Thursday, November 23, 2017

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Rudolph Valentino, salah seorang bintang filem terkenal semasa era filem bisu Hollywood sekitar tahun 1920an. Pelakon kelahiran Itali ini amat menyinar ketika itu terutamanya selepas karya The Sheikh yang dibintanginya meledak dipasaran.

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Sejak itu, Rudolph Valentino menjadi kegilaan wanita sehingga dia digelar dengan jolokan simbol seks Hollywood.

Walaupun begitu, kemahsyuran yang dimilikinya tidak kekal lama. Pelakon yang juga dikenali dengan gelaran 'The Latin Lover' ini tiba-tiba jatuh sakit dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 31 tahun.

Dia ketika itu, pada bulan Ogos 1926 dalam rangka mempromosikan filem terbarunya, The Son of The Sheikh.

Secara tiba-tiba dia jatuh sakit dan dirawat disebuah hospital di New York.

Malangnya, aktor yang digilai kerana ketampanannya itu meninggal dunia selepas mendapat jangkitan pada 23 Ogos, hanya lebih kurang seminggu selepas dimasukkan ke dalam hospital.

Majlis pengebumiannya adalah antara yang terbesar pada zaman itu. Selama tiga hari, ribuan peminatnya terutama wanita datang memberi penghormatan terakhir.

Disebalik kematian mengejut Rudolph Valentino ini, ada sisi lain yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Kematian aktor ini dikaitkan dengan nasib malang, kononnya disebabkan oleh sebentuk cincin yang dikatakan membawa kutukan kepada pemiliknya.

Bermula sebagai penari

Rudolph Valentino lahir di Itali dan berhijrah ke New York ketika berusia 18 tahun dan bekerja sebagai seorang penari.

Dia kemudiannya mencuba nasib dengan mencari pekerjaan dalam bidang lakonan di Los Angeles.

Bermula dengan watak-watak kecil, dia diberi peluang memegang peranan utama dalam 'The Four Horsemen Of The Apocalypse' yang diterbitkan pada tahun 1921.

Filem itu berjaya dipasaran, sekaligus melonjakkan namanya, disusuli dengan filem kedua sebagai pelakon utama, The Sheikh', yang menjulang Rudolph Valentino sebagai seorang bintang terkenal ketika itu.

Ketika berada dipuncak kemahsyuran inilah, Rudolph Valentino telah mengikuti satu trip ke San Francisco.

Cincin Kutukan

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Sewaktu lalu disebuah kedai pajak yang mempamerkan pelbagai barangan, Rudolph Valentino tertarik kepada sebentuk cincin yang dipamerkan.

Walaupun pemilik kedai telah memberi amaran bahawa cincin itu telah dikutuk dan membawa malang, Rudolph Valentino tetap membelinya.

Apabila dia kembali ke set penggambaran untuk filem 'The Young Rajah' (1922), Rudolph Valentino memakai cincin tersebut.

Filem itu gagal dipasaran! Kononnya akibat kutukan cincin itu.

Malah, beberapa filemnya selepas itu juga menerima nasib yang sama, secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada karier Rudolph Valentino.

Sejak itu, dia tidak lagi memakai cincin kutukan tersebut.

Hilang Pesona

Secara realitinya, kejatuhan prestasi Rudolph Valentino mungkin ada kaitan dengan kes perceraian dengan isteri lama dan perkahwinan dengan isteri barunya, Natasha.

Dikatakan bahawa Natasha lebih banyak mengawal urusan perjalanan seni suaminya sehingga menghilangkan pesona asal Rudolph Valentino dan menjejaskan kualitinya dalam berkarya.

Hanya selepas berpisah dengan Natasha, pada tahun 1925 Rudolph Valentino bangkit semula dan filemnya The Eagle diterima peminat.

Filem Terakhir

Tahun berikutnya, Rudolph Valentino terlibat dalam penggambaran 'The Son of The Sheikh', sekuel dari filem pertama yang menaikkan namanya dahulu.

Malangnya, ia merupakan filem lakonan terakhir Rudolph Valentino.

Dikatakan bahawa, Rudolph Valentino memakai semula cincin tersebut semasa mempromosikan filem terakhirnya itu.

Seminggu kemudian, dia jatuh sakit, dibawa ke hospital dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Sindrom Valentino

Sindrom serangan usus dan akut yang merosakkan abdomen dalaman yang meragut nyawa Rudolph Valentino kini dikenali sebagai 'Sindrom Valentino'.

Pun begitu, masih ramai yang mengaitkan kematiannya dengan cincin yang telah dikutuk itu.

Sumpahan cincin misteri

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Selepas kematian Rudolph Valentino, kekasihnya Pola Negri diberi pilihan untuk memilih salah satu barang Rudolph Valentino sebagai kenangan.

Apa yang dipilih Pola Negri? Ya, cincin yang membawa malang dan dikatakan menjadi punca kematian bintang terkenal Hollywood tersebut.

Pola Negri merupakan salah seorang bintang filem yang sedang meningkat naik waktu itu.

Malangnya, selepas mengambil cincin kutukan tersebut, Pola Negri tiba-tiba sakit yang menjunamkan kariernya.

Beberapa tahun kemudian, Pola Negri bertemu dengan Russ Colombo, juga seorang pelakon yang mempunyai gaya iras Rudolph Valentino.

Pola Negri kemudiannya menghadiahkan cincin itu kepada Russ. Beberapa hari kemudian, Russ terbunuh dalam satu kejadian tembakan.

Cincin itu berpindah hak milik kepada kawan baik Russ, Joe Casino.

Pada mulanya, Joe menyimpan cincin itu di dalam bekas kaca namun, suatu hari dia mengambil cincin itu dan memakainya. Seminggu kemudian, Russ terbunuh dalam sebuah kemalangan.

Cincin kutukan itu diwarisi pula oleh adik Russ bernama Del.

Ketika itu, kisah cincin yang dikutuk dan membawa nasib malang itu mula diperkatakan oleh pihak media.

Apabila wartawan bertanya tentang cincin itu, Del menjawab dia tidak percaya dengan kisah misteri itu. Baginya, itu hanyalah cerita dongeng.

Untuk beberapa waktu, tiada perkara buruk berlaku walaupun Del memakai incin tersebut.

Dia juga pernah meminjamkan cincin itu kepada seorang pengumpul barang-barang lama, juga tiada perkara buruk berlaku.

Ini menyebabkan media membuat spekulasi bahawa sumpahan cincin itu sudah berakhir.

Suatu malam, rumah Del dimasuki pencuri. Polis berjaya menembak pencuri itu yang terbunuh ditempat kejadian dan antara barang yag ditemui pada pencuri yang mati adalah cincin kutukan Rudolph Valentino.

Setelah beberapa lama, pada tahun 1938, cincin itu kelihatan dipakai oleh Jack Dunn, seorang pemain luncur.

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Selain cincin, Jack turut menyarung pakaian Rudolph Valentino untuk uji bakat bagi mencari pelakon seiras Valentino. Sepuluh hari kemudian, Jack yang baru berusia 2 tahun mati akibat penyakit tularemia.

Selepas kematian Jack, cincin itu tidak lagi kelihatan. Dikatakan ia disimpan dalam peti besi disebuah bank Los Angeles.

Lebih setahun cincin itu disimpan disitu, bank tersebut ditimpa pelbagai musibah. Antaranya, dua kali dirompak, kebakaran dan mogok pekerja.

Salah seorang perompak bank yang berjaya ditangkap sewaktu perbicaraan mengatakan, sekiranya dia tahu ada cincin Rudolph Valentino dalam bank, sudah pasti dia akan merompak bank lain.

Sejak itu, tidak diketahui dimana cincin itu berada. Siapa yang menyimpannya? Adakah ia masih memberi kutukan kepada orang yang memakai atau memegangnya? Tiada siapa yang tahu.

Bukan hanya misteri cincin itu saja, sejak kematian Rudolph Valentino, kisah hantunya yang dikatakan sering berlegar dibanyak tempat yang pernah didiami atau disinggahinya.

Malah, sehingga ke hari ini dikatakan bayangan Rudolph Valentino masih lagi muncul.

Ada psikik mengatakan, hantu Rudolph Valentino sering muncul kerana pelakon itu tidak tahu bahawa dia sebenarnya sudah mati.

Dan ada juga pendapat mengatakan kelibat Rudolph Valentino sering muncul kerana dia sedang mencari cincin tersebut.

Anda percaya?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Punca Sakit Tulang Belakang Ketika Bangun Tidur

Punca Sakit Tulang Belakang Ketika Bangun Tidur

Pernahkah anda berasa sakit pinggang saat terjaga dan baru bangun dari tidur atau mengangkat sesuatu yang berat? Awas! Sakit pinggang ini turut berkaitan dengan tulang belakang dan mungkin akan bertambah serius sekiranya tidak ditangani pada peringkat awal. Kebiasaannya kita menyebut sakit ini sebagai sakit pinggang.

Punca Sakit Tulang Belakang

Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk mengetahui punca sakit belakang. Terdapat beberapa jenis sakit belakang dan cara sakit belakang yang paling biasa dipanggil Sakit Belakang Mekanikal.

Masaalah pesakit untuk sakit belakang seperti ini berpunca daripada otot yang bekerja terlalu kuat, berpanjangan dan tidak berhenti-henti boleh menimbulkan sakit belakang.

Secara umumnya sakit belakang dapat diklasifikasikan kepada empat jenis.
  1. Sakit belakang mekanikal.
  2. Sakit belakang disebabkan Osteoporosis.
  3. Sakit belakang degeneratif.
  4. Sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman dan sebagainya.

1. Sakit belakang Mekanikal

Sakit belakang jenis ini kebiasaannya berlaku apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak menitikberatkan tulang belakang seperti cara duduk, berdiri, berjalan, bekerja dan cara tidur yang betul.

Selain itu, masalah otot turut mempengaruhi sakit belakang jenis ini.

2. Sakit Belakang Disebabkan Osteoporosis

Tulang yang paling senang cedera akibat Osteoporosis ialah tulang belakang. Kesannya tulang akan menjadi semakin pendek dan rapuh.

Osteoporosis sering berlaku keatas wanita yang telah berumur. Wanita pada usia 20-an, tulangnya kelihatan tegak dan lurus, tetapi apabila menjangkau umur 5-an dan mendapat oesteoporosis, tulangnya semakin lama semakin bengkok. Justeru itu, wanita tersebut akan menjadi bongkok.

3. Sakit Belakang Degeneratif

Sakit belakang degenaratif lebih kerap berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan seperti jatuh dan patah.

Akibat kecederaan, tulang menjadi retak dan semakin lama tulang semakin lari. Implikasinya tulang belakang yang melindungi saraf tunjang akan terhimpit. Ini boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan, lemah otot, kebas kaki tangan dan sebagainya.

Apabila pesakit mula berasa kebas ia dipanggil gejala neurologi dan pembedahan terpaksa dijalankan. Ini disebabkan setiap tulang belakang mempunyai selapis rawan yang dipanggil disc.

Apabila kita tua, lapisan tersebut akan menjadi keras, kenyal dan tidak lembut lagi. Dengan ini, ia tidak dapat menampung berat badan dan lama-kelamaan tulang belakang akan menjadi "haus".

4. Sakit Belakang Disebabkan Jangkitan Kuman dan Sebagainya

Sakit belakang seperti ini berlaku disebabkan kanser yang sedang merebak atau jangkitan kuman. Sakit belakang ini dikatogerikan sebagai sakit yang serius.

Punca Sakit Belakang

Sakit belakang paling kerap berlaku adalah daripada masalah otot. Seseorang yang tidak mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan masalah kepada otot.

Cara tidur turut mempengaruhi, jenis tilam keras atau lembut juga memainkan peranan. Selain itu terdapat sebab lain yang turut menajadi punca sakit belakang.

Masalah sakit belakang sebenarnya bukan berpunca daripada masalah tulang belakang sendiri.

Kebanyakan pesakit mengadu sakit belakang kerana masalah seperti tekanan, masalah salur kencing pada buah pinggang, sakit pada rahim , sakit pada ovari dan kebayakkannya sakit pada anggota dalam perut. beritahu beliau.

