kita diberi sedikit-sedikit supaya kita sentiasa meminta-minta, sedang mereka berjoli sakan tak ingat dunia.

Tidak ada politikus yang mengisytiharkan harta lalu untuk terbukti mereka adalah sederhana. Semuanya mewah tanpa perlu berbuat apa selain berjanji dan mencadangkan mimpi indah kepada kita.

Duduk sajer pun ada sepuluh juta! Baser.

Semua kita hendaknya menggunakan kuasa yang ada untuk mengajar politikus yang ada sekarang ini bahawa mereka ialah wakil rakyat. Bukannya wakil kerajaan.

Tugas mereka ialah untuk melindungi kita dan bukan partai wakilan mereka. Jika mereka makan suap, jika mereka gagal menjalankan tugas maka kitalah yang bertanggungjawab membuang mereka.

Bukan sokong membuta tuli hanya kerana mereka dari partai yang kita sokong.

Ini tidak, bila politikus jerit pasal membela kaum, kita pun naik semangat. Rasa macam Hang Tuah dan mahu segera bertengkolok dan berkeris. Pasang kekuda dan sedia bergasak dengan siapa saja yang kononnya mengambil hak kita.

Tertipu PH

Pemimpin partai jerit "Tuhan Maha Besar!" lalu kita pun sibuk mencari jaket pembunuh diri dan rela meletupkan siapa saja yang kita lihat sebagai anti-Islam, yang hina agama. Padahal awak, sembahyang pun culas.

Selagi tidak berasa diri itu miskin, selagi itulah tidak ke masjid. Apabila berdoa, mintak kaya dan mintak partai menang. Dalam kepala hanya ada itu: untuk diri sendiri dan partai. Orang lain semua biar miskin, biar mati kafir.

Jadilah pengundi yang cerdik. Jadilah rakyat yang bijak. Jangan selamanya kita diherdik. Jangan selamanya kita dipijak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, January 07, 2020

4 Penyakit Kronik Yang Menyakitkan Wanita Ketika Hubungan Intim

4 Penyakit Kronik Yang Menyakitkan Wanita Ketika Hubungan Intim

Tahukah anda semua wanita berpotensi untuk menghidap penyakit kronik di kawasan faraj? Pesakit yang mengalami kesakitan kronik di kawasan faraj ini boleh menjadi satu penyakit serius hingga pesakit tak mampu melakukan hubungan seks, walaupun selepas kahwin!

Hubungan intim
Gambar hiasan.

Malah, kesakitan kronik tersebut juga boleh memberi rasa sakit yang melampau sebelum, semasa dan selepas haid.

Terdapat beberapa kesakitan kronik di kawasan faraj, seperti:
  • Endometriosis
  • Vaginismus
  • Vulvodynia
  • Interstitual Cystitis

1. Endometriosis

Endometriosis adalah salah satu penyakit "senyap" yang tidak dibincangkan sesiapa namun, hampir 5 juta wanita sengsara dengan penyakit ini!

Ia adalah kesakitan akibat tisu endometrium berada di luar tisu dan antara tempat yang boleh terjejas adalah seperti ovari, tiub falopian, perut dan punggung.

2. Vaginismus

Lebih kurang sama dengan gejala penyakit endometriosis, vaginismus adalah keadaan di mana otot vagina mengecut apabila dimasukkan dengan sesuatu seperti zakar.

Oleh itu, hubungan intim akan menjadi sungguh menyakitkan dan doktor pakar masih belum mengetahui punca kesakitan ini.

3. Vulvodynia

Vulvodynia adalah rasa sakit kronik di kawasan sekitar pembukaan vagina, labia dan perineum. Pesakit boleh mengalami rasa kebas di bahagian vagina dalam keadaan yang lama.

4. Interstitial cystitis

Ini adalah satu sindrom pundi kencing. Pesakit akan mengalami tekanan di sekitar pundi kencing hingga boleh sakit dan mengalami kejang di bahagian vagina dan otot pelvik.

Menyeksakan

Yang pasti, keempat-empat penyakit kesakitan kronik di kawasan intim ini sungguh menyeksakan sehingga mangsa tidak dapat melakukan hubungan seks.

Jika anda mengalami salah satu simptom, sila berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan pemeriksaan.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat!

BACA INI JUGA:

sumber: 1

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Kisah Gay Indonesia Yang Merogol 138 Orang Lelaki Di Britain!

