Saturday, December 16, 2017

6 Perkara Penting Bila Usia Lelaki Mencecah 30an

6 Perkara Penting Bila Usia Lelaki Mencecah 30an

Kebanyakan lelaki baru menyedari penurunan keadaan tubuh mereka ketika mendekati usia 30, pada saat itu anda mungkin mula merasakan sakit di sana-sini, mengalami kesulitan dalam pemulihan kecederaan atau mungkin anda mula sibuk google apa itu kolestrol baik dan kolestro jahat, dan apa perbezaannya.

6 Perkara Penting Bila Usia Lelaki Mencecah 30an

Oleh kerana itu demi masa tua yang lebih baik, kami senaraikan beberapa perkara yang menjadi kebimbangan ramai lelaki ketika mereka mula mendekati usia 30 dan seterusnya.

Jika penyakit dalam senarai ini belum masuk dalam ‘radar’ anda, jangan bimbang cepat atau lambat kelak anda akan merasakannya.

1. Keguguran Rambut dan Kebotakan

Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan.

Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya.

Malahan masalah ini akan mengganggu gaya keterampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.

2. Kanser Prostat

Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi.

Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser prostat dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.

3. Bertambahnya Berat Badan

Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.

4. Tekanan

Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak.

Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk.

5. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer ” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini.

Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.

6. Sakit Belakang

Back pain merupakan penyakit yang biasa dialami oleh lelaki dan banyak faktor yang menjadi penyebabnya, duduk di belakang kemudi atau meja dalam jangka waktu yang lama, kesalahan dalam mengangkat beban dan postur tubuh yang tidak sesuai (perut yang terlalu besar) merupakan beberapa faktor penyebabnya.

Justeru itu, apa yang anda perlu hadapi sekarang, jalani gaya hidup yang lebih baik dengan aktiviti kecergasan dan jaga diet pemakanan anda.

Kualiti hidup yang baik akan menghasilkan sebuah kehidupan yang harmoni dan bahagia apatah lagi dapat dikongsikan bersama-sama keluarga dan orang tersayang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kitablelaki

Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Luarbiasa!

Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Luarbiasa!

Jepun merupakan salah satu negara termaju di dunia dan walaupun ditimpa pelbagai musibah dan bencana besar, namun mereka pantas untuk bangkit dan teruskan hidup untuk berdaya saing dengan negara kuasa veto yang lain.

Cara Masyarakat Jepun Mendidik Kanak-kanak Dan Pelajar Yang Patut Dicontohi
Gambar hiasan.

Tokyo salah satu diantara kota metropolitan yang mempunyai taraf hidup yang tinggi di dunia namun,  ia tidak langsung mematahkan semangat penduduk tetap kota metropolitan itu.

Tidak kira sama ada golongan profesional, peniaga, penggiat seni, mahupun golongan marhaen tetap bersemangat untuk teruskan hidup.

Kata-kata semangat seperti “gambatte” yang bermaksud “berusaha bersungguh sungguh” sentiasa menjadi api yang membakar semangat rakyat Jepun yang tidak pernah kenal erti mengaku kalah.

Disebalik kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di Jepun, kita sering terlepas pandang tanpa mengetahui bagaimana ia bermula?

Hakikatnya ia bermula daripada seorang 'Raja'.

Siapa yang dimaksudkan sebagai “Raja yang sebenar” di Jepun. Adakah presiden Jepun itu sendiri? Ataupun kerabat diraja Akihito (maharaja Jepun)?

Jawapannya adalah 'kanak kanak'!

Bagi masyarakat di Jepun, golongan kanak-kanak di anggap “Raja sebenar” kerana merekalah yang akan menjadi generasi pelapis untuk memimpin negara di masa akan datang.

Oleh itu, dasar pendidikan Jepun banyak memberi fokus kepada golongan kanak kanak untuk membentuk mereka menjadi generasi pelapis yang mampu memajukan negara di masa hadapan.

Antaranya adalah:

1. Di Jepun kanak-kanak diajar pada awal sekolah tadika sehingga tamat sekolah tinggi dengan satu mata pelajaran yang dinamakan “Jalan ke arah Akhlak”. Pelajar akan mempelajari akhlak, etika, budaya menghormati orang, integriti dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada konsep tidak lulus, failure yang menghalang pelajar untuk naik ke level seterusnya pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga sekolah tinggi, kerana objektif pendidikan di Jepun ialah untuk mendidik, menanamkan konsep dan pembentukan peribadi, watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Walaupun Jepun merupakan salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants) atau pengasuh di rumah walaupun berkemampuan. Ibu bapa bertanggungjawab membesar dan mengasuh anak anak mereka di rumah agar sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang mencukupi.

4. Mengikut budaya Jepun 80% wanita yang telah berkahwin akan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menguruskan rumah tangga. Manakala suami akan bekerja untuk menyara keluarga. Duit gaji suami akan dipegang dan diuruskan oleh isteri untuk perbelanjaan keluarga.

5. Kanak-kanak Jepun diwajibkan membersihkan kawasan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Ia dilakukan bagi melahirkan generasi baru yang sederhana, berdisiplin dan menjaga kebersihan.

6. Kanak-kanak di sekolah wajib membawa berus gigi yang telah disteril dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

7. Pada awal pagi, sebelum pelajaran bermula, pelajar dikehendaki melakukan senaman ringan bagi mengelakkan pelajar mengantuk, lebih fokus dalam pelajaran dan mewujudkan gaya hidup yang sihat.

8. Di Jepun, pengusaha kantin sekolah digelar 'pakar pemakanan' kerana mereka perlu menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan untuk pelajar. Setiap pekerja kantin wajib menjaga kebersihan, kesihatan dan sentiasa memakai uniform khas yang disterilkan.

9. Di Jepun, pekerja yang ingin bekerja di sekolah sebagai pengusaha kantin atau pengawal keselamatan sekurang-kurangnya mempunyai diploma atau ijazah. Hal ini demi memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk pelajar. Mereka juga diberi gaji lumayan yang setaraf dengan kelulusan mereka.

10. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya setengah jam lebih awal bagi memastikan keselamatan pelajar daripada risiko keracunan kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

HEBAT!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Khasiat Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Khasiat Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam (almond) telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Khasiat Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.

Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkaya dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan, di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ilham4u

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai untuk artis YouTube yang mendapat pendapatan tertinggi tahun ini menerusi pendapatan yang mereka terima daripada YouTube serta sumber-sumber yang lain.

Richest YouTuber 2017

Di bawah adalah 10 YouTuber dengan pendapatan tertinggi untuk tahun 2017 dan separuh daripada senarai ini menjadikan permainan video sebagai video utama mereka.

1. Daniel Middleton (DanTDM)

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD16.5 juta.

2. Evan Fong (VanossGaming)

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD15.5 juta.

3. Dude Perfect

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD14 juta.

4. Mark Fischbach (Markiplier)

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD12.5 juta.

5. Logan Paul

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD12.5 juta.

6. Felix Kjellberg (PewDiePie)

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD12 juta.

7. Jake Paul

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD11.5 juta.

8. Ryan ToysReview

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD11 juta.

9. Smosh

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD11 juta.

10. Lilly Singh (IISuperwomanII)

10 YouTuber Paling Kaya Di Dunia 2017

Jumlah pendapatan setahun USD10.5 juta.

Hebat kan bagaimana YouTube boleh menjadi medan untuk menjana pendapatan jika dibuat dengan betul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

5 Carian Paling Popular Google Tahun 2017

5 Carian Paling Popular Google Tahun 2017

Google menyenaraikan nama Izara Aishah dan Meghan Markle antara carian kata kunci terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.

5 Carian Paling Popular Google Tahun 2017

Carian nama pelakon drama bersiri Suits, Meghan Markle menjadi carian teratas di enjin carian Google selepas beritanya bertunang dengan kerabat Diraja England, Putera Harry tersebar luas di media arus perdana dan media sosial.

Seterusnya diikuti dengan pencarian nama-nama pelakon Hollywood terkenal, Kevin Spacey antara carian kedua tertinggi yang membabitkan kontorversi kes dakwaan serangan seksual terhadap lelaki.

Di tangga ketiga pula, pelakon utama Wonder Women, Gal Gadot menjadi tumpuan pelayar di Google apabila video lucah palsunya tersebar meluas di internet.

Sementara itu pengarah filem, Louis C.K. dan pelakon filem seram thriller IT, Bill Skarsgård masing-masing berada di tangga keempat dan kelima di enjin carian berkenaan.

Namun di Malaysia pula, carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta selepas meninggalkan Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir dan Aiman Tino di carta masing-masing.

Nama Izara Aishah berada di tangga pertama dalam carian Google, dipercayai selepas kes memuat naik status menyindir golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak perlu bekerja di Twitter pada Rabu lepas menjadi topik hangat rakyat Malaysia.

Berikut adalah senarai carian lima teratas Google Trends mengikut kategori di peringkat global pada tahun 2017:

Carian Am
  1. Hurricane Irma
  2. Matt Lauer
  3. Tom Petty
  4. Super Bowl
  5. Las Vegas shooting

Carian Nama
  1. Matt Lauer
  2. Meghan Markle
  3. Harvey Weinstein
  4. Michael Flynn
  5. Kevin Spacey

Carian Filem
  1. It
  2. Wonder Woman
  3. Beauty and the Beast
  4. Logan
  5. Justice League

Carian Rancangan Televisyen
  1. Stranger Things
  2. 13 Reasons Why
  3. Big Brother Brasil
  4. Game of Thrones
  5. Iron Fist

Carian Nama Pelakon
  1. Meghan Markle
  2. Kevin Spacey
  3. Gal Gadot
  4. Louis C.K.
  5. Bill Skarsgård

Carian Lagu
  1. Despacito
  2. Shape of You
  3. Perfect
  4. Havana
  5. Look What You Made Me Do

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Carian Google Yang Anda Tidak Pernah Tahu

sumber: astroawani

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

Gout terjadi disebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak asid urik atau kerana tubuh tidak dapat menyingkirkan asid urik dengan sepenuhnya. Sebenarnya, bukan orang tua sahaja, remaja pun berisiko mendapat gout.

6 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout

Gout ialah salah satu jenis artritis yang berpunca daripada pembentukan terlalu banyak asid urik di dalam salur darah.

Asid urik yang berlebihan membentuk kristal-kristal kecil yang termendap pada sendi-sendi. Ini menyebabkan inflamasi atau radang, sakit dan bengkak.

Diet yang tinggi dengan kandungan purin boleh menyebabkan gout jadi untuk mengelak gout, 6 jenis makanan berikut hendaklah dikurangkan.

1. Makanan laut
  • Ikan bilis, kekapis, sardin, tuna, udang, ketam

2. Daging dan organ dalaman haiwan
  • Daging merah (daging lembu, daging kambing, daging ayam), hati, paru-paru, lidah

3. Minuman
  • Soda, minuman fruktosa, jus buah-buahan dalam tin atau botol.

4. Sayur-sayuran
  • Asparagus, bunga kobis, kekacang, bayam, kulat atau cendawan.

5. Karbohidrat
  • Oat, roti putih, ubi kentang, jagung, pasta.

6. Lain-lain
  • Kismis.

Walau bagaimanapun, agak sukar sebenarnya mengawal pemakanan kerana hampir semua makanan yang disenaraikan di atas merupakan makanan harian kita di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vitaminohvitamin

Sejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi

Sejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi

Intifada bermaksud melimpah seperti air melimpah sungai sehingga menjadi banjir besar kerana hujan lebat berpanjangan yang digunakan oleh media Arab secara kiasan untuk menyifat kemarahan yang amat sangat rakyat Palestin terhadap bangsa Yahudi yang menduduki bumi mereka dan melakukan segala bentuk kezaliman dan keganasan.

Intifada Rakyat Palestin

Kita memanggilnya kebangkitan kerana menyadurkan maksud itu daripada bahasa Inggeris, up rising. Orang Perancis memanggil soulevement.

Sebenarnya terjemahan Melayu, Inggeris dan Perancis itu tidak tepat kerana intifada bukan kebangkitan atau up rising atau soulevemment.

Malah, perkataan intifada tidak boleh diterjemah ke dalam bahasa Melayu, Inggeris, Perancis dan mana-mana bahasa kerana kemunculan kejadian unik itu bermula dengan bangsa Palestin atau sekurang-kurangnya dipopularkan oleh mereka.

Ini samalah dengan perkataan amuk yang berkaitan dengan perangai orang Melayu digunakan dalam bahasa Inggeris, amuck dan Perancis, amok tanpa diterjemahkan.

Sebagai contoh jika kita membaca perkataan kebangkitan atau up rising atau soulevement tanpa merujuk kepada kejadian yang berlaku di Palestin, kita tidak akan mengerti dan memahami apa sebenarnya yang berlaku di sana.

Maka dengan itu tidak hairan jika media massa Barat seperti Inggeris dan Perancis masing-masing menggunakan intifada dan l'intifada untuk menyifatkan apa yang berlaku di Palestin itu.

Mungkin maksud yang lebih tepat ialah, mengamuk dan memberontak kerana apa yang dilakukan oleh belia Palestin itu ialah mempamerkan rasa marah dan berontak mereka terhadap penindasan Yahudi dengan pelbagai tindakan keras dan ganas. Ia dilakukan secara besar-besaran dan berpanjangan.

Kadangkala media Arab memanggil intifada terhadap tunjuk perasaan yang diadakan secara besar-besaran.

Tetapi, maksud sebenar intifada berbeza dari tunjuk perasaan kerana intifada lebih besar dan menyeluruh berbanding tunjuk perasaan.

Sepanjang sejarah kemelut Palestin-Israel, sebanyak dua intifada, atau kebangkitan, telah dilancarkan.

Intifada pertama pada Disember 1987 yang membawa kepada Perjanjian Oslo pada 1993.

Intifada kedua pula pada September 2000 yang berpunca daripada tindakan perdana menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon, mengunjungi Masjid Al-Aqsa. Ia dilihat sebagai satu provokasi.

Ia berakhir pada 2005 selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan serangan dan pengunduran tentera Israel di Gaza pada 2005.

Dalam intifada kedua ini, ia melibatkan penyertaan lebih ramai rakyat Palestin di mana bukan saja terbatas kepada mereka yang tinggal di Baitulmaqdis, Gaza dan bandar-bandar di Tebing Berat, tetapi melibatkan juga mereka yang menjadi warga Israel di seluruh bandar dan kampung Arab di Israel seperti Nasirah (Nazaret), Galile (al-Jalil), Sakhnin, Dir Hanna dan lain-lain.

Begitu juga intifada kedua berbeza dengan intifada yang berlaku pada tahun 80-an dan 90-an kerana bukan ketul batu saja digunakan, tetapi senjata turut digunakan.

Ini kerana mereka yang turut terlibat bukan saja kanak-kanak Palestin yang bersenjatakan batu-bata, tetapi juga polis atau pemuda Palestin yang memiliki senjata.

Maka itulah sebab kenapa intifada sebelum ini ada gencatan senjata kerana ia perubahan menjadi perang kecil-kecilan antara Arab dan Yahudi.

Intifada pertama rakyat Palestin pada tahun 1987 bukan saja berlaku kerana marah dan memberontak terhadap kezaliman dan kekejaman rejim Zionis, tetapi juga marah dan memberontak terhadap negara-negara Arab yang berdiam diri tidak berusaha membantu perjuangan Palestin.

Pada waktu itu perjuangan Palestin kehilangan arah tuju selepas para pejuang Palestin diusir dari Lebanon.

Pengusiran itu adalah hasil pakatan Israel dengan Kristian dan Syiah di Lebanon (bukan daripada golongan Hizbullah yang pro Iran).

Sebenarnya, negara-negara Arab tidak menunjukkan komitmen yang jelas terhadap perjuangan Palestin sejak Israel menyerang Beirut untuk mengusir para pejuang Palestin dari Lebanon.

Tetapi, keadaan menjadi bertambah teruk selepas mereka dipecah dan diselerakkan di beberapa negara Arab seperti Tunisia dan Yemen. Beberapa pejuang veteran Palestin seperti Abu Jihad dibunuh oleh Israel di penempatan baru itu.

Akibat dari itu serta meningkat pula penindasan Yahudi ke atas rakyat Palestin, maka tercetuslah intifada pada tahun 1987.

Dalam peringkat awal ia tidak lebih daripada beberapa tunjuk perasaan dan rusuhan menentang Yahudi.

Pihak berkuasa Israel pula membalas dengan tindakan yang tegas bermula dari menutup sekolah dan universiti, menahan mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan dan rusuhan.

Selepas itu berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan yang lebih besar tidak henti-henti di Gaza pada Disember 1987 dan kemudian merebak ke Baitulmaqdis dan bandar-bandar Tebing Barat. Ia berterusan selama lima tahun.

Kejadian yang menggemparkan Israel inilah yang dipanggil intifada yang dianggap menjadi salah satu perjuangan baru bangsa Palestin.

Sebenarnya, istilah intifada bukan muncul pada tahun 1987 atau kebangkitan bangsa Palestin itu yang menciptanya.

Ini kerana sebelum tahun 1987 lagi, istilah intifada pernah digunakan oleh media Arab bagi mengistilahkan tunjuk perasaan besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan Shah Reza Pahlavi di Iran pada tahun 1979.

Malah, sebelum tahun 1987 pun rakyat Palestin pernah melakukan beberapa intifada.

Bagaimanapun, intifada-intifada itu tidak dikenali sebagai intifada kecuali intifada Palestin tahun 1987 selepas ditonjol oleh media massa Barat.

“Ya Allah! Engkau selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestin dan Engkau kuatkanlah keimanan, ketabahan hati dan tenaga mereka, sebagaimana kuat dan cekalnya Jujungan Besar kami Nabi Muhammad SAW. Ya Allah! kurniakan kepada mereka dan umat Islam kemenangan dalam menentang kejahatan musuh-musuh Allah.”

Amiin.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Disember)

Tarikh 16 Disember merupakan hari ke 350 (hari ke 351 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 15 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Disember)
Jamuan Teh Boston.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Bahrain (1971), Hari Kemenangan di Bangladesh dan India (1971) dan Hari Kemerdekaan di Kazakhstan (1991).

Peristiwa

1598 - Angkatan laut Korea di bawah Laksamana Yi Sun-sin menewaskan armada Jepun dalam Pertempuran Noryang, pertempuran laut terakhir dalam Perang Tujuh Tahun.

1653 - Negeri Naungan: Oliver Cromwell menjadi Lord Protector Komanwel England, Scotland dan Ireland.

1689 - Parlimen England menerima akta Perakuan Hak, yang menyatakan hak awam dan politik orang Inggeris.

1707 - Letusan terakhir Gunung Fuji Jepun melepaskan sekitar 800 juta m3 abu gunung berapi.

1773 - Bagi menghalang pemunggahan teh yang dicukai tanpa persetujuan mereka, sekumpulan kolonis membuang tong-tong teh dari tiga kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris ke dalam laut.

1838 - Perjalanan Dura Besar: Lebih 450 Voortrekker pimpinan Andries Pretorius menewaskan serangan sekitar 10,000 Zulu, di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan kini.

1899 - AC Milan, salah satu daripada kelab bola sepak di Italia, diasaskan.

1944 - Perang Dunia Kedua: Wehrmacht Jerman Nazi melancarkan serangan terakhir di medan barat, Pertempuran Bulge.

1971 - Angkatan tentera Pakistan di Pakistan Timur menyerah kalah, menamatkan Perang India-Pakistan dan Perang Pembebasan Bangladesh.

1989 - Revolusi Romania bermula sebagai satu bantahan di bandar raya Timisoara terhadap percubaan kerajaan untuk mengusir Laszlo Tokes, seorang paderi penentang. Rusuhan menyusul.

1998 - Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan kempen pengeboman besar selama empat hari terhadap Iraq.

2012 - Abe Shinzo‎ terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.

Kelahiran

1790 - Leopold I, Raja Belgium.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Disember)

sumber: wikipedia

Friday, December 15, 2017

Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang Ditindas

Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang Ditindas

Kini sekali lagi penduduk Islam di bumi Gaza Palestin diserang tentera pengganas Zionis Israel LAKNATULLAH yang telah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara baharu Israel.

Doa Qunut Nazilah Umat Islam Yang Ditindas

Umat Islam sewajarnya bersatu mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam pengganas zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin yang mengakibatkan syahid terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

Sehubungan itu, sama-samalah kita melakukan Solat Hajat khas dan membaca doa Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan rakyat Palestin kepada Allah SWT supaya bumi Gaza kembali aman dan diperkuatkan iman mereka.

“Ya Allah! Dikau selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestin dan Dikau perkuatkanlah keimanan, ketabahan hati dan tenaga mereka, sebagaimana kuat dan cekalnya Jujungan Besar kami Nabi Muhammad SAW.”

Panduan Dan Cara Doa Qunut Nazilah

Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada solat Tarawih dan setiap solat fardhu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Doa Qunut Nazilah ini juga digalakkan dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

Doa Qunut Nazilah dibaca sambal menadah tangan pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk sewaktu sedang berdiri ketika I’tidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Bolehlah dipilih salah satu dari 3 cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.

3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah Umat Islam Yang Ditindas

Doa senjata umat Islam

Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara boleh mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin (umat Islam di negara lain yang ditindas), dan kini menderita akibat kekejaman tanpa perikemanusiaan tentera Israel. Allah SWT sentiasa bersama kita dan penduduk bumi Gaza. Amiinn

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan setiap batanya).” (Ibid)

Selain daripada mendoakan mereka, antum juga turut disaran berjihad kecil dengan menyalurkan sumbangan bantuan ke tabung-tabung khas yang diwujukan bagi membantu jihad saudara Islam kita di Palestin sana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Yahudi Tidak Layak Memiliki Baitul Maqdis?

sumber: shafiqolbu

5 Sebab Kenapa Century Fox Dijual Kepada Disney Dengan Nilai RM214 Bilion!

5 Sebab Kenapa Century Fox Dijual Kepada Disney Dengan Nilai RM214 Bilion!

Disney kini sudah mencapai persetujuan dengan 21st Century Fox dan membeli bahagian perfileman 21st Century Fox pada harga USD52.4 billion (RM214 billion+-), manjadikannya satu gabungan bersejarah yang sangat besar dan kini menjadikan Disney syarikat hiburan terbesar di dunia.

5 Sebab Kenapa Century Fox Dijual Kepada Disney Dengan Nilai RM214 Bilion!

Dengan gabungan ini, ianya bakal membentuk satu union di mana Disney menjadi sangat besar dan gah jika perlu dibandingkan dengan syarikat pesaing mereka yang lain.

Chairman kepada 21st Century Fox, Rupert Murdoch sangat gembira dengan pengambil alihan ini.

“Kami sangat bangga kerana berjaya membina 21st Century Fox sehingga ke tahap ini. Dengan gabungan ini, saya yakin Disney akan menambah lebih nilai untuk para pemegang saham dan terus memacu industri ini,” terang Murdoch.

CEO Disney, Bob Iger akan terus menjadi CEO Disney sehingga 2021 di mana beliau akan terus memantau dan merancang perancangan untuk gabungan dua syarikat besar ini.

Di dalam terma perjanjian ini, Disney akan mengambil alih aset 21st Century Fox divisi filem dan TV dan laman TV yang lain di bawah 21st Century Fox seperti FX dan National Geographic.

Dalam perjanjian ini juga, Fox akan terus memegang aset mereka yang lain seperti Fox News Channel, Fox Broadcasting dan channel sukan mereka.

Di samping 21 Century Fox filem dan TV, Disney turut membeli 30% saham Hulu dan pegangan saham untuk Sky Network di Eropah.

Apakah yang mendorong keluarga Murdoch, yang memiliki 39 peratus kepentingan dalam studio berkenaaan, menjual pegangan mereka?

1. Perubahan industri media

Penjualan studio filem, produksi televisyan, perniagaan antarabangsa serta sukan serantau, termasuk syarikat penyiaran Sky, meninggalkan syarikat yang lebih kecil untuk fokus kepada liputan berita dan acara utama sukan.

Penjualan ini bermakna Fox kini hanya fokus kepada kandungan yang lebih berdaya tahan, bagi berdepan ancaman dari platform digital dan striming.

2. Keluarga Murdoch boleh menguasai Disney

Disney mahu perniagaan Fox membuka laluan kepada perniagaan berasaskan filem, televisyen dan sukan yang lebih besar, dengan pelaburan kepada platform digital, untuk bersaing dengan Netflix dan Amazon.

Perjanjian ini membolehkan keluarga Murdoch memperoleh 25 peratus kepentingan dalam Disney.

3. Dinamik keluarga Murdoch

Perjanjian ini menimbulkan spekulasi anak bongsu Rupert Murdoch, James, akan mengambil alih salah satu jawatan kanan di Disney, laporan menyebut, rundingan kini masih berjalan.

Langkah ini akan menangani kekangan dalam keluarga Murdoch, yang hanya tertumpu kepada Fox.

4. 'Sky is the limit'

Fox mempunyai rancangan untuk mengawal sepenuhnya 'Sky'. Menguasai 61% kepentingan menyebabkan ia bakal disiasat pihak kawal selia UK.

Penjualan aset Sky kepada Disney boleh menjarakkan keluarga Murdoch daripada isu itu dan mengelak wujud pertikaian politik.,

5. Tawaran Disney

Saham Fox melonjak lebih 30 peratus sejak firma itu pertama kali umum ia mahu menjual kepentingannya.

Namun ia semakin merosot sejak beberapa tahun ini selepas firma itu gagal dalam rundingan untuk mengambil alih Time-Warner.

Tawaran Disney untuk membeli kepentingan Fox disifatkan terlalu baik untuk ditolak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney

sumber: astroawani | thevocket