Friday, July 20, 2018

Legenda Buaya Bujang Senang

Legenda Buaya Bujang Senang

Cerita mengenai buaya raksasa, Bujang Senang, yang menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan namanya masih digeruni hingga kini dan segalanya bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Legenda Bujang Senang, Buaya Berjalur Putih Yang Menggemparkan Malaysia

Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.

Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.

Patah

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui.

Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan "Operasi Buaya Ganas" di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas dan di antara tahun 1982 hingga 1991, seramai 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.

Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.

Air Sungai Pelaban hanya sedalam paras pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.

Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.

Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Entah kenapa, buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Mandau pantas melemparkan lembing ke kepala buaya itu malangnya lembing itu patah.

Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Bujang Senang melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Kepala

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Buaya itu menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.

Selepas itu barulah disedari di belakangnya ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.

Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).

Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.

Sesetengah masyarakat di pedalaman Sarawak percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar sekarang.

Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.

"Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya," imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.

Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Legenda

Legenda Bujang Senang, Buaya Berjalur Putih Yang Menggemparkan Malaysia
Tengkorak Bujang Senang.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

"Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.

"Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino," ujarnya.

Apa pun, ada orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.

Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.

Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.

Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.

ASAL-USUL BUJANG SENANG

Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama Lungu.

Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun.

Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang Lupar.

Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya dan tiada tercalit pun kesan kecederaan pada dirinya.

Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui kelemahan pahlawan Lungu.

Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar.

Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar.

Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu.

Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia bagaimana untuk menewaskan Lungu.

Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-musuhnya dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.

Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik radang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya.

Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya.

Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai.

Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengendahkan pantangnya lagi dan terus bertarung dan akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas.

Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar.

Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang.

Mengikut cerita orang tua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka dengan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh yang telah membunuh mereka sebagai korban.

Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.

Ramai manusia telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telah pun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo | coms

8 Makanan Harian Yang Sebenarnya Mempercepatkan Penuaan

8 Makanan Harian Yang Sebenarnya Mempercepatkan Penuaan

Kajian terkini telah menunjukkan beberapa jenis makanan berpotensi mempercepatkan kulit berkedut dan penuaan pra matang.

8 Makanan Harian Yang Sebenarnya Mempercepatkan Penuaan

Pakar Terapi dan Nutrisi, Petronella Ravenshear berkongsi 8 makanan yang harus di ELAK untuk mendapatkan kulit yang hebat dan awet muda.

1. GULA

Gula mengungguli senarai teratas dalam makanan yang mempercepatkan proses penuaan.

Bahkan, gula juga menggemukkan, membuat kulit berkedut, hilang elastik dan mengeringkan, kerana sifatnya yang bercanggah dengan pembentukan collagen.

Berhenti atau kurangkan pengambilan gula untuk melawan penuaan sebelum waktunya.

2. NASI DAN KENTANG

Kentang dan bijirin terutamanya nasi akan ditukar kepada gula di dalam badan.

Semasa proses metabolisma, mineral seperti zink yang sangat penting untuk kulit juga akan digunakan.

Selain dari membekalkan kalori, hampir tiada lagi kebaikan dari pengambilan nasi dan kentang oleh badan.

Jadi kurangkan makanan ini.

3. ALKOHOL

Syukur, orang Islam memang dilarang meminum alkohol tetapi AWAS, bagi yang bukan Islam, alkohol adalah sumber utama yang mengeringkan kulit.

Selain itu ia juga meggunakan vitamin A, B dan C dari tubuh.

Alkohol yang berlebihan juga menghabiskan mineral yang penting seperti zink dan magnesium begitu juga asid lemak.

Ini menjadikan anda tampak lebih tua dari usia sebenar.

4. LEMAK TRANS/LEMAK HIDROGINASI

Ini adalah lemak yang tidak baik datangnya dari makanan yang mempunyai jangka hayat yang panjang seperti biskut, makanan bergoreng dan makanan segera.

Ia mengurangkan sel yang sihat, membebankan hati dan juga mengakibatkan keradangan.

Semua ini mempercepatkan proses penuaan.

5. DAGING YANG DIPROSES

Jumlah garam yang digunakan dalam daging yang diproses menyebabkan bengkak dan keradangan.

Selain itu daging proses juga merompak Vitamin C, yang sepatutnya digunakan untuk pembentukan kolagen.

6. PEMANIS TIRUAN

Ini adalah racun bagi hati kita yang sepatutnya kekal sihat untuk bekerja dengan lebih efisien melambatkan proses penuaan.

Jangan bebankan hati dengan pemanis tiruan.

7. KAFIEN

Kebanyakan kita memang suka minum kopi yangbsebenarnya baik untuk kesihatan jika diambil dengan jumlah yang sederhana.

Cuma biasakan minum segelas air kosong bagi setiap cawan kopi yang diminum untuk mengimbangi kesan pengeringan dari kafien pada tubuh.

Kulit yang kering mengundang kedutan.

8. SUSU DAN KEJU

Sesetengah orang sangat sensitif pada protein susu yang dinamakan kasein.

Ia boleh menyumbat sistem pencernaan dan mengakibatkan sembelit. Ia juga punca jerawat dan ekszema.

Kasein mencetuskan keradangan – lendir dan atau sakit kedua-duanya adalah simptom keradangan.

Dengan ini proses penuaan pra matang akan menjadi lebih ketara.

Kesimpulan

Sesungguhnya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan segar memerlukan pendekatan yang holistik.

Oleh kerana kita adalah apa yang kita makan dan punca penyakit adalah dari makanan, maka elok kita tengok semula diet harian kerana di situlah punca masalah yang dihadapi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: noorfaizahashim

Apakah Hukumnya Membasuh Pakaian Bernajis Dengan Mesin Basuh?

Apakah Hukumnya Membasuh Pakaian Bernajis Dengan Mesin Basuh?

Antara syarat untuk membasuh pakaian yang bernajis dengan air yang kurang dari 2 kolah, iaitu air mutlak mestilah bersifat mendatangi pada najis, iaitu air itu mestilah dicurahkan pada tempat bernajis tidak kira dari arah mana sekali pun.

Hukum Membasuh Pakaian Bernajis Dengan Mesin Basuh
Gambar hiasan.

Jika air itu tidak bersifat mendatangi pada najis maka hukum menghilang najis itu tidak dikira sah menurut syarak, maka pakaian itu kekal bernajis.

Fakta ini ada disebut di dalam kitab-kitab fiqh, antara kitab Taqrirat Sadidah:

Maksudnya: Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya.

Sebagai contoh jika ingin membasuh sesuatu pakaian yang bernajis hendaklah tempat bernajis itu ditadah di bawah air paip yang mengalir bukan pakaian itu direndam ke dalam bekas yang menakungkan air kurang 2 kolah.

Ini kerana air di bawah kapasiti dua kolah tidak mempunyai kekuatan untuk menolak najis, maka yang mendatangi air itu mestilah mengalir keluar bersama najis yang dihilangkan.

Jika pakaian bernajis direndam di dalam air yang kurang dari dua kolah maka penyucian pakaian itu tidak sah kerana air rendaman itu sudah menjadi mutanajjis maka ia sama sekali tidak menyucikan pakaian itu dari najis, melainkan pakaian itu dibilas sekali lagi dengan air mutlak, maka pakaian itu dikira suci.

Berkenaan mencuci pakaian yang bernajis dengan menggunakan mesin basuh automatik pada hakikatnya ia tidak menimbulkan masalah dalam proses menyucikan pakaian yang bernajis.

Perkara ini disebut oleh al-‘Allamah al-Habib Hasan bin Ahmad al-Kaf di dalam karangan beliau “Taqrirat Sadidah”:

Maksudnya: Dari masalah itu, mencampakkan pakaian kedalam mesin basuh moden, jika mesin basuh itu dalam ketogari berteknologi tinggi (automatik) maka tiada mudarat menurut persepakatan ulama.

Ini kerana ia menghilangkan najis (pada pakaian) kemudian dibilas dengan air yang suci lagi menyucikan pada pakaian itu.

Manakala jika mesin itu dari jenis biasa (bukan automatik), maka selepas basuh dan menghilangkan sifat-sifat (najis), maka najis (pada pakaian) dikategorikan najis hukmi (yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar).

Oleh itu mesti dibilas dengan air yang suci lagi menyucikan selepas itu pada pakaian, ini dinamakan sebagai peringkat penyucian di mana air mestilah bersifat mendatangi pada peringkat ini dengan meletakkan pakaian terlebih dahulu kemudian dicurah air ke atasnya.

Tidak dinafikan bahawa air dicurahkan di atas pakaian, namun selepas itu air yang berada di dalam mesin akan bertakung.

Meskipun air itu bertakung di dalam mesin, ia tidak semestinya mutanajjis (bernajis), ini disebabkan jika air tersebut bila berpisah dari pakaian dan masih tidak berubah sifatnya (tidak berubah dengan kesan najis) dan tidak bertambah beratnya (disebabkan najis) maka air itu dikira sebagai masih suci.

Dengan ini air yang masih bertakung bersama-bersama pakaian itu tidak dikira menajiskan pakaian yang direndam selagimana air itu tidak berubah sifat kerana najis.

Fakta ini banyak disebut di dalam kitab-kitab fiqh Shafi’ie antaranya ‘I’anah al-Tolibin’:

Maksudnya: Kesimpulannya, jika air mendatangi pada tempat bernajis dan ia belum terpisah darinya maka hukum air itu suci dan menyucikan.

Jika air terpisah darinya dan tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) dan ia tidak bertambah beratnya selepas menghilangkan najis dari tempatnya dan tempat itu menjadi suci, maka air itu kekal suci tetapi tidak menyucikan.

Namun jika pakaian itu bernajis dengan najis jelas kelihatan dengan mata kasar dan apabila air curahan itu berubah sifat selepas berpisah dari pakaian, maka pakaian itu mestilah dibilas paling kurang sekali sama ada melalui mesin basuh atau luar mesin sehinggalah tempat bernajis itu hilang najisnya dan air curahan yang berpisah darinya tidak berubah sifat dan tidak bertambah beratnya disebabkan najis.

Ini kerana air yang berpisah masih lagi berubah sifatnya masih diketogarikan sebagai mutanajjis iaitu tidak sah untuk menyucikan pakaian.

Jika objek (‘ain) najis wujud pada pakaian seperti ketulan najis atau tompokan najis yang tebal maka hendaklah dibuang dahulu dari pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh untuk mengelakkan kesan perubahan sifat yang ketara pada air curahan itu.

Meskipun pakaian bernajis itu dibasuh dengan air sabun di dalam mesin basuh iaitu bukan ketogari air mutlak yang mana ia masih tidak sah sebagai bahan menyucikan pakaian bernajis.

Namun, dengan teknologi canggih pada zaman kini yang mana pakaian yang dibasuh dengan sabun akan dibilas beberapa kali dengan air mutlak dalam mesin basuh, maka proses ini tidak syak lagi dapat menyucikan pakaian yang bernajis.

Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan.

Sesungguhnya khilaf antara ulama merupakan rahmat untuk umat.

Jelas fakta-fakta yang disebut bahawa mencuci pakaian yang bernajis melalui mesin basuh yang berteknologi moden dan canggih tetap menyucikan pakaian tersebut tanpa ragu-ragu.

Dengan syarat ia mesti memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kaedah fiqh mazhab Syafi’ie sepertimana yang disebut di atas.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aburuqayya

Thursday, July 19, 2018

10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2018

10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2018

AirAsia masih mendominasi industri penerbangan apabila dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali kesepuluh berturut-turut di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2018 yang berlangsung di The Langham, London pada Selasa.

10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2018

Pada acara sama, AirAsia turut diiktiraf dengan anugerah Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keenam berturut-turut dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia, menjadikannya tiga anugerah dimenangi secara keseluruhan.

Pengasas Bersama AirAsia, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun serta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz menerima anugerah tersebut di London.

Dikenali sebagai “Anugerah Oscar bagi Industri Penerbangan”, Anugerah Skytrax adalah penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan dengan lebih 20.36 juta tinjauan pelanggan yang dilakukan di lebih 105 negara, mengukur piawaian merentas 49 petunjuk prestasi utama produk dan barisan depan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbangan.

“Perasaan ini tidak dapat digambarkan. Saya masih tidak dapat melupakan perasaan sewaktu kami dinamakan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat pertama kali sepuluh tahun yang lalu dan saya tidak menyangka bahawa kami akan mengekalkan anugerah ini selama satu dekad,” kata Kamarudin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rafidah berkata, sebarang kejayaan dan pencapaian oleh Kumpulan AirAsia dan AirAsia X adalah sumbangan daripada setiap warga kerja AirAsia.

“OIeh itu, adalah penting untuk meningkatkan tahap kecekapan dan prestasi mereka supaya AirAsia dapat mengekalkan status bertaraf dunia ini dalam industri penerbangan serantau dan global yang amat berdaya saing,” katanya.

Kemenangan ini diraikan di semua pejabat kumpulan AirAsia di Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Bangalore dan Nagoya, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook 'Live' AirAsia.

Sebagai tanda terima kasih atas sokongan diberikan, AirAsia akan menawarkan tambang rendah bermula 23 hingga 29 Julai 2018 di www.airasia.com untuk tempahan penerbangan.

The top 10 world's best airlines for 2018
  1. Singapore Airlines
  2. Qatar Airways
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Emirates
  5. EVA Air
  6. Cathay Pacific
  7. Lufthansa
  8. Hainan Airlines
  9. Garuda Indonesia
  10. Thai Airways

Best airlines -- by global region
  1. Northern Europe -- Finnair
  2. Western Europe -- Lufthansa
  3. Eastern Europe -- Aeroflot Russian Airlines
  4. Africa -- Ethiopian Airlines
  5. Australia / Pacific -- Qantas Airlines
  6. Central Asia / India -- Air Astana
  7. China -- Hainan Airlines
  8. Central America / Caribbean -- Copa Airlines
  9. South America -- Avianca
  10. North America -- Air Canada
  11. Asia -- Singapore Airlines
  12. Middle East -- Qatar Airways
  13. Europe -- Lufthansa

Best low-cost airlines
  1. Africa -- Mango
  2. Australia & Pacific -- Jetstar Airways
  3. Asia -- AirAsia
  4. Central Asia / India -- Indigo
  5. China -- West Air
  6. South America -- Sky Airline
  7. North America -- WestJet
  8. Middle East -- Flynas
  9. Europe -- Norwegian

Best airline catering
  1. Economy -- Thai Airways
  2. Premium economy -- Aeroflot Russian Airlines
  3. Business -- Austrian Airlines
  4. First class -- Air France

Best airline seats
  1. Economy -- Japan Airlines
  2. Premium economy -- Air New Zealand
  3. Business -- Qatar Airways
  4. First class -- Singapore Airlines

Best regional airlines
  1. Africa -- Royal Air Maroc
  2. Asia -- Bangkok Airways
  3. South America -- Azul Brazilian Airlines
  4. Central Asia / India -- Azerbaijan Airlines
  5. Europe -- Aegean Airlines

Best airline lounges
  1. First class -- Qatar Airways
  2. Airline alliance lounge -- Star Alliance Los Angeles
  3. Independent airport lounge -- Plaza Premium Heathrow Terminal Two
  4. First class lounge dining -- Air France
  5. Airline lounge spa facility -- Thai Awards

Best airlines staff service -- by global region
  1. Africa -- South African Airways
  2. Australia / Pacific -- Qantas Airways
  3. Central Asia / India -- Vistara
  4. China -- Hainan Airlines
  5. Central America / Caribbean -- Copa Airlines
  6. South America -- Azul Brazilian Airlines
  7. Asia -- ANA All Nippon Airways
  8. Middle East -- Emirates
  9. Europe -- Austrian Airlines

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | edition

Rahsia Kenapa Pemain Bola Sepak Gemar 'Meludah'

Rahsia Kenapa Pemain Bola Sepak Gemar 'Meludah'

Di sebalik segala keterujaan perasaan, pekikan peminat dan kehebatan pemain menjaringkan bola, terdapat suatu tabiat beberapa pemain bola sepak yang boleh anda contohi untuk lebih berstamina di padang, ‘carb rinsing’ atau kumuhan karbohidrat.

Rahsia Kenapa Pemain Bola Sepak Gemar Meludah
Gambar hiasan.

Pernahkah anda memerhati atlet meludah air sewaktu rehat? Tahukah anda kajian sains mendapati terdapat manfaat tabiat tersebut bagi pemain bola?

Ada apa dengan carb rinsing?

Anda mungkin mendapati ramai pemain meludahkan air sewaktu pertandingan Piala Dunia. Mungkin mereka hanya melembapkan mulut yang terasa kering, tetapi kajian mendapati sebenarnya terdapat kebaikan lebih daripada itu jika anda melalukan air dalam mulut dan meludahkan kembali ketika bersukan.

‘Carb rinsing’ merujuk kepada tabiat berkumuh dengan larutan karbohidrat dalam mulut untuk memperdaya badan agar berfikir bahawa terdapat pengambilan tenaga.

Dengan cara ini, anda dapat memberikan rangsangan kepada otak untuk terus berjaga-jaga dan walaupun bukanlah sesuatu amalan yang biasa dilakukan, tetapi teknik ini semakin meningkat dalam kalangan atlet.

Sepanjang memerhatikan pertandingan Piala Dunia anda pasti menjumpai beberapa pemain kelihatan melakukan perkara ini. Antaranya kapten England, Harry Kane yang acap kali dilihat mengambil air dan meludahnya keluar. Begitu juga pemain tengah Dele Alli, dan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.

Mereka bukan hanya meludah biasa, tetapi pemain membilas mulut mereka dengan air dan mengeluarkan aliran air dan bukan meminumnya.

Mengapa tidak minum saja?

Minuman karbohidrat mengandungi polimer glukosa dan bertujuan untuk menambah simpanan tenaga semasa dan selepas senaman.

Jika meminum minuman karbohidrat boleh menambah stamina pemain, mengapa tidak melakukan sedimikian sahaja berbanding meludah keluar kembali?

Ini disebabkan minum air terlalu banyak boleh menyebabkan kembung, sebaliknya jika anda melakukan carb rinsing, anda memperdayakan badan seolah-olah ada pengambilan karbohidrat dan membuatkan badan lebih berstamina tanpa mengalami masalah kembung perut.

Kesan ini terjadi apabila reseptor di dalam mulut mengesan karbohidrat dan menghantar isyarat ke otak, dengan mengatakan terdapat bahan tenaga yang akan masuk.

Ini menjadikan otot bekerja lebih keras, tanpa kesan negatif daripada minuman karbohidrat seperti senak perut dan kekejangan.

Carb rinsing dalam kajian sains

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam European Journal of Sport Science mendapati bahawa carb rinsing meningkatkan prestasi dalam pelbagai aktiviti.

Pasukan penyelidikan dari Coventry University menguji 12 lelaki yang sihat di usia 20-an mereka, dan mendapati selepas carb rinsing mereka dapat melompat lebih tinggi, melakukan lebih banyak tekan tubi, berlumba lari lebih laju dan lebih fokus.

Satu lagi kajian dari tahun 2015, yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism, mendapati bahawa 12 atlet lelaki yang kompetitif mengalami kurang keletihan selepas carb rinsing.

Dalam satu kajian di Malaysia yang diterbitkan dalam jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism yang membandingkan pelumba basikal yang melakukan carb rinsing sewaktu bulan puasa, mereka didapati mempunyai manfaat lebih dalam perlumbaan berbanding pemain berpuasa yang tidak melakukan carb rinsing.

Carb rinsing rahsia ketahanan pemain bola?

Walaupun carb rinsing didapati memberi kesan positif kepada atlet dalam sukan tertentu tetapi teknik ini didapati tidak memberi kesan dalam sukan yang memerlukan ketahanan diri yang lebih lama.

Carb rinsing didapati lebih memberikan kesan dalam sukan yang laju dan berimpak tinggi seperti lari pecut berbanding aktiviti yang memerlukan ketahanan lama seperti maraton panjang.

Dalam satu kajian dari 2017, yang diterbitkan dalam Journal of Sports Sciences, 15 pelari wanita berlumba selama 60 minit, sekali dengan carb rinsing dan sekali tanpanya. Tiada kesan yang dilaporkan pada pencapaian mereka.

Oleh itu, carb rinsing dalam pemain bola sebenarnya hanya untuk membantu mereka kekal peka dan mengurangkan rasa penat. Apatah lagi setelah hampir 90 minit bermain, bukan mudah untuk kekal fokus dan berstamina.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Mungkin ada diantara anda yang menganggap pengharaman dadah adalah satu konspirasi untuk menghalalkan penjualan ubat-ubatan di farmasi (yang juga mengandungi dadah dengan kuantiti terkawal).

Ada juga yang mengatakan kerajaan mengharamkan dadah seperti ganja dan ketum kerana dadah-dadah ini tidak memberi pulangan cukai yang lumayan kepada kerajaan.

Sekiranya anda berfikiran seperti ini, percayalah bahawa otak anda sudah rosak sebenarnya.

Mungkin kerana pengambilan dadah yang berlebihan ataupun sengaja untuk menghalalkan perbuatan sendiri.

Sekali lagi diulangi, dadah adalah musuh negara! kerana dadah banyak keluarga cerai berai, kerana dadah ada nenek dibunuh dengan kejam, kerana dadah jugalah kadar jenayah meningkat.

Mungkin ada dikalangan pembaca tidak banyak terdedah mengenai info dadah dan tidak sedar ada diantara orang terdekat, terjebak dengan pengambilan dadah.

1. Syabu

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Dadah paling popular masakini di Malaysia adalah Syabu atau nama lainnya “Methaphetamine", sangat terkenal dikalangan remaja.

Ianya kini menular ke kawasan-kawasan kampung pedalaman walaupun harganya sangat mahal.

Pada tahun 90an, dadah ini cuma digunakan oleh bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak petani pun boleh terjebak dengannya.

Di jalanan, orang menggelar syabu sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais.

Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti penagih pil kuda, kokain, ubat batuk dan sebagainya kini beralih arah kepada syabu.

Siapa tokan syabu dizaman ini dialah raja dialah dewa. Tak kena cekup tak apa, kalau kena cekup padan muka kau.

Antara tanda pengambilan syabu adalah banyak bercakap (kadang-kadang benda tak berkaitan pun), aggresive, self-confident yang tinggi dan bermacam-macam lagi.

Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang akan salah sangka menganggap individu itu hebat, berwawasan dan berpandangan jauh.

Tapi bila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat individu tersebut bertukar dari seorang manusia kepada babi yang harapkan penerajang orang sekeliling. Mereka akan jadi bad mood, cepat marah dan cepat berpeluh (badan terasa panas).

Harga syabu mahal ya rabbi. Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Kalau sekilo?

2. Pil Methadone

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Pil metadhone ada dijual di farmasi dan klinik-klinik tertentu asalkan mendapat lesen dari kerajaan. Bahkan ianya juga boleh didapati dari klinik dan hospital kerajaan.

Pil Methadone digunakan untuk mengubati dan mengawal pesakit yang ketagihan dadah jenis opium yang lain.

Kesannya tidak seteruk dadah yang lain namun masih mampu membuatkan pesakit itu bertindak aggresive apabila kesannya sudah habis (di jalanan orang panggil situasi ini sebagai "kong").

3. Ganja a.k.a kanabis

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Ganja adalah dadah paling popular di Malaysia, juga dianggap sebagai dadah 'gateway' kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya.

Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu.

Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na).

Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah "boh", "balut", "daun" dan bahkan ada juga menggelarkan ganja sebagai "husin" atau "usin".

Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol "ganja" ini.

Contoh, sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti sedang balut rokok).

Harga sebatang ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.

4. Ubat batuk

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Ubat batuk asalnya digelar sebagai "kodein" dan di sesetengah kawasan pedalaman ada juga menggelarkannya sebagai "gayah".

Namun, kini sudah jarang didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk. Mungkin dadah jenis ini sudah ketinggalan zaman dan tak mengikut trend semasa.

Antara kesan pengambilan ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata, kalau individu itu mengambil ubat batuk secara berlebihan, dia akan jadi tak ubah seperti orang gila di jalanan. Percayalah.

Harganya bergantung size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan ringgit.

5. Pil Kuda

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Pil kuda sudah dikira "rare" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu.

Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah jenis syabu kerana kedua-dua dadah ini kononnya memberikan 'extra' energi kepada pengambilnya.

Ianya juga boleh membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda mungkin sudah faham kenapa mat rempit kebanyakannya berani mati.

Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai mat rempit ya.

Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara penggunaannya bukan dengan cara makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih dahulu. Kemudian asapnya akan disedut ke dalam mulut.

Kebanyakan yang mengambil pil kuda gigi mereka akan rosak teruk berwarna kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah.

Harga pil kuda kini mencecah RM120. Tahun 90an sebiji cuma RM15 ke RM30.

6. Pil Erimin 5

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy.

Ianya juga popular dikalangan "party people" kerana ia memberi rasa seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini.

Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar "rape drug".

Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama.

Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.

7. Pil Ecstacy

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan muzik atau masuk ke kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna.

Ada juga pil ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel.

Diantara sebab pil ini popular dikalangan orang yang suka berparti adalah kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu tersebut.

Selain itu, ecstacy juga menyebabkan penambahan nafsu syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar negara ianya digelar "love pil".

Nama lainnya adalah XTC dan MDMA.

Harganya tidak menentu bergantung kawasan. Biasa sebiji RM50 ke atas.

8. Ubat kepak a.k.a GHB

8 Jenis Dadah Paling Popular Di Malaysia

Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala merogol mangsanya. Serbuk di dalam pil ini biasanya dicampur ke dalam air untuk menghilangkan kesedaran mangsa.

Adakalanya mangsa boleh pengsan terus apabila terdedah kepada dadah ini dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya.

Dadah jenis ini yang biasa dijumpai di Malaysia biasanya diimport dari negara Thailand berbentuk seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan picit), namun begitu ianya juga ada didalam bentuk kapsul pil biasa.

Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang RM5 sebiji pil. Sekarang dengar cerita sudah mencecah RM100 sebiji pil.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, July 18, 2018

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Oppo Find X akhirnya hadir dengan skrin 6.4-inci dengan resolusi 2340z1080 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan hadir dengan storan 245GB, turut menggunakan kamera hadapan 25-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16-megapixel + 20-megapixel, melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Menariknya pada OPPO Find X ini adalah, ia menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan malah, Oppo menggunakan rekaan sedikit melengkung pada bahagian tepi, selain rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Dengan langkah ini, Oppo mencapai kadar nisbah skrin ke badan peranti sehingga 93.8% – iaitu yang tertinggi di pasaran pada hari ini.

Dengan rekaan penuh begini, semestinya ramai tertanya mengenai kedudukan kamera – yang biasanya dijayakan melalui penggunaan takuk.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah penggunaan ciri kamera yang boleh disembunyikan bagi mencapai rekaan skrin menyeluruh.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Kamera hadapan dan belakang disembunyikan dan boleh dikawal secara mekanikal.

Bahagian berkenaan akan naik dan turun berdasarkan penggunaan apabila peranti diaktifkan (untuk nyah-kunci berasaskan wajah) atau apabila aplikasi mengakses kamera.

Pada bahagian ini, ia hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 20MP dan 16MP, sementara kamera hadapan 25-megapixel yang dilengkapi sensor 3D untuk ciri Omoji dan juga nyah-kunci berasaskan wajah.

Tiada sokongan bicu audio atau pengimbas cap jari disertakan pada telefon pintar OPPO Find X ini.

OPPO Find X 8GB RAM Berharga RM3,699 Dengan Kamera Boleh Disembunyikan

Oppo Find X turut hadir dengan antaramuka Color OS berasaskan Android 8.1, yang mana turut menyertakan beberapa integrasi kecerdasan buatan untuk memudahkan sejumlah tugasan.

Di Malaysia, OPPO Find X dijual pada harga RM3,699.00 dan sudah boleh ditempah secara PreOrder di LAZADA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Selepas tamat Piala Dunia, saingan Liga Perdana Inggeris pula akan bermula dalam tempoh kurang dari sebulan sahaja lagi. Ini bermakna perkara paling utama yang berlegar dalam pemikiran peminat bola sepak di seluruh dunia dalam tempoh tiga minggu dari sekarang ialah perpindahan pemain.

Dan selepas berakhirnya kejohanan bola sepak paling berprestij itu, terdapat beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan serta prestasi sepanjang beraksi di Russia.

Berikutan itu, pemerhati sukan Sportmail melihat sekurang-kurangnya 10 bintang bola sepak yang bermain Piala Dunia 2018 mungkin berhijrah ke kelab lain dalam tempoh beberapa minggu lagi.

1. IVAN PERISIC
Negara: Croatia
Kelab sekarang: Inter Milan

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain sayap yang menyinar dan banyak membantu Croatia memenangi banyak perlawanan sehingga layak kali pertama ke final dan menjaringkan tiga gol.

Namun, bintang berusia 29 tahun itu hanya mempunyai satu lagi peluang selepas menolak tawaran lumayan Manchester United pada jendela perpindahan musim lalu dan memilih untuk kekal di Inter Milan. Mungkin sudah tiba masanya dia memikirkan semula keputusannya itu.

Pengurus United, Jose Mourinho masih berharap Perisic akan mengubah fikirannya.

Malah, ketika bercakap kepada pemberita di Russia selepas Croatia berjaya menewaskan England, beliau berkata, “Perisic ialah seorang pemain tengah yang berbeza. Biasanya apabila anda melihat pemain, mereka cuma mampu berlari pantas dan kreatif.

"Tetapi, Pesisic adalah seorang pemain yang memiliki kemahiran fizikal dan sangat mahir.

"Dia juga sangat hebat dan luar biasa ketika merebut bola di udara.”

Jadi, tidak hairanlah jika Mourinho sanggup mengkaji semula tawaran bernilai 45 juta pound untuk mendapatkan khidmat pemain Croatia itu menjelang akhir musim panas ini.

2. EDEN HAZARD
Negara: Belgium
Kelab: Chelsea

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Perkara pertama yang harus difikirkan oleh bos baru Chelsea, Maurizio Sarri ketika memulakan tugasnya di musim panas ialah mengenai masa depan Eden Hazard.

Penyerang Belgium berkenaan mempamerkan aksi cemerlang dan memberangsangkan di Piala Dunia 2018 dan menduduki tempat kedua dalam perebutan 'Bola Emas' di belakang Luca Modric yang dinobatkan selaku pemain terbaik.

Namun, sekarang Chelsea masih belum nampak peningkatan berterusan ditunjukkan Hazard.

Adakah Hazard akan terus kekal untuk mengharungi saingan musim Liga Europa dan sebarang perubahan berlaku Stamford Bridge yang kini dalam misi mempertahankan gelaran Liga Perdana atau sesuatu yang besar dan mengejutkan akan berlaku selepas ini.

Real Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Hazard dan terdapat kekosongan untuk bintang baru itu di Santiago Bernabeu selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Juventus.

Bercakap selepas Belgium menang penentuan tempat ketiga Piala Dunia ke atas England, Hazard berkata, “Saya menghabiskan masa enam tahun bersama Chelsea.

"Saya beraksi dengan begitu cemerlang di Piala Dunia, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk mengubah sesuatu.

“Chelsea akan membuat keputusan. Jika mereka mahu melepaskan saya, saya perlu tahu destinasinya.

"Selepas enam tahun mengharungi tahun penuh bermakna dengan Chelsea, sekarang mungkin sudah tiba masanya untuk menimba pengalaman berbeza.”

Adakah Sarri akan terus menyimpan pemain yang mahu berhijrah ke kelab lain?

Adakah Hazard terus kekal andainya Chelsea berkeras mahu mengekalkannya?

3. THIBAUT COURTOIS
Negara: Belgium
Kelab: Chelsea

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Apapun yang berlaku kepada Hazard mungkin akan mempengaruhi penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang menang 'Sarung Tangan Emas' sebagai penjaga gol terbaik Piala Dunia 2018.

Biarpun Courtois masih mempunyai kontrak 12 bulan dengan Chelsea, namun beliau sudah memberikan gambaran awal untuk berhijrah jika Hazard berbuat demikian.

Courtois pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hazard adalah kawan baiknya dan ‘ke mana saja Eden (Hazard) pergi, dia akan mengikut jejak langkahnya.’

Real Madrid memang sudah menghubunginya sebelum ini dan ahli keluarga Courtois termasuk dua anaknya kini menetap di Sepanyol.

4. OUSMANE DEMBELE
Negara: Perancis
Kelab: Barcelona

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Adalah adil untuk mengatakan rancangan perpindahan tidak menjadi selepas Ousmane Dembele ditawarkan harga £135.5 juta untuk berpindah ke Barcelona dari Borussia Dortmund.

Masalah kecederaan Hamstring dan pahanya menghantuinya selepas penampilan di La Liga, namun dia tetap menunjukkan bakatnya.

Dia diturunkan tiga kali sebagai pemain gantian dan sekali selaku kesebelasan utama oleh Perancis di Piala Dunia, namun tidak bermain ketika peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, pengurus Perancis, Didier Deschamps mengkritik mentaliti Dembele sebelum Piala Dunia bermula lagi dengan mengatakan pemain Barcelona berkenaan banyak mendatangkan masalah kepada rakan sepasukan di Dortmund dan pasukan kebangsaan.

Dembele sudah lama dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman dari Barcelona, namun kelab Catalan memerlukan seseorang untuk menggantinya di barisan hadapan.

5. ALISSON BECKER
Negara: Brazil
Kelab: Roma

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Sebelum Alisson Becker pergi ke Russia bersama pemain terkemuka Brazil, terdapat banyak cerita mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid dan Liverpool.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memang berminat mendapatkan khidmat penjaga gol berkenaan tetapi masih belum menetapkan harganya.

Klopp juga berminat melihat apa yang berlaku kepada Courtois dan Real Madrid, supaya Liverpool tidak perlu bersaing untuk mendapatkan khidmatnya.

Biarpun, mungkin cara Liverpool nampak kejam namun Alisson dilihat sudah bersedia untuk berhijrah ke kelab baru sama ada di England atau Sepanyol.

6. DOMAGOJ VIDA
Negara: Croatia
Kelab: Besiktas

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Biarpun sering dihambat kontroversi dan masalah, namun Domagoj Vida dan rakannya di barisan pertahanan Dejan Lovren, sudah memenangi hati peminat bola sepak dengan aksi memukau di Russia.

Pemain berusia 29 tahun berkenaan juga sekali lagi dikaitkan dengan Liverpool dalam media Turki manakala Everton dan Leicester dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmatnya dengan difahamkan Besiktas bersedia melepaskan Vida dengan bayaran perpindahan tidak kurang dari £30 juta.

Vida disiasat FIFA selepas pendedahan video dia menjerit 'Glory to Ukraine' ketika meraikan kejayaan Croatia menewaskan Russia, di mana dia turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

7. CRISTIAN PAVON
Negara: Argentina
Kelab: River Plate

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Argentina mempunyai tugas berat untuk membina semula pasukan kebangsaan selepas tersingkir di pusingan kedua Piala Dunia 2018.

Tetapi sesiapa saja bakal pengganti Jorge Sampaoli sebagai pengurus akan memilih Cristian Pavon - tonggak utama Argentina.

Pemain serba boleh berusia 22 tahun itu boleh bermain di pelbagai posisi termasuk sayap, penyerang dan membuat empat penampilan di Piala Dunia 2018 termasuk tiga kali sebagai pemain gantian dan sekali selaku kesebelasan utama.

Dia memang dikaitkan dengan Arsenal biarpun memilih untuk kekal di Argentina, tetapi tidak mustahil dia akan berpindah ke Eropah.

8. JUAN FERNANDO QUINTERO
Negara: Colombia
Kelab: River Plate (pinjaman dari Porto)

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Juan Fernando Quintero adalah salah seorang tonggak utama Colombia ketika saingan 16 pasukan terbaik dan sudah menetapkan bayaran perpindahan berjumlah £22 juta jika ada kelab lain berminat menggajinya.

Dia dipinjamkan ke River Plate dari Porto dan Presiden River Rodolfo D'Onofrio berkata, “Saya tahu ada tawaran dibuat oleh Quintero. Dia gembira untuk bermain di River."

"Jika mana-mana kelab mahu mendapatkan khidmatnya mereka perlu membayar £22 juta.”

Difahamkan, Tottenham dan Real Madrid berminat mendapatkan khidmatnya.

9. ALEKSANDR GOLOVIN
Negara: Russia
Kelab: CSKA Moscow

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain tengah berusia 22 tahun ini adalah salah seorang pemain terbaik yang banyak membantu Russia layak ke suku akhir Piala Dunia.

Chelsea berminat mendapatkan khidmatnya dengan bayaran perpindahan bernilai £27 juta, namun Juventus turut berminat.

10. HIRVING LOZANO
Negara: Mexico
Kelab: PSV Eindhoven

10 Bintang Piala Dunia Yang Menjadi Buruan

Pemain berprestij di Mexico yang menghiburkan, Hirving Lozano dikaitkan dengan Tottenham dan Manchester United selepas Piala Dunia yang mengagumkan.

Dia bermain di semua empat perlawanan Mexico dan menjaringkan satu gol.

Dia menuju ke Russia selepas cemerlang di Belanda dengan PSV Eindhoven, menjaringkan 17 gol dalam 29 perlawanan. Dia boleh bermain di bahagian sayap atau serangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Rakyat Atau Raja, Siapa Yang Lebih Berkuasa?

Rakyat Atau Raja, Siapa Yang Lebih Berkuasa?

Tiada rakyat maka tiada Raja, inilah keadaan yang sebenarnya dan jika kita kembali kepada sejarah, ia jelas menampakkan bahawa rakyatlah di suatu masa dahulu yang memilih siapa di kalangan mereka untuk diangkat sebagai Ketua yang kemudiannya ditukar gelaran sebagai Raja atau Sultan.

Rakyat Atau Raja, Siapa Yang Lebih Berkuasa?

Apabila tiada persefahaman, maka jalan terbaik ialah menjemput mereka sama ada dari Sumatra (Minangkabau) mahu pun dari Kepulauan Sulawesi atau lebih tepat orang Bugis sebagai Ketua atau Raja mereka.

Raja atau Sultan Negeri Sembilan berasal dari Pagar Ruyong, Sumatra, sementara Sultan Selangor dan Johor pula berasal dari keturunan Bugis, di Sulawesi, Indonesia.

Ibu Sultan Perak berasal dari keturunan rakyat biasa Pulau Pinang sementara ibu Sultan Ibrahim Johor pula adalah seorang rakyat biasa keturunan Inggeris dari England, beliau baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini.

Raja Muda Selangor pula adalah kacukan Bugis dan rakyat biasa dari Amerika Syarikat.

Keturunan apa pun mereka ini, yang sahih mereka telah diberi peluang diangkat sebagai Raja atau Sultan oleh rakyat.

Hanya ADAT sahaja yang mengizinkan keturunan mereka dari asal ke cucu cicit untuk terus mewarisi tempat tersebut tanpa disoal oleh rakyat kini.

Istilah Raja berasal dari perkataan Sanskrit, India, yang bermaksud Rajan atau Ketua Puak. Sultan pula merupakan istilah Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan ‘Salatha’ yang bererti yang berkuasa.

Sejak Merdeka, keadaan mula berubah. Raja atau Sultan TIDAK lagi bertindak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’.

Mengikut hikayat lama, Laksamana Bentan, Megat Sri Rama telah melafazkan kata–kata yang sehingga kini masih bermain di kepala sebahagian rakyat iaitu ‘Raja Adil Raja DiSembah, Raja Zalim Raja DiSanggah’.

Kezaliman Sultan membunuh Dang Anum, isteri Laksamana Bentan itu berakhir dengan apa yang dikenang sehingga sekarang sebagai – ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’.

Peristiwa tersebut mengingatkan kita khasnya Sultan bahawa mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.

Rakyat Atau Raja, Siapa Yang Lebih Berkuasa?

Menjelang PRU 14 yang berlangsung pada 9hb Mei 2018 yang baru lepas, beberapa orang Sultan telah bertindak diluar batasan.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik Darjah DK daripada Tun Mahathir. Darjah ini dianugerahkan kepada Tun oleh ayahanda beliau, Sultan Ismail Petra.

Sebelum arahan diberi atau dikeluarkan, Tun Mahathir sendiri telah memulangkan pingat yang sama taraf kepada Sultan Selangor.

Di Johor pula Sultan Ibrahim dan anaknya Tunku Ismail bersungguh–sungguh berkempen bagi mengalahkan Tun Mahathir dan parti beliau dengan alasan- alasan yang tak masuk akal.

Sultan harus menerima hakikat bahawa usaha mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat, justeru ia dengan sendiri membawa makna bahawa rakyat lebih cerdik dari mereka.

Rakyat berasa lega apabila Pakatan Harapan yang diberi amanah memerintah telah melaksanakan beberapa perubahan atau reform apabila beberapa agensi seperti SPRM, SPR dan lain-lain yang selama ini berada dibawah kawalan Pejabat Perdana Menteri (PMO) diletakkan terus dibawah kawalan Parlimen.

Banyak lagi Akta yang akan dimansuhkan dalam masa terdekat ini.

Bagi menguatkan lagi Institusi Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham antara Raja dan Rakyat, maka perkara berikut adalah dicadangkan:-

1. Setiap tahun semasa Pembentangan Belanjawan sama ada di peringkat Parlimen (Agong) dan Negeri (Sultan), segala kos perkhidmatan, perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka dan keluarga MESTI dibentang bagi mendapat kelulusan. Ini kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh rakyat, maka rakyat berhak diberitahu ke mana wang mereka dibelanjakan.

2. Parlimen MESTI meluluskan garis panduan yang jelas berkenaan perkara–perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka, sebagai contoh jumlah kereta yang dikecualikan dari sebarang cukai, tidak boleh berniaga dan menggunakan pengaruh untuk sebarang projek, tidak boleh ‘menjual’ sebarang Darjah Kebesaran, tidak boleh mencampuri hal ehwal politik sama ada secara tersurat dan tersirat. Begitu juga tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran seperti hal ehwal tanah dan pembangunan seperti yang dilakukan di Johor. Kuasa ini MESTI dibatalkan serta merta.

Cadangan diatas adalah amalan biasa yang dilaksanakan di England dan di beberapa negara yang mempunyai Raja di Eropah.

Semoga ‘Reformasi’ ini berani dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Tindakan ini tidak sekali–kali menjejaskan kedudukan Sultan, malah ia akan memastikan mereka terus hidup di istana yang disumbangkan oleh rakyat jelata tanpa perlu menitiskan walau setitik peluh pun.

Sila kongsi bersama pandangan saya ini.

Penulis
Tamrin Tun Ghafar Baba

BACA INI JUGA:

sumber: malaysia-today

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca

Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh sehingga ke syurga. Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu 'mendirikan masjid' dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat.

6 Fakta Perkahwinan Bakal Pengantin Wajib Baca
Gambar hiasan.

Disebabkan itu, hari ini berbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat. Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sebagai 'Wedding of the year'.

Ada pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Tidak mengapa, semuanya boleh dibuat sekiranya pasangan pengantin mampu. Apa salahnya kan?

Tetapi tahukah anda terdapat beberapa fakta benar mengenai perkahwinan? Okay pastikan anda baca sampai habis ya.

1. Tidak akan ada mana-mana perkahwinan seperti perkahwinan anda

Ini kerana tidak akan wujud manusia lain seperti anda dan pasangan anda. Yes, no other version of you! Inilah perkara yang paling indah dan bahagia mengenai perkahwinan yang anda perlu tahu.

Bahkan, tiada siapa yang akan dapat menjalin atau sepenuhnya memahami bond anda dan pasangan kerana perkahwinan anda adalah satu ikatan UNIK dua orang yang UNIK.

Itulah sebabnya ia adalah sia-sia untuk membezakan perkahwinan anda dengan orang lain.

Sebenarnya anda tidak dapat membandingkan perkahwinan semasa anda dengan perkahwinan yang lepas (jika ada) kerana mungkin elemen yang paling asas sesuatu pasangan adalah berbeza.

2. Anda tidak akan betul-betul mengenali seseorang itu sehingga anda mengahwininya

Yes, even if you’ve been dating from the hospital nursery, living day in and day out with someone in a relationship where both parties have legal rights and can be held legally, morally and socially liable is a totally. different. ball game. Everyone’s true self only comes out under this triple-filter test.

Sehinggakan ada satu-satu masa anda akan merasakan pasangan adalah satu beban dan musuh buat anda yang mana anda mahu melarikan diri dari pasangan tanpa memikirkan akibat selepas perbuatan tersebut.

Namun, perasaan ini tidaklah timbul kepada semua orang, ia bergantung kepada cara seseorang itu menyelesaikan masalah.

Ini menujukkan anda telah mula benar-benar mengenali SI DIA. Dan juga mungkin kadangkala anda merasakan anda adalah manusia terakhir untuk pasangan bersama.

3. Jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan

Saya yakin pasti anda pernah mendengar beberapa ayat yang sering digunakan oleh para ibu bapa yang melarang anda membuat sesuatu perkara.

You’ve heard it:
“You can do everything you want, after you get married.”
“Once you’re married your husband will take you wherever you want, but you can’t go now.”

TIDAK. Anda tidak akan dapat melakukan segala yang anda mahu apabila anda melakukan ujian kehamilan satu hari nanti dan mendapati dua garis pada alat bacaan kehamilan.

Anda tidak akan dapat untuk pergi ke mana sahaja yang anda mahu apabila suami anda keluar bekerja 10 jam sehari, menghabiskan 3 jam di jalan raya dan pulang ke rumah yang hanya untuk tidur.

Jadi anda perlulah BERSEDIA!

4. Kebahagiaan anda bergantung kepada kejujuran anda terhadap diri

Ini yang menarik yang patut anda lakukan. Sebelum berkahwin anda perlu mengetahui dahulu siapa diri anda dan bagaimana pasangan yang anda mahukan.

Anda perlu jujur pada diri sendiri.

Adakah anda seorang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Anda mahukan pasangan yang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?
Apakah kekuatan anda? Apakah keburukan anda?
Apakah peristiwa yang masih 'menghimpit' diri anda yang mungkin memberi kesan terhadap perkahwinan anda?
Adakah anda bersedia untuk menjadi lebih tidak mementingkan diri sendiri, sabar dan berkorban?
Adakah anda tidak kisah jika pasangan anda tiada pekerjaan tetap buat masa sekarang?

Dan banyak lagi.

Berdasarkan soalan di atas, fikirkan ciri-ciri pasangan yang anda mahukan dan lihat sama ada teman yang bersama anda itu dekat atau tidak dengan ciri-ciri yang anda mahukan.

Ini bukanlah ciri-ciri perfect yang anda perlu cari, tetapi ia adalah ciri-ciri teman yang fit yourself enough untuk hidup bersama.

5. Tidak ada sebab UTAMA kenapa anda mesti rush dalam perkahwinan

Jangan terlalu terburu-buru membuat keputusan. Pilihlah individu yang betul dan berkawanlah dengan seramai mungkin kerana kita mengharapkan perkahwinan hanya perlu berlaku sekali saja dalam kehidupan.

There is absolutely NO reason to rush into choosing who you will be spending the rest of your life with, 24 hours a day, 365 days a year, and for as long as which you can never legally enjoy the same sort of relationship with anyone else.

6. Perkahwinan bahagia benar-benar WUJUD!

Ya saya tahu, selepas anda membaca 5 perkara di atas ia membuatkan anda berfikir-fikir untuk tidak mendirikan masjid.

Fakta ini bukanlah untuk menakut-nakutkan anda tetapi inilah senario sebenar yang mungkin bakal dialami sesetengah dari kita. Yang penting, anda haruslah bersedia.

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama.

Anda cuma perlu lebih REALISTIK dan BERSEDIA sebelum menjelangnya hari bahagia.

Perkahwinan bahagia juga memang wujud contohnya perkahwinan Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya.

Walau apa pun terjadi para isteri Rasulullah SAW tetap berada di sampingnya. Apa yang penting jujur dan jadilah teman baik pasangan SEPANJANG HAYAT.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Tuesday, July 17, 2018

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Persoalan adakah Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid akhirnya terjawab apabila kelab Real Madrid membuat kenyataan rasmi bahawa Cristiano Ronaldo sah akan berpindah ke Juventus.

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Nilai perpindahan Ronaldo ke Juventus bernilai €100 juta (RM473 juta +-) dan bakal menerima gaji yang sangat lumayan; €500,000 (RM2,674,000+-) seminggu!

Ada yang bertanya, adakah Juventus sudah gila untuk membeli pemain yang sudah berusia 33 tahun dengan harga €100 juta dan diberi gaji sebanyak itu selama 4 tahun?

Banyak sebab yang membuatkan Ronaldo mahu keluar daripada Sepanyol terutamanya kerana kadar cukai yang sangat tinggi.

Bagi pengurusan Juventus, ini adalah salah satu pelaburan jangka panjang kerana kehadiran Ronaldo ke kelab berkenaan semestinya dapat menaikkan lagi nilai kelab di samping dapat menarik penaja-penaja baharu ke Juventus di masa hadapan.

Seperti perpindahan Paul Pogba ke Manchester United sebelum ini, jualan jersi kelab Juventus dengan nama Ronaldo semestinya akan dapat menampung sebahagian modal untuk membawa masuk Ronaldo ke Juventus.

Musim sebelum-sebelum ini juga Juventus tidak berbelanja besar. Mereka dapat pemain hebat seperti Andrea Pirlo, Sami Khedira and Dani Alves secara percuma.

Perpindahan Paul Pogba ke Manchester United pula menyumbang keuntungan kepada Juventus apabila dijual pada harga €70 juta.

Adalah pembelian ini berbaloi?

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Ronaldo adalah penjaring Real Madrid yang hebat kerana berjaya merekodkan 451 gol dalam 438 perlawanan.

Untuk musim lalu, beliau masih lagi mampu menyumbat 44 gol dan untuk Ballon d’Or pula, beliau sudah memenangi anugerah berkenaan sebanyak 4 kali.

Penganalisa kewangan Rob Wilson dari Universiti Sheffield Hallam berkata, pelaburan Juventus untuk Ronaldo adalah sesuatu yang pastinya berbaloi.

Bukan hanya ia memperkuatkan pasukan Juventus, tetapi turut akan memperkuatkan kewangan kelab itu.

Beliau menambah, membeli Ronaldo bukan sekadar membeli pemain bola sepak, anda turut sama membeli seseorang yang sangat dikenali di seluruh dunia.

Dengan pembelian ini, nyata akan mampu menarik lebih banyak sponsorship untuk kelab berkenaan di samping menarik lebih ramai pemain hebat untuk menyertai Juventus.

Pendek kata, pembelian Ronaldo adalah pelaburan penting buat Juventus untuk masa depan. Liga Serie A selepas ini pun kini sudah ada penyeri baharu dan tidak akan sendu lagi.

Cabaran untuk mencari ‘teman pengganti’ Ronaldo dan kemungkinan besar, bintang Perancis Kylian Mbappé atau Neymar akan berada di dalam radar Real Madrid.

Dengan berat hati, peminat Real Madrid perlu merelakan pemergian Ronaldo ke Juventus. La Liga pastinya akan kurang seri dan Messi semestinya akan ‘merindui’ seteru utama beliau ini.

Jersi Juventus Cristiano Ronaldo Terjual 520,000 Helai Dalam 24 Jam

Berbaloikah Perpindahan €100 Juta Ronaldo Ke Juventus?

Walaupun belum diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Juventus, Pemain bola sepak yang menangi lima kali Ballon D’ Or Cristiano Ronaldo telah membuat rekod terbaru.

Menurut laporan daripada Yahoo Sport, jersi pemain Juventus ini telah berjaya dijual sebanyak 520,000 unit, sama ada menerusi dalam talian mahupun dibeli secara tunai dalam 24 jam.

Dijual dengan harga $123 (RM498.03) sehelai, ia telah berjaya memberikan keuntungan besar buat kelab dari Itali ini, keuntungan kasar sebanyak $63,960,000!

Selain itu juga, kesemua media sosial Juventus menerima jumlah pengikut yang ramai iaitu sebanyak 1.4 juta bilangan pengikut meningkat di Instagram, 1.1 juta pengikut meningkat di Twitter serta 500,000 pengikut di Facebook.

Kehadiran CR ke Liga Serie A ini mungkin akan memberi nafas baharu liga ini jika dahulunya makin tenggelam disebabkan kurangnya kemasukan pemain bintang.

Ronaldo, selamat datang ke Juventus.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket | thevocket2