Wednesday, November 01, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Oktober 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger terbaik dan pembaca yang sentiasa sudi singgah membaca post di blog ini.

Daun sukun

Begitu pantas rasanya masa berlalu. Tanpa sedar kita sudah pun hampir dipenghujung tahun 2017. Begitu juga senarai blog dan blogger terbaik ini, sudah pun berlanjutan selama 2 tahun.

Tujuannya untuk memberikan pengiktirafan kepada rakan-rakan blogger yang terus sudi hadir berkomentar setiap masa di blog ini.

Respek buat blogger Khir Khalid, otai blogger berbisa paling mesra sejak hampir 5 tahun lalu. Setiap masa pasti hadir memberikan komen.

Untuk pembaca yang suka bacaan ilmiah, jenguklah blog beliau. Seorang perunding strategik sosial dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja dan antara content manager media.

Manatau tuan-tuan perlukan khidmat Khir Khalid. Senang dirunding. :)

Begitu juga beberapa orang blogger baru, mula menunjukkan taring. Pasti berjaya dalam beberapa tahun.

***

Ada satu perkongsian menarik kali ini. Khasiat daun sukun.

Kalau anda semua ada keluarg atau rakan yang punya sakit kencing manis, dapatkan segera sehelai daun sukun. Ambil yang masih diatas pokok, paling tua atau sudah menguning. Jemur sehingga kering, rebus dengan air 1.5 liter selama 10-15 minit dan minum rebusannya 2-3 gelas sehari.

Amalkan sehingga penyakit kencing manis sembuh. Insyaa Allah.

Saya sendiri ada bertemu anak seorang penghidap kencing manis kronik yang berjaya sembuh sepenuhnya dengan meminum rebusan daun sukun. Tapi ingat, ubat hospital jangan sekali-kali ditinggalkan.

Melalui carian di google, daun sukun juga menjadi rawatan alternatif penyakit jantung dan sakit buah pinggang. Tapi saya tak pernah jumpa lagi.

Selamat mencuba.

***

Untuk makluman pembaca, senarai dibawah ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan popular di Malaysia di dalam senarai blog SENTIASAPANAS.

Pembaca semua dengan sukacitanya dijemput berkunjung. Banyak info terbaik yang dikongsikan.

Buat rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA OKTOBER 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

3. Khir Khalid - Khirkhalid.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Lokman Hakim - Hakimramli.com

6. CSB - CSB

7. Lokman Amirul - Lokmanamirul.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Pemain Bola Sepak Di China Dapat Bonus RM13 Juta!

Pemain Bola Sepak Di China Dapat Bonus RM13 Juta!

Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah kelab tempatan di China membuktikan mereka masih hebat walaupun hanya dibarisi anak tempatan.

Bonus rm13 juta

Lebih manis, kejayaan Meizhou Meixian Techand mara ke Liga 1 China musim hadapan menyaksikan semua pemain menerima ‘durian runtuh’ apabila dihadiahkan bonus sebanyak 20 juta yuan (kira-kira 12.8 juta) setiap seorang.

Portal tempatan Goal.com melaporkan, ganjaran lumayan tersebut diberikan pemilik kelab bagi meraikan kejayaan pasukan itu setelah mengalahkan Shenzen Ledman dalam perlawanan play-off dengan keputusan aggregat 3-1.

Gambar para pemain bersama hadiah insentif mereka itu mula tersebar tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sejak malam tadi, dan turut dikongsikan melalui akaun twitter Liga 2 China, @Chinaleaguetwo.

Pasukan yang ditubuhkan oleh Dongguan City Sports Bureau sejak tahun 2003 itu dilaporkan hanya menampilkan aksi 31 pemain tempatan tanpa seorang pun kelibat pemain import, dan berpangkalan di wilayah Guangdong.

Ia kini dimiliki oleh firma Shenzhen Tiehan Ecological Environment Co., Ltd, sebuah syarikat tempatan yang aktif menjalankan perniagaan kejuruteraan dan pembinaan sebagai pemegang saham terbesar pasukan tersebut.

Kuasa wang pemilik kelab bola sepak di China bukan lagi satu rahsia, dengan kemampuan mereka untuk menarik pemain dan jurulatih ternama seperti Axel Witsel, Carlos Tevez, Marcello Lippi dan Sven-Göran Eriksson.

Ramai warga asing beraksi dalam Liga Super China memeriahkan arena bola sepak tempatan, tetapi kejayaan Meizhou Meixian Techand di bawah jurulatih Hong Kong, Li Haiqiang memang unik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Pemain Bola Sepak Paling Mahal Di Dunia

sumber: mynewshub

Pesakit Kronik Buah Pinggang Rayu Bantuan

Pesakit Kronik Buah Pinggang Rayu Bantuan

“Nak makan pun saya terpaksa hutang kedai, cukup duit baru saya bayar,” luah seorang pesakit buah pinggang kronik, Baie Dol, 44.

Baie Dol

Baie yang menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Kasih Tebuk Pulai, Sabak Bernam, hidup dalam serba kedaifan setelah tidak lagi mampu bekerja akibat hilang upaya sejak lima tahun lalu.

Baie yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, peningkatan kos sara hidup sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

“Nak kerja pun dah tak mampu sebab lutut kaki tak boleh nak lurus. Saya buntu fikirkan nasib diri,” katanya.

Baie berkata, dia bergantung sepenuhnya bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) yang memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM150 sebulan.

“Kalau ikutkan bantuan ini tak cukup sebab semua barang makin mahal.

“Saya mohon jasa baik Zakat Selangor naikkan kadar bantuan bulanan,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa berulang-alik tiga kali seminggu ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan dialisis.

“Saya pula tak ada kenderaan. Nak ke sana pun susah sebab terpaksa minta tolong kawan.

“Kadang-kadang terpaksa upah sekadar yang mampu supaya saya dapat jalani dialisis,” katanya.

Akibat kesempitan itu juga, Baie berkata, bekalan elektrik di rumahnya itu juga sudah dipotong sejak dua minggu lalu.

“Saya berjalan pun guna tongkat. Bila nak ke bilik air susah sebab bergelap waktu malam hingga terpaksa guna lampu suluh.

“Nak bayar elektrik memang saya tak mampu, duit yang ada ni pun nak bayar hutang makan dan keperluan lain,” katanya.

Baie yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 18 tahun lalu memberitahu, dia sebelum ini pernah berkahwin pada tahun 2000, bagaimanapun berpisah lima tahun lalu.

“Saya pula tak ada anak. Nak urus kehidupan sendiri memang susah. Tapi apa boleh buat, saya terpaksa teruskan kehidupan ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Baie di talian 019-2927772.

BACA INI JUGA: Mualaf Mohon Bantuan Melalui Facebook, Serik Birokrasi MAIWP!

sumber: sinarharian

Pakar Akui Lap Najis Guna Tisu Tandas Tidak Bersih

Pakar Akui Lap Najis Guna Tisu Tandas Tidak Bersih

Pakar memberi amaran bahawa tisu tandas tidak membantu langsung dalam membersihkan najis walaupun perkara itu diamalkan sebilangan besar masyarakat seluruh dunia.

Tisu

Menurut beberapa doktor, mengesat bahagian anus terlalu kerap akan menimbulkan masalah kesihatan seperti luka di bahagian itu dan jangkitan saluran kencing, lapor akhbar Britain, Daily Mail.

Amalan ini khususnya dipraktikkan oleh masyakarat di Amerika Syarikat, meskipun negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom dan Jerman sudah pun menyediakan paip semburan air di dalam tandas mereka bagi tujuan pembersihan diri.

Rose George, penulis buku The Big Necessity: The Unmentionable World of Human Waste and Why It Matters, menjelaskan mengapa menggunakan tisu tandas tidak membantu dalam membersihkan punggung selepas membuang air besar.

“Saya dapati ianya mengejutkan apabila jutaan manusia berjalan dengan anus yang kotor dan menganggapnya benar-benar sudah bersih.

"Tisu tandas hanya ‘mengalihkan’ najis itu, tapi tidak membuang najis tersebut,” kata George.

Malah, selebriti ternama antarabangsa seperti penyanyi Will.i.am daripada kumpulan Black Eyed Peas, Will Smith, Terence Howard dan Gwiyneth Paltrow turut mengesyorkan agar orang ramai menggunakan tisu lembap untuk membersihkan anus mereka supaya lebih bersih.

Secara logiknya, mengelap dubur secara agresif menggunakan tisu tandas akan mengakibatkan kerengsaan pada bahagian tersebut seperti bisul dan buasir.

Bisul dubur terjadi apabila terdapat luka di bahagian dalam rektum dan boleh menyebabkan pendarahan atau kesakitan ketika membuang air besar.

Buasir adalah urat dan tisu yang bengkak di rektum dan dubur. Penyakit ini lebih serius berbanding bisul dan adakalanya lebih susah untuk dirawat.

Buasir luaran pula berlaku di sekitar pembukaan dubur dan biasanya terjadi oleh kerana kawasan itu dilap dengan agresif, namun ianya boleh dirawat dengan krim atau ubatan.

Oleh itu, pakar kesihatan di AS mengesyorkan agar setiap tandas dilengkapi dengan penyembur air bagi membiasakan orang ramai membersihkan dubur dan bahagian sulit mereka menggunakan air supaya lebih bersih.

Jika tidak bersih, bakteria akan lebih mudah menjangkiti saluran kencing seseorang terutamanya wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Saintis Sahkan Najis Manusia Mengandungi Emas!

sumber: mynewshub

Ratu Cantik Miss Universe Malaysia Pertaruh Imej Nasi Lemak!

Ratu Cantik Miss Universe Malaysia Pertaruh Imej Nasi Lemak!

Identiti nasi lemak sebagai makanan tempatan paling sinonim dengan rakyat Malaysia tidak terhad dengan variasi dalam bentuk menu makanan unik seperti burger nasi lemak atau ais krim nasi lemak.

Samantha Katie James

Terbaru, ratu cantik Malaysia 2017 bakal menggayakan gaun bertema nasi lemak untuk pertandingan ratu cantik dunia di Las Vegas 2017.

Samantha Katie James diumumkan bakal memperagakan gaun rekaan pereka fesyen Brian Khoo itu bagi kategori pakaian kebangsaan melalui sidang media di Petaling Jaya.

Sementara itu, facebook rasmi Miss Universe Malaysia menyiarkan gambar Samantha memakai gaun nasi lemak yang dimaksudkan.

Gaun putih itu lengkap dengan perhiasan berupa telur goreng, ikan bilis, timun serta sambal di bahagian hadapan menutupi separuh badannya.

Samantha Katie James

Bahagian belakang gaun itu pula dilekatkan perhiasan menyerupai daun pisang yang juga seakan-akan kepak rama-rama sekaligus membuatkan gadis kacukan Cina-Brazil dari Klang itu seakan-akan watak fantasi ratu nasi lemak.

Rata-rata komentar pengguna facebook pada gambar itu menyatakan mereka suka dan berbangga makanan rakyat Malaysia itu dijadikan tema untuk pertandingan ratu cantik peringkat dunia.

BACA INI JUGA: Kisah Pahit Ratu-Ratu Cantik Miss Malaysia

sumber: mk

Kejadian Pelik Gadis Tertidur Selama 12 Hari Di Indonesia

Kejadian Pelik Gadis Tertidur Selama 12 Hari Di Indonesia

Seorang budak perempuan berusia 14 tahun mengejutkan doktor di bandar ini selepas dia tidur selama 12 hari.

Siti Raisa Miranda

Siti Raisa Miranda dilaporkan tidur di rumahnya pada 11 Oktober lalu selepas mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober 2017 lalu.

Bapanya, Mulyadi memberitahu, selepas Siti Raisa tidak terjaga daripada tidur dia membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu keadaan anak saya normal dan dia tidak mengalami sebarang penyakit,” katanya.

Menurutnya, pada pagi Ahad sebelumnya, Siti Raisa membuang air kecil di atas katil dan isterinya memapah gadis itu ke bilik air untuk dimandikan.

“Selepas mandi Siti Raisa tiba-tiba membuka mata tetapi dia kelihatan masih bingung dan tidak banyak bercakap atau bergerak.

“Siti Raisa juga kelihatan lemah dan lebih suka berbaring di katil serta tidak bertindak balas dengan keadaan sekeliling,” jelasnya.

Katanya, doktor memberitahu Siti Raisa mungkin menghidap sindrom ‘Puteri Tidur’ yang menyebabkan seseorang itu tidur untuk jangka masa yang lama.

“Doktor memberitahu punca sindrom itu tidak diketahui dan keadaan anak saya dijangka akan pulih seperti biasa,” katanya.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Saintis Bingung Selepas Kanak-kanak Tertidur Selama 11 Hari

sumber: hmetro

Model Rusia Vlada Dzyuba Hanya Di Bayar RM35 Sehari Sampai Meninggal!

Model Rusia Vlada Dzyuba Hanya Di Bayar RM35 Sehari Sampai Meninggal!

Kematian seorang model remaja cantik dari Rusia akibat keletihan melampau ketika bekerja di China, telah mengejutkan ramai, namun apa yang lebih mengejutkan ialah Vlada Dzyuba, berusia 14 tahun hanya dibayar RM35 sehari.

Vlada Dzyuba

Bukan itu sahaja, Vlada yang tercicir pelajaran di sekolah, hanya mempunyai kontrak selama tiga bulan sahaja di China dan dia melakukannya kerana mahu memenuhi cita-cita menjadi supermodel.

Disebabkan pendapatan yang sedikit itu, dia terpaksa membayar sendiri tambang penerbangan, hotel dan makanan.

Kematiannya itu ternyata telah mencetuskan kebimbangan ramai bagaimana kanak-kanak dieksploitasi dalam industri glamor itu.

Vlada, yang berasal dari Perm itu dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan melampau dan meningitis ketika menunggu tugas baru, ditempat jauh beribu batu dari rumahnya.

Remaja itu juga takut untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mempunyai insuran perubatan di China.

Sebelum koma, Vlada telah menghubungi ibunya di Rusia bahawa dia sangat keletihan. Sebelum itu Vlada menghadiri sesi penggambaran untuk barang kemas selama 13 jam.

Kini ibunya, Oksana tidak mempunyai wang untuk membawa pulang mayat anaknya, justeru mayatnya akan dibakar dan abu remaja berkenaan akan diterbangkan ke kampung halamannya dalam masa sebulan.

Diplomat Rusia di China bagaimanapun meminta agar urusan pembakaran Vlada ditangguhkan sehingga ibunya tiba di China.

Sementara itu, agensi modeling di China menafikan gadis itu terlebih kerja namun timbul kebimbangan bagaimana dia boleh bekerja di situ tanpa ditemani oleh ibunya dan datang ke China tanpa insurans perubatan.

Jika di Rusia, dia hanya dibenarkan bekerja tiga jam sahaja dalam seminggu. Penyiasat di Rusia dan pakar hak asasi manusia kini sedang menyiasat kematian Vlada.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Vlada Dzyuba, Model Cantik Rusia Maut Selepas Keletihan Melampau

sumber: mynewshub

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan November?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan November?

Dalam kalendar asal Rom, November adalah bulan kesembilan dan mendapat namanya dari perkataan Latin "novem" yang bermaksud sembilan.

November

Walau bagaimanapun, ia menjadi bulan kesebelas ketika orang Rom menambah bulan Januari dan Februari dalam kalender.

Sepanjang sejarah, November sering dianggap sebagai bulan yang suram kerana ia menandakan bermulanya musim sejuk.

Kebanyakan orang akan menghabiskan sepanjang bulan selepas musim menuai, menyediakan makanan di dalam rumah mereka untuk bertahan pada musim sejuk.

November dalam bahasa Lain:
  • Bahasa Cina (Mandarin) - shíyiyuè
  • Bahasa Denmark - november
  • Bahasa Perancis - novembre
  • Bahasa Itali - novembre
  • Latin - November
  • Bahasa Sepanyol - noviembre

Nama Bersejarah:
  • Romawi - November
  • Saxon - Blotmonath
  • Germanic - Nebel-mond (Fog month)

Fakta menarik Tentang Bulan November:
  • November adalah bulan terakhir musim gugur.
  • November di Hemisfera Utara adalah serupa dengan Mei di Hemisfera Selatan.
  • Pilihan raya diadakan di Amerika Syarikat pada hari Selasa selepas Isnin pertama pada bulan November.
  • Khamis ketiga pada bulan November adalah Smokeout Besar Amerika.
  • Perokok digalakkan oleh American Cancer Society untuk berhenti merokok pada bulan ini.
  • Sesetengah gereja Kristian merayakan Hari All Saint pada hari pertama November dan All Souls Day pada hari ke-2.
  • Bola sepak Amerika adalah sukan utama yang ditonton di Amerika Syarikat pada bulan November.
  • Kebanyakan, jika tidak semua, daun telah gugur dari pokok pada akhir bulan November.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Oktober?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 November)

Tarikh 1 November merupakan hari ke 305 (hari ke 306 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 60 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mukhriz Mahathir

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Algeria (1954), Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981) dan Hari Vegan Sedunia.

Peristiwa

1512 - Siling Gereja Sistine siap dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.

1520 - Penjelajah maritim Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.

1755 - Gempa bumi 9.0 Mw dan tsunami memusnahkan Lisbon, mengorbankan sehingga 100,000 nyawa di Portugal dan Maghribi, dan membawa kepada kelahiran kejuruteraan gempa bumi dan seismologi moden.

1800 - John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.

1922 - Dinasti Uthmaniah secara rasmi dibubar sepenuhnya selepas memerintah Turki selama 623 tahun dan ditamatkan pemerintahan kekhalifahan islam. Turki menjadi sebuah negara sekular.

1954 - Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.

1955 - Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam Perang Vietnam.

1963 - Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.

1993 - Perjanjian Maastricht mula berkuatkuasa, secara rasmi menubuhkan Kesatuan Eropah.

Kelahiran

1762 - Spencer Perceval, seorang Perdana Menteri United Kingdom.

1839 - Ahmed Muhtar Pasha, seorang jeneral Empayar Uthmaniyyah.

1964 - Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Oktober)

sumber: wikipedia