Wednesday, November 29, 2017

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?

“Apabila kenderaan diberhentikan dan Yoko Ono keluar, kedengaran suara di dalam kepala yang menyatakan: Lakukannya! Lakukannya!

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?
John Lennon.

"Lalu saya mengeluarkan pistol dan boom, boom, boom,” kata Mark David Chapman, 25, yang menjadi sebutan di seluruh dunia kerana membunuh vokalis The Beattles, John Lennon.

Lennon maut ditembak pada 8 Disember 1980.

Biarpun tragedi itu sudah berlalu 35 tahun lalu, alunan muzik dibawa The Beatles masih lagi utuh di hati peminat, terutama pada hari memperingati detik itu diadakan setiap tahun.

The Beatles adalah band British yang membawa fenomena dalam muzik global pada sejak 1960-an.

Umum tahu pembunuh Lennon adalah Chapman, namun tiada siapa tahu alasan sebenar yang mendorong lelaki itu melepaskan lima das tembakan dan mengenai tepat belakang mangsa dengan menggunakan Revolver 38 kaliber.

Menurut media antarabangsa, dalam wawancara eksklusif Jim Gaines bersama Chapman di New York tiga tahun selepas Lennon mati, kedua-dua mereka bercakap mengenai tragedi itu selama ratusan jam walaupun pada awalnya pembunuh terbabit keberatan.

Mungkin fakta ini mengejutkan umum - Chapman adalah peminat tegar The Beatles sejak kecil, malah pernah memberitahu rakannya. Bagaimanapun, perasaan itu akhirnya mulai ‘luntur.’

“Saya sering mengimpikan menjadi seorang daripada anggota The Beatles, dan saya sentiasa terfikir bagaimana perasaannya menjadi ahli kumpulan itu,” kata Chapman.

Pernah cuba bunuh diri

Chapman dikatakan penganut setia Kristian namun 'keimanannya' berubah apabila Lennon menganggap The Beatles lebih popular daripada jesus.

Pada masa sama, Chapman mengalami masalah kemurungan selepas tamat pendidikan sekolah menengah dan bekerja di sebuah pertubuhan kebajikan Kristian.

Dia juga pernah cuba membunuh diri sebaik tiba di Hawaii pada 1977 namun gagal.

Siri kemurungan Chapman semakin menjadi-jadi dan keadaan yang berterusan ini dilihat oleh isterinya Gloria Abe Chapman.

“Dia sering meminta perceraian dan melakukan penderaan apabila kami bersama buat sementara waktu di Hawaii,” katanya.

Chapman juga mengakui, walaupun dia mungkin nampak tenang dan stabil, tetapi tiada siapa tahu keadaan di dalam jiwanya yang bergolak.

Chapman diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium dan kerap menghabiskan masanya di sebuah perpustakaan.

Di situlah tempat dia membaca dua buku yang mengubah haluan hidupnya menjadi pembunuh.

Buku itu adalah John Lennon: One Day at a Time karya Anthony Fawcett dan The Catcher in the Rye (J D Salinger).

Menurut Gaines, tidak lama selepas itu Chapman mula berangan membunuh Lennon dan kesihatannya semakin merudum.

“Sejak kecil, jika Chapman tidak berfungsi dengan baik, dia akan menghalakan kegilaannya kepada sekumpulan suara di dalam kepala yang dipanggil 'orang kerdil'.

“Suara itu amat berkuasa dan jahat. Pada masa itulah Chapman meminta kepada tuhan agar memberinya kekuatan untuk membunuh Lennon,” katanya.

Jawapan semua masalah

Apa Yang Berlegar Dalam Kepala Pembunuh John Lennon?
Mark David Chapman.

Pada penghujung Oktober, Chapman berkelakuan aneh. Selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan dan menandatangani notis keluar dengan nama "John Lennon".

Dia menaiki penerbangan ke New York pada 29 Oktober 1980 dengan membawa sepucuk pistol bersamanya.

Selepas Chapman ditahan, dia dipindahkan ke Hospital Bellevue, tempat dia menjalani berpuluh ujian psikiatri.

Chapman memberitahu Gaines, dia memang mempunyai masalah schizophrenia dan paranoid, tetapi tidak sedikit pun dikawal oleh masalah itu ketika membunuh Lennon.

Sepanjang dia berada dalam tahanan, dia dinafikan parol sebanyak lapan kali dengan yang terbaru pada 2014.

Dia hanya dibenarkan untuk memohon parol seawalnya pada 2016.

Walaupun wawancara sudah selesai, namun Chapman masih tidak memberikan jawapan kukuh mengapa dia melakukan pembunuhan itu.

“Membunuh Lennon menjadi jawapan kepada semua masalah saya, rasanya.

“Ia dilakukan untuk memadam semua kesilapan lalu dan memberikan saya identiti,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ramalan Kematian John Lennon

sumber: malaysiakini

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Seorang wanita di Zimbabwe nekad melarikan diri untuk menjauhi suaminya yang berperangai ‘pelik’ kerana tidak boleh berenggang dari ranjang. Constance Muungani merasakan melarikan diri jalan terbaik antara dia dan suaminya, Fani Mumba.

Nafsu Suami Terlalu Tinggi, Isteri Mohon Batal Perkahwinan

Wanita yang berasal dari Zimbabwe itu menjelaskan keputusan yang diambilnya berikutan terpaksa melayan nafsu luar biasa suaminya.

“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” luah Muungani.

Menurut Muungani, dia turut meminta pihak mahkamah untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keputusan itu diambil berikutan wanita yang berusia 26 tahun ini tidak tahan lagi hidup begitu.

Tambahnya, lelaki 31 tahun itu merupakan seorang penganggur, manakala dia pula bekerja.

“Saya terlalu kerap berasmara dengannya. Enam jam setiap hari! Itu sangat melampau sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya khuatir akan mati dalam asmara.

“Saya mempunyai kerja, sedangkan suami saya menganggur. Yang dia tahu asyik minta ‘itu’ saja!

"Saya tidak akan kembali kepadanya. Saya juga mahu hak penjagaan anak kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fani enggan berpisah dengan isterinya dengan alasan masih cinta dan sayangkan Muungani.

Menurut Fani, dia tidak menyangka perbuatannya itu mendatangkan masalah kepada perkahwinan yang dibina sekaligus membawa kepada pertelingkahan mengenai hak penjagaan anak mereka.

“Saya cintakan dia. Saya minta dia berikan saya peluang untuk mengatasi masalah ‘ketegangan’ ini.

“Selama ini saya sangka telah memberinya kepuasan batin. Saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim, Chireya menyatakan mereka seharusnya berdamai sahaja selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

sumber: mynewshub

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Sihir jerutan ditujukan kepada pasangan suami isteri supaya tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu, disebabkan oleh lemahnya alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.

Sihir Jerutan Menghalang Hubungan Seksual Suami Isteri

Rangsangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan.

Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks.

Maklumat ini dihantar melalui tulang belakan (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang.

Sihir Jerutan

Jin, iblis atau syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak.

Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.

Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta.

Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.

Simptom Pesakit yang mengalami sihir jerutan ini mungkin akan mengalami Simptom-simptom berikut:

1. Alat sulit layu

Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awalnya mempunyai ketegangan alat kelamin suami.

Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu.

Ada pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapi tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.

2. Peha isteri terkapit

Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.

3. Nafsu dingin

Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.

4. Keluar darah dari kemaluan

Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.

5. Sakit apabila bersetubuh

Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh.

Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

6. Ketulan daging dalam faraj

Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.

Ada pasangan suami isteri yang telah bernikah bertahun-tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi.

Apabila sihir itu dikeluarkan dengan keizinan Allah s.w.t maka pasangan itu dapat hidup sebagai suami-isteri seperti biasa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: quranhealing

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 November)

Tanggal 29 November merupakan hari ke 333 (hari ke 334 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 32 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pembebasan di Albania (1944).

Peristiwa

1877 - Thomas Edison menunjukkan peti nyanyi ciptaannya, yang boleh merakam dan memainkan bunyi.

1890 - Diet Jepun, yang mencontohi Reichstag Jerman dan sistem Westminster British, bersidang kali pertama apabila Perlembagaan Meiji mula berkuatkuasa di Jepun.

1929 - Richard Byrd, Bernt Balchen dan dua yang lain menamatkan penerbangan pertama di atas Kutub Selatan.

1947 - Perhimpunan Agung PBB bersetuju dengan Pelan Pembahagian Palestin, yang cuba untuk menyelesaikan Konflik Arab-Israel di Mandat British Palestin.

1972 - Atari melancarkan Pong, permainan video komersil yang pertama berjaya, di Sunnyvale, California.

2007 - Sekumpulan askar pimpinan Senator Antonio Trillanes memberontak, namun berjaya dihentikan Angkatan Tentera Filipina.

2007 - Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.

2009 - Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.

2009 - Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu dalam satu pungutan suara.

2011 - Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk dibicarakan kerana peranannya dalam Perang Saudara Côte d'Ivoire Kedua.

2011 - United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.

2012 - Perhimpunan Agung PBB meluluskan usul memberikan Palestin status negara pemerhati bukan-anggota.

Kelahiran

1973 - Ryan Giggs, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1894 - Charles Monck, Gabenor Jeneral Kanada Pertama.

2015 - Tunku Abdul Malik ibni Almahrum Sultan Badilshah, Raja Muda Kedah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 November)

sumber: wikipedia

Tuesday, November 28, 2017

Misteri Mangsa Bunuh Merasuk Kakak Untuk Memberitahu Lokasi Mayat!

Misteri Mangsa Bunuh Merasuk Kakak Untuk Memberitahu Lokasi Mayat!

Suatu ketika dahulu, suatu kejadian misteri melingkari pembunuhan seorang gadis bernama Rafezah Razalie yang baru berusia 14 tahun.

Misteri Roh rasuk kakak
Gambar hiasan.

Kejadian pembunuhan penuh tragis ini berlaku di Kampung Lebu, Bentong, Pahang, pada senja 25 Februari 2001.

Pada waktu malam ketika kejadian, adik-beradik Rafezah mencarinya disekitar belukar tempat menunggu bas berhampiran kampung.

Ini kerana Rafezah yang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur bersama guru dan kawan-kawannya, sudah berjanji akan turun disitu.

Tetapi, semasa kakaknya Razita, 16, datang menjemput, Rafezah tiada kelihatan. Malam itu ketika mereka sedang mencari Rafezah, tiba-tiba Razita 'dirasuk'.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, Razita memberitahu bahawa dia kesejukan dan meminta maaf kepada seluruh ahli keluarga kerana sebentar lagi dia akan pergi jauh.

Razita juga menceritakan bahawa dia telah dipukul, dipijak dan lehernya dipulas oleh seorang lelaki yang ditemui di warung berhampiran tempat menunggu bas tersebut.

Razita juga meminta supaya adik-beradik mencarinya disebuah bukit berhampiran. Selepas itu, Razita sedar kembali dan tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya.

Cukup pelik, operasi mencari yang dijalankan pagi esoknya telah menemui mayat Rafezah betul-betul ditempat yang dikatakan oleh Razita ketika dirasuk.

Mayat Rafezah ditemui tertiarap dan lebih pelik lagi, kecederaan parah yang dialaminya sama seperti yang diceritakan oleh Razita.

Bagaimana semua ini terjadi?

Menurut Razita, malam sebelum tidak sedarkan diri, dia terasa bahunya ditepuk dari belakang, diikuti dengan suara Rafezah memberi salam.

Yang peliknya, apabila Razita menoleh, dia melihat kelibat adiknya itu!

Sejurus selepas itulah dia tidak sedarkan diri dan suara yang keluar dari mulutnya sama dengan suara arwah Rafezah.

Malah, dia membahaskan dirinya sebagai 'Ebar' iaitu nama gelaran arwah adiknya. Misteri apa yang telah berlaku ini? Adakah Qarin atau halusinasi?

Untuk makluman anda, kejadian-kejadian misteri seperti ini banyak direkodkan berlaku diluar negara.

Kebanyakannya dalam kejadian pembunuhan dan hukuman mati terhadap seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

-SENTIASAPANAS.COM

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Jika anda seorang penggemar cuaca ekstrem, Jambatan Pulau Krk di Croatia adalah lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Di jambatan Pulau Krk ini, sering berlaku satu fenomena alam yang sukar dijangka iaitu Bura, angin paling ganas di dunia!

Krk atau juga dikenali Krcki adalah pulau paling utara di Laut Mediterranean, bersama-sama dengan Pulau Cres, pulau terbesar di Croatia.

Pulau Krk memiliki kepadatan penduduk berbanding pulau-pulau lain, melebihi 17,860 orang penduduk.

Pertambahan jumlah penduduk berlaku selepas pembukaan Jambatan Krk sekitar bulan Julai 1980.

Nama asal Jambatan Krk ialah Jambatan Thor, sempena penghormatan kepada Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito, sebelum ditukar nama menjadi Jambatan Krk.

Jambatan berukuran 1,430 meter panjang ini merupakan laluan penghubung antara tanah besar Croatia ke Pulau Krk dan disinilah fenomena Bura sering terjadi.

Bura atau Bora merujuk kepada tiupan angin kencang dengan kekuatan angin selaju 221.8 kilometer sejam yang direkodkan pada 1 November 2013.

Rekod itu kemudiannya dipecahkan lagi apabila Bura bertiup kencang selaju 224 km/j pada bulan Februari 2015.

Sekadar untuk perbandingan, angin dengan kelajuan 100 km/j mampu menerbangkan sebuah kereta!

Selain Jambatan Krk, Bura turut membadai jambatan lain termasuk Jambatan Maslenica dan Jambatan Pag.

Jambatan Maslenica merekodkan angin terkuat selaju 248.4 km/j yang berlaku pada 21 Disember 1990.

Kekuatan angin Bura tidak dapat dijangka. Kehadirannya selalu diluar dari ramalan.

Tiupan 'Bura' Angin Paling Ganas Di Dunia!

Saat cuaca tenang dan langit tidak berawan pun, Bura boleh muncul secara tiba-tiba, mengocakkan laut, menenggelamkan kapal dan bot, melemparkan ikan-ikan ke darat, mengoyakkan bangunan, melanda tanah sehingga runtuh dan menumbangkan tiang-tiang lampu.

Paling menakutkan, Bura juga membawa angin sejuk bersamanya. Tiupan angin sejuk ini ibarat pisau pemotong, menembusi lapisan pakaian dan menyiat kulit sehingga ke tulang sum-sum.

Suara angin Bura juga cukup digeruni dan menakutkan, terutama pada waktu malam.

Angin Bura berasal dari pergunungan Dinaric Alps atau Dinarides, sebuah rantaian pergunungan yang menjangkau dari Albania, Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Itali, Kosovo, Montenegro, Serbia hinggalah Slovenia.

Hembusan angin timur laut yang dingin dan kering dari pergunungan ini kemudiannya akan bergerak melalui kawasan udara rendah di sepanjang Laut Adriatik.

Sebab itulah mengapa setiap jambatan yang merentasi Laut Adriatik akan mengalami fenomena angin Bura yang jauh lebih ganas berbanding di kawasan lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Amalan Mandi Bunga Membuang Kuasa Jahat

Amalan Mandi Bunga Membuang Kuasa Jahat

Bagi masyarakat Melayu apabila disebut mandi bunga selalunya dikaitkan dengan perkahwinan, sama ada seseorang itu lambat mendapat jodoh atau untuk menaikkan seri wajah.

Amalan Mandi Bunga Membuang Kuasa Jahat

Mandi bunga sebenarnya bukanlah amalan atau upacara dikalangan masyarakat Melayu sahaja.

Anak gadis yang lambat berkahwin melakukan mandi bunga adalah untuk meringankan jodohnya, sementara bagi isteri adalah untuk menaikkan seri wajah.

Amalan mandi bunga bukanlah perkara baru, malah telah dilakukan sejak ratusan tahun lamanya bukan sahaja ada kaitan dengan perkahwinan tetapi juga untuk kesihatan dan kesegaran badan.

Walaupun ada doa dibacakan untuk mandi bunga, tetapi sekiranya tidak dibacakan apa-apa pun, mandi bunga boleh dilakukan kerana bunga mempunyai aura tersendiri yang dapat membantu menyegarkan aura manusia.

Ketika mandi bunga, hanya bunga-bunga yang segar dan harum sahaja digunakan untuk upacara ini kerana simbolik bunga sangat disukai orang.

Sebab itulah bunga-bunga harum dan segar digunakan untuk mandi bunga agar seri dan baunya naik ke wajah, ditambah pula dengan bacaan doa tertentu memohon kepada Allah agar wajahnya berseri.

Selepas mandi bunga, wajah tidak berubah tetapi pancaran serinya akan bersinar atau auranya akan hidup semula.

Selain bertujuan untuk menaikkan seri wajah, mandi bunga juga adalah bagi membuang sihir yang selalu dikenakan kepada wanita dinamakan pelalau.

Seseorang yang terkena pelalau, jodohnya akan lambat.

Misalnya, ada lelaki yang sukakannya tetapi dia menolak. Apabila dia sukakan lelaki, orang yang disukainya pula menolak.

Ada sesetengah wanita yang sudah berusia tetapi belum berkahwin gara-gara disihir menggunakan pelalau.

Dengan mandi bunga, sihir itu akan iawarkan dan seri wajahnya akan dinaikkan semula dan dengan izin Allah akan meringankan jodohnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Mandikan Kereta Dengan Air Yasin Amalan Khurafat

-SENTIASAPANAS.COM

Taj Mahal Lambang Cinta Atau Nafsu?

Taj Mahal Lambang Cinta Atau Nafsu?

Umum tahu Taj Mahal adalah lambang cinta teragung Shah Jahan buat isterinya yang sangat dicintai, Mumtaz Mahal.

Taj Mahal Lambang Cinta Atau Nafsu?

Tetapi, berapa ramai yang tahu bahawa Mumtaz adalah isteri keempat daripada tujuh orang isteri? Tak tahu kan?

Dan tahukah anda bahawa Shah Jahan telah membunuh suami Mumtaz untuk mengahwininya!

Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang ke 14.

Dan selepas Mumtaz meninggal, Shah Jahan telah mengahwini adik Mumtaz.

Tak tahu?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

Ramai yang inginkan wajah mereka kelihatan 10 ke 20 tahun lebih muda berbanding umur sebenar. Tak kurang juga ada yang sanggup cucuk botox untuk menghilangkan kedut yang mula muncul di wajah seiring bertambahnya usia.

6 Petua Nampak Lebih Muda Tanpa Botox

Tapi hakikatnya jika ingin kelihatan lebih muda, ia bukan hanya memerlukan penjagaan luaran tapi juga disiplin diri dalam menjaga aspek mental dan kesihatan dalaman.

Yang penting konsisten dan istikhamah mengamalkan 5 perkara berikut:

1. Buang kepercayaan mitos bahawa makin tua diri kita, makin tak berguna

Apa yang kita fikir, itulah diri kita. Para ilmuan berpendapat jika kita percaya ketajaman akal makin berkurang bila umur menuju senja, maka itulah yang akan benar-benar berlaku.

Professor Becca Levy, pemegang Ph.D dan penyelidik dalam bidang kesihatan umum dari Universiti Yale mendapati pengaruh psikologi dan persepsi tentang pertambahan umur memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang individu.

Mereka yang berpandangan negatif mengenai penuaan memberi keputusan ujian yang lebih teruk berbanding mereka yang berpandangan positif dan menerima umur yang bertambah sebagai satu perjalanan hidup yang harus dihargai.

Dari penelitian Professor Becca juga, individu berusia lanjut dengan persepsi positif mampu hidup 7 tahun lebih lama berbanding mereka yang negatif. Kesimpulannya, terima diri kita seadanya, hargai perubahan dan sayangi diri kita.

Peningkatan usia seharusnya diterima sebagai sebahagian daripada perubahan hidup yang harus dinikmati. Lagipun hidup adalah satu perjalanan, just enjoy the ride.

2. Latih diri bersikap positif

Bersikap positif perlukan latihan dan sebaiknya dimulakan seawal yang boleh. Dalam erti kata lain, latih mental dan hati kita dengan cara membaca dan melihat sesuatu yang positif setiap hari.

Dan di waktu yang sama berusahalah untuk bersangka baik, setiap hari. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk berubah bila sudah terlalu lama kita dihidangkan dengan kisah sedih, kemalangan, kematian dan persekitaran yang mengundang kemarahan.

Tapi di akhirnya tetap hanya diri sendiri yang harus memilih sisi hidup mana yang mahu kita lihat – negatif atau positif.

Sejak tahun 1986, David Snowdon dari Universiti Kentucky telah meneliti dan membuat kajian bagi mendapatkan hubungkait antara kesihatan mental dan pertambahan usia.

Salah satu penemuannya adalah keadaan emosi positif pada usia tua dapat membantu menghilangkan rasa cemas dan di waktu yang sama memanjangkan umur seseorang individu.

Dalam erti kata lain, sikap positif bukan hanya dapat memanjangkan umur, ia juga dapat membuat kita hidup lebih gembira dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

Sentiasa ceria dan cergas adalah antara rahsia kelihatan lebih muda.

3. Sentiasa asah otak dan pemikiran kita

Kajian oleh Dr. Yakov Stern, ketua bahagian Cognitive Neuroscience di Sergievsky Center, Universiti Columbia menunjukkan individu yang terus bergiat aktif di hari tua sama ada melalui pendidikan, pekerjaan dan apa saja hobi yang menggerakkan otot dan badan dapat mengurangkan risiko nyanyuk (Alzheimer) sebanyak 35% ke 40%.

Merangsang minda dengan permainan seperti teka silang kata, sudoku, catur dan apa saja aktiviti yang memerlukan kita menyelesaikan masalah dan mengatur strategi dapat merendahkan risiko penyakit Alzhemer.

Membaca buku motivasi dan melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti diri serta pemikiran turut mempengaruhi cara kita melihat dunia.

Ini akan menjadikan kita lebih menghargai hidup, sentiasa bersemangat dan mempunyai sebab untuk melalui hari tersebut dengan lebih baik.

4. Bersenam

Sama ada berlari, mengeluarkan peluh di gym atau sekadar berjalan kaki, bersenam sememangnya memberi kesan yang baik dari sudut mental (dalaman) dan fizikal (luaran).

Selain menjadikan jantung lebih sihat, bersenam juga dapat mencegah risiko penyakit darah tinggi, strok, diabetes, mengawal berat badan, mengurangkan stress dan risiko tulang reput. Bila bersenam, badan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil endorfin.

Endorfin ini berinteraksi dengan reseptor di otak, dan ini akan mengurangkan persepsi badan terhadap kesakitan.

Endorfin juga mencetuskan perasaan positif dalam badan, sama seperti morfin. Ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan hidup lebih ceria.

5. Makan buah-buahan dan makanan anti oksida

Antara makanan yang dikenal pasti kaya anti oksida adalah buah-buahan berrie seperti blueberry, blackberry, strawberry, raspberry, cranberry dan kismis merah yang sangat kaya dengan vitamin antioksidan dan mineral.

Tapi bagaimana pula dengan buah tempatan? Manggis merupakan antara buah tempatan yang diakui mengandungi anti oksida yang tinggi.

Buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, langsat, duku, mangga dan durian juga mempunyai berbagai vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik.

Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah seorang penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty berkata salah satu cara untuk kelihatan lebih muda adalah dengan menjaga kesihatan penghadaman.

Untuk menjaga sistem penghadaman ini, badan kita memerlukan 25 gram serat setiap hari. Serat bekerja dengan menjaga semua nutrisi yang dimasukkan ke dalam tubuh dan melepaskan nutrisi tersebut bila ia diperlukan.

Antara bahan semulajadi yang mengandungi serat adalah sayur kobis, brokoli, tomato, sawi, bayam dan keledek.

6. Bekalkan badan dengan kolagen

Kajian menunjukkan penghasilan kolagen oleh badan berkurang pada kadar 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun.

Dan apabila umur meningkat antara 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.

Ini menyebabkan kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Jika kita mahu kulit kekal sihat dan anjal, maka kita perlu mengambil makanan yang boleh membantu meningkatkan kolagen di dalam badan.

Antara makanan yang dikenalpasti dapat meningkatkan pengeluaran kolagen oleh badan adalah produk berasaskan soya, sayur-sayuran hijau dan berwarna gelap, kekacang, buah-buahan dan sayuran berwarna merah seperti tomato dan lobak merah, serta buah yang mengandungi vitamin C seperti oren dan buah prune.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Pendaki Hebat Gunung Everest Yang Takut Sebutir Pasir!

Pendaki Hebat Gunung Everest Yang Takut Sebutir Pasir!

Nama Sir Edmund Percival Hillary tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke puncak gunung Everest.

Sir Edmund Percival Hillary (kiri).

Pendaki kelahiran New Zealand ini merupakan orang pertama yang sampai ke puncak gunung pada ketinggian melebihi 29 ribu kaki, ditemani pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay.

Sebelum itu, Edmund pernah melakukan ekspedisi untuk menakluki Everest pada tahun 1951, namun gagal.

Sejak tahun 1920an, banyak ekspedisi pendakian dilakukan untuk menawan puncak dunia itu tetapi semuanya gagal.

Kejayaan Edmund pada tahun 1953 telah membuka pintu kepada pendaki-pendaki lain untuk turut sama menakluki Everest.

Edmund pernah ditanya, sebagai seorang pendaki sejak usia remaja dan telah banyak menghabiskan waktu menjelajah alam ini, apa yang paling ditakutinya ketika melakukan pendakian? Sebutir pasir!

Itulah jawapan Edmund kepada pertanyaan itu.

Dia tidak takut cuaca yang ekstrem, entiti misteri mahupun jurang yang dalam tetapi, yang paling ditakuti Edmund hanyalah sebutir pasir.

Katanya, sebutir pasir yang masuk terselit di celah-celah jari kaki boleh membawa malang terhadap pendaki.

"Ia kecil, hanya sebutir pasir namun, apabila masuk ke dalam kulit kaki dan ke dalam kuku, lama-kelamaan kaki akan terkena jangkitan lalu mula membusuk.

"Semakin lama kaki semakin sakit, lemah dan akhirnya tidak dapat digerakkan lagi.

"Itu bermakna malapetaka untuk seorang pendaki," kata Edmund.

***

Kita sering berasa takut dan risau dengan hal-hal besar yang adakalanya belum tentu ada di depan mata, lalu mengabaikan perkara kecil yang tanpa kita sedar sebenarnya boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 November)

Tarikh 28 November merupakan hari ke 332 (hari ke 333 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 33 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 November)
Nancy Astor, Ahli Parlimen wanita pertama British.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Panama (1821), Albania (1912) dan Mauritania (1960) juga sambutan Hari Tentera Laut di Iran.

Peristiwa

1660 - Di London, Robert Boyle, John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.

1785 - Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.

1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan dasar Sinn Féin, mengisytiharkan bahawa Akta Kesatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.

1919 - Nancy Astor terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.

1966 - Penerbangan pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan. Misi tanpa anak kapal ini merupakan pendahulu misi Soyuz 1.

1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.

1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.

1998 - Perlembagaan Albania kini, antara lain membenarkan republik berparlimen, disahkan melalui satu pungutan suara.

2000 - Presiden Ukraine Leonid Kuchma dituduh secara terang-terangan terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan beberapa jenayah lain.

2007 - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.

2010 - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".

2011 - Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.

Kelahiran

1927 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-5 dan ke-14.

Kematian

1954 - Enrico Fermi, seorang saintis Itali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 November)

sumber: wikipedia