Monday, January 14, 2019

Proton 1 Edisi Pertama Ditawar RM5 Juta!

Proton 1 Edisi Pertama Ditawar RM5 Juta!

Seorang ahli perniagaan sanggup tawar RM5 juta untuk beli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Proton 1
Proton 1.

Tawaran itu jika baginda berkenan sanggup lelong kenderaan tersebut, telah dikongsi melalui satu hantaran dalam akaun sosial Facebook milik ahli perniagaan dengan nama Datuk Seri Zaienal Abidin.

Ketika dihubungi beliau bagaimanapun tidak dedahkan nama ahli perniagaan yang mahu buat tawaran berkenaan, tetapi menjelaskan harga RM5 juta itu berdasarkan kepada nilai kereta nasional pertama itu.

Katanya, kereta lama tersebut mempunyai nilai sentimental dan sejarah yang sangat tinggi kerana bukan sahaja kereta nasional keluaran Proton yang pertama dengan nombor pendaftaran khas ketika itu Proton 1.

Malahan juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta berkenaan. Justeru kata Zaienal, tawaran harga RM5 juta itu sebenarnya memang adalah wajar.

“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki ‘dua’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Proton 1 milik Sultan Johor itu menjadi perhatian dan perbualan apabila Sultan Ibrahim sendiri memandu ketika baginda hantar Mahathir ke lapangan terbang selepas pertemuan antara kedua-duanya baru-baru ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Sunday, January 13, 2019

20 Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

20 Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Anda mungkin fikir kebanyakan restoran McDonald’s di seluruh dunia kelihatan lebih kurang sama dan yang membezakannya hanyalah sama ada ia terletak dalam bangunan sendiri, di lot-lot kedai atau dalam pusat beli-belah.

Dari segi susun atur, kerusi dan meja, kaunter pesanan serta perkara-perkara lain, nampak tak banyak bezanya, tetapi tahukah terdapat beberapa restoran McDonald’s di seluruh dunia yang benar-benar unik dan ini 20 di antaranya.

1. Canal Street, New York City

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Sangat hitam anda boleh terlepas pandang restoran ini pada waktu malam. Ia tidaklah menarik sangat tetapi tetap masuk senarai kerana warnanya hitam dengan pada binaan lebih dari satu abad.

2. Jurong Central Park, Singapura

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

McDonald's pertama dibuka di Liat Towers, Singapura pada tahun 1979, dan sejak itu lebih dari 120 restoran McDonald’s telah dibuka di pulau itu. McDonald's hijau pertama di Singapura dibuka di Jurong Central Park pada 2011.

Ia menerima Anugerah Green Mark yang pertama untuk Restoran dari Autoriti Pembinaan Bangunan Singapura.

Dengan suasana yang damai, pokok palm, dan ruang makan patio yang berangin, ini menjadi salah sebuah restoran McDonald’s paling santai di dunia.

3. Sochi, Rusia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Berhampiran Laut Hitam, McDonald's ini mempunyai teres besar dan balkoni di tingkat dua.

Restorann McDonald's ini adalah salah satu daripada lima yang dibina untuk Sukan Olimpik Sochi pada 2014; satu langkah yang membantu mengembangkan perniagaan McDonald's di Rusia dan membolehkannya bukan sahaja menambah restoran untuk portfolio Rusia tetapi juga menambah item dalam menu, termasuk smoothie, parfait dan griled chicken wrap.

4. Bangkok, Thailand

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Estetika di sini lebih tertumpu kepada banglo berbanding hidangan burger. Ia menawarkan air pancut air yang menenangkan, lantai kayu jati dan beranda berangin dan terbuka.

5. Sedona, Ariz

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun hampir semua 37,000 lokasi McDonald's di seluruh dunia memaparkan lengkungan syarikat itu yang berwarna kuning keemasan, premis di sini digelar sebagai ‘McDonald’s turquoise’ oleh penduduk setempat kerana logo di gerbangnya berwarna turquoise.

Bandar ini berpandangan bahawa warna keemasan yang terkenal itu tidak menonjol dan bertentangan dengan dengan warna semulajadi kawasan tersebut.

McDonald's menawarkan untuk menukar warna kuning dengan turquoise supaya ia serasi dengan penduduk tempatan.

6. Ulsan, Korea Selatan

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Kita seakan tidak boleh berhenti memandang ke arah restoran berbentuk seperti kapal angkasa ini dengan lampu menerangi bahagian sayap.

Gabungan restoran drive-thru dan stesen minyak adalah sesuatu yang menarik untuk dilihat di tenggara Korea Selatan.

7. Ho Chi Minh City, Vietnam

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Outlet McDonald's yang ke 10,000 di rantau Asia Pasifik ini juga menjadi yang pertama di Vietnam. Ini menjadi restoran drive-thru pertama di negara ini, dibuka selama 24 jam sehari.

Pada hari pembukaan tahun lepas, beratus-ratus peminat makanan segera ini datang dengan skuter mereka untuk memesan Big Mac, kentang goreng, dan sandwic McPork.

8. Savannah, Ga

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun luarannya pada mulanya nampak tipikal untuk Selatan, bahagian dalam yang menjadikannya salah satu McDonald's paling sejuk.

Apabila dibuka pada tahun 2005, ini adalah McDonald's hijau yang pertama (memperolehi pensijilan LEED), dan ia mempunyai tingkap besar yang meliputi 75 peratus bahagian dalaman (mengurangkan keperluan pencahayaan dan pemanasan elektrik), tandas tanpa air dan tangki yang memanfaatkan air hujan untuk pengairan.

Di luar, terdapat tempat letak kereta untuk kereta hibrid dan rak basikal.

9. Paris, Perancis

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Walaupun Perancis, sebuah negara yang penuh dengan restoran berbintang Michelin, ‘McDo’ (panggilan penduduk tempatan) menjadi rantaian makanan segera yang terbesar.

Gergasi makanan segera ini telah memperkenalkan makanan inspirasi Perancis seperti McBaguette dan bilik makan McDonald's yang direka khas yang mempunyai kerusi berkusyen yang selesa dan hiasan dalaman ala galeri seni.

Sebuah outletnya di Paris McDonald’s - Rue Saint-Lazare (gambar), mempunyai ruang luar dari sebuah dewan bir era 1900, Au Roi de la Biere (The King of Beer) dan mengekalkan semua perhiasan pada binaan itu, termasuk sebuah patung pencinta bir Gambrinus.

10. Sydney, Australia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Lokasi Strand di George Street di Sydney kelihatan seperti ruang menelaah di sebuah seni bina moden, bukan sebuah restoran makanan segera.

Firma rekabentuk, Juicy menggunakan cetakan seni grafik berwarna oren, pink, putih, dan hitam, serta perabot seperti lounge nampak ‘cool’.

Eksterior kaca dan keluli sangat cantik, mencerminkan cahaya dalaman.

11. Dewan Bandaran Bray, Bray, County Wicklow, Ireland

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Di sebalik gambar indah bangunan di Ireland yang terbina sejak abad ke-19 ini, McDonald's sekali lagi menemui sebuah lokasi menarik di sebuah bangunan bersejarah.

Disebabkan ia terletak betul-betul di dalam Dewan Bandaran, anda pasti tahui ia berada di tengah di bandar!

12. New Hyde Park, NY

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Rumah agung Georgia yang indah sekitar tahun 1795 adalah salah satu restoran McDonald’s yang paling indah di AS.

McDonald’s pada asalnya membeli rumah itu dengan niat untuk merobohkannya dan membina sebuah restoran standard, tetapi warga New Hyde Park berjaya membantah bagi mengekalkan status kediaman ini.

Ini menjadikannya salah satu restoran paling elegan untuk francais McDonald's, lengkap dengan kawasan beranda berkaca dan tangga besar.

13. Rom, Itali

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Restoran yang dipenuhi marmar dan mosaik ini adalah antara lokasi McDonald's yang diketahui paling terkenal dan telah menjadi tarikan pelancong dengan ciri tersendiri.

Terletak di kawasan bersejarah Piazza di Spagna, bertentangan dengan Spanish Steps, restoran yang mempunyai bar salad besar ini mencetuskan kegemparan ketika dibuka pada tahun 1986 tetapi sejak itu berjaya menyesuaikan diri dengan seni bina bandar kuno.

14. Melbourne, Australia

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Art Deco McDonald's di Clifton Hill, Victoria, dulunya adalah sebuah hotel lama. Hari ini ia menyajikan burger, kentang goreng dan milk shake di ruang makan retro.

15. Roswell, N.M

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Roswell mempunyai kisah tentang penampakan UFO dan alien yang pertama pada tahun 1947.

Restoran McDonald’s di sini menawarkan binaan berbentuk UFO lengkap dengan lampu neon. Restoran ini juga mempunyai roket terbang dengan Ronald McDonalds di ruang permainan.

16. Porto, Portugal

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Restoran McDonald's mewah di bandar bukit Porto di utara Portugal terletak dalam bekas Kafe Imperial, sebuah kedai kopi bersejarah tahun 1930-an.

Ia telah menjadi tempat pelancongan popular bagi pelawat yang mengagumi tingkap kaca Art Deco, facade yang dihias dan candelier.

17. Dallas, Texas

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Mereka kata segala-galanya lebih besar di Texas, dan untuk sebuah restoran McDonald's, itu benar! Memandu ke Montfort Drive, anda akan melihat Happy Meal terbesar di dunia.

Di dalam restoran ini terdapat candelier kristal Austria, kertas dinding Ralph Lauren, lantai granit, booth mahogany dan bilik permainan.

18. Taupo, New Zealand

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Taupo, New Zealand, diberi penghormatan untuk mempunyai satu-satunya restoran yang merangkumi pesawat yang dilupuskan sebagai sebahagian daripada restoran.

Bekas pesawat penumpang DC-3 itu dibina pada tahun 1943 dan membawa penumpang di seluruh negara untuk syarikat penerbangan New Zealand, SPANZ pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Selepas menjadi pesawat penumpang, ia membawa baja. Penerbangan terakhir pesawat itu adalah pada Oktober 1984, dan dibawa melalui jalan ke Taupo oleh seorang peminat pesawat tempatan dan diletakkan di kedudukannya sekarang.

Pada asalnya ia hanya sebagai daya tarikan untuk pengedar kereta yang dikenali sebagai Aeroplane Car Company.

McDonald's membeli pesawat itu pada tahun 1990 apabila mereka membina McDonald's, yang dibuka pada November. Walaupun restoran itu berasingan dari pesawat, pengunjung boleh menikmati makanan mereka di dalamnya.

19. Guantamano Bay, Cuba

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Hanya ada satu McDonald's di Cuba, dan ia berada di pangkalan tentera Laut Guantanamo Bay, terletak di kawasan seluas 45 batu persegi di tenggara Cuba, telah disewa oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1903, dan mungkin paling terkenal dengan penjara tenteranya, yang telah beroperasi sejak tahun 2002.

Pada tahun 1986, sebuah McDonald's dibuka di pangkalan itu dan ia tetap menjadi satu-satunya McDonald’s di Cuba.

20. Orlando, Fla

Kedai McDonald's Paling Unik Di Dunia

Digelar ‘McDonald’s hiburan terbesar di dunia’ restoran berkeluasan 18,716 kaki persegi yang dibina di Orlando beberapa tahun lalu berhampiran tapak McDonald's yang terdahulu, adalah satu pemandangan yang patut dilihat.

Ia mempunyai ketinggian 48 kaki; mempunyai struktur permainan 22 kaki tinggi dan keluasan 2,000 kaki persegi, arked yang paling canggih; Ronald McDonald berketinggian 30 kaki; nyanyian animatronic Mac Tonight dan menu unik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Dakwah Agama Di Malaysia

Dakwah Agama Di Malaysia

Jujur - kita – umat Islam terutamanya orang Melayu di Malaysia mahu orang bukan Islam khususnya kawan rapat memeluk agama Islam. Mengapa?

Dakwah Agama

Pertama, kita akan dapat pahala jika mengislamkan mereka secara langsung – sama ada dengan sendiri atau dengan bantuan gologan agamawan. Paling tidak pun kita berdoa agar hati mereka terbuka untuk memeluk Islam.

Kedua, kita dapat menyelamatkan mereka daripada kesesatan. Kita percaya kita berada di jalan yang benar. Lantas mengislamkan mereka bererti membawa mereka ke jalan yang benar.

Mengapa kita lakukan itu semua? Mengapa kita mahu mereka masuk Islam? Sebab kita sayang mereka.

Kita tidak sanggup melihat orang yang kita sayang terus hidup dalam kegelapan. Lantas mereka perlu diselamatkan.

Dakwah atas sifat kasih

Jadi orang bukan muslim tidak harus sangsi atau marah jika ada usaha dakwah dijalankan ke atas mereka. Ini kerana dakwah dibuat atas sifat kasih sayang terhadap mereka.

Niat yang murni. Sama ada mereka mahu menerimanya terpulanglah. Tidak ada paksaan.

Bagaimana pula bukan muslim? Khususnya pendakwah non muslim. Tentunya mereka juga percaya pegangan mereka benar. Bagi mereka kitalah yang berada di jalan yang tidak betul.

Lalu mereka mahu menyelamat kita. Mengapa? Sebab mereka sayang kita.

Kawan lama saya, bekas wartawan Straits Times Singapura, Ismail Kassim menceritakan bagaimana usaha mengkristiankan beliau dijalankan kepadanya sebanyak tiga kali.

Kisah ini ada dalam buku berjudul “No Hard Feelings “ yang Ismail hasilkan pada tahun 2008.

Kata Ismail kali pertama ialah pada tahun 1960. Evangelist terkenal dari Amerika Syarikat Billy Graham melawat Singapura dan mengadakan perhimpuan atau ceramah perdana di Stadium Jalan Besar.

Graham mempunyai reputasi sebagai seorang pendakwah hebat yang boleh meyakinkan orang ke jalan Jesus Christ.

Menurut Ismail beliau diberitahu jika dengar hujah Graham sekali akan pecaya selama-lamanya.

Sebenarnya bukan orang Kristian yang mahu Ismail mendengar hujah Graham. Sebaliknya Ismail sendiri yang mahu mendengar apa yang disampaikan oleh Graham.

Lalu Ismail mengajak kawannya yang beragama Kristian menemaninya ke Stadium Jalan Besar.

Dan Ismail pun melihat sendiri dan mendengar Graham bercakap mengenai pengembaraan keagamaannya dan apa yang membuatnya menerima Bible sebagai kata-kata tuhan. Words of God, katanya.

Pada akhir ceramah, Graham merayu semua yang hadir menerima Christ sebagai penyelamat peribadi atau personal saviour.

Kali kedua ialah pada tahun 1980-an. Kenalannya, seorang non Muslim tiba-tiba kerap bercakap mengenai agamanya dan benda-benda hebat yang berlaku dalam hidupnya sejak dia mula kembali kepada agamanya.

Dan kali ketiga ialah pada tahun 2007. Dua wanita memegang Bible datang ke kediaman Ismail untuk bercakap mengenai agama Kristian.

Ketiga-tiga kali Ismail tidak terpujuk akan dakwah yang disampaikan. Ismail seperti yang beliau sendiri mengakui bukanlah seorang Muslim yang “kuat” ketika usaha mengkristiankannya dijalankan.

Terutama pada tahun 1960. Beliau mengaku belajar solat hanya pada tahun 1983.

Pun begitu Ismail tidak berganjak. Beliau tetap Islam hingga ke hari ini – hidup sebagai seorang Muslim yang mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam, a practicing Muslim - walaupun tiga kali berdepan dengan pendakwah Kristian.

Ismail tidak marah terhadap pendakwah berkenaan. Beliau tahu mengapa mereka berdakwah. Padanya mereka berhak menyampaikan mesej mereka dan beliau juga berhak untuk tidak menerima mesej itu.

Di Malaysia ada undang undang yang melarang pendakwah bukan Islam menjalankan kegiatan mereka terhadap orang Islam. Ia bertujuan menjaga keislaman umat Islam.

Kurang ajar, tak hormat orang Islam

Selain boleh dibawa ke muka pengadilan kerana melanggar perundangan, aktivti pendakwah non muslim terhadap umat Melayu Islam menimbulkan pelbagai reaksi. Terutamanya apabila Bible diberi kepada orang Islam khususnya budak sekolah.

Ramai yang marah dan sebagainya. Tuduhan kurang ajar dan tidak menghormati orang Islam dilemparkan. Reaksi sedemikian, setuju atau tidak, boleh difahami.

Tapi ini seolah-olah memberi gambaran umat Islam sangat mudah terpengaruh.

Berilah penghormatan dan kepercayaan kepada umat Islam, terutamanya orang Melayu. Iman mereka tidaklah setipis itu.

Nakal atau jahat macam mana pun umat Islam, mereka tidak akan menukar agama hanya dengan melihat salib atau diberi malah membaca Bible.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

SBDJ Siri 12: Toyol Jadi-Jadian

SBDJ Siri 12: Toyol Jadi-Jadian

Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati meradang dengan perbuatannya.

Toyol jadi-jadian

“Kenapa tok?” tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.

“Kita sudah hampir pada matlamatnya.”

“Matlamat apa tuk?”

“Mencari orang yang jadi tuan toyol.”

“Kalau kau faham baguslah.”

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.

Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka dan badannya.

Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut.

Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.

Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair embun.

Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar.

Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan sungguh menarik sekali.

Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya nampak.

Bila matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia.

Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.

“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu.

Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya beberapa detik.

Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.

“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini,“ dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu-manggu.

“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.

“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.

“Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.

“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.

“Rumah Kidon.”

“Orang sini jati?”

“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”

“Orang Padang ke orang Jambi.”

Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.

“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.

“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.

“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.

“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.

“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”

“Hummmm…,” suara datuk perlahan.

Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan.

Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuan punya toyol jadi-jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.

Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.

Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya.

Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau-harimau perliharaannya pulang.

“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu.

Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak.

Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam.

Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali.

Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak ditempoh angin.

Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” biSik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli.

Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, badannya kelihatan berpeluh.

“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau.

Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.

Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu datuk pada saya.

Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya.

Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kain putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.

“Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi.

Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan, Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya itu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zink buruk. Zink itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

“Mayat itu disalai selama empat puluh empat hari dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya.

Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan. Dia membilang biji tasbih.

Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah.

Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini :

“Dengarlah anakku,
Perasaan dan hatimu
Bersatu dengan aku
Dua tubuh Satu harapanku
Kaulah yang mengerjakannya
Tujuh lapis bumi,
Tujuh lapis langit,
Bersatu di bukit Kaf
Bersemadi dalam diri kita."

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang-panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam.

Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Tapi dia merasa pusa.

Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencuri harta orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu.

Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon.

Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.

“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru-garu papan lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin.

Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.

“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepil.

Tulang-tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.

“Kau lihat,” ujar datuk pada saya.

Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.

“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering.

Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya.

Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.

“Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.

“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup," jawab Kidon.

“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon.”

“Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau.”

“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”

“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebohkan.”

“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga,” Datuk memberi keputusan muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas.

Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram.

Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu.

Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.

Tamat siri 12/284

BACA: SBDJ Siri 11: Menunggang Harimau Di Tengah Malam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Nota Bunuh Diri Anak Yang Menyayat Hati Mahu Ibunya Gembira

Nota Bunuh Diri Anak Yang Menyayat Hati Mahu Ibunya Gembira

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota menyayat hati, selepas didakwa membunuh diri untuk membuatkan ibunya sebagai 'wanita paling gembira di dunia'.

Nota bunuh diri
Polis di tempat kejadian.

Pasukan kecemasan menerima panggilan mendakwa seorang budak perempuan menggantung dirinya pada pukul 10.18 malam 6 Januari 2019 lalu.

Kejadian itu berlaku semasa berlangsung satu festival di mana setiap orang memberikan hadiah antara satu sama lain.

Nota tragik itu mendakwa dia memberikan 'hadiah terbaik' dengan membunuh dirinya sendiri.

Dia dilihat menyalahkan dirinya sendiri selepas bapanya meninggalkan dua beranak itu dan mempercayai dia telah 'menyakit' dan 'merosakkan' kehidupan ibunya.

Antara ayat di dalam surat itu yang menyentuh emosi menyebut, "Saya mahu ibu saya supaya bertenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang saya minta adalah kegembiraannya.

"Saya berharap suatu hari nanti anda akan mengingati saya dan di langit akhirnya, anda memeluk saya.

"Seperti yang anda sering katakan pada saya yang anda berharap saya tidak pernah dilahirkan.

"Saya sangat sayang ibu," menurut nota tersebut.

Pihak berkuasa di Aguascalientes, Mexico, mengesahkan punca kematian disebabkan menggantung diri.

Jiran-jiran memberitahu bahawa budak perempuan tidak pernah dilihat sedih atau mempunyai masalah.

Pihak berkuasa di Mexico menyiasat kes kematian itu dan laporan tempatan mendakwa polis sedang meneliti untuk mendakwa ibu kanak-kanak berkenaan.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kontroversi Osé, Alat Perangsang Seks Wanita CES 2019

Kontroversi Osé, Alat Perangsang Seks Wanita CES 2019

Setiap tahun, Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) Amerika Syarikat menganugerahkan Trofi Teknologi Paling Berinovasi kepada mana-mana syarikat yang berjaya menghasilkan produk berinovasi tinggi.

Ose Lora DiCarlo

Tahun ini, antara pemenang anugerah inovasi teknologi ini adalah Osé (sebelum ini dikenali sebagai Vela), keluaran syarikat Lora DiCarlo.

Osé merupakan alat perangsang seks wanita yang membolehkan pengguna mencapai klimaks bercampur di beberapa alat kelamin wanita.

Osé mampu berfungsi sedemikian kerana ia menggunakan robot mikro yang bergerak sama seperti mulut, lidah dan jari manusia.

Osé memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita berkenaan.

CTA walaubagaimana pun telah menarik balik penganugerahan ini kerana mereka mendakwa ia tidak mencerminkan prinsip organisasi mereka.

“Vela (atau Ose) sepatutnya tidak boleh diterima permohonannya untuk mendapat anugerah produk inovasi. Ini kerana produk ini tidak masuk dalam mana-mana kategori yang ditetapkan,” kata CTA melalui satu kenyataan.

CTA juga tidak membenarkan syarikat Lora DiCarlo untuk mempamerkan produk mereka di CES.

Syarikat Lora DiCarlo mengkritik tindakan CES dan menuduh persatuan itu mengamalkan sistem hipokrit.

“CES sebelum ini telah membenarkan produk onani seperti B.Sensory dan OhMiBod. Produk-produk ini telah memenangi Anugerah Kesihatan Digital 2016, tetapi kali ini tidak membenarkan produk kami dari dipamerkan. Ini adalah sikap paling hipokrit yang pernah kami saksikan,” kata Lora Haddock, CEO syarikat Lora DiCarlo.

Haddock menggariskan isu kesaksamaan wanita dalam dunia teknologi.

“CES sebelum ini membenarkan syarikat lain mempamerkan produk pornografi Realiti Maya (VR) dan juga robot seks untuk lelaki pada tahun lepas. Mengapa pula jika kesihatan digital bertumpukan kepada wanita, produk kami tidak pula dibenarkan?” persoal Haddock lagi.

CTA menyatakan bahawa semua keputusan berkenaan dengan proses penganugerahan inovasi oleh persatuan itu adalah muktamad.

Namun demikian, persoalan tentang kesaksamaan produk digital kesihatan lelaki dan wanita di dunia teknologi akan terus diperdebatkan walaupun CES 2019 telah melabuh tirainya.

Os memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Penjual Teh Antara Senarai Terkaya Forbes 2019

Penjual Teh Antara Senarai Terkaya Forbes 2019

Pasangan penjual teh yang beroperasi di sebuah gerai kecil di Kochi, India membuktikan impian boleh menjadi kenyataan hasil disiplin dan usaha gigih dan siapa sangka dengan hanya menjual teh setiap hari, pasangan ini telah berkunjung ke 23 negara di seluruh dunia.

Penjual Teh Kaya

Malah, pencapaian mereka turut diketengahkan dalam Senarai Terkaya Forbes 2019.

Memulakan perniagaan sejak 1963, Vijayan dan isterinya, masing-masing berusia dalam lingkungan 70 an memastikan impian itu dicapai dengan disiplin menabung setiap hari.

Mempunyai pelanggan antara 300 hingga 350 sehari, pasangan ini akan menyimpan Rs300 setiap hari untuk tujuan melancong.

Gerai milik mereka juga antara lokasi tumpuan ramai di Kerala tanpa mengira siang atau malam.

Pasangan ini juga popular dalam kalangan pelancong asing selain selebriti tempatan.

"Melancong boleh mengubah cara berfikir dan budaya kita," kata Vijayan.

Penjual Teh Kaya

Sehingga kini, Vijayan dan isterinya telah melancong antaranya ke Singapura, Argentina, Peru, Switzerland dan Brazil.

Kisah pasangan ini mendapat perhatian ramai di media sosial, malahan menambah bilangan pelanggan di gerai teh mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kenapa Rakyat Jepun Menerima Yakuza?

Kenapa Rakyat Jepun Menerima Yakuza?

Seorang pengkaji, Uchiyama menjelaskan bahawa rakyat Jepun sendiri mempunyi sikap kurang negatif terhadap kumpulan yakuza, sekalipun mereka tahu ia adalah kumpulan sindiket jenayah atau pun kongsi gelap.

Yakuza Jepun

Bagi mereka, kumpulan ini masih diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Lagi pun, sejarah kemunculan yakuza sendiri adalah seperti cerita Robin Hood yang memperbaiki kehidupan masyarakat tapi hidup sebagai penjenayah bermaruah.

Walaupun teori asal-usul yakuza menunjukkan kumpulan ini bertitik tolak dari kumpulan bakuto dan tekiya, namun, mereka memandang perjuangan kumpulan zaman lampau, machi yakko sebagai penguat semangat mereka.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kumpulan bakuto dan tekiya telah mempengaruhi aktiviti kumpulan yakuza dari aktiviti perjudian, adat potong jari hinggalah mengutip wang perlindungan peniaga.

Apa pula sejarah machi yakko yang sangat diminati kumpulan yakuza hari ini?

Machi Yakko Dan Kisah Seorang Lelaki Bernama Chobei

Suatu masa duhulu, geng-geng samurai yang jahat sering kali melakukan serangan terhadap pekan-pekan sekitar Jepun.

Maka, satu kumpulan pemuda-pemuda pekan telah ditubuhkan untuk menghalang kecelakaan ini atau digelar machi yakko.

Penduduk pekan semestinya akan bersorak untuk mereka yang merupakan orang awam dan tak ketinggalan hamba yang bangkit melawan samurai-samurai yang mahu menganggu.

Mereka inilah yang dipandang sebagai wira-wira rakyat dan jaguh bagi golongan lemah.

Salah satu kisah mengenai machi yakko yang paling mendapat sambutan adalah penceritaan mengenai seorang lelaki bernama Chobei.

Beliau telah menjadi broker pekerja buruh yang merekrut pekerja-pekerja untuk pembinaan jalan raya di sekitar Tokyo.

Pekerja-pekerja yang diambil juga akan membaiki dinding-dinding batu di sekeliling istana shogun.

Kesempatan ini telah diambil untuk mewujudkan satu peluang menjana pendapatan lebih dengan menjalankan aktiviti judi.

Beliau berjaya menarik lebih ramai pekerja dan membolehkan dia mendapatkan semula gaji pekerja-pekerjanya dengan bermain judi.

Cerita Chobei ini seolah-olah ada persamaan dengan asal-usul kemunculan bakuto yang merupakan susur galur kumpulan yakuza.

Yakuza Cuba Buktikan Mereka Berguna Untuk Masyarakat

Pada zaman lampau di Jepun, memang banyak catatan sejarah yang membuktikan bahawa penjenayah yang membantu penduduk pekan atau kampung diangkat sebagai wira.

Begitu juga, sejarah asal-usul yakuza yang dikatakan ada terkait dengan peranan pahlawan-pahlawan agung Jepun yang melindungi nilai-nilai tradisi negara.

Oleh sebab itu, rakyat Jepun menganggap mereka ini sebagai salah satu kumpulan baik.

Menurut seorang pengkaji, Gragert menyatakan bahawa polis dan ilmuwan cuba memecahkan tanggapan baik orang awam terhadap yakuza.

Caranya adalah dengan mencabar kesahihan hubungan sejarah kumpulan dan pahlawan agung dahulu dengan yakuza masa kini.

Namun, rakyat Jepun tetap beranggapan yakuza mempunyai sejarah agung pada zaman lampau.

Pada zaman moden ini, kumpulan yakuza sendiri telah melawan banyak dakwaan polis yang mengatakan mereka sebagai kumpulan ganas.

Sebagai contoh, kenyataan yang dikeluarkan oleh Shinobu Tsukasa, ketua kumpulan Yamaguchi Gumi (kumpulan yakuza paling berkuasa di Jepun) bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan bantuan kemanusiaan jika berlaku krisis atau bencana di Jepun.

Sewaktu gempa bumi Hanshin pada tahun 1995, kumpulan yakuza ini adalah pasukan pertama yang membantu mangsa di Kobe dan sekitarnya.

Kumpulan yakuza ini juga pernah terlibat menghantar bantuan dan bekalan kepada mangsa tsunami Jepun pada tahun 2011.

Mengikut sejarah juga, kumpulan yakuza telah banyak membantu rakyat Jepun ketika era pasca-perang Jepun.

Persepsi rakyat jelata dan kerajaan terhadap yakuza mula berubah

Sedikit demi sedikit, persepsi kurang negatif rakyat Jepun kepada yakuza akhirnya berubah.

Ini semua telah bermula selepas kerajaan Jepun memperkenalkan undang-undang Anti-Boryokudan (anti-kumpulan ganas) pada tahun 1991.

Itu yang menyebabkan kumpulan yakuza berkerja keras memberitahu bahawa mereka kumpulan bantuan kemanusiaan.

Tahun demi tahun, operasi dan perniagaan kumpulan yakuza terus ditekan dengan beberapa undang-undang baru seperti undang-undang anti-dadah (Anti-Drug Provision 1992), undang-undang Hukuman Organisasi Jenayah (Organized Crime Punishment Law 2000) dan undang-undang pemindahan kutipan jenayah (Transfer of Criminal Proceeds Privention Law 2007).

Disebalik ketegasan kerajaan dalam usaha membunuh karakter kumpulan yakuza dari segenap operasinya, sejarah terdahulu membuktikan hubungan benci dan cinta kerajaan Jepun dan kumpulan ini tidak berbelah bagi.

Pada tahun 1960, sewaktu Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower melawat Jepun, pihak kerajaan telah meminta bantuan ketua-ketua yakuza untuk meminjamkan puluhan ribu ahlinya sebagai pengawal keselamatan.

Tak lupa juga, skandal rasuah yang melibatkan ahli parlimen dan penjenayah yakuza sepanjang tahun 1970 hingga 1980.

Persoalannya, mengapa dan bagaimana hubungan kerajaan dan yakuza boleh retak begitu sahaja beberapa tahun kemudian?

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Ada Artis Jual Tubuh RP300 Juta, kata Nikita Mirzani

Ada Artis Jual Tubuh RP300 Juta, kata Nikita Mirzani

Berita yang cukup untuk membuatkan ramai agak terkejut, termasuk di mata selebriti kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani, terutamanya mengenai 'harga' ditetapkan untuk 'berpacaran' dengan Vanessa Angel.

Nikita Mirzani Vanessa

Nikita juga berkata, dirinya sendiri mempunyai harga yang lebih murah berbanding Vanessa.

“Ya, tapi tarif saya jauh lebih murah berbanding Vanessa,” katanya.

Menurut Nikita, memang ada artis menawarkan harga hingga mencecah ratusan juta rupiah sebelum boleh seseorang lelaki melanggan mereka.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, perkhidmatan seks yang ditawarkan tidak terhad kepada wanita bahkan ia juga merangkumi golongan selebriti lelaki.

Khidmat itu, katanya, ditawarkan kepada wanita elit.

Nama Vanessa begitu panas selepas dia ditangkap bersama seorang lelaki di atas ranjang dalam sebuah bilik hotel mewah.

Harga diri sangat rendah

Bagaimanapun polis menegaskan serbuan itu dilakukan sebelum ada sebarang aktiviti seksual berlaku.

Lelaki itu pula tidak didedahkan namanya, kecuali sebagai R dan merupakan seorang tauke pasir.

Untuk rekod, Nikita Mirzani bukan asing dalam isu kontroversi kerana sebelum Vanessa, nama Nikita terlebih dulu menjadi bualan kerana turut dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menjaja tubuhnya.

Bagaimanapun, polis dilapor tidak menemui sebarang bukti ke atas pembabitan Nikita dan dia juga tidak didakwa setakat ini.

Wujud persamaan dalam kes Nikita dan Vanessa, iaitu perkhidmatan itu ditawarkan - dan dikendalikan - secara dalam talian.

Berkongsi lanjut pengalamannya, kata Nikita, dia sebenarnya mengenali salah seorang daripada artis senior yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga yang sangat tinggi.

“Ada juga sampai Rp300 juta (lebih RM87,300)," katanya.

Nikita kemudian ditanya lagi sekiranya ada lelaki hidung belang pernah menawarkan harga dengan nilai ratusan juta untuk bermalam dengannya.

“Tak ada yang mahu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi artis Indonesia, Kimberly Rider turut memberi komentar berhubung skandal yang membayangi Vanessa.

Bagaimanapun, dipercayai kenyataan Kimberly itu lebih besifat menyindir.

Menurut pelakon sinetron Bidadari-bidadari Surga itu, harga ditawarkan bagi meniduri Vanessa disifatkannya terlalu murah.

“Bagi saya tidak sesuai. Maksudnya anda menjual diri dengan harga serendah itu sedangkan yang mahu beli itu banyak duit,” katanya.

Bagi Kimberly, 35, seseorang wanita sepatutnya mempunyai harga diri yang sangat tinggi.

Bagaimanapun, Kimberly yang pernah menjayakan filem kolaborasi Malaysia-Indonesia berjudul Kastil Tua itu menolak sekiranya karier Vanessa sebagai artis membawa pengaruh negatif.

Dia yakin, pembabitan Vanessa sebagai anak seni berada di landasan yang benar.

Kimberly juga berkata, selama pembabitannya dalam dunia hiburan, dia tidak pernah mengikut mana-mana perniagaan haram yang beredar di sekelilingnya.

“Orang kenal sebab kita selebriti, justeru lakukan perkara-perkara positif sajalah. Kalau negatif jangan diikuti,” katanya.

45 Artis, 100 Model Didakwa Jual Tubuh

Polis menemui bukti sekurang-kurang 45 artis dan 100 model menawarkan khidmat pelacuran dalam talian selepas membongkar kes membabitkan dua artis Indonesia, Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila.

Penemuan angka itu berlaku selepas melakukan pemeriksaan intensif ke atas dua suspek disyaki bapa ayam dalam kes terbabit yang hanya dikenali sebagai ES, 37, dan TN, 28.

Pada 5 Januari 2019 lalu, polis menangkap Vanessa dan Avriellia di Hotel Surabaya kerana disyaki terbabit dalam sindiket pelacuran dalam talian dan selepas disiasat, kedua-dua artis terbabit dibebaskan.

Kadar bayaran

Kesemua artis terbabit dikendali oleh bapa ayam ES dan TN bagaimanapun, jaringan kedua-duanya berbeza.

ES berhubung secara langsung dengan artis yang dia sediakan, manakala TN menjaga 100 nama model FHM dari majalah Popular.

Polis Indonesia setakat ini sudah mengumpulkan maklumat artis dan model terbabit selain maklum dengan kadar bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan bapa ayam tersebut.

Ada yang dibayar Rp100 juta (RM29,225), Rp80 juta (RM23,380) dan Rp25 juta (RM7,306).

ES dan TN menjalankan urus niaga pelacuran dalam talian ke semua kota di Indonesia, bahkan ada permintaan sehingga ke luar negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2