Masalah seperti ini telah dimenifestasikan menjadi sakit belakang walaupun asalnya bukan berpunca daripada tulang belakang.

Pengidap

Orang yang selalu mendapat sakit belakang biasanya mereka yang tidak pernah exercise, kerjanya hanya duduk dan tidak banyak bergerak, mengamalkan duduk yang tidak tegak, berdiri yang tidak betul dan tidak begitu mengambil berat mengenai penjaan tulang belakang.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa golongan yang dikenal pasti sering mendapat sakit belakang:

Golongan Muda

Golongan ini terdiri daripada mereka yang berusia dalam 30an, lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam, serta tidak menjaga tulang belakang. Mereka ini lebih cenderung mendapat Sakit Belakang Mekanikal.

Golongan Tua

Wanita yang mudah mendapat sakit belakang pada waktu ini adalah disebabkan osteoporosis, manakala lelaki pula lebih kepada sakit sendi. Golongan seperti ini pula lebih kepada mendapat sakit belakang degeneratif.

Golongan Kanak-Kanak

Bagi kanak-kanak, kes sakit belakang tidaklah sebanyak golongan dewasa atau tua. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat sakit belakang disebabkan tulang bengkok sejak kecil lagi.

Ada juga sakit belakang yang berlaku disebabkan serangan kenser yang merebak ketulang belakang.

Serangan ini berlaku kepada golongan tua atau dewasa. Manakala sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman boleh dihidapi oleh semua golongan.

Sakit belakang memang susah untuk diatasi. Masalah yang paling serius adalah disebabkan kenser dan kuman.

Wanita sememangnya perlu lebih menjaga tulang belakang disebabkan golongan wanita mudah menghidap osteoporosis dan juga faktor mengandung.

Wanita yang kerap mengandung juga akan menyebabkan otot belakang cepat menjadi lemah. Sebab itu wanita patut lebih membuat senaman untuk menguatkan otot belakang.

Kaedah Rawatan Sakit Belakang

Apabila pesakit datang dan mengadu mereka sakit belakang, perkara utama yang akan ditanya doktor ialah macam mana bermulanya sakit belakang.

Ada pesakit yang mengadu dia sedang membongkokkan badan dan kemudian bersin. Selepas itu dia terus rasa sakit belakang dan tidak boleh bangun.

Jalan cerita seperti ini jelas membolehkan doktor mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit dan ini dipanggil slipped disc yang bererti di antara dua tulang belakang terdapat tulang rawan.

Semasa bersin, tekanan pada rawan adalah sangat kuat hingga menyebabkan rawan terkeluar. Apabila terkeluar, ia akan menghimpit saraf yang ada pada kawasan tersebut dan menyebabkan sakit belakang.

Setelah doktor mengenal pasti masalah asal pesakit tersebut, doktor akan memeriksa keadaan sakit belakang itu sama ada ia serius atau tidak.

Yang pertama hendak diketahui ialah sama ada pesakit mempunyai masalah neurologi atau tidak seperti terasa kebas dan otot menjadi lemah.

Kes yang mempunyai masalah neuroloji boleh dianggap sebagai kes kecemasan dan ini memerlukan tindakkan yang segera kerana kita tidak mahu gejala bertambah teruk sehingga pesakit tidak boleh berjalan langsung dan kena berbaring.

X-ray akan dilakukan untuk mengetahui kedudukan tulang belakang yang patah atau tidak selari dan sebagainya.

Melalui x-ray akan menetukan jenis siasatan lanjut, sama ada perlu dibuat imbasan CT atau imbasan MRI.

Kedua-dua jenis siasatan ini adalah untuk mengetahui secara terperinci kawasan tulang belakang sama ada kawasan saraf tunjang terhimpit ataupun bermacam-macam lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Dan Penyebab Sakit Tumit Dan Tapak Kaki Serta Rawatannya

sumber: rosecamly

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Semakan keputusan UPSR. Kepada pelajar dan ibu bapa yang mahu mengetahui keputusan peperiksaan UPSR bagi sesi 2017, semakan bolehlah dilakukan melalui online dan juga sms bermula pada 23 November 2017.

Semakan Keputusan UPSR 2017

Calon-calon juga boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Cara semakan keputusan UPSR melalui SMS

Calon UPSR juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.
  • Taipkan: UPSR < jarak > [Angka Giliran]
  • Contoh: UPSR AZ1122888
  • Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan penerimaan sms.

Cara semakan keputusan UPSR melalui ONLINE

Calon-calon UPSR juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui online dilaman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 ini akan mula diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 November 2017.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR untuk tahun 2017 membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semoga berjaya diucapkan.

BACA INI JUGA: 6 Sebab Kenapa UPSR Tak Penting Dan Bukan Penentu Masa Depan

sumber: dialograkyat

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 November)

Tanggal 23 November merupakan hari ke 327 (hari ke 328 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 38 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 November)
Kemusnahan Masjid Babri.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kesyukuran Buruh di Jepun dan Hari St George di Georgia.

Peristiwa

1644 - John Milton menerbitkan Areopagitica , mengemukakan hujah bagi kebebasan bersuara dan menentang penapisan penerbitan semasa Perang Saudara England.

1890 – Willem III dari Belanda mangkat tanpa pewaris lelaki hidup, membolehkan puterinya Wilhelmina yang baru berumur 10 tahun mewarisi takhta Belanda.

1955 - Kawalan Kepulauan Cocos di Lautan Hindi diberikan kepada Australia oleh United Kingdom.

1963 - Episod pertama Doctor Who, rancangan televisyen cereka sains paling lama di dunia, disiarkan di BBC One, dengan William Hartnell memainkan watak tajuk.

1971 - Republik Rakyat China mendapat kerusi tetap China di Majlis Keselamatan PBB.

1985 - Omar Rezaq dan dua lagi anggota kumpulan militan Abu Nidal merampas Penerbangan 648 EgyptAir di atas Laut Mediterranean.

2003 - Revolusi Ros: Eduard Shevardnadze meletakkan jawatan sebagai Presiden Georgia selepas bantahan besar-besaran yang mempertikaikan keputusan pilihan raya.

2005 – Ellen Johnson Sirleaf memenangi pilihan raya umum Liberia, menjadi ketua negara wanita pertama terpilih secara demokrasi di Afrika.

2007 - Berhampiran Kepulauan Shetland Selatan, MS Explorer menjadi kapal persiaran pertama karam di Lautan Antartik.

2009 - Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India.

2010 - Sebagai gerak balas terhadap latihan artileri berhampiran sempadannya, Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

2011 - Selepas berbulan-bulan bantahan dan berjanji berundur, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh akhirnya menandatangani perjanjian pemindahan kuasa.

2013 - Presiden Sierra Leone Ernest Bai Koroma terpilih semula buat penggal kedua.

Kelahiran

1804 - Franklin Pierce, Presiden Amerika Syarikat ke-14.

1922 - Vo Van Kiet, Perdana Menteri Vietnam ke-3 dan ke-5.

1940 - Osman bin Aroff, Menteri Besar Kedah ke-6.

Kematian

1970 - Yusof bin Ishak, Presiden Singapura yang pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 November)

sumber: wikipedia

Wednesday, November 22, 2017

Misteri Pembunuhan Di Bukit Salbiah

Misteri Pembunuhan Di Bukit Salbiah

Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.

Misteri Pembunuhan Di Bukit Salbiah

Andainya, mayat Salbiah tidak ditemui oleh sesiapa di lurah Jalan Lembah Permai itu, mungkin hari ini Saderi sudah menjadi seorang pegawai polis berkedudukan tinggi dalam kerjayanya namun, takdir Allah Maha menentukan segala-galanya.

Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’. Saderi akhirnya menerima pembalasan yang sewajarnya iaitu hukuman gantung terhadap pembunuhan yang dilakukannya.

Sebagai pegawai penyiasat polis, dia sepatutnya membawa penjenayah ke muka pengadilan dan bukan melakukan jenayah.
  • Mangsa: Pekerja kilang AMD, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27.
  • Tertuduh: Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (P) Saderi Abdul Samat, 24.
  • Pegawai Penyiasat: Inspektor Abdul Rani Abdullah.
  • Tuduhan: Membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi pada 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
  • Hukuman: Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
  • Hakim: Pesuruhjaya Kehakiman Mustapha Hussein.
  • Juri: Tujuh orang termasuk dua wanita.
  • Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Muhammad Shafee Abdullah.
  • Pembela : Peguambela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh.
  • Saksi: 20 saksi pendakwa, dua saksi pembela.

Perbicaraan pembunuhan pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, yang dilakukan kekasihnya, Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (Percubaan) Saderi Abdul Samat, berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mustapha Hussein dan tujuh juri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mulai 8 Jun 1982.

Dalam hujah pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuktikan Saderi membunuh Salbiah sebelum dia membawa mayat mangsa dan membuangnya di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bunga.

Pendakwa juga yakin dapat membuktikan Saderi membunuh Salbiah dalam bilik tidurnya di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland berikutan kesan darah dalam bilik itu dan tertuduh adalah orang terakhir bersama mangsa sebelum pembunuhan berlaku.

Pada perbicaraan itu, Saderi yang juga bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada 1977 dan 1978, menghadapi tuduhan membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland, mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, yang jika disabitkan membawa hukuman mati.

Ketika perbicaraan di mahkamah tinggi itu, Saderi yang tidak diwakili oleh peguam bela sepanjang perbicaraan awal di Mahkamah Majistret pada April 1981, kali ini diwakili peguam bela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh, yang dilantik mahkamah bagi membelanya.

Muhammad Shafee berhujah, Saderi yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Rubiah Tijan, yang ketika itu berada di Melaka, menyimpan Salbiah sebagai kekasih dan pasangan itu ‘tinggal’ bersama di kediaman pegawai polis terbabit.

“Pendakwaan akan membuktikan tertuduh adalah kaki perempuan yang menggunakan wanita untuk memenuhi kepuasan dirinya sebelum mengabaikan mereka. Saderi terdesak apabila Rubiah mengirimkan telegram menyatakan akan melawatnya,” hujahnya.

Prosiding perbicaraan bermula dengan seorang pembuat roti, Wan Teik Boon, 23, orang pertama menemui mayat Salbiah dipanggil memberi keterangan mengenai penemuan itu sebelum disusuli Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Rani Abdullah.

Abdul Rani memberitahu mahkamah yang Saderi mula dipanggil untuk ‘temubual’ bagi membantu siasatan mulai jam 11.45 malam pada 24 November 1980 selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai hubungannya dengan Salbiah.

Pihak pembela membantah keterangan yang diberikan Saderi kepada Abdul Rani menyebabkan bicara dalam perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu kemudian diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung.

Hari kedua perbicaraan, Pemangku DSP Mohamad Fauzi Saari, yang bertanggungjawab merakam kenyataan beramaran Saderi dipanggil memberi keterangan.

Permohonan pendakwa mengemukakan dokumen itu sebagai bahan bukti tidak dibantah pembela membolehkan ia diterima sebagai keterangan.

Berdasarkan kenyataan beramaran yang mendedahkan hubungan asmara Saderi dengan Salbiah itu, antara kandungannya Saderi berkata, dia terkejut apabila menemui mayat kekasihnya tergantung pada alang di bilik mandi penginapannya kerana tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

Menurut Saderi dalam kenyataan beramaran itu, selepas penemuan itu, dia menjadi panik dan tidak tentu arah selama setengah jam kerana bimbang kejadian dalam biliknya itu akan menjejaskan imej pasukan polis jika diketahui oleh masyarakat.

Dia juga bimbang kejadian itu akan diketahui tunangnya dan mengambil keputusan tidak memberitahu sesiapa mengenainya.

Saderi turut menyatakan dia menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.

Katanya, dia kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda, dan memandu ke arah Pantai Jerejak sebelum menukar fikiran menuju Baru Feringgi melalui Green Lane, Jalan Air Tejun dan Tanjung Bungah.

Dia kemudiannya membuat keputusan membuang mangsa di lurah dekat Lembah Permai. Selepas memberhentikan kereta di situ, dia memikul mayat Salbiah turun dan meletakkannya di lurah terbabit.

Apabila kembali ke biliknya, dia mendakwa menemui beg tangan Salbiah dan nota tulisan tangan berbunyi, “Inilah pengorbanan saya untuk kebahagiaan Saderi” dan satu lagi berbunyi, "Tenangkan hati menghadapi dugaan.”

Tertuduh berkata, dia mengambil beg serta nota itu sebelum membuangnya dalam tong sampah di persimpangan Jalan Scotland dan Jalan York, sebab tidak mahu meninggalkan sebarang bukti mengenai kematian yang berlaku dalam mes polis berkenaan.

Dalam kenyataan itu juga, Saderi menyatakan dia mengejutkan rakannya, Inspektor Shamsuddin, kira-kira jam 4.55 pagi pada 15 November, sebelum kedua-duanya pergi ke Butterworth, menjemput teman wanita masing-masing datang ke mes terbabit.

Katanya, pada awal hubungan dengan Salbiah, dia tidak pergi ke rumah wanita itu di Gelugor, sebaliknya Salbiah menemuinya di Balai Polis Jelutong.

Mulai Jun 1980, Saderi berpindah ke Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Dia yang semakin rapat dengan Salbiah, menjemput kekasihnya bermalam sambil melakukan hubungan seks di situ.

Saderi mengakui, walaupun Salbiah mahu dia menjadi suaminya, dia tidak dapat membuat keputusan kerana sudah mempunyai tunang.

Menurut Saderi, kira-kira dua bulan sebelum kematian, Salbiah memberitahunya yang dia mengandung dan malu jika keadaan itu diketahui oleh rakan-rakan. Bagaimana pun, menurutnya Salbiah bersetuju menggugurkan kandungannya.

Dia berkata, kira-kira jam 11 malam pada 13 November 1980, Salbiah kelihatan sedih dan muram apabila mendapat tahu mengenai kunjungan Rubiah pada 15 November.

Menurut Saderi, Salbiah kemudiannya membuat keputusan untuk pergi ke Ipoh kerana mendapat kerja baru di sana yang bermula 14 November. Saderi mendakwa, itulah kali terakhir dia melihat kekasihnya itu.

Menerusi kenyataan beramaran setebal sembilan muka surat itu juga, Saderi mengakui dia bertunang dengan Rubiah pada 25 Disember 1979 dan dijangka berkahwin dalam tempoh dua tahun.

Katanya, dia yang bertugas di Cawangan Narkotik mulai Mei 1980, mengenali Salbiah menerusi Zaini Suparwi yang juga teman wanita Che Ibrahim.

Che Ibrahim yang mengenali Saderi sejak mereka menjalani latihan memasuki polis di Depoh Polis Kuala Lumpur pada 1979, dalam keterangannya di mahkamah itu juga menyatakan Saderi turut mempunyai teman wanita lain ketika mempunyai hubungan dengan Salbiah.

Katanya, dia mengetahui yang selama ini Saderi dan Salbiah mempunyai hubungan yang intim tetapi baru mengetahui mengenai tunang Saderi iaitu Rubiah selepas 17 November.

Segala kenyataan beramaran yang dirakamkan daripada Saderi itu mula menunjukkan pelbagai percanggahan apabila saksi-saksi lain dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Abdul Rani dalam keterangannya, berkata pasukan polis tidak menjumpai tali plastik yang didakwa digunakan oleh Salbiah untuk menggantung diri dan dicampak oleh Saderi di sebelah mayatnya. Polis berusaha mencari tali itu dengan kehadiran Saderi menunjukkan lokasinya tetapi tidak ditemani.

Menurut Abdul Rani, Saderi juga membawa polis ke bilik kediamannya untuk menunjukkan lokasi mayat Salbiah dijumpai tergantung.

Dia turut menunjukkan sebilah gunting yang digunanya untuk memotong tali yang menjerut leher Salbiah dan beberapa paku yang didakwa mungkin digunakan Salbiah.

Ahli Kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.

Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.

Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram.

Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter. Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter.

Muhammad Shafee bertanya, “Kalau seseorang mendakwa tubuh manusia seberat 45 kilogram atau lebih tergantung pada paku di alang itu, apa reaksi awak terhadap dakwaan itu?

Hoong menjawab, “Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin.”

Akhir sekali perbicaraan, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut.

Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984.

Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga tidak ditemui.

Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”

Berbalik kepada Fauzi, beliau mengatakan yang sampai saat akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!

Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.

Itulah sebab sedikit mengenai kes pembunuhan Salbiah ini.

Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Dan Kisah Pelik Bukit Salbiah

sumber: scriptersnews

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung (Flour) adalah satu jenis bahan makanan asas penting diseluruh dunia untuk dijadikan pelbagai jenis produk makanan, merupakan partikel padat yang berbentuk butiran halus atau sangat halus hasil daripada pengisaran beberapa jenis bijirin seperti gandum, jagung, beras dan sebagainya.

Tepung Gandum merupakan jenis tepung yang paling banyak digunakan dalam rumah tangga dan bahan asas untuk sektor industri.

Tepung jenis lain pun boleh diproses daripada dari bahan tempatan dinegara kita seperti daripada ubikayu, keledek, jagung atau pelbagai bahan asas lain.

Bagi Malaysia tepung daripada Keledek Vitato pernah djadikan satu temuan oleh pihak MARDI dalam usaha untuk menghasilkan tepung tempatan walau pun kini ia masih belum menjadi kenyataan yang boleh dibanggakan.

Tepung gandum adalah tepung berwarna putih berasaskan dari biji gandum dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk membuat pelbagai jenis makanan seperti kueh, mee, roti, roti canai, biskut, kek dan banyak lagi.

Tepung gandum memang didapati mengandungi banyak zat iaitu karbohidrat kompleks yang tidak larut dalam air.

Tepung gandum juga dilaporkan mengandungi protein dalam bentuk gluten dimana ia juga berfungsi dalam menentukan kekenyalan makanan.

Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour, plain flour) dan tepung kek (superfine flour).

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan boleh menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk.

Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.

1. Tepung Serbaguna

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung serbaguna adalah jenis tepung yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai 'Plain flour atau 'All purpose flour' dan ia juga lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung untuk serbaguna.

Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar dan halus dimana ia sesuai dan boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek dan sebagainya.

Walaupun lazimnya ramai dikalangan kita sering menggunakan tepung gandum (biasa) tetapi mereka juga ada mengatakan ia sebagai jenis tepung serbaguna kerana lebih mudah didapati.

Tepung gandum juga dijadikan bahan asas untuk membuat tepung lain. Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek dan sebagainya.

Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour, plain flour) dan tepung kek (superfine flour).

Apa yang mana ia membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk.

2. Tepung Gandum

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung gandum adalah antara jenis tepung paling biasa yang banyak dipasarkan secara komersial dan diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus yang biasanya berwarna putih.

Saiz kisaran tepung gandum adalah halus dan sesuai untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan banyak dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan kualiti.

Antara fungsi tepung gandum sama atau serupa dengan tepung serbaguna.

Antara jenama tepung gandum yang popular di Malaysia adalah Tepung Cap Kunci, Tepung Cap Sauh dan banyak lagi.

Malaysia adalah antara negara di rantau ini yang mengimport tepung gandum dengan kuantiti yang banyak.

3. Tepung Berprotein Tinggi

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung jenis yang berprotein tinggi untuk membuat roti kerana ia mempunyai daya menganjalnya agak tinggi dimana ini akan menjadikan ia lebih sempurna setelah diadun dengan bahan membuat roti iaitu ragi atau pun yis.

Tepung ini mempunyai tahap glutin yang tinggi. Banyak jenama tepung jenis ini dipasaran dengan pelbagai guna dan harga.

Tepung ini juga di kenali sebagai tepung roti dimana ia memang sah mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal dtau elastik.

Sesuai untuk membuat roti dan bun jika anda ingin membuatnya sendiri dirumah, bagaimanapun kini lebih mudah membeli roti dan bun sedia ada dengan kos lebih murah dan enak berbanding dengan membuat sendiri.

4. Tepung Berprotein Rendah

Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya. Tepung ini ada dijual dalam pelbagai jenama dan sesuai untuk mereka yang memerlukan tepung jenis ini untuk menjaga kesihatannya.

5. Tepung Krimer

Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh.

Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

Tepung ini juga sesuai digunakan untuk tujuan khusus sahaja.

6. Tepung Naik Sendiri

Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder atau soda bicarbonate).

Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

Self-raising flour adalah tepung naik sendiri dimana tepung ini merupakan campuran antara superfine flour dengan agen penaik seperti baking powder atau pun soda bicarbonate.

Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan selalunya pengguna tidak perlu lagi untuk menambahkan agen penaik.

Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake dan juga membuat kek.

7. Tepung Superfine atau Soft Flour

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti 'self raisingflour'. Tepung ini dikategorikan dalam tepung 'low protien'.

Tepung 'Rose Flour' ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak.

Biskut yang diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.

Elok juga kalau tepung ini dibuat Biskut Almond London terutama pada musim Hari Raya untuk dihidangkan.

8. Tepung Hong Kong

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau.

Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat).

Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap sama.

9. Tepung Pulut

Tepung Pulut atau 'Glutinous rice flour' ialah tepung pulut yang berwarna putih dan ia banyak diimpot dari negara jiran iaitu dari Thailand.

Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi maka jangan anda terkeliru.

Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras pulut tidak hilang.

Tepung ini ada mengandungi 100% beras merah asli. Apa yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah tetapi sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya.

Selain kaya dengan vitamin E dan juga Vitamin B, ia mudah dicerna lazimnya bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung memang amat sesuai intik mengambilnya.

10. Tepung Hoen Kwee

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung Hoen Kwee memang kurang dikenali. Ia digunakan untuk membuat kuih muih bagi sesetengah masyarakat Cina.

Namun, kini tepung ini ada dijual di pasaran yang mana ia jenis yang mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya.

Lazimnya jika pembungkus dengan plastik yang berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow) didalamnya manakala plastik membungkus berwarna hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) dan seterusnya ada yang berwarna putih.

Bagaimanapun pengguna dinasihatkan untuk mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang.

Ada juga tepung ini dengan pembungkus plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Sebaiknya pengguna pilih mengikut tahap kesesuaian.

11. Tepung Kastad

Penulis memang kenal akan tepung jenis ini dimana selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih berkualiti.

Lazimnya ramai yang akan menggantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka, bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah akan hasilnya.

Tepung 'Custard powder' juga dikenali dengan pelbagai jenama dimana di Malaysia Jenama BIRDS adalah yang paling mmeluas pasarannya.

Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung, tepung ini banyak digunakan dalam pembuatan biskut, Puding Kastad, dimana selalunya ia bertujuan untuk mewangi dan mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.

12. Tepung Ubi Dan Tepung Jagung

Tepung Ubi adalah antara jenis tepung yang memang popular diperbuat daripada Ubi Kayu (Manihot esculenta).

Tepung ini juga sering dipanggil sebagai Tepung Kanji.

Banyak kegunaan tepung ini dimana tepung ubi kayu selalunya lebih meliatkan adunan yang dibuat semasa mengadun.

Lazimnya bagi sesetengah tempat seperti di Sarawak, kadang-kadang pengguna akan menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

Tepung sagu yang dibuat daripada isi pokok sagu juga mempunyai ciri-ciri menyamai tepung ubi iaitu liat dan kenyal.

Terdiri dari tepung yang gluten-free, dibuat dari bahagian tengah pohon sagu, batang pokok sagu dikisar dan direndam supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung.

Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng dan keropok.

Sementara itu anda juga perlu kenal dengan Tepung Jagung, kerana tepung jagung fungsinya adalah untuk memekatkan masakan berkuah atau dibuat biskut walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

13. Tepung Beras

13 Jenis Tepung, Fungsi Dan Kegunaannya

Tepung Beras adalah tepung yang diproses daripada BERAS (Oryza sativa), jenis tepung 'gluten-free' dan dibuat dari beras yang dikisar halus.

Tepung ini memang banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional seperti kuih apam, kuih lapis, kuih talam dan juga sebagai bahan asas untuk bancuhan gorengan kuih, goreng pisang, goreng keladi dan sebagainya.

Tepung beras juga dijadikan bahan asas untuk pembuatan bihun dan laksa.

Tepung beras sangat sesuai untuk mengoreng adunan untuk kuih pisang, keledek, keladi, cempedak dan sebagainya.

Kalau anda ke Terengganu dan suka makan sotong goreng, ikan goreng, ketam goreng maka bahan digunakan adalah tepung jenis ini.

Ada 3 jenis tepung beras berjenama Cap Gajah dijual dipasaran. Tepung beras bertulisan Siam ini ada logo gajah biasanya adalah diimport dari negara Thailand.

Bagaimana pun ada yang tidak perasaan akan perbezaan pada kampit plastiknya.

Jenis pertama adalah TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH dimana ia sangat sesuai untuk mengoreng kuih pisang, keledek, keladi, cempedak dan sebagainya.

Kalau anda ke Terengganu dan suka makan sotong goreng, ikan goreng, ketam goreng maka bahan digunnakan adalah tepung jenis ini.

Tepung ini sangat ranggup dan jika berempah menambah keenakannya. Ia juga sesuai untuk membuat kuih Rempeyek dan kuih Tumpi.

Jenis kedua iaitu TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH pula sangat sesuai untuk kuih jenis tradisional seperti contoh kuih kuci, kuih apam beras dengan Eno. Ia memberikan kelembutan bagi pelbagai jenis kuih jenis kukus.

Ketiga adalah jenis TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH yang didakwa amat sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee dimana dikatakan hasilnya adalah lebih kental.

Jenis tepung beras dengan jenama TEPUNG BERAS CAP TERATAI pula didakwa sangat sesuai membuat rempeyek dan apam dimana ia lebih rangup dan kental.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Idris Khan Nafi Pelakon Yang Dituduh Hamilkan Wanita!

Idris Khan Nafi Pelakon Yang Dituduh Hamilkan Wanita!

Pelakon Idris Khan berkata jika benar dia adalah pelakon yang dikatakan menghamilkan bekas teman wanita, sudah pasti rancangannya untuk menikahi kekasihnya sudah musnah.

Idris Khan Nafi Pelakon Yang Dituduh Hamilkan Wanita

Tetapi katanya lagi, dia dan kekasihnya kini sedang sibuk dengan persiapan majlis yang bakal diadakan awal tahun depan.

"Rasanya kalau betul aktor itu diri saya, memang sahih saya dan bakal isteri tidak jadi berkahwin," katanya seperti dipetik BH Online.

Idris, 29 tahun, dijadualkan berkahwin dengan model kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane pada 20 Januari 2018.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan menyiarkan kisah wanita berusia 20-an yang mendakwa teman lelakinya yang juga seorang pelakon melarikan diri apabila mendapat tahu dia hamil tiga bulan.

Selain enggan bertanggungjawab, wanita itu juga mendakwa pelakon itu sering mengelakkan diri daripada membincangkan soal kewangan melibatkan kandungannya.

Idris atau nama penuhnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan antara pelakon yang dikaitkan sebaik sahaja isu itu timbul, termasuk oleh netizen.

Dia menafikan sekerasnya kaitan dengan dakwaan itu, malah berkata dia turut ingin tahu identiti pelakon terbabit.

"Siapa agaknya yang dimaksudkan itu? Saya pun nak tahu juga," kata yang popular dengan drama Abang Sado Jemur Kain.

Namun bagi Idris, isu itu tidak memberi kesan kepada dirinya yang kini berdebar-debar menunggu kehadiran bakal mertuanya yang akan tiba di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Apatah lagi menurutnya inilah kali pertama dia bakal bersua dengan keluarga kekasihnya selepas dua tahun bercinta.

“Apa pun, kami rancak mengatur persiapan pernikahan awal tahun depan.

"Kami pada awalnya merancang untuk mengadakannya tahun ini, tetapi disebabkan si dia berasal dari Maghribi, urusan dokumentasi agak renyah,” katanya penerbit filem Gates of Lazuardi itu lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pengakuan Ammar Alfian Gambar Tak Senonoh Pelakon Atikah Suhaime Dan Idris Khan?

sumber: malaysiakini

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Chicken Pox

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Chicken Pox

Chicken Pox atau dikenali sebagi penyakit cacar air adalah gelembung air pada kulit merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella.

Pemakanan Sesuai Pesakit Chicken Fox

Chicken Pox akan menyebabkan ruam pasa badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini Chicken Pox mungkin menyebabkan kegatalan.

Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan menyebabkan luka pada mukosa mulut.

Oleh itu, pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan pulih dari serangan virus Chicken Pox.

Ambil Makanan yang Mudah Ditelan

Kanak-kanak yang mengalami luka di dalam mulut akibat cacar air perlu mengambil makanan yang lembut dan tidak perlu dikunyah supaya ia tidak membuatkan keadaan ruam di dalam mulut bertambah teruk.

Antara contoh makanan yang lembut ialah kentang lecek, sup hirisan ayam. Elakkan mengambil makanan yang diproses dan makanan ringan (jajan) yang tidak mengandungi banyak nutrisi. Garam yang berlebihan dalam makanan ringan atau jajan ini akan menyebabkan luka dalam mulut bertambah parah.

Selain daripada masalah luka dalam mulut, demam akibat jangkitan virus boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami selera makan yang berkurangan. Pastikan setiap hidangan yang diambil mengandungi nutrisi yang secukupnya.

Jika kanak-kanak itu tidak mampu menelan makanan separuh pepejal, galakkan dia mengambil banyak makanan yang berbentuk sup atau sekurang-kurangnya minum air suam secukupnya.

Makanan sejuk juga membantu melegakan kesakitan makanan seperti yogurt sejuk, jus buah membantu memberi kelegaan pada mulut dan tekak.

Pilih buah-buahan yang lembut seperti tembikai atau pisang

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat adalah sesuai untuk dimakan dan baik membantu tubuh untuk lebih cepat sembuh.

Pilihlah buah yang lembut seperti pisang atau tembikai.

Elakkan mengambil buah yang berasid seperti oren dan anggur kerana boleh menyebabkan luka dalam mulut menjadi lebih pedih dan sakit. Buah-buahan ini boleh disejukkan dicampur dengan susu atau yogurt dan ais untuk mendapatkan minuman yang tinggi nutrisi dan sedap.

Elakkan Air berkarbonat

Kanak-kanak yang mengalami cacar air perlu memastikan pengambilan air yang cukup. Lapan gelas air sehari termasuklah air kosong, jus atau air berperisa.

Elakkan air berkarbonat yang akan menyebabkan kesakitan pada luk adalam mulut. Elakkan makanan yang pedas dan panas. Makanan yang rangup sepertu kerepek dan keropok perlu dihindar.

Secara saintifiknya makanan seperti kicap, telur dan daging ayam tidak menganggu proses penyembuhan, namun jika terdapat bukti seseorang itu akan mengalami kegatalan terhadap sesuatu makanan, ia harus dielakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan akibat kegatalan yang secara tidak langsung akan melambatkan proses penyembuhan.

Secara saintifiknya, makanan seperti kicap, telur dan daging aym tidak menganggu proses penyembuhan.

Andai kata pesakit cacar air tidak boleh makan atau minum akibat luka dalam mulut yang terlalu teruk, dapatkan nasihat doktor.

Pesakit ini perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan IV drip bagi mengekalkan hidrasinya.

Cacar air jarang menyebabkan komplikasi, kecuali individu yang mengalami risiko sistem imunisasi yang lemah seperti pesakit diabetes, pesakit kanser atau pesakit yang mengambil rawatan steroid.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

sumber: cahayavitamin

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Jutawan bermula dari mindanya. Kekayaan sebenar adalah bermula dari minda seseorang. Anda semua berpotensi menjadi jutawan jika anda tahu sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang jutawan. Kerana itu jutawan-jutawan ini tidak kisah menerima gaji sebanyak itu.

Namun, manusia sering menganggap bahawa jutawan adalah golongan yang bergaji besar dan lumayan, tetapi tahukah kita jutawan hebat ini hanya dibayar gaji sebanyak $1 (RM4.20) sahaja setahun atau kurang daripada itu.

Kami kongsikan 5 Ketua Pegawai Eksekutif yang menerima bayaran gaji $1 atau kurang setiap tahun.

1. Jack Dorsey, Twitter (Gaji pokok Twitter : $0, Square: $2.75)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Nilai kekayaan Jack Dorsey sebanyak $2.6 billion yang diperolehi melalui pegangan saham dalam Twitter dan syarikat pembayaran mudah alih Square yang ditubuhkan pada 2009.

Dorsey tidak menerima apa-apa pembayaran daripada Twiter sebaliknya menerima wang sebanyak $2.75 daripada Square,

Menurut Bloomberg, Dorsey mempunyai peratus pegangan saham sebanyak 26% dalam Square.

Merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah The Walt Disney Co. dan memiliki saham dalam syarikat media dan hiburan melayakkan Dorsey menerima dividen untuk menampung keperluannya.

2. Larry Page & Sergey Brin, Google (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Pada tahun 2005, pengasas Google iaitu Sergey Brin, Larry Page dan Eric Schmidt meminta agar gaji tahunan mereka dikurangkan menjadi 1 dolar.

Pada tahun 2011, gaji Schmidt dinaikkan menjadi $1.25 juta apabila beliau mula memegang jawatan pengerusi eksekutif – satu lonjakan yang juga membawa kepada bayaran anugerah ekuiti bernilai $100 juta.

Walau bagaimanapun Brin dan Page masih lagi mengekalkan penerimaan gaji sebanyak $1 setahun dan mereka tidak mengambil sebarang bayaran bonus ataupun program ekuiti.

Page memiliki sejumlah 23.59 juta unit saham biasa Google Kelas B dan mempunyai kuasa sebanyak 28.1%.

Brin pula memiliki 23.16 juta unit saham Kelas B dan 75,000 unit saham Kelas A, memberikan beliau kuasa pegangan sebanyak 27.6%.

Anggaran nilai aset kedua-dua Brin dan Page pada tahun 2015 adalah $29 bilion setiap orang.

3. Richard Hayne, Urban Outfitters (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Pengasas Urban Outfitters pada tahun 1970 hanya menerima gaji pokok sebanyak $1. Bayaran imbuhannya pula hanyalah $33,273 bagi tahun fiskal 2013 dan $68,487 bagi 2014.

Keputusan Hayne melepaskan bayaran gaji mahal adalah kerana beliau memiliki 17.8% saham dalam syarikat tersebut bernilai $23.18 bilion manakala isterinya memiliki $6.22 juta saham.

Pengerusi syarikat dan presiden ini memegang jawatan Pegawai Eksekutif Utama Peruncit sehingga 2007 sebelum kembali mengemudi syarikat pada tahun 2012 menggantikan Glen Senk sebagai CEO.

4. Larry Ellison, Oracle (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

CEO dengan bayaran paling mahal di Amerika ini hanya menerima bayaran gaji satu dollar setahun. Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran elaun dan imbuhan berjumlah $67.26 juta.

Selain itu beliau juga menerima bayaran imbuhan yang berkaitan kos perbelanjaan dan lain-lain sebanyak $1.5 juta sehingga menyebabkan pemegang-pemegang saham lain tidak senang duduk.

Pemegang saham sebanyak 26% dalam Oracle yang bernilai $1.15 bilion tidak pernah rasa tercabar jika bayaran gaji yang diterimanya sama nilai dengan sebiji pisang.

5. Richard Fairbank, Capital One (Gaji pokok: $0)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Fairbank mengasaskan Capital One bersama Nigel Morris pada tahun 1988 dan tidak pernah mengambil sebarang gaji selama 18 tahun.

Walaupun tidak bergaji, Ketua Pegawai Eksekutif itu masih boleh hidup dengan sempurna.

Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran imbuhan sebanyak $19.61 juta termasuklah bonus tunai bernilai $4.41 juta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

sumber: majalahniaga