Friday, March 23, 2018

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia, World Meteorological day

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia, World Meteorological day

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia, World Meteorological day disambut pasda 23 Mac setiap tahun bagi menekankan kepentingan pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai cuaca dan iklim dalam memastikan mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang bencana atau ancaman dari perubahan cuaca dan iklim.

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia, World Meteorological day

Hari Meteorologi Sedunia disambut setiap tahun oleh seluruh komuniti meteorologi di 191 buah negara anggota Pertubuhan Meteorologi Sedunia (World Meteorological Organisation - WMO).

Dari segi pertanian, cuaca merupakan aspek penting yang perlu diutamakan, nelayan juga memerlukan maklumat bagi mengetahui ramalan cuaca semasa bagi membantu mereka melaksanakan kerja seharian mereka.

Fenomena alam seperti puting beliung, ribut petir, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global yang tidak boleh diramal kerana Malaysia masih belum mempunyai kepakaran mengenainya.

Oleh itu, kerajaan sentiasa berusaha membawa pakar dari luar negara untuk melatih lebih ramai pegawai cuaca tempatan mengenai kaedah terbaik untuk membuat ramalan tentang puting beliung.

Malaysia juga boleh menghantar pegawai ke luar negara yang mempunyai ramai pakar, pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung dan lain-lain bencana alam.

Melalui sambutan Hari Meteorologi ini, negara anggota Pertubuhan Metereologi Sedunia mampu merangka pelan tindakan dan mitigasi untuk menghadapi perubahan iklim.

Aplikasi RakanMET

Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengambil inisiatif memperkasakan sistem penyampaian bencana alam dengan membangunkan aplikasi RakanMET yang berasaskan laman web.

Melalui aplikasi RakanMET, orang ramai boleh melaporkan kejadian atau fenomena cuaca di tempat mereka untuk disebarkan termasuk pihak berkuasa.

Selain itu, ia berperanan sebagai medium komunikasi dua hala antara orang awam dan jabatan bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat.

MetMalaysia turut menawarkan "myCuaca" iaitu aplikasi telefon pintar yang menyediakan ramalan dan amaran cuaca harian, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apps Store secara percuma; myCuaca.

Selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 22, 2018

Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

Apabila Cambridge Analytica mendedahkan bagaimana mereka secara rahsia dan tidak beretika mempengaruhi pilihan raya di seluruh dunia, termasuklah di China, Brazil, Mexico, Malaysia, Australia dan Kenya, ia menjadi sangat kontroversi.

Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

Siapa dalang di sebalik Cambridge Analytica? Apa matlamat sebenar mereka? Ketahui lebih lanjut tentang syarikat ini dan operasi-operasi mereka yang telah dijalankan dan kaitannya dengan maklumat peribadi di Facebook.

Siapa Individu Di Sebalik Cambridge Analytica?

Syarikat ini adalah sebahagian daripada SCL Group dan berkongsi beberapa pengarah yang sama.

Alexander Nix, 42, warganegara Estonia menyertai SCL pada tahun 2003 selepas tamat pengajian di University of Manchester dan bekerja di bahagian kewangan korporat.

Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan sisi politik perniagaan syarikat berkenaan.

Pengarah Urusan Cambridge Analytica bahagian politik adalah Mark Turnbull, yang menghabiskan masa selama 18 tahun di firma Bell Pottinger sebelum bersama menyertai SCL Group.

Apa Matlamat Cambridge Analytica?

Cambridge Analytica adalah sebuah syarikat yang menawarkan servis kepada perniagaan dan parti-parti politik yang mahu 'mengubah sikap penyokong'.

Mereka mendakwa berupaya menganalisis sejumlah besar data pengguna dan menggabungkannya dengan sains tingkah laku bagi mengenal pasti orang-orang di sebalik organisasi yang menjadi sasaran bahan pemasaran mereka.

Mereka memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber, termasuklah laman sosial seperti Facebook dan kajian mereka sendiri.

Berpangkalan di London, syarikat Cambridge Analytica diasaskan pada tahun 2013 sebagai anak syarikat kepada SCL Group, yang menawarkan servis yang sama di seluruh dunia.

Dalam sebuah temubual antara wakil laman sesawang Contagious dengan pengasas syarikat berkenaan iaitu Alexander Nix, beliau berkata matlamat utama syarikat berkenaan adalah bertujuan memenuhi kekosongan dalam pasaran politik parti Republican di Amerika Syarikat.

Peluang perniagaan ini dilihat semakin jelas mempunyai masa depan yang cerah apabila Mitt Romney dikalahkan dalam pilihan raya presiden pada tahun 2012.

Menurut beliau lagi, parti Democrats mempunyai kelebihan dari segi revolusi teknologi, analisis data dan mempunyai penglibatan digital yang meluas dan parti Republican gagal mengejar.

"Kami nampak jurang ini sebagai peluang perniagaan untuk syarikat kami" kata Nix.

Mengapa Cambridge Analytica Tiba-Tiba Menjadi Popular?

Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

Pada awal bulan Mac 2018 lalu, the Obsever mendedahkan bahawa pada tahun 2014, data 50 juta profil pengguna Facebook telah diguna pakai oleh seorang ahli akademik dari UK, iaitu Aleksandr Kogan dan syarikat beliau iaitu Global Science Research (GSR).

Aleksandr Kogan mengumpul maklumat berkenaan menggunakan sebuah aplikasi di laman sosial berkenaan.

Antara maklumat yang dikumpul adalah butiran rakyat Amerika Syarikat, yang dibayar untuk mengambil ujian personaliti.

Beliau turut mengambil maklumat peribadi rakan-rakan Facebook mereka.

Aleksandr Kogan mempunyai perjanjian dengan Cambridge Analytica untuk berkongsi maklumat yang dikumpul.

Menurut seorang pemberi maklumat (whistleblower), Christopher Wylie, kebanyakan maklumat peribadi ini diambil tanpa kebenaran.

Beliau berkata, Cambridge Analytica menggunakannya untuk membangunkan sebuah program perisian yang berupaya untuk membuat jangkaan dan mempengaruhi pilihan di peti undi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu (17 Mac 2018), syarikat berkenaan menafikan sebarang salah laku dan berkata bahawa mereka tidak menggunakan maklumat daripada Facebook dan tiada sebarang maklumat juga digunakan ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Kata mereka lagi, mereka mematuhi syarat perkhidmatan Facebook dan telah membuang segala maklumat yang diterima daripada GSR.

Ini bukanlah kali pertama Cambridge Analytica terlibat dalam kontroversi sebegini. Syarikat tersebut turut dituduh menawarkan servis mereka kepada penderma luar bagi kempen Brexit di UK.

Pada November 2017 lalu, Nix telah dilaporkan berhubung dengan pengasas Wikileaks, Julian Assange bagi memohon bantuan untuk mendedahkan email kontroversi berkaitan Hillary Clinton.

Syarikat berkenaan juga telah dituduh sebagai sebuah syarikat propaganda yang membuat pemasaran secara berlebih-lebihan, sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam politik.

Apa Kata Facebook Tentang Skandal Cambridge Analytica?

Facebook telah menggantung Cambridge Analytica dan beberapa individu lain daripada laman sesawang mereka ketika siasatan sedang dijalankan.

Facebook menafikan berlakunya kebocoran maklumat kerana mereka sendiri yang memberi kebenaran kepada Kogan untuk mengakseskan maklumat tersebut.

Aleksandr Kogan melanggar syarat perjanjian apabila beliau berkongsi maklumat berkenaan dengan Cambridge Analytica untuk digunakan atas tujuan komersial.

Menurut Facebook lagi, orang ramai dengan rela hati membekalkan maklumat peribadi mereka, tiada sistem, kata laluan mahupun maklumat sensitif yang dicuri mahupun digodam.

Akibat tersebarnya video yang mengaitkan Facebook dengan aktiviti tidak beretika Cambridge Analytica, harga saham Facebook turun mendadak dalam masa beberapa jam sahaja.

Apa Kaitan Cambridge Analytica Dengan Presiden Donald Trump?

Robert Mercer, penyokong kuat Trump dan penyumbang kepada kempen beliau, telah menderma $USD15 juta kepada Cambridge Analytica.

Robert, yang turut memberi dana kepada laman sesawang berhaluan kanan iaitu Breitbart, diperkenalkan kepada syarikat berkenaan oleh Steve Bannon yang mengetuai kempen pilihan raya Trump dan memegang jawatan pegawai strategik beliau.

Cambridge Analytica bekerja untuk 3 orang calon kempen pilihan raya AS, termasuklah Trump.

Di dalam laman sesawang, mereka menyatakan melakukan analisis berjuta maklumat bagi mengenal pasti pengundi yang paling mudah dipujuk dan isu yang mereka ambil kisah, serta menghantar kepada mereka mesej ' move them to action'.

Pengundi di 17 negeri dikaji setiap hari dan pengiklanan dalam talian serta media sosial digunakan untuk mendekati mereka.

Syarikat tersebut mendakwa usaha mereka ini berhasil meningkatkan dana untuk kempen Trump dan menyumbang kepada kemenangan Trump.

Gara-Gara Ceroboh Data Pengguna, Saham Facebook Jatuh RM157 Bilion

Apa Dan Siapa Sebenarnya Cambridge Analytica?

Untuk pengetahuan anda, Cambridge Analytica merupakan firma menganalisis data pengguna yang berpeluang untuk mengetahui apa yang dilayari dan ditulis pengguna di Facebook.

Berdasarkan data yang diterima, Cambridge Analytica akan mensasarkan data pengguna ini kepada syarikat yang berminat untuk mengiklankan produk mereka berdasarkan hasil kajian pengguna yang bersesuaian dengan target market mereka.

Selain itu, Cambridge Analytica juga dikatakan berjaya menjadi dalang di dalam pilihanraya yang lalu dimana syarikat ini berpeluang mengetahui sokongan penduduk setempat berdasarakan geografi pengguna membolehkan pihak parti politik memanipulasikannya.

Kerjasama Facebook bersama Cabridge Analytica juga dilihat sebagai bantuan Facebook untuk membantu Donald Trump dimana majoriti penduduk Amerika Syarikat tidak menyukainya.

Setakat ini difahamkan Facebook secara tidak sengaja telah mendedahkan 50 juta data pengguna kepada Cambridge Analytica.

Berikutan insiden yang berlaku, sebuah kempen yang dinamakan sebagai #DeleteFacebook sedang rancak dibuat di Amerika Syarikat melibatkan beberapa individu berpengaruh.

Kempen ini dibuat selepas berpendapat apa yang dilakukan Facebook ini sudah melampaui batas pengguna.

Adakah anda bakal turut sertai sekiranya data anda juga diceroboh Facebook?

Kesimpulan

Syarikat seperti Cambridge Analytica wujud kerana terdapat permintaan daripada parti-parti politik sendiri untuk menang dan mungkin terdesak kerana nafsu ingin berkuasa selamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Facebook Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

sumber: iluminasi | thevocket

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Beberapa keping gambar serangga yang diambil dari jarak dekat sehingga kelihatan seperti makhluk asing menarik minat orang ramai di internet di Bulgaria.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Tsvetan Georgiev Ganev, 40-an, merakam gambar makro serangga-serangga tersebut hanya menggunakan telefon pintar serta membina sendiri set pencahayaan.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

Ganev menggunakan telefon pintar Android jenis Samsung Galaxy dan menggabungkannya dengan kanta makro dari sebuah perakam video lama bagi menghasilkan gambar blok makro yang menakjubkan.

“Saya gembira melihat bagaimana rupa sebenar serangga selain gemar melakukan persediaan untuk gambar makro.

Gambar Luar Biasa Serangga Mirip Makhluk Asing

“Aspek yang paling sukar adalah cahaya, jika ia terlalu cerah ia akan menyebabkan radiasi haba dan sekiranya terlalu hampir dengan serangga, saya perlu bertindak pantas,” ujar jurulatih bola sepak itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Badak Sumbu Putih Utara Jantan Terakhir Mati!

Badak Sumbu Putih Utara Jantan Terakhir Mati!

Satu-satunya badak sumbu putih utara jantan bernama Sudan berusia 45 tahun yang masih wujud di dunia, mati pada Isnin (19/3/2018) di Pusat Konservasi Ol Pajeta di utara Laikipia County, Kenya.

Badak Sumbu Putih Utara Jantan Terakhir Mati!

Pengurus Komunikasi pusat itu, Elodie Sampere, berkata gergasi mamalia darat itu telah berdepan masalah kesihatan yang serius berkaitan usia sehingga membawa kepada perubahan degeneratif pada otot dan tulang selain mengalami luka besar di kulitnya.

"Keadaannya semakin teruk secara signifikan dalam tempoh 24 jam sebelum kematiannya.

"Sudan tidak lagi mampu berdiri dan berada dalam keadaan tenat dan pasukan veterinar dari Zoo Dvur Kralove, Ol Pejeta dan Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya telah membuat keputusan untuk melakukan euthanasia (pematian kasihan) terhadapnya," menurut kenyataan pusat konservasi itu.

Sudan merupakan antara tiga ekor badak sumbu putih utara, dan kematiannya menyaksikan hanya dua ekor badak betina dari spesies sama, iaitu Najin dan Fatu, yang masih hidup.

Menurut pusat konservasi itu, satu-satunya harapan bagi mengelak spesies itu pupus kini terletak kepada pembangunan teknik pembiakan vitro (IVF), iaitu menerusi penggunaan telur kedua-dua badak betina yang masih hidup.

Air mani badan sumbu putih utara jantan telah disimpan dan akan menggunakan badak sumbu putih selatan betina sebagai induk tumpang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Haiwan Yang Hampir Pupus Di Dunia

sumber: mk

Video Hantu Isteri Laksamana Lawat Kapal Perang HMS Victory!

Video Hantu Isteri Laksamana Lawat Kapal Perang HMS Victory!

Satu rakaman video menyeramkan mendakwa hantu isteri seorang laksamana kapal perang dilihat berkeliaran di sekitar kapal HMS Victory sebelum hilang menembusi dinding di Portsmouth, Britain.

Hantu Isteri Laksamana Lawat Kapal Perang HMS Victory!

Menurut pemilik video, Tony Ferguson, dia berjaya merakam hantu Frances Fanny Nelson, isteri kepada Laksamana Horatio Nelson itu ketika menerokai kapal itu pada waktu siang.

Klip video menyeramkan itu menunjukkan kelibat wanita tersebut memakai gaun labuh dan kasut tumit tinggi sambil berjalan melalui ruang atas kapal perang tersebut.

“Saya tiba di dalam kapal HMS Victory pada waktu pagi dan ketika melihat sekitar kawasan itu, saya terasa seperti diekori seseorang.

"Saya mengeluarkan kamera untuk merakam dan mendapati terdapat seorang wanita memakai gaun,” katanya.

Kapal HMS Victory pernah terlibat dalam Pertempuran Trafalgar di Cape Trafalgar, Sepanyol pada 21 Oktober 1805.

Kapal perang yang berusia lebih 250 tahun itu telah berada di Pelabuhan Bersejarah Portsmouth sejak tahun 1922.

HMS Victory terkenal kerana didakwa berhantu dan ramai berkata mereka pernah melihat kelibat Nelson dan isterinya melawat kapal itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Hantu Krew Pesawat 401


sumber: kosmo

Wednesday, March 21, 2018

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Kita sering mendengar cakap-cakap ‘nikah dulu baru bercinta’ untuk menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya, namun tidak berakhir di jenjang pelamin.

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Memang benar, mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.

Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.

Budaya tersebut bukanlah asing lagi dalam masyarakat kita, malah jika dilihat, trend drama kini juga sering memaparkan situasi bahawa kahwin secara terpaksa atau mengikut pilihan ibu bapa itu pasti akan berakhir dengan happy ending biarpun pada mulanya penuh dengan perasaan tidak suka, benci mahupun marah.

Kahwin secara terpaksa atau nikah dulu baru bercinta ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya termasuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa atau terdesak berkahwin dalam tempoh terdekat, namun tidak mempunyai pasangan.

Namun, pada era kini, masih adakah hubungan yang dibina berlandaskan perasaan sebagai sahabat atau orang yang tidak pernah dikenali, lalu menjadi pasangan suami isteri?

Adakah perkahwinan itu mendapat kebahagiaan seperti dalam drama atau sekadar hiburan semata-mata?

Relevankah nikah dulu baru bercinta dalam persepsi golongan belia dan apakah perkahwinan yang dibina itu mendatangkan kebahagiaan atau sebaliknya?

Tidak mahu buang masa

Pernah putus cinta suatu ketika dahulu menyebabkan perasaan ingin bercinta semakin kurang, sebaliknya mahu terus mempunyai komitmen iaitu mendirikan rumah tangga. Bukan menolak hubungan percintaan, namun difikirkan adalah lebih baik bernikah untuk hubungan lebih serius.

Bagi sesetengah orang, bercinta itu merugikan, lebih-lebih lagi apabila bercinta dalam tempoh lama, namun akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil iaitu mendirikan rumah tangga. Tidak salah jika ingin bercinta, namun adalah lebih baik jika bernikah terus.

Ada pasangan tiada perasaan sayang atau cinta ketika mula berkenalan, sebaliknya hanya merasakan wujud chemistry dengan suami apabila mempunyai hobi yang sama.

Nikah dulu baru bercinta sebenarnya memberikan peluang kepada setiap pasangan untuk terus mengenali diri masing-masing, sesuai dengan sifat dan sikap manusia yang sering berubah.

Nikah dulu baharu bercinta lebih ikhlas

Nikah dulu baru bercinta menanam sikap lebih ikhlas antara pasangan untuk mengenali hati budi masing-masing bagi melayari bahtera rumah tangga.

Konsep itu juga menunjukkan golongan muda mula tidak percaya atau enggan berada dalam hubungan cinta yang terlalu lama.

Menjalin hubungan cinta dalam tempoh lama namun tidak berkahwin memberi satu perasaan serta situasi tertekan kepada pasangan.

Tidak ada guna jika bercinta lama-lama tetapi berkahwin dengan orang lain atau lebih buruk, tidak berkahwin langsung.

Konsep nikah dulu baru bercinta bukan hanya untuk golongan pada masa dahulu sahaja, konsep itu juga boleh diguna pakai hari ini kerana daripada situ, mereka berpeluang mengenali pasangan dengan lebih jelas dan nyata, selain ikhlas menerima pasangan dengan hati dan minda terbuka.

Bercinta sebelum kahwin dalam tempoh lama akan memberi satu harapan kepada setiap pasangan dan jika berakhir di tengah jalan, sama ada pasangan itu boleh menghadapinya atau keadaan menjadi buruk.

Nikah dulu baru bercinta tidak boleh dilihat sebagai satu trend, sebaliknya kesan terhadap institusi perkahwinan hari ini. Lebih ramai mula menyedari hubungan selepas kahwin adalah lebih penting berbanding waktu bercinta.

Jika di negara Barat, pasangan kekasih tiada batasan, namun di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, hubungan perlu ada batasan dan mengikut hukum agama supaya tidak terpesong dan terlanjur.

Sehubungan itu, konsep nikah dulu baru bercinta amat bagus. Apabila hubungan sudah dihalalkan, maka pasangan boleh mengenali dan menikmati kemanisan rumah tangga.

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin, tidak kira bercinta dulu sebelum nikah atau sebaliknya.

Jangan takut dengan komitmen

Apabila bercakap soal nikah, pasti timbul isu komitmen. Alam rumah tangga memerlukan komitmen tinggi kerana cara hidup mula berubah dan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta dugaan.

Bagaimanapun, perasaan was-was itu hanya akan melemahkan diri, sebaliknya perlu berpegang kuat pada niat yang diingini.

Percayalah kepada perancangan Allah SWT. Perkahwinan adalah ketentuan tuhan biarpun pasangan mungkin hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat dan tidak sempat bercinta seperti pasangan lain.

Tidak perlu bimbang mengenai komitmen apabila sudah berkahwin kerana rasa tanggungjawab itu secara automatik akan ada dalam diri kerana inginkan rumah tangga yang bahagia dan di jalan yang benar.

Bercinta dulu baru nikah atau nikah dulu baru bercinta adalah perkara sama, cuma situasi berbeza.

Apa yang paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan drama-drama yang memaparkan jalan cerita fairy tale.

Setiap perkahwinan mempunyai jalan cerita tersendiri dan apa yang pasti, setiap pasangan suami isteri menginginkan rumah tangga bahagia dan harmoni.

Perasaan sayang dan cinta boleh dipupuk, namun harus ingat pada niat yang kita impikan apabila bernikah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sambutan Hari Senyap Sedunia, World Silent Day

Sambutan Hari Senyap Sedunia, World Silent Day

Sambutan Hari Senyap Sedunia, World Silent Day disambut pada 21 Mac setiap tahun yang diasaskan dari sambutan Hari Nyepi masyarakat Bali di Indonesia sebagai acara untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran gas rumah hijau yang mencemarkan bumi.

Sambutan Hari Senyap Sedunia, World Silent Day

Tradisi sambutan Nyepi di Bali ini kini ditawarkan kepada masyarakat global sebagai penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Tarikh 21 Mac dipilih kerana Equinox Utara dan Hari Hutan Sedunia, yang dikaitkan dengan Hari Air Sedunia pada 22 Mac, melambangkan kehidupan.

Walaupun anda mungkin tidak mampu duduk diam tanpa melakukan sebarang aktiviti, anda dicadangkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit atau mengelakkan memandu motosikal atau kereta.

Sambutan Hari Senyap Sedunia adalah kempen untuk mengurangkan aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau, gas yang kita tahu boleh mencetuskan pemanasan global dan perubahan iklim.

Ingatlah 3 langkah mudah ketika menyambut Hari Senyap Sedunia:
  1. 21 Mac setiap tahun.
  2. Hanya empat jam antara 10 pagi hingga 2 petang.
  3. Matikan peralatan elektronik, kurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan aktiviti yang menggunakan sumber semula jadi, menanam pokok, mengukuhkan hubungan dengan keluarga, rakan sekerja dan jiran-jiran.

Selamat menyambut Hari Senyap Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, March 20, 2018

5 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Pantas Secara Semulajadi

5 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Pantas Secara Semulajadi

Ada banyak cara untuk menghilangkan jerawat dengan pantas, namun juga memerlukan anda menjaga kesihatan badan secara keseluruhan, tidur yang cukup, kurang stress.

Cara Menghilangkan Jerawat

Jangan memecit jerawat nanti bertambah banyak dan pastikan anda mendapat maklumat yang cukup cukup jelas, sebelum menggunakan sebarang bahan kosmetik untuk membersihkan jerawat dengan cepat.

Jerawat memang merupakan masalah besar terutama kepada remaja dan golongan dewasa kerana mampu mengurangkan keyakinan diri.

Jadi, bagaimana cara menghilangkan jerawat dengan cepat serta mudah?

1. Menggunakan madu

Madu memang merupakan anugerah untuk kecantikan. Sebaiknya gunakan madu asli. Dengan menggunakan kapas, sapu madu pada keseluruh wajah dan biar selama 30 minit.

Sesudah itu bilas dengan air bersih. Lap muka atau wajah dengan tuala bersih. Tekapkan secara perlahan-lahan sehingga kering. Lakukan sehingga jerawat tidak ada lagi dari wajah anda.

2. Menggunakan Lemon

Lemon segar merupakan antara buah terbaik yang boleh digunakan untuk mengatasi jerawat. Beli buah lemon segar, potong dan perah airnya.

Sapukan air lemon pada wajah atau muka sebelum tidur dan basuh keesokkan harinya.

Jerawat batu yang besar akan mengecut dengan cepat bila disapukan dengan air lemon.

3. Menggunakan Bawang Putih

Bawang putih boleh menghilangkan jerawat dengan cepat. Bawang putih mengandungi antioksidan serta anti bakteria.

Kekuatan bawang putih sebagai anti bakteria dan juga anti kulat menyebabkan ia boleh digunakan untuk menghilang atau merawat jerawat.

Potong bawang putih dengan menggunakan pisau yang bersih. Sapukan dengan perlahan lahan dikawasan muka yang berjerawat. Biarlah sehingga 10-15 minit.

Lepas tu bilas muka dengan menggunakan air yang bersih. Penggunaan maksimum boleh menyebabkan jerawat hilang dengan pantas.

4. Menggunakan aloe vera

Lidah buaya atau aloe vera merupakan tumbuhan yang sangat mesra dengan kulit manusia. Sapuan lendir aloe vera boleh menyebabkan wajah menjadi segar serta bersih.

Ambil satu batang aloe vera, belah batangnya dan keluarkan lendirnya. Sapukan lendir disekitar wajah yang berjerawat.

Biar selama 20-30 minit, bilas dengan air bersih.

5. Menggunakan buah tomato

Carik tomato masak, belah dan keluarkan isinya. Sapu isi tomato ke wajah yang berjerawat. Biarlah selama 30 minit, bilas dengan air bersih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 12 Cara Menghilangkan Parut Dengan Selamat Dan Semulajadi

sumber: lovehijau