Tuesday, April 24, 2018

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Lionel Messi mengatasi Cristiano Ronaldo sebagai penerima pendapatan tertinggi dalam bola sepak dunia 2018, manakala Jose Mourinho mengungguli carta pengurus, demikian menurut majalah France Football.

Gaji Lionel Messi €25,000 Seminit

Penyerang kelab Barcelona itu berada jauh di hadapan pada musim ini dengan pendapatan €126 juta (RM600 juta) termasuk gaji, bonus dan perolehan iklan, manakala pesaingnya daripada kelab Real Madrid menjana pendapatan €94 juta (RM447.7 juta).

Pada musim lalu, Ronaldo mendahului dengan pendapatan €87.5 juta(RM416.7 juta) diikuti €76.9 juta (RM366.2 juta) yang diterima Messi.

Berdasarkan angka terbaharu itu, Messi menerima bayaran €25,000 (RM119,073) seminit ketika beraksi untuk La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan empat kali penampilan antarabangsa untuk Argentina sepanjang musim ini, dengan tanggapan dia akan bermain dalam semua baki lima perlawanan Barcelona nanti.

Dua pemain itu diikuti bintang Paris Saint-Germain, Neymar di tempat ketiga dengan pendapatan €81.5 juta (RM389.6 juta).

Dalam kalangan jurulatih pula, Mourinho yang menguruskan kelab Manchester United kekal nombor satu dengan gaji €26 juta (RM124.3 juta).

Pengurus pasukan bola sepak China, Marcello Lippi berada di tangga kedua dengan gaji €23 juta (RM109.9 juta), diikuti pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Simeone di tempat ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo


Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Sejarah Revolusi Perindustrian bermula di Great Britain dengan kebanyakan inovasi teknologi awal berasal daripada British melalui perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan yang menjadi penyebab utama Revolusi Perindustrian.

Apa Sebenarnya Revolusi Perindustrian 4.0?

Revolusi Perindustrian menandakan titik perubahan utama dalam sejarah di mana hampir setiap aspek kehidupan seharian dipengaruhi olehnya.

Penggunaan terawal yang termaktub dalam istilah "Revolusi Perindustrian" ditemui pada penulisan oleh Louis-Guillaume Otto dalam surat bertarikh 6 Julai 1799.

Apa punca industri berubah?

REVOLUSI INDUSTRI PERTAMA

Tenaga daripada punca air dan teknologi wap telah membawa kepada industri buatan secara mekanikal.

REVOLUSI INDUSTRI KEDUA

Tenaga Elektrik telah membawa kepada perusahaan besar-besaran secara elektrikal.

REVOLUSI INDUSTRI KETIGA

Kemunculan Industri Digital telah membawa kepada penggunaan internet.

Teknologi-teknologi baru juga ditemui untuk menggantikan sumber tenaga-tenaga lama yang semakin berkurangan sumbernya seperti petroleum.

REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT (4.0)

Penggunaan data secara Globalisasi, wujudnya penggunaan telefon mudah alih bertaraf “Super”, pembinaan robot-robot bijak, pemanduan kereta secara kendiri, Teknologi Neuro-Teknologi Otak dan pembaikan Genetik.

Pada tahun 2017, perkataan Revolusi Perindustrian ke-4 menjadi perkataan yang disebut-sebut dalam kalangan bijak-pandai teknologi dunia.

Jadi, apa itu Revolusi Perindustrian ke-4?

Sebenarnya, apabila Industri Digital menjadi matang, tanpa disangka-sangka manusia di dunia mendapatkan kumpulan-kumpulan data besar yang tersedia di tangan.

Gabungan data besar, teknologi fizikal dan analisis, telah berjaya membentuk sebuah gangguan terhadap industri tenaga.

Gangguan yang terbentuk ini telah membina semula cara bagaimana kita seharusnya bekerja, mengaitkan sesuatu, cara berkomunikasi dan cara belajar.

Dengan adanya gangguan ini, maka terjadilah revolusi terhadap industri tenaga.

Walaupun ramai orang melihat Revolusi Perindustrian ke-4 sebagai ancaman pekerjaan kepada manusia, tetapi hakikatnya jika kita perhatikan, ia menawarkan potensi terbaik dalam perkembangan teknologi berdaya maju, seperti:

a. Mendedahkan semua orang kepada cabaran

Sebelum kemunculan revolusi ini (4.0) interaksi manusia adalah antara manusia dan manusia, tetapi selepas kemunculannya, kaedah interaksi mengubah kepada interaksi antara manusia kepada mesin.

b. Ia berlaku secara global

Revolusi 3.0 Digital World membolehkan ramai orang mencapai banyak perkara melalui perkhidmatan internet.

c. Industri tenaga akan mencapai titik kritikal tidak lama lagi, di mana Artificial Intelligence akan mengambil-alih fungsi manusia

Contohnya:

Business Insider Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang diterbitkan pada 1 Disember 2016.

Artikel tersebut bertajuk "21 Titik Teknologi Titipan yang Kita Akan Kita Capai Menjelang tahun 2030".

Artikel ini memberi kita beberapa pandangan sejauh mana teknologi dapat mencapai 'titik tertinggi' dalam teknologi:

1. 90% penduduk akan mempunyai simpanan data tanpa had pada 2018.

