Sunday, August 20, 2017

4 Tips Psiko Penemuduga Supaya Mental Anda Tak 'Koyak'

4 Tips Psiko Penemuduga Supaya Mental Anda Tak 'Koyak'

Awas. Sudah menjadi kebiasaan penemuduga untuk buat mental anda koyak supaya mereka dapat lihat bagaimana anda mengawal tekanan yang mereka berikan.

Tips Psiko Penemuduga

Adakah anda bakal tempuhi cabaran temuduga lagi dalam masa terdekat? Jika ya, di sini kami ingin kongsi beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan keyakinan diri sebelum anda bertemu para penemuduga.

Sebelum ini pun, anda pasti merasa kecewa apabila penemuduga dengan mudahnya buat diri anda mental breakdown hanya dengan soalan yang remeh.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda sewaktu proses temuduga nanti.

1. Warna pakaian main peranan tonjolkan imej diri

Warna pakaian

Sebenarnya setiap warna pemakaian cerminkan tanggapan yang berbeza. Jadi mari kita lihat Apa maksud warna baju untuk setiap warna yang anda pilih sebelum proses temuduga.
  • Coklat: Anda seorang yang berkaliber dan boleh diharap.
  • Merah: Simbol kekuatan.
  • Biru: Team player.
  • Hitam: Anda ingin tonjol bakat kepimpinan dalam diri.
  • Kelabu: Bersikap logik dan sentiasa ingin tahu.
  • Putih: Kemas dan tak serabut.

Sudah nampak warna pilihan anda? Kalau ya, cuba pakai untuk proses temuduga yang akan datang.

2. Beri jawapan selari dengan umur penemuduga

Penemuduga

Cara menjawab pun dah boleh pengaruh tanggapan penemuduga terhadap anda, jadi janganlah suka hati sembur jawapan.

Perhatikan saja lingkungan umur mereka:
  • Generasi Y (20an – 30an): Tekankan keupayaan multitask dan bawa sample kerja-kerja lama.
  • Generasi X (30an – 50an): Fokus pada tahap kreativiti dan kepentingan work-life balance dalam mempengaruhi prestasi kerja.
  • Baby Boomer (50an dan 70an): Anda perlu buktikan bahawa diri rajin berusaha dan hormati pencapaian mereka terhadap syarikat.
  • Silent Generation (70an dan 90an): Tonjolkan kesetiaan dan komitmen terhadap kerjaya sebelum ini.

3. Tiada salahnya kalau beri pujian pada syarikat tanpa perlu ‘try hard’

Try hard

Sudah terbukti melalui kajian daripada University of Washington dan the University of Florida bahawa calon pekerja yang cuba promote diri dengan dengan gaya selamba mempunyai potensi tinggi untuk diambil kerja.

Jadi, penting untuk anda kaji dahulu syarikat yang ingin ambil anda bekerja supaya anda tahu di mana anda perlu puji bakal majikan anda itu nanti.

Tak salah untuk anda beri kredit kepada bakal majikan anda, cuma jangan berlebihan. Nanti nampak macam anda terlalu desperate pula.

4. Tenang ketika perjelaskan kelemahan diri

Tenang

Soalan yang paling digeruni setiap job seeker – “What’s your greatest weakness?” Waktu inilah bermacam-macam jawapan yang akan muncul. Rata-rata semuanya klise di telinga sesiapa pun.

Hati-hati kerana melalui soalan saja, penemuduga mampu mengagak kejujuran diri anda. Kurangkan keraguan penemuduga, jawab saja soalan secara santai dan sempoi.

Tambah juga dengan berkata kelemahan anda itu boleh dibaiki di masa akan datang.

Selamat berjaya!

BACA INI JUGA: 5 Tips Temuduga Paling Berkesan

sumber: thevocket

Nak Perut Kempis Bak Selebriti? Minumlah Detoks Timun Sebelum Tidur

Nak Perut Kempis Bak Selebriti? Minumlah Detoks Timun Sebelum Tidur

Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

Detoks Timun

Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detoks timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

Ya. Timun.Untuk pengetahuan anda, timun merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, malah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda?

Ini antara kebaikan minuman detoks timun:

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Insyallah jika dijadikan rutin hasilnya amat menakjubkan.

Selamat Mencuba Semua!

BACA INI JUGA: 5 Sebab Perut Buncit Mengikut Fakta Saintifik

sumber: wanista

Air Cap Badak Buang Panas Badan, Kesan Dan Pantang Larang Anda Wajib Tahu

Air Cap Badak Buang Panas Badan, Kesan Dan Pantang Larang Anda Wajib Tahu

Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk.

Air Cap Badak

Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan.

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak dan ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan.

Berada di pasaran sejak tahun 30an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.

Entah apa yang istimewa dengan nombor 3 dan haiwan ini.

Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum.

Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar.

Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ubatan tersebut ialah ubatan herba tradisional Cina yang dipercayai berkesan melegakan kepanasan badan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kepanasan badan?

Menurut kepercayaan Cina, makanan yang kita makan mempunyai dua kelas. Makanan sejuk dan makanan panas.

Makanan panas seperti daging, makanan laut, makanan bergoreng dan durian akan menyebabkan suhu badan naik jika dimakan terlalu banyak dan menyebabkan ketidakselesaan pada badan.

Oleh sebab itu pengambilan makanan harus diseimbangkan dengan makanan sejuk seperti buah-buahan segar (selain durian) dan sayuran.

Konsep ini dikenali sebagai Makanan Yin (panas) Yang (sejuk). Walaubagaimanapun konsep ini masih belum dapat dibuktikan secara saintifik tetapi terbukti berkesan dengan amalan sejak zaman berzaman datuk nenek kita.

Apabila badan kepanasan akibat pengambilan makanan panas berlebihan, air Cap Badak boleh diminum untuk melegakannya.

Selain daripada kepanasan akibat makanan, demam, cuaca terlalu panas dan bayak lagi penyakit lain juga menjadikan air Cap Badak pilihan pengguna untuk melegakannya.

Walaupun tiada kajian dilakukan ke atas air penyejuk badan ini, namun saintis dan pakar perubatan ada melakukan kajian terhadap herba yang digunakan terutamanya Gypsum Fibrosum dan Calcitum.

Gypsum Fibrosum dikenali sebagai Shi Gao dalam bahasa Cina merupakan batu mineral yang banyak terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Kegunaan utama mineral ini ialah sebagai plaster dalam bahan binaan. Namun begitu, ia turut mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina khususnya.

Menurut Dr. Mao Shing Ni, pengamal tradisional Cina yang terkenal (penulis best-seller Secrets of Longevity serta pernah dipaparkan biografinya di dalam website Dr. Oz); khasiat Gypsum Fibrosum termasuklah dapat melegakan haba berlebihan di dalam peparu, mengubati gusi yang bengkak, mengurangkan simptom diabetes, demam panas, kehausan berlebihan, sakit kepala, sakit gigi, hidung berdarah dan batuk.

Ia juga boleh digunakan diluar tubuh badan sebagai krim yang boleh mengubati eczema (ruam kulit yang gatal), melecur dan ulser mulut.

Calcitum pula dikenali sebagai Han Shui Shi dalam bahasa Cina, merupakan batu mineral yang terdiri daripada kalsium sulfat atau kalsium karbonat.

Digunakan dalam perubatan tradisional Cina, dipercayai dapat melegakan demam panas, ketidakelesaan pada badan, kehausan, melancarkan fungsi jantung, perut, buah pinggang dan banyak lagi kelebihan lain.

Terdapat beberapa kajian saintifik dilakukan ke atas Calcitum dan ia terbukti dapat merawat Osteomyelitis pada kaki (jangkitan bakteria di dalam tulang) dengan pengambilan tablet yang mengandungi kalsium sulfat.

Calcitum yang terdiri daripada kalsium karbonat turut digunakan dalam bahan ubatan untuk merawat penyakit buah pinggang kronik.

Namun begitu, terdapat nasihat tentang pengambilan calcitum. Ia tidak boleh diambil jika limpa bermasalah atau tekanan darah rendah.

Ia juga tidak boleh digunakan keatas bayi baru lahir, kanak-kanak bawah 4 tahun, ibu mengandung atau sedang menyusukan anak sekiranya belum mendapat nasihat doktor.

Ada yang khuatir tentang pengambilan air ini boleh menyebabkan terlebih dos serta keracunan.

Tidak perlu risau kerana pengamal perubatan Cina menyarankan pengambilan herba ini 9 hingga 30 g. Walhal air Cap Badak hanya mengandungi tidak lebih 0.2 g.

Peraturan pengambilan tertentu juga turut disertakan pada label botol dan seharusnya dibaca oleh pengguna sebelum meminumnya agar tidak terlebih dos.

Air Cap Badak itu hanyalah air paip?

Pada tahun 2010, akhbar kosmo ada melaporkan bahawa terdapat pengilang air Cap Badak telah menipu pengguna kerana menggunakan air paip.

Produk mereka juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini sangat mendukacitakan dan menyebabkan produk air Cap Badak menjadi satu keraguan kepada pengguna ekoran laporan ini.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengelak daripada membeli air Cap Badak palsu dengan melihat kepada nombor pendaftaran produk pada label dan memeriksa pada data Kementerian Kesihatan.

Sekiranya ia tersenarai, produk tersebut Insha Allah ubat tradisional.

Cara paling mudah ialah dengan melihat pelekat kecil berkilat berwarna silver yang mempunyai lambang harimau dan huruf KKM disertai dengan nombor siri yang bermula dengan huruf ‘D’.

Sejauh mana anda mempercayai keberkesanan air Cap Badak ini semua bergantung daripada anda.

Jika anda kurang yakin, jangan risau, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih faktual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ubatpensil

Anugerah Sony World Photography Awards Pengiktirafan Kepada Bakat Fotografi

Anugerah Sony World Photography Awards Pengiktirafan Kepada Bakat Fotografi

Sony World Photography Awards mula diperkenalkan hampir sedekad yang lalu telah menjadi platform terbaik buat mereka yang mempunyai keinginan dan minat yang tinggi dalam seni fotografi mempamerkan bakat mereka.

Andrea Gjestvang
Gambar oleh Andrea Gjestvang.

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini hadir dengan 4 kategori yang berbeza dimana para peserta berpeluang untuk menghantar karya mereka secara atas talian setiap tahun.

Kategori professional, open, youth dan student open, antara yang tersedia untuk disertai.

Tidak sekadar berjaya mendapat sanjungan dan hadiah, para pemenang juga berpendapat anugerah ini berjaya menjadi platform terbaik buat mereka.

Salah seorang daripadanya adalah Andrea Gjestvang selaku Pemenang 2013 L’Iris d’Or, Photographer of the Year.

Beliau turut mengatakan nasib beliau seakan berubah setelah mendapat pengiktirafan daripada pihak Sony.

Lebih ramai yang menghargai, menyanjung serta apa yang paling penting pada beliau adalah peluang dan motivasi untuk melangkah lebih jauh melalui bakat yang ada padanya.

Anda boleh ikuti koleksi hasil seni beliau yang berjaya merangkul anugerah berprestij ini di sini.

Pernahkah anugerah ini disertai oleh rakyat Malaysia serta disenaraikan sebagai finalis? Sudah tentu.

Malah pada tahun 2016 sahaja sebanyak 8 finalis dari Malaysia berjaya tersenarai di dalam pertandingan ini.

Berikut merupakan karya anak Malaysia yang berjaya tersenarai di dalam finalis Sony Photography Awards 2016.

Dalam pada itu, individu yang paling banyak mencuri perhatian ramai sudah tentunya anak muda yang berjaya tersenarai sebagai finalis Sony World Photography Awards 2016 melalui kategori youth. Kategori yang dikhaskan buat individu yang berumur 12 hingga 19 tahun.

Malangnya, sangat memalukan apabila nama beliau viral di internet berikutan ‘tragedi samseng Malaysia di Osaka’.

Ramadhan Sinclair

Beliau adalah Ramadhan Sinclair 'Samseng Osaka'.

Penyertaan Terbuka

Kita lupakan seketika 'Samseng Osaka' ni.

Sekiranya anda atau mengenali sesiapa berbakat di dalam fotografi, platform ini mungkin antara yang boleh dicuba.

Anugerah ini kini dibuka untuk penyertaan daripada para peserta sehingga awal tahun 2018 ini.

Anda boleh ikuti mana-mana kategori yang berkaitan melalui empat kategori yang disediakan serta dapati maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan di sini.

Dan pesan kami, kalau sudah menang atau disenaraikan sebagai finalis, mohon jaga nama baik anda dan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah.

Anda mungkin berpeluang pusing dunia serta menperoleh rezeki yang berganda namun sikap yang menentukan siapakah anda yang seterusnya.

Tolong jangan jadi 'samseng puaka' pula lepas ni, ok.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sambutan Hari Nyamuk Sedunia, World Mosquito Day

Sambutan Hari Nyamuk Sedunia, World Mosquito Day

Sambutan Hari Nyamuk Sedunia, World Mosquito Day disambut pada 20 Ogos setiap tahun, bagi memperingati penemuan penting oleh seorang doktor, Sir Ronald Ross, pada tahun 1897 bahawa nyamuk aedes betina menjadi punca malaria antara manusia.

World Mosquito Day

Penemuan Dr Ronald Ross telah diisytiharkan sejurus selepas diketahui dan tarikh tersebut terus diingati, dikenali dan disambut sebagai Hari Nyamuk Sedunia sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, ternyata nyamuk bukan sahaja menjadi musuh utama manusia kerana malaria tetapi juga penyakit demam denggi.

Sejak kebelakangan ini, punca kematian akibat demam denggi juga tidak pernah surut dan agak memebimbangkan.

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

Demam denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

Sewajarnyalah sempena sambutan Hari Nyamuk Sedunia ini, memberi kesedaran dan meningkatkan kawalan kebersihan persekitaran agar musuh utama manusia ini perlu dipantau dan dapat dihapuskan.

Selamat menyambut Hari Nyamuk Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: alamblogr

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Ogos)

Tarikh 20 Ogos merupakan hari ke-232 (hari ke-233 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 133 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Voyager spacecraft
Voyager spacecraft.

Hari juga merupakan sambutan Hari St. Stephen di Hungary dan Hari Pengembalian Kemerdekaan di Estonia (1991).

Peristiwa

636 - Tentera Khulafah Al-Rasyidin pimpinan Khalid bin al-Walid menguasai Syria dan Palestin melalui Pertempuran Yarmuk, menandakan gelombang pertama penaklukan oleh Muslim selepas Nabi Muhammad SAW.

917 - Peperangan Byzantine–Bulgaria: Orang Bulgaria pimpinan Tsar Simeon I menghalau tentera Byzantine dari Thrace dengan kemenangan muktamad dalam Pertempuran Achelous.

1882 - Karya orkestra Pyotr Ilyich Tchaikovsky Overtur 1812 dipersembahkan buat pertama kalinya, di Moscow.

1968 - Sekurang-kurangnya 200,000 askar dan 5,000 kereta kebal Pakatan Warsaw melanggar Czechoslovakia, menamatkan "Prague Spring".

1977 - Voyager 2 NASA dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida dengan misi menjelajah planet luaran Sistem Suria.

1991 - Pemberontakan Nyanyian: Estonia mengumumkan berpisah daripada Kesatuan Soviet dan kembali merdeka.

2008 - Presiden Zambia Levy Mwanawasa meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.

2009 - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt mencipta rekod dunia lumba lari 100 m (9.58 s) dan 200 m (19.19 s) lelaki.

2012 - Mali membentuk kerajaan perpaduan dalam usaha memyelesaikan krisis politik akibat rampasan kuasa.

Kelahiran

1833 - Benjamin Harrison, Presiden Amerika Syarikat ke-23.

1920 - Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama.

1944 - Rajiv Gandhi, Perdana Menteri India ke-6.

1983 - Yuri Zhirkov, pemain bola sepak Chelsea F.C.

Kematian

2012 - Perdana Menteri Habsyah Meles Zenawi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Ogos)

sumber: wikipedia

Saturday, August 19, 2017

3 Pelancong Malaysia Lagak Samseng Di Osaka Jadi Viral Di Jepun

3 Pelancong Malaysia Lagak Samseng Di Osaka Jadi Viral Di Jepun

Ramai orang termasuk pelajar pelajar Malaysia di Jepun mahupun yang sudah bekerja menawarkan pelbagai servis penginapan dan travel untuk rakyat Malaysia ke Jepun.

Samseng

Dan Osaka merupakan salah satu bandar di Jepun yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia selain dari Tokyo.

Malangnya, tidak semua pelancong Malaysia menghargai servis servis yang diberikan.

Terbaru, viral sebuah video berdurasi 6 minit yang memaparkan pertelingkahan antara pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment dan pelancong Malaysia.

Seorang lelaki yang memakai Yeezy V2 Zebra (pelancong Malaysia) dilihat memaki hamun lelaki berbaju biru (pekerja penginapan rakyat Malaysia) atas sebab salah faham yang berlaku sambil seorang rakannya sedang tenang menyiapkan maggi.

Di penghunjung video, muncul seorang lelaki lain yang tiba tiba saja menumbuk pecah dinding dapur penginapan.

Difahamkan, lelaki yang acah-acah samseng tersebut dikenali sebagai Ramadhan Sinclair yang merupakan seorang jurugambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta terpilih ke pusingan akhir kategori jurufoto termuda dunia Sony World Photography Awards.

Melalui satu status di Facebook yang dikongsi oleh Kamarul Ilmar Ramli, mereka bertiga sudah tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan jadi pihak hostel telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma.

Namun, cara mereka membalas terima kasih hanya dengan memecahkan dinding dapur bahkan, salah seorang daripada mereka juga telah berak dan meninggalkan tahi di bilik mandi hostel.

Pelajar berbaju biru yang bekerja secara separuh masa itu juga telah mengeluarkan wang sendiri 130,000 Yen untuk membaiki kerosakan yang dilakukan.

Memang hebat anak anak muda sekarang membawa budaya samseng ke negara orang. Mereka belum kenal apa itu erti Yakuza.

Apa pun kami harap kejadian ini dijadikan iktibar oleh pelancong Malaysia supaya menjaga tingkah laku di negara orang supaya kita tidak dihalang travel ke sesuatu tempat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Tanda-tanda Dan Cara Merawat Penyakit Batu Karang

Tanda-tanda Dan Cara Merawat Penyakit Batu Karang

Jagalah pemakanan dan berhati-hati sebelum anda mendapat sakit batu karang kerana ia sememangnya sangat menyakitkan.

Batu Karang

Simptom batu karang adalah kesakitan yang keterlaluan sehinggakan pesakit yang menghidap batu karang akan mengerang kesakitan sehingga merengkuk atas lantai.

Tak boleh kencing dan apa yang kita boleh bayangkan adalah kesakitan yang amat sangat.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Kena Batu Karang
  • sakit di bahagian belakang dan bawah abdomen.
  • sakit semasa nak membuang air.
  • air kencing berwarna pink, merah atau coklat.
  • rasa pening dan nak muntah.
  • jadi demam jika sudah berlaku jangkitan kuman.
  • kencing dalam jumlah yang sangat sedikit (seperti tak lawas).

Kalau agak-agak berlaku seperti tanda ini, teruslah ke hospital, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kronik baru hendak ke klinik sahaja, akhirnya klinik pun suruh terus hantar ke hospital.

Cara Merawat Batu Karang Pada Hempedu, Pundi Kencing dan Pinggang Secara Semulajadi
  • amalkan ambil jus lemon, olive oil dan cuka epal.
  • ambil jus delima.
  • ambil vitamin sumber magnesium.
  • makan celery.
  • amalkan jus daun selasih.
  • jauhkan makanan berproses dan makanan segera.
  • jangan minum air berkarbonat.

TETAPI! Ini semua memerlukan masa dan kesabaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: permatacintaku

Khasiat 'Ubi Jaga' Untuk 'Kesihatan' Lelaki

Khasiat 'Ubi Jaga' Untuk 'Kesihatan' Lelaki

Ubi Jaga adalah herba tradisional yang mempunyai batang mudah lentur tetapi kuat dan digunakan oleh kaum asli untuk merangsang kekuatan seks terutamnya bagi golongan lelaki.

Ubi Jaga

Ubi Jaga adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh liar di dalam hutan tropika di Asia Tenggara dan juga biasanya diminum bagi memperbaiki peredaran darah.

Ia digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik umum dan untuk meningkatkan metabolisme badan.

Pokok Ubi Jaga

Daun Ubi Jaga berwarna hijau gelap dipermukaan dan hijau muda dibawah daun.

Ia ditemui di Thailand, Pulau Jawa dan Semenanjung Malaysia.

Ubi Jaga tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah.

Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Tonik untuk lelaki

Ubi Jaga akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama.

Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga.

Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di tempat tidur.

Sains perubatan kini juga mula menyedari khasiat dan kebaikan herba ini.

Penawar penyakit

Daun dan buah Ubi Jaga juga boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.

Ia juga boleh mengubati demam dengan kaedah yang sama.

Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah.

Cara Penyediaan Ubi Jaga

Ubi Jaga

Untuk tujuan ini, bahagian akar di gunakan.

Cara penyedian:
  • Ambil 20 gram ubi jaga (untuk 3 kali minum).
  • Ubi jaga di potong dan di basuh sehingga bersih.
  • Gunakan 5 gelas air untuk merebus ubi jaga, rebus selama 30 minit atau sehingga air mendidih dan bertukar kekuningan.
  • Tapis dan minum 1 gelas.
  • Baki air rebusan ubi jaga boleh di simpan dalam peti sejuk.
  • Minum 1-2 gelas sehari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Kebaskan Zakar Secara Semulajadi Agar Tahan Lama

sumber: kolagenlaut

5 Sebab Conor McGregor Bakal Tumbangkan Floyd Mayweather

5 Sebab Conor McGregor Bakal Tumbangkan Floyd Mayweather

Apakah pertarungan terbesar di dalam sejarah? Pada tahun lalu, Hollywood menyajikan kita dengan filem pertembungan di antara Batman dan Superman dan tidak ketinggalan juga Captain America bersaing dengan Iron Man.

Floyd Mayweather vs Conor McGregor

Tidak cukup setakat itu, filem pertempuran di antara dua raksasa iaitu Godzilla dan King Kong juga sedang dalam pembikinan dan akan menemui peminat tidak lama lagi.

Namun, itu kisah di dalam filem, jadi bagaimana pula dengan alam realiti? Pada Mei 2015, ramai mengatakan pertembungan di antara dua juara tinju iaitu Floyd Mayweather Jr. dari Amerika Syarikat (AS) dan Manny Pacquiao dari Filipina adalah pertembungan terbesar dalam sejarah.

Kehebatan dua petinju tersebut sememangnya sudah terbukti dan pertemuan mereka diibaratkan buku bertemu ruas. Malah, bagi pasaran AS sahaja, nilai pembelian siaran bagi perlawanan tersebut adalah AS$410 juta (RM1.76 billion). Perlawanan bersejarah tersebut akhirnya telah dimenangi Mayweather.

Las Vegas Bakal Menjadi Saksi

Setelah menewaskan Andre Berto pada September 2015, Mayweather telah menggumumkan persaraan dari dunia tinju.

Dia telah memberikan faktor usia yang semakin lanjut dan tiada lagi pencabar yang berwibawa sebagai alasan untuknya mengundur diri.

Dengan rekod 49 kemenangan dan tidak pernah tewas, Mayweather dianggap antara peninju yang terhebat sepanjang zaman.

Namun, seandainya dunia tinju kehabisan pencabar berwibawa, bagaimana pula jika Mayweather dipertemukan dengan jaguh dari sukan pertempuran lain?

Persoalan tersebut kini menjadi kenyataan. Mayweather telah bersetuju untuk keluar daripada persaraan dan bertemu dengan juara gabungan seni bela diri (MMA) tersohor, Conor McGregor.

Perlawanan ini dijangkakan akan menjadi lebih besar daripada pertemuan di antara Mayweather dan Pacquiao yang lepas.

Walaupun kedua bintang ini datang dari sukan pertempuran berbeza, mereka akan bertarung di dalam perlawanan tinju dan di atas kertas itu memberikan kelebihan kepada Mayweather.

Malah, dianggarkan 98 peratus pengulas dan peminat sukan meramalkan Mayweather akan menang dengan mudah.

Tetapi penulis ingin mewakili pendapat minoriti dua peratus yang lain dengan memberikan 5 sebab Conor McGregor mampu mengejutkan dunia dan mucul pemenang!

1. Kekebalan McGregor

Conor McGregor

Sesuatu fakta yang tidak boleh dinafikan sesiapa adalah atlet MMA mempunyai daya ketahanan rasa sakit yang jauh lebih tinggi daripada para atlet tinju.

Sebagai contoh, perlawanan tinju yang diadakan di dalam kategori berat badan 154 lbs seperti ini biasanya menggunakan sarung tangan seberat 10 oz.

Undang-undang tinju Nevada tidak membenarkan penggunaan sarung tangan yang lebih ringan dan nipis kerana ianya akan membahayakan keselamatan peninju yang terlibat.

Nanun, setelah melalui satu permohonan khas, perlawanan Mayweather dan McGregor akan menggunakan sarung tangan seberat 8 oz.

Seandainya peninju risau keselamatan mereka apabila menggunakan sarung tangan yang lebih ringan dan kecil, itu sebenarnya membuktikan daya ketahanan rasa sakit mereka tidak setinggi atlet MMA.

Sebagai perbandingan, perlawanan MMA menggunakan sarung tangan yang mempunyai berat hanya 4 oz sahaja.

Maka, atlet MMA sudah biasa terkena tumbukan yang lebih padu akibat sarung tangan yang jauh lebih nipis.

Tidak cukup dengan itu, perlawanan MMA juga melibatkan pukulan siku, lutut dan sepakan kaki yang tidak berlapik.

Semua gerakan ini lebih menyakitkan dari tumbukan tinju yang berlapik sarung tangan yang besar dan tebal.

Satu lagi faktor yang memberikan kelebihan kepada McGregor adalah corak perlawanan yang sering diamalkan oleh Mayweather.

Peninju AS tersebut terkenal dengan gaya pertarungan bertahan dan jarang sekali dalam 20 tahun terakhir kariernya Mayweather berjaya menumbangkan lawan dengan pukulan 'KO' ('knock out').

Apabila digabungkan dua faktor ini, dijangkakan McGregor akan 'kebal' dari sebarang tumbukan Mayweather.

2. Tumbangnya Bekas Jaguh Tinju

Apabila berita pertarungan ini mula-mula keluar, segelintir warga dunia tinju merasakannya seperti satu penghinaan terhadap sukan mereka itu.

Antaranya adalah bekas juara dunia tinju bagi dua kategori berat badan yang berbeza iaitu Paulie Malignaggi.

Malignaggi yang baru sahaja bersara beranggapan seseorang yang tidak pernah bertanding dalam sukan tinju tidak layak bertemu jaguh hebat seperti Mayweather.

“Sekiranya McGregor bertemu saya dalam perlawanan tinju, saya rela memakai pemberat di pergelangan kaki saya agar pergerakan saya lambat sedikit.

"Seterusnya saya akan ikat sebelah tangan di belakang badan saya dan saya akan letak sesuatu di bawah dagu saya supaya senang untuk dia sasarkan tumbukan kearah muka saya.

"Itu pun saya akan menewaskan (McGregor) dengan mudah,” ujar Malignaggi pada penghujung tahun lalu.

Sebagai persiapan menentang Mayweather, McGregor menjemput Malignaggi untuk menjadi rakan sepelatihnya.

Tidak lama kemudian, beberapa keping gambar perlawanan ujian di antara McGregor dan Malignaggi mula tular di Internet antaranya gambar McGregor meletakkan kedua tangan di belakang badannya ketika bertemu Malignaggi, muka Malignaggi yang lebam terkena tumbukan McGregror, dan juga Malignaggi tersembam akibat terkena pukulan McGregor.

Malignaggi merasakan dirinya dimalukan dengan penyebaran gambar-gambar tersebut, lalu dia telah meninggalkan kem latihan McGregor.

"Gambar-gambar tersebut mengelirukan. Saya bukannya tumbang terkena tumbukan McGregor tapi saya sebenarnya ditolak olehnya,” ujar Malignaggi kepada pihak media.

Insiden antara mereka tidak hanya habis di situ, pihak McGregor sebaliknya menularkan pula sedutan video daripada perlawanan ujian tersebut.

Anda boleh melihat di dalam video di bawah bahawa Malignaggi tidak ditolak McGregor tetapi sebaliknya dia tumbang akibat asakan bertalu-talu daripada McGregor.

Video tersebut juga menunjukkan McGregor berjaya melakukan beberapa tumbukan pada terus ke muka Malignaggi.

Walaupun Malignaggi mengatakan dia ditolak McGregor, dia juga mengakui McGregor menang perlawanan ujian tersebut.

Ini membuktikan bahawa McGregor bukan seorang lawan yang mudah seperti diperkatakan ramai kerana dia juga mampu menggalahkan seorang bekas juara tinju seperti Malignaggi.

3. Corak Bertinju Yang Tidak Dapat Dijangka

Ramalan yang dibuat sebilangan penggulas sukan adalah corak bertinju yang digunakan McGregor bakal memberikan kesukaran kepada Mayweather kerana dia sudah terbiasa dengan pergerakan yang diamalkan atlit tinju.

Oleh kerana McGregor adalah seorang atlit dari sukan yang berbeza, warga Ireland itu tidak mempunyai gaya pertarungan yang sama seperti atlit tinju lain dan ini akan menyukarkan Mayweather membaca pergerakannya.

Ketika sidang media baru-baru ini, McGregor ditanya mengenai kemungkinan Malignaggi akan membocorkan maklumat perlawanan ujian antara mereka berdua.

Malignaggi mungkin akan memberi tahu Mayweather tentang corak bertinju diamalkan McGregor. Bintang MMA itu berkata dia tidak kisah kerana semua itu tidak akan mempengaruhi perlawanan.

“Anda tidak mampu membuat persedian menentang saya. Tidak ada sesiapa pun, baik dalam dunia tinju mahupun MMA yang mempunyai pergerakan seperti saya, yang mempunyai gaya serangan seperti saya, atau yang mempunyai keyakinan seperti saya,” jawab McGregor.

4. Pertembungan Lagenda Tua Bertemu Lagenda Muda

“Saya orang tua. Saya bukan lagi peninju yang sama seperti ketika 20 tahun yang lalu. Tidak lagi sama seperti 10 tahun yang lalu. Tidak seperti 5 tahun yang lalu.

"Malah, saya bukan lagi peninju yang sama seperti 2 tahun lalu tetapi saya masih ada cukup rencah untuk mengalahkan (McGregor),” ujar Mayweather ketika siri sidang akhbar jelajah dunia yang berlangsung di Los Angeles, AS.

Walaupun Mayweather menyatakan keyakinan untuk menang dan menjadikan rekod tinju 50 perlawanan tanpa kalah, hakikatnya adalah pada usia 40 tahun prestasinya bukanlah berada pada tahap terbaik. Ini ditambah pula dengan faktor persaraan selama hampir dua tahun yang dilaluinya.

Mcgregor pula berusia 29 tahun dan berada pada kemuncak prestasi. Tambahan, saiz McGregor adalah lebih besar berbanding Mayweather.

McGregor mempunyai ketinggian 175cm dan mempunyai jangkauan tumbukan sejauh 188cm.

Sebagai perbandingan, Mayweather mempunyai ketinggian 172cm dan jangkauan tumbukannya adalah sejauh 183cm.

Malahan, ketika siri sidang media jelajah dunia yang berlangsung di empat bandaraya baru-baru ini, McGregor berkali-kali menekan bahawa saiz Mayweather tidak mampu menahan asakan yang bakal diberi.

“Kakinya terlalu kecil. Badan dan kepalanya juga terlalu kecil. Penumbuk saya sahaja dah sama besar dengan kepalanya,” ujar McGregor.

5. Perang Psikologi

Sesuatu yang sudah diketahui ramai peminat MMA adalah McGregor merupakan seorang yang hebat menggunakan psikologi untuk menggugat minda lawan.

Ucapannya seringkali sama ada menimbulkan rasa marah yang membuak-buak ataupun membuatkan keyakinan diri pihak lawan goyah.

Ini berulang pada siri sidang media jelajah dunia bagi mempromosikan perlawanan ulung ini.

McGregor telah berucap dengan menyerang beberapa masalah peribadi Mayweather seperti kegagalannya membayar cukai pendapatan, ketidakupayaan Mayweather untuk membaca, penyakit yang membuatkan tangannya semakin hari semakin rapuh dan banyak lagi.

Perang psikologi McGregor tidak terhad kepada ucapannya sahaja kerana dia juga mahir membuat serangan secara halus.

Baru-baru ini tular di Internet gambar McGregor memakai jersi bernombor 23 bagi pasukan bola keranjang NBA iaitu Golden State Warriors.

Pemain yang memakai jersi bernombor 23 bagi Golden State Warriors ketika ini merupakan rakan Mayweather iaitu Draymond Green dan dia telah memuat naik gambar McGregor tersebut ke Instagram.

“Kami menyokong Floyd, bukannya kamu. Bukak jersi tersebut cepat,” tulis Green sebagai keterangan gambar tersebut.

McGregor kemudiannya membalas di ruangan komen Instagram milik Green tersebut, “Itu jersi C.J. Watson la kawan. Saya langsung tak tahu siapa awak. Tapi jangan risau dik, teruskan berusaha dan jangan ponteng sekolah.”

McGregor kemudian menambah satu lagi komen yang lain, “Cuba tanya diri awak kenapa saya memakai jersi C.J. padahal saya langsung tak tahu atau ambil peduli pasal bola keranjang. Kerja saya adalah menggelecek kepala di atas lantai. Bukannya bola. Ini bukan perkara main-main tau, dik”.

McGregor sebenarnya memakai jersi lama pasukan Golden State Warrior dan bekas pemain yang memakai jersi bernombor 23 adalah C.J. Watson. Persoalannya adalah mengapa pula McGregor memakai jersi tersebut?

Pada tahun 2012, Mayweather dihukum penjara dua bulan kerana memukul bekas pasangannya Josie Harris. Punca kemarahan Mayweather terhadap Harris ketika itu adalah hubungan sulit Josie dengan Watson.

Adakah perang psikologi ini bakal membuatkan Mayweather terlampau marah dan meninggalkan corak bertinju secara bertahan yang sering diamalkannya?

Mungkin rasa geram yang amat sangat pada Mayweather bakal membuatkannya mengamalkan corak menyerang iaitu sesuatu yang tidak biasa bagi Mayweather.

Siapa Pilihan Penonton

Pada hari perlawanan nanti, siapa menjadi pilihan anda untuk muncul pemenang? Adakah anda akan seperti majoriti peminat sukan yang menyatakan Mayweather akan menang dengan mudah ataupun anda seperti penulis yang yakin McGregor akan mengejutkan dunia sukan pertempuran?

Anda boleh menyaksikan 'pertarungan terhebat dalam sejarah ini secara langsung menerusi Astro Go dan Astro Pay-Per-View Saluran 200 pada 27 Ogos (waktu Malaysia) bermula 9 pagi.

Nantikan.

Tonton video dibawah atau download di sini (mediafire)

BACA INI JUGA: Kisah Bagaimana Muhammad Ali Peluk Islam Dan Dilucut Gelaran Kerana Seorang Muslim


sumber: rojakdaily