Reynhard hadir ke Manchester sejak tahun 2007, sudah lebih tujuh tahun menetap di Manchester dalam sebuah apartment yang terletak tidak jauh daripada sebuah kelab malam bernama Factory Nightclub sejak tahun 2012.

Reynhard gay rogol lelaki
Reynhard.

Berumur 36 tahun (semasa artikel ini ditulis), Reynhard sangat cemerlang dalam pelajarannya. Dia sudah menamatkan pengajian peringkat ijazah sebanyak empat kali dan sedang menyambung pengajian dalam peringkat doktor falsafah.

Kehidupan siangnya dipenuhi dengan kelas dan tugasan, dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang mesra, baik budi pekerti dan gemar hidup bebas. Reynhard juga terkenal gemar mengunjungi gereja berdekatan.

Jadi, tidak ada sesiapa mengesyaki hidupnya jauh berbeza pada waktu malam, apabila dia menggunakan apartmentnya untuk dijadikan sarang seks, mengumpan lelaki-lelaki kurang bernasib baik untuk dijadikan pemuas nafsu.

Modus operandi Reynhard

Berikutan tubuhnya yang tinggi dan langsing serta tidak kelihatan mampu mengancam sesiapa, agak mudah bagi Reynhard mendekati mangsa. Sasarannya lelaki heteroseksual atau dalam bahasa kasarnya, lelaki normal. Lelaki yang suka wanita.

Ini kerana Reynhard merasakan ada kepuasan lebih sekiranya dia berjaya menodai lelaki-lelaki yang lurus, tidak sama sepertinya seorang homoseksual.

Taktiknya sama saja setiap kali, dengan membawa perwatakan baik dan ingin membantu, Reynhard akan menyapa mana-mana lelaki yang sedang menunggu di sekitar Factory Nightclub.

Selepas menegur mangsa, Reynhard akan mula menaburkan simpati terhadap nasib mangsa yang terpaksa menunggu di luar lalu menawarkan rumahnya untuk mereka berteduh sementara. Lebih selesa, lebih mudah dan mangsa diyakinkan tidak perlu berada di luar lagi.

Setelah hadir ke dalam apartment, Reynhard akan berbual-bual sebelum menawarkan minuman kepada mangsa.

Majoriti mangsa yang hadir membuat laporan polis hanya ingat setakat itu sahaja, kerana mereka tidak lagi sedarkan diri selepas itu. Besar kemungkinan, ramai masih lagi tidak tahu apa yang telah Reynhard lakukan pada mereka bila mereka pengsan.

Apa yang pelik, kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka telah dirogol, sebaliknya beranggapan mereka pengsan disebabkan kesan arak yang diminum semasa berada di kelab.

Jadi, ada antara mereka yang mengucapkan terima kasih pada Reynhard kerana membenarkan mereka menginap semalaman, sebelum pulang ke rumah seperti biasa.

Tidak diketahui sejak bila mula merogol lelaki

Berasal dari Depok, Jakarta dari keluarga berada, masalah kewangan tidak pernah membelenggu hidup Reynhard, membolehkan dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Dia menamatkan pengajian ijazah dalam senibina di Universiti Indonesia, Depok, sebelum berpindah ke Manchester bagi menyambung pengajian.

Dia berpindah randah dari Manchester ke Leeds, menamatkan tiga lagi kursus ijazah sebelum menetap di apartment yang menjadi markasnya sejak tahun 2012. Hanya pada 2 Jun 2017, kegiatannya selama ini terbongkar.

Seorang remaja yang dipancing untuk hadir ke sarang Reynhard selepas gagal menghubungi kumpulan rakannya, melalui kejadian serupa, pengsan secara tiba-tiba selepas diberikan bahan GHB, sejenis dadah jenis cecair tanpa warna yang lebih dikenali di Britain sebagai 'chemsex'.

Diambil dalam dos kecil akan menyebabkan rasa keinginan syahwat. Dalam dos lebih besar - seseorang boleh kehilangan kesedaran diri. Dalam sukatan melampau? Boleh mati.

Remaja itu yang tidak dinamakan tersedar semasa Reynhard sedang melakukan aktiviti seksual ke atas dirinya, menyebabkan remaja itu bertindak menyerang Reynhard.

Selepas beberapa kali berjaya menyerang Reynhard yang berlakon seakan remaja itu pula mencerobohi rumahnya, remaja itu berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Polis yang hadir pada mulanya mempercayai kisah Reynhard bahawa rumahnya diceroboh, sebelum penemuan telefon pintar miliknya berjaya menemukan pihak polis dengan aksi Reynhard sedang merogol remaja tersebut.

Sebuah lagi telefon milik Reynhard ditemui dan kesemua 'koleksi' video miliknya merogol mangsa, berjumlah lebih 800 video semuanya.

Reynhard gemar merogol mangsanya berulang kali, dalam tempoh beberapa jam dalam keadaan mangsanya tidak sedarkan diri. Yang berdengkur pun ada.

Majoriti video yang ditemui merekodkan aktiviti ganas Reynhard bermula pada tahun 2015, namun pihak polis percaya Reynhard sudah menjalankan aktivitinya lebih lama.

Dibicarakan dan dihukum

Sepanjang perbicaraannya, Reynhard tidak menampakkan wajah penyesalan, sebaliknya nampak seperti biasa, tersenyum, mesra dan terbuka untuk berbual dengan sesiapa.

Berikutan kelakuan jenayahnya yang sangat luar biasa, hakim memerintahkan agar hukuman minima 30 tahun penjara dikenakan ke atasnya, di atas hukuman penjara 20 tahun yang telah berjaya dijatuhkan dalam perbicaraan lebih awal pada tahun 2018.

Kes yang berjaya dibicarakan setakat artikel ini ditulis, hanya melibatkan 48 orang lelaki pelbagai usia, melibatkan 136 tuduhan rogol, 8 tuduhan cubaan merogol, 14 tuduhan serangan seksual dan 1 tuduhan serangan penetrasi seksual.

Daripada video yang berjaya ditemui, pihak polis menganggarkan terdapat lebih 70 orang lagi mangsa yang gagal dikenali, masih lagi besar kemungkinan tidak menyedari mereka telah pun dirogol, beberapa kali.

Jadi, sekiranya ada antara anda pernah melawat Manchester, hadir ke kawasan yang disebutkan dan disapa seorang lelaki Indonesia yang lembut perwatakannya kemudian diajak ke rumahnya, cuba ingat kembali adakah wajah yang kami paparkan dalam artikel ini serupa dengan individu yang anda kenali?

Jika ya, mungkin itu tanda anda pun pernah dinodai. Arghh..

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Ketika wanita mengalami rangsangan seksual, salah satu tindak balas yang berlaku ialah kelembapan faraj akibat peningkatan perjalanan darah kepada anggota kemaluan wanita ketika terangsang, menyebabkan faraj menghasilkan cecair pelicin untuk keselesaan hubungan seksual.

Love Kiss Cream

Malah, 'wanita yang banyak air' ketika melakukan seks akan lebih menikmati hubungan intim, lebih-lebih lagi suami.

Malangnya, bukan semua wanita yang terangsang akan mengeluarkan cairan yang banyak ketika bersama suami disebabkan oleh banyak faktor.

Apatah lagi kalau sekadar menurut dan terpaksa melayan keinginan suami, gesekan zakar hanya akan menyebabkan kesakitan lalu hilang nikmat.

Sedapnya tiada, yang ada cuma rasa sakit dan pedih pada lubang faraj dan suami yang kelelehan berseorangan.

PANCUT AWAL!

Berdesup menusuk ke jantung. Perasaan bagai dirobek dan dihiris dengan senjata tumpul. Sakit dan pedihnya memang tidak terperi.

Tapi terpaksa diakui dan ditelan kerana memang salah sendiri, yang tidak mampu mengawal permainan. Sendiri yang tidak mampu memuaskan pasangan.

Masalah ini bukan masalah abang sorang tapi ini masalah global hubungan intim suami isteri. Orang lain pun sama. Ramai yang ada masalah yang sama cuma mahu mengaku atau tidak, itu saja.

Masalah pancutan pra marang atau pancut awal memang sering kali terjadi dalam hubungan intim.

Bukan semua orang mampu memberikan masa yang cukup untuk memuaskan pasangan. Kadang-kadang belum mula game, dah tembak. Sebab apa? Terlalu ghairah!

Kerana ego dan angkuh, akhirnya diri sendiri dan pasangan merana. Kepuasan yang ingin dinikmati tidak sampai ke puncak.

Soalan untuk anda!
  • Adakah anda mahu bertahan selama mana yang anda mahu dan menikmati kesemua aspek hubungan seks yang hebat tanpa perlu memikirkan sama ada anda mampu bertahan?
  • Adakah anda mahu bertahan cukup lama untuk memberikan kenikmatan maksimum kepada pasangan anda, merasai cengkamannya apabila anda memberikannya orgasme berganda?
  • Adakah anda mahu menamatkan kekecewaan dan keaiban pancutan pra-matang UNTUK SELAMANYA?

Tahan Lama

Apa yang ramai tidak tahu, sebenarnya punca biasa suami cepat pancut ketika melakukan seks adalah kerana faraj isteri kering dan tidak licin.

Tetapi, bagaimana mahu menjadikan faraj wanita licin selicin-licinnya ketika mahu memasukkan zakar anda?

Jawapannya: Bukan mudah!

Namun, ada jalan penyelesaiannya. GUNAKAN GEL PELINCIR!

Banyak gel pelincir ada dijual dipasaran tetapi mahu mendapatkan yang terbaik bukannya senang.

Anda sebenarnya memerlukan Gel Pelincir Seks tahan lama yang benar-benar 'licin' dan berfungsi serta-merta tanpa perlu merangsang isteri selama 20 minit!

Juga, Gel Pelincir Seks yang baik adalah benar-benar licin, jimat, selamat digunakan dan sebagai 'bonus' istimewa, zakar anda tahan sekali atau dua kali ganda berbanding biasa.

Apa pula fungsi hebatnya kepada zakar anda? Menghilangkan ngilu kepala zakar tanpa rasa kebas. Ini bukan gambir!

Saya perkenalkan kepada anda LOVE KISS CREAM, gel pelincir terbaik yang pernah dicipta untuk suami isteri!

GEL AJAIB 'LOVE KISS CREAM'!

Tahan lama

Love Kiss Cream adalah gel pelincir seksual yang digunakan untuk memudahkan hubungan seks bagi wanita yang mengalami masalah faraj kering yang juga secara langsung dapat menjadikan zakar lelaki lebih tahan lama!

Love Kiss Cream yang berfungsi sebagai pengganda nikmat seksual dan untuk meningkatkan lagi ghairah suami-isteri ini adalah berasaskan air, tidak berminyak dan mudah dibersihkan. Hanya bilas dengan air dan kesannya akan hilang.

Love Kiss Cream juga tidak bertoksik dan selamat andai termakan, mempunyai aroma buah-buahan, membantu menaikkan mood suami isteri ketika bersama dengan cara yang luar biasa, yang anda tidak pernah rasai sebelumnya!

Love Kiss Cream sangat berkesan menghilangkan rasa ngilu kepala zakar yang menjadi punca utama anda cepat pancut!

Rahsia kebahagiaan rumah tangga terbongkar!

Kami kini berkongsikan rahsia yang tidak ramai tahu. Ianya adalah rahsia terbaik kami. Dan ianya sungguh meyeronokkan, jadi kami mahu kongsikannya dengan anda.

Ia adalah satu revolusi dan ianya membuatkan wanita di seluruh dunia tersenyum kepuasan.

Dan kepuasan dalam hubungan seks adalah bagus buat ANDA!

Love Kiss Cream direka khas untuk lelaki dan wanita untuk membantu anda berdua mencapai kepuasan dalam hubungan seks!

CARA PENGGUNAAN: Love Kiss Cream Perangsang Nafsu Isteri
  • Gunakan Love Kiss Cream sebelum hubungan seks.
  • Sapu pada keseluruhan ZAKAR dan lubang Faraj isteri.
  • Anda boleh berjimak serta-merta selepas disapu pada kemaluan!
  • Ketika tusukan pertama, anda akan merasakan ghairah dan rasa kehangatan yang sangat luar biasa!

Kenapa Love Kiss Cream Sangat Menakjubkan?
  • Pelincir berperisa buah-buahan.
  • Faraj menjadi sangat licin dan rasa hangat ketika tusukan.
  • Zakar tahan lebih lama kerana faraj yang sangat licin menyebabkan 'geseran' kepala zakar menjadi kurang sensitif, anda akan lambat pancut!
  • Nafsu isteri mendadak naik hanya pada tusukan pertama!
  • Rengekan isteri bertambah kuat berbanding biasa!
  • Selamat dan tidak bertoksik (sudah berada dipasaran lebih 10 tahun).
  • Sangat hebat untuk urutan seksual dibahagian klitoris isteri dan hubungan seks.
  • Isteri dijamin klimaks!
  • Zakar dijamin tahan lebih lama!

Cuba satu hari ini dan anda akan beli lagi berulang-kali!

BERAPA HARGA Love Kiss Cream?

Harga Love Kiss Cream SEKARANG Sebelum Harga Di Naikkan! RM49 Satu! Tambang Poslaju Percuma!

KANDUNGAN

1 Botol = 100ml

CARA MEMBUAT PESANAN

Berikut adalah langkah mudah yang perlu ANDA ikuti untuk membeli produk dari blog ini. Pilih produk yang ingin dibeli dan jumlahkan harganya.

ANDA hanya perlu SMS kan semua sekali dalam satu SMS (mencukupi) untuk memesan produk.

Langkah 1
  • Bank In @ Deposit jumlah amaun ke akaun bank di bawah;

Nama Akaun: Hamidi Hussin
1100-9608-5743

Langkah 2
  • Simpan slip@bukti pembayaran sehingga ANDA menerima produk yang di pesan.

Setelah membuat pembayaran mengikut harga yang telah ditetapkan, anda perlulah membuat pengesahan pembayaran melalui Whatsapp atau SMS:-
  • Nama penuh
  • Alamat lengkap
  • Nama produk
  • Jumlah produk
  • Jumlah bayaran
  • Nama Bank
  • Hari dan masa pembayaran

Hantar ke: 011 3150 7324 atau klik http://www.wasap.my/601131507324/love_kiss_cream

Nota: Jika bayaran dibuat menggunakan internet banking, sila masukkan;
  • Recipient email: sentiasapanas@gmail.com
  • Recipient reference: Nama Anda
  • Other payment details: No.Tel Anda

Ini untuk memudahkan kami mengesan bayaran tempahan yang dibuat.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POSLAJU MALAYSIA
  • 6-10 hari bekerja.

(Bergantung Kepada Poskod Kawasan & Zon Serahan Pos Malaysia)

Kami akan memberikan Tracking Code kepada anda untuk menyemak kedudukan Parcel sama ada sudah di kirim ataupun belum.

Bungkusan Rahsia Poslaju

Bungkusan pesanan adalah RAHSIA & SULIT. Tiada sebarang label produk. Privasi ANDA keutamaan kami.

LIHAT SENARAI PRODUK SEKSUAL ANDA di; Produk Dewasa Suami Isteri

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, January 06, 2020

Hukum Menjual Air Zam-zam

Hukum Menjual Air Zam-zam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10–12 April 2007, telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam.

Menjual Air Zam-zam

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam.

Walau bagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 11 Mei 2015 bertajuk “Zam Zam Tiruan” berkenaan penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam memandangkan ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

PENJUAL AIR ZAM-ZAM BOLEH DIDENDA, DIPENJARA

Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

"Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di laman sesawang fsq.moh.gov.my.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat juga boleh disalurkan di www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 119: Bayang Hitam Datang Lagi

SBDJ Siri 119: Bayang Hitam Datang Lagi

Haji Taslim Singasari terus bangun. Tetapi, Datuk masih bertahan di bangku. Keberatan untuk bangun dan bermenung panjang, macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dua tiga kali Datuk dongakkan kepala ke langit sambil mengedutkan dahinya.

Toyol jadi-jadian

"Pelik, macam tak masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir Datuk.

Haji Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah Datuk.

"Apa dia yang pelik tu?"

"Mengapa si arwah tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kira arwah tu tersilap."

"Hmm..." Haji Taslim Singasari mengeluh kecil.

Dia melangkah ke arah tangga dan duduk di anak tangga kedua.

Sinar matahari menjamah wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke tanah di bawah tingkap yang terdapat serakan tulang.

Datuk terus mengawasi gerak-geri Haji Taslim Singasari. Demikian juga dengan saya.

Haji Taslim Singasari bangun. Dia melangkah ke arah Datuk dan lalu berdiri di depan Datuk sambil memeluk tubuh.

"Bukan apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang serius.

"Kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi.

"Siapa yang beritahu awak?" potong Datuk.

"Guru saya boleh beritahu."

"Patutlah arwah buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya."

"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Sinar matahari kian terik.

"Kalau bukan pasal tu, pasal apa," desak Datuk dengan nada suara yang agak keras.

Saya segera mendekati mereka. Duduk di sebelah Datuk. Saya ingin mengikuti cerita selanjutnya dengan terperinci.

"Arwah mahu menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu, sebelum orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk menggigit bibir.

"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal Datuk lagi.

Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.

"Dia memang jahat, tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang boleh menandinginya.

"Setianya pada sahabat sampai mati," terpamer rasa bangga di wajah Haji Taslim Singasari.

Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera dijatuhkan.

"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi.

Wajahnya nampak sedih sekali.

Tanpa tangguh-tangguh lagi, Datuk terus berdiri.

Tubuh Haji Taslim Singasari terus dipeluknya dengan erat sekali. Perbuatan Datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim Singasari.

"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap Datuk dalam nada suara yang tersekat-sekat.

Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.

"Aduhhh!!!"

Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibaling kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan kepalang.

Haji Taslim Singasari dan Datuk segera menghampiri saya. Baju saya segera dibukakan.

"Lebam sebesar penumbuk," kata Datuk.

"Mana batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu di tanah.

Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke bumi. Wajahnya nampak berkerut menahan kesakitan.

"Kenapa Haji?" tanya Datuk.

"Batunya panas, macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari.

Dia terus membongkok mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu, genggaman tanah itu segera dilemparkan ke arah batu.

Saya lihat batu itu berasap dan terus mengecil sebesar telur ayam jantan.

Datuk terus mengambil sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur dan mengeluarkan air.

Datuk membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air atau lendir dari daun itu disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejuk macam ketul ais yang ditekankan di situ.

Bila Datuk lekapkan telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amat panas sekali. Saya tidak menahan air mata dari mengalir di pipi.

"Hei, tak malu orang jantan menangis," sindir Datuk dan dia berhenti menekapkan telapak tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu.

"Apa rasanya sekarang," tanya Datuk lagi.

"Tak ada apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu.

Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala.

Baju segera saya sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masih membelek-belek batu hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Haji Taslim Singasari masih tidak berani menyentuhnya.

"Apa yang ditengok, buang saja Haji."

"Ini bukan sebarang batu."

"Habis, batu dari langit?" Datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim Singasari tidak memperlihatkan reaksi geli hati dengan telatah Datuk.

Dia kelihatan serius sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari.

"Cuba renung batu tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara yang keras.

Mata saya dan Datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnung agak lama ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-merahan macam bara api dan mengeluarkan percikan cahaya yang berwarna kebiru-biruan.

"Batu apa ni, Haji?"

"Inilah batu petir yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan manusia, batu ini sudah dipuja," jelas Haji Taslim Singasari.

"Apa yang mesti kita buat Haji."

"Terpaksa dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah.

Dia menarik nafas panjang dua tiga kali.

BUMBUNG

Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit.

Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya.

Haji Taslim Singasari ubah pandangan, merenung di kakinya sejenak. Saya dan Datuk berpandangan.

"Ahemmmmm..."

Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan Datuk.

Dia angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu.

Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di hujung halaman rumahnya.

Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga.

Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang.

Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa takut atau curiga.

Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.

Saya dan Datuk terkejut, bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan kencangnya ke arah saya dan Datuk. Bagaikan kilat kami bangun.

"Ikut saya," tutur Haji Taslim Singasari.

"Ke mana?" soal Datuk.

"Ikut apa yang saya buat."

"Baiklah Haji."

Haji Taslim Singasari segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan Datuk juga ikut berlari seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil.

Kami kelilingi batu hitam dalam keadaan membongkok.

"Cukup, berhenti di situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali.

Saya dan Datuk akur dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memang menyeksakan.

Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya berpeluh.

Tetapi saya lihat Datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil.

"Tegakkan badan, lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ," datang lagi arahan dari Haji Taslim Singasari.

Apa yang diperintahnya segera dipatuhi. Saya dan Datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari.

Lima minit masa berlalu, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslim mendekati Datuk membisikkan sesuatu ke telinga Datuk. Kemudian dia mendekati saya pula.

"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya.

Dan saya yakin, kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada Datuk.

Haji Taslim Singasari kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana saya membelakanginya, saya tidak tahu apa yang dilakukannya.

Saya terdengar bunyi telapak tangan menampar pipi seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim Singasari, dia sedang berdepan dengan sesuatu yang aneh.

Sukar untuk saya mentakrifkan benda tersebut, sama ada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknya sukar sekali untuk ditentukan.

Apa yang pasti, bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara. Besar tubuhnya lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar batang kelapa.

Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke arah Haji Taslim Singasari.

Apa yang menakjubkan saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah panas. Menepis kiri, menepis kanan.

Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi dan kalanya berguling di bumi.

Setelah melihat gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu, ternyata dia mencampuradukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina Mati Anak.

Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena sasaran yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh.

Saya menggigit bibir, cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya tidak kelihatan langsung.

Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim Singasari dalam keadaan yang tidak jelas.

Dalam keadaan saya terpegun kehairanan itu, Haji Taslim Singasari terus menggulingkan tubuhnya di tanah menuju ke arah saya. Sebaik saja sampai di kaki saya, dia terus bangun.

"Jangan renung saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohon perlindungan dari Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segera memalingkan wajah ke depan.

Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang lelaki tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap bahu. Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi.

Bila saya menggerakkan kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua di depan saya terus menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya.

Cepat-cepat saya melompat lalu melepaskan satu tumbukan ke bahunya.

Tetapi tidak kena sasaran kerana orang tua itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya.

"Bantu saya."

Saya dan Datuk memalingkan muka ke arah suara tersebut.

Haji Taslim Singasari sedang bekerja keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam.

"Bantu saya," ulang Haji Taslim Singasari.

Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba Datuk menerpa ke arah saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya ke bumi.

Tuhan saja yang mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya.

"Kenapa tuk?"

"Kamu tak layak campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi."

"Pak Haji tu mesti ditolong tuk."

"Biar aku yang menguruskannya," kata Datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit bahu kanan saya.

Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan.

Masa hujung jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan lumpuh. Tidak berfungsi langsung.

HUJUNG

Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pergerakan tubuh.

Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh Datuk bukan sentuhan sembarangan.

Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu.

"Kamu duduk diam-diam di sini, Tamar," Datuk mengingatkan saya dalam panas terik.

Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya.

Dengan tenang Datuk melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri dalam jarak dua tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari.

"Apa boleh saya tolong Haji?"

"Awak bacalah surah yang boleh menjahanamkan syaitan."

"Saya cuba setakat yang saya boleh," jawab Datuk lalu memeluk tubuh dengan sepasang mata merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang menyentuh bumi.

Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim Singasari dengan sekali-sekala merebahkan badannya untuk mencapai batu hitam kecil tersebut.

Setiap kali orang tua bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji Taslim Singasari pasti melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya saya sendiri tidak tahu.

Rupanya, setiap kali Haji Taslim Singasari melangkah, Datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.

Dan akhirnya orang tua bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-tengah antara Datuk dan Haji Taslim Singasari.

Bila menyedari dirinya berada dalam keadaan terdesak, orang tua itu terus menghilangkan diri.

Datuk dan Haji Taslim Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah Haji Taslim Singasari tergambar kepuasan yang amat sangat.

Datuk renung ke arah batu hitam yang kecil itu sejenak. Dia menggigit bibir.

"Pernah awak jumpa dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil menyapu peluh di dahi, Datuk ajukan pertanyaan.

"Pernah. Ada dua kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu Maghrib. Saya beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orang tua tu hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan kepala.

Haji Taslim Singasari mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari beberapa kali.

Saya segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidak sanggup berjemur lama-lama di tengah panas yang terik.

"Dia datang ke rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara Datuk agak keras.

"Jumpa tuannya."

"Maksud Haji, si mati tu."

"Yalah, siapa lagi."

"Pernah dia berlawan dengan awak, Haji."

"Tak pernah, cuma hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari perlindungan dan mahu menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji Taslim Singasari menuturkan kata-kata tersebut.

Kemudian dia menyuruh Datuk duduk mencangkung menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya.

"Kamu juga duduk mencangkung menghadap batu tu," kata Haji Taslim Singasari sebaik sahaja saya mendekatinya.

Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji Taslim Singasari sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil.

"Batu ni, kalau tak dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," Haji Taslim Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah Datuk.

Serta merta saya lihat wajah Datuk berubah.

"Kenapa pula, Haji?"

"Arwah pernah mahu menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kena kulit awak seluruh badan jadi hitam."

"Kenapa dia nak buat perkara tu pada saya," Datuk minta kepastian.

Haji Taslim Singasari tidak memberikan penjelasan yang konkrit.

"Saya sendiri pun tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada juga dia beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada perintah ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikan penjelasan untuk kali kedua.

Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya dan Datuk.

Perlahan-lahan Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya.

Dengan jari-jemari yang terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu Datuk. Dan jari-jemari itu mencengkam erat kulit bahu Datuk.

"Sekarang," Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan bahu Datuk.

"Sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan," sambung Haji Taslim Singasari lagi dengan wajah yang serius.

"Bagaimana caranya?" mendadak Datuk menyoal.

"Sabar dulu sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertiga saja yang nampak. Orang lain tak nampak."

"Kenapa orang lain tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan.

Buat beberapa detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya tuturkan.

Dia terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut.

"Ha! Begini," cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi.

"Sebabnya cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan Datuk kamu, musuh ketatnya. Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahu membinasakan kamu dan Datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari.

Dia juga menyuruh saya dan Datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi.

"Bangun."

Saya dan Datuk segera bangun.

"Ikut saya, bila saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kena campak sampai tujuh kali berturut-turut.

"Ingat, kita mesti ambil tanah serentak dan membalingnya serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..." selesai saja haji Taslim Singasari memberi penerangan Datuk kenyitkan mata ke arah saya.

TAKUT

Kenyitan mata itu bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar.

Hadapi saja apa yang datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan darinya.

"Bersedia."

Haji Taslim Singasari menjeling tajam ke arah Datuk dan saya.

"Lontarkan."

Haji Taslim Singasari terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan Datuk.

Baru enam kali dilontarkan tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidak berapa kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan.

"Teruskan."

Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus.

Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan.

Gumpalan hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya.

Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.

Tanpa memberitahu apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkok mengambil segenggam tanah (untuk kali yang kelapan).

Saya dan Datuk berpandangan kerana menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat.

"Kamu berdua ragu dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk dan saya.

Cepat-cepat saya dan Datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasari terpaku ke wajah kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu saya dan Datuk.

Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya perlahan-lahan.

"Yang kelapan ini, biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya boleh aku beritahu, bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memang melegakan hati saya dan Datuk.

Haji Taslim Singasari terus mengepal-ngepal tanah dalam telapak tangannya.

Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minit lamanya. Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk tubuhnya erat-erat.

"Jangan tegur apa yang aku buat," datang lagi ingatan dari Haji Taslim Singasari.

Dia buka ketayap putih di kepala dan mengeluarkan blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang bahagian belakangnya terdapat benjol) dari saku baju butang lima.

Blangkon diletakkan atas kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah. Haji Taslim Singasari terus bersila di situ.

Dalam panahan matahari yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasari berpeluh. Perutnya yang agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya.

"Bantu saya, kalau saya rebah," kata Haji Taslim Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya.

Datuk saya lihat terus anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim Singasari.

"Caranya mudah untuk menolong. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yang berdaun, pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat," Haji Taslim Singasari bersuara lagi.

Macam tadi juga, Datuk tetap anggukkan kepala.

"Dengan izin Allah, kamu terus labur."

Tanpa membuang masa, Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam genggamannya ke batu hitam yang berasap.

Sebaik saja tanah dari lontaran ke lapan itu terkena batu hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih.

Api yang mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang.

"Ah..."

Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar, berdiri membelakangi saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari.

Batu hitam yang penuh misteri itu berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu.

"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan.

Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.

"Prappp..."

Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun.

Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api.

Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.

Kawasan tempat kami berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam.

Bau kemenyan terus menusuk lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali.

Asap tebal yang hitam itu berubah warna menjadi kelabu dan kian menipis dan akhirnya terus hilang.

Bayang lelaki berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batu hitam, tempatnya sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang menyerupai tepung gandum.

"Hal ini sudah selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada Datuk.

Dua tiga kali bahu Datuk ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim Singasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh.

Memasukkan blangkon ke dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya.

"Kalau begitu biarlah kami beransur dulu," beritahu Datuk pada Haji Taslim Singasari.

Waktu Datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam seakan-akan melintasi depan Datuk. Langkah Datuk terhenti.

"Haji nampak apa yang saya nampak."

"Nampak, laknat tu mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya tuannya."

"Perlukan bantuan saya Haji...?"

"Tak..." Haji Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Dia diganggu oleh kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahu dari arah mana monyet itu muncul.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 119/284

BACA: SBDJ Siri 118: Kena Serbuk Tulang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com