Tuesday, December 12, 2017

Kejelitaan 'Yang Yuhuan' Meruntuhkan Sebuah Empayar

Kejelitaan 'Yang Yuhuan' Meruntuhkan Sebuah Empayar

China, sebuah negara yang tidak pernah lokek daripada gadis-gadis yang jelita. Dari zaman purba, negara ini tidak pernah lekang dengan kisah-kisah legenda mengenai gadis-gadis cantik yang membikin para jejaka menjadi gila.

Kejelitaan Yang Yuhuan Meruntuhkan Sebuah Empayar
Gambar Yang Yuhuan sedang menaiki kuda semasa sebuah perarakan.

Dari seorang gadis yang membuatkan panglima perang berhati singa tunduk pada cinta, hingga kisah dua orang kembar yang kejelitaannya umpama 1000 bintang di langit yang bikin pertempuran paling berdarah dalam sejarah sehinggalah ke seorang gundik, yang menyebabkan seorang Maharaja sanggup menyuruh anaknya menceraikan gundik itu hanya kerana dia mahu bersama dengan gundik tersebut.

Pada ketika zaman Dinasti Tang, dunia menyaksikan kemunculan seorang gadis jelita dalam sejarah yang kemudiannya menjadi duri dalam daging kepada kejatuhan Dinasti Tang.

Yang Yuhuan, adalah pemilik nama kepada seorang bidadari dunia yang sedang kita bicarakan dan bidadari yang telah membikin seorang raja menjadi gundah gulana kerana cinta.

Pada usia 17 tahun, Yang Yuhuan telah berkahwin dengan anak kepada Maharaja Tang ketika itu, Maharaja Xuanzong.

Namun, tidak sampai enam tahun perkahwinan putera Maharaja Xuanzong dengan Yang Yuhuan, kejelitaan yang dimiliki oleh Yang Yuhuan telah membuatkan hati lelaki Maharaja Xuanzong menjadi gundah-gulana ketika kunjungan Maharaja Xuanzong di sebuah istana yang diduduki oleh Yang Yuhuan di sebuah kaki gunung di China.

Maharaja mahu melupakan wanita yang sudah berpunya itu, namun dia tidak dapat menahan nafsu dan cintanya.

Maka, dengan hati yang cekal tanpa memperdulikan mulut-mulut yang akan mengatanya, maka maharaja menyuruh puteranya menceraikan Yang Yuhuan.

Mahu atau tidak, maka terpaksalah anak mematuhi namun, Maharaja Xuanzong tahu apa yang akan dilakukanna ialah sebuah larangan dalam masyarakatnya. Mahu mengalihkan perhatian, maka maharaja menyuruh Yang Yuhuan menjadi biarawati agama Tao sebelum akhirnya dia sendiri mengahwini Yang Yuhuan.

Yang Yuhuan selepas mengahwini Maharaja Xuanzong, dia telah memiliki segala-galanya. Dia telah dihadiahkan rambut emas, istana khas untuk dirinya, serta pelbagai gelaran yang menjadikan Yang Yuhuan sebagai isteri Maharaja Xuanzong yang paling disayangi oleh maharaja.

Bahkan Maharaja pernah membuatkan sebuah lagu yang menyamakan Yang Yuhuan dengan sebiji permata yang berkilauan.

Baginda sering menyanyi atau memainkan alat muzik ketika Yang Yuhuan menari. Puisi yang ditulis oleh gundik ini juga sangat indah, hingga ke hari ini masih dibaca oleh kalangan rakyat.

Menurut ceritanya, “meskipun dalam istana terhadap tiga ribu orang gadis yang cantik, kasih sayang baginda terhadap tiga ribu orang gadis ini dicurahkan kepada gundik ini seorang sahaja.”

Dengan menggunakan kasih sayang baginda terhadapnya, abang Yang Yuhuan, iaitu Yang Guozhong telah menjadi Perdana Menteri dalam Dinasti Tang, manakala tiga kakak perempuannya pula diberi gelaran bangsawan.

