Thursday, September 20, 2018

Adakah Cukai Jualan dan Perkhidmatan 10% dan 6% Sama Dengan 16%?

Adakah Cukai Jualan dan Perkhidmatan 10% dan 6% Sama Dengan 16%?

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 perlu menjadi satu revolusi bagi menggembirakan rakyat yang bosan dengan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.

Kelemahan SST

Ada khabar angin menyatakan bahawa SST meningkatkan beban cukai kepada 16 peratus, iaitu gabungan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus.

Anggapan bahawa '10 peratus dan enam peratus bersamaan 16 peratus' mungkin bermula apabila GST digantikan dengan dua cukai berasingan, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan, yang membawa kepada cadangan kadar kedua-dua cukai harus digabungkan.

Bagaimanapun, cukai jualan (pada 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (pada enam peratus) masing-masing mempunyai skop yang sangat berbeza.

Cukai jualan merangkumi barangan perkilangan dan barangan import manakala skop cukai perkhidmatan hanya meliputi perkhidmatan.

Dari segi undang-undang dan dasar, ia adalah sama ada 10 peratus atau enam peratus, tidak kedua-duanya pada masa yang sama (diakui, cukai jualan bagi item tertentu adalah lima peratus).

Tetapi, bukannya 6 peratus atau 10 peratus, beban cukai akhir adalah nombor 'purata berwajaran' yang terletak antara kontinum sifar peratus, enam peratus dan 10 peratus - bergantung kepada kadar daripada 'barangan' yang dikenakan cukai masing-masing pada sifar peratus, enam peratus dan 10 peratus.

Bagaimanapun, sistem SST mempunyai kelemahan dalaman iaitu ia kadang-kadang mungkin menyebabkan urus niaga dikenakan pelbagai pendedahan kepada cukai.

Cukai berbilang ini, yang dikenali sebagai 'lata cukai' atau 'kesan lata' dan secara tidak langsung meningkatkan harga barangan tertentu yang terjejas, menjadikannya lebih mahal (dan kurang berdaya saing dari segi harga) dengan setiap pendaftar SST tambahan di sepanjang rantaian bekalan.

Pihak berkuasa yang menyedari kekecohan "lata cukai" boleh meningkatkan harga dan daripada pelbagai kaedah yang digunakan untuk meminimumkan "kesan lata", tiga daripadanya wajar disebut.

Pertama, kerajaan meningkatkan ambang pendaftaran SST untuk kedai makan kepada RM1.5 juta setahun (daripada ambang mungkir RM500,000) untuk meminimumkan bilangan kedai makan berdaftar SST.

Ini tidak menghapuskan cukai tetapi ia mengurangkan dengan banyak peluang untuk lata cukai di sepanjang rantaian penyediaan makanan.

Seterusnya, untuk mengelakkan cukai dua kali, undang-undang mengenal pasti (dengan khusus) jenis orang yang boleh dikenakan SST.

Sebagai contoh, hanya pengeluar dinamakan sebagai 'orang yang boleh dikenakan cukai', bukan pemborong atau peruncit; oleh itu, ia mengelakkan lata cukai di sepanjang rantaian pengedaran.

Dan ketiga, jumlah barangan yang dikenakan cukai jualan adalah kira-kira 6,400 berbanding 11,197 di bawah GST (mewakili kira-kira separuh) manakala kumpulan perkhidmatan yang lebih sempit berada di bawah cukai perkhidmatan.

Walaupun frasa "10 peratus dan 6 peratus sama dengan 16 peratus" tidak tepat dari segi undang-undang, gambaran masalah 'cukai lata' adalah agak tepat dan dengan itu instruktif.

Terdapat situasi di mana cukai dua kali atau bahkan tiga kali boleh berlaku - satu peringatan menakutkan bahawa tiada dasar cukai (GST atau SST) yang tidak mempunyai masalah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Wednesday, September 19, 2018

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Sejak 2008, Marvel Studios telah menakluk dunia dengan filem adiwira mereka di bawah projek Marvel Cinematic Universe (MCU). Dunia filem adiwira mereka dimulakan dengan filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr. dan sehingga kini sudah 20 buah filem MCU telah ditayangkan kepada dunia.

Filem di bawah MCU juga turut dikenali sebagai filem yang melonjakkan nama-nama pelakon mereka menjadi pelakon A-list di Hollywood termasuk Chris Evans, Chris Pratt, Zoe Saldana dan ramai lagi.

Tetapi tahukah anda, bukan semua pelakon yang kini memegang watak adiwira Marvel adalah pilihan pertama pengarah atau penerbit filem berkenaan?

Berikut merupakan enam pelakon yang hampir masuk MCU dan menjadi ahli Avengers.

1. TOM CRUISE (Iron Man)

TOM CRUISE (Iron Man)

Downey Jr. berjaya membawa watak Tony Stark/Iron Man dengan sangat baik sehingga ramai yang menggelar beliau Tony Stark sejati dan tiada lain yang layak untuk menggantikan beliau.

Tetapi sebelum Downey Jr., Tom Cruise hampir memegang watak adiwira itu yang juga merupakan seorang jutawan, dermawan yang genius dan playboy.

Pada fikiran anda, sesuai tak kalau Cruise menjadi Tony Stark atau Iron Man?

2. EMILY BLUNT (Natasha Romanoff/ Black Widow/Agent Carter)

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Sudah dua kali Emily Blunt terlepas peluang menyertai MCU dan menjadi ahli Avengers.

Kali pertama, pelakon cantik dan serba boleh ini ditawarkan watak Natasha Romanoff/Black Widow di dalam filem Iron Man 2, tetapi beliau terpaksa menolak kerana pertembungan jadual penggambaran dengan filem Gulliver's Travels.

Masalah yang sama berlaku ketika kali kedua beliau ditawarkan, kali ini bagi watak Peggy Carter di dalam filem Captain America: The First Avenger.

Mungkinkah jodoh kali ketiga akan menjadi?

3. GLENN HOWERTON (Peter Quill/Star Lord)

6 Pelakon Hollywood Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Glenn Howerton, pelakon siri It's Always Sunny in Philadelphia menjadi pilihan kedua pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn untuk memainkan watak Peter Quill/Star Lord jika lakonan Chris Pratt tidak menjadi.

Tetapi melihat lakonan Pratt yang baik sebagai ketua pasukan Guardians, rasanya beliau mungkin terus dikekalkan walaupun menjadi antara punca Thanos menang dalam filem Avengers: Infinity War.

4. JASON MOMOA (Drax The Destroyer)

JASON MOMOA (Drax The Destroyer)

Memiliki fizikal yang 'sado' dan rupa yang sangat rugged, Jason Momoa hanya menunggu tawaran yang sesuai untuk membintangi filem superhero.

Mungkin ramai yang sudah tahu, Momoa adalah Aquaman di dalam DC Extended Universe (DCEU), tetapi beliau sangat hampir untuk melakonkan watak Drax The Destroyer di dalam MCU yang dilakonkan oleh penggusti terkenal, Dave Bautista (Batista).

Akhirnya, beliau memilih untuk menjadi Raja Lautan Atlantis dan ahli Justice League kerana merasakan watak Drax The Destroyer agak sama dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya.

5. JIM CARREY (Rocket Raccoon)

JIM CARREY (Rocket Raccoon)

Siapa yang tak mengenali Jim Carrey yang sangat versatil dan tidak asing dalam dunia filem adaptasi komik (The Mask, Kick-Ass 2) tetapi beliau tidak pernah berjaya mendapatkan watak didalam MCU.

Bagaimanapun, pada tahun 2013, khabar angin kuat menyatakan Carrey dan Adam Sandler telah disenaraikan untuk watak Rocket Raccoon.

Carrey jadi adiwira rakun angkasa lepas?

6. JOAQUIN PHOENIX (Doctor Strange)

JOAQUIN PHOENIX (Doctor Strange)

Sebelum Benedict Cumberbatch menjadi penjaga Time Stone, Joaquin Phoenix terdahulu menjadi pilihan utama untuk watak Doctor Strange di dalam MCU.

Tetapi beliau menolak watak itu kerana kononnya tidak bersetuju dengan filem adiwira dan tidak mahu terlibat dengan filem yang mempunyai elemen seperti itu.

Ironinya, Phoenix bersetuju untuk membawa watak Joker didalam filem arahan Todd Philips yang akan ditayangkan tahun 2019.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Ketahui Scam Pelaburan Membawa Bertrilion Ringgit Dari Luar Negara!

Ketahui Scam Pelaburan Membawa Bertrilion Ringgit Dari Luar Negara!

Pernahkah anda mendengar adanya skim pelaburan kononnya untuk membawa bertrilion wang dari luar negara yang menjanjikan pulangan berjuta-juta ringgit hanya dengan modal serendah RM100?

DANA HAJI JASMAN

Pernah juga scam seperti ini tidak mengenakan sebarang bayaran berbentuk pakej, sebaliknya hanya deposit sebanyak RM50, dengan syarat menyerahkan salinan geran tanah.

Apa pun bentuk penipuannya, modus operandi tetap sama. MEMBAWA MASUK WANG YANG SANGAT BANYAK DARI LUAR NEGARA!

Ingat, tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dan pulangan yang terlalu luar biasa pulangannya adalah satu penipuan.

Artikel dibawah ini adalah salah satu scam yang telah menipu ratusan ribu orang di Malaysia.

SCAM PELABURAN DANA HAJI JASMAN

Skim pelaburan 'Dana Haji Jasman' suatu ketika dahulu adalah sindiket scam untuk menipu orang ramai yang telah dikesan dan disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012.

Sindiket itu yang diketuai individu sama tetapi kononnya kini sudah bergelar Tan Sri Haji Jasman, mendakwa ada sejumlah dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England.

Dia mendakwa, pada awal kurun ke-20 kerajaan British berjanji akan memulangkan harta berkenaan yang berjumlah RM2,400 trilion selepas cukup 100 tahun.

Bagi meyakinkan bakal pelabur, sindiket itu menunjukkan surat perjanjian ditandatangani kerajaan British, selain keratan akhbar mengenai harta berkenaan ketika memberi taklimat.

Bagaimanapun, dana berkenaan tidak dapat dikeluarkan kerana pihak berkuasa di negara itu mengenakan caj serta kos penghantaran pulang dana berkenaan.

Berikutan itu, sindiket terbabit menawarkan pelbagai pakej pulangan kepada pelabur yang boleh menyumbangkan untuk membawa pulang dana berkenaan.

Terbaru, pelabur ditawarkan pulangan RM1.5 juta bagi setiap RM100 yang dilabur.

Pelaburan itu diserahkan kepada ejen sindiket terbabit yang dikenali sebagai 'Pay Master'.

Pelabur dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta menandatangani baiah (akujanji) untuk tidak melanggar 10 syarat termasuk taat kepada kerajaan dan juga tidak melakukan maksiat.

Difahamkan, kira-kira 160,000 pelabur Melayu di seluruh negara menyertai skim pelaburan berkenaan.

Taktik itu didedahkan oleh seorang pelabur yang mahu dikenali sebagai Ujang.

Dia berkata, Jasman yang dikatakan menetap di Sepang, Selangor, menganjurkan beberapa siri taklimat dan makan malam di Damansara, Bandar Tasik Selatan dan Kepong Bestari, baru-baru ini.

Ribuan pelabur dari pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pemandu teksi, bekas tentera, profesional dan ahli perniagaan menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun, penganjur tidak membenarkan pelabur membuat rakaman sepanjang taklimat itu.

Pelabur perlu menyerahkan wang sekurang-kurangnya RM500 sebagai usaha membantu Jasman mengeluarkan 'dana Melayu' itu di England.

Ujang melabur hampir RM800 dan dijanjikan pulangan modal hampir RM10 juta.

Ujang berkata, bagi meyakinkan pelabur bahawa kegiatan itu sah, mereka menunjukkan kira-kira 4,000 laporan polis terhadap Jasman berhubung kutipan berkenaan, tetapi masih beroperasi sehingga kini.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata, sindiket pelaburan terbabit dilaporkan bergiat aktif sejak tahun 2007.

Di peringkat awal, sindiket itu mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit menerusi skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM).

TERPENGARUH KERANA ORANG KENAMAAN & SELEBRITI

Orang ramai yakin dengan skim pelaburan Dana Haji Jasman kerana ia turut disertai individu kenamaan, ilmuan agama, pensyarah, selebriti dan polis.

Seorang pelabur dana itu yang mahu dikenali sebagai Amin, berkata mereka terpengaruh apabila menghadiri majlis yang diatur ejen skim itu dan melihat ramai profesional yang turut serta.

"Bagaimanapun, sebahagian besar adalah golongan miskin dan terdesak seperti kami, yang bekerja 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'," katanya.

Amin, mendedahkan beliau membuat pelaburan RM2,500.

"Ada pelabur sehingga ke nafas terakhir menantikan Jasman tunai janji, namun tidak menerima apa-apa pun.

"Saudara wanita saya yang berasal dari Johor berusia 59 tahun melabur RM1,000 dan tidak menikmati pulangan sebanyak RM1 juta yang dijanjikan ketika membuat pelaburan pada 2011 dan langsung tidak mendapat pulang walaupun telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, sepertinya ratusan ribu pelabur di negara ini tertipu kerana yakin dengan dakwaan wujudnya dana orang Melayu, selepas dijanjikan dengan bermacam-macam keuntungan.

Dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England

Amin berkata, sepertinya ramai masih mempercayai dana itu wujud kerana kegiatan berkenaan tidak disekat menerusi laman sosial atau Youtube yang menunjukkan semua dokumen sejarah dana orang Melayu wujud.

Skim pelaburan itu dikatakan wujud sejak 30 tahun lalu dan masih bertahan sehingga hari ini walaupun sudah banyak laporan polis dan pendedahan media dibuat.

Ia bermula sebagai Dana Haji Jasman, kini dipecahkan kepada Dana Raja Melayu dan Dana Ummah, namun menggunakan rangkaian serta sistem yang sama.

Pelabur sudah didoktrin mengenai kekayaan Melayu yang disimpan di England dan selagi pihak berkuasa tidak bertindak, selagi itulah penipuan ini akan berterusan.

PELABUR DIWAJIBKAN BERBAIH

Pelabur Dana Haji Jasman mendakwa sindiket berkenaan mirip gerakan ajaran sesat kerana menyalahgunakan terjemahan hadis dan pelaburnya turut diwajibkan berbaiah (akujanji).

Sindiket itu dikatakan menyasarkan golongan yang dilihat 'terdesak' kewangan, tidak banyak bertanya dan dipengaruhi mengenai kewajipan membantu golongan yang berjuang untuk mengeluarkan 'Dana Melayu' yang kononnya disimpan di England.

Baiah itu dibuat kononnya supaya pulangan yang diperoleh nanti tidak disalah guna di jalan yang tidak diredai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian | bharian2

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Khasiat Kacang Sacha Inchi Tinggi Kandungan Omega 3

Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'.

Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.

Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.

Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.

Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil.

Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.

Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan.

Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong.

Banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan.

Menurut RISDA, permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.

Khasiat Sacha Inchi

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.

Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).

Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:
  • Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
  • Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
  • Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
  • Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
  • Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
  • Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
  • Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
  • Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
  • Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
  • Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
  • Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
  • Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

Tumbuhan Menjalar

Pokok Sacha Inchi

Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas, bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter.

Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika.

Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar.

Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.

Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang.

Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.

Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun.

Buah

Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4-7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak.

Bila cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering.

Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat.

Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap.

Cara menanam

Buah Sacha Inchi

Penanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah.

Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata.

Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji.

Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman.

Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit.

Penuaian

Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan.

Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus.

Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil.

Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan.

Bagi tujuan itu, RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut.

Seterusnya, RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.

Tempoh matang

Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja.

Laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam.

Sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan.

Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman.

Bagi penduduk tempatan, mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak.

Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.

Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia.

Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah.

Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.

Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul.

Khasiat terbukti secara klinikal

Minyak Sacha Inchi

Maklumat ringkas mengenai produk sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional.

Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan.

Antara kehebatan khasiat sacha inchi ini adalah seperti membantu dalam pembentukan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya.

Ia juga membantu mengelakkan masalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan serangan jantung.

Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan.

Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitar 3 sudu sehari menurut Persatuan Dietary Antarabangsa.

Bagaimanapun, bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Tuesday, September 18, 2018

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

BILION. Ada orang suka sebut ‘BILIUN’. Satu perkataan yang sering kita dengar di corong radio dan tonton di kaca tv dan baca di naskah suratkhabar.

Sama ada dalam bentuk laporan kewangan syarikat, kos pembinaan sesebuah projek mega, belanjawan negara, pendapatan kerajaan, mahupun skandal kewangan; ia tidak lekang dengan istilah bilion ini.

Jika kita ingin mengukur dengan saiz fizikal wang tunai tersebut, berapa besarkah RM1 bilion?

Istilahnya, definisi bilion adalah sama dengan ‘ribu juta’. Maka RM1 bilion boleh disamakan dengan RM1,000,000,000.00.

RM100

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Kita mulakan dengan sekeping wang kertas RM100.

Duit ini cukup besar untuk kita makan sedap di luar untuk sekeluarga, dan cukup nipis untuk dimuatkan di dalam dompet kita.

RM10,000

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Apabila kita mula menimbunkan sepeket wang RM100, maka terhasillah RM10,000.

Setebal satu inci, dengan wang ini kita boleh merancang percutian sekeluarga ke luar negara selama seminggu (bergantung juga mana destinasinya).

RM1,000,000

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Satu juta ringgit. Tahniah! Anda telah pun bergelar jutawan. Eh, sikit sahaja nampaknya nilai fizikal RM1 juta ya.

Jika anda mempunyai sebuah beg bimbit besi seperti dalam filem Hollywood, anda masih lagi akan mempunyai banyak ruang kosong dalam beg itu.

Namun hakikatnya, kebanyakan dari kita tidak akan dapat mengumpul wang sebanyak ini seumur hidup kita.

RM100,000,000

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Jika kita dapat menyusun RM100 juta, beginilah hasilnya namun, kita masih boleh menyorokkan duit ini di dalam stor, bilik, almari ataupun dalam sebuah kereta MPV.

Dengan wang ini anda pasti tidak akan lagi mengalami masalah kewangan dalam hidup, orang biasa pastinya tidak dapat menghabiskan wang ini seumur hidup.

RM1,000,000,000

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Angka keramat satu bilion ringgit, anda mempunyai 10 bongkah palet besar, kesemuanya dengan wang kertas RM100.

Di Malaysia, hanya dianggarkan lebih kurang 50 orang sahaja yang mempunyai nilai kekayaan melebihi RM1 bilion (0.0001629% dari jumlah penduduk).

Anda sekarang mungkin boleh memuatkan sejumlah wang ini kedalam bilik kebal bank.

SATU TRILLION (RM1,000,000,000,000)

Sebanyak Mana Wang RM1 Trilion?

Trilion. Satu lagi istilah yang wujud tapi mungkin lebih jarang didengari. Boleh dikira juga sebagai ‘satu juta juta’. Tiada seseorangpun di dalam dunia yang memiliki wang sebanyak ini.

Bill Gates, orang terkaya di dunia juga hanya mempunyai kekayaan sebanyak RM400 bilion sahaja.

Tetapi, bila diambil contoh senario hutang negara kita yang boleh mencecah RM1 trilion, maka ia boleh diiliustrasikan dengan:

Nampaknya semua duit ini boleh muat keseluruhan padang bolasepak! Lihat dengan teliti di sudut kiri orang yang sama masih kelihatan.

Jadi, nampaknya bila kita dengar orang berbicara tentang nilai wang yang besar, kita sudah boleh memahami skala nilai wang yang dimaksudkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahlabur

Apa Sebenarnya Forest City Di Johor Bahru?

Apa Sebenarnya Forest City Di Johor Bahru?

Semenjak Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, banyak projek-projek mega di Malaysia dibuat kajian semula termasuklah projek mega Forest City yang sedang hangat diperkatakan.

Apa Sebenarnya Forest City Di Johor Bahru?

Isu pembinaan projek mega Forest City ini mendapat perhatian daripada kerajaan persekutuan kerana kebimbangan projek ini yang bakal memberikan lebih banyak impak negatif berbanding positifnya.

Forest City, Johor Bahru, salah satu projek di bawah wilayah Iskandar Malaysia merupakan sebuah projek mega bernilai lebih 100 billion USD diuruskan oleh Country Garden Pacific View Sdn Bhd (CGPV) yang merupakan syarikat kerjasama antara syarikat Hong Kong, Country Garden Group (pemilikan saham 60%) dan syarikat tempatan, Esplanade Danga 88 Sdn Bhd (pemilikan saham 40%) di mana sebahagian syarikat ini dimiliki oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Forest City merupakan salah satu projek di dalam strategi China di dalam mengukuhkan gagasan ‘One Belt One Road (OBOR)’.

Forest City akan dibina di atas pulau buatan berkeluasan 20 kilometer persegi bersamaan hampir 5000 ekar yang meliputi 4 pulau kesemuanya.

Kedudukannya adalah berdekatan dengan Lebuhraya Tanjung Pelepas yang merupakan jaringan kedua antara Malaysia dan Singapore. Forest City mempunyai zon-zon yang tertentu mengikut temanya tersendiri.

Projek yang telah dijalankan sejak tahun 2015 ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030 dan bakal mengubah topografi di Selat Tebrau.

Dengan pembangunan Forest City ini, jarak daratan antara Malaysia dan Singapura hanyalah 2km sahaja.

Apa yang menarik ialah, Forest City merupakan projek mega yang mempromosikan ‘eco-smart city’ yang mana bandar ini akan dilengkapi dengan sistem perbandaran yang efisyen dan sistematik serta memperbanyakkan taman-taman di dalam bandar.

‘Artificial Intelligence (AI)’ dalam menguruskan bandar juga akan diimplemenkan.

Ini menjadikan Forest City sebagai projek mega yang mempunyai unsur futuristik dan merupakan bandar utopia yang selalu diidamkan oleh setiap manusia.

Forest City juga merupakan pembangunan yang berasaskan bandar hijau di dalam mengatasi pemanasan global hari ini.

Walaupun projek Forest City ini bakal memberi impak yang positif kepada ekonomi negeri Johor bahkan mampu menarik pelancong untuk ke Malaysia, namun terdapat beberapa isu yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak dalam pembangunan projek ini.

Berbanding projek-projek mega lain di Malaysia seperti ECRL, HSR, MRT, LRT3 dan sebagainya, Forest City merupakan salah satu projek mega yang sangat janggal dan membimbangkan disebabkan ianya tidak menyelesaikan isu yang sedia ada, malah bakal menimbulkan masalah yang lebih besar kepada negara.

Antara masalah utama projek Forest City ini ialah bagaimana projek ini dibangunkan dan siapakah yang akan menduduki projek pembangunan di Forest City.

Menjadi kebimbangan apabila harga unit-unit residensi yang dibina adalah sangat mahal dan hanya mampu dibeli oleh warga asing terutama daripada negara China.

Setakat ini sekitar 2/3 daripada unit residensi telah dibeli oleh China, 1/5 pula oleh Malaysia manakala selebihnya adalah daripada US, Indonesia, Vietnam, Singapura dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan kebanjiran warga asing yang bakal menetap dan memiliki aset-aset di Malaysia yang mana mereka ini mempunyai duit untuk membeli hartanah di Malaysia sekali gus akan menggugat bumiputera di Malaysia.

Bahkan, tidak keterlaluan sekiranya wujud senario pada masa akan datang apabila mereka akan mendesak kerajaan untuk diberikan kerakyatan suatu masa nanti.

Seterusnya adalah impak projek Forest City ini terhadap alam sekitar yang terlalu ketara.

Perkara ini telah pun disuarakan oleh aktivis alam sekitar di mana projek ini telah menyebabkan ekosistem berdekatan dengan projek ini telah terjejas teruk.

Tambahan pula, pelaksanaan projek Forest City ini dalam menambak pulau buatan dikatakan tidak mempunyai ‘Detail Environmental Impact Assesment (DEIA)’ yang mana ianya merupakan dokumen penting sebelum pelaksanaan sesuatu projek mega.

Maka, di sini timbul kehairanan bagaimana projek mega ini boleh mendapat kelulusan daripada pihak autoriti sedangkan DEIA adalah syarat wajib sebelum mendapat kelulusan kebenaran merancang.

Atau mungkin terdapat ‘bypass’ yang menghalalkan cara?

Walau bagaimanapun, pihak pemaju akhirnya melaksanakan DEIA selepas Singapura melahirkan kebimbangan terhadap kerajaan Malaysia mengenai impak negatif terhadap alam sekitar disebabkan penambakan pulau buatan Forest City.

Sejak pelaksanaan Forest City, ekosistem sekitar projek berkenaan telah terganggu dan diancam bahaya.

Kepelbagaian biodiversiti di sekitar Tanjung Kupang bakal terancam disebabkan projek tambak pulau buatan itu.

Penduduk sekitar yang bekerja sebagai nelayan dan pengutip hasil-hasil laut juga merungut apabila hasil tangkapan mereka berkurang sejak penambakan pulau buatan itu.

Walaupun dikatakan pihak pemaju ambil maklum tentang impak terhadap alam sekitar oleh projek mega ini, tetapi langkah-langkah penyelesaiannya tiada pun kelihatan.

Berikutan pembinaan Projek Forest City secara besar-besaran, pihak pemaju telah membina kilang yang menghasilkan komponen-komponen ‘Industrialized Building System (IBS)’ di sekitar paya bakau Ramsar berkeluasan hampir 160 hektar yang telah menyebabkan kemusnahan pokok-pokok bakau sekali gus bakal menjejaskan ekosistem di paya bakau tersebut.

Walaupun sebelum ini hutan paya bakau Ramsar berkeluasan 9,126 hektar telah diwartakan sebagai hutan simpan pada 2003 yang perlu dipelihara dan dibangunkan sebagai perlancongan eko, tetapi ianya telah musnah sedikit demi sedikit disebabkan pembinaan kilang-kilang tersebut untuk memenuhi keperluan dalam pembinaan Forest City.

Bahkan kemusnahan hutan paya bakau ini telah menyebabkan orang asli Seletar yang menetap di Kampung Simpang Arang bakal berpindah ke tempat lain apabila sumber pendapatan mereka dimusnahkan.

Kedua-dua isu ini adalah antara isu yang utama timbul apabila pelaksanaan projek Forest City ini.

Terdapat isu-isu lain yang bakal timbul antaranya taraf hidup rakyat, sosiobudaya setempat, sumber pendapatan masyarakat setempat, peluang pekerjaan, keselamatan siber dan identiti budaya Malaysia.

Cukuplah dengan dua isu utama ini untuk diperlihatkan supaya kita sama-sama faham akan kesannya.

Tidak dinafikan semua projek pembangunan akan menimbulkan masalah-masalah tersendiri terutama terhadap alam sekitar, tetapi bagaimana sesebuah projek pembangunan itu dibangunkan mengikut undang-undang dan peraturanlah yang akan menentukan berkurangnya masalah yang bakal timbul.

Forest City ini hanyalah salah satu daripada projek mega yang perlu dinilai semula di dalam wilayah Iskandar Malaysia.

Terdapat banyak lagi projek-projek di bawah Iskandar Malaysia yang hanya memberikan manfaat kepada golongan tertentu sahaja dan bakal membunuh identiti negara Malaysia.

Kita tidak menafikan dan menghalang pembangunan serta kemajuan sesebuah perbandaran, tetapi pembangunan sesebuah bandar itu haruslah mengambil kira pemberian manfaat terhadap rakyat, mengekalkan identiti negara dan juga mampu menyelesaikan masalah-masalah perbandaran yang sedia ada.

Sebab itulah tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa pelaksanaan projek Forest City ini hanyalah angkara kegilaan kapitalis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots


Sunday, September 16, 2018

34 Khasiat Goji Buah Paling Kaya Nutrisi

34 Khasiat Goji Buah Paling Kaya Nutrisi

Goji Berry adalah Super Fruit, buah yang paling kaya nutrisi, berasal dari Tibet, di dataran tinggi Gunung Himalaya, kaya vitamin, mineral, protein dan antioksidan.

Khasiat Goji

Chinese Wolfberry (Lycium chinese) atau juga dikenali dengan nama Buah GOJI atau Chinese Boxton, Chinese Matrimoni-vine, Chinese Teaplant atau Wolfberry adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae (sama dengan terung dan cili).

Tumbuhan ini menghasilkan buah yang popular dengan nama Gojiberry (Buah Goji) yang sangat istimewa terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Goji Berry mengandung zat besi lebih banyak daripada bayam, beta karoten lebih banyak daripada wortel dan tingkat kandungan proteinnya pun lebih banyak daripada Gandum.

CARA PEMAKANAN GOJI

Buah Goji adalah makanan tambahan berkhasiat dan boleh dimakan 3, 5, 7 biji sehari dengan mengunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit sebelum diminum.

Jangan makan terlalu banyak sekali gus kerana kandungan Vitamin C yang terlalu tinggi selain membazir, anda juga akan overdose.

Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)

Menurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute China, “Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel dan zeaxanthin (menyihatkan mata) dan melebihi 500 kali ganda vitamin C berbanding oren apabila di ukur sama berat, (bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu."

Selain itu, Goji juga mengandungi 18 Amino Asid, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia.

Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkali (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.

Legenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut.

Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab, “Saya sedang memukul cucu saya!”

Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda.

Wanita itu menjawab, ”Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya."

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry.

Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini.

Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

Ben Cao Hui Yan menyatakan, “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik”.

Ben Cao Bei Yao menyatakan, “Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata."

Ben Cao Gang Mu menyatakan, “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur."

34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI:-

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.

2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.

3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”.

4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.

5. Goji mengurangkan risiko kanser.

6. Goji mengurangkan kolestrol.

7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.

8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.

9. Goji membantu mengurangkan berat badan.

10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.

11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.

12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.

13. Goji menguatkan jantung anda.

14. Goji menghalang peroksidaan lipid (yang menyebabkan sakit jantung).

15. Goji meningkatkan halangan penyakit.

16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).

17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.

18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).

19. Goji menghalang tumbesaran tumor.

20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.

21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.

22. Goji meningkat limfosit.

23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.

24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.

25. Goji merawat simptom-simptom menapouse.

26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.

27. Goji meningkatkan kesuburan.

28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.

29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.

30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.

31. Goji membantu batuk kering yang kronik.

32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.

33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.

34. Goji membantu sistem penghadaman.

KEGUNAAN GOJI

Jual

Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket dan negara China adalah pengeluar terbesar di dunia.

Masakan

Secara tradisional, gojiberry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.

Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan gojiberry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis.

Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt dan minyak essential.

Perubatan Tradisional

Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India, bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkatkan tenaga batin dan sistem kesuburan, menguatkan kaki dan tulang, menguatkan sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah dan melanjutkan usia.

Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam arak.

KANDUNGAN GIZI GOJI

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
  • 19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.
  • 21 unsur zat, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ‎ditemui dalam makanan. ‎
  • 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
  • Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
  • Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
  • Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
  • Vitamin B Complex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin E, jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam ‎bijiran.
  • Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar ‎kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk dan masalah ‎prostat.
  • Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon ‎dan melancarkan fungsi otak serta sistem saraf.
  • Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, ‎melegakan ketidak-selesaan ketika haid dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
  • Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
  • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan ‎kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.
  • Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan ‎mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot ‎dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan ‎kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras ‎homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung.

Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang sangat istimewa untuk kesihatan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: khazanahpurba

Perang Ekonomi AS-China, Siapa Bakal Pemenangnya?

Perang Ekonomi AS-China, Siapa Bakal Pemenangnya?

Sebelum ini, Presiden Donald Trump mengumumkan senarai 1,333 produk buatan China yang akan dikenakan tarif maksima 25% dan yang terbaharu mengancam untuk mengenakan tarif sepenuhnya.

Perang Ekonomi AS-China

Alasan lelaki paling berkuasa di Amerika Syarikat ini ialah untuk mengurangkan defisit perdagangan negara Uncle Sam itu.

Dan sebagai tindak balas, China pula mengenakan tarif ke atas pelbagai produk Amerika Syarikat seperti kacang soya, kenderaan dan pesawat.

Tetapi mengapa Donald Trumph sanggup bertindak sedemikian rupa? Dan apakah impak dari tindakan tersebut kepada negara Uncle Sam tersebut?

Tindakan Trump ini ada hubungkait dengan kempen American First yang dilaungkannya semasa berkempen untuk menjadi presiden pada tahun 2016.

Menerusi slogan tersebut, Trump mahukan Amerika kembali sebagai sebuah kuasa perindustrian dan ekonomi, setara dengan statusnya sebagai antara kuasa besar dunia.

Dan bagi beliau, ia menjustifikasikan tindakannya untuk bertindak bebas dalam soal perdagangan tanpa mengambil kira kepentingan pihak lain kerana kepentingan Amerika perlu didahulukan.

Tetapi status mereka sebagai kuasa ekonomi dunia tidak menjamin Amerika Syarikat terlindung dari kesan buruk sebarang perlaksanaan polisi ekonominya.

Apa yang berlaku di sana berpunca dari asas ekonomi antarabangsa dan kemerosotan dominasi negara Uncle Sam itu dalam sistem perdagangan dunia.

Mengikut prinsip ekonomi standard, semua pemain wujud dalam satu sistem yang sama.

Jika salah seorang melakukan satu tindakan berbeza, ia pasti mendorong pemain lain untuk membuat langkah sama.

Maka atas sebab itulah bagi sebarang perlaksanaan polisi ekonomi, sesebuah kerajaan akan memikirkan setiap aspek dan kadangkala perlu membuat keputusan sukar bagi memastikan sesebuah polisi tidak menjejaskan kedudukan ekonomi sesebuah negara.

Tetapi perkara ini tidak dipertimbangkan langsung oleh pendukung American First. Mereka gagal mengambil kira tindak balas dari rakan dagang Amerika Syarikat lain terhadap dasar melindungi ekonomi mereka, kesilapan sama yang dilakukan penggubal undang-undang semasa era Kemelesetan.

Bagi pendukung American First, apa yang dilakukan Trump bukanlah sesuatu yang baru dan jika mengikut kronologi sejarah tarif di Amerika Syarikat, apa yang dinyatakan mereka adalah tepat.

Semasa era George Washington, antara undang-undang yang diluluskan beliau sebagai presiden ialah tarif.

Andrew Jackson, presiden kegemaran Trump sendiri turut bertegas mengekalkan tarif walaupun ia mencetuskan krisis undang-undang dengan Carolina Selatan di mana negeri tersebut menganggap undang-undang tarif 1828 dan 1832 sebagai melanggar undang-undang dan tidak sah dikuatkuasakan di negeri itu.

Sementara Abraham Lincoln atau Honest Abe pula menyifatkan tarif sebagai penyelamat kepada perbendaharaan negara tersebut berikutan krisis Perang Saudara antara pihak Kesatuan dengan Konfederasi.

William McKinley pula digelar Napoleon of Protectionism atas sebab mengenakan tarif tinggi demi melindungi ekonomi negara tersebut.

Walau apapun alasan Trump dan American First, bagi pakar-pakar ekonomi, tarif sebenarnya sudah tidak relevan dengan ekonomi hari ini.

Ini kerana jika dibandingkan dengan era presiden-presiden terdahulu, tarif dilaksanakan untuk melindungi sektor domestik atau menghapuskan saingan dari luar negeri.

Contoh mudah ialah pengenalan Tarif Morrill dan pindaannya semasa pentadbiran Presiden James Buchanan dan Lincoln.

Tujuan ia diperkenalkan ialah untuk menggalakkan industri tempatan dan syarikat perindustrian membayar gaji lebih tinggi kepada pekerja mereka.

Antara negara yang terkesan dengan tarif ini ialah Britain yang melihat ia satu ancaman kepada perdagangan bebas.

Tarif ini menjadi modal pelobi-pelobi Konfederasi untuk melobi sokongan dan pengiktirafan London pada perjuangan mereka.

Dan sesetengah seperti penulis Charles Dickens menyalahkan tarif ini sebagai punca Perang Saudara berlaku.

Tetapi hujah mengarut ini disanggah oleh pengasas Marxisme, Karl Marx menerusi catatannya dalam akhbar-akhbar Amerika Utara termasuk New York Tribune.

Marx menyifatkan punca sebenar perang bukanlah Tarif Morrill tetapi amalan perhambaan yang berlaku di sebelah selatan.

Menurut Joseph J. Thorndike, Pengarah Projek Sejarah Cukai (Tax History Project), dua faktor yang menyaksikan tarif tidak lagi dianggap relevan.

Pertama, kematangan ekonomi Amerika Syarikat selepas 150 tahun penubuhannya.

Menurut beliau, dengan industri negara tersebut lebih berkemampuan bersaing di peringkat global, apa yang diperlukan mereka bukanlah kod cukai yang melindungi mereka.

Tetapi sebaliknya, pemain-pemain industri memerlukan pelbagai jenis insentif dari pihak kerajaan bagi menarik lebih ramai bakal pelanggan bukan saja dari dalam negara tetapi juga di luar negara.

Kedua, faktor Perang Dunia Pertama (WWI). Menurut Thorndike, hasil kutipan tarif semasa tempoh tersebut tidak memuaskan dan tidak lagi mendatangkan hasil lumayan kepada perbendaharaan negara.

Ini ditambah dengan pengenalan cukai pendapatan persekutuan pada tahun 1913 yang banyak menyumbang kepada penambahan dana negara dan perang semasa WWI.

Berikutan Demokrat ketika itu menguasai kerajaan semasa WWI, mereka lebih memilih cukai pendapatan sebagai kaedah meraih dana berbanding tarif.

Tetapi selepas Republican menguasai Rumah Putih, tarif diperkenalkan bukan atas sebab ekonomi atas sebab politik.

Menurut Douglas Irwin, penulis buku Trade Policy Disaster: Lessons from the 1930s, pada ketika itu, Amerika masih belum dibanjiri dengan produk import seperti hari ini.

Era Kemelesetan masih belum memberi kesan besar dan tiada keperluan ekonomi untuk memperkenalkan tarif. Tetapi tindakan menaikkan tarif berkali ganda boleh dianggap satu tindakan bunuh diri.

Menurut Claude Barfield, seorang cendekiawan dari Institute Perniagaan Amerika (American Enterprise Institute) menyifatkan logik di sebalik pengenalan tarif oleh Herbert Hoover dan Kongres ialah untuk melindungi golongan peladang dan ekonomi negara Uncle Sam itu.

Tetapi ramai pakar ekonomi tidak bersetuju dengan tindakan beliau kerana ia bakal menjejaskan ekonomi dunia.

Tetapi nasihat mereka tidak diendahkan Hoover kerana dari segi politik, beliau tidak mampu kehilangan undi golongan yang mendapat faedah dari tarif ini.

Tarif yang dinamakan Tarif Smoot-Hawley ini diluluskan dan seperti dijangka, ia mencetuskan situasi huru-hara pada ekonomi dunia.

Sebagai tindak balas, negara-negara lain turut mengenakan tarif tinggi kepada Amerika Syarikat.

Walaupun Tarif Smoot-Hawley bukanlah pencetus era Kemelesetan tetapi ia bertanggungjawab memanjangkan lagi krisis kemelesetan ekonomi bukan saja di Amerika tetapi juga di negara-negara lain.

Selepas melihat bagaimana Amerika terseksa dengan tarif mengarut ini, Franklin Delano Roosevelt diberi kuasa oleh Kongres untuk segera memperbaiki kerosakan polisi sebegini iaitu hak menentukan tarif.

Selepas pengenalan Akta Perjanjian Perdagangan Berfaedah (Reciprocal Trade Agreements) 1934, negara Uncle Sam ini mula berunding secara individu dengan negara-negara terlibat untuk merunding polisi perdagangan dua hala sesebuah negara.

Menerusi perjanjian tersebut, pentadbiran Roosevelt sedia mengurangkan tarif pada barang-barang tertentu sekiranya sesebuah negara sedia menurunkan tarif pada sesetengah barang keluaran Amerika Syarikat.

Kebanyakan perjanjian sebegini dimeterai antara tahun 1935 hingga 1941 dan selepas era Perang Dunia Kedua, presiden-presiden berikutnya sama ada dari Demokrat atau Republikan memilih jalan rundingan perdagangan dan mengurangkan halangan perdagangan serta mengelak melakukan perubahan unilateral yang dicadangkan Trump hari ini.

Dan kegagalan pentadbiran Trump belajar dari sejarah presiden silam mula menghantui Amerika Syarikat.

Bagi yang mengikuti perkembangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) membabitkan 12 negara termasuk Malaysia, pasti tahu antara janji beliau semasa kempen presiden ialah menarik diri dari perjanjian tersebut.

Perjanjian ini merupakan inisiatif Presiden Barack Obama dan sekiranya ia direalisasikan, ia bakal mewujudkan blok ekonomi terbesar dunia yang menghubungkan ekonomi Washington dengan 11 lagi ekonomi negara-negara Pasifik.

Dan secara tidak langsung, ia sebenarnya boleh menjadi platform kepada kewujudan blok liberal pimpinan Uncle Sam dalam menghadapi saingan ekonomi China pada orde ekonomi serantau.

Tindakan Trump menarik diri dari perjanjian itu bukan saja menyebabkan China mampu mengembangkan pengaruhnya tanpa sebarang tentangan.

Bahkan, ia sebenarnya menafikan peluang syarikat-syarikat Amerika dari mengakses pasaran luar.

Dan selepas 11 buah negara ini meneruskan perjanjian ini tanpa penyertaan mereka, sudah pasti 11 negara terlibat ini akan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang berpangkalan di negara-negara anggota dan bukan Amerika.

Ini sekali gus menyukarkan firma-firma Amerika ini bersaing dalam pasaran mereka.

Impaknya sudah mula dirasai di mana satu artikel New York Times mendedahkan pengeluar-pengeluar udang karang Amerika tidak dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar udang karang Kanada yang mengenakan harga lebih berpatutan selepas pemeteraian perjanjian perdagangan Kesatuan Eropah-Kanada.

Tindakan pentadbiran Trump yang keberatan menyertai mana-mana perjanjian perdagangan sebenarnya membuka ruang kepada negara-negara lain untuk membuat perjanjian yang bukan saja menguntungkan mereka.

Tetapi pada masa sama, ia membolehkan mereka mengetepikan Washington dan berpotensi menjejaskan ekonomi kuasa besar dunia itu.

Selain TPP, Washington sekarang ini cuba merundingkan semula terma Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Namun bagi penganalisis ekonomi, tindakan sebegini sebenarnya bakal memudaratkan Amerika berbanding jiran tetangganya, Mexico dan Kanada.

Walaupun hakikatnya kedua-dua negara bergantung kepada ekonomi negara Uncle Sam itu tetapi kemusnahan pada NAFTA bakal menjejaskan firma-firma Amerika.

Ini kerana firma-firma ini amat bergantung kepada pasaran Amerika Utara untuk memasarkan produk mereka.

Selain cuba merundingkan semula terma perjanjian perdagangan, tindakan mengenakan penalti, sekatan atau tarif kepada rakan dagang Amerika bukannya memberi manfaat tetapi lebih banyak mengundang bala.

Ini kerana halangan-halangan sebegini sudah pasti mendorong syarikat-syarikat asing bekerjasama dengan negara-negara yang menggalakkan perdagangan bebas dan merosakkan peluang firma-firma Amerika dari berkembang.

Dan jika melihat perkembangan ketika ini, apa yang berlaku pada era Kemelesetan bakal berulang dan berpotensi memberi kesan dahsyat kepada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Contoh paling mudah sekiranya tarif ini diteruskan ialah pengeluaran besi dan untuk pengetahuan para pembaca, industri Amerika Syarikat menggunakan lebih banyak besi berbanding menghasilkannya.

Berdasarkan statistik, Amerika merupakan pengimport besi nombor satu di dunia dengan 71% daripadanya datang dari Kanada.

Dan memandangkan China hanya mengeksport besi sebanyak 2% ke Amerika, ia dilihat tidak akan memberi kesan kepada mereka seperti yang diharapkan Trump.

Bagi pengusaha kacang soya pula, tarif yang dikenakan China ini boleh memberi kesan dahsyat kepada industri tersebut di Amerika Syarikat.

Ini kerana Washington merupakan pengeksport terbesar kacang soya dunia dengan nilai $22.8 bilion diikuti oleh Brazil ($21 bilion), Argentina ($3.6 bilion), Kanada ($1.9 bilion) dan Paraguay ($1.8 bilion).

Sementara China pula merupakan pengimport nombor satu komoditi tersebut dengan nilai $34 bilion.

Jika diteruskan, ia memberi kesan kepada negeri-negeri pengeluar seperti Ohio, Ilinois dan Iowa.

Bagi Ohio, komoditi kacang soya menyumbang kepada pendapatan eksport sebanyak $1.4 bilion ke China.

Bagi para peladang, mereka bukan saja berpotensi kehilangan peluang pada peladang-peladang di Brazil tetapi ia akan menyebabkan harga kacang soya jatuh.

Apa yang direncanakan Trump itu pada dasarnya satu idea yang mahu melindungi ekonominya dari terancam.

Tetapi adakah berbaloi mengorbankan kedudukan sedia ada atas dasar mahu menonjolkan maruah sebagai kuasa besar dunia dan tidak mahu bergantung kepada orang luar?

Hanya masa bakal menentukan sama ada ianya berbaloi atau satu perjudian yang merosakkan legasinya sebagai presiden.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

13 Buah-buahan Paling Tinggi Kandungan Vitamin C

13 Buah-buahan Paling Tinggi Kandungan Vitamin C

Fungsi utama vitamin C untuk tubuh badan sangat penting bagi pembentukan kolagen, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu penyerapan zat besi.

BUAH ROCKMELON.

Kurang vitamin C dalam badan boleh menyebabkan sesetengah sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya.

Kalau selama ini kita cuma kenal vitamin C dari buah limau dan oren, berikut adalah 13 lagi buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C.

1. BUAH JAMBU BATU

Kandungan vitamin C dalam jambu batu hampir 2 kali ganda lebih banyak dari buah oren. Dalam 100 gram buah jambu batu, mengandungi 108 mg vitamin C.

Buah jambu batu yang berkualiti juga dapat merawat masalah sakit berkaitan perut.

2. BUAH OREN

Sebiji oren membekalkan 50-70 mg vitamin C sesuai dengan keperluan badan. Buah oren juga merupakan sumber serat, folat, antioksidan, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan badan.

3. BUAH EPAL

Kandungan vitamin C dalam setiap 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg. Sebiji buah epal mengandungi lebih kurang 80 kalori.

Buah epal sangat kaya dengan flavonoid, antioksidan yang dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan kanser.

4. BUAH DELIMA

Sebiji buah delima membekalkan 40 % keperluan vitamin C harian kita. Buah delima mengandungi serat, folat, kalium, niasin, vitamin A dan vitamin E.

Antiosianidin dalam buah delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang mampu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoarthritis, alzheimer, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat dan leukemia.

5. BUAH KIWI

Buah kiwi mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren. Selain mengandungi vitamin C, buah kiwi merupakan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin E.

6. BUAH ANGGUR

Setiap 100 gram buah anggur mengandungi 10.8 mg vitamin C. Buah anggur merah mengandungi zat besi, kalium, serat dan tinggi antioksidan.

7. BUAH STRAWBERI

Bagi pesakit diabetes type 2, buah strawberi adalah penawar organik terbaik sekali gus mencegah penyakit jantung.

Dalam 147 gram buah strawberi mengandungi 86.5 mg vitamin C.

8. BUAH BETIK

Buah betik merupakan satu-satunya buah yang mengandungi enzim pencernaan semulajadi untuk membantu mencerna protein tidak perlu dari dalam badan.

Dalam 150 gram buah betik mengandungi 90 mg vitamin C. Kalau nak detoks, anda memang digalakkan makan buah betik untuk mencuci usus.

9. BUAH AVOKADO

Buah avokado mengandungi zat besi dan vitamin E yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Sebiji buah avokado mengandungi 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

10. BUAH DURIAN BELANDA

Setengah biji buah durian belanda sudah cukup bagi memenuhi keperluan vitamin C harian kita sebab ia mengandungi tinggi vitamin dan serat.

Buah durian belanda merupakan ejen antioksidan yang sangat baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh badan dan melambatkan proses penuaan.

Serat yang terkandung dalam buah durian belanda sangat baik untuk membantu sistem pencernaan dan detoksifikasi.

Buah durian belanda juga mengandungi fosforus dan kalsium yang bertindak menjaga kesihatan tulang dan sekali gus mencegah osteoporosis.

11. BUAH MANGGA

Sebiji buah mangga mengandungi lebih kurang 60 mg vitamin C yang hampir sama dengan keperluan harian yang disarankan.

Antioksidan dalam buah mangga membantu mencegah artritis, mempercepatkan proses penyembuhan dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

12. BUAH ROCKMELON

Dalam sepotong buah rockmelon mengandungi 49.2 mg vitamin C dan juga kaya dengan serat dan vitamin A.

13. BUAH TOMATO

Buah tomat merupakan sumber vitamin C termurah yang mengandungi Lycopene (salah satu karotenoid yang kuat) bertindak sebagai antioksidan. Dalam sebiji buah tomato bersaiz sederhana mengandungi 23 mg vitamin C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM