Thursday, January 18, 2018

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka, terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab, tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

Namun, akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum, dengan kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini yang didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenaran, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah 22 formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1. MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit.

Madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit, adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yangmeningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah SAW bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu."

Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG: Jangan makan tembikai semasa memakan madu. Sangat berbahaya!

2. KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:
  • Menghadap Kiblat.
  • Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali).
  • Baca doa penerang hati.
  • Makan seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  • Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat, mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.

Ia berkhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.

CARA MINUM:
  • Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan segelas pada waktu malam.
  • Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah SAW.

4. TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.

Telur mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

SabdaNabi SAW, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah SWT memerintahkannya supaya memakan telur".

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekali gus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa yang boleh dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN:
  • Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6. LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi SAW. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8. DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori.

Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.

Kanak-kanak yang diberikan telur burung merpati didapati boleh bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9. OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10. DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.

Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakan daging ayam betina.

11. DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12. HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13. KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14. BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15. ZA'FARAN: KOMKOMA

CROCOS SATIVUS, sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16. KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani, luban, kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17. BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18. BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19. LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi SAW, "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21. MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22. SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!

Tindakan seorang lelaki yang sering menekan hidung dan mulut untuk menyekat dan menahan daripada bersin menyebabkan dia mengalami masalah kerosakan pada anggota badan yang serius.

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!
Gambar hiasan.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.

Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.

Tabiat suka menahan bersin juga sebenarnya boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.

Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang pelik 'berada' di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.

Malah, pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.

Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.

Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan.

Menurut pakar, bersin boleh menyebarkan penyakit tetapi ia lebih baik jika tidak menahannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: OMG! Gadis Cantik Bersin 12 Ribu Kali Sehari

sumber: astroawani

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Hari Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil yang dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India.

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah.

Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.

Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian, contohnya pada hari terakhir bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.

Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.

Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai Tamil, menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara, menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara yang mana hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil.

Thai Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian hari musim sejuk.

Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10 dalam Takwim India, contohnya Makara atau Capricorn.

Sejarah Thaiponggal

Perayaan Thaiponggal mungkin sudah disambut lebih 1,000 tahun sungguh pun sesetengah merasakan ia lebih dahulu daripada itu.

Bukti Epigrafik mencadangkan sambutan Puthiyeedu semasa tempoh Empayar Medieval Cholas. Ia dipercayai bahawa Puthiyeedu bererti tuaian pertama tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Perayaan Vaisakhi Penganut Sikh

sumber: wikipedia

Wednesday, January 17, 2018

Apa Itu Hipster Dan Ciri-ciri Seorang Hipster?

Apa Itu Hipster Dan Ciri-ciri Seorang Hipster?

Hipster adalah golongan manusia yang sukakan pakaian, muzik, makanan dan aktiviti yang di luar kebiasaan masyarakat. Bak kata orang putih, di luar konteks social mainstream. Ini bermakna jika anda seorang hipster, anda mesti membenci atau menentang arus perdana masa kini yang diikuti masyarakat.

Apa itu Hipster

Perkataan ‘hipster’ berasal dari perkataan ‘hepcat’ yang pernah digunakan pada tahun 1940an yang menggambarkan orang putih kelas pertengahan yang bergaya seperti pemuzik orang kulit hitam.

‘Hepcat’ bermaksud seseorang yang bergaya atau suka berfesyen terutama di kalangan mereka yang meminati muzik jazz dan muzik popular.

Kemudian, perkataan itu berevolusi menjadi ‘hipster’ yang mula digunakan pada tahun 1990an dan menonjol pada tahun 2010an. Gaya hipster juga berevolusi dari tahun ke tahun.

Evolusi hipster 2000 – 2009

Apa itu Hipster

Evolusi hipster 2010 – 2015

Apa itu Hipster

Majoriti mengakui ramai orang yang berpersonaliti hipster tidak akan mengakui dirinya hipster. Ini kerana mereka hanya mahu kelihatan unik dan mempunyai identiti sendiri dengan mendokong falsafah-falsafah yang di luar kebiasaan masyarakat.

Manakala, hal-hal yang diperkatakan sebagai hipster pada hari ini ada berkemungkinan tidak akan selamanya menjadi hipster thingy kerana perkataan itu akan gugur sesudah ia diterima pakai oleh majoriti masyarakat. Ikut trend terbaru sebelum ia menjadi mainstream adalah hipster?

Oh! Confuse!

Apa itu hipster dan ciri-ciri seorang hipster?

Secara amnya, hipster tidak mahu berada di dalam kehidupan majoriti masyarakat. Mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama sepertimana dilakukan oleh majoriti masyarakat.

Mereka tidak mahu dipaksa berfikir seperti majoriti masyarakat kerana mereka mempercayai daya pemikiran mereka bersifat intelektual dan luarbiasa.

Hipster juga mempunyai sifat berani menterjemahkan perbezaan diri mereka dengan tidak melakukan norma-norma yang diamalkan oleh majoriti masyarakat.

Namun, definisi hipster dan ciri-ciri hipster masih samar-samar. Hipster itu boleh jadi apa sahaja asalkan ia ada elemen cool. Benarkah?

Ini 10 tanda anda seorang hipster.

1. Lebih memilih mengayuh basikal atau berjalan kaki atau menaiki bas berbanding memandu kereta.

2. Suka baca label barang dan teruja dengan label pensijilan organik atau produk yang mempunyai bahan semulajadi.

3. Tak kisah kalori tetapi kisah berapa banyak aktiviti work out dibuat dalam setahun. Aktiviti itu mestilah yang mencabar, dan mengaktifkan adrenalin seperti memanjat dan berkayak.

4. Temujanji dibuat melalui teks sahaja. Suka romantik, dating cara orang lama, bersantai dan membuat sesuatu yang mengujakan.

5. Suka minum kopi. Jika minum teh, pilih teh pu-erh/teh hijau. Dan suka smoothies. Bekas minuman unik.

6. Instagram jadi pilihan utama hipster. Mudah muatnaik gambar ke semua laman sosial yang lain dengan hanya satu klik sahaja di Instagram. Caption pula bertentangan dengan gambar yang dimuatnaik. Apakah?

7. Suka membeli di kedai vintage atau kedai barangan terpakai. Harga murah tetapi berbaloi dan kelihatan unik.

8. Menyelamatkan binatang liar, mengamalkan diet pemakanan minoriti (contoh: vegan/vegetarian) dan suka menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

9. Dekorasi tempat tinggal memaparkan barangan yang jarang-jarang dilihat atau unik. Dinding juga dipenuhi bingkai gambar dan ada perabot buatan tangan.

10. Tidak mengaku diri seorang hipster. Malah, sedang menafikan diri dia seorang hipster selepas membaca ini semua.

Anda boleh klik Share dan tag nama kawan-kawan yang anda rasa mereka adalah hipster, tapi tak mengaku!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

sumber: thevocket

5 Ciri Ibu Bapa Menjadi Faktor Utama Anak-anak Berjaya Menurut Kajian

5 Ciri Ibu Bapa Menjadi Faktor Utama Anak-anak Berjaya Menurut Kajian

Berdasarkan kajian-kajian psikologi yang telah dilakukan, terdapat beberapa faktor berkaitan ibu bapa yang akan berjaya mendorong anak menjadi orang berjaya.

5 Ciri Ibu Bapa Yang Mendorong Anak-anak Berjaya

Semua ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi orang yang berjaya tanpa sebarang masalah di dalam pelajaran, pergaulan, komunikasi dan yang sewaktu dengannya.

Ini kerana sudah menjadi sifat semula jadi ibu bapa mahukan anak-anak mereka mampu melakukan sesuatu yang hebat dan lebih baik daripada anak-anak orang lain.

Persoalannya, bagaimana ibu bapa mampu melahirkan dan membesarkan anak-anak yang berjaya?

1. Ibu bapa tidak bercerai

Menurut kajian penyelidik dari University of Illinois, anak-anak yang perlu melalui konflik keluarga seperti perceraian ibu bapa akan menjadi anak-anak yang teruk berbanding anak-anak yang mempunyai hubungan yang baik dan bahagia dengan ibu bapa.

Profesor dan ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Komuniti di College of ACES (University of Illinois) mendapati anak-anak yang tidak alami konflik dua keluarga adalah lebih baik berbanding anak-anak yang mengalaminya.

Konflik perceraian di antara ibu bapa akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak dan konflik selepas perceraian mempunyai pengaruh yang kuat untuk kanak-kanak lakukan penyesuaian.

Satu kajian menunjukkan pula, seorang bapa tanpa hak penjagaan anak yang selalu menghubungi anak-anaknya dan mempunyai konflik yang minima, prestasi anak-anak lebih baik.

Tetapi apabila wujudnya konflik, kekerapan bapa melawat anak-anak pada waktu itu menyebabkan penyesuaian anak-anak menjadi kurang baik.

Satu lagi kajian mendapati orang yang berumur 20-an dan pernah mengalami perceraian ibu bapa semasa kanak-kanak menyatakan mereka masih berasa sakit dan susah atas perceraian tersebut selepas sepuluh tahun ia berlaku.

Mereka cenderung mempunyai perasaan kehilangan dan penyesalan.

2. Ibu bapa berpendidikan tinggi

Kajian ahli psikologi Sandra Tang dari University of Michigan pada 2014 mendapati ibu-ibu yang menamatkan sekolah tinggi atau kolej lebih cenderung untuk membesarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama.

Data dari tahun 1998 hingga 2007 melibatkan lebih 14,000 orang kanak-kanak menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu muda remaja (berumur 18 tahun ke bawah) berkemungkinan kurang menamatkan sekolah tinggi atau pergi ke kolej berbanding rakan-rakan mereka.

Dalam satu kajian (2009) ahli psikologi Eric Dubow dari Bowling Green State University di kawasan semi luar bandar New York yang melibatkan 856 orang mendapati:

“Tahap pendidikan ibu bapa ketika kanak-kanak berusia 8 tahun memberi kesan signifikan yang ketara dalam meramalkan kejayaan pendidikan dan kerjaya kanak-kanak tersebut pada 40 tahun kemudian.”

Ini menunjukkan aspirasi ibu bapa turut menyumbangkan faktor kejayaan kepada anak-anak.

3. Ibu bapa berpendapatan tinggi

Menurut penyelidik Sean Reardon dari Universiti Stanford, jurang pencapaian antara keluarga berpendapatan tinggi dan rendah, “Adalah lebih kurang 30% hingga 40% lebih besar di kalangan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2001 berbanding mereka yang dilahirkan 25 tahun sebelum itu.”

Penulis buku Drive, Dan Pink menyatakan status sosio-ekonomi adalah faktor yang mendorong pencapaian pendidikan dan prestasi.

Pink turut menyatakan semakin tinggi pendapatan ibu bapa, semakin tinggi skor SAT anak-anak.

4. Ibu bapa mengajar anak-anak tentang matematik

Anak-anak yang diajar matematik pada awal usia akan mempunyai kelebihan yang besar.

Ia telah dibuktikan melalui kajian meta-analisis pada 2007 melibatkan 35,000 kanak-kanak tadika dari Amerika, Kanada dan England.

Penyelidik dan pengarang bersama, Greg Duncan dari Universiti Northwestern menyatakan:

“Kepentingan paling utama kemahiran matematik awal – pada permulaan sekolah kanak-kanak diberi ilmu tentang nombor, aturan nombor dan lain-lain konsep matematik – adalah salah satu teka-teki yang dirungkaikan di dalam kajian itu.”

”Penguasaan kemahiran matematik awal bukan sahaja meramalkan pencapaian matematik di masa hadapan, ia juga dapat meramalkan pencapaian membaca pada masa depan.”

5. Ibu bapa membenarkan anak-anak melakukan kerja rumah

Anak-anak perlu diberi tanggungjawab di rumah dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

Mereka juga perlu belajar memberi sumbangan untuk membuatkan sesuatu situasi atau perkara itu menjadi lebih baik.

How to Raise an Adult

Ia telah dinyatakan oleh Jean Lythcott-Haims, penulis buku “How to Raise an Adult” di TED Talks Live turut percaya anak-anak yang dibesarkan dengan melakukan kerja-kerja rumah akan menjadi seorang pekerja yang boleh memberi kerjasama dengan baik dengan rakan sekerja mereka, meningkatkan rasa empati kerana mereka tahu apa rasanya bergelut dengan tugasan dan mampu memikul tugas-tugas dengan baik secara bebas.

Lythcott-Haims bukan cakap-cakap sahaja, ia berdasarkan kajian yang pernah dijalankan di bawah Geran Kajian Harvard.

Dengan menjadikan mereka melakukan kerja-kerja seperti mengambil sampah, dan mencuci pakaian mereka sendiri akan membuatkan mereka sedar keperluan melakukan kerja-kerja sebegini bagi menjalani kehidupan seharian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya

sumber: thevocket

Adakah Semua Lemak Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Adakah Semua Lemak Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Setiap makhluk di dunia ini memerlukan makanan untuk hidup. Di dalam istilah sains, perkataan nutrisi sering digunakan, apakah ertinya nutrisi. Nutrisi adalah pengambilan dan penggunaan bahan makanan (Practise of consuming and utilizing foods).

Adakah Semua Lemak Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Sains nutrisi (nutritional science) adalah kajian mengenai bagaimana badan memecahkan makanan dan bagaimana badan bertindak balas terhadap makanan yang dipecahkan ini termasuk apakah yang berlaku kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam makanan ini apabila ianya masuk ke aliran darah dan bertindak di sel-sel.

Ini termasuk peranan bahan-bahan nutrisi tadi ke atas metabolisma dan proses fisiologi badan seseorang manusia.

Makanan yang kita ambil perlu mengandungi bahan-bahan nutrisi yang seimbang seperti karbohidrat, protin, lemak, vitamin, mineral dan air.

Setiap unsur-unsur nutrisi ini mempunyai peranan yang sangat khusus ke atas badan kita. Ada di antaranya boleh dihasilkan oleh badan dan ada juga yang hanya boleh diperolehi dari makanan.

Kita perlu mengambil makanan untuk membesar dengan sempurna, untuk fungsi sistem pembiakan yang normal, makanan juga perlu untuk memberi tenaga fizikal dan juga tenaga minda kita.

Sebahagian dari unsur-unsur nutrisi di dalam makanan kita sangat perlu untuk tujuan fungsi organ yang normal.

Tidak kurang pentingnya adalah makanan yang kita makan perlu untuk memberi kekuatan kepada badan melawan penyakit dan mencegah dari menghidap penyakit berjangkit, penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.

KANDUNGAN NUTRIN DI DALAM MAKANAN KITA

Kita perlu mengambil makanan kerana kita berkehendakkan bahan-bahan nutrisi yang terdapat di dalamnya. Bahan-bahan nutrisi ini dikenali sebagai nutrin (nutrient).

Nutrin adalah sumber kesihatan dan kesuburan yang terdapat di dalam makanan.

Terdapat dua jenis nutrin yang diperlukan oleh badan iaitu:

MAKRONUTRIN (Macronutrients)

Terdiri dari Protin, Karbohidrat dan Lemak. Kita memerlukan makronutrin pada kadar yang banyak. Air dan serat juga dikategorikan sebagai makronutrin tetapi mereka tidak menghasilkan tenaga.

MIKRONUTRIN (Micronutrients)

Terdiri dari vitamin dan bahan mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sangat penting.

LEMAK DAN KOLESTEROL

Lemak adalah molekul yang mengandungi atom karbon, hidrogen dan oksigen. Jika asid amino adalah unit asas protin, unit asas yang membentuk lemak adalah asid lemak (fatty acid).

Gabungan asid lemak dengan molekul gliserol akan membentuk trigliserid yang terdiri dari molekul yang lebih kompleks.

Lemak seringkali dikaitkan dengan penyakit tetapi tahukah anda bahawa tanpa lemak, kita tidak dapat hidup.

Lemak mempunyai banyak peranan termasuk menjadi sumber tenaga badan kita. Setiap pembakaran 1 gram lemak akan menghasilkan 9 kilo kalori tenaga.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa lemak yang baik diperlukan untuk kesihatan badan.

Terdapat 4 jenis lemak iaitu;
  1. Lemak tepu (saturated fat)
  2. Lemak mono-tidak tepu (monounsaturated fat)
  3. Lemak poli-tidak tepu (Polyunsaturated fat)
  4. Lemak trans (Trans fat)

Lemak tidak tepu dianggap lemak yang baik, manakala lemak tepu dan lemak trans dianggap lemak yang tidak baik.

Lemak trans adalah lemak paling tidak baik kerana ianya dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.

Jadi, di dalam merancang pengambilan lemak, anda digalakkan untuk mengambil lemak tidak tepu, hadkan pengambilan lemak tepu dan elakkan daripada mengambil lemak trans.

LEMAK MONO-TIDAK TEPU (MONOUNSATURATED FAT)

Berbeza dengan lemak tepu, lemak jenis tidak tepu ini kekal di dalam bentuk cecair walaupun di simpan di bawah suhu sejuk.

Molekul lemak di dalam lemak jenis ini hanya mengandungi satu ruang untuk satu atom hidrogen.

Mengikut pakar nutrisi, kesan lemak mono-tidak tepu ini adalah di pertengahan. Terdapat juga pakar-pakar pemakanan yang percaya lemak jenis ini sebenarnya mempunyai kelebihan di dalam mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung.

Penduduk di negara Mediterranean mengambil banyak lemak jenis mono-tidak tepu ini.

Contoh minyak mono-tidak tepu ini adalah minyak zaitun, minyak bijirin dan avocado.Kacang seperti badam, hazelnuts dan pecans adalah juga pembekal lemak mono tidak tepu. Di samping itu biji buah labu dan biji buah bijan juga mengandung lemak mono tidak tepu.

LEMAK POLI-TIDAK TEPU (POLYUNSATURATED FAT)

Berbeza dengan lemak tepu, lemak jenis poli-tidak tepu ini mengandungi banyak ruang-ruang dan ianya tidak tepu dengan atom hidrogen.

Pakar nutrisi berpendapat bahawa lemak jenis ini adalah baik untuk kesihatan terutamanya dari sumber ikan yang dikenali sebagai Omega-3 polyunsaturated fatty acid.

Asid lemak Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia jadi ia perlu diambil daripada sumber luar.

Omega 3 melindungi diri kita dari penyakit jantung kerana ia boleh mengurangkan kandungan kolesterol.

Sebahagian pakar-pakar kesihatan juga percaya bahawa Omega-3 ini dapat mengurangkan penderitaan individu yang mengalami sakit sendi (arthritis) dan setengah penyakit kulit.

Sumber lemak poli-tidak tepu ini adalah dari minyak ikan (sardin, trout, salmon, herring, mackerel), minyak bunga matahari, minyak biji anggur, minyak kacang soya, minyak jagung dan marjerin lembut.

Minyak kanola mengandungi kedua-dua lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu.

Tinggi kandungan asid lemak Omega-3 dikaitkan dengan kurang risiko mendapat sakit jantung dan kematian pra-matang.

Pertubuhan Jantung Amerika mengesyorkan kita mengambil 8-10% sumber kalori daripada lemak poli tidak tepu dan terdapat bukti bahawa pengambilan lebih banyak lemak ini sebagai ganti kepada lemak tepu dapatr mengurangkan risiko sakit jantung.

Kajian daripada pengkaji Belanda yang menganalisa 60 kertas kajian bersangkutan dengan kesan pengambilan karbohidrat dan pelbagai jenis lemak telah mendapati apabila lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu digunakan untuk menggantikan karbohidrat di dalam makanan, kandungan kolesterol tidak baik iaitu LDL menurun, manakala kolesterol baik HDL pula meningkat.

Kajian randomized yang lebih baru dikenali sebagai Optimal Macronutrient Intake Trial for Heart Health (OmniHeart) telah mendapati apabila makanan yang kaya dengan karbohidrat digantikan dengan makanan yang tinggi lemak tidak tepu terutamanya mono tidak tepu, ia menyebabkan tekanan darah lebih rendah, kandungan lemak darah lebih baik dan risiko menghidap penyakit jantung berkurangan.

LEMAK TEPU (SATURATED FAT)

Semua jenis makanan mengandungi campuran beberapa jenis lemak. Malah makanan yang sihat pun seperti daging ayam dan kacang mengandungi lemak tepu walaupun sedikit daripada sumber lemak tepu yang lain.

Lemak tepu akan memejal apabila disimpan di bawah suhu sejuk. Setiap molekul lemak sudah tepu dengan atom hidrogen (“pintu sudah tertutup untuk kemasukan sebarang atom hidrogen”).

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh memudaratkan badan dan menjadi punca peningkatan paras kolesterol dan menyebabkan penyakit salur darah dan jantung.

Sumber terbesar lemak tepu adalah dari daging haiwan, produk daging, daging yang diproses, kulit, organ dalam, produk tenusu, ais krim dan makanan yang diproses seperti kek dan pastri.

Makanan daripada sumber tumbuhan seperti buah kelapa, minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan minyak palm kernel mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Pertubuhan jantung Amerika mengesyorkan kita mengambil kurang daripada 7% lemak tepu sebagai sumber tenaga setiap hari, contohnya jika jumlah kalori yang perlu diambil dalam satu hari adalah 1500 Kal, 7% adalah bersamaan dengan 105 kalori yang memerlukan lebih kurang 12 gram lemak (1 gram lemak dapat menghasilkan 9 kilokalori tenaga).

Pengambilan karbohidrat menggantikan lemak tepu juga didapati tidak mendatangkan manfaat kepada tubuh badan dan kesihatan jantung.

Di Amerika, sumber makanan yang paling tinggi kandungan lemak tepu adalah piza, keju, susu berlemak, mentega, produk daging (sosaj, burger, daging lembu, daging khinzir), makanan segera dan pembasuh mulut yang dibuat daripada bijirin (grain based deserts).

Kaitan di antara pengambilan lemak tepu dengan risiko penyakit jantung tidak dapat disahkan secara konklusif kerana kajian terkini yang melibatkan lebih 300,000 orang selama 23 tahun menunjukkan bahawa tidak ada cukup bukti daripada kajian epidemiologi yang mengaitkan pengambilan lemak tepu dengan risiko menghidap penyakit jantung koronari, stroke dan penyakit jantung yang lain.

Sebaliknya pula beberpa kajian-kajian lain yang dijalankan telah mendapati bahawa kesan penurunan kandungan kolesterol dan risiko penyakit jantung dapat diturunkan jika pengambilan lemak tepu digantikan dengan lemak tidak tepu.

Menggantikan lemak tepu dengan lemak tidak tepu juga dapat menghalang kebal insulin (insulin resistance) yang menjadi tanda awal penyakit diabetes.

Jadi setakat ini fakta mengenai kebaikan lemak tidak tepu untuk kesihatan jantung dan kandungan kolesterol di dalam badan adalah kukuh.

LEMAK TRANS

Lemak trans boleh diperolehi secara semulajadi ataupun secara sintetik. Lemak trans semulajadi dihasilkan di dalam usus haiwan dan sebahagian daripada produk makanan yg bersumberkan haiwan seperti susu dan daging mempunyai sedikit lemak trans di dalamnya.

Tidak ada maklumat yang sahih mengenai kesan kesihatan daripada lemak trans semulajadi, jadi apabila kita bercakap mengenai kesan negatif ke atas kesihatan, ianya merujuk kepada lemak trans sintetik.

Kebanyakan lemak trans yang dimaksudkan adalah lemak trans yang dihasilkan secara komersial ataupun sintetik.

Lemak trans sintetik ini dihasilkan melalui penambahan hidrogen (“hydrogenation”) ke dalam cairan minyak sayuran (vegetable oils) untuk menjadikannya lebih pejal.

Jadi, lemak trans jenis ini semuanya adalah pada asalnya daripada kategori lemak mono-tidak tepu ataupun lemak poli-tidak tepu.

Sumber lemak trans yang paling utama di dalam makanan adalah daripada daging yang diproses.

Untuk mengesan kandungan lemak trans, ada perkataan “partially hydrogenated oils” ditulis pada lable produk.

Lemak trans yang dihasilkan secara ini menjadikannya lebih stabil apabila dipanaskan tanpa dipecahkan dan sangat sesuai digunakan untuk menggoreng makanan segera.

Lemak trans juga murah, mempunyai tempoh hayat yang lebih panjang dan boleh digunakan semula.

Sebab itu ianya menjadi pilihan di restoran-restoran makanan untuk tujuan menggoreng dan memproses keropok.

Walau bagaimanapun, lemak trans bukanlah keperluan kepada badan kita dan tentu sekali ianya tidak memberi sebarang manfaat kesihatan.

Mengambil lemak trans yang berlebihan boleh meningkatkan kandungan LDL (kolesterol tidak baik) dan menurunkan tahap HDL (kolesterol baik).

Ini boleh meningkatkan risiko badan anda menghidap penyakit jantung koronari dan angin ahmar.

Lemak trans menjadi semakin popular kerana syarikat makanan mendapati ianya mudah dihasilkan serta murah.

Ianya juga dapat bertahan lebih lama dan dapat memberi rasa yang lebih enak pada makanan.

Berhati-hati kerana lemak jenis ini mungkin banyak digunakan di kedai-kedai makanan segera sekeliling anda.

Bagaimana lemak trans boleh dikesan?

Di antaranya adalah makanan goreng seperti goreng kentang, donat (doughnuts), piza, cookies, crackers, pie, muffins, kek dan stick margerine.

Jika makanan anda mengandungi label “partially hydrogenated oils” maka itulah lemak trans.

Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) membuat kenyataan bahawa anda tidak boleh mengambil lemak trans lebih dari 1% dari jumlah kalori yang diambil.

Secara idealnya, kita patut mengelak daripada mengambil lemak trans, tetapi jika dapat mensasarkan kurang daripada 1 gram sehari, ianya sudah memadai.

Kajian juga menunjukkan bahawa jika kita dapat menghapuskan penggunakan lemak trans di dalam makanan, ianya akan dapat mencegah serangan jantung dan kematian akibat penyakit jantung sebanyak 6-19 peratus.

Lemak trans adalah sangat tidak baik kepada kandungan kolesterol darah berbanding dengan lemak tepu kerana:

1. Lemak trans meningkatkan LDL (kolesterol tidak baik) dan menurungkan HDL (kolesterol baik).

2. Menyebabkan keradangan iaitu tindakbalas yang ada kaitan dengan imuniti, keradangan mempunyai kaitan dengan risiko sakit jantung, stroke, diabetes dan lain-lain penyakit kronik.

3. Lemak trans boleh menyumbang kepada kebal insulin (insulin resistance).

4. Lemak trans boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari walaupun dengan pengambilan dalam kuantiti yang sedikit. Risiko penyakit jantung koronari meningkat kepada 23% hanya oleh penambahan 2% sumber kalori daripada lemak trans.

Hanya dengan undang-undang yang ketat sahaja pengambilan lemak trans dapat dihapuskan ataupun dikurangkan di dalam makanan.

Pada bulan Jun 2015, FDA telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan lemak trans tiruan di dalam bekalan makanan. Pengeluar makanan di Amerika diberi masa selama 3 tahun untuk melakukannya.

Peraturan seumpama ini tidak terdapat di negara-negara membangun di mana industri makanan segera telah berkembang dengan pesat dan penggunaan lemak trans ini telah menjadi satu masalah yang besar yang mengancam kesihatan penduduk-penduduknya.

KOLESTEROL

Kolesterol selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan tetapi tahukah anda bahawa kolesterol mempunyai peranan yang penting di dalam badan kita jika ianya tidak berlebihan.

Kolesterol adalah bahan berlemak yang terdapat secara semulajadi di dalam badan.

Kolesterol adalah penting untuk pembinaan selaput sel, menghadamkan makanan, menghasilkan hormon dan vitamin D.

Selain adan boleh menghasilkan kolesterol, ia juga boleh didapati dari makanan iaitu dari sumber haiwan seperti hati, limpa, kulit, telor kuning dan daripada produk susu penuh krim termasuk mentega, krim dan keju.

Terdapat dua jenis kolesterol yang beredar di dalam aliran darah iaitu HDL (High density lipoprotein) ataupun kolesterol baik dan LDL (low density lipoprotein) iaitu kolesterol tidak baik.

Lipoprotin yang mengangkut lemak di dalam darah ini dihasilkan oleh hati, terdapat juga yang dihasilkan oleh sel-sel lapisan usus.

Peningkatan LDL dikaitkan dengan risiko menghidap penyakit salur darah, sakit jantung dan sakit angin ahmar.

Kolesterol ini boleh mendap di dinding salur darah dan menyumbat bekalan darah ke organ-organ.

Kita hendaklah menjaga makanan yang kita ambil supaya tahap HDL tinggi dan LDL kita rendah.

Kita hendaklah memastikan jumlah kolesterol di dalam badan kita kurang dari 5.2 mmol/L.

Di samping itu, tahap HDL hendaklah sentiasa > 1.02 mmol/L untuk lelaki dan > 1.3 mmol/L untuk wanita, manakala LDL hendaklah sentiasa kurang dari 2.6 mmol/L.

Pengambilan makanan yang mempunyai tinggi lemak tepu dapat meningkatkan kandungan kolesterol badan.

Untuk mengurangkan kandungan kolesterol badan, kita hendaklah bersenam, mengambil kurang makanan berlemak terutamanya yang mengandungi lemak tepu, lemak trans dan mengambil banyak makanan serta buah-buahan yang mengandungi tinggi serat.

Faktor paling utama di dalam menentukan kandungan kolesterol di dalam darah anda adalah jumlah kandungan lemak dan karbohidrat yang ada di dalam makanan anda dan bukan jumlah kolesterol yang anda ambil melalui makanan.

Ini disebabkan kerana lemak dan kolesterol yang anda ambil akan melalui sistem pengangkutan di dalam darah melalui dua sistem pengangkut dikenali sebagai LDL dan juga HDL.

Lemak dan kolesterol perlukan sistem pengangkutan sebab ianya tidak larut di dalam air dan darah.

LDL membawa kolesterol daripada hati ke seluruh badan, sel mampu untuk mengektrak lemak dan kolesterol daripada LDL untuk kegunaannya.

Jika LDL terlalu tinggi, ia boleh termendap di dinding saluran darah untuk membentuk plag sebab itu LDL juga dikenali sebagai kolesterol tidak baik (“bad cholesterol”).

HDL pula berperanan membersihkan darah daripada kolesterol dengan mengambilnya daripada LDL dan dinding saluran darah untuk membawanya balik ke hati supaya dapat dibuang.

Bayangkan HDL seperti lori sampah yang mengangkut sampah dan membuangnya ke tempat pembuangan sampah. Sebab itu HDL juga dikenali sebagai kolesterol baik (“good cholesterol”).

TRIGLIDERIDA (TRIGLYCERIDES)

Kebanyakan lemak yang anda makan sebenarnya apabila masuk ke dalam aliran darah adalah di dalam bentuk trigliserid (lebih 95%), selainnya adalah asid lemak, kolesterol dan vitamin yang larut lemak.

Seperti juga kolesterol, trigliserid tidak larut di dalam air dan memerlukan sistem pengangkut yang sama.

Lemak yang diambil akan dipecahkan oleh enzim di dalam perut, pankreas dan usus supaya komponen kecil mereka dapat diserap ke dalam sel-sel dinding usus.

Di dalam sel-sel usus (enterocytes) ini mereka akan dibentuk semula dan akan dibungkus bersama menjadi sejenis lipoprotin yang besar dikenali sebagai chylomicron untuk masuk ke dalam aliran darah menuju ke sel-sel dan hati.

Lebih 90% daripada chylomicron akan dipecahkan dan melepaskan Trigliserid untuk kegunaan sel-sel lemak dan sel otot sebagai sumber tenaga.

Baki chylomicron yang kaya dengan kolesterol ini akan beredar di dalam edaran darah ke hati di mana ianya akan dibuang.

Trigliserid juga adalah bentuk lemak yang ditukarkan daripada kalori (lemak dan karbohidrat yang berlebihan) yang berlebihan di dalam badan anda dan ianya disimpan di dalam sel.

Badan menggunakan trigliserid sebagai sumber tenaga apabila ianya dipecahkan kepada asid lemak melalui proses yang dikenali sebagai lipolisis, anda memerlukan sebahagian trigliserid untuk kesihatan tetapi kandungan trigliserid yang tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan juga petanda seseorang mengalami sindrom metabolik.

Kandungan trigliserid yang normal adalah dibawah paras 150 mg/dl, manakala 150-199 mg/dl dianggap borderline dan jika melebihi 200 mg/dl ianya dianggap tinggi.

Seseorang yang mempunyai kandungan trigliseride (TG) melebihi 500 mg/dl dianggap mempunyai paras TG yang sangat tinggi.

Kandungan TG yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung, stroke dan serangan sakit jantung.

Jika tahap TG terlalu tinggi, ianya juga boleh menyebabkan radang pankreas ataupun pancreatitis.

Kandungan TG disebabkan oleh diet yang tinggi lemak, kegemukan, penyakit diabetes jenis 2, hormon tiroksin yang rendah, penyakit hati dan buah pinggang.

Ianya juga boleh disebabkan oleh ubat seperti beta blockers, pil perancang, ubat kencing (diuretics) dan steroid.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, lemak adalah keperluan asas badan anda yang bukan sahaja berperanan menjadi sumber tenaga, ianya juga penting untuk pembinaan struktur-struktur badan dan komponen penting dinding sel.

Terdapat juga lemak yang baik untuk kesihatan dan yang tidak baik untuk kesihatan.

Anda perlu berusaha supaya anda mempunyai tahap trigliserid yang rendah, LDL yang rendah dan HDL yang tinggi untuk kesihatan badan terutama di dalam mengurangkan kegemukan, penyakit jantung dan stroke.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: faktasains

Menyambut Maulidur Rasul Bermakna Meraikan Kelahiran Islam

Menyambut Maulidur Rasul Bermakna Meraikan Kelahiran Islam

Sambutan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah SAW sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi seperti Zainab, Hassan, Hussain r.a. juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa a.s.

Menyambut Maulidur Rasul Bermakna Meraikan Kelahiran Islam

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.

Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni.

Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi SAW, sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini.

Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meninggal dunia pada tahun 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama telah berbeza pendapat kebolehan merayakan Maulid Nabi ini.

Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya.

Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi, walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu (pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama berbeza pendapat kebolehan perayaan ini.

Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama-ulama yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi kewibawaan mereka.

Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan.

Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti, "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia."

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad SAW. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad SAW dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr, “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga di ingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini, beliau berkata (ringkasan), “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah SAW tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah SAW dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah SAW itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

"Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah SAW kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran.

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah SAW, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini."

"Walau bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah SAW masih hidup.

"Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini tlah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1. Allah berfirman, “Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad SAW) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157

Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2. Firman Allah, “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.” -Ibrahim Ayat 5.

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi SAW merupakan nikmat yang paling besar.”

3. Bahawasanya Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu, “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka, “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata, “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain.

Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4. Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata, Nabi SAW telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda, “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

Keterangan: Rasul SAW menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1. Nabi Muhammad SAW tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi SAW telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari.

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.” (Au Qoma Qol).

Apa yang telah disuruh Rasulullah SAW hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan.

Bertepatanlah dengan hadis dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata, Nabi SAW telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda, “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2. Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah SAW pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah SAW lebih dari umat terkemudian.

Hadis Imran bin Husain r.a, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka.

Imran berkata, Aku tidak mengetahui kenapa Rasulullah SAW menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3. Allah berfirman di dalam Al-Quran, "Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

"Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah SAW.

Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah SAW bawakan.

Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu." (QS. 5:3)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS. 33:21)

4. Kata-kata sahabat Rasulullah SAW, Huzaufah Ibnu Al-Yamaan r.a. berkata, "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah SAW, maka janganlah melakukannya."

Dan berkata Ibnu Mas'ud, "Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yang lama (kekal dengan cara lama)."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?

sumber: ustaz

Apa Itu Tide Pod Challenge, Trend Makan Sabun Pencuci Mulut

Apa Itu Tide Pod Challenge, Trend Makan Sabun Pencuci Mulut

Trend makan kapsul sabun pencuci fabrik atau lebih dikenali sebagai ‘Tide Pod Challenge’ saat ini sedang hangat menjadi permainan baharu remaja di media sosial terutamanya di Amerika Syarikat, yang memerlukan remaja memakan kapsul berwarna-warni menyerupai gula-gula.

Apa Itu Tide Pod Challenge, Trend Makan Sabun Pencuci Mulut

Selain kapsul tersebut turut dicampurkan dalam masakan, trend yang dianggap ‘gila’ ini mendapat perhatian dari pakar perubatan, ibu bapa dan pembekal sabun fabrik.

Pengarah Pusat Informasi Racun Florida, Dr. Alfred Aleguas Jr sendiri mengaku, menelan sabun fabrik sebenarnya adalah satu aktiviti merbahaya.

Walaupun menelan sedikit cecair sabun fabrik, ia akan menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah dan dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Dalam pada itu, pembekal sabun fabrik Tide dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa cecair sabun mereka telah dikhaskan untuk mencuci pakaian dan tidak boleh dijadikan sebagai alat permainan.

Portal Mirror.co.uk, mengakui seorang remaja yang enggan namanya didedahkan menceritakan tentang cabaran yang diketahuinya melalui khidmat pesanan ringkas Whatsapp sebelum merekodkan kejadian tersebut di Twitter.

"Saya tidak takut sebab saya tahu saya tidak akan menelannya. Hanya gigit sahaja dan saya boleh mencuci mulut saya selepas itu."

Rata-rata netizen turut menggelarkan permainan itu sebagai satu permainan yang tidak berfaedah dan meminta agar trend berbahaya itu dihentikan.

Terdahulu, ‘permainan berbahaya’ yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan 'mati selama lima saat' turut menjadi tular dalam kalangan pelajar asrama.

Kegilaan permainan remaja itu telah dikritik hebat oleh pengguna laman sosial dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani