Saturday, December 02, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Disember)

Tarikh 2 Disember merupakan hari ke 336 (hari ke 337 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 29 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Disember)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (1971) dan Laos (1975).

Peristiwa

1804 - Mahkota Charlemagne digunakan untuk kemahkotaan Napoleon I dari Perancis di Katedral Notre Dame, Paris.

1805 - Perang Pakatan Ketiga: Angkatan Perancis yang diketuai Napoleon I menewaskan tentera Rusia-Austria pimpinan Czar Alexander I.

1823 - Presiden Amerika Syarikat James Monroe mengeluarkan Doktrin Monroe, yang menentang dasar penjajahan Eropah di Dunia Baru.

1942 - Projek Manhattan: Ahli-ahli sains yang diketuai Enrico Fermi memulakan tindak balas rantai nuklear selenggara diri yang pertama di dalam reaktor nuklear kajian Chicago Pile-1.

1971 - Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Sharjah, dan Umm al-Qaiwain bergabung untuk membentuk Emiriah Arab Bersatu.

1975 - Pathet Lao menggulingkan kerajaan setiaraja di Vientiane, memaksa Raja Savang Vatthana turun takhta, dan mengasaskan Republik Demokratik Rakyat Lao.

1978 - Revolusi Iran: "Protes Muharram" terjadi.

1988 - Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri Pakistan, ketua kerajaan wanita pertama di sebuah negara majoriti Muslim.

1993 - STS-61: NASA melancarkan bolak-balik angkasa lepas Endeavour dalam misi membaiki Teleskop Angkasa Hubble.

2007 - Keputusan ‎Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.

2008 - Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.

2009 - Rwanda menjadi negara pertama diisytiharkan bebas periuk api di bawah Perjanjian Ottawa.

2010 - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

2012 - Bekas Perdana Menteri Borut Pahor terpilih sebagai Presiden Slovenia.

2012 - Argentina memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I buat kali ketiga.

Kelahiran

1971 - Francesco Toldo, Penjaga gol F.C. Internazionale Milano.

Kematian

1547 - Hernán Cortés, penakluk Mexico.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Disember)

sumber: wikipedia

Friday, December 01, 2017

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Pastinya selepas saja anda membaca ini dan mendapat tahu tentang ejaan sebenar makanan popular di Malaysia, baru kita tahu selama ini penggunaan ejaan yang biasa kita tulis setiap hari sebenarnya salah.

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Lebih ajaib, ejaan makanan yang selalu kita guna sebelum ini tidak wujud pun bila dicari di laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kami senaraikan 20 ejaan sebenar makanan yang mungkin anda tak pernah tahu pun selama ini.

1. Serunding atau Serondeng

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Tak pernah dengar pun 'Serondeng'.

2. Murtabak atau Martabak

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Ingatkan ejaan 'Martabak' hanya sah di Indonesia.

3. Macaroni atau Makaroni

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

4. Roti Prata atau Roti Perata

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Perata whaattt?!

5. Ais Krim atau Aiskrim

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

6. Nasi Impit atau Nasi Himpit

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

7. Majerin atau Marjerin

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

8. Cencalok atau Cencaluk

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Oh, huruf 'U' rupanya.

9. Suhun atau Suun

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

10. Kuey Teow atau Kuetiau

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Ini memang next level!

11. Beriyani atau Beriani

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

12. Bahulu atau Baulu

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Baulu = Bau kau. Lol. :P

13. Bergedil atau Bergedel

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

14. Sushi atau Susyi

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Aduh, yang ni memang rasa nak gelak. :D

15. Mee atau Mi

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

16. Putu Mayam atau Putu Mayang

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Hmmm... seriuslah!

17. Kebap atau Kebab

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

18. Satay atau Sate

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

19. Maruku atau Muruku

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

20. Tosai atau Tose

20 Ejaan Sebenar Makanan Popular Yang Salah Dieja Selama Ini

Macam tak percaya kan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Perkataan OK Dan Maksudnya Yang Ramai Tidak Tahu

sumber: says

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dah beli iPhone X? Lebih baik jaga elok-elok dan jangan sesekali jatuhkan kerana kos untuk membaiki skrin bukannya murah. Menurut sumber dari Machines, kos untuk mengganti skrin baru iPhone generasi ke-10 boleh mencecah kos sehingga RM1,799!

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Harga itu adalah RM1,000 lebih mahal berbanding kos untuk menggantikan skrin iPhone 8 dan RM900 lebih mahal daripada iPhone 8 Plus!

Mahal kan?

Tetapi, masih ada harapan buat pengguna iPhone X kerana pengedar rasmi produk Apple, Machines baru-baru ini melancarkan 'Machines Protection Plan (MPP)'

Berharga RM899, pelan yang dikemaskini itu tersedia secara eksklusif buat pelanggan yang membeli iPhone X di kedai Machines dan disokong oleh AON Malaysia sebagai broker insurans.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Dengan pelan itu, pelanggan akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun di atas Jaminan Waranti Apple 1 tahun.

MPP juga memperluaskan perlindungan kepada kerosakan tidak sengaja atau kebocoran cecair sepanjang tempoh perlindungan dua tahun.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Pelanggan iPhone X juga boleh mendapatkan sama ada satu penggantian skrin iPhone atau satu penggantian peranti penuh semasa tempoh liputan

Walaupun MPP merangkumi semua kos buruh yang dikaitkan dengan penggantian skrin, pelanggan masih perlu membayar yuran perkhidmatan tambahan untuk penggantian peranti penuh dan penggantian bateri.

Kos Ganti Skrin iPhone X RM1,799 Kalau Rosak!

Sebagai contoh, untuk penggantian peranti penuh iPhone X, pelanggan perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM499 di atas harga MPP iPhone X sebanyak RM899 - yang akan mencecah sehingga RM1,398.

Anda boleh layari laman web rasmi Machines untuk maklumat lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Fakta iPhone X Peminat Apple Patut Tahu

sumber: says

13 Kisah Cinta Paling Terkenal Dalam Sejarah

13 Kisah Cinta Paling Terkenal Dalam Sejarah

Cinta adalah pertautan kasih diantara dua insan, antara adam dan hawa menjalin cinta dengan penuh kasih sayang sehingga ajal menjemput.

Kisah Cinta Paling Terkenal

Berikut adalah 13 kisah cinta yang paling terkenal dalam sejarah dunia.

1. Laila Dan Majnun

Qais diceritakan kepada kita telah jatuh cinta pada Majnun, seorang gadis yang digambarkan kejelitaannya.

Ada yang mengatakan bahawa Laila adalah sepupu kepada Qais manakala ada yang mengatakan bahawa Qais dan Laila, cinta mereka adalah cinta pandang pertama.

Rasa cinta Qais pada Laila telah membuatkan lelaki itu menulis banyak puisi hanya untuk mengambarkan rasa cintanya pada Laila.

Perbuatan Qais itu membuatkan penduduk kampungnya melabelkan Qays sebagai gila dan nama Majnun yang membawa maksud tidak siuman, gila terus melekat pada Qais.

Pada suatu masa, Qais melamar Laila namun pinangannya ditolak oleh ayah Laila menjadikan Majnun semakin kecewa dalam rasa cintanya untuk Laila.

Laila pula telah berpindah ke Utara Arab ketika itu, meninggalkan Majnun dalam keadaan gila bergerak di padang pasir memahat puisi dan syiar cintanya. Laila kemudian dicatatkan mati kerana sakit rindu pada Majnun.

Kononnya Majnun sempat datang ke kubur Majnun, lalu mengukirkan puisi cintanya untuk Laila di kuburan wanita itu.

2. Odysseus dan Penelope

Selepas berkahwin dengan Odysseus, maka Penelope terpaksa berpisah dengan suaminya Odysseus yang terpaksa menyertai perang.

Dalam perang itu, kononnya Odysseus hilang dan khabar beritanya tidak diketahui. Dalam masa yang sama, Penelope yang memang terkenal dengan kejelitaannya itu mendapat lamaran baru.

Sepanjang 20 tahun dia menunggu Odysseus pulang dari medan perang, kononnya 180 lelaki daripada pelbagai latar belakang datang melamar Penelope namun semuanya ditolak oleh Penelope.

Penantian Penelope akhirnya berakhir juga… apabila si suami yang dinanti akhirnya kembali dari medan perang.

Kesetian Odysseus juga diceritakan tertanding dengan kesetian Peneope. Ketika hilang di medan perang, Odysseus berjumpa dengan seorang ahli sihir yang sangat cantik dan ahli sihir menawarkan kepada Odysseus untuk berkahwin dengan dengannya dan melupakan Penelope.

Ahli sihir itu menawarkan kepada Odysseus hidup selama-lamanya dalam keadaan muda. Namun Odysseus menolak dan memilh untuk habiskan hidup “mortal” dengan Penelope.

3. Tristan dan Isolde

Kisah cinta tragis Tristan dan Isolde telah diberitahu dan diceritakan kepada kita melalui pelbagai cerita dan manuskrip.

Kisah ini berlaku semasa zaman pertengahan semasa pemerintahan King Arthur. Isolde dari Ireland adalah anak perempuan Raja Ireland. Dia telah bertunang dengan Raja Mark of Cornwall.

Raja Mark menghantar anak saudaranya, Tristan, ke Ireland untuk mengiringi Isolde kembali ke Cornwall.

Namun sepanjang mengiringi Isolde, mereka berdua pula saling jatuh cinta. Namun mahu atau tidak, ketika itu perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua masing-masing terpaksa dipatuhi.

Isolde tetap berkahwin dengan Raja Mark. Tetapi kedua-dua anak muda saling mencintai walau Isolde dimiliki oleh Raja Mark.

Hubungan mereka akhirnya diketahui oleh Raja Mark. Mujurlah Mark memaafkan Isode tetapi melarang Tristan menjejakkan kakinya ke bumi Ireland.

Tristan pula berkelana sehinga ke Brittany dan di sana, dia bertemu dengan seorang wanita yang bernama Iseult dan berkahwin dengan Iseult kerana nama Iseult hampir sama dengan Isolde.

Namun, meski selepas berkahwin, Tristan tidak pernah menyentuh langsung Iseult kerana berasa bersalah pada Isolde.

Sampailah satu masa, kerana terlalu larut merindui Isolde, akhirnya Tristan jatuh sakit.

Lalu Tristan menghantar pesanan meminta si Isolde, datang untuk menemuinya kerana si wanita itu satu-satunya rawatan untuk sakitnya.

Kata Tristan lagi, kalau si Isolde sudi menemuinya, nanti biarlah layar kapal itu berwarna putih dan hitam.

Ketika itu, Iseult telah menipu Tristan bahawa layar kapal itu bewarna hitam membuatkan Tristian mati dalam rasa rindunya.

Isolde yang dalam perjalanan pula terus jatuh sakit lalu mati mendengarkan berita bahawa Tristan telah mati.

4. Orpheus and Eurydice

Kisah cinta Orpheus dan Eurydice adalah kisah cinta yang menarik untuk dibicarakan dalam sejarah mitologi Greek.

Orpheus memang mencintai seorang gadis yang sangat jelita bernama Eurydice yang turut digilai oleh dewa-dewa Greek ketika itu.

Diceritakan bahawa suatu masa, Eurydice melarikan diri daripada dikejar oleh seorang dewa greek ke dalam hutan sebelum masuk ke sarang ular lalu mati dipatuh.

Orpheus yang mendengarkan berita yang menyapa Eurydice terus menjadi sedih.

Maka dalam mitologi Greek, diceritakan bahawa Orpheus tidak henti-henti memainkan lagu-lagu sedih menggunakan suara dan alat muziknya, ke mana sahaja dia pergi.

Kononnya lagu itu terlalu sedih membuatkan para dewa-dewi Greek menjadi sedih.

Dipendekkan cerita, Orpheus kemudian mengembara ke Underworld untuk bertemu dengan Hades, penjaga alam kematian itu.

Di sana, muzik yang dimainkan oleh Orpheus turut meluluhkan hati Hades. Lalu Hades bersetuju untuk membangkitkan Eurydice dari kematian.

Tetapi dengan syarat, ketika membawa Eurydice ke dunia atas, dia tidak boleh langsung menoleh ke belakang sehinggalah sampai ke dunianya.

Namun, oleh kerana rasa rindu yang tidak tertahan, Orpheus tetap menoleh ke belakangnya untuk menatap wajah Eurydice ketika mengiringi Eurydice ke dunia manusia.

Namun kali ini, Eurydice hilang, tetapi buat selama-lamanya, meninggalkan Orpheus terus kecewa menanti cinta yang tidak kesampaian.

5. Kisah 1000 Candi Dibina Dalam Satu Malam Sebagai Tanda Cinta

Candi Prambanan ialah sebuah binaan hebat di Pulau Jawa yang dibina oleh Dinasti Sanjaya itu menyimpan sebuah kisah cinta yang menarik untuk dibaca oleh kita. Ini kisah tentang dua buah kerajaan yang memerintah pulau Jawa.

Kononnya suatu masa dahulu, terdapat seorang puteri yang sangat cantik dan jelita yang memerintah daerah Prambanan.

Puteri itu bernama Roro Jongrang. Lalu suatu hari, datang seorang putera dari sebuah lagi kerajaan yang memerintah Pulau Jawa yang mahu melamar si puteri menjadi suri hatinya.

Namun sang puteri tidak mencintai si putera itu. Tetapi menolak lamarannya nanti akan terlihat kurang ajar.

Maka si puteri memberi syarat kepada si putera untuk membina 1000 candi pada satu malam sebagai tanda cinta si putera itu.

Maka, putera yang bertekad untuk memiliki si puteri itu pun meminta bantuan para jin untuk membina 1000 candi itu dalam masa satu malam.

Roro Jongrang melihat yang para jin itu hampir berjaya melengkapkan candi-candi yang dimintanya.

Maka risau bahawa 1000 candi itu akan siap dalam satu malam, maka Roro Jongrang mengumpulkan anak-anak gadis di seluruh kampung di bawah pemerintahannya untuk membakar jerami dan memukul lesung untuk memberi gambaran kepada para jin tadi bahawa kononnya Subuh sedang menghampiri.

Maka mendengarkannya, para jin tadi pun pulang dan 1000 candi tidak berjaya disiapkan. Bila dihitung jumlah candi yang dibina oleh para jin itu, rupa-rupanya hanya 1 candi sahaja yang tidak siap, menjadikan jumlah candi yang dibina sekadar 999 buah.

Dalam sejarah, Prambanan dikira sebagai sebuah monument yang dibina oleh Dinasti Sanjaya untuk menandingi binaan Borubudur yang dibina oleh Dinasti Sailendra dari Srivijaya.

Mungkin kisah itu menggambarkan tentang dua dinasti agung yang memerintah Pulau Jawa suatu masa dahulu.

6. Kisah Sultan Melaka Dan Permintaan Puteri Gunung Ledang

Tiada kisah cinta yang lebih legenda daripada kisah Sultan Mahmud cuba membeli cinta Puteri Gunung Ledang dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimilikinya.

Dan bagaimana Puteri Gunung Ledang menunjukkan kepada kita bagaimana diplomasi orang Melayu kalau menyatakan tidak mahu, mereka akan berlapik bukannya menyatakan secara terus menyatakan kepada kita betapa tingginya adab orang Melayu.

Lalu dinyatakan dalam legenda kepada kita bahawa permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah tidak termasuk dek logik akal.

Maka pinta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah seperti berikut:
  • 1 jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati hama.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad Shah, Melaka, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Diceritakan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi semua syarat yang ditawarkan oleh Puteri Gunung Ledang kecuali permintaan terakhir Puteri Gunung Ledang iaitu semangkuk darah anak lelakinya.

7. Taman Tergantung Babylon: Tanda Cinta Kepada Amythis

Ketika Raja Nebuchadnezzar II daripada Babylon dinikahkan dengan seorang puteri jelita bernama Amythis daripada kerajaan Medes, sang puteri itu berasa sedih kerana terpaksa menjejakkan kaki ke Babylon dan Mesopotamia yang merupakan tanah berbatu dan gersang, berbanding dengan Medes yang kaya dengan panorama alam yang menghijau.

Maka untuk mengubati kesedihan isterinya, maka Nebuchadnezzar II pun membina sebuah taman yang kemudian akan dikenang dunia sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia zaman purba.

8. Taj Mahal: Binaan Indah Shah Jahan Untuk Mumtaznya

Bila bercakap tentang kisah cinta dalam sejarah, maka ramai tidak akan terlepas pandang pada Taj Mahal yang dibina untuk Mumtaz.

Taj Mahal yang pada hari ini dibicara keindahannya adalah dibina oleh seorang raja untuk mengingati dan meletakkan makam isterinya yang mati ketika melahirkan anak ke-14.

Diperkatakan bahawa sebuah lagi Taj Mahal yang berlawanan dengan Taj Mahal yang berdiri hari ini akan dibina, tetapi dalam batu marmar berwarna hitam.

Namun, Shah Jehan digulingkan oleh anaknya dan dia diletakkan di dalam sebuah penjara yang bertentangan dengan Taj Mahal.

Maka diceritakan bahawa Shah Jahan menghabiskan sisa hidupnya menatap Taj Mahal yang merupakan monument tanda kisah cinta untuk si isteri.

9. Surat Cinta Eloise Dan Abelard

Surat Cinta antara Elosie dan Abelard masih lagi dikenang sebagai sebuah kisah cinta yang menarik yang pernah wujud dalam sejarah. Ini kisah seorang biarawan dan biarawati.

Abelard adalah seorang ahli falsafah yang terkenal yang disuruh oleh seorang lelaki untuk mengajarkan anak saudaranya Eloise tentang pelbagai pekara.

Siapa tahu detik Abelard menjadi tutor kepada Eloise itu menimbulkan rasa cinta antara mereka berdua.

Apabila menyedari bahawa mereka saling jatuh cinta, lalu Eloise pun mengandungkan anak Abelard.

Menyedari bahawa Eloise tidak selamat dalam keadaan dirinya yang mengandung itu, maka mereka berdua melarikan diri lalu berkahwin secara rahsia.

Namun, perkahwinan mereka itu diketahui oleh bapa saudara Eloise lalu mereka dipisahkan dengan cara paksa.

Eloise telah dihantar menjadi biarawati manakala Abelard dimandulkan. Lalu selepas itu, Abelard menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang biarawan.

Namun mereka berdua tidak pernah berhenti untuk saling mencintai antara satu sama lain sehinggakan saling mengutuskan surat antara satu sama lain sehingga akhir hayat masing-masing.

Surat-surat Eloise dan Abelard masih dikaji isinya sehingga ke hari ini.

10. Paris, Helen Dan Perang Trojan

Siapa tahu bahawa perang legenda dalam sejarah dunia yang sering dibicarakan iaitu Trojan Wars adalah berpunca daripada kisah cinta antara Paris dan Helen.

Helen dibicarakan dalam sejarah Greek sebagai wanita paling jelita pada waktu itu. Helen pula dijodohkan dengan seorang Raja Sparta yang bernama Menelaus.

Lalu diceritakan bahawa pada suatu malam, Paris yang telah jatuh cinta pada Helen menculik Paris dan membawanya kembali ke kota Troy.

Mendengarkan bahawa isterinya diculik oleh Paris maka Melenaus menggerakkan askar paling besar dalam sejarah Greek pada waktu itu, lalu menggempur Troy dan membakar habis seluruh Kota Troy menjadi abu.

11. Cleopatra dan Anthony

Anthony ialah seorang jeneral perang untuk Rome ketika itu jatuh cinta kepada seorang pemerintah Mesir iaitu Cleopatra VII.

Lalu, Anthony telah meninggalkan isterinya yang merupakan adik kepada Maharaja Pertama Rome iaitu Octavius.

Mendengarkan khabar bahawa Anthony telah jatuh cinta kepada Cleopatra dan memaling ketaatan daripada Rome, maka Anthony telah menggerakkan lebih kurang 250 kapal perang, bersama dengan 16, 000 askar pejalan kaki serta 3000 orang tentera pemanah.

Lalu Cleopatra dan Anthony membalas pula dengan menurunkan 290 kapal perang bersama dengan 20 000 orang pejalan kaki dan 2000 orang tentera pemanah. Pertempuran ini dikenali dalam sejarah sebagai Pertempuran Actium.

Dipendekkan cerita, dalam perang ini, Anthony mendengar khabar berita bahawa Cleopatra telah mati dan ketika itu, terus semangat Anthony untuk berjuang di medan perang terus luntur.

Dia menjatuhkan senjatanya dan terus rebah. Cleopatra sebenarnya masih hidup lagi ketika itu, namun mendengarkan cerita kematian Anthony di medan perang, lalu dia pula mengambil nyawanya sendiri dengan meminum bisa ular.

12. Anarkali Dan Salim

India memang tidak pernah lokek dengan kisah cintanya tersendiri. Kali ini, sekali lagi Empayar Mughal menjadi saksi kepada kisah cinta yang tidak kurang hebatnya.

Kisah bagaimana Salim, putera kerajaan Mughal ketika itu jatuh cinta dengan Anarkali, seorang gadis jelita yang tarafnya hanyalah seorang hamba.

Anarkali atau nama lainnya Nadira pun mempunyai rasa yang sama pada putera raja itu. Mereka dicatatkan saling bertemu dalam diam

Sampailah suatu masa Salim menyatakan pada ayahnya, Akbar akan keinginannya untuk berkahwin dengan Nadira. Namun ayahnya jadi murka mendengarkannya kerana taraf mereka berdua adalah berbeza.

Salim ialah anak raja manakala Nadira pula ialah seorang hamba perempuan. Manakan seorang raja dan hamba kan bersatu…

Tidak puas hati dengan bantahan si ayah, serta tindakan ayahnya memenjarakan Anarkali, maka Salim pun menggerakkan askarnya sendiri dan mengisytiharkan perang ke atas ayahnya sendiri. Namun, si putera kalah dalam perang dan dia ditangkap oleh ayahnya dan diumumkan akan dijatuhkan hukuman mati.

Anarkali yang mendengarnya tidak sanggup melihat belahan jiwanya mati didepan mata. Maka Anarkali memilih untuk menyatakan di depan Akbar bahawa dia tidak lagi mencintai Salim demi menyelamatkan Salim.

Namun sayang sekali, Anarkali pula dijatuhkan hukuman mati ditanam hidup-hidup di dalam dinding di depan mata Salim sendiri oleh ayahnya.

13. Kisah Cinta Sang Rama-Rama

Tamadun China juga tidak kurang dengan kisah cintanya. Kali ini ianya berlaku ketika zaman Dinasti Jin Timur.

Kisah Zhu Yingtai, seorang gadis jelita yang menyamar sebagai seorang lelaki hanya kerana kecintaanya pada ilmu.

Gadis itu telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Liang Shanbo dalam perjalanannya ke pusat pemerintahan Dinasti Jin untuk belajar ilmu di sebuah akademi.

Dan ketika itu, Zhu telah jatuh cinta dengan lelaki tadi. Mereka menjadi sahabat baik. Namun Liang tidak pernah tahu bahawa sebenarnya Zhu ialah seorang wanita.

Sampailah suatu masa, di mana ketika mereka baru menghabiskan pelajaran. Maka Zhu akan kembali ke kampung halaman.

Liang yang baik hati pun menemani Zhu dalam perjalanan pulang sejauh 18 batu.

Zhu pula cuba menyampaikan kepada Liang secara tidak langsung bahawa dia ialah seorang perempuan namun Liang tidak dapat membaca mesej itu.

Namun, sebulan selepas itu, Liang sendiri datang melawat Zhu di rumahnya dan dia sendiri mengetahui bahawa Zhu rupa-rupanya seorang perempuan.

Liang kemudian mengaku bahawa dia secara diam telah jatuh cinta dengan Zhu, namun keliru dengan perasannya ketika itu kerana menyangka bahawa Zhu ialah seorang lelaki. Mereka kemudian berjanji untuk hidup semati.

Tetapi Liang pulang ke rumahnya mendapati perkahwinanya telah ditetapkan dengan seorang anak bangsawan.

Mahu atau tidak, dia terpaksa akur pada permintaan keluarganya. Dipendekkan cerita, walau telah berkahwin, tetapi Liang tidak pernah lupa akan belahan jiwanya Zhu. Dia kemudian jatuh sakit dan mati kerana sakit rindunya.

Zhu yang mendengar kisah kematian Liang terus melawat kubur Zhu. Legenda mencatatkan kepada kita bahawa di kubur itu, Zhu berdoa kepada tuhan agar dibukakan makam itu.

Keajaiban berlaku dan pintu makam Liang terbuka dan Zhu terus terjun ke dalam makam tersebut.

Dicatatakan selepas peristiwa itu, Zhu dan Liang telah bertukar rama-rama dan tidak pernah terpisah selepas itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Asal-usul Solat 5 Waktu Umat Islam

Asal-usul Solat 5 Waktu Umat Islam

Solat 5 waktu setiap hari merupakan kelebihan dan anugerah terbesar Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.

Solat 5 Waktu

Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Solat Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.

Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Solat Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  • Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Solat Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.

Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.

Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA: Makruh Solat Ketika Azan

sumber: darulnuman

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Disember?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Disember?

Bulan Disember pada asalnya adalah bulan kesepuluh dalam tahun kalendar Rom. Ia mendapat namanya dari perkataan Latin "decem" yang bermaksud kesepuluh.

Disember

Walau bagaimanapun, apabila Rom menambah Januari dan Februari ke dalam kalendar, ia menjadi bulan kedua belas. Walaupun bagaimanapun, mereka masih mengekalkan nama itu.

December Dalam Bahasa Lain:
  • Cina (Mandarin) - shí'èryuè.
  • Denmark - december
  • Perancis - décembre
  • Itali - dicembre
  • Latin - Disember
  • Sepanyol - diciembre

Nama bersejarah:
  • Rom - Disember
  • Saxon - Giuli
  • Germanic - Heil-mond (bulan suci)

Fakta menarik tentang bulan Disember:
  • Disember adalah bulan pertama musim sejuk dan bulan terakhir setiap tahun.
  • Disember sering menandakan permulaan hujan, salji, dan cuaca sejuk.
  • Di Amerika Syarikat, sebulan dikaitkan dengan Krismas. Terdapat hiasan Krismas, jualan, muzikal, dan pesta.
  • Ramai orang menghabiskan masa mereka membeli-belah untuk menyambut Krismas.
  • Disember di Hemisfera Utara adalah serupa dengan bulan Jun di Hemisfera Selatan.
  • Hari pertama Musim Sejuk adalah sama ada pada 21 atau 22 Disember. Ini adalah hari terpendek setiap tahun dan malam yang paling lama. Ia dipanggil solstis Musim Sejuk atau Selatan di Hemisfera Utara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan November?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Disember)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Disember)

Tanggal 1 Disember merupakan hari ke 335 (hari ke 336 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 30 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

United Kingdom FRANCE TUNNEL

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Penyatuan di Romania (1918), Hari Kemerdekaan Republik Afrika Tengah (1960) dan Hari AIDS Sedunia.

Peristiwa

1640 - João IV diisytiharkan sebagai Raja Portugal, dengan itu mencetuskan perang dengan Sepanyol.

1822 - Pedro I dimahkotakan sebagai Maharaja Brazil yang pertama.

1913 - Barisan pemasangan bergerak yang pertama di dunia dipasang di Highland Park, Michigan untuk pengeluaran besar-besaran kereta Ford.

1958 - Koloni Oubangui-Chari menjadi sebuah wilayah autonomi dalam Komuniti Perancis dan mengambil nama Republik Afrika Tengah.

1959 - 12 negara menandatangani Perjanjian Antartika, melarang aktiviti ketenteraan di Antartika dan mengetepikan benua itu untuk simpanan saintifik.

1989 - Hari Kebangsaan Romania dicapai selepas Revolusi Romania.

1990 - Pekerja-pekerja Terowong Selat dari United Kingdom dan Perancis bertemu 40 meter di bawah dasar laut Selat Inggeris, dan mengasaskan sambungan tanah yang pertama antara pulau Great Britain dan tanah besar Eropah sejak Zaman Air Batu yang terakhir.

2009 - Perjanjian Lisbon, yang meminda dua perjanjian sebelumnya yang menjadi dasar perundangan Kesatuan Eropah, mula berkuatkuasa.

Kematian

1973 - David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama dan ketiga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 November)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV, yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988.

Hari AIDS Sedunia

Konsep sambutan Hari AIDS Sedunia bermula pada tahun 1988 dalam Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS.

Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun.

Sambutan Hari AIDS Sedunia juga adalah bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat HIV/AIDS.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang di seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak penyakit yang paling dahsyat dalam catatan sejarah manusia.

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Satu keperluan

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman, serta kemahiran masyarakat mencegah HIV/AIDS.

Kempen Hari AIDS Sedunia diiktiraf sebagai salah satu daripada peristiwa penting dalam memperingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh sektor awam, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengatur pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:
  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.
  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.
  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

Tema Sambutan Hari AIDS Sedunia

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia adalah berbeza-beza yang diberikan WHO berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Tema
  • 1988: Communication
  • 1989: Youth
  • 1990: Women and AIDS
  • 1991: Sharing the Challenge
  • 1992: Community Commitment
  • 1993: Act
  • 1994: AIDS and the Family
  • 1995: Shared Rights, Shared Responsibilities
  • 1996: One World. One Hope
  • 1997: Children Living in a World with AIDS
  • 1998: Force for Change: World AIDS Campaign With Young People
  • 1999: Listen, Learn, Live: World AIDS Campaign with Children & Young People
  • 2000: AIDS: Men Make a Difference
  • 2001: I care. Do you?
  • 2002: Stigma and Discrimination
  • 2003: Stigma and Discrimination
  • 2004: Women, Girls, HIV and AIDS
  • 2005: Stop AIDS. Keep the Promise
  • 2006: Stop AIDS. Keep the Promise - Accountability
  • 2007: Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership
  • 2008: Stop AIDS. Keep the Promise - Lead - Empower - Deliver
  • 2009-2010: Universal Access and Human Rights
  • 2011-2015: Getting to zero: zero new HIV infections. Zero discrimination. Zero AIDS related deaths
  • 2016: The life-cycle approach to HIV
  • 2017: Increasing Impact through Transparency, Accountability, and Partnerships

Selamat menyambut Hari AIDS Sedunia.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: wikipedia | utusan