2. Robot farmasi pertama akan tiba di Amerika Syarikat pada tahun 2021.

3. 1 trilion sensor akan disambungkan ke internet menjelang tahun 2022.

4. 10% penduduk dunia akan memakai pakaian yang disambungkan kepada internet menjelang tahun 2022.

5. Kereta pertama yang dicetak melalui teknologi 3D akan dikeluarkan pada tahun 2022.

6. Telefon mudah alih yang pertama dapat ditanam dalam badan manusia akan menjadi komersial pada tahun 2025.

7. Kerajaan akan menggantikan kaedah banci dengan teknologi data besar (Big Data) menjelang tahun 2023.

8. 10% cermin mata akan disambungkan kepada internet pada tahun 2023.

9. 80% orang di dunia akan mempunyai kehadiran digital dalam talian menjelang 2023.

10. Kerajaan akan mengutip cukai buat kali pertama melalui rantaian blok (blockchain) pada tahun 2023.

11. 90% daripada penduduk global akan mempunyai superkomputer di dalam poket mereka menjelang tahun 2023.

12. Akses ke internet akan menjadi hak asas menjelang tahun 2024.

13. Pemindahan pertama hati yang dicetak melalui sistem 3D akan berlaku pada tahun 2024.

14. Menjelang 2024, lebih daripada 50% trafik internet adalah dari peralatan dan peranti.

15. 5% daripada produk pengguna akan dicetak dengan sistem 3D.

16. 30% audit korporat akan dilakukan oleh robot bijak-pandai menjelang tahun 2025.

17. Secara global, lebih banyak perjalanan akan dibuat menggunakan program perkongsian kereta daripada kereta milik persendirian pada tahun 2025.

18. Kereta tanpa pemandu akan mengambil alih 10% daripada jumlah semua kereta yang berada di Amerika Syarikat pada tahun 2026.

19. Robot bijak-pandai (Artificial Intelligence) pertama akan menyertai lembaga pengarah korporat pada tahun 2026.

20. Bandar pertama yang mempunyai lebih daripada 50,000 orang dan tiada satu lampu isyarat pun yang akan mengawal lalu-lintas, akan muncul pada tahun 2026.

21. Menjelang 2027, 10% daripada keluaran dalam negara kasar global akan disimpan menggunakan teknologi blockchain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

sumber: majalah

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Pada pukul 5 petang, 16 April 1951, HMS Affray yang merupakan salah sebuah daripada kapal selam kelas A, Tentera Laut Diraja British memulakan pelayaran dari Haslar Creek, Gosport berhampiran Portsmouth menuju ke perairan Selat Inggeris.

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Kapal selam berkenaan membawa seramai 75 kru pelbagai pangkat yang diketuai oleh Leftenan John Blackburn, 28, untuk menjalani latihan rutin.

Kira-kira pukul 9 malam, John Blackburn menghantar isyarat kepada pangkalan melaporkan kapal selam itu akan memulakan selaman pada pukul 9.15 malam.

Komander kapal selam berkenaan juga tidak perlu membuat sebarang hubungan dengan pangkalan sehingga keesokan harinya antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, hingga pukul 10.40 pagi hari berikutnya, tiada sebarang isyarat diterima daripada HMS Affray menyebabkan amaran kehilangan kapal selam itu dikeluarkan dan operasi mencari serta menyelamat di­lancarkan.

Pada pukul 1 petang, pihak tentera laut memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga kru, namun kebanyakan mereka telah pun mengetahui mengenai kehilangan kapal selam itu melalui radio.

Kod Morse

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry
Krew HMS Affry.

Maru Foster yang merupakan balu kepada Pegawai Pertama, Leftenan Derek Foster memberitahu, dia mengetahui kejadian itu ketika berada di rumahnya di Petersfield, Hampshire bersama anak lelakinya, David yang ketika itu berusia tiga tahun.

“Berita terkini pada masa itu mengatakan salah sebuah kapal selam kami telah hilang dan saya masih jelas mengingatinya.

“Tidak perlu beritahu saya kapal selam mana yang hilang, saya tahu ia adalah HMS Affray,” imbasnya.

Dalam pada itu, kesemua ahli keluarga kru kapal selam terbabit di seluruh negara berdoa agar anak, bapa dan adik-beradik mereka yang berada di dalam kapal itu selamat.

Pada pukul 9.55 malam 18 April, doa mereka seakan-akan dimakbulkan apabila sebuah kapal selam dan kapal melaporkan mendengar bunyi ketukan yang datang dari arah HMS Affray.

Bunyi yang didengari itu pada mulanya dipercayai merupakan mesej kod Morse yang diketuk pada badan kapal selam.

Ketika itu, anak kapal selam itu dijangka dapat hidup selama empat hari sebelum kehabisan oksigen dan pada masa itu masih ada lagi 48 jam bagi menyelamatkan mang­sa.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat ada mangsa yang terselamat tidak menjadi kenyataan apabila kapal selam itu masih gagal ditemui pada pukul 7.45 malam, 19 April iaitu 69 jam selepas HMS Affray melakukan selaman terakhir.

Ketukan yang didengari sebelum ini sebenarnya datang daripada bunyi enjin kapal lain yang menyertai kumpulan penyelamat berkenaan.

Bangkai ditemui

Misteri Tragedi Kapal Selam HMS Affry

Setelah operasi mencari dijalankan secara berterusan, kapal selam itu akhirnya berjaya juga ditemui pada 14 Jun 1951, iaitu hampir dua bulan selepas kehilangannya apabila kapal HMS Loch Insh berjaya mengesan HMS Affray pada kedalaman 91 meter kira-kira 27 kilometer di barat laut Pulau Alderney.

Tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu dan tidak diketahui mengapa tragedi itu berlaku.

Lembaga penyiasat juga gagal memberi penjelasan yang memuaskan dan misteri karamnya HMS Affray kekal sehingga hari ini.

Bangkai HMS Affray pada mulanya disangka akan dibawa naik dari dasar laut bagi membolehkan pemeriksaan teliti dilakukan untuk mencari punca ia karam selain membolehkan ahli keluarga mengebumikan anak kapal yang terkorban.

Namun, ahli keluarga mangsa kecewa apabila pihak tentera laut mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan bangkai kapal selam itu dengan memberi alasan kos yang tinggi dan bahaya.

Menurut Joy Cook, balu kepada Laskar Kanan George Cook, tentera laut seolah-olah tidak mahu bangkai kapal selam itu dikeluarkan.

“Adakah terdapat sesuatu yang tidak kena mengenai kapal selam itu sehingga mereka tidak mahu kami tahu?” soalnya.

Lembaga penyiasat yang ditubuhkan kemudian membuat kesimpulan bahawa snort mast iaitu saluran yang digunakan menyedut udara di permukaan laut pada HMS Affray telah pecah menyebabkan air membanjiri kapal selam itu.

Para penyelam mendapati Snort mast itu terpisah daripada badan kapal selam, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia pecah sebelum kapal selam itu tenggelam atau kesan perlanggaran dengan dasar laut.

Tanda tanya mengenai punca sebenar kapal selam British karam 67 tahun lalu masih belum terungkai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rusia Lancar Kapal Selam Paling Hebat Dan Tercanggih Di Dunia!

sumber: kosmo

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Pelakon terkenal, Hollywood Natalie Portman membuat kejutan apabila enggan hadiri satu acara penganugerahan berprestij di Israel dan meraih hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.8 juta).

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Beliau beri alasan tidak mahu terlibat dengan beberapa insiden menyedihkan di negara haram Yahudi itu, menurut pihak penganjur, sekali gus turut mengumumkan majlis penyampaian hadiah tersebut semalam terpaksa dibatalkan.

Israel mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu lalu ekoran kekejaman digunakan askar rejim itu semasa bertempur dengan rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu kecil di sempadan Gaza.

Setakat ini, kira-kira 31 warga Palestin berjaya dibunuh dan ratusan yang lain cedera.

Pemerintah Israel namun bertegas bahawa pihaknya terpaksa melakukan demikian konon demi melindungi sempadan daripada diceroboh.

Menerusi kenyataan dalam lamannya, yayasan yang menyampaikan Hadiah Genesis dipetik sebagai mengatakan, “Insiden di Israel baru-baru ini amat membimbangkan dan menyedihkan beliau sendiri hingga berasa tidak selesa.

“Justeru beliau agak keberatan untuk mengambil bahagian dalam sebarang acara awam yang diadakan di Israel.”

Yayasan tersebut bagaimanapun tidak pula memberikan perincian di sebalik keputusan mengejut oleh Portman itu.

Pegawai seranta Portman di Los Angeles, Amerika Syarikat juga tidak dapat memberikan sebarang respons kepada e-mel daripada pihak media tempatan yang begitu teruja meminta maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya berasa amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Portman terpengaruh dengan penyokong gerakan global BDS (Boikot, Divestasi dan Sekatan) yang dilancarkan sejak 2005,” kata Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev.

Sejak 2014, Hadiah Genesis sudah diberikan kepada individu cemerlang dalam bidang profesional mereka yang menjadi inspirasi kepada orang lain menerusi dedikasi mereka kepada masyarakat Yahudi dan nilai Yahudi.

Portman dilahirkan di Baitulmaqdis pada 1981, memiliki dwikerakyatan AS dan Israel.

Graduan Universiti Harvard ini yang sudah berkahwin dan ada dua anak aktif dalam bidang perfileman sejak 1992.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Yahudi Paling Popular Hollywood

sumber: mynewshub

Monday, April 23, 2018

8 Cara Penipuan Ahli Politik Anda Wajib Tahu

8 Cara Penipuan Ahli Politik Anda Wajib Tahu

Kepercayaan adalah sesuatu yang mengambil masa untuk dibina, tetapi boleh hilang dalam sekelip mata namun, ada sesetengah ahli politik yang bijak memperdaya rakyat dengan pelbagai helah demi mendapat sokongan padu.

8 Cara Penipuan Ahli Politik Anda Wajib Tahu

Walaupun tidak beretika, hanya matlamat sahaja yang dipandang oleh golongan ini.

Kami ingin kongsikan antara 8 helah paling kerap digunakan ahli politik untuk memperdaya orang awam.

1. Memperkecilkan dan menyalahkan masalah anda terhadap pihak lawan

Salah satu taktik kegemaran pemimpin kejam atau diktator adalah menyalahkan sebarang isu terhadap kumpulan yang lebih kecil yang tidak mampu mempertahankan diri mereka dengan betul.

Memang sebenarnya masalah yang timbul biasanya disebabkan oleh kerajaan perlu melakukan sesuatu yang berbeza, namun ia jauh lebih mudah bagi pemimpin tidak bertanggungjawab untuk meyakinkan orang ramai bahawa sekumpulan pihak lain yang harus dipersalahkan, dan kemudiannya menganiaya mereka tanpa belas kasihan.

Pemimpin pada hari ini banyak yang masih menggunakan helah ini, seperti menyalahkan etnik latin dan hispanik di Amerika Syarikat, atau imigran Islam di Eropah.

2. Mengulangi penipuan berkali-kali

Penyokong propaganda dan pemimpin kedua tertinggi Third Reich (Nazi Jerman), Joseph Goebbels pernah berkata "ulanglah satu pembohongan dengan kerap, dan ia akan menjadi kebenaran".

Ini adalah satu falsafah yang tidak bermoral untuk melakukan apa sahaja penipuan yang diperlukan untuk mencapai agenda Nazi.

Walaupun Joseph telah menggunakan setiap helah propaganda dan menghasilkan beberapa helah baru, namun taktik kegemaran dia adalah mengulangi taktik asas, iaitu pembohongan yang berulang kali.

Penyelidik tertanya-tanya adakah helah ini benar-benar berhasil, jadi mereka telah melakukan kajian.

Hasil kajian membuatkan mereka sedikit bimbang.

Para penyelidik berkata orang lebih cenderung untuk menilai sesuatu pernyataan sebagai benar jika mereka pernah mendengar kenyataan tersebut sebelum ini, walaupun pada asalnya mereka tahu bahawa pernyataan tersebut adalah palsu ketika kali pertama mendengarnya.

Ahli psikologi memberitahu apabila berhadapan dengan pembiohongan, orang masih bijak menggunakan akal dan tidak mudah ditipu, namun ia menunjukkan baahawa sekurang-kurangnya taktik ini menjadi sebahagian daripada strategi maklumat palsu yang sangat berkesan.

Dalam kes Nazi Jerman ini, di mana maklumat dikawal sepenuhnya dan sukar mendapat akses mengenai perkara sebenar, kita boleh melihat ramai orang yang bijak tertipu.

3. Mengawal segala aliran maklumat dalam negara

Jika seseorang diktator itu ingin mengawal orang ramai, cara yang terbaik adalah mengawal aliran maklumat.

Ini bermakna jika ada sumber berita yang tidak dikawal oleh orang jahat, dan mereka tak dapat menutupnya dengan segera tanpa menerima banyak respon dari orang ramai, maka mereka akan sentiasa melakukan apa sahaja untuk menidakkan berita tersebut atau membuatkan ia kelihatan seperti berita palsu.

Dalam situasi di mana pemimpin mampu untuk menutup sumber-sumber berita lain, mereka akan melakukannya dengan perlahan sehinggalah hanya berita daripada mereka sahaja yang kekal.

Sesetengah pemimpin yang menggunakan helah ini akan membuatkan orang ramai percaya bahawa sumber berita utama dalam media massa seperti TV atau akhbar bukanlah dikawal oleh mereka.

Contoh terbaik adalah Russia Today, sumber berita utama di Rusia.

Vladimir Putin mendakwa beliau tidak mengawal media massa ini.

Tetapi jika difikirkan secara logik, Russia Today dikawal oleh Kremlin dan Putin pula berkuasa penuh ke atas apa yang dilakukan dan polisi apa yang boleh digunakan oleh Kremlin.

Dan jika anda mengawal aliran maklumat, adalah sangat sukar bagi orang lain untuk memberikan pendapat negatif mengenai anda atau pentadbiran anda, kerana anda boleh memastikan hanya perkara positif sahaja diceritakan mengenai anda dan apa yang anda akan lakukan pada masa depan.

4. Membahagikan setiap perkara kepada dua bahagian perdebatan

Walaupun ramai yang tahu mengenai helah ini, namun mereka tetap tertipu setiap hari.

Adalah sangat sukar untuk sesiapa pun untuk fokus kepada isu-isu semasa yang hangat apabila mereka lebih memberi tumpuan dalam membenci parti-parti politik lain, tanpa sebab.

Di negara seperti Amerika Syarikat, adalah sangat mudah untuk Parti Demokrat atau Republican untuk membuatkan rakyat lupa atau membatalkan janji-janji manifesto mereka, kerana mereka tahu cara untuk rakyat "membalas dendam" terhadap mereka adalah dengan mengundi parti lain.

Dan penyokong setiap parti telah diajar bahawa parti lain adalah jahat.

Namun, helah ini telah digunakan untuk memberikan kesan yang sangat buruk bagi sesebuah negara yang mana ia digunakan lebih daripada sekadar untuk cuba mengalihkan perhatian rakyat dari janji-janji politik mereka.

Di Rwanda pada tahun 2000-an, ahli politik dan kumpulan media elit daripada etnik Hutu telah membahagikan negara kepada dua kumpulan, iaitu Hutu dan Tutsi, dan mengutuk Tutsi dengan mengatakan mereka adalah serangga perosak yang harus dibasmi.

Ini telah membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di Rwanda dengan anggaran hampir sejuta nyawa terbunuh hanya disebabkan rupa kedua-dua kumpulan ini sangat sukar untuk dibezakan.

Apabila seseorang memberitahu anda untuk membenci kumpulan lain dengan sebab yang tak masuk akal, adalah lebih baik jika anda tak mendengarnya dan sebaik-baiknya tidak lagi bergaul dengan mereka, walaupun mereka berasal dari kumpulan anda.

5. Buatkan anda berasa dikepung oleh musuh yang lebih kuat

Dalam misi membuatkan anda menyokong mereka, pemimpin-pemimpin akan "mengganggu" anda dengan konsisten.

Mungkin sesebuah negara itu berhadapan dengan kelaparan, atau ekonomi yang semakin tenat, mahupun penyelewangan yang berleluasa.

Tak kisahlah apa pun masalah yang berlaku, mereka akan meyakinkan anda bahawa ada perkara yang lebih buruk akan berlaku, bila-bila masa sahaja.

Anda tak tahu bila ia akan berlaku, membuatkan anda berasa sangat takut.

Namun ia bukanlah berlaku di semua negara, dan bukan dilakukan untuk menakutkan orang ramai, tetapi lebih kepada membuatkan rakyat lebih bersiap sedia.

Jika negara anda bermasalah, atau anda menindas rakyat jelata, anda boleh memberikan alasan bahawa anda juga sedang dikepung atau ditindas oleh orang lain atau musuh.

Rakyat yang resah akan menjadi lebih tenang dan cenderung untuk tidak melakukan revolusi walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah hidup yang menekan mereka setiap hari, kerana mereka percaya ia adalah satu pengorbanan yang harus ditempuhi dalam membaik pulih negara tercinta.

6. Meringkaskan mesej supaya mudah difahami semua lapisan masyarakat

Propaganda yang digunakan oleh menteri-menteri atau diktator yang sangat berkesan adalah semakin rumit sesuatu mesej itu, semakin sukar ia untuk difahami dan disebarkan.

Ramai yang berpendapat bahawa sangat sukar untuk Hilary Clinton untuk berhubung dengan orang ramai kerana beliau terlalu intelektual dalam penyampaian mesej dan tidak begitu pakar dalam meringkaskan sesuatu perkara.

Bagi Donald Trump pula, beliau bijak meringkaskan mesej kepada yang lebih mudah untuk "dimakan" oleh orang ramai yang mana mudah untuk diingati.

Ini bukanlah untuk menilai penggunaan taktik ini sebagai sesuatu yang jahat, namun ia menunjukkan bahawa tunjukkan bagaimana kesederhanaan dalam mesej boleh mempunyai kesan yang begitu besar.

7. Menggunakan sentimen identiti kebangsaan untuk meraih populariti

Kemungkinan helah paling popular dan berkesan yang digunakan pemimpin adalah memberi tumpuan kepada identiti kebangsaan.

Jika anda ingin menindas keseluruhan penduduk dan mengawal mereka tanpa berlaku kekacauan atau pergolakan, lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai sumber yang mencukupi, anda harus mengumpulkan rakyat dalam satu kumpulan seramai yang mungkin.

Semakin kurang kumpulan yang wujud, semakin mudah untuk anda pengaruhi mereka dan tiada pemberontakan yang teruk sehingga mengganggu pemerintahan anda.

Sesetengah negara menggunakan cara ini dimana identiti kebangsaan adalah agama atau bangsa, dan rakyat tidak dapat menidakkan bahawa sentimen agama dan bangsa yang digunakan bukanlah agenda parti politik tersebut, tetapi untuk kebaikan negara.

Antara contoh terbaik negara yang menggunakan falsafah ini adalah Korea Utara dan juga China.

Parti di negara ini memberikan anda kebebasan beragama tetapi mereka akan melakukan apa saja untuk membuatkan anda mengelak daripada mempunyai agama, dan menghukum anda jika mengamalkannya secara senyap-senyap.

Parti Komunis yang mengawal segalanya dan sangat kuat, tidak membenarkan anda memegang jawatan kerajaan jika anda menganut mana-mana agama.

Ini bagi memastikan mana-mana pemimpin dan sebahagian besar pengikut setia parti, tidak beragama dan membuatkan kesetiaan mereka terhadap parti adalah paling utama.

8. Melakukan apa saja untuk menarik perhatian emosi dan bukannya logik anda

Menurut Joseph, bermain dengan emosi adalah cara terbaik untuk menarik minat orang ramai, jadi dia mereka bentuk propagandanya mensasarkan kepada naluri paling asas dalam jiwa rakyat.

Joseph pernah mengatakan bahawa dia percaya cara terbaik untuk menggunakan propaganda adalah apabila membicarakan apa yang sudah dirasakan dalam hati orang ramai dan tidak penting untuk memberikan mesej yang masuk akal.

Ini kerana memberitahu apa yang rakyat mahu dengar adalah paling utama.

Helah ini banyak digunakan oleh parti politik moden.

Di dalam perhimpunan, polisi yang digunakan adalah berteriak memberikan ucapan kecil dan tak penting, dan menyebut berkenaan keburukan pihak musuh.

Teknik manipulasi ini membuatkan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut terlupa bahawa parti lain juga adalah manusia seperti mereka yang tidak berbahaya dan bukan seperti apa yang diberitahu oleh pemberi ucapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Ringkas Parti-parti Politik Di Malaysia

sumber: iluminasi

Earthquake Lights Fenomena Cahaya 'UFO' Ketika Gempa Bumi

Earthquake Lights Fenomena Cahaya 'UFO' Ketika Gempa Bumi

Cahaya gempa bumi yang terhasil oleh tekanan kepada batu quartz boleh menyebabkan kemunculan sejenis bebola cahaya.

Earthquake Lights Fenomena Cahaya 'UFO' Ketika Gempa Bumi

Cahaya tersebut dipanggil dengan nama cahaya gempa bumi, Earthquake Lights (EQL).

Disebabkan UFO juga sering dilihat sebelum, sewaktu atau selepas kejadian gegaran gempa bumi, kita perlu membezakan yang mana satu UFO dan yang mana cahaya alam semulajadi.

Cahaya gempa bumi biasanya datang dalam pelbagai bentuk, saiz serta warna.

Kemunculannya adalah dalam bentuk cahaya yang berwarna warni.

Cahaya tersebut akan melonjak naik sehingga 200-300 meter ke atas langit dalam masa beberapa saat sahaja.

Angin gempa bumi (shock wave) boleh menyebabkan berlakunya satu bentuk letupan cahaya seakan bunga api tetapi berskala kecil.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Fenomena Cahaya Paulding

-SENTIASAPANAS.COM

Mossad Dalang Pembunuhan Imam Dr. Fadi Al-Batsh Di Malaysia

Mossad Dalang Pembunuhan Imam Dr. Fadi Al-Batsh Di Malaysia

Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin, dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh, dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh dan lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil.

Pembunuhan Imam Dr. Fadi Al-Batsh

Dr Fadi, 35 tahun, seorang saintis muda dari Palestin ditembak menjelang waktu Subuh di Gombak pada Sabtu (21/4/2018).

Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?

Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing – khususnya ejen perisikan Israel Mossad – yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam. Beliau merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di Malaysia dengan kelulusan Doktor Falsafah.

Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadhan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.

Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah: Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya – apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin.

Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini; bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang.

Selain daripada hipotesis ‘Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin’, tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini.

Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada rejim Zionis?

Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut.

Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.

'Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis.

Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam.

Menurut rekod, ‘Pembunuhan bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap’ di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga ‘alat politik’ untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin.

Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka.

Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi.

Sebelum 2001, Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini.

Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000, barulah mereka mengakui ada menjalankan ‘pembunuhan bersasar untuk pencegahan’ (preemptive targeted killing).

Sebenarnya, sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka.

Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon.

Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan pembunuhan bersasar ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet.

Setakat ini, terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘untung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi ‘pembunuhan bersasar’ begini bukanlah asing bagi Zionis.

Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal.

Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

HAMAS: PEMBUNUHAN DI DALANGI MOSSAD

Kumpulan Hamas yang memerintah Gaza mendakwa pembunuhan Dr Fadi Albatsh di Kuala Lumpur didalangi oleh ejen perisikan Israel, Mossad.

Ketua pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh berkata kepada The Associated Press, kejadian itu hampir sama dengan modus operandi yang dijalankan pihak Mossad dalam menyasarkan mangsanya.

“Berdasarkan pembunuhan terbaharu ini, boleh saya katakan bahawa kes ini menyerupai kes-kes pembunuhan melibatkan para ulama Palestin dan negara Islam yang didalangi Mossad.

"Jadi, mereka yang mendalangi pembunuhan ini harus menerima balasannya,” katanya ketika melawat kediaman keluarga Dr Fadi di Jabaliya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

-SENTIASAPANAS.COM

14 Ayat Pick Up Line Paling Power Untuk Mencairkan Hati Wanita

14 Ayat Pick Up Line Paling Power Untuk Mencairkan Hati Wanita

Pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengurat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang wanita dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yang sebenar iaitu menjadikan wanita itu kekasih anda.

14 Ayat Pick Up Line Paling Power Untuk Mencairkan Hati Wanita

Namun, bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut.

Di sini kami kongsikan beberapa ayat pick up line untuk anda gunakan.

Lelaki : Esok teman i jenjalan nak?
Perempuan : Pergi mana?
Lelaki : Jalani sisa hidup kita bersama.

Lelaki : Awak tahu apa beza awak dengan air?
Perempuan : Hmmm tak tahu.
Lelaki : Air mengalir ke laut, tapi awak mengalir ke dalam hati saya.

Lelaki : Kalau Johor ada legoland, Pahang ada genting highland, KL ada klcc tapi saya ada awak sorang je tu pun dah cukup.

Lelaki : Awak Aida kan?
Perempuan : Bukan la, kenapa?
Lelaki : Sebab aidalama minat kat u.

Lelaki : Awak dah sampai ke?
Perempuan : Sampai ke mana?
Lelaki : Sampai ke hati saya.

Lelaki : Awak tahu tak beza awak dengan banduan?
Perempuan : Tak tahu.
Lelaki : Banduan terperangkap dalam penjara, awak terperangkap dalam hati saya.

Lelaki : Awak kerja kedai bunga ke?
Perempuan : Tak la, kenapa?
Lelaki : Bila saya tengok awak, hati saya berbunga-bung.

Lelaki/Perempuan : Bapa awak pengganas ke, sebab awak memang meletup!

Lelaki/Perempuan : Awak ibarat matahari, saya ibarat aiskrim, bila awak senyum saya pun cair.

Lelaki : Awak tahu apa beza awak dengan bas?
Perempuan : Tak tahu.
Lelaki : Kalau bas berhenti di stesen bas, awak berhenti dihati saya.

Lelaki : Awak tahu tak apa beza awak dengan toyol?
Perempuan : Tak tahu?
Lelaki : Kalau toyol curi duit, awak curi hati saya.

Lelaki/Perempuan : Awak kerja kedai aircond ke? Sebab hati saya sejuk bila tengok awak.

Lelaki : Awak jom kita jumpa.
Perempuan : Jumpa dimana sayang?
Lelaki : Jumpa dalam hatimu.

Lelaki : Jangan lupa tau.
Perempuan : Lupa apa?
Lelaki : Jangan lupa yang aku ini milikmu.

Itu dia ayat pick up line yang dijamin mencairkan gunung. Ayat mengorat yang diselitkan dengan elemen lawak jenaka. Dan boleh juga digunakan oleh wanita untuk memikat lelaki.

Semoga memberi inspirasi buat anda semua.

BACA INI JUGA: 8 Pick Up Line Terbaik Mampu 'Mencairkan' Pasangan Anda

sumber: maurelaxjer

40 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Keningau

40 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Keningau

Daerah Keningau yang terletak di pedalaman Sabah dinobatkan sebagai “Permata Pedalaman Utara Borneo” kerana di sana terdapat tempat tarikan yang tidak ramai orang ketahui keindahannya sebagai tarikan pelancongan.

Tahun-Melawat-Keningau-2018

Sebenarnya tidak begitu banyak maklumat berkenaan dengan lokasi menarik yang ada di Keningau tetapi kali ini kami akan kongsikan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Jadi, jika anda berkunjung ke Keningau, Sabah, ini adalah antara lokasi menarik untuk dilawati.

TEMPAT BERSEJARAH
  • Ansip Ferry Memorial Park
  • The Oath Stone Keningau
  • World War 2 Memorial Park
  • Muzium Warisan Keningau
  • Rumah Besar OKK Sedomon
  • Japan Surrender Point

ADVENTURE
  • Gua Laing - Laing Cave
  • Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
  • Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
  • Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
  • Bukit Trig - Trig Hill
  • Bukit Matanoi - Matanoi Hill
  • Bukit Lugas - Lugas Hill
  • Bukit Kikiran - Kikiran Hill
  • Air Terjun Tinaaman
  • Air Terjun Berkembar
  • Air Terjun Mandanan
  • Tindian White Water Rafting
  • Lubuk Pinamansok

PASAR SETEMPAT
  • Tamu Ground Keningau (Khamis & Ahad)
  • Pasar Tamu Apin-Apin (Sabtu)
  • Pasar Malam Keningau (Setiap hari)
  • Tamu Kraf Taman Bandukan (Sabtu)

TAMAN
  • Pusat Rekreasi Taman Bandukan
  • Kapayan Recreation Resources
  • Mee Woo Resort
  • Taman Banjaran Crocker
  • Sungai Tagal Kg.Senagang
  • Sungai Tagal Kg.Nuntunan
  • Sungai Tagal Taman Bandukan

AGRO TOURISM
  • Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
  • Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
  • Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis

TEMPAT KEAGAMAAN
  • Guang Ji Temple
  • Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
  • Masjid Al-Taqwa

KRAFTANGAN
  • Pusat Kraftangan Sabah
  • Kampung Kraf Kg. Batu Lunguyan
  • Kampung Kraf Kg. Ulu Senagang
  • Kampung Kraf Kg. Kuala Kahaba

Jadi apa kata untuk tahun ini, kita sama-sama luangkan masa untuk datang sempena Tahun Melawat Keningau 2018 dan rasai pengalaman baru bercuti menimba pengalaman baru, menjadikan Keningau sebuah lokasi percutian yang sangat hebat di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mawardiyunus

Sunday, April 22, 2018

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Cuaca panas sememangnya boleh memberikan tekanan fizikal dan bahaya kepada tubuh badan setiap manusia dan tahukah anda, suhu paling panas yang pernah di catatkan di Malaysia adalah 40.1 darjah celcius di Chuping, Perlis.

Namun, dalam kita merasakan negara kita sangat panas, ada lagi tempat yang mencatatkan rekod suhu lebih panas berbanding di Chuping.

Berikut adalah 10 lokasi tempat paling panas di muka bumi.

1. Aziziyah, Libya

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Aziziyah yang terletak 25 kilometer di selatan Tripoli pernah mendapat gelaran tempat paling panas di bumi.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1922 di mana suhu yang dicatatkan sebagai 58 darjah celcius.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 gelaran suhu terpanas telah ditarik balik apabila para ahli meteorologi menyatakan bahawa rekod itu tidak sah kerana terdapat beberapa percanggahan data termasuk juga orang yang mencatatkan suhu tersebut langsung tidak berpengalaman.

Sehingga sekarang bandar ini masih kerap mengalami suhu melebihi 48 darjah celcius dalam pertengahan musim panas.

2. Dasht-e Lut, Iran

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Dataran padang pasir ini mempunyai suhu tanah terpanas di muka bumi.

Pengukuran satelit yang diambil antara tahun 2003 dan 2009 mendapati bahawa kejutan suhu maksimum sebanyak 70.7 darjah.

Tidak perlu dikatakan apa-apa mengenainya kerana rantau ini tidak berpenghuni.

3. Death Valley, California, Amerika Syarikat

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Sehingga sekarang Death Valley memegang rekod untuk suhu terpanas di dunia yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Lembah padang pasir yang luas ini telah mencapai suhu 56.7 darjah celcius pada musim panas tahun 1913 yang tentunya akan menjejaskan kehidupan manusia di situ.

Suhu purata pada masa kini mencapai 47 darjah celcius pada musim panas dan ia merupakan kawasan paling kering di Amerika Syarikat.

4. Kebili, Tunisia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Pekan gurun ini terkenal dengan buah kurma yang berkualiti dengan suhu purata sekitar 40 darjah celcius ke atas pada musim panas.

Suhu tertinggi yang pernah direkodkan adalah sebanyak 55 darjah celcius.

5. Ghadames, Libya

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Ghadames adalah lokasi oasis iaitu kawasan lapang di tengah-tengah padang pasir yang kini telah diisytiharkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco disebabkan terdapat pondok atau rumah yang mempunyai simbol ikonik kerana ia diperbuat daripada lumpur.

Walaupun dibuat dengan menggunakan lumpur tetapi ia telah membantu melindungi 7,000 penduduk dari cuaca panas yang terik.

Dikenali juga sebagai "mutiara padang pasir", ia mencapai purata tertinggi 40 darjah celcius dan suhu 55 darjah celcius pernah dicatatkan.

6. Tirat Zvi

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Tirat Zvi bandar haram yang mencatat rekod suhu terpanas di Asia pada bulan Jun 1942 iaitu dengan bacaan suhu sebanyak 54 darjah celcius.

Rekod itu telah dipersoalkan oleh Christopher C Burt iaitu salah seorang penyiasat ke atas rekod dunia Aziziyah yang tidak disahkan sekarang.

Dia mendakwa bahawa bacaan termometer itu tidak dibaca dengan tepat dan seharusnya ia dibaca pada suhu 53 darjah celcius.

Pada tahun yang sama juga suhu ia mencecah paras tertinggi pada tahap 37 darjah celcius sahaja.

7. Wadi Halfa, Sudan

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Sepanjang tahun hujan tidak kelihatan di Wadi Halfa iaitu bandar panas yang terletak di pinggir Tasik Nubia di Sudan.

Jun adalah bulan yang paling panas dengan purata suhu tertinggi iaitu sebanyak 41 darjah celcius.

Suhu paling panas yang pernah direkodkan ialah pada kadar 53 darjah celcius pada bulan April tahun 1967.

8. Bandar-e Mahshahr, Iran

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Bandar-e Mahshahr mencatatkan indeks haba setinggi 74 darjah celcius pada bulan Julai 2015.

Manakala suhu rekod terpanas yang pernah direkodkan di Bandar e-Mahshahr Iran adalah pada sekitar 51 darjah celcius.

9. Timbuktu, Mali

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Bandar ini terletak di pinggir selatan Sahara walaupun pada musim sejuk ia tetap mencatat suhu yang panas sehingga mencapai paras purata purata 30 darjah pada bulan Januari.

Suhu terpanas yang pernah direkodkan adalah di Timbuktu ini adalah 49 darjah celcius.

10. Dallol, Ethiopia

10 Tempat Paling Panas Di Dunia

Kawasan hidrotermal yang mempunyai lembah garam, air panas berasid dan gas geyser ini mempunyai suhu purata harian maksimum 41 darjah celius yang dicatat pada tahun 1960 hingga 1966.

Angka-angka suhu yang semakin meningkat itu bererti ia mempunyai purata suhu yang tertinggi di mana-mana tempat yang didiami di muka bumi ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

e-Sukan semakin mendapat tempat di hati gamer tegar dan banyak syarikat-syarikat besar yang berminat untuk menjadi penaja dengan tawaran jutaan ringgit diperingkat dunia.

Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?

Hadiah lumayan dalam pertandingan melibatkan game Dota 2, FIFA dan Mobile Legend, antara yang membuatkan industri semakin meriah sekali gus meningkatkan jumlah pulangan pasukan juara.

Setakat tahun 2017 sahaja, KuroKy selaku pemain Dota 2 telah berjaya membolot hadiah kejuaraan bernilai $3.5 juta.

Secara keseluruhan, Dota 2 berjaya menjadi game dengan tawaran hadiah tertinggi dimana sebanyak $24 juta berjaya diagihkan sepanjang tahun 2017.

Untuk kategori kumpulan, Team Liquid berjaya menjadi pasukan yang memperoleh hadiah kejuaraan tertinggi dengan nilai sebanyak $10.8 juta.

Tidak hairanlah kini ramai para pemain berusaha lebih gigih untuk tampil di dalam peringkat yang lebih tinggi.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menjadi pasukan ketiga di Asia yang berjaya memenangi pendapatan tertinggi.

Berdasarkan jumlah pemain seramai 371 diseluruh dunia, berjaya menduduki di tempat ke-15 dunia berdasarkan jumlah pendapatan adalah sesuatu yang mengagumkan.

Bagi anda yang bercita-cita dan berhasrat untuk menjadi pemain e-sukan, kini lebih banyak jalan telah dibuka untuk anda berjaya dengan hanya bermain game.

Amirul ‘AmTuah’ Afandi berjaya menunjukkan bahawa dengan hasil kerja keras yang konsisten, dia telah berjaya dilamar pasukan Schalke 04 untuk menjadi pemain e-sukan pasukan Bundesliga tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya e-Sukan?

sumber: thevocket