Tuesday, April 23, 2019

Sejarah Suntikan Maut, Hukuman Yang Dianggap Tidak Menyakitkan Dan Berperikemanusiaan

Sejarah Suntikan Maut, Hukuman Yang Dianggap Tidak Menyakitkan Dan Berperikemanusiaan

Suntikan maut mula diperkenalkan pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat dan dianggap sebagai cara yang paling berperikemanusiaan dan kurang menyakitkan oleh ramai pihak. Pada abad ke-15 di Eropah pula, penderitaan tahanan yang dihukum mati merupakan ciri penting tentang keadilan, tetapi seiring dengan berlalunya waktu, manusia mula mencari sesuatu yang kurang kejam.

Sejarah Suntikan Maut
Gambar hiasan.

Akan tetapi, terdapat banyak bukti yang menyatakan bahawa suntikan maut bukanlah cara terbaik untuk membunuh.

1. Hukuman yang lebih berperikemanusiaan

Cadangan awal untuk suntikan maut muncul semasa Abad Pencerahan apabila kaedah pelaksanaan hukuman mati yang berperikemanusiaan sangat-sangat dicari.

Inisiatif pertama idea ini boleh didapati dalam karya sejarawan Perancis, Robert Muchembled, yang mengumpul cerita mengenai perubahan dalam tingkah laku banduan yang dikenakan hukuman mati dari abad ke-15 hingga ke-18.

Pada mulanya, orang ramai mengejek dan meraikan keadilan yang mereka anggap perlu dilakukan, lebih kejam dan menyakitkan, itu adalah lebih baik.

Menjelang akhir kurun ke-18, hukuman mati menjadi semakin menakutkan. Biarawati akan mengikut tertuduh sambil memercikkan air suci, menangis dan menjamin orang yang terkutuk itu dari pengampunan yang menanti mereka.

Pada tahun 1790-an, satu kaedah baru telah dicipta di Perancis dengan harapan untuk menjadikan hukuman mati lebih berperikemanusiaan, yang dikenali sebagai guillotine (penggal kepala).

Malangnya, mereka mengatakan bahawa kepala manusia masih sedar beberapa saat selepas dipenggal, membuatkan orang ramai beralih arah untuk mencari cara lain yang lebih baik.

Kemudian, pada tahun 1888, seorang doktor dari New York, Julius Mount Bleyer mencadangkan bahawa suntikan maut atau elektrik akan membawa kepada pengakhiran yang cepat dan tidak menyakitkan.

Namun, dia tidak diendahkan kerana dua sebab. Pertama, tiada seorang pun dalam bidang perubatan menginginkan jarum hipodermik yang baru diperkenalkan ketika itu dikaitkan dengan kematian.

Kedua, elektrik pada ketika itu adalah sesuatu sangat baru kepada orang ramai dan semua orang terpesona dengannya.

Penyokong kepada tenaga elektrik, termasuk Thomas Edison, membuatkan orang ramai mempercayai bahawa ia akan membawa kemudahan kepada semua orang.

Memang benar, elektrik telah membawa kepada kesenangan membuatkan orang ramai beranggapan bahawa elektrik tidak akan disalahgunakan.

Namun, penyokong tenaga elektrik meyakinkan semua orang bahawa ia adalah cara yang lebih berperikemanusiaan untuk mati menggunakan elektrik berbanding mati ketika tidur.

2. Reputasi suntikan maut diburukkan oleh Nazi

Satu lagi sebab mengapa suntikan maut tidak diguna pakai lebih awal adalah kerana kemungkinan hubungannya dengan rejim Nazi.

Walaupun bilik gas menjadi trademark sebagai kaedah pilihan dalam pembunuhan beramai-ramai, suntikan maut lebih awal digemari.

Sudah tentu, ahli sains dan doktor Nazi tidak kisah dalam menyediakan kematian yang berperikemanusiaan.

Mereka menjalankan eksperimen ke atas orang kurang upaya dan orang sakit menggunakan pelbagai jenis ubat yang disuntik ke pelbagai tempat.

Kaedah yang paling berkesan ditemui Nazi adalah dengan menyuntikkan fenol, bahan kimia yang sangat toksik dan menghakis, terus ke dalam jantung seseorang.

Program membunuh orang cacat mental dan fizikal secara sistematik melalui bilik gas, suntikan atau bahkan kebuluran dikenali sebagai T-4.

Ia bermula pada awal tahun 1939 dan menjadi model pembunuhan beramai-ramai yang diikuti pada tahun 1940-an.

Ia dilakukan dengan doktor mengabaikan pesakit yang dianggap "tidak layak hidup" supaya mereka kelaparan dan berakhir dengan beribu-ribu pesakit dihantar ke pusat pembunuhan.

Penemuan antarabangsa terhadap kengerian yang dilakukan oleh Nazi Jerman menyebabkan hukuman bilik gas tidak disukai dan dan mungkin mempercepatkan penggunaan suntikan.

Suruhanjaya Diraja British berkata bahawa tidak ada hukuman elektrik atau bilik gas adalah lebih berperikemanusian daripada hukuman gantung.

Suruhanjaya itu juga memberitahu bahawa suntikan maut masih belum sesuai untuk dilaksanakan tetapi harus dikaji melalui sains.

3. Protokol Jay Chapman

Hinggalah pada tahun 1977, seorang pemeriksa perubatan Oklahoma bernama Jay Chapman mencadangkan formula khusus untuk suntikan maut bagi memastikan kematian yang lebih berperikemanusiaan.

Orang awam masih mengaitkan hukuman mati bilik gas dan elektrik dengan rejim Nazi dan telah terbukti tidak berperikemanusiaan.

Mereka yang dihukum bunuh oleh kerusi elektrik kadang-kala terbakar dan saksi yang melihat kerap kali terkejut mengetahui betapa sukanya untuk menonton hukuman dijalankan.

Jadi, ketika Jay Chapman muncul dengan saranannya untuk protokol "tiga ubat", sistem kehakiman dan orang awam lebih bersedia untuk mendengar tentangnya.

Protokol ini direka supaya tahanan melalui proses di mana badan mereka akan mula-mula kebas, kemudian lumpuh dan diiikuti dengan kematian.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahanan boleh dibunuh dengan barbiturat, yang akan memastikan kematian yang tidak menyakitkan.

4. Pelaksanaan suntikan maut pertama di dunia

Protokol Jay Chapman dibangunkan di Oklahoma, tetapi Texas adalah yang pertama menggunakannya. Charles Brooks Jr. adalah orang pertama yang mendapat penghormatan untuk menguji idea Chapman.

Dia telah disabitkan dengan pembunuhan seorang mekanik, David Gregory selepas hadir untuk pandu uji di kedai kereta terpakai di mana David bekerja.

David ditemui dalam keadaan terikat dan ditembak di kepala pada malam tersebut di sebuah bilik motel.

Charles dan rakan jenayahnya, Woodie Loudres, kedua-duanya didapati bersalah atas pembunuhan itu kerana kedua-duanya tidak dapat dibuktikan siapa yang menembak David. Walaubagaimanpun, Woodie dijatuhkan hukuman yang lebih ringan berbanding Charles.

Suntikan maut dirasakan berperikemanusian, tetapi tiada siapa yang tahu apa yang dirasakan oleh Charles kerana ia belum pernah dilaksanakan sebelum itu.

Charles Brookes kemudian berjumpa dengan Dick Reavis, seorang wartawan dan membuat perjanjian dengannya sebelum hukuman dilaksanakan untuk melihat sama ada dia mengalami sebarang kesakitan ketika dihukum.

Apabila Charles Brooks bersedia untuk disuntik, dia akan menggelengkan kepalanya jika mengalami sebarang kesakitan.

Apabila masanya sudah tiba, Charles perlahan-lahan memalingkan kepalanya dari satu sisi ke arah yang lain dan kemudian ke atas dan kembali ke satu sisi.

Namun, Dick Reavis tidak dapat memastikan adakah ini adalah isyarat daripada Charles, juga tidak jelas tahap pergerakan Charles memandangkan dia menjadi lumpuh akibat suntikan tersebut.

5. Penerimaan masyarakat antarabangsa

Suntikan maut memperlihatkan penerimaan yang meluas di negara penghasilnya, Amerika Syarikat, dengan 30 negeri di sana membenarkan hukuman mati dengan suntikan maut.

Sehingga tahun 2009, 936 daripada 1,107 banduan yang dihukum mati sejak tahun 1977 dibunuh dengan suntikan maut.

Sejak tahun 2000, hanya 5 banduan dihukum mati dengan cara lain, iaitu dengan kerusi elektrik, teknik yang lebih diterima oleh banyak negara termasuk China yang melaksanakan hukuman mati sekitar 10,000 banduan dalam setahun.

Taiwan adalah negara luar pertama yang mengiktiraf suntikan maut selepas Amerika Syarikat namun tidak pernah menggunakannya.

Guatemala mengamalkan teknik ini tetapi berhenti pada tahun 2000 apabila pelaksanaan hukuman mati yang ditayangkan di televisyen telah gagal.

6. Ujian tahap kesakitan yang dialami banduan suntikan maut

Walaupun suntikan maut tersebar ke negara-negara di seluruh dunia, masih tidak ada bukti yang pasti bahawa prosedur itu tidak menyakitkan atau berperikemanusiaan.

Charles Brooks telah menggelengkan kepalanya apabila disuntik, mungkin cuba memberi isyarat kepada Dick Reavis bahawa dia mengalami kesakitan.

Namun, kita tidak pernah mengetahui tentang perkara ini kerana tiada siapa yang pernah terselamat ketika menerima suntikan maut.

Jay Chapman mengejek idea bagi menguji protokol untuk melihat sama ada ia menyakitkan atau tidak.

Beliau berkata bahawa, satu-satunya cara yang boleh menyakitkan banduan adalah memulakan dengan dos yang tidak berperikemanusiaan dan menambahkan dos, yang akan menyeksa banduan.

Tetapi, penyelidik di Florida dan Virginia telah menemui cara yang kurang kejam untuk menguji suntikan ini.

Mereka hanya menguji tahap ubat-ubatan yang masih terdapat di dalam badan selepas banduan mati.

Hasil yang ditemui menunjukkan bahawa sebanyak 90% daripada tahanan yang diberikan suntikan maut tidak mempunyai anestetik yang cukup dalam sistem mereka.

40% daripada banduan dipercayai berada dalam keadaan sedar selepas disuntik, menyebabkan mereka mengalami sensasi terbakar yang melampau di seluruh badan, kekejangan otot, sesak nafas dan akhirnya serangan jantung.

7. Kegagalan pelaksanaan suntikan maut

Walaupun suntikan maut mungkin tidak memberikan sebarang kesakitan jika dilaksanakan dengan betul, namun ia kerap kali dilakukan dengan tidak betul.

Doktor dan jururawat sering dilarang daripada menyertai mana-mana bahagian pelaksanaan oleh kod etika mereka. Sesetengah doktor pula tidak mahu memberikan sebarang pendapat mengenai amalan suntikan maut ini.

Ia bermakna bahawa, algojo tanpa latihan formal akan mengalami kerumitan dalam menentukan dos ubat bius yang diberikan dalam tiga ubat suntikan tersebut.

Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan pelaksanaan suntikan yang gagal dan banduan akan menderita kesakitan yang tidak sepatutnya jika juruteknik tidak boleh memasukkan jarum dengan betul, menggabungkan suntikan atau menyuntik terlalu sedikit bahan kimia.

Malang sekali, kesilapan ini agak biasa berlaku. Di Oklahoma, terapi intravena (IV) yang bertujuan untuk dimasukkan ke arteri femoral seorang banduan, Clayton Lockett, telah tersalah masuk dan bahan kimia tersebut dilepaskan di bawah kulitnya. Dia akhirnya mati selepas 43 minit dalam kesakitan yang melampau.

Di Georgia, seorang juruteknik juga mengalami masalah memasukkan IV dan 'menyerah kalah' selepas satu jam gagal mencari vena yang sesuai.

Dalam kes yang lain, seorang banduan berusia 72 tahun telah dimasukkan IV berhampiran pangkal punggungnya selepas tidak dapat dimasukkan di bahagian tangannya.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk sebarang kaedah pelaksanaan hukuman mati yang menyebabkan mangsanya menderita lebih dari 10 minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Okavango Blue, Berlian Biru Terbesar Dunia Seberat 20.46 Karat

Okavango Blue, Berlian Biru Terbesar Dunia Seberat 20.46 Karat

Sebuah syarikat berlian di Gaborone, Botswana, mendedahkan penemuan berlian biru terbesar di negara itu sekali gus merampas kedudukan berlian biru terbesar dunia yang dipegang oleh berlian Hope Diamond sebelum ini.

Berlian Okavango Blue
Okavango Blue.

Berlian yang diberi nama Okavango Blue itu mempunyai mempunyai berat 20.46 karat, berjaya menduduki tangga teratas dalam sejarah penemuan berlian biru sepanjang zaman.

Ia pada asalnya ditemui sebagai batu kasar dengan berat 41.11-karat di lombong Orapa yang dikendalikan oleh pengeluar Debswana.

Okavango Blue merupakan berlian "biru mewah" sama seperti Hope Diamond yang berasal dari Golconda, India. Warnanya terhasil daripada hablur yang terkandung di dalam berlian tersebut.

Okavango Blue Diamond
Okavango Blue Diamond.

Walaupun Hope Diamond lebih berat dengan 45.52 karat, Okavango Blue lebih bernilai berikutan kejelasan berliannya.

Berlian biru merupakan berlian yang agak istimewa kerana ia jarang ditemui dan diklasifikasikan sebagai warna mewah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

SBDJ Siri 51: Rahsia Seorang Sahabat

SBDJ Siri 51: Rahsia Seorang Sahabat

Tiba-tiba saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata Datuk tertumpu ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan saya yang memegang cawan teh terus menggeletar. Perlahan-lahan cawan itu saya letakkan kembali ke tempat asalnya (dalam talam kecil).

Rahsia Seorang Sahabat

Mahyuddin terus menepuk belakang saya perlahan-lahan, kemudian dia mengurut-ngurut dua tiga kali di bahagian tengah tulang belakang. Perjalanan nafas terasa normal kembali.

"Tak apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua-tua, ada orang yang menyebut nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.

"Itu tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah tadi, tentu tidak begitu jadinya”, sahut Datuk.

Saya segera berpaling ke arahnya. Saya menggigit bibir, renungan Datuk tidak lagi setajam tadi.

Tetapi, saya tahu Datuk begitu kesal dengan sikap yang telah saya lakukan itu.

"Dia tak sengaja, usahlah dikesalkan”, Mahyuddin bersuara.

"Saya tahu, kalau dari sekarang tidak ditegur nanti perbuatan itu diulang lagi. Malu kita bila disebut orang membela cucu yang tak tahu adat dan tak senonoh”, jawab Datuk.

"Sudahlah, masih boleh dibetulkan”, balas Mahyuddin sambil tersenyum pada Datuk.

Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak perlahan-lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun.

Kerana Datuk tidak menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa barang-barang itu ke dapur.

Datuk sandarkan badan pada dinding rumah. Dahinya kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi melihat gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.

"Kalau mengantuk bawa baring dulu”, kata Mahyuddin pada Datuk.

Saya bagaikan terkejut dan merasa hairan, bila masanya Mahyuddin melintas di hadapan saya dari ruang dapur menuju ke ruang tengah.

Berdasarkan pada tempat yang saya duduk itu, sesiapa saja yang mahu pergi ke dapur atau dari dapur mahu ke ruang tengah mesti melintas di hadapan saya.

Ah, ini memang perkara pelik, macam mana saya tak boleh sedar langsung Mahyuddin melintas. Agaknya, dia mahu menguji kepandaian Datuk lagi.

Memanglah manusia Mahyuddin ini tidak boleh dipercayai. Semua persoalan itu bermain-main dalam kepala saya.

Rasa curiga berbunga kembali dalam hati. Datuk harus diberitahu tentang hal ini, biar Datuk bertindak segera, kalau lambat bertindak nanti celaka menimpa diri.

"Apa yang kau fikir Tamar?", tanya Datuk dengan mendadak.

"Mahyuddin tuk”, kata saya semacam berbisik.

Datuk tersenyum sambil menepuk bahu kiri saya berkali-kali. Datuk kembali duduk di tempat asalnya. Sesungguhnya saya tidak sedar masa bila Datuk merapati saya.

Mahyuddin yang duduk berhadapan dengan Datuk, tersenyum ke arah saya. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.

"Cucu awak memang pemerhati orangnya”, kata Mahyuddin pada Datuk.

"Betulkah cakap awak ni?"

"Saya bercakap setelah melihat, tadi sengaja saya menghilangkan diri di hadapannya ketika dia termenung panjang, rupa-rupanya dia sedar, malah langkah saya ke dapur dikiranya”, tambah Mahyuddin lagi.

Datuk tarik nafas panjang. Begitulah perangai Datuk, dia semacam tidak senang bila ada orang memuji saya secara berhadapan.

Saya garu pangkal dagu beberapa kali, kembang juga rasa hati bila menerima pujian begitu.

Mahyuddin memperkemaskan silanya. Datuk pula sandarkan badan ke dinding. Mereka sekarang berada dalam keadaan yang cukup selesa.

Angin petang yang masuk ikut jendela memberikan rasa segar pada mereka.

Barangkali, Datuk dan Mahyuddin senang berada dalam keadaan demikian. Bagi diri saya tidak pula begitu, saya rasa jemu duduk dalam rumah tanpa melakukan sesuatu.

"Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang hati saya bila Datuk bersuara demikian.

Datuk mahu menyelesaikan masalahnya dengan segera dan dengan segera pula dia mahu meninggalkan rumah Mahyuddin.

Saya lihat Mahyuddin mengerutkan dahi luasnya, lama benar dia termenung. Dia seperti berada dalam keadaan serba salah.

Tiba-tiba Mahyuddin bangun dan menuju ke tingkap. Berdiri di situ dengan membelakangi Datuk.

Mahyuddin merenung ke arah pokok-pokok yang tumbuh subur di lereng sebuah bukit yang tidak jauh dari rumahnya.

Melihat bentuk tubuh Mahyuddin dari belakang, memang menarik serta menampakkan ciri-ciri seorang pahlawan.

Bidang belakangnya lebar, kedua belah pangkal lengannya kelihatan tegap. Cukup sajak dia berdiri, kena pula dengan tubuhnya yang tinggi.

"Aku telah berjanji dengan diri sendiri, engkau adalah satu-satunya sahabat ku dunia akhirat”, Mahyuddin pusingkan badan merenung wajah Datuk.

"Jadi apa yang engkau mahu aku lakukan untuk menguatkan persahabatan tu Mahyuddin?"

"Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."

"Jangan bergurau kawan."

"Saya tidak bergurau tentang sesuatu yang benar."

Datuk terdiam mendengar kata-kata Mahyuddin itu. Dengan lemah Mahyuddin melangkah merapati Datuk.

Mereka duduk berhadapan. Mahyuddin letakkan tangan kanannya atas kepala lutut Datuk dengan tenang.

"Ada rahsia yang mahu saya tanyakan pada sahabat”, bisik Mahyuddin.

"Silakan”, Datuk tersenyum.

Bahu Mahyuddin ditepuknya dua tiga kali. Mereka berbalas senyum. Anehnya, Mahyuddin tidak terus mengajukan pertanyaan pada Datuk. Ada keraguan yang terpamer di wajah Mahyuddin.

"Tanyalah apa yang mahu kau tanyakan pada ku, apa rahsia yang mahu kau katakan pada ku Mahyuddin?"

"Sahabat juga membela harimau seperti saya."

"Tidak."

Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar Datuk menyebut perkataan 'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya.

Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira Mahyuddin merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang dengan tindak tanduknya itu, perasaan Datuk akan terguris.

"Maafkan saya”, Mahyuddin tersipu-sipu.

"Tak apa, setiap orang berhak bertanya dan menyoal, perbuatan kamu tidak salah."

"Tapi, boleh melukakan perasaan orang."

"Tidak, kerana aku sememangnya tidak membela harimau, cuma ada orang yang berpendapat aku membelanya”, Datuk membuka rahsia diri.

Mahyuddin anggukkan kepala. Saya mula resah tidak menentu, memang bosan duduk dalam rumah yang pergerakannya serba terbatas.

Saya sandarkan badan ke dinding dan kedua belah kaki saya luruskan. Dan sepasang mata saya kembali tertumpu pada awan serta dedaun yang dapat saya lihat dari jendela yang terdedah.

"Pelik juga, orang yang tidak tahu tentang harimau dapat menguasai harimau”, rungut Mahyuddin sambil matanya merenung pangkal dagu Datuk.

Kemudian Mahyuddin minta izin dari Datuk untuk melihat garis-garis di pergelangan tangan kiri Datuk.

Permintaan itu tidak dihampakan. Setiap bulu roma dan kedut kulit lengan Datuk ditatap oleh Mahyuddin dengan teliti, sesekali dia menggosok lengan Datuk dengan telapak tangannya perlahan-lahan macam mencari atau merasa sesuatu.

"Berdasarkan rabaan dan gerak urat-urat sendi awak, memanglah awak tidak memelihara harimau, awak berterus terang dengan saya”, Mahyuddin berhenti meraba pergelangan tangan Datuk.

Dia termenung sejenak. Kulit dahinya kelihatan berlapis dan kedua belah kelopak matanya kelihatan kian mengecil melindungi sepasang anak matanya yang tajam.

Tiba-tiba Mahyuddin melepaskan sebuah keluhan. Belakangnya bertemu dengan papan dinding. Keningnya masih juga berkerut.

"Awak memang tidak ada hubungan dengan harimau tetapi.."

"Teruskan Mahyuddin”, desak Datuk.

"Waktu saya mengejar awak dalam hutan, saya selalu di pintas dan disergah oleh harimau, mujurlah saya berjaya mengunci geraknya, kalau tidak mati saya."

"Biasanya harimau yang mengikut saya tidak mengacau atau membinasakan sesiapa kecuali dirinya dicederakan."

"Begitulah, antara kita berdua ada perbezaan dalam menguasai dunia binatang."

"Aku tidak menguasai binatang”, kata Datuk dengan nada suara yang agak tinggi, seolah-olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.

Cepat–cepat Mahyuddin tepuk bahu Datuk. Mereka berbalas senyum.

Saya terkejut bila Mahyuddin kenyitkan matanya pada saya. Dengan itu, fahamlah saya yang Mahyuddin sekadar mahu mengusik Datuk.

"Saya fikir eloklah kita keluar dari rumah ni, duduk berehat di belakang rumah pula." Mahyuddin mengeluarkan cadangan.

Sayangnya cadangan itu ditolak oleh Datuk dengan alasan, kalau dia berada di tepi hutan kecil di belakang rumah, harimau yang selama ini mengikuti dirinya akan muncul!

"Biarkan si Tamar saja yang keluar untuk bermain”, kata Datuk.

Saya gembira mendengar perintah itu. Tanpa membuang masa, saya terus melompat ikut pintu, dalam beberapa saat saja sudah berada di tanah.

Bila berada di tanah saya jadi bodoh, saya tidak tahu dengan siapa saya mesti berkawan. Saya renung ke hulu hilir silih berganti.

Akhirnya, saya duduk di bawah pohon mempelam. Dalam keadaan matahari yang kian mengecil di dada langit, saya tercium bau yang amat wangi, beberapa ekor ayam hutan, entah dari mana datangnya muncul di bawah rumah.

Saya naik ke rumah kembali. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat Datuk dan Mahyuddin berdiri tanpa baju.

Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika saya tidak ada di atas rumah.

Saya duduk di tempat asal saya. Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, mereka bagaikan tidak menyedari kedatangan saya.

Saya pura-pura batuk. Serentak Datuk dan Mahyuddin merenung ke arah saya dengan rasa terkejut.

Keduanya mengenakan baju ke badan kembali dan terus berdiri. Mereka masih lagi merenung ke arah saya.

"Ada apa tok?" tanya saya.

"Tak ada apa-apa Tamar, kami cuma berlatih menguatkan urat-urat badan”, balas Datuk dengan wajah yang selamba.

Saya menggigit bibir dan terus duduk.

Aneh, Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, bertentang mata dengan kedua belah tangan menolak bahu pihak yang menentang (Datuk tolak bahu Mahyuddin dan Mahyuddin pula tolak bahu Datuk) masing-masing kelihatan berusaha menewaskan pihak yang menentang.

Muka Datuk dan Mahyuddin kelihatan merah, sepasang kaki mereka bagaikan melekat di lamai.

Badan keduanya kelihatan berulas-ulas dan daging yang terlekap di bahagian bawah ketiak, kelihatan mengembang macam ahli bina badan dalam pertunjukan.

Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai-bagai ramalan pada diri saya, mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja.

Ramalan yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal Datuk.

"Latihan apa ni tok, saya tak pernah melihat tuk berlatih macam ini”, tanya saya dan terus bangun, kemudian duduk berhampiran kaki kanannya, saya lihat urat-urat dan ketul-ketul daging di betis Datuk berulas-ulas pejal.

"Jauh Tamar”, tekanan suara Datuk meninggi.

Saya tidak peduli dengan perintahnya. Saya merasa seronok melihat daging buah betisnya yang pejal bergerak-gerak, geram juga rasa hati melihat bulu romanya yang tumbuh panjang di betis, bulu romanya juga bergerak, macam tunggul lalang dilanggar kaki lembu.

"Jauhhhh... “, tempik Datuk, saya jadi terkejut dan terus melompat lari ke arah muka pintu.

Suara Datuk yang keras dan kasar itu membuat badan saya jadi menggeletar tidak tentu arah.

Saya terus duduk di atas bendul pintu sambil berjuntai kaki tetapi, sepasang mata saya masih menyorot telatah Datuk dan Mahyuddin.

Tiba-tiba, Mahyuddin menjatuhkan kedua belah tangannya dari memaut bahu Datuk, kedua belah telapak tangannya dikembangkan macam bentuk ekor burung merpati.

Mahyuddin melompat lalu melepaskan satu tendangan yang cukup kencang ke dada Datuk.

Bagaikan kilat Datuk memegang telapak kaki kanan Mahyuddin dan terus memusingkannya. Mahyuddin terlentang atas lantai.

"Macam mana boleh jadi begini? Pada mulanya kita berjanji melakukan semuanya ini sekadar untuk menegangkan urat di samping mencari punca atau bentuk langkah silat yang kita amalkan serupa atau tidak, tiba-tiba lain pula yang kau lakukan”, nada suara Datuk cukup kecewa dan hampa.

Wajahnya kelihatan muram sekali. Saya menggigit bibir. Mahyuddin segera meraba pangkal lehernya berkali-kali. Kemudian dia terus duduk dalam keadaan berdiri lutut.

Kedua belah lengannya terkandas atas kepala lutut. Dia termenung panjang dengan sepasang matanya merenung lantai.

"Inilah kelemahan saya sahabat, terlalu sangat menurut kata hati hingga menenggelamkan akal fikiran sendiri”, kesal benar bunyi nada suara Mahyuddin.

Ketika dia berkata-kata itu wa jah Datuk tidak dipandangnya. Saya lihat Datuk masih berada dalam keadaan yang sungguh tenang. Dua tiga kali dia meraba-raba hujung dagunya.

"Mungkin pengalaman lalu mengajar saya jadi begini?"

"Pengalaman macam mana Mahyuddin."

"Masa belajar silat dulu, kawan seguru yang dianggap setia, diajak tidur di rumah, makan seperiuk tiba-tiba mengkhianati diri saya sendiri."

"Khianat macam mana?"

"Isteri saya dirampas dengan secara terhormat hingga saya bercerai, kemudian dia kahwin dengan isteri saya."

Datuk menghampiri Mahyuddin,dua tiga kali bahu manusia harimau (Mahyuddin) diurut oleh Datuk dengan penuh manja, macam seorang ayah memujuk anak kesayangan yang merajuk.

Dan saya bagaikan ditolak-tolak oleh sesuatu yang menyebabkan saya bergerak dan duduk di sebelah Mahyuddin.

Mahyuddin menarik nafas panjang, kepalanya diangkat perlahan-lahan hingga tegak.

Dia merenung dinding rumah dan setiap benda yang ada ditatapnya dengan renungan yang sayu sekali.

Dan angin petang yang masuk ke rumah menyentuh rambutnya yang terjuntai di atas dahi, rambut itu bergerak-gerak lemah.

"Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap sebagai adik dunia akhirat, tiba-tiba mengadu pada Jepun tentang kegiatan saya hingga saya diburu Jepun.

"Saya ditangkap hingga dipaksa minum air sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya dibebaskan.

Pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini sahabat”, Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.

Saya lihat kelopak matanya digenangi air jernih. Rasa simpati dan hiba menguasai diri saya. Tanpa disedari air mata membasahi kulit pipi saya yang keras.

"Tamar, kau orang lelaki, kau anak jantan, yang mempunyai hati betina, jangan mudah mengeluarkan air mata”, bisik Datuk ke telinga.

Cepat-cepat saya kesat air mata, segaris senyum saya pamerkan untuk Datuk.

Tanpa membuang masa lagi Datuk menegakkan ibu jari kanannya sambil tersenyum lebar. Hati saya jadi kembang macam bunga matahari kembang pagi.

Di luar matahari mula jatuh di kaki langit. Kicau burung tidak kedengaran dan rama-rama sudah berhenti terbang.

Kecuali bunyi suara burung kuang mula kedengaran. Dan alam keliling mula beransur samar-samar. Mahyuddin masih lagi duduk di tempat. tadi dengan Datuk di sisinya.

"Sejak itu, saya rasa cukup susah untuk menegakkan keyakinan dalam diri saya terhadap orang yang bersikap jujur pada saya”, keluh Mahyuddin.

Datuk terus juga menepuk-nepuk bahu Mahyuddin, jari tangan Datuk terus dipegang oleh Mahyuddin erat-erat, muka Datuk dipandangnya.

"Salahkah saya sahabat?"

"Kau tidak bersalah, pengalaman membentuk kau jadi begitu dan itu adalah hak kau dan hak itu kalau kau kembalikan pada ajaran agama Islam yang mahukan seliap pengikutnya bersikap jujur, timbang rasa dan kasih sayang, sudah tentu merasa bahagia."

"Apa yang mesti saya buat.."

"Kembali pada ajaran agama, bersihkan hati dan perasaan”, terang Datuk. Lagi sekali Mahyuddin tunduk merenung lantai.

"Mari kita bersihkan diri dan pergi ke masjid, Maghrib sudah dekat”, sambung Datuk.

Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh Mahyuddin dan akhir sekali Datuk. Setelah itu serentak kami melangkah meninggalkan rumah.

Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, Datuk membaca Al-Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin.

Kira-kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja-kerja yang dilakukan. Datuk membuat keputusan untuk bermalam di masjid tetapi, Mahyuddin mendesak Datuk bermalam di rumahnya.

"Masjid sebaik-baik tempat untuk berteduh”, kata Datuk.

"Ke rumah saya sajalah, banyak hal yang belum saya selesaikan dengan sahabat, banyak rahsia diri saya yang belum terbongkar untuk pengetahuan awak."

"Kita selesaikan di sini, berkatnya lebih”, Datuk menolak.

Wajah Mahyuddin segera berubah, dia mula menunjukkan sikap menentang. Dia jadi panas hati kerana Datuk tidak mahu memenuhi permintaannya.

Saya jadi resah, saya takut berlaku perkelahian lagi, kerana saya tahu perangai Datuk.

Dia tidak akan mengalah pada sesiapa sampai kali keempat, ini memang merupakan satu pantang larang dalam dirinya.

Dia boleh dihina, dijatuhkan maruahnya di mana-mana saja sebanyak tiga kali, tetapi untuk kali yang keempat dia akan bangun melawan secara berhabis-habisan.

Dalam keadaan diri saya yang serba salah itu, saya lihat Datuk sembahyang dua rakaat, seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang berlaku.

Setelah memberi salam terakhir, dia senyum pada Mahyuddin dan menghulurkan salam. Mahyuddin menyambut salam itu.

“Bebaskan diri dari rasa cepat marah, orang yang cepat marah adalah tempat syaitan bermain yang menjadikan kita menyimpan perasaan hasad dan dendam,” sambil tersenyum Datuk berkata. Mahyuddin terdiam.

“Isikan dada dengan rasa sabar kerana sabar itu akan membuat kita mengenali diri sendiri yang serba kurang dan secara tidak langsung membuat kita berfikir, bahawa tidak ada yang lebih berkuasa di dunia ini selain daripada Allah, “ tambah Datuk lagi.

Mahyuddin merenung muka Datuk, kemudian tanpa dipaksa oleh sesiapa, dia bersetuju untuk tinggal bersama Datuk di masjid tersebut sepanjang malam.

Rupanya di dalam masjid, Mahyuddin memperoleh satu ketenangan bagi dirinya serta Datuk dan saya.

Mahyuddin menceritakan pada Datuk, sejak dia dikhianati oleh kawannya sendiri, dia tidak pernah berhasrat untuk mempunyai seorang isteri.

"Kalau saya kahwin bukan kerana saya sukakan perempuan tetapi sekadar mengelakkan diri saya dari melakukan zina”, katanya.

Dan Datuk tidak mahu menyoal lebih lanjut lagi tentang hal itu dan perkara itu mati begitu sahaja.

“Saya tahu, awak memang tidak membela harimau dan harimau yang mendampingi awak itu merupakan harimau peninggalan Datuk nenek awak yang diwariskan pada awak, sampai waktunya harimau itu akan meninggalkan awak juga”, saya terkejut mendengar cakap Mahyuddin itu.

“Lagi apa yang awak tahu?”

“Awak adalah waris terakhir, bila awak mati harimau itu tidak akan mencari keturunan awak untuk menjadi tuannya.”

“Saya tidak tahu.”

“Sekarang awak sudah tahu, harimau yang mendampingi awak tu sudah cukup tua, sebagai makhluk yang bernyawa dia akan mati juga.”

Penjelasan Mahyuddin itu amat menarik sekali. Sebagai manusia yang sedar dirinya serba kekurangan, Datuk mengakui bahawa, Mahyuddin bukan calang-calang manusia.

Dia tahu dengan apa yang dicakapkannya. Dia manusia yang arif tentang harimau dan dunianya.

Datuk rasa cukup kagum dengan Mahyuddin, tidak banyak manusia di alam Melayu yang belajar silat harimau.

"Inilah kelebihan awak dan kekurangan awak tidak boleh mengawal perasaan marah, sesungguhnya tidak ada ilmu yang cukup sempurna, bagi manusia”, kata Datuk.

“Tepat sekali”, sahut Mahyuddin.

Kelopak mata saya terasa berat, bayang Datuk dan Mahyuddin memanjang di dinding dalam sinar lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap malap.

Saya merebahkan badan atas lantai, lantas saya terkenangkan nenek di kampung, saya membayangkan ketika begini nenek akan berada di ruang tengah rumah, berbumbung limas dengan sebuah pelita minyak tanah di hadapannya.

Nenek akan menjalankan kerjanya dengan tekun menganyam tikar mengkuang panjang dua belas atau melurut mengkuang ladang dengan kayu untuk dibuat tudung saji.

Tiba-tiba saja rasa rindu pada nenek berbunga dalam hati kecil saya.

“Tunggu sebentar, biar saya pulang dulu, sebelum kokok ayam pertama berbunyi saya akan datang ke sini."

“Kenapa begitu pula jadinya?”

“Kedatangan saya kali ini akan membuka rahsia diri saya pada awak, bila rahsia itu saya buka, saya akan merasa bahagia kerana orang yang mahu saya serahkan atau mewarisi pusaka saya telah saya temui."

“Maksud awak saya yang berhak?”

“Kira-kiranya begitulah”, sahut Mahyuddin dengan senyum.

Mahyuddin berdiri. Melangkah tiga tapak ke hadapan, bila dia melangkah untuk kali keempat, batang tubuhnya terus hilang dari penglihatan saya.

Sebagai manusia yang ingin mengetahui sesuatu, saya segera menerpa ke pintu masjid dan berdiri kaku di situ.

Apa yang saya lihat ialah kegelapan malam yang cukup pekat. Di langit tidak ada sebiji bintang tergantung, pokok-pokok di hadapan masjid kelihatan kaku. Bunyi burung kuang kuit mula kedengaran.

"Tamar, kalau burung tu berbunyi, tandanya ada harimau berjalan malam”, kata Datuk.

Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan muka pintu masjid.

"Biasanya burung tu berbunyi awal tapi malam ni agak jauh malam baru berbunyi, jangan-jangan suara syaitan”, sambung Datuk lagi.

Saya segera melompat dan tiba-tiba saja saya dapati diri saya berada di celah ketiak Datuk.

"Bukan di sini tempat kamu Tamar, pergi tidur di sana”, Datuk menolak badan saya dengan keras, tanpa rasa belas kasihan.

Akhirnya saya rebahkan badan untuk kali keduanya dekat tiang. Marah juga rasa hati dengan sikap Datuk itu. Saya terlelap.

Serentak dengan kokok ayam kali pertama malam itu, saya terjaga dari tidur, saya lihat Datuk masih lagi menunggu kedatangan Mahyuddin dengan setia, lampu gasolin sudah padam.

"Belum dalang lagi tuk?"

"Belum."

"Jangan-jangan dia nak mainkan kita."

"Kita tunggu sampai pagi, kalau dia tak datang kita pergi ke rumahnya, lepas tu kita balik ke kampung."

Saya terdiam mendengar kala-kata Datuk itu, tidak jauh dari tempat Datuk duduk, kelihatan cahaya api yang sekejap garang dan sekejap mengecil mengikut tekanan ataupun tiupan angin yang masuk ke dalam masjid.

Saya pasti api itu datangnya dari seludang kelapa kering. Siapa yang membuatnya?

"Aku yang membuatnya, waktu kau tidur tadi aku cari seludang kelapa, aku hancurkan dengan batu kemudian diikat dengan tali guni, kalau tak ada seludang ni mati kita kena nyamuk”, saya senyum dalam gelap mendengar penjelasan itu.

Memang saya tahu Datuk boleh membuat kerja seperti itu tetapi mencair seludang kelapa kering tengah malam, bukanlah satu kerja yang mudah.

"Tidurlah Tamar, kalau dia datang nanti, aku bangunkan kamu”, nasihat Datuk pada saya.

Tanpa mengucapkan terima kasih pada Datuk, saya terus membengkokkan badan jadi macam angka lima untuk menahan kesejukan.

Baru sekali lelap, saya terdengar bunyi tapak kaki orang memijak lantai masjid. Cepat-cepat saya buka kelopak mata.

Saya lihat Datuk berdiri di muka pintu masjid sambil memeluk tubuhnya. Mata Datuk tertumpu keluar, dia seolah-olah dapat melihat sesuatu dalam gelap.

Lama benar Datuk berdiri di situ. Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus.

Saya bangun perlahan-lahan dan terus duduk, semua gerak geri Datuk saya perhatikan dengan cukup teliti.

Burung kuangkuit kian kuat berbunyi, bersahut-sahutan dengan kokok ayam yang memanjang.

Saya pasti kokok ayam itu bukan kali pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang ketiga.

Mungkin kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang dijanjikan, membuat Datuk resah.

Datuk meluruskan tangan kiri, tangan kanannya yang meraba ikat kepala itu, saya terdengar desir angin yang cukup kuat, datang dari arah pintu masjid tempat Datuk berdiri.

Baju dan seluar Datuk nampak bergerak-gerak, begitu juga dengan kain ikat kepalanya.

Tiupan angin itu cukup kuat membuat Datuk terpaksa memegang jenang pintu, kalau Datuk tidak berpaut saya yakin dia akan jatuh.

Kira-kira sepuluh minit kemudian tiupan angin itu berhenti, saya terdengar seperti ada benda jatuh atas lantai masjid. Datuk menuju ke arah bunyi benda jatuh.

Tamat siri 51/284

BACA: SBDJ Siri 50: Manusia Harimau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, April 22, 2019

Kajian MA63 Akan Di Buat, Kenapa Baru Sekarang?

Kajian MA63 Akan Di Buat, Kenapa Baru Sekarang?

Selepas gagal mendapat sokongan penuh di Parlimen, barulah kini kedengaran ura-ura persediaan dan kajian tentang tuntutan MA63 Sabah Sarawak dilakukan dan walaupun usaha ini nampak hebat, tetapi tetap ada kemusykilan.

Kajian MA63

Persoalannya, selama bertahun-tahun dituntut, kenapa baru sekarang ada penyediaan dan kajian dilakukan? Salahkah jika rakyat Sabah dan Sarawak berpendapat, ini semua hanyalah sekadar lakonan dan sandiwara politik sebenarnya?

Kajian MA63 dijangka siap Jun 2019 ini: Shafie Afdal

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia (MA63) akan diadakan dari 22 sehingga 24 April 2019 ini, manakala kajian terhadap MA63 itu dijangka siap pada bulan Jun.

Beliau berkata sekiranya ada isu-isu berbangkit berkenaan Perkara 8 di bawah MA63 yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat iaitu berkaitan dengan hak-hak Sabah untuk dimasukkan sebagai satu isu tambahan kepada isu yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri, ia amat dialu-alukan.

"Sekiranya ada, saya berharap wakil rakyat berkenaan menyatakan isu spesifik, justifikasi dan rekomendasi, bagi memudahkan perbincangan dan kajian oleh kerajaan persekutuan," katanya.

Mohd Shafie turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana sepakat menyokong usaha untuk menuntut hak-hak negeri yang terkandung dalam MA63.

Kesepakatan ini menunjukkan Sabah memiliki satu suara demi kepentingan rakyat. Perkara 8 MA63 sememangnya menjadi intipati utama dalam tuntutan hak-hak Sabah yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dikaji dan diteliti dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, tambahnya.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen MA63 akan ditubuhkan: Vui Keong

Sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditubuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Jelasnya, jawatankuasa itu akan melibatkan ahli Parlimen terpilih bagi melengkapkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai perkara sama.

“Kami (kerajaan Persekutuan) menyedari sebuah jawatankuasa melibatkan anggota Parlimen perlu bagi menjayakan pelaksanaan MA63.

“Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaan MA63,” katanya selepas merasmikan Majlis Iltizam 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, Sandakan.

Vui Keong melahirkan perasaan gembira terhadap DUN Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan dewan sebelum ini.

Beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidangan akan datang.

“Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan).

“Saya juga akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu,” katanya.

Nota: Adakah ini betul-betul dan bukan cobaan? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Apa Itu Projek Bandar Malaysia?

Apa Itu Projek Bandar Malaysia?

Bandar Malaysia ialah nama bagi sebuah projek hartanah dengan kerjasama antara Malaysia-China yang terletak di kawasan yang lebih dikenali dengan nama Lapangan Terbang Sungai Besi, yang sepatutnya dibangunkan oleh 1MDB namun tidak pernah dimulakan.

Projek Bandar Malaysia diteruskan

Tarikan utama projek tersebut adalah pembinaan hub pengangkutan berintegrasi yang sepatutnya menjadi salah satu stesen yang terletak di paling utara Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dimansuhkan buat masa ini.

Antara rancangan lain untuk projek berkeluasan 486 ekar itu termasuklah pembinaan fasiliti perniagaan, pelancongan dan unit kediaman.

Apa peranan 1MDB dalam projek tersebut?

1MDB, sebuah syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh Kementerian Kewangan, membeli tanah untuk projek tersebut daripada kerajaan pusat pada 2011.

Harga pembelian tanah tersebut ialah RM1.7 bilion (RM74 per meter persegi) dan dalam perjanjian, 1MDB bertanggungjawab menempatkan semula pangkalan udara Sungai Besi ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Susulan perjanjian tersebut, 1MDB menjual 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia kepada ICSB, sebuah syarikat usaha sama antara syarikat Malaysia, Iskandar Waterfront Holding (IWH) dengan China Railway Engineering Corporation (CREC) dari China.

ICSB memenangi bidaan tersebut melalui proses tender terbuka antarabangsa.

IWH pula merupakan syarikat usaha sama antara sebuah syarikat swasta Credence Resources Sdn Bhd (60 peratus) dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (40 peratus) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

Kenapa projek itu tidak dimulakan?

ICSB tidak melangsaikan pembayaran untuk 60 peratus kepentingan yang dimilikinya. Ekoran itu, 1MDB, melalui anak syarikatnya TRX City pada masa itu, mendakwa perjanjian telah pun luput.

ICSB menyanggah dakwaan tersebut, bagaimanapun ICSB tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Deposit ICSB sebanyak RM741 juta dipulangkan kepada mereka.

Apa yang peliknya, TRX City Sdn Bhd mengumumkan bahawa perjanjian itu dibatalkan pada 3 Mei 2017, pada hari yang sama perdana menteri merangkap pengerusi lembaga penasihat 1MDB, Najib Razak dijadualkan melawat Bandar Malaysia.

Siapa bertanggungjawab dalam perjanjian tersebut?

Secara teknikal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy sepatutnya bertanggungjawab. Dia merupakan pengerusi Bandar Malaysia merangkap pengarah TRX City Sdn Bhd.

Selepas perjanjian dengan ICSB tidak berjaya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu Mohd Irwan Serigar Abdullah menjadi jurucakap utama untuk projek Bandar Malaysia.

Pada ketika itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membuat spekulasi bahawa Arul dan Irwan saling bersaing dalam menentukan siapa yang mampu mengatur perjanjian terbaik bagi projek Bandar Malaysia.

Irwan kemudiannya berjanji bahawa pelabur baru akan mengambil alih kepentingan ICSB.

Menurut Irwan, Putrajaya pada ketika itu sedang mengintai syarikat gergasi dalam senarai Fortune 500.

Dua minggu selepas perjanjian dengan ICSB gagal, Najib secara peribadi cuba melobi sebuah konglomerat dari China, Dalian Wanda, sebuah syarikat dalam senarai Fortune 500, untuk melabur dalam Bandar Malaysia.

Cubaan itu tidak berjaya dan projek Bandar Malaysia yang diberi jolokan ‘pemangkin ekonomi’ oleh pentadbiran Najib, terbengkalai dalam diam.

Kenapa ICSB bagus untuk projek ini sekarang?

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ICSB komited untuk membuat bayaran pendahuluan RM500 juta selain RM741 juta bayaran deposit.

Bayaran itu akan dilangsaikan dalam masa 60 hari selepas kerajaan mengumumkan akan meneruskan semula projek tersebut.

Terdapat juga beberapa perubahan dalam projek tersebut, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pelan baru akan turut melibatkan ‘taman rakyat’, 10,000 rumah mampu milik (berbanding 5,000 sebelum ini), serta keutamaan terhadap penyertaan bumiputera dan pembekal tempatan.

Apa kata Najib sekarang apabila projek ini diteruskan semula?

Najib mendakwa perkembangan ini sebagai ‘pusingan U’ kerana PH sebelum ini membangkang projek tersebut, tetapi akhirnya menyambung semula apa yang dimulakan oleh pentadbirannya.

Dakwanya, semua pihak terlibat dalam projek tersebut kekal sama, begitu juga dengan terma perjanjiannya.

Bagaimanapun, dakwaan tentang ‘terma yang sama’ itu tidak dapat disahkan kerana setakat ini, tidak dapat dipastikan bahawa Putrajaya menggunakan pelan yang sama dengan pentadbiran Najib dahulu.

Benarkah PH membantah projek Bandar Malaysia?

Kritikan PH sebelum ini lebih banyak ditujukan kepada pentadbiran Najib kerana membenarkan 1MDB berhutang sehingga RM42 bilion.

Bagaimanapun, sebahagian perkara yang dibangkitkan dalam kempen PH terhadap Najib pada masa itu turut berkisar tentang penglibatan China dalam skandal 1MDB.

Seperti projek TRX, Bandar Malaysia terpalit dengan skandal 1MDB kerana ia bertujuan menjual tanah negara untuk menjana wang bagi membayar hutang 1MDB.

Sesetengah pemimpin PH mengkritik pentadbiran Najib kerana penglibatan CREC dalam projek Bandar Malaysia, tidak lama selepas anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy dijual kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik China, iaitu China General Nuclear Power Corporation.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

SBDJ Siri 50: Manusia Harimau

SBDJ Siri 50: Manusia Harimau

Bila datuk merasakan tidak ada hal-hal yang perlu dilakukannya, dia pun mengajak kami pulang. "Kalau sesiapa di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan pokok yang tumbuh dalam kolam, hati-hatilah menggunakan air dari kolam tersebut”, sambil mengeliat datuk berkata begitu kepada saya.

Manusia Harimau

"Kenapa tok?"

"Orang tua-tua dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu dunia dengan tiga cara, terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah dengan ajaran Islam atau ilmu yang dituntutnya akan menjadi ilmu keturunan”, datuk memicit-micit bahu kirinya dengan tapak tangan.

"Ke mana ilmu salah tu dibuang tok?", soal saya lagi.

Datuk terdiam seketika macam mengingati sesuatu. Dia terus melangkah mencari arah jalan pulang yang harus dilalui.

Datuk memilih jalan pulang ikut sebelah kanan bukit, datuk tidak mahu mengikut jalan awal yang telah digunakan tadi.

Apa tujuan datuk berbuat demikian, saya tidak dapat meramalkan. Mungkin ada muslihat tertentu fikir saya.

Saya dongak ke langit, matahari sudah berubah kedudukannya. Tiupan angin juga tidak serancak tadi.

Mengikut kedudukan matahari, saya kira waktu zohor sudah hampir dan saya dapat menduga bahawa datuk mahu mencari jalan dekat supaya cepat sampai ke rumah. Dia mahu berada di rumah sebelum waktu zohor berakhir.

"Tempat yang dipilih ialah Kuala Sungai yang bertemu dengan laut dan ketiga seperti yang aku lakukan tadi”, secara mendadak datuk menjawab pertanyaan saya yang terputus tadi.

Jawapan yang saya nantikan itu datuk berikan ketika saya bergayut pada sebatang pokok untuk turun dari puncak bukit.

Saya tersenyum sendirian, dengan sikap datuk. Kenapa untuk menjawab pertanyaan yang mudah itu mesti memakan masa yang agak lama.

Saya rasa menuruni bukit lebih sukar dari mendakinya. Sebabnya, ketika menuruni bukit kita harus pandai mengimbangi badan.

Kalau kurang pandai boleh membuat kita terlajak ke depan yang boleh menyebabkan kita terlanggar batu atau pokok.

Anehnya kesukaran yang saya hadapi itu, tidak menjadi masalah buat datuk. Dia boleh berjalan dengan cepatnya.

Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah berapa sukar tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan sakit-sakit.

"Hati-hati minum air kolam yang ada pokok tumbuh di dalamnya, mana tahu kalau pokok itu dijadikan penekan ibu ilmu salah, kalau orang yang membuang ilmu bisa itu tidak menawarnya akan membawa padah pada orang yang meminumnya”, datuk mengingatkan saya dan Dumba, ketika itu kami sudah agak jauh meninggalkan bukit yang telah kami daki tadi.

Suara kenderaan mula terdengar sayup-sayup menendang gegendang telinga. Langkah saya terus rancak, kalau diturutkan hati mahu saja saya berlari supaya segera sampai ke tepi jalanraya.

Rupanya langkah saya yang rancak dan bersemangat itu tidak boleh dilanjutkan lagi. Ada sesuatu yang menghalangnya.

Datuk menyuruh saya dan Dumba berlindung di balik pokok besar. Tindakan datuk itu amat mengejutkan.

Wajahnya kelihatan cemas sedikit. Dari balik pokok besar saya dan Dumba melihat dengan teliti tingkah laku datuk yang berdiri di kawasan yang agak lapang itu.

Datuk meletakkan tangan kanannya ke cuping telinga kiri, macam mendengar sesuatu.

Datuk melangkah dua tapak arah ke kanan. Berhenti di situ sambil merenung dedaun pokok yang bergoyang di kiri kanannya kerana dirempuh angin.

"Silakan, kalau masih sangsi”, suara datuk cukup lantang.

Saya tidak tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh datuk.

Dumba renung muka saya dengan penuh rasa ragu dan bimbang. Saya cuma tersenyum saja.

Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah datuk. Saya Iihat, datuk menapak dua langkah ke kiri pula, berhenti di situ dengan tenang. Macam menanti sesuatu.

Siapakah yang datuk tunggu dan nanti dalam hutan begini, kata hati saya.

"Silakan”, ulang datuk lagi.

"Ya, aku datang dan bertemu lagi dengan kau”, terdengar suara dari arah kanan datuk.

Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri sambil memeluk tubuh.

Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh.

Gerak-gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan. Sinar matanya cukup garang.

Tidak terpamer segaris senyum pun di wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.

Pertemuan datuk dengan Mahyuddin kali ini bukanlah pertemuan seorang sahabat dengan sahabat, tetapi pertemuan dua orang musuh yang sudah lama menaruh dendam.

Saya berdoa pada Allah, semoga Allah yang Maha Besar akan membiarkan kesabaran pada datuk, mudah-mudahan datuk tidak akan bertindak liar.

Saya tidak mahu datuk menjadi mangsa Mahyuddin. Rupanya, doa saya diperkenankan oleh Allah.

Datuk kelihatan cukup tenang, meskipun Mahyuddin bersikap agak kasar dengan tujuan menaikkan rasa marah dan geram di hati datuk.

Semuanya tidak mendatangkan kesan, datuk tetap berlembut dan sabar. Tindakan datuk itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan penakut.

Satu hal yang pasti, meskipun datuk mengalah dia tetap berjaga-jaga. Setiap langkah Mahyuddin bagaikan sudah dibacanya terlebih dahulu.

"Kau bersubahat, kau melindungi Dumba manusia pembunuh”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang keras.

Badannya kelihatan mengeletar, matanya bertambah merah.

"Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."

"Sudah, kau menyimpan ibu santau itu di sini."

"Tidak Mahyuddin, kau silap."

"Sudah, jangan berdusta. Manusia pura-pura, kau munafik."

"Mahyuddin dengar dulu."

"Sudah.”

Mata Mahyuddin mula menentang biji mata datuk untuk beberapa saat dengan harapan untuk menewaskan datuk.

Usaha itu gagal, datuk masih macam keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.

"Biarkan aku selesaikan Dumba di sini, jangan kau lindungi dia, kalau kau berkeras buruk padahnya", Mahyuddin melahirkan cita-citanya yang sebenar tanpa selindung-selindung lagi.

Datuk meraba dahi luasnya berkali-kali. Memang datuk berada dalam saat-saat yang paling genting sekali.

Andainya datuk tersalah langkah atau tersilap cakap, dirinya akan terjerat.

Datuk terus duduk bersila atas tanah.

Saya kira, tindakan datuk tidak kena pada tempatnya. Dia seolah-olah menyerah nyawanya pada Mahyuddin, betapa tidak dengan sekali terkam bersama parang di lengan, Ieher datuk akan pulus.

Anehnya, Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia membiarkan datuk duduk dengan aman di atas tanah.

Mungkin Mahyuddin berpendapat bukanlah langkah atau prinsip seorang pcndekar menyerang orang yang tidak melawan.

Kemenangan yang diperolehi secara itu bukanlah satu kemenangan yang terpuji tetapi, satu kemenangan yang keji.

Datuk masih lagi duduk bersila, perasaannya berperang sama sendiri, apakah wajar dia menyerahkan Dumba pada Mahyuddin begitu saja?

Memang, kalau dia mahu mencari jalan senang, serahkan Dumba pada Mahyuddin habis perkara, mereka tidak bermusuh.

Tetapi, cara itu bukanlah satu cara yang baik. Apalah untungnya menyerahkan orang yang sudah insaf atas perbuatannya yang lalu pada musuh ketatnya.

Membunuh manusia yang seagama kerana dendam bukanlah ajaran agama Islam.

Orang yang sudah insaf itu harus diberikan kesempatan membetulkan dirinya.

Siapa tahu, orang yang sudah insaf atas perbuatannya akan menjadi manusia yang baik dan berguna pada bangsa dan agama.

Semua persoalan itu menghantui diri datuk. Dia harus memberi satu keputusan yang tegas. Dia juga harus menanggung sebarang akibat dari keputusan yang dibuatnya.

Tiba-tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum yang terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah Mahyuddin.

"Tidak, Dumba dalam perlindungan aku, dia harus diberi kesempatan membetulkan dirinya”, kata datuk sambil melipat lengan bajunya hingga ke paras siku.

Mahyuddin kelihatan tergamam dengan tindakan datuk itu.

"Tak apa”, balas Mahyuddin, dia mula mengangkat kedua belah tangannya ke depan. Sepasang kakinya mula bergerak memijak pokok-pokok kecil.

Mahyuddin kelihatan menggigil dan wajahnya nampak merah. Mahyuddin sudah naik angin, kemarahannya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Dia membuka silat sambil mematah-matahkan pokok-pokok yang tumbuh liar di kiri kanannya.

Melihat rentak dan bunga silat yang dihasilkan oleh Mahyuddin itu, datuk menduga Mahyuddin bukan orang sebarangan, ilmu silat atau pendekar yang ada pada dirinya melambangkan yang dirinya memiliki ilmu kelas tinggi di dalam salah satu aliran silat.

Datuk membiarkan Mahyuddin membuka rentak dan langkah silat dengan tujuan membaca kepandaian yang dimiliki oleh Mahyuddin.

"Aku tahu sekarang, dia membawa aliran silat harimau yang disebut Cilek Babiat oleh orang-orang Mendailing (Mandailing)”, bisik hati kecil datuk.

Datuk bersedia unluk mengelakkan diri dari serangan Mahyuddin.

Datuk tahu benar, silat jenis itu hanya terdapat di kalangan masyarakat Mendailing saja.

Bukan satu perkara yang mudah untuk sampai ke taraf pendekar dalam jurusan ilmu silat Cilek Babiat, banyak rintangan dan dugaan yang harus dilalui.

Datuk melangkah ke kanan dengan kedua belah tangannya berkembang di bahagian paras dada.

Kaki kanannya bergerak ke depan dalam keadaan yang tidak lurus, begitu juga dengan kaki kirinya yang bertugas sebagai tupang (penyokong) pada kaki kanannya.

Gerakan datuk begitu hati-hati sekali. Dalam saat yang sama juga datuk cuba mengunci dan mematikan langkah Mahyuddin secara batin.

Usaha datuk itu gagal sama sekali. Datuk mula merasakan semua usaha yang dilakukannya tidak menjadi. Datuk berada di dalam keadaan yang agak sukar.

Sebagai manusia yang tidak mengenal erti putus asa datuk terus berusaha sambil berdoa, supaya segala usahanya, itu direstui Allah. Datuk tidak mahu menyerah begitu saja pada Mahyuddin.

Datuk juga sedar, orang-orang yang tinggi pengetahuannya, dalam ilmu silat Cilek Babiat (silat harimau) dalam waktu tertentu akan bertukar menjadi seekor harimau yang ganas.

Datuk tahu, Mahyuddin boleh melakukan perkara demikian sekiranya dia terdesak.

"Sebelum terjadi, aku mesti hati-hati, cara yang paling baik menimbulkan kemarahannya supaya dia jadi harimau”, datuk membuat keputusan dengan langkah silatnya yang teratur itu.

Sambil mempertahankan diri, datuk terus mencari akal bagaimana mahu menimbulkan kemarahan yang meluap-luap dalam diri Mahyuddin.

Datuk terus mendongakkan kepalanya ke langit melihat matahari yang kedudukannya sudah agak condong ke barat.

Angin juga bertiup dalam keadaan yang lemah. Kerana kedudukan matahari sudah condong membuat pokok-pokok atau manusia yang kena panahan matahari mencipta bayang-bayang di bumi.

Sumpahan atau pantang pada orang-orang yang menuntut ilmu silat Cilek Babiat atau silat harimau bila pihak musuh menindih bayangnya.

Datuk tahu benar tentang pantang larang itu, dia mahu mengambil kesempatan dari pantang-larang itu.

Di bawah hembusan angin hutan yang lemah itu, datuk melompat dan menerkam ke arah Mahyuddin hingga bayang-bayang datuk dapat menindih bayang-bayang Mahyuddin.

Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, datuk menyeru nama Dumba dan menyuruhnya keluar dari tempat persembunyiannya. Dumba meluru keluar.

"Awak mencabar saya”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang cukup keras.

Dia melompat, semua tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling ditendang hingga tercabut.

Kali ini Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia hanya berdiri sambiI membuka sepuluh jari tangannya. Badan Mahyuddin mengeletar, sepuluh jari tangannya bergoyang.

"Dumba, kembali ke tempat kamu”, kata datuk. Dumba segera bersembunyi.

Mahyuddin membongkokkan badannya, sambil bergerak dalam langkah silat yang teratur, sepasang matanya yang tajam dan merah tetap merenung muka datuk.

"Eeee hemmmm...“, jerit Mahyuddin dan datuk saya lihat tersandar di perdu pokok besar, seolah-olah bahagian dadanya ditendang oleh sesuatu.

Datuk terus bertahan di situ. Gerak kaki datuk terasa amat lemah. Mahyuddin dengan perlahan-lahan rapat ke arah datuk sambil mengembangkan sepuluh jari tangannya.

Jejari itu bergerak-gerak bagaikan mahu mengoyak kulit dada datuk yang tersandar di perdu pokok besar itu.

Datuk masih lagi bertenang. Mata datuk tetap mengawasi langkah kaki Mahyuddin yang bergerak setapak dalam langkah silat harimau.

Tiba-tiba Mahyuddin memberhentikan gerakan langkahnya. Dia merenung muka datuk dengan tepat sekali.

Datuk terus menentang mata Mahyuddin yang kelihatan berkaca-kaca bersama-sama dengan urat mata yang merah. Datuk kelihatan seperti orang lemas.

Mahyuddin terus merendahkan badannya, kemudian bangun secara perlahan-lahan, ketika itu saya mula nampak perubahan yang aneh terjadi pada diri Mahyuddin, terutama bentuk wajah dan kepalanya bertukar seakan-akan wajah harimau.

Bulu yang halus berwarna merah kekuning-kuningan tumbuh di wajahnya. Rambutnya juga berwarna demikian.

Bulu yang berwarna merah kekuning-kuningan itu terus merayap ke leher, ke lengan hingga ke seluruh badannya.

Bentuk asal Mahyuddin sudah hilang sama sekali. Dari hujung sepuluh jari tangannya muncul kuku tajam yang meruncing, macam kuku harimau, kekuatan Mahyuddin juga kelihatan bertambah seperti kekuatan seekor harimau jantan.

Saya mengurut dada beberapa kali, kasihan melihat datuk yang tidak boleh bergerak itu, sebenarnya datuk masih boleh meninggalkan perdu pokok besar itu jika dia mahu berbuat demikian.

Anehnya, kenapa datuk tidak mahu menyelamatkan dirinya yang berada dalam bahaya itu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Dalam kepayahan itu, saya lihat datuk tidak mengalihkan wajah dan matanya dari merenung wajah Mahyuddin yang bertubuh harimau itu.

Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak, tentunya datuk membaca sesuatu. Mahyuddin yang sudah menjadi harimau itu terus marah sambil cuba mencakar wajah datuk.

Saya terkejut, Mahyuddin berhenti merapati datuk. Dia terpaku di situ, sinar matanya yang garang tiba-tiba menjadi layu.

Walaupun Mahyuddin tidak melangkah, mata datuk tetap merenung wajah Mahyuddin yang kelihatan mula bertukar kepada wajah asalnya.

Mahyuddin terpacak di situ dengan nafas yang tercungap-cungap.

Bila datuk merasakan yang dirinya berada dalam keadaan selamat, barulah datuk bergerak dari pangkal pokok besar itu.

Datuk terus menghampiri Mahyuddin. Datuk hulurkan tangan sambil berselawat sebanyak tiga kali.

Huluran tangan datuk itu disambut oleh Mahyuddin. Masa berjabat tangan itu datuk dan Mahyuddin mengucapkan dua kalimat syahadah dengan jelas.

"Kita orang Islam, tidak ada permusuhan dan dendam sesama orang Islam. Setiap orang Islam adalah bersaudara, bila dua orang Islam bergaduh, tempatnya ialah neraka sama ada yang membunuh atau terbunuh”, dengan mendadak Mahyuddin bersuara, tekanan suaranya agak Iemah kepenatan.

Saya lihat Mahyuddin seperti mengalami sesuatu, dia kelihatan susah bernafas macam orang keIemasan. Mahyuddin terus duduk atas tanah.

"Bertenang Mahyuddin, hilangkan perasaan marah kamu yang masih ada sisanya dalam hati”, kata datuk.

"Ya, aku sedang berusaha kearah itu. Aku sedang berikhtiar untuk mengembalikan seluruh semangat aku seperti sediakala."

"Baguslah, aku tahu orang-orang yang menuntut ilmu silat harimau ke peringkat tinggi akan menjadi manusia harimau bila dilanda marah yang amat sangat atau dirinya terancam.

"Aku kira kesalahan aku boleh kau maafkan”, nada suara datuk cukup lembut, macam jejaka kacak memujuk dara pujaan hati yang tersinggung.

"Aku maafkan”, jawab Mahyuddin pendek.

Datuk memanggil saya dan Dumba. Kami pun keluar dari tempat persembunyian.

Datuk suruh Dumba duduk sebelah Mahyuddin. Pada mulanya Dumba agak keberatan mematuhi cakap datuk itu.

Dumba masih ragu-ragu dengan kejujuran dan keikhlasan hati Mahyuddin. Setelah datuk paksa, barulah Dumba duduk dekat Mahyuddin.

Rasa bimbang segera lari dari hati Dumba bila Mahyuddin menghulurkan tangan padanya sambil membaca selawat.

Saya terus merenung Mahyuddin dengan rasa kagum atas kebolehan yang ada pada dirinya.

Tidak hairanlah, dia baleh menewaskan tentera Jepun dengan mudah.

"Maafkan saya Mahyuddin, saya nak bertanya sedikit”, datuk renung muka Mahyuddin.

"Sila sahabat."

"Awak bukan orang Bangkahulu sejati?"

"Mana sahabat tau?"

"Biasanya ilmu silat Cilek Babiat diamalkan orang-orang dari daerah Mahyuddin, Sumatera.

"Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot, kemudian merantau ke Bangkahulu.

"Di tempat asal, saya memelihara dan menunggang harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara biasa”, Mahyuddin menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri-seri.

Saya dan Dumba berpandangan. Datuk mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Beberapa helai rambut tua lekat di jari datuk.

Rambut itu berterbangan menuju ke arah selatan. Sinar matahari kian meredup, dan rasa panas di tubuh mula berkurangan.

"Orang-orang Mendailing di tempat asal saya menyebut harimau sebagai Na Betengi yang bermaksud yang kuat perkasa”, tokok Mahyuddin lagi. Datuk anggukkan kepala.

Saya bangun dan mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh. Saya duduk kembali.

"Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah, dibandingkan dengan martabat mannsia.

"Harimau tidak kuat menentang muka manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang."

Saya lihat air muka Mahyuddin berubah, dia terkejut mendengar cakap datuk tadi. Kemudian dia tersenyum tenang.

"Sahabat tahu kunci dan kelemahan ilmu silat saya, sebab itu sahabat menentang muka saya ketika berlawan, saya yakin sahabat mempunyai pengetahuan yang luas tentang asal-usul harimau. Sahabat orang Mendailing?", begitu ghairah Mahyuddin bersuara, dia terus berubah tempat, duduk bertentang muka dengan datuk.

"Saya berasal dari Jambi. Barangkali datuk nenek saya berasal dari tempat yang sama dengan awak”, pendek datuk menjawab.

"Tahu asal-usul harimau?"

"Tahu."

"Apa dia?"

"Harimau makhluk Allah sama seperti manusia. Tetapi manusia itu dijadikan oleh Allah sebaik-baik kejadian, ini kelebihan manusia”, datuk menyapu peluh yang tumbuh di dahi dengan telapak tangan kanannya.

Mahyuddin terdiam. Kemudian tanpa diminta oleh sesiapa, datuk terus memperkatakan tentang martabat manusia, dari segi martabatnya manusia terletak di tengah-tengah antara martabat binatang dan martabat malaikat.

Dari segi keperluan makanan dan keturunan, manusia adalah dianggap sebagai tumbuhan.

Dari segi bergerak dan merasa mengikut pilihan, manusia dianggap sebagai binatang.

Dari segi rupa dan bentuk, manusia seperti gambar yang terukir tetapi, keistimewaan manusia ialah mengetahui tentang hakikat benda-benda.

Manusia yang menggunakan seluruh anggota dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan beramal, adalah serupa dengan malaikat.

Semua pendapat yang datuk bentang itu berdasarkan pembacaan dari kitab-kitab agama terutama karya Imam AI-Ghazali.

Tidak ada di antara kami yang ingin bertanya berhubung dengan perkara yang dihuraikan oleh datuk itu. Masing-masing terpegun, macam kena pukau.

“Tahukah kamu, Saiyidatuna Aisyah telah meriwayatkan Sabda Rasullullah yang bermaksud lebih kurang begini: Manusia itu kedua matanya sebagai petunjuk, kedua telinganya sebagai corong, lidahnya sebagai jurubahasa, kedua tangannya sebagai sayap, kedua kakinya sebagai pembawa utusan dan hatinya sebagai raja. Jika raja itu baik, maka baiklah tentera-tenteranya”, sambung datuk lagi sambil bangun.

Datuk merenung ke arah Mahyuddin dan Dumba yang sedang meraba-raba dagu masing-masing. Datuk mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh.

"Aku harap, jangan ada di antara kamu yang bertanya perbezaan martabat binatang dengan manusia”, tambah datuk.

Kemudian datuk mencadangkan supaya kami pulang ke rumah. Cadangan datuk itu tidak mendapat sebarang bangkangan.

Kami pun mula menapak meninggalkan kawasan tersebut.

Satu perkara yang amat menyenangkan hati saya dalam perjalanan pulang atas sikap ramah yang diperlihatkan oleh Mahyuddin. Dia terus bercerita tentang manusia dan harimau.

"Di tempat saya, orang-orang yang memelihara harimau ataupun manusia harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya tidak banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan kisahnya dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.

Saya berusaha dengan seboleh-bolehnya supaya berada dekatnya untuk mendengar cerita.

Akibat terlalu ghairah mahu mendengar cerita dari Mahyuddin saya terlanggar batang buruk hingga terjatuh dua tiga kali.

Datuk tersenyurn saja melihat telatah saya yang agak lucu itu.

Semua pokok-pokok kecil saya langgar tanpa menghitung atau mengira yang diri saya akan sakit dibidas oleh pokok-pokok yang saya rempuh itu.

Menurut Mahyuddin untuk memelihara harimau atau menjadi manusia harimau seseorang itu mesti bertapa selama berbulan-bulan di dalam hutan.

"Setelah bertapa berbulan-bulan, berjaya mengatasi segala cubaan dan dugaan, seekor harimau akan mendekati si pertapa dan menyerahkan diri.

"Harimau itu terus ditunggangnya hingga sampai kekampung”, kata Mahyuddin sambil melompat parit kecil di depan.

Datuk tidak pula menyoal mahu bertanya sesuatu ketika Mahyuddin bercerita. Datuk hanya mendengar sambiI melangkah dengan tenang.

Dumba pula begitu berminat mendengar cerita Mahyuddin. Kalau boleh dia mahu Mahyuddin terus bercerita tanpa berhenti-henti.

"Susah tak pelihara harirnau?", saya menyoal cara mendadak.

"Memelihara harimau berbeza dengan memelihara kambing atau kerbau, memelihara harimau secara sembunyi-sembunyi.

"Harimau yang dipelihara hidup bebas dalam hutan. Bila kita perlukan panggil saja, pasti dia tiba."

"Faedahnya yang kita perolehi darinya?"

"Boleh dijadikan kawan, boleh disuruh menangkap ikan, menjaga rumah dan naik atas belakang”, Mahyuddin ketawa sambil menepuk-nepuk bahu saya.

"Perkara yang jelas, setiap pemelihara harimau tidak mempunyai tujuan jahat. Lagi apa yang mahu kau tanya pada aku, hai cucu seorang sahabat."

Mahyuddin berhenti berjalan, dia merenung wajah saya sambil berkata, "Kau mahu jadi manusia harimau?"

"Tak mahu."

Serentak dengan itu saya terdengar suara datuk dan Dumba ketawa panjang.

Bagi menghilangkan rasa malu, saya buat-buat ketawa.

Akhirnya kami sampai ke tepi jalanraya. Kami berhenti di situ buat beberapa minit.

Sebenarnya, saya masih belum puas hati dengan apa yang saya tanyakan pada Mahyuddin. Masih ada lagi soalan-soalan yang mahu saya hadapkan padanya.

"Cukuplah kita berehat, mari kita melangkah”, datuk mengeluarkan perintah. Dan perintah itu kami patuhi.

SambiI berjalan saya terus bertanya dengan Mahyuddin secara perlahan-Iahan.

Apakah ilmu memelihara harimau atau silat harimau dapat diwariskan pada orang lain?

"Ada yang boleh, ada yang tidak”, bisik Mahyuddin.

"Macam mana begitu?"

"Mengikut cara ilmu itu diperolehi ketika menuntut. Kalau sudah berjanji mahu mewariskan pada orang lain bolehlah diwariskan, kalau tidak maka tak boleh."

"Begitu."

"Jadi manusia harimau pula macam mana?"

"Lagi susah, kena menuntut."

Tiba-tiba datuk menepuk bahu saya dari belakang. Dengan kasar dia memisahkan saya dengan Mahyuddin. Rupa-rupanya datuk kurang senang dengan sikap saya itu.

"Tamar, apa yang kau tanyakan itu tak berfaedah untuk diri kamu, kamu tidak mustahak mengetahui semuanya itu”, suara datuk keras.

Saya terdiam. Mahyuddin tersenyum merenung arah datuk.

"Biar saya terangkan sahabat. Cucu sahabat bertanya tentang manusia harimau.

"Untuk jadi manusia harimau harus belajar silat harimau sampai ke peringkat paling tinggi. Itu saja yang mahu saya jelaskan padanya”, kata Mahyuddin pada datuk.

"Jangan layan sangat cucu saya tu. Dia tu kadang-kadang melalut tak tentu pasal."

"Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan. Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.

Datuk berjalan di belakang kami. Saya merasa bertuah kerana datuk tidak menolak permintaan Mahyuddin.

"Di kampung asal saya memang ada orang yang mewariskan harimau peliharaan umpamanya dari ayah ke anak hingga ke cucu-cicitnya.

"Kerana itu di kawasan kebun penduduk di sana selalu ditemui harimau yang sudah tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang pincang.

"Itulah harimau yang di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya amat puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.

Lepas itu, saya tidak lagi mengajukan apa-apa pertanyaan pada Mahyuddin, malah memisahkan diri darinya.

Saya lebih senang berjalan bersaingan dengan Dumba di belakang. Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.

Akhirnya, kami sampai ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia menuju ke kedainya.

Saya, datuk dan Mahyuddin terus menuju ke masjid. Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian baru mengqada sembahyang Zohor yang tertinggal.

"Mari ke rumah saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja yang wajib.

Datuk terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk bersandar di dinding masjid.

"Apa halnya? Dah petang begini saya malas nak bergerak ke mana-mana, niat hati tu nak balik saja ke kampung”, balas datuk.

"Ada hal yang mahu saya bincangkan dengan awak?"

"Bincang apa? Awak dengan Dumba sudah elok."

"Ada hal lain, marilah."

Datuk termenung panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya berbalah sama sendiri, sama ada dia mahu menunaikan permintaan Mahyuddin atau tidak.

Datuk terus melangkah menuju ke pintu masjid dengan diikuti oleh Mahyuddin.

Mereka berhenti di situ, merenung ke halaman masjid yang lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa pun.

Akhirnya, datuk dan saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid.

Saya terasa lapang kerana angin petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa segar pada diri saya.

"Macam mana? Boleh pergi ke rumah saya?"

"Boleh”, balas datuk.

Saya lihat wajah Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk-nepuk bahu datuk beberapa kali. Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke rumahnya.

Bila saya dan datuk masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan ringan untuk makan petang tersedia di ruang tengah.

Siapakah yang menyediakan semuanya itu? Apakah hidangan itu dihantar oleh harimau peliharaan Mahyuddin?

Timbul pertanyaan dalam hati saya. Saya terus duduk bersila menghadapi hidangan yang tersedia.

"Minumlah”, pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh cawan yang diisi dengan air teh panas.

Bila datuk enggan meminum teh yang tersedia, Mahyuddin terus bertindak dengan meminumnya terlebih dahulu dan Mahyuddin yakin dengan perbuatannya itu akan menyakinkan hati datuk bahawa air teh yang tersedia tidak mengandungi racun.

"Kita tahu air teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi saya tidak berapa gemar minum teh sebelah petang”, kata datuk.

Mahyuddin tersenyum sambil menghulurkan cawan teh kepada saya, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, air teh itu terus saya hirup.

Tamat siri 50/284

BACA: SBDJ Siri 49: Rahsia Sebuah Kolam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, April 21, 2019

Objek Segi Tiga Misteri Muncul Di Lautan Pasifik

Objek Segi Tiga Misteri Muncul Di Lautan Pasifik

Sebuah objek gergasi berbentuk segi tiga telah dilihat terapung di lautan Pasifik, melalui rakaman yang diperolehi menerusi satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) dipercayai berlaku pada Selasa lalu (9 April 2019).

Objek Segi Tiga Misteri

Menerusi rakaman itu, terlihat kepulan awan sebelum objek berwarna hitam berkenaan muncul.

Menurut individu yang memuat naik rakaman tersebut, objek segi tiga misteri itu berada di sana selama tujuh jam.

"Anda boleh lihat objek gergasi berbentuk segi tiga di atas permukaan laut.

"Sudah hampir 10 tahun menggunakan satelit secara berterusan, saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini," kata pengendali akaun Youtube konspirasi, MrMBB333.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

3 Cara Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Haid

3 Cara Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Haid

Adakalanya, walaupun tahu isteri tengah datang haid, suami pula masih 'gatal' nak bersama, kerana sebenarnya ia bukanlah bermaksud anda kena stop terus bermesraan dengan pasangan, kan?

Memuaskan Suami Ketika Haid
Gambar hiasan.

Apa yang paling best kenapa anda masih perlu “menggoda” dan bermesra dengan pasangan walaupun ketika haid ialah kerana — jika anda orgasma/klimaks ketika haid, rasa kram sebab period itu akan lebih cepat hilang!

Jadi, apa caranya untuk isteri memuaskan suami ketika datang haid?

Menurut Dr. Shannon Chavez, ketika klimaks, badan anda akan melepaskan hormon oksitoksin, dopamin, dan endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit akibat kram atau kembung perut.

Menggoda di sini bukan bermaksud melakukan persetubuhan! Umum tahu, melakukan seks ketika haid adalah haram untuk orang Islam dan risiko dijangkiti penyakit jika dilakukan juga.

Jadi, apa cara memuaskan suami ketika haid? Ini 3 daripadanya yang boleh anda cuba.

3 cara memuaskan suami ketika haid, jom cuba!

1. Beri suami rangsangan oral

Ketika haid, sah-sah suami pun tak mahu berikan rangsangan oral pada anda, kan? Jadi, inilah masanya untuk anda memberi fokus pada Mr.P mereka!

Memberi rangsangan oral salah satu cara memuaskan suami ketika haid yang paling senang dan berkesan. Anda pun boleh “merembes” dengan suami groan pasangan.

2. Masturbasi bersama

Ketika haid, pasti anda tidak terlalu suka pasangan menyentuh badan anda. Jadi, apa kata anda sendiri yang menyentuh bahagian itu?

Duduklah bersama-sama dengan pasangan dan cuba merangsang diri sendiri sambil berhadapan.

Melihat pasangan menyentuh diri sendiri akan buat sesiapa saja turn on, jadi, apa salahnya kalau anda nak cuba untuk memuaskan nafsu!

3. Biar pasangan sentuh anda (tapi jangan sesekali buka baju!)

Anda dan pasangan boleh saja saling bersentuhan, tapi masih berpakaian lengkap. Biar pasangan sentuh payudara atau bahagian luar seluar dalam anda.

Cara memuaskan suami ketika haid ini tentunya tidak akan mengganggu posisi pad untuk darah haid. Malah, ia juga mampu buat kedua-dua pasangan turn on.

Jadi, tak payah risau lagi apa nak buat ketika haid jika anda horny. Jangan lupa tunjukkan juga artikel ini pada suami, ya!

Nanti mereka tahulah apa nak dibuat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Kapal Angkasa Israel Terhempas Di Bulan Selepas Cubaan Mendarat Gagal

Kapal Angkasa Israel Terhempas Di Bulan Selepas Cubaan Mendarat Gagal

Percubaan pasukan dari Israel, SpaceIL untuk mendarat di permukaan bulan gagal apabila kapal angkasa itu terhempas dan disahkan pada Khamis (11/4/2019) bahawa misi itu telah gagal menerusi acara penstriman langsung syarikat itu.

Kapal Angkasa Israel Meletup

"Kapal angkasa kami mengalami kegagalan.

"Kami gagal mendarat dengan selamat," ujar Opher Doron, ketua pengarah program Industri Aeroangkasa Israel.

Jika pendaratan itu berjaya, ia akan tercatat sebagai satu rekod baharu yang mana ia sebelum ini pernah dicapai oleh negara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Kegagalan untuk mendaratkan pesawat itu di permukaan bulan berpunca daripada masalah enjin utama.

Misi itu merupakan usaha sama antara SpaceIL dengan Industri Aeroangkasa Israel, bermula Februari 2019 lalu apabila ia dilancarkan dengan roket SpaceX Falcon 9.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar