Saturday, March 16, 2019

Caruman PERKESO, Insuran Nyawa 'Paling Murah' Tetapi Terbaik Di Malaysia!

Caruman PERKESO, Insuran Nyawa 'Paling Murah' Tetapi Terbaik Di Malaysia!

Petubuhan Kebajikan Sosial (SOCSO/PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja swasta dan tanggungan mereka.

Caruman PERKESO

Adalah dianggap sebagai satu kesalahan yang melanggar undang-undang jika pihak majikan tidak mendaftarkan syarikat dan pekerja-pekerja di bawah PERKESO, serta tidak membayar caruman. Hukuman saman dan penjara boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Sejarah dan tentang PERKESO

Badan kerajaan ini ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1971.

Semua syarikat swasta di Malaysia diwajibkan berdaftar di bawah PERKESO dalam tempoh 30 hari dari hari pertama pekerja mula bekerja, menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Pencaruman oleh pekerja adalah lebih rendah berbanding majikan, yang di antara kadar 0.5% hingga 3% berdasarkan gaji mereka.

Bagi pekerja yang bergaji lebih daripada RM3,000 sebulan, caruman tidak diwajibkan.

Tujuan penubuhan PERKESO

PERKESO telah diperbadankan untuk memberikan bantuan perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kekurangan keupayaan atau tidak berupaya, disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Malah, jika pekerja meninggal dunia, tanggungan pekerja berkenaan seperti isteri dan anak-anak akan diberi bantuan melalui pencen.

Individu yang layak

Individu layak didaftarkan di bawah PERKESO jika anda seorang pekerja di bawah 60 tahun dan bekerja di sektor swasta dengan gaji bulanan.

Anda dikecualikan daripada faedah-faedah ini jika tergolong dalam mana-mana satu senarai di bawah:
  • Pekerja tetap di kerajaan negeri ataupun persekutuan.
  • Pembantu rumah.
  • Bekerja sendiri.
  • Pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi.
  • Pasangan kepada pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi.
  • Pekerja asing.

Jenis Perlindungan

Perlindungan oleh PERKESO terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Skim Kecederaan Pekerjaan, Skim Pencen Ilat dan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Teksi).

1. Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
  • Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya.
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan.

Nota: Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.

Kemalangan semasa kecemasan

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

Penyakit khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:
  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan.
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang berbahaya dan sebagainya.

Faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan:
  • Faedah Perubatan.
  • Faedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Faedah Pendidikan.

2. Skim Pencen Ilat

Seseorang berinsuran dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Faedah di bawah Skim Keilatan:
  • Pencen Ilat.
  • Bantuan llat.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Pencen Penakat.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional dan Dialisis.
  • Faedah Pendidikan.

3. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Teksi).

Skim baharu di bawah PERKESO

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri adalah untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya berkuatkuasa pada 13 Jun 2017.

Perlindungan ini disediakan di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Tempoh perlindungan selama 12 bulan mulai dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi cetakan pada resit bayaran caruman.

Skim bencana kerja pekerjaan sendiri

PERKESO menyediakan skim perlindungan untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsuran yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Perkhidmatan teksi atau seumpamanya di Malaysia

Jenis-jenis perkhidmatan teksi:
  • Teksi Bajet.
  • Teksi Eksekutif.
  • Limosin.
  • Teksi Lapangan Terbang.
  • Kereta Sewa.
  • Perkhidmatan yang seumpamanya (Grab Car/E-Hailing).

Skop liputan dan pelaksanaan

1. Kelayakan Pemandu Teksi atau Perkhidmatan Seumpamanya:
  • Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap.
  • Berdaftar dengan JPJ, Agensi yang berkaitan atau LPKP (Sabah dan Sarawak).
  • Lesen memandu yang sah.
  • Kad Pemandu Teksi/Surat Kebenaran yang masih sah laku oleh Agensi yang berkaitan/LPKP (Sabah dan Sarawak).

2. Faedah-faedah yang disediakan:
  • Faedah Perubatan.
  • Fedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”.

3. Cara Pendaftaran

Pendaftaran adalah secara online (web based) menggunakan portal iPERKESO dan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;
  • Mempunyai talian telefon bimbit dan emel yang aktif.
  • Memuat naik lesen memandu yang sah.
  • Memuat naik kad pemandu teksi yang masih sah laku dari Agensi yang berkaitan atau memuat naik Surat Izin/Kebenaran dari LPKP(Sabah dan Sarawak).

4. Bayaran Caruman

Pembayaran hanya boleh dibuat secara online melalui perbankan internet bagi perlindungan untuk tempoh setahun.

Langkah-langkah pembayaran adalah seperti berikut:
  • Lengkapkan proses pendaftaran iPERKESO.
  • Pilih pembayaran melalui “Financial Process Exchange” (FPX).
  • Cetak resit sebagai bukti bayaran.

Pilihan caruman

Kadar caruman berdasarkan opsyen pilihan pendapatan diinsuranskan sebanyak 1.25% daripada pendapatan sebulan.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

PERKESO telah mengeluarkan baucar pemeriksaan kesihatan kepada 2.2 juta rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, keputusan menunjukkan bahawa 1.7 juta (77.3% daripada pencarum) yang layak untuk menerima pemeriksaan kesihatan percuma telah menolak inisiatif ini.

Walaupun ia memerlukan usaha untuk menjalani keseluruhan proses, namun untuk seseorang mengambil cuti untuk hadir ke perkhidmatan percuma ini adalah tindakan yang wajar dan harus digalakkan.

PERKESO juga menawarkan Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) secara percuma untuk ahli berusia 40 tahun dan keatas.

Pemeriksaan kesihatan ini meliputi pemeriksaan penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser serviks, dan kanser payu dara.

Namun, pemeriksaan percuma ini hanya ditawarkan di klinik-klinik panel terpilih sahaja. Sehingga Februari 2016, hanya 450,000 orang dari 2.2 juta ahli PERKESO yang layak telah menjalani pemeriksaan percuma tersebut.

Jadi, jika anda layak, jangan ketinggalan untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

KATEGORI CARUMAN PERKESO

Kategori pertama: Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan;
  • Kategori ini untuk semua pekerja di bawah 60 tahun dikehendaki menyertai kategori ini.
  • Hanya 0.5% daripada gaji bulanan pekerja yang harus dicarum. Sekiranya anda menyumbang peratusan yang lebih tinggi, anda perlu laporkan hal ini.

Kategori kedua: Skim Bencana Pekerjaan sahaja;
  • Untuk pekerja yang berusia 60 tahun ke atas dan masih bekerja.
  • Untuk pekerja yang berusia di atas 55 tahun yang telah membuat caruman PERKESO pertama mereka.
  • Orang yang Diinsuranskan yang menerima Pencen Keilatan dan masih bekerja dan menerima kurang daripada 1/3 daripada gaji bulanan purata sebelum ketidaksempurnaan.
  • Majikan menanggung kos caruman kepada PERKESO pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan.

Kenapa PERKESO Sangat Penting?

Antara sebab utama PERKESO amat penting ialah perlindungan yang ditawarkannya boleh dikira menyeluruh, ditambah dengan sumbangan yang diberikan apabila anda terlibat dalam bencana di tempat kerja.

Ini bermakna rawatan dan juga rawatan susulan untuk kecederaan di tempat kerja bakal ditanggung PERKESO.

Sebagai contoh, jika pekerja ditimpa kecederaan kekal ataupun memerlukan rawatan fizikal, kos rawatan tersebut bakal ditanggung PERKESO.

Ini termasuklah fisioterapi, pembedahan, anggota palsu dan juga alatan prostetik seperti kerusi roda atau alat bantuan pendengaran.

Malah, kecederaan yang berlaku di waktu rehat (yang telah ditetapkan oleh majikan) juga akan ditanggung oleh PERKESO.

Bagaimana Membuat Tuntutan PERKESO?

Sekiranya anda ditimpa kemalangan di tempat kerja, ataupun dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja, anda boleh menuntut kos rawatan dari PERKESO.

Jika kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja, majikan perlu memaklumkan hal tersebut kepada PERKESO dengan mengisi borang Laporan Kemalangan (Borang 21) dan Borang Tuntutan (Borang 10).

Anda juga perlu menghantar tag kehadiran ataupun rekod kehadiran kerja, sijil perubatan dan salinan kad pengenalan ke pejabat cawangan PERKESO.

Jika kemalangan tersebut berlaku sewaktu anda pergi atau pulang dari tempat kerja, laporan polis dan lakaran peta lokasi kejadian sewaktu kemalangan berlaku juga perlu dihantar.

Maklumat Tambahan Mengenai PERKESO

Jika gaji pekerjaan pertama anda adalah di bawah RM4,000, caruman PERKESO adalah wajib Tetapi, katakanlah anda menerima gaji lebih dari RM4,000 untuk pekerjaan pertama, anda boleh memilih untuk mencarum PERKESO ataupun tidak.

Tetapi, jika gaji pekerjaan pertama anda dibawah RM4,000 dan anda menerima kenaikan sehingga jumlah gaji anda melebihi RM4,000, anda tidak dibenarkan untuk berhenti caruman PERKESO.

Pekerja dengan kontrak sementara ataupun sambilan juga perlu didaftarkan dengan PERKESO sekiranya gaji mereka dibawah RM4,000.

Seperti yang dinyatakan diatas, ia satu kesalahan jika majikan tidak membuat caruman PERKESO, tidak kira apa jua status kontrak pekerjaan ataupun umur pekerja tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Kisah Google.com Yang 'Terjual' Secara Tidak Sengaja

Kisah Google.com Yang 'Terjual' Secara Tidak Sengaja

Perkataan google sudah menjadi satu sebutan biasa kita sehari-hari kerana cukup sinonim dengan internet sehinggakan ianya menjadi laman pertama bagi majoriti individu pengguna internet di seluruh dunia untuk melayari internet.

Google com sold
Google.com sold for $12.

Tetapi tahukah anda, pada satu hari dalam bulan September 2015, alamat laman web domain Google 'www.google.com' telah berpindah milik kepada seorang individu bernama Sanmay Ved?

Pada waktu tersebut, Sanmay sudah pun menamatkan khidmatnya dengan Google. Kemudiannya, dia cuba menggunakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google dalam memudahkan pembelian domain atau alamat laman web, melalui Google Domains.

Sekadar mencuba, Sanmay menaip 'google.com' ke dalam ruangan carian dan hasil carian tersebut memberitahu beliau, dia boleh membeli domain 'google.com' dengan harga serendah RM46 setahun.

Terkejut melihat hasil carian tersebut, Sanmay merasakan mungkin ada kesilapan ke atas sistem Google Domains.

Bagaimanapun, dia tetap cuba meneruskan pembelian. Domain 'google.com' dimasukkan ke dalam troli digital, dia memasukkan maklumat kad kredit dan pengesahan datang tidak lama selepas itu.

Sanmay kini adalah pemilik alamat 'google.com' yang sah! Pencarian di beberapa laman web penyenaraian domain mendapati domain tersebut telah bertukar tangan!

Pembelian ditarik balik

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Sanmay mendapat satu email daripada Google memberitahu yang domain 'google.com' telah diambil alih daripada beliau dan caj yang telah dikenakan pada kad kredit akan dipulangkan.

Pengakhiran yang menggembirakan

Selepas mendapati dia boleh membeli domain tersebut, Sanmay melaporkan kejadian itu kepada Google dan Google pula mendapati laporan Sanmay layak dimasukkan ke dalam skim Google Security Rewards Program.

Google Security Rewards Program adalah satu program yang disertai ramai penyelidik dari seluruh dunia.

Google pada tahun 2015 telah mengeluarkan ganjaran RM7.79 juta kepada 300 individu yang berjaya mengenalpasti isu dan masalah serta laporan dibuat.

Sanmay ditawarkan ganjaran USD6,006.13 (RM23,405) atas kejayaannya mengenal pasti potensi masalah yang mungkin berlaku, sehingga membolehkan beliau menjadi tuan punya domain 'google.com' selama beberapa minit.

Sanmay bagaimanapun mendermakan keseluruhan ganjaran yang diterima kepada program Art of Living's yang membantu dalam program pendidikan di India.

Mengetahui apa yang dilakukan oleh Sanmay itu, pihak Google pun menambah amaun yang sama kepada Sanmay sekali lagi sebagai ganjaran kepada beliau.

Bekas tuan punya Google.com

Sanmay Ved buy google for $12
Sanmay Ved.

Pengalaman Sanmay memiliki Google.com walaupun hanya sementara, katanya merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilalui sekali lagi. Bagaimanapun, dia menasihati Google agar berjaga-jaga agar perkara tersebut tidak berulang.

Selepas saja dia memiliki domain tersebut, seluruh sistem domain Google boleh diakses kerana dia berjaya masuk ke dalam domain tersebut sebagai pengendali utama.

Sanmay mengakui, dia berjaya mengakses beberapa perkara sulit yang sepatutnya hanya didedahkan di kalangan pengendali Google sahaja.

Google amat bernasib baik kerana yang terbeli domain 'google.com' pada waktu itu adalah seorang bekas pekerja Google yang beretika dan bukannya seorang penggodam yang berniat jahat.

Dilaporkan tidak ada gangguan berlaku pada enjin carian 'google.com' sewaktu Sanmay Ved menjadi tuan punya domain laman web carian paling popular di dunia itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

Situasi kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Punca kereta bergegar
Punca kereta bergegar.

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

Kali ini kami ingin berkongsi beberapa sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.

Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
  • Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
  • Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
  • Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.

Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik.

Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku.

Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama.

Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah. Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi.

Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor.

Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.

Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya.

Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda.

Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu.

Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju.

Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan.

Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
  • Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.
  • Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.
  • Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
  • Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

6. MOUNTING ENJIN HAUS

Cagakan atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran.

Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik.

Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:

1. Impak bising datang dari ruangan enjin

Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin.

Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.

2. Gegaran melampau

Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin.

Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kereta menjadi tidak selesa.

Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.

3. Enjin bergerak

Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin.

Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut dan mungkin juga disertai bunyi bising.

Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan.

Jika gagal, ia bukan saja membuatkan keadaan tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.

Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Sekiranya Huawei Mate 20 Pro merupakan raja bagi kamera terbaik mengikut DxOMark, Samsung nampaknya terus konsisten dalam menawarkan skrin terbaik bagi telefon pintar berdasarkan model yang ditawarkan.

Samsung Galaxy S10 Skrin
Samsung Galaxy S10 Skrin.

Kali ini, model Samsung Galaxy S10 dan S10+ berjaya menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik mengalahkan Samsung Galaxy Note 9 berdasarkan laporan daripada DisplayMate.

Penawaran skrin AMOLED Quad HD+ sekali gus berjaya memberi paparan terbaik buat para pengguna.

Selain daripada skrin yang memukau, Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik khusus buat anda yang sedang mencari telefon pintar Android dengan penggunaan processor Exynos 9820 serta RAM 8 GB.

Samsung Galaxy S10 sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala S10+ hadir dengan harga RM3,699.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

“Code blue! Code blue!” teriak jururawat. Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru segera kearah jururawat tersebut sambil menolak troli kecemasan. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan.

Kod Kecemasan Hospital
Gambar hiasan.

Hanya dengan satu laungan sahaja, setiap anggota kesihatan disitu sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Emergency codes, atau kod-kod kecemasan adalah suatu sistem pengkelasan kecemasan yang dipraktikkan di setiap institusi kesihatan diseluruh dunia. Kod ini digunakan untuk memberi notifikasi kepada semua warga kesihatan berkenaan kes-kes kecemasan yang dialami.

Kod ini lazimnya diklasifikasi menggunakan spektrum warna yang pelbagai sebagai penanda bagi kes-kes kecemasan yang dinyatakan.

Artikel ini menerangkan tentang kod-kod yang lazim digunakan kakitangan kesihatan di hospital dan perlu diingatkan, setiap hospital mempunyai polisi dan warna kod kecemasan yang berbeza.

Thread ini adalah sebagai satu garis panduan ringkas dan hanya melibatkan hospital sahaja. Perbezaan kod antara hospital dan negara perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

1. KOD MERAH (CODE RED)

Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit.

Pemindahan pesakit, wargakerja dan alatan penting akan dilakukan mengikut latihan kebakaran yang telah ditetapkan. Notifikasi kepada pihak bomba dan penyelamat akan dilakukan serentak.

2. KOD BIRU (CODE BLUE)

Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest.

Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit.

Setiap hospital telahpun mempunyai kumpulan tersendiri (mengikut tempat) yang bertanggungjawab menguruskan kod biru seandainya ianya terjadi diluar kawasan wad.

3. KOD JINGGA (CODE ORANGE)

Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.

4. KOD PERANG (CODE BROWN)

Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila terdapat sebarang tumpahan atau pendedahan bahan-bahan berhazad, tercemar dan radioaktif seperti gas, racun, merkuri dan lain-lain yang boleh menyebabkan jangkitan, keracunan, kecacatan malah kematian jika terdedah.

Kod ini juga barangkali melibatkan risiko bioterrorism dan hazmat.

5. KOD GREEN (CODE HIJAU)

Kod hijau digunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan banyak nyawa dan memerlukan pemindahan semua wargakerja serta pesakit di kawasan hospital ke tempat yang lebih selamat.

6. KOD HITAM (CODE BLACK)

Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.

7. KOD PUTIH (CODE WHITE)

Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.

8. KOD PERAK (CODE SILVER)

Kod perak adalah kod untuk kes yang melibatkan kekasaran seseorang terhadap orang lain, lazimnya terhadap wargakerja hospital, yang kadangkala melibatkan senjata merbahaya seperti pisau, parang, pistol.

Kod ini diaktifkan untuk memberi perlindungan keselamatan (security) terhadap si mangsa.

9. KOD MERAH JAMBU (CODE PINK)

Kod merah jambu adalah kod yang diaktifkan apabila berlakunya kehilangan atau penculikan kanak-kanak atau bayi (missing infant or abduction).

10. KOD KUNING (CODE YELLOW)

Kod kuning ini diaktifkan apabila terdapat kes kehilangan pesakit di hospital, sama ada dengan niat melarikan diri, atau hilang disebabkan ketidakupayaan mental atau diculik, dibawa lari.

Kod ini akan menyebabkan pemeriksaan keluar masuk individu dari hospital dilakukan dan jika perlu, penutupan keluar masuk (lockdown) hospital akan dijalankan.

11. KOD AQUA (CODE AQUA)

Kod aqua hanya diaktifkan apabila berlakunya banjir didalam kawasan hospital sama ada secara semula jadi (hujan, banjir kilat, dll) atau kerosakan dalaman (paip pecah, kebocoran dll).

12. KOD KELABU (CODE GREY)

Kod kelabu ini diaktifkan apabila terdapat kerosakan teruk terhadap sistem, infrastruktur atau peralatan hospital secara besar-besaran yang menjejaskan fungsinya.

Kod ini juga digunakan untuk pengasingan udara (air exclusion) kawasan tertentu.

13. KOD JERNIH/SELESAI (CODE CLEAR)

Kod ini adalah kod yang digunakan selepas sesuatu kod yang dikeluarkan terlebih dahulu telahpun selesai atau dinyahaktifkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, March 15, 2019

SBDJ Siri 27: Manusia Tanpa Kepala

SBDJ Siri 27: Manusia Tanpa Kepala

Datuk pun membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara. Datuk juga membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis dan tujuh warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk dengan air tanah liat.

Siri SBDJ 15

Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali.

Dengan penuh teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan terbalik.

Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya.

Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu.

"Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan oleh datuk.

"Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kau takutkan. Tugas aku sudah selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah.

Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat dinding.

Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi. Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang.

Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong, fikir saya dalam hati.

Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu.

Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba-tiba saya tersedak. Air kopi bersembur ke atas lantai.

"Kenapa?", suara datuk keras.

Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi kecut bila datuk memandang demikian.

"Kopi ni panas tok”, ujar saya.

"Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kau tak boleh tunggu sampai air itu sejuk”, teka­nan suara datuk cukup keras dan meninggi.

Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai gelojoh saya itu.

Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun, bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah orang.

"Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi yang tumpah di lantai dengan kain buruk.

"Dia terus balik”, jawab saya.

"Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”, tingkah lelaki itu lagi.

"Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang.

Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang.

Kami pun makan bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air kopi.

Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi hantu itu sambil berkata:

"Kau ampunkan dosa isterimu?"

"Saya ampunkan."

"Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil."

"Saya tak ada wang."

"Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas.

Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas lelaki itu menerima wang pemberian datuk.

Saya juga hairan dari mana datuk memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak membawa wang.

Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana dia dapat wang.

Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan pada lelaki itu adalah daun-daun kering. Dalam tempoh tertentu wang itu akan jadi daun kembali.

"Kenapa tok buat begitu?"

"Untuk menolong orang susah."

"Rugilah orang yang menjual barang padanya."

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut."

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya.

Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa.

Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.

Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir. Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa.

Bila acara majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia yang masih hidup.

"Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran dan kekuasaanNya pada bila-bila masa”, nada suara datuk menurun.

Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap datuk.

”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau syurga.”

"Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya.

Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang hadapan untuk tidur.

Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain.

Uda Lodin bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi.

Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat kilat bangkit dari baring.

"Ada apa?" tanya datuk.

”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"

"Hum.." datuk garu pangkal kening.

"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi.

Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bila ia mengalami mimpi itu.

Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat-ayat suci.

"Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca ayat al Kursi”, jelas lelaki itu.

"Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"

"Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.

Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali. Suasana malam cukup sepi.

"Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampunkan", itu nasihat datuk pada lelaki malang itu.

"Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”, kata lelaki itu.

Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur saya cukup nyenyak.

Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih-lebih lagi bila mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerah-merahan.

Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung menuju ke pekan Pekan Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya.

"Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin.

"Sebab?"

"Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang."

"Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar."

Dahi datuk bergerak-gerak. Biji matanya macam berputar-putar merenung muka Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.

"Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut.

"Ingat, aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah, bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni.

"Ilmu ini pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”, cukup keras suara datuk.

Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin. Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin bergaduh, lalu menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai.

"Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu.

Dengan wajah yang tersipu-sipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda Lodin.

"Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.

Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega.

"Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju ke Kuala Terung.

Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang di katakan oleh datuk padanya.

Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu Changkat Jering. Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebilah parang panjang.

Setelah membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai menjual buah-buahan kampung hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang.

Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang kepunyaan Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar.

Di samping menjual golok dan parang, Usman Rumba juga menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu.

Datuk membeli sebilah parang panjang berulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air.

Setelah membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang berhampiran dengan balai polis di situ.

Waktu mahu masuk ke gerai tersebut, seorang angota polis lengkap dengan pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu menepuk bahu datuk dari belakang.

Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan itu timbul dalam tengkorak kepala saya.

"Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang berusia kira-kira empat puluh tahun itu.

Anggota polis itu menyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu.

Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan Bruas sekitar tahun 1943-1945.

Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sama sekali.

"Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.

"Tamar cucu aku”, jawab datuk.

Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di Kuala Terung juga.

Kemudian Atan (anggota polis), mengajak saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan yang tertentu. Paling kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.

Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk diajak ke Batu Pahat.

Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya.

Sudah banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya tetapi, mereka tidak berjaya mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis itu.

"Apa masalahnya?”, soal datuk.

"Kubur anak saudara saya berasap."

"Kuburnya berasap?" datuk terkejut.

"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong”, terang anggota polis itu.

Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri anggota polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu.

Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar dan berhadapan dengan peristiwa semacam itu.

"Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka anggota polis itu.

"Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping gambar poskad ditangan.

Gambar itu diserahkan pada datuk. Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut.

Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal dari Johor itu.

"Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan.

"Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseri-seri. Senyumnya tidak putus-putus bermain dibibir.

"Bila kita akan pergi?”, tanpa sabar-sabar anggota polis itu mendesak.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya.

"Minggu depan, kita bertolak petang."

"Eloklah tu, saya boleh minta cuti."

"Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau berasingan?”, datuk mengajukan pertanyaan.

"Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari anggota polis itu.

Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai.

Seram sejak badan saya memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor dan kepalanya.

Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan.

Pertama dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh.

Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di sana.

Dan ketiga datuk perlu membuat persiapan-persiapan yang tertentu.

Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Semasa berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau belaannya datang ke halaman rumah.

Datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading.

Datuk bermain-main dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanahair.

Kadang-kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya orang bunian menuju ke arah Bukit Kota.

Anehnya, bila saya bangun dari tidur pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya sendiri tidak tahu.

Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan (anggota polis) datang ke rumah datuk.

Mana barang yang difikirkan perlu dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul sepuluh kami pun bertolak.

Lebih kurang pukul empat petang kami pun sampai di Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur.

Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan menjadi sarjan di Balai Polis tersebut).

Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah menunaikan sembahyang Maghrib.

Sepanjang perjalanan datuk tidak putus-putus bercerita dengan Atan. Ternyata banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanak-saudara Atan.

Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga saya akan melihat keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya.

Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi oleh kereta yang saya naik itu.

Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami sepanjang perjalanan. Badan terasa cukup sejuk.

Bila saya melihat keluar, saya terasa takut melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan. Tiba-tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya.

"Pukul berapa?" saya terdengar suara datuk.

Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari belakang.

"Pukul dua.”

"Kita dekat mana ni Atan?"

"Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor."

Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak, walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar stering.

Saya panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan. Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami.

"Tok”, saya mencuit bahu datuk.

”Kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya lagi.

Datuk anggukkan kepala. Secara mengejut, datuk menampar dahi Atan. Saya lihat Atan terpinga-pinga macam orang bangun tidur.

Dia menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu.

Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan.

"Mengucap Atan”, kata datuk.

Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan khayalan.

Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh wanita sambil mendayung sampan.

"Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan.

Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala sedang menunggang basikal.

Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan. Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat.

Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan berhenti betul-betul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan.

Jentera kereta serta-merta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sama. Dada saya berdebar.

Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya terdengar

bermacam-macam bunyi.

Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut, lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal.

Saya lihat batang lehernya berlubang penuh dengan urat-urat yang bertuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh badan.

"Syaitan”, jerit datuk.

Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas basikal.

Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang.

Sampai ke Batu Pahat hal itu diceritakan oleh Atan pada kawan-kawannya dan menurut kawan-kawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kenderaan.

Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang di pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu.

Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung Jorak Ilahi.

Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan kopi.

Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran tanah perkuburan itu.

"Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk.

Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada masjid itu.

Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja dan pagi.

Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat kawasan kubur yang di katakan itu.

Bila bunga senja mula jatuh di seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah.

“Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan Atan.

Kedua-duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari menyediakannya untuk tangkal.

Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan kawasan perkuburan, tengkuk saya terasa seram. Ada bunyi suara burung murai batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samar-samar.

Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batu-batu nisan yang memenuhi tanah perkuburan.

Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselang-seli dengan bunyi orang ketawa.

Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur mengkais-kais tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap.

Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan. Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan.

Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais.

Suara orang minta tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan perkuburan itu amat menakutkan saya.

Tamat siri 27/284

BACA: SBDJ Siri 26: Isterinya Jadi Kelip-kelip
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

Siapa sahaja tidak mengenali pelakon terkenal Johnny Depp yang berbakat dan sentiasa berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan seperti dalam filem Pirates of Caribbean, Charlie Chocolate Factory, Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald dan banyak lagi.

Johnny Depp vs Amber Heard

Pasti ramai tidak tahu bahawa Johnny Depp sebenarnya menjadi mangsa dera bekas isterinya, Amber Heard dan untuk pengetahuan anda, sebelum ini Amber Heard memfitnah Johnny Depp dengan mengatakan beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Justeru itu, ada warganet yang mengambil inisiatif untuk memboikot filem lakonan Johnny Depp sebagai tanda sokongan terhadap Amber.

Pada tahun 2015, jari Johnny Depp pernah cedera parah kerana ditoreh oleh Amber namun, Johnny Deep tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada sesiapa.

Namun, beliau tetap berjenaka kepada sesiapa yang bertanya tentang jarinya dan mengatakan luka berkenaan berpunca daripada satu kemalangan yang beliau alami.

Disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh Amber Heard, ia sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi Johnny Depp dalam industri seni dan kenyataan tersebut sebenarnya hanya untuk kepentingan Amber Heard meraih simpati serta publisiti.

Kontroversi yang melanda Johnny Depp dan Amber Heard ternyata menjadi buah mulut warganet tentang siapa yang betul, siapa yang salah.

Johnny Depp baru-baru ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak $50 juta (~RM200 juta) terhadap Amber Heard setelah Amber tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun, berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2016.

Menurut peguam Johnny Depp, sebelum ini Amber Heard pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa beliau pernah bertindak ganas pada Johnny Depp.

Malah, Johnny juga mendakwa Amber pernah bermain cinta dengan pemilik Tesla, Elon Musk sebulan selepas mereka berkahwin.

Akhirnya kecoh di Twitter apabila Johnny Depp menyerahkan bukti seperti rakaman daripada CCTV dan gambar beliau tercedera kepada mahkamah menjadi bualan warganet.

Johnny Depp vs Amber Heard

Warganet mula berasa bersalah kerana berpihak kepada Amber Heard sebelum ini dan memboikot Johnny Depp sedangkan beliau tidak bersalah.

Rakan selebriti yang mengenali Johnny Depp mengatakan bahawa beliau seorang yang penyayang dan tidak akan bertindak ganas seperti yang didakwa oleh Amber.

Malah, bekas isteri Johnny Depp terdahulu dan anaknya juga mengatakan hal yang sama.

Kini anda tahu siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Amber Heard ‘berlakon’ menjadi mangsa tetapi mangsa yang sebenar dalam isu ini adalah Johnny Depp.

Kami yakin, ‘Jack Sparrow’ kami tidak akan bertindak ganas pada wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch, New Zealand

Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch, New Zealand

Wisma Putra mengesahkan dua cedera namun tiada rakyat Malaysia yang menjadi terbunuh dalam serangan pengganas ketika sebahagian umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di Christchurch, New Zealand dan sekurang-kurang 40 orang terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid dan daripada jumlah tersebut, dianggarkan 30 kematian direkodkan daripada salah satu masjid tersebut.

Brenton Tarrant pembunuh jemaah Islam
Brenton Tarrant.

Salah seorang pengganas disahkan merupakan individu berkulit putih, kelahiran Australia, bertindak melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melepaskan tembakan terhadap semua jemaah di dalam masjid.

Apa Yang Telah Berlaku?
  • Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch.
  • 40 mangsa meninggal dunia dan lebih 20 cedera.
  • Ada mangsa berpura-pura mati semasa penyerang menerjah masjid dan melepaskan tembakan.
  • PM New Zealand menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas dan tahap keselamatan ditingkatkan ke peringkat tertinggi.
  • Maklumat mengenai penyerang: warga Australia, berkulit putih, berusia 28 tahun dan ekstremis berhaluan kanan.
  • Penyerang merupakan ekstremis anti-imigran dan anti-Islam. Dia ada manifesto 87 muka surat.
  • Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid.
  • 4 individu, tiga lelaki dan seorang wanita telah ditahan.
  • PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'.
  • Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video serangan yang tular.
  • Sekitar 300 orang dilaporkan berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

THE GREAT REPLACEMENT

Brenton Tarrant with friends
Brenton Tarrant.

Satu manifesto berlatarbelakangkan perasaan anti-pendatang berjudul ‘The Great Replacement’ sepanjang 73 muka surat dikongsi secara berleluasa di media sosial selepas ia dikaitkan dengan penembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15/3/2019).

“Krisis penghijrahan warga luar ke dalam negara secara besar-besaran merupakan serangan terhadap orang-orang Eropah yang, jika tidak dihentikan, akhirnya akan menyebabkan bangsa Eropah diganti dan hilang sepenuhnya," antara nota yang terkandung dalam manifesto berkenaan.

Manifesto itu yang ditulis oleh Brenton Tarrant, warga Australia yang sudah dikenali sebagai salah seorang penembak di masjid berkenaan, menceritakan kebimbangan mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand.

“Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegas Brenton.

Penduduk di New Zealand merangkumi lebih 200 kumpulan etnik.

Namun, jika melihat kepada statistik penghijrahan ke New Zealand, angka berkenaan telah menurun pada tahun 2018 dan 2017 berbanding 2016.

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh StatsNZ, pendatang luar negara menurun daripada 58,400 ke 56,230 pada hujung Disember 2018.

Bagaimanapun, perasaan anti-pendatang itu kian meningkat bukan sahaja bagi individu-individu seperti Brenton, namun juga boleh dilihat dalam undang-undang bawah kerajaan Parti Nasional.

Sekatan Kerajaan NZ Keatas Pendatang

Brenton Tarrant FB Live
Brenton Tarrant FB Live.

Pada tahun 2017, kerajaan New Zealand memperkenalkan beberapa sekatan terhadap kemasukan pendatang luar antaranya menaikkan gaji minimum untuk mendapatkan visa serta menyukarkan peluang untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris.

Serangan ngeri pada skala ini belum pernah dialami oleh penduduk New Zealand, selain insiden tembakan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki menembak mati 13 orang, termasuk dua kanak-kanak berusia 6 tahun.

Berikutan itu, undang-undang senjata diketatkan sekali gus menjadikan kes pembunuhan menurun terutamanya kes melibatkan senjata.

Akhbar NYTimes melaporkan, terdapat hanya 35 kes bunuh yang berlaku pada tahun 2017.

Sejak 2007, kes bunuh menggunakan senjata kekal bawah 10 kes, selain pada tahun 2009 yang merekodkan 11 kes.

Walau bagaimanapun, tahun 2017 merekodkan pemilikan senjata sebanyak 1.2 juta di seluruh negara itu, menurut laporan Small Arms Survey.

Serangan itu, yang menurut polis telah dilakukan oleh empat orang suspek, turut dirakam oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Buat masa ini, polis telah menangkap tiga suspek dan masih mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri.

Kebencian Terhadap Islam

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini jelas menunjukkan sikap dan reaksi serta tindak balas hasil pemikiran Islamiphobia yang dibawa dan dihasut oleh Barat supaya orang bukan Islam membenci orang Islam.

Kita semua berdukacita atas peristiwa hitam yang berlaku dan mendoakan mereka yang terbunuh matinya diterima sebagai syahid dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amiin.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

11 Individu Paling Kaya Di Malaysia 2019

11 Individu Paling Kaya Di Malaysia 2019

Senarai individu paling kaya dalam senarai Forbes di Malaysia pada tahun 2019 yang dikeluarkan menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 orang lagi menikmati peningkatan. Nilai bersih minimum untuk dimasukkan dalam senarai tahun ini ialah US$250 juta, turun daripada US$300 juta tahun lepas.

Paling kaya Malaysia 2019

Senarai ini disusun menggunakan maklumat dari individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data peribadi, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber lain.

Jumlah nilai bersih adalah berdasarkan kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 28 Februari 2019.

Syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat yang sama dengan dagangan awam.

Anggaran termasuk kekayaan pasangan, dan jika mereka merupakan pengasas syarikat, ia turut mengambil kira kekayaan anak hasil dari syarikat itu.