Disebabkan terlalu asyik dengan kecantikan Yang Yuhuan, baginda tidak lagi mempedulikan urusan negara. Maka kuasa pemerintahan telah dipegang oleh Yang Guozhong dan Li Linfu.

Kedua-dua pegawai yang khianat ini telah memperdaya baginda secara lembut di samping membunuh semua pegawai yang tidak mematuhi arahan mereka.

Pemerintahan Dinasti Tang menjadi semakin teruk, hingga mengakibatkan timbul krisis besar dikalangan masyarakat.

Pada tahun 755, An Lushan, seorang Gabenor telah memberontak dengan alasan untuk membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong yang khianat itu. Sebuah negara bernama Yan ditubuhkan oleh An Lushang,

Maharaja Xuanzong terpaksa membawa Yang Yuhuan melarikan diri dari ibu negara. Ketika menuju ke arah Mawei (di provinsi Shaanxi), pasukan tentera pengawal baginda tidak mahu bergerak lagi.

Jeneral pasukan tentera tersebut telah membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong dan bapanya, dan dia menuntut supaya Yang Yuhuan dibunuh, barulah pasukannya bersedia mengawal baginda dan menghapuskan pemberontak.

Jeneral itu tahu bahawa yang menjadi duri dalam daging kepada kejatuhan Empayar Tang ketika itu ialah Yang Yuhuan. Kalau mereka mahu melihat Dinasti Tang terus bernyawa, maka gadis itu harus mati.

Mahu memastikan dinastinya dan empayar Tang terus hidup, maka Yang Yuhuan terpaksa dibunuh oleh maharaja.

Ada juga kisah lain mengatakan bahawa, maharaja menghantar Yang Yuhuan ke Jepun untuk hidup aman di sana tanpa gangguan pemberontak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)

Tarikh 12 Disember merupakan hari ke 346 (hari ke 347 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 19 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (12 Disember)
Yuan Shikai.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Kenya (1963).

Peristiwa

1531 - Penjelmaan Lady Guadalupe Kami: Juan Diego Cuauhtlatoatzin ternampak Blessed Virgin Mary di luar Bandar Mexico kini.

1897 - Bandar raya terancang yang pertama di Brazil, ibu negeri Minas Gerais Belo Horizonte, dirasmikan sebagai Cidade de Minas.

1901 - Guglielmo Marconi menerima isyarat radio rentas Atlantik yang pertama, dari Stesen Wayarles Poldhu di Cornwall, England ke Menara Cabot di St. John, Newfoundland.

1915 - Presiden Republik China Yuan Shikai mengembalikan pemerintahan beraja dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Hongxian.

1936 – Generalisimo Republik China Chiang Kai-shek diculik oleh Marsyal Zhang Xueliang, seorang bekas hulubalang Manchuria.

1964 - Jomo Kenyatta menjadi Presiden Republik Kenya yang pertama.

1991 - Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia menarik diri daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS).

2011 - Majlis Perlembagaan Tunisia melantik Moncef Marzouki sebagai Presiden Tunisia.

Kelahiran

1912 - Shaari bin Shafie, seorang Menteri Besar Perak ke-3.

Kematian

1894 - John Sparrow David Thompson, Perdana Menteri Kanada ke-4.

2003 - Heydar Aliyev, Presiden Azerbaijan ke-3.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

sumber: wikipedia

Monday, December 11, 2017

'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'

'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'

Walaupun tidak mempunyai wajah yang normal, seorang budak lelaki dari Knoxville, Tennessee, mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya?

'Hodoh Sangatkah Saya Ibu?'

Satu rakaman video menyayat hati seorang budak lelaki itu meminta untuk tidak lagi dibuli telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial Facebook dan Twitter.

Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya? tanyanya.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya.

Rakaman video yang telah dikongsi oleh ibunya, Kimberly Jones di laman media sosial Facebook telah ditonton lebih 16 juta kali.



“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.

“Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.

“Walaupun dilakukan sedemikian, saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan.

"Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut.

Rakaman video tersebut turut menarik perhatian ramai bintang terkemuka antarabangsa seperti bintang hip hop Snoop Dogg, Chris Brown, Patrick J Adams dan Miley Bobby Brown.

Kesian.

BACA INI JUGA: Kisah Pemuda Yang Masuk Syurga Kerana Tidak Menyakiti Perasaan Orang Lain

sumber: astroawani

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan  Batu Karang

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan Batu Karang

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Khasiat Badam untuk Diabetes Dan  Batu Karang

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response.

Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Sementara itu, kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25 peratus risiko batu karang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ilham4u

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Di Taiwan, satu pembentukan pelangi paling lama direkodkan adalah selama sembilan jam walaupun pada kebiasaannya, pelangi yang terbentuk selepas hujan atau apabila cahaya matahari dipancar ke atas partikel air hanya berlaku dalam tempoh sekitar sejam.

Pelangi Bertahan 9 Jam Catat Rekod Dunia!

Pelajar dan kakitangan di Chinese Culture University (CCU) di Taipei cukup bertuah dapat mengamati kejadian yang berlaku pada Khamis lalu (7/12/2017).

Prof Chou Kun-hsuan, pensyarah Jabatan Sains Atmosfera di universiti berkenaan, rakaman menunjukkan pelangi itu bertahan selama lapan jam 58 minit, iaitu bermula jam 6.57 pagi sehingga 3.15 petang.

Pelangi itu sekaligus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Kewujudan pelangi yang bertahan untuk tempoh yang lama di Taiwan ini dikatakan berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

sumber: astroawani

Pemberontakan Yahudi Tahun 70 Masihi Yang Mengorbankan Sejuta Nyawa

Pemberontakan Yahudi Tahun 70 Masihi Yang Mengorbankan Sejuta Nyawa

Di Jurusalem tahun 70 Masihi, Gabenor Rom di Judea ketika itu, Gessius Florus telah menaikkan cukai menjadi terlalu membebankan di Judea, yang tidak dipersetujui oleh orang Yahudi.

Pemberontakan Yahudi Yang Mengorbankan Sejuta Nyawa

Apabila orang Yahudi tidak mahu menjawab cukai, maka tentera Rom ketika itu telah memasuki kuil-kuil orang Yahudi di Jerusalem (Baitulmaqdis) dan merampas segala asset kekayaan yang dimiliki oleh kuil-kuil Yahudi. Dalam insiden rampasan ini, nyawa 6000 orang Yahudi juga terkorban.

Ini membawa kepada amukan orang Yahudi ketika itu, dan tentera-tentera garrison Rom yang berjumlah 30, 000 orang itu diserang secara mengejut dan memaksa mereka berundur dari situ.

Ribuan tentera Rom juga terbunuh dalam serangan orang Yahudi ini, bahkan para Yahudi ini telah merampas senjata dan segala kelengkapan pertahanan untuk digunakan oleh militia yang baru ditubuhkan oleh orang Yahudi.

Ini telah membuatkan Maharaja Nero ketika itu menghantar salah seorang jeneral perang Rom dibawahnya bernama Vespasian memimpin ketumbukan tentera Rom.

Strategi Vespasian ketika itu ialah dengan menakluk kota-kota kecil disekitar Jerussalem terlebih awal sebelum barulah menyasarkan pada Jerusalem.

Namun lain pula yang berlaku, di Rom, Nero telah digulingkan manakala Vespasian pula terpaksa pulang untuk ditabalkan sebagai maharaja Rom yang seterusnya.

Untuk menyelesaikan misinya yang tertangguh, Vespasian menghantar anak lelakinya bernama Titus untuk mengetuai lebih kurang 70, 000 orang tentera Rom untuk mematahkan pemberontakan Yahudi.

Pengepungan dan penaklukan kota Jerusalem bukanlah sesuatu yang mudah buat Titus. Betapa orang Yahudi yang diramalkan angka mereka dalam sekitar 10,000 orang begitu kuat mempertahankan Jerusalem.

Lagi-lagi pertahanan kota Jerusalem itu sendiri sangat ampuh. Selain dilindungi oleh tiga tembok berserta pertahanan semula jadi seperti bukit bakau yang mengitarinya, ia mengambil masa berbulan-bulan untuk penaklukan Jerusalem itu sendiri.

Selepas berjaya menembusi dua tembok kota Jerusalem, tinggal sebuah tembok dan kubu sahaja namun, usaha untuk menembusi tembok yang ketiga sangat mengorbankan nyawa dan masa.

Lagipun kepungan ini akan memakan masa kerana betapa bekalan tetap memasuki Jerusalem. Ini membuatkan Titus terpaksa membina tembok kepungan sendiri diluar tembok terakhir Jerusalem.

Namun, penduduk Yahudi didalamnya tetap berdegil bertahan membuatkan. Senjata kepungan dan juga mesin seperti ram tidak dapat menghancurkan kota. Bahkan banyak nyawa tentera Rom yang terkorban.

Menyedari bahawa kekerasan tidak akan mampu meruntuhkan kedegilan orang Yahudi, Titus pun menukar starteginya.

Dihantarnya tentera terbaiknya yang berfungsi untuk menyelinap masuk pada waktu malam ke dalam Jerussalem dan melakukan serengan mengejut. Ini menyebabkan tembok ketiga berjaya ditembusi juga akhirnya pada bulan Julai.

Namun, ketika tentera Rom mula menyerbu masuk ke dalam kubu, Titus yang mahu menyelamatkan kuil tersebut dan menukarkan tempat penyembahan berhala Roman tidak kesampaian apabila ada tentera yang melontarkan obor api ke dalam kuil sekaligus api mula membakar kuil Yahudi.

Namun, serangan tetap berlangsung di segala sudut kota tersebut dan pertarungan berterusan selama tiga bulan sehinggalah pada bulan September, barulah seluruh bahagian kota berjaya ditakluki.

Laporan sejarah mengatakan bahawa nyawa yang terkorban mencecah sehingga 1 juta orang untuk kedua-dua pihak termasuklah nyawa orang awam. 97,000 orang Yahudi pula ditangkap dan dijadikan hamba oleh Rom.

Namun, terdapat sebuah kubu gunung yang tetap bertahan di Masada. Mereka di dalam Masada lebih kental untuk ditundukkan.

Rom dikatakan mengambil masa sehingga 3 tahun untuk menakluk Masada dengan pelbagai cara hanya mendapati bahawa para pemberontak yang bertahan di tembok tersebut, telah membunuh diri bersama dengan ahli keluarga mereka seperti anak-anak dan isteri, kerana tidak mahu menjadi tawanan Rom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Melanda

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Melanda

Apa yang boleh dilakukan jika anda terasa sakit di perut adalah mengenal pasti jenis kesakitan yang dialami. Biasanya sakit perut disebabkan adanya masalah pada organ pencernaan, aorta, buah pinggang dan limpa. Mulalah perut meragam hingga tak senang duduk.

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Melanda

Ini adalah kerana terdapat pelbagai sebab anda sakit perut, antaranya adalah seperti di bawah ini.

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Dialami dan Cara Cepat Mengatasinya

Antara jenis sakit perut yang paling biasa dihadapi oleh kita adalah seperti berikut:

1. Pedih ulu hati

Masalah pencernaan, perut terlalu penuh dan senak selepas makan boleh menyebabkan anda terasa pedih di ulu hati.

Amalkan:
  • Kurangkan pengambilan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak
  • Mengambil makanan dalam kuantiti kecil
  • Makan perlahan-lahan
  • Elak makan sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam
  • Kurangkan berat badan jika terlalu berat
  • Elak mengambil aspirin setiap kali terasa panas di bahagian tulang dada atau terasa pedih di ulu hati
  • Banyakkan pengambilan herba seperti Chamomile, minyak Peppermint

2. Kembung

Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut.

Amalkan:
  • Minum banyak air kosong
  • Kurangkan minum air gas dan minuman manis
  • Elak makan sayur-sayuran yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
  • Kurangkan makan makanan tinggi lemak
  • Makan perlahan-lahan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan
  • Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda lactose intolerant

3. Sembelit

Kurang buang air besar juga boleh menyebabkan anda sakit perut.

Amalkan:
  • Masukkan banyak fiber dalam diet seharian
  • Minum air dengan banyak
  • Banyakkan senaman
  • Ambil suplemen herba seperti Flaxseed untuk mengurangkan sembelit

4. Senggugut

Senggugut atau ‘menstrual cramp’ akan dialami oleh wanita seminggu sebelum atau ketika datang haid, terutamanya pada hari-hari terawal.

Amalkan:
  • Banyakkan senaman terutamanya sebelum datang period
  • Elak terlalu stress
  • Makan suplemen yang kaya dengan vitamin E, asid Omega 3, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium
  • Ambil suplemen herba seperti Fennel yang boleh mengatasi masalah cramp sewaktu period

5. Stomach Flu

Antara simptom anda terkena ‘stomach flu’ adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam.

Amalkan:
  • Banyakkan minum air terutamanya air pembekal tenaga usakitntuk mengelakkan dehidrasi
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti biskut, roti bakar, pisang dan nasi
  • Elak makan makanan pedas dan berlemak, produk tenusu dan mengandungi kafein
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Basuh tangan dengan kerap sebelum memegang benda dalam rumah untuk elakkan berjangkit

Jika duduk atau berbaring tidak melegakan juga sakit perut?

Buat pergerakan mudah seperti berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah untuk mengurangkan rasa sakit.

Anda juga boleh guna heating pad pada perut yang tidak selesa kerana ia boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa.

Jangan tahan kentut kerana ia sebenarnya boleh melegakan perut yang senak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

sumber: siraplimau

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Tanggal 11 Disember merupakan hari ke 345 (hari ke 346 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Burkina Faso (1958).

Peristiwa

1282 - Putera Wales yang terakhir memerintah Wales bebas, Llywelyn ap Gruffudd dibunuh dalam satu serangan hendap.

1602 - Geneva berjaya menangkis serangan lewat malam oleh Savoy, satu peristiwa yang diperingati setiap tahun semasa Fête de l'Escalade.

1789 - Universiti Carolina Utara di Chapel Hill, antara universiti awam tertua di Amerika Syarikat dan satu-satunya yang menganugerahkan ijazah pada abad ke-18, mendapat piagamnya.

1931 - Statut Westminster digubal, memberikan kebebasan perundangan kepada Negara Bebas Ireland, Newfoundland, Kanada, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.

1941 - Kuala Lumpur jatuh ke tangan Jepun bersama-sama 3,000 tawanan perang.

1946 - UNICEF ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB.

1972 – Misi bulan Apollo terakhir, Apollo 17 mendarat di Bulan.

1981 – Perang Saudara El Salvador: Kira-kira 900 orang awam di El Salvador maut dalam pembunuhan beramai-ramai El Mozote.

1993 – 48 orang terbunuh apabila satu blok kondominium Highland Towers runtuh di Hulu Kelang, Selangor.

2006 – Persidangan Holokus bermula di Teheran, Iran, "bagi menyediakan atmosfera saintifik sesuai untuk para sarjana memberikan pandangan dengan bebas terhadap satu isu sejarah".

2006 – Tindakan pertama dalam Perang Dadah Mexico terjadi apabila Presiden Felipe Calderón mengarahkan unit tentera dan polis persekutuan ke negeri Michoacán.

2008 – Broker saham A.S. Bernard Madoff ditahan dan didakwa dengan penipuan pelaburan dalam satu skim Ponzi $50 bilion, yang terbesar dalam sejarah.

2012 – Perdana Menteri Cheick Modibo Diarra meletak jawatan selepas ditahan pemimpin rampasan kuasa Mali dan digantikan oleh Django Sissoko.

Kelahiran

1954 - Prachanda, Perdana Menteri Nepal ke-2.

1961 - Macky Sall, Presiden Senegal ke-4.

1996 - Hailee Steinfeld, pelakon wanita Amerika Syarikat.

1997 - Ridzuan Ahdil.

Kematian

2012 – Pemain sitar dan penggubah klasikal India Ravi Shankar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Disember)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day disambut pada 11 Disember setiap tahun sebagai galakan buat masyarakat antarabangsa akan kepentingan memelihara dan memastikan pembangunan mampan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi terhadap kehidupan manusia.

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa, International Mountain Day

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa wajar dilihat sebagai satu peluang untuk mengekang aktiviti pembangunan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi secara tidak terancang dan dapat memberi kesedaran dan membawa perubahan positif kepada gunung-gunung serta tanah tinggi di seluruh dunia.

Pergunungan dan tanah tinggi meliputi sekitar 27 peratus daripada permukaan daratan di muka bumi ini.

Oleh itu pertanian di pergunungan dilihat semakin penting kerana kekurangan tanah di lembah yang semakin dihimpit arus kemajuan.

Peluang ini bukan sahaja memberi rezeki dan kesejahteraan kepada 720 juta orang yang tinggal di pergunungan di seluruh dunia tetapi secara tidak langsung memberi faedah kepada berbilion manusia lain.

Kawasan pergunungan mampu memberikan hasil pertanian yang tinggi berikutan sumber air yang bersih, tanah yang subur serta suhu dan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun gunung-gunung ini juga mempunyai risiko yang tinggi dimana ianya sangat sensitif terhadap sebarang perubahan iklim, penebangan hutan dan kemusnahan struktur yang mengakibatkan degradasi tanah dan bencana alam.

Kini, ianya menjadi satu cabaran yang besar dalam mempertingkatkan aktiviti pertanian di kawasan pergunungan kerana dalam membantu masyarakat untuk membasmi kemiskinan tetapi pada masa yang sama perlu prihatin terhadap degradasi ekosistem pergunungan yang rapuh.

Sambutan Hari Gunung Antarabangsa juga dapat memberi kesempatan untuk memperlihatkan realiti bagaimana keluarga petani di kawasan pergunungan yang kini sedang mengalami transformasi yang menggusarkan disebabkan oleh pertumbuhan penduduk, globalisasi ekonomi, masalah pemanasan global serta penghijrahan lelaki dan belia ke kawasan bandar.

Namun, perubahan ini juga telah mengubah aktiviti ekonomi penduduk setempatan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan telah mempelbagaikan pendapatan mereka dengan aktiviti seperti pelancongan dan produk bernilai tinggi seperti kraftangan hasil dari sumber alam di pergunungan.

Ianya membuka peluang kemasukan pelaburan khusus untuk meningkatkan pertanian keluarga kepada bentuk perladangan berskala besar lalu meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana pendapatan.

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Anbiya; 31)

Selamat menyambut Hari Gunung Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

Sunday, December 10, 2017

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Pulau Ular atau Snake Island terletak kira-kira 32 kilometer dari perairan Sao Paolo, Brazil dan penduduk tempatan memanggilnya sebagai Ilha da Quiemada Grande.

Snake Island, Pulau Yang Menempatkan Ular Paling Berbisa Di Dunia

Dengan mendengar namanya sahaja pun sudah cukup menggambarkan bahawa pulau ini menjadi rumah kepada sekurang-kurangnya 4,000 ekor ular termasuk ular paling berbisa di dunia, Bothrops Insularis.

Tahukah anda, ular Bothrops Insularis hanya boleh ditemui di Pulau Ular ini dan bisanya mampu mencairkan daging manusia.

Pernah terjadi beberapa orang pengunjung telah mati akibat dipatuk oleh ular Bothrops Insularis.

Dan sebab itulah kerajaan Brazil telah melarang pelawat dan orang ramai dari mengunjungi pulau Snake Island.

ULAR GOLDEN LANCEHEAD

Selain itu, apa yang membuatkan pulau ini berbahaya adalah disebabkan oleh kewujudan ular Golden Lancehead, yang mana merupakan spesis Pit Viper dan antara yang paling berbahaya di dunia.

Ular ini boleh membesar sehingga 118 sentimeter dan dianggarkan terdapat di antara 2,000 hingga 4,000 ekor di pulau ini. Jadi tidak hairanlah pulau ini dikenali sebagau Pulau Ular.

Ular Golden Lancehead adalah teramat bahaya dan berbisa sehinggakan boleh membunuh dengan satu patukan sahaja. Mangsa patukan akan mati dalam masa satu jam.

Pernah menjadi kawasan penempatan seketika

Walaupun kini ia diharamkan, namun pulau ini pernah menjadi kediaman kepada warga tempatan untuk tempoh yang singkat sehingga penghujung tahun 1920-an.

Menurut legenda lagi, penjaga rumah api tempatan dan keluarganya mati akibat patukan ular ini yang menyelinap masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap.

Kini, angkatan laut melawat rumah api tersebut secara berkala untuk menjaga dan memastikan pengembara tidak mengembara terlalu dekat dengan pulau tersebut.

Kewujudan ular Golden Lancehead

Ular Golden Lancehead
Ular Golden Lancehead.

Menurut cerita orang tempatan, ular tersebut dibawa dan dilepaskan di pulau tersebut oleh lanun-lanun yang ingin melindungi harta karun mereka di situ.

Namun, hakikatnya adalah kehadiran ular tersebut disebabkan oleh kenaikan paras laut yang mana kurang menarik berbanding cerita legenda lanun tersebut.

Pada satu ketika dahulu, Pulau Ular ini adalah sebahagian besar daripada tanah besar Brazil, namun ia terpisah dan menjadi sebuah pulau setelah paras laut meningkat lebih dari 10,000 tahun yang lalu.

Haiwan-haiwan yang sampai ke pulau ini mengalami revolusi yang sangat berbeza daripada haiwan-haiwan di tanah besar, lebih daripada beribu-ribu tahun, terutamanya ular Golden Lancehead.

Disebabkan di pulau ini tiada mangsa lain selain burung, maka ular ini mengalami perubahan di dalam badannya di mana bisanya menjadi sangat berbahaya yang boleh membunuh mana-mana burung dengan serta merta.

Burung-burung tempatan sangat pintar dan sukar ditangkap oleh pemangsa yang mendiami pulau ini tetapi spesis ular ini bergantung hidup dengan menjadikan burung-burung tersebut sebagai makanan.
Penyebab kes patukan ular terbesar di Brazil

Ular Lancehead, iaitu spesis yang sama dengan Golden Lancehead dan tinggal di tanah besar Brazil, bertanggungjawab terhadap 90% daripada kes patukan ular di Brazil.

Patukan daripada patukan Ular Golden Lancehad yang mana bisanya 5 kali ganda lebih daripada Lancehead biasa adalah jarang berlaku disebabkan oleh kediaman mereka yang terasing.

Namun, jika berlaku pertembungan dengan ular ini, kebarangkalian untuk terbunuh adalah sangat tinggi. Setakat ini tiada statitsik mengenai kematian yang disebabkan oleh ular Lancehead Golden, kerana satu-satunya kawasan yang mempunyai ular ini diharamkan kepada orang awam.

Namun, seseorang yang dipatuk oleh ular Lancehead biasa berhadapan dengan kadar kematian pada tahap 7%, jika tidak dirawat.

Rawatan tidak menjamin mangsa yang dipatuk akan terselamat, masih terdapat 3% kadar kematian akibat patukan ini.

Kelebihan bisa ular viper

Jadi, dengan tahap bahaya di pulau ini, adalah sukar untuk memahami mengapa ada yang mahu mengambil risiko untuk mengunjungi tempat seperti ini di mana kematian yang menyakitkan boleh berlaku dalam setiap langkah.

Walaupun begitu, bisa ular daripada spesis viper ini menunjukkan potensi dalam membantu memerangi masalah jantung. Ia telah menjadikan bisa ular ini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap.

Bagi sesetengah mereka yang suka melanggar undang-undang, kegilaan terhadap wang ringgit sudah cukup menjadi pendorong kepada mereka untuk mengambil risiko maut dengan mengunjungi Pulau Ular ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM