Saturday, October 28, 2017

Catalonia Istihar Merdeka Dari Negara Sepanyol

Catalonia Istihar Merdeka Dari Negara Sepanyol

Parlimen Wilayah Catalonia mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol pada Jumaat (27/10/2017), walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini tidak sah.

Catalonia merdeka

Menurut Reuters, usul kemerdekaan itu diluluskan ketika persidangan 135 ahli parlimen dengan 70 menyokong, 10 menentang dan dua berkecuali.

Catalonia ialah wilayah perniagaan terkaya di Sepanyol dengan bandar raya utamanya Barceola.

Perdana Menteri Sepanyol, Minister Mariano Rajoy, yang meminta semua pihak bertenang berkata, undang-undang akan ditegakkan di Catalonia.

Dalam kenyataannya melalui Twitter, beliau berkata, “Saya meminta semua rakyat Sepanyol bertenang. Undang-undang akan dikembalikan di Catalonia.”

Sementara itu, AFP melaporkan, puluhan ribu rakyat Catalonia yang berkumpul di luar parlimen menonton persidangan di layar besar, bersorak gembira selepas pengumuman kemerdekaan itu dibuat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Siapa Sebenarnya Bangsa Catalan Yang Menuntut Wilayah Catalonia Merdeka Dari Sepanyol?

sumber: sinarharian

Otak Kanak-kanak Terabai Lebih Kecil Dan Tidak Berkembang

Otak Kanak-kanak Terabai Lebih Kecil Dan Tidak Berkembang

Kedua-dua imbasan otak dibawah ini dimiliki oleh dua kanak-kanak berusia sama iaitu tiga tahun, tetapi mengapa saiznya berbeza antara satu sama lain?

Otak anak

Imej otak di sebelah kiri lebih besar manakala imej otak sebelah lebih kecil, selain bahagian-bahagian otak yang gelap dan tidak jelas.

Kepada ahli neurologi yang menyelidik perbezaan tersebut, penemuan sedemikian dianggap menakjubkan dan pada masa yang sama, menakutkan.

Apa perkara yang mungkin mendorong perubahan radikal terhadap pertumbuhan otak kanak-kanak? Kebanyakannya mungkin mengatakan ianya berkaitan dengan penyakit atau kemalangan.

Salah. Jawapannya ada kaitan dengan hubungan antara ibu bapa dan anak mereka sendiri.

Cara layanan berbeza

Kedua-dua otak terlibat diberikan layanan yang berbeza dimana salah seorangnya dilayan dengan baik oleh ibunya dan pemiliknya pula merupakan seorang kanak-kanak yang responsif.

Sebaliknya, otak mereka yang diabaikan dan didera menghadapi kekangan dari segi tumbesaran.

Ahli neurologi, profesor Allan Schore dari UCLA menegaskan perkembangan sel otak berkait rapat dengan kesan interaksi diantara penjaga (ibu bapa).

Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa interaksi yang positif akan menggalakkan perkembangan otak yang lebih responsif dan sihat.

Kekangan pertumbuhan otak yang disebabkan oleh pengabaian dan pelbagai jenis penderaan bergantung kepada beberapa perkara.

Lebih teruk penderaan dan pengabaian tersebut, maka lebih teruklah kerosakan pada otak.

80 peratus sel otak dibentuk dua tahun pertama selepas dilahirkan. Jika pertumbuhan tersebut diganggu, maka kerosakannya akan menjadi kekal.

Impak kepada masyarakat

Penemuan ini melibatkan kesan yang mendalam kepada para ibu bapa dan anak-anak.

Unsur-unsur seperti tidak cukup pendidikan, kemiskinan, ketagihan dadah dan jenayah yang wujud dalam keluarga juga proses perkembangan otak.

Apabila anak-anak yang diabaikan menjadi ibu bapa, kitaran pengabaian tersebut berpotensi bersambung dan mereka juga akan mengabaikan anak mereka.

Anak-anak yang dijaga oleh ibu bapa yang pernah diabaikan berpotensi gagal dalam pelajaran, terjebak dalam masalah dadah, susah mencari pekerjaan malah lebih cenderung melakukan keganasan.

Tidak syak lagi pencegahan pada peringkat awal mampu memberi perbezaan besar kepada ibu bapa dan anak.

Selain keluarga, kerajaan dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam masalah ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Cara Didik Anak Lebih Pintar

sumber: sinarharian

Fenomena Penumpang Ghaib Paranormal Barat

Fenomena Penumpang Ghaib Paranormal Barat

Fenomena penumpang ghaib (phantom hitchhiker) merupakan satu kajian popular dalam bidang paranormal Barat. Fenomena penumpang ghaib banyak dilaporkan kerana kejadian sebegini berlaku di seluruh dunia.

Phantom-hitchhiker

Dalam kajian fenomena ini mendapati, sebahagian besar kes penampakan jelmaan berlaku kerana halusinasi.

Sebahagian lagi kerana pengambilan dadah dan alkohol, kabus akibat hujan atau dari punca air berdekatan serta projeksi minda.

Projeksi minda bermaksud imaginasi kita tanpa disedari telah mencipta objek yang dibayangkan kewujudannya.

Imaginasi ini lahir akibat rasa takut atau teringat kisah-kisah menakutkan yang pernah kita dengar dan lihat atau tonton.

Akhirnya, kita melihat apa yang kita bayangkan.

Kejadian-kejadian ini kemudiannya disebarkan dari mulut ke mulut dan akhirnya bertukar menjadi cerita dongeng popular (urban legends).

Bagaimanapun, apabila diselidiki ternyata cerita itu tidak benar dan penuh tokok tambah.

Jadi, kenapa kita perlu takut kepada hantu? Ia bukannya syaitan, tetapi tenaga emosi, halusinasi dan projeksi minda semata-mata.

Namun, kajian ini hanyalah salah satu daripada sekian banyak teori tentang kepalsuan hantu.

Para pengkaji paranormal turut mendapati, air, perabot, kipas dan dinding juga boleh menjelmakan hantu!

Walau bagaimanapun, banyak persoalan lain yang tidak dapat dijelaskan oleh pengkaji misalnya, objek-objek seperti daun dan wang yang ditinggalkan oleh 'hantu' yang menumpangi sesebuah kenderaan.

Namun, para pengkaji terus berusaha untuk mencari jawapan saintifik bagi menangkis kewujudan hantu.

Kajian-kajian Barat juga mendapati, semakin tinggi tahap IQ dan tahap kebijaksanaan seseorang, semakin tipis kemungkinan dia akan melihat hantu.

Dalam erti kata lain, orang yang sering melihat hantu adalah orang kurang pandai atau..

Sekadar perkongsian ilmu. Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

-SENTIASAPANAS.COM

4 Tips Menjadi Penumpang Lima Bintang Uber Dan Grab

4 Tips Menjadi Penumpang Lima Bintang Uber Dan Grab

Walaupun penumpang mempunyai hak menentukan 'rating' kepada pemandu Grab dan Uber, namun mereka perlu sedar implikasi yang timbul apabila kurangnya jumlah kenderaan 'ride-hailing' ini di lokasi mereka.

Uber Grab

Tempoh masa menunggu akan menjadi lebih panjang dan besar kemungkinan tiada langsung kenderaan yang mahu mengambil mereka.

Untuk itu, pemberian rating yang wajar dapat membantu meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu.

Sepertimana anda mahukan yang terbaik sepanjang perjalanan ke destinasi, begitu jugalah yang diharapkan pemandu terhadap anda.

Tahukah anda yang pemandu ride-hailing juga boleh menetapkan rating kepada penumpang?

Penarafan penumpang yang terlalu rendah boleh mengakibatkan perjalanan anda jauh lebih sukar dan permintaan anda mungkin ditolak.

Bagi memastikan ‘rating’ anda sebagai penumpang adalah tinggi, berikut tip untuk menjadi penumpang yang 5-star.

1. Bersedia di lokasi ‘pick up’

Kebanyakan penumpang akan memasukkan alamat tepat pada aplikasi Uber atau Grab. Namun begitu, bagi mereka yang berada di bangunan besar, pusat beli-belah dan rumah yang terletak di tengah-tengah blok, adalah amat sukar untuk pemandu mengenal pasti lokasi sebenar anda.

Tip Pro:
  • Turunkan pin lokasi ‘pick up’ anda secara manual pada aplikasi Uber/Grab. Walaupun ia memerlukan sedikit usaha tambahan, langkah ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kekeliruan apabila pemandu cuba mencari lokasi anda.

2. Beri ‘rating’ berdasarkan perkhidmatan, bukan jenama kereta

Adakah jenama kenderaan pemandu itu penting? Jangan berfikiran cetek dan hanya memikirkan kemegahan.

Terimalah hakikat yang kenderaan itu adalah hak milik pemandu yang digunakannya untuk mencari nafkah, dan bukan kereta anda.

Tip Pro:
  • Janji selesa dan sampai destinasi dengan selamat.
  • Berikan ‘rating’ berdasarkan kualiti perkhidmatan mereka.

3. Pakai tali pinggang keledar

Pemakaian tali pinggang keledar adalah untuk tujuan keselamatan dan penumpang yang didapati tidak memakainya akan dikenakan denda RM300.

Tip Pro:
  • Tiada undang-undang istimewa yang menyatakan penumpang Uber atau Grab tidak perlu memakai tali pinggang keledar. Jadi pakailah tali pinggang keselamatan yang disediakan.
  • Jangan memudaratkan pemandu anda yang mungkin akan dikenakan denda disebabkan oleh perbuatan anda yang tidak bertanggungjawab.

4. Hargai pemandu anda

Anda perlu ingat pemandu anda juga manusia biasa yang punya perasaan, dan sepertimana anda, masa mereka juga berharga.

Tip Pro:
  • Adakah pemandu anda sudah tiba? Jangan buat pemandu anda tunggu terlalu lama.
  • Bersopan-santun. Jangan tinggikan suara dan elak gunakan bahasa kasar.
  • Jangan hempas pintu.
  • Jaga kebersihan kenderaan. Makan, minum dan merokok adalah dilarang sama sekali!
  • Jangan bawa haiwan peliharaan kecuali dibenarkan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Oktober)

Tarikh 28 Oktober merupakan hari ke 301 (hari ke 302 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 64 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tianhe-I
Super Komputer Tianhe-I.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ohi di Greece (1940), Hari Perayaan Simon si Zilot dan Jude (Kristian Barat) dan Hari Kemerdekaan di Republik Czech daripada Austria-Hungary.

Peristiwa

312 - Maharaja Rom Constantine Agung menewaskan Maxentius dalam Pertempuran Jambatan Milvian, dan dengan itu menamatkan Tetrarki.

1886 - Di Pelabuhan New York, Presiden Amerika Syarikat Grover Cleveland mentahbiskan Patung Liberty yang merupakan hadiah daripada Perancis bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.

1914 - Pertempuran Pulau Pinang berlaku di antara Empayar Rusia dan Empayar Jerman.

1918 - Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.

1922 - Kumpulan Fasis Blackshirts berarak menuju ke Rome untuk mengambil alih kerajaan Itali.

1940 - Kempen Balkan dalam Perang Dunia Kedua: Itali menyerang Greece selepas Greece menolak kata dua Itali.

1954 - Kerajaan Belanda diasaskan semula sebagai federasi dengan pengisytiharan Piagam Kerajaan Belanda.

2007 - Cristina Fernández de Kirchner terpilih menjadi Presiden Argentina wanita yang pertama, menggantikan suaminya Néstor Kirchner.

2009 - Penerbangan ujian pertama dalam program Ares I, Ares I-X berjaya dilancarkan NASA.

2010 - Tianhe-I di Tianjin, Republik Rakyat China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.

2011 - Teater Bolshoi di Moscow dibuka semula selepas pengubahsuaian enam tahun berharga 21 bilion rubel (AS$ 680 juta).

2012 - Parti Demokratik Sosial memenangi kemajmukan dalam pilihan raya parlimen bagi negara Lithuania.

Kelahiran

1956 - Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran ke-6.

1981 - Milan Baros, pemain bola sepak Elman F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Oktober)

sumber: wikipedia

Friday, October 27, 2017

Gadis Kahwin Awal Berisiko Sakit Mental

Gadis Kahwin Awal Berisiko Sakit Mental

Gadis yang berkahwin pada usia 18 tahun ke bawah lebih cenderung untuk menghidap masalah mental seperti kemurungan dan bipolar.

Bawah umur

Kajian oleh National Epidemiologic Survey on Alcohol and Related Conditions yang diterbitkan jurnal Pediatrics di Amerika Syarikat itu juga mendapati perkahwinan bawah umur juga boleh membawa kepada masalah ketagihan arak, dadah dan rokok.

Ketua kajian berkenaan Dr. Yann Le Strat telah membuat kaji selidik ke atas 18,000 wanita dan mendapati bahawa terdapat 41 peratus peningkatan dalam risiko masalah mental.

Penemuan ini membuktikan perkahwinan bawah umur boleh menyebabkan trauma psikologi.

Bagi membendung isu perkahwinan bawah umur di Malaysia pelbagai usaha dilakukan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

NGO-NGO ini antara lain mahu kerajaan menyekat perkahwinan bawah umur dan beranggapan perkahwinan bawah umur bukan jalan keluar kepada jenayah seksual.

Malaysia membenarkan gadis perempuan beragama Islam seawal usia 16 tahun berkahwin, selepas mendapat keizinan ibu bapa dan mahkamah syariah.

Sementara bagi bukan Islam pula, gadis berusia 16 dan 17 tahun perlu mendapat kebenaran menteri besar atau ketua menteri untuk berkahwin.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan terdapat lebih 9,061 perkahwinan kanak-kanak dicatatkan di Malaysia dalam tempoh antara 2010 hingga 2015.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula mencatatkan sebanyak 6,268 kes perkahwinan bawah umur bagi umat Islam – di bawah umur 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk perempuan dalam tempoh 2010 hingga 2015.

Dalam tempoh masa yang sama, sebanyak 2,775 kes perkahwinan bawah umur untuk orang bukan beragama Islam telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Sebab Mengapa Seronok Kahwin Muda!

sumber: astroawani

Diet Epal Hijau Mampu Turunkan Berat Badan

Diet Epal Hijau Mampu Turunkan Berat Badan

Percaya atau tidak, epal hijau yang nilainya hanya berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?

Diet

Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model? Jom baca artikel dibawah.

Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Epal secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan.

Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal.

Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah.

Kalori bagi sebiji epal 154g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan, jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

Apa itu diet Epal hijau?

3 Kelebihan Epal Hijau

1. Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22g per 154 g epal.

Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

2. Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia.

Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan.

Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

3. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah epal kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C.

Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.

Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet dengan epal hijau.

Cara diet Epal hijau

(Anda mampu menurunkan 4kg dalam masa sebulan dengan diet ini)

Sarapan
  • Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi
  • Jus Epal Hijau

Lunch
  • Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3
  • Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 petang
  • Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)

10 malam sebelum tidur
  • Jus Epal Hijau

*Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.

Tapi perlu ingat, jus epal hendaklah blender sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan membuatkan anda merasa kenyang.

Ia juga amat sesuai untuk semua golongan, lelaki dan juga perempuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

sumber: diarikurus

5 Negara Populasi Muslim Paling Ramai Di Dunia

5 Negara Populasi Muslim Paling Ramai Di Dunia

Apabila disebut tentang Islam, pasti secara automatik ramai yang akan membayangkan masyarakat Arab yang tinggal di Timur Tengah. Imeh berjubah putih, berjanggut panjang, padang pasir dan wanita berniqab terus muncul sehinggakan ramai yang percaya Islam itu Arab dan Arab itu Islam.

Tetapi tahukah kita negara manakah yang paling ramai orang Islam? Mari kami beritahu dulu - tidak ada satupun negara Arab yang yang berada pada kedudukan teratas.

Jadi, negara mana sebenarnya yang mempunyai populasi Muslim paling ramai di dunia?

1. Indonesia

Indonesia

Dengan seramai 202 juta orang Muslim, Indonesia adalah negara dengan populasi Muslim terbesar dunia. Hampir 87.2% penduduk Indonesia beragama Islam.

Majoritinya tinggal di daerah Jawa, Sumatera, Nusa, Tenggara, Sulawesi, Kalimantan dan Maluku.

Indonesia juga adalah tempat di mana badan Islam terbesar dunia wujud iaitu gerakan Nadhlatul Ulama yang mempunyai 40 juta pengikut.

Majoriti penganut Islam di Indonesia mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Shafi'i yang sama dengan Malaysia.

Dianggarkan seramai 1 juta mengamalkan ajaran Syiah dan 400 ribu mengamalkan ajaran Ahmadi.

2. Pakistan

Pakistan

Populasi Muslim di Pakistan seramai 176 juta orang menjadikan Islam sebagai agama terbesar dan agama rasmi negara Pakistan. Hampir 97% penduduk Pakistan adalah Muslim.

Pada zaman pemerintahan Jeneral Muhammad Zia ul-Haq dari 1977 hingga 1988, Pakistan memperkenalkan hukum hudud terhadap beberapa jenayah yang dipersetujui.

Dianggarkan lebih 90% penganut Islam di Pakistan mengamalkan ajaran Sunni sementara selebihnya mengamalkan Syiah, Ahmadiyya dan Qurani.

3. India

India

Walaupun mempunyai 168 juta penganut Islam di India, Islam bukanlah agama terbesar di sana.

Muslim hanya sekitar 15% daripada jumlah populasi India sementara majoritinya pula adalah penganut agama Hindu.

Majoriti pengikut Islam di India mengamalkan ajaran Sunni berpandukan kepada mazhab Hanafi sementara beberapa kelompok lain mengamalkan ajaran Syiah, Sufi dan satu kelompok yang dinamakan Quranis.

4. Bangladesh

Bangladesh

Bangladesh mempunyai 145 juta penganut Islam merangkumi 90.4% jumlah penduduk Bangladesh.

Penduduk Islam Bangladesh pula lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai Muslim berbanding Bangladeshi walaupun Bangladesh sendiri adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sekular.

Penduduk Bangladesh rata-ratanya mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Hanafi selain daripada golongan minoriti Syiah yang diamalkan BIhari dan gerakan Ahmadiyya yang hanya merangkumi 100 ribu orang pengikut.

5. Nigeria

Nigeria

Nigeria, negara yang mendapat persepsi negatif hasil daripada usaha-usaha scammer Nigeria satu masa dulu memperdayakan pengguna internet, menduduki tempat ke 5 dalam jumlah populasi Muslim di dunia.

Dianggarkan serama 77.3 juta orang Islam tinggal di Nigeria mewakili 65.5% penduduk sana.

Majoriti penduduk Islam di sana mengamalkan ajaran Sunni yang berpandukan mazhab Maliki, sementara terdapat sekelompok kecil pengikut Syiah dan Ahmaddiyya di Nigeria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ireland No 1 Negara Paling Islamik Di Dunia, Malaysia Ke 33

sumber: iluminasi