Dalam kes kekayaan anggota keluarga adalah berdasarkan kepada syarikat yang sama, ahli-ahli ini digabungkan menjadi satu penyenaraian, selagi masing-masing mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memenuhi syarat.

Berikut ada senarai bilionaire di Malaysia 2019.

1. Robert Kuok
Kekayaan: RM52 Bilion

Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia pada tahun ini dengan nilai bersih US$12.8 bilion walaupun kekayaannya merosot sebanyak US$2 bilion, menurut Forbes Asia.

Walaupun kedudukan pengasas Shangri-La Hotels dan pemilik Kuok Group yang berusia 95 tahun itu menurun daripada tempat ke-96 pada senarai tahun lepas dan tidak lagi termasuk dalam senarai 100 bilionaire dunia dan berada ditangga ke 104, namun beliau masih kekal sebagai individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan bersih berjumlah RM52 bilion.

2. Tan Sri Quek Leng Chan
Kekayaan: RM38 Bilion

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak US$2.2 bilion dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih US$9.4 bilion.

3. Tan Sri Teh Hong Piow
Kekayaan: RM27 Bilion

Tan Sri Teh Hong Piow, Public Bank memperoleh US$700 juta, meningkat satu anak tangga ke nombor tiga dengan nilai bersih US$6.7 bilion.

4. Tan Sri Ananda Krishnan
Kekayaan: RM25 Bilion

Tan Sri Ananda Krishnan di tempat keempat dengan US$6.2 bilion, susut US$900 juta apabila saham dalam penyedia perkhidmatan tenaga Bumi Armada susut 78 peratus tahun ini hingga 1 Mac 2019.

5. Tan Sri Lee Shin Cheng
Kekayaan: RM22 Bilion

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation dan IOI Properties menduduki tempat kelima, dengan nilai kekayaannya merosot sebanyak US$200 juta kepada US$5.4 bilion.

6. Tan Sri Chen Lip Keong
Kekayaan: RM20.4 Bilion

Tan Sri Chen Lip Keong dengan nilai kekayaan US$5 (RM20.44) bilion jatuh ditangga ke 6, adalah ketua eksekutif dan pemegang saham utama NagaCorp. Kompleks resort kasino NagaWorld di ibu negara Phnom Penh.

Keuntungan bersih tahun lepas melonjak 23%, menjadi $ 21.1 bilion, dengan permodalan pasaran $4 bilion NagaCorp mewakili peningkatan 11 kali sejak ia disenaraikan di Hong Kong pada tahun 2006, dan ia secara konsisten mengungguli stok judi lain.

7. Tan Sri Lim Kok Thay
Kekayaan: RM18 Bilion

Seorang lagi hartawan yang mengalami kemerosotan ialah Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, yang berada di nombor tujuh dengan kekayaan bernilai US$4.4 bilion.

Beliau jatuh satu tempat daripada nombor enam tahun lepas apabila kekayaannya susut sebanyak US$300 juta.

8. Tan Sri Lau Cho Kun
Kekayaan: RM13.9 Bilion

Seterusnya ialah Tan Sri Lau Cho Kun, Taikun dari Sabah dengan kekayaan US$3.4 bilion, pemegang saham terbesar di Hap Seng dengan kepentingan 73.9% berdasarkan kepentingan keluarga dalam Gek Poh Group dan Lei Shing Hong Investments.

Walaupun Hap Seng adalah pengedar bebas terbesar Mercedes-Benz di Asia, yang dikendalikan melalui perniagaan keluarga, kumpulan ini tersenarai di Bursa Malaysia dan mempunyai kepentingan dalam perladangan, bahan binaan, baja, pengedaran automotif dan pembiayaan kredit.

9. Tan Sri Kuan Kam Hon
Kekayaan: RM9.8 Bilion

Tan Sri Kuan Kam Hon dengan nilai kekayaan USD$9.8 bilion, memulakan kariernya dalam pembinaan pada tahun 1969 dengan bekerja di syarikat bapanya untuk membina rumah mewah di sekitar Kuala Lumpur.

Dia memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1978 dan menubuhkan Timol Weaving, sebuah perniagaan pembuatan yang membuat label dan lencana.

Ditubuhkan pada tahun 1981, Hartalega Holdings adalah pembuat sarung tangan nitril terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, yang dieksport ke 40 negara.

Beliau kini menjadi mentor dan jurucakap, meninggalkan perniagaan kepada dua anaknya.

10. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
Kekayaan: RM7 Bilion

Jutawan lain yang menyaksikan kekayaan mereka merosot termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-10 walaupun kekayaan merosot US$200 juta kepada US$1.7 bilion.

Saham syarikat berkaitan infrastrukturnya menyusut susulan kajian berterusan ke atas projek-projek infrastruktur mega Malaysia.

11. Tan Sri Koon Poh Keong
Kekayaan: RM7 Bilion

Turut tersenarai antara individu paling kaya di dunia dan ke-10 paling kaya di Malaysia bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal, Tan Sri Koon Poh Keong yang juga mempunyai nilai kekayaan hampir RM7 bilion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM