Saturday, July 22, 2017

Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Penyakit jantung koronari merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia malah di seluruh dunia dan berdasarkan kajian statistik, setiap 15 minit, seorang penduduk Malaysia akan mendapat serangan jantung.

Kelebihan Omega-3

Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.

Pengambilan Ikan

Asid lemak Omega-3 mula menarik minat saintis sejak beberapa dekad lalu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika.

Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.

Pemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Ia terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). Asid lemak Omega-3 ini bersifat anti keradangan, selain boleh mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung.

Ia juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.

Risiko Berkurangan

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega-3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i (EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Pada tahun 1999 pula, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan terdapatnya pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45%.

Kesan positif terhasil kesan daripada pengambilan Omega-3 yang diamalkan setiap hari selepas tiga bulan dan seterusnya.

Satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat.

Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.

Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

Kelebihan Omega-3

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang.

Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.

Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang ditambah dengan Omega-3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapatkan keperluan Omega-3 harian anda.

BACA INI JUGA: Apa Itu Omega 3 Dan Kepentingannya Untuk Perkembangan Memori Serta Minda

-Sentiasapanas.com

7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia

7 Syarikat Francais Dunia 'Gulung Tikar' Di Malaysia

Portal The Malay Mail Online melaporkan, tahun 2016 sahaja, sebanyak 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara telah ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa 6 bulan.

Francais Dunia 'Gulung Tikar'

Faktor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin telah membuatkan orang ramai lebih berjimat lapor portal itu lagi.

Berikut antara senarai francais yang telah ditutup di negara ini.

1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong

Restoran ini terpaksa gulung tikar akibat kemerosotan untungnya pada tahun 2016 di Malaysia namun ia masih meneruskan operasinya di Singapura, Thailand dan Filipina.

Restoran popular menjual dim sum dan memiliki dua cawangan di Malaysia iaitu di pusat beli belah Mid Valley dan 1Utama ini meskipun digelar sebagai "restoran berbintang Michelin termurah di dunia", keuntungannya merosot sebanyak RM895,642 pada tahun lalu.

2. True Fitness dari Singapura

Pusat senaman True Fitness dari Singapura ini masih meneruskan perniagaannya di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa mempunyai keahlian lebih 200 ribu orang.

Bekas pekerjanya mengadu majikan telah gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000. Namun isu itu dilaporkan telah selesai.

Pada 9 Jun, pusat kecergasan ini telah mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan perniagaannya di Thailand.

Dianggarkan 10 ribu ahli terjejas ekoran penutupan cawangannya di pusat beli belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.

3. Tous Les Jours dari Korea Selatan

Pemiliknya CJ Foodvillie mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.

Di Malaysia, kedai roti yang berilhamkan konsep Perancis ini memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang, Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.

Ia secara tiba-tiba mengumumkan penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam melalui laman Facebook, sehingga didakwa mengelirukan pekerja.

Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan, namun sehingga kini ia tidak lagi dibuka.

4. Pumpkin Patch dari New Zealand

Jenama pakaian kanak-kanak ini telah menutup premisnya di Malaysia dalam tahun ini bermula di Mid Valley pada bulan emas dan terakhir di 1Utama dalam bulan Mei.

Syarikat ini didakwa menanggung hutang sebanyak RM250 juta.

5. Delifrance dari Perancis

Syarikat ini dimiliki oleh Grands Moulins de Paris yang memiliki beratus-ratus francais di lebih 20 negara.

Syarikat yang telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1990 dengan lebih 20 cawangan kedai roti dan Cafe di seluruh negara ini pada tahun 2013 telah menjenamakan semula syarikatnya sebagai Delifrance Bistro.

Namun ia telah menutup semua operasinya yang menggunakan jenama itu di Malaysia pada tahun lalu.

6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat

Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 tiga premis di Lembah Klang termasuk Pavilliom Kuala Lumpur.

Selepas bintangnya mula malap jenamanya sudah tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.

Laman Facebook rasminya berhenti memuatnaik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.

7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan

Restoran barbeque ini baru sahaja mengumum kan penutupan operasi di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.

Perniagaan yang sudah bertapak di Malaysia sejak 2012 itu tidak menyatakan sebarang sebab penutupan, namun restoran syarikat itu masih boleh didapati di Seol, Filipina dan Kanada.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?

sumber: milosuam

Apa Sebenarnya Maksud XOXO?

Apa Sebenarnya Maksud XOXO?

Pasti anda sering melihat perkataan ‘XOXO’ di akhir sebuah kalimat tapi masih tidak tahu maksudnya kan?

Maksud XOXO

Apa sebenarnya erti perkataan 'XOXO' dan dari mana asal usulnya?

Sebenarnya, 'XOXO' bukanlah merupakan sebuah perkataan tetapi sebuah simbol yang dibaca “eks o eks o” bukan “soso” apalagi “nyo nyo”.

Maksud simbol ini adalah “cium peluk cium peluk”. Kenapa harus “cium peluk cium peluk”?

XOXO biasanya digunakan ketika bersms, e-mel mahupun apabila menulis surat untuk menunjukkan perasaan gembira kita ataupun mengekspreasikan persahabatan kepada penerima.

Sejarah awal penggunaannya berlaku sekitar tahun 1901 yang diakui oleh English Oxford Dictionary dimana pada tahun tersebut bermulanya perletakan tanda XXX dibawah surat sebagai tanda ciuman yang menggantikan tanda tangan kepada mereka yang tidak pandai menulis.

Itulah sejarah tentang “X”.

Ada juga yang berpendapat X merupakan huruf yang merujuk kepada salib yang juga selaku huruf pertama tulisan Yunani, Greek untuk Christ, Xristos.

Berkenaan sejarah tentang “O” pula, tidak banyak yang dapat dicungkil mengenainya.

Kebiasaannya huruf “O” digunakan oleh masyarakat Amerika Utara yang membawa maksud pelukan terhadap orang lain.

Kesimpulannya disini;

X —>Ciuman.
O —>Pelukan terhadap orang lain.
XOXO —>Ciuman dan Pelukan.

Teori konspirasi XOXO

Ada juga yang berpendapat “X” dan “O” bermaksud sebaliknya pula dimana “X” bermaksud pelukan dan “O” bermaksud ciuman, namun yang pasti, keterangan diatas merupakan maklumat yang diterima oleh semua orang.

Diawal penggunaan huruf ini sebagai penganti tandatangan dimana ketika itu populariti orang buta huruf tinggi, orang Yahudi lebih cenderong untuk menggunakan “O” sebagai tanda ciuman berbanding orang Kristian yang menggunakan tanda “X”.

Ini kerana orang Yahudi berpendapat yang tanda “X” itu lebih menyerupai salib berbanding “O” yang lebih kelihatan seperti ciuman.

Bagi yang beragama Islam pula, terpulanglah kepada anda semua sama ada ingin menggunakannya atau tidak kerana itu hanyalah teori sahaja.

Jadi, kini tahulah anda XOXO maksudnya Hugs and Kisses.

BACA INI JUGA: Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains

sumber: springkarat

Kalimah Allah Muncul Pada Dahi Bayi Jika Di Bacakan Al-Qur'an Dan Azan

Kalimah Allah Muncul Pada Dahi Bayi Jika Di Bacakan Al-Qur'an Dan Azan

Penduduk Padangjaya, Kecamatan Majenang, Kabupaten Cilacap, Wilayah Jawa Tengah gempar dengan berita dahi seorang bayi yang memaparkan kalimah Allah dalam tulisan Arab.

Kalimah Allah

Media tempatan melaporkan, bayi tersebut merupakan anak kepada pasangan Heriyono dan Tika Fia Diansari yang dilahirkan di sebuah hospital di bandar Majenang, terletak kira-kira 321 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta.

Menurut bapa bayi lelaki itu, kalimah di atas kening tersebut hanya disedarinya secara kebetulan dan pada mula disangka sekadar tanda lahir biasa atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai toh.

“Subhanallah, ternyata setelah diperhatikan, kening anak saya ada lafaz Allah,” terang Heriyono, 27, kepada media.

Isterinya yang berusia 23 tahun itu juga dilaporkan terkejut dengan kemunculan kalimah unik berkenaan.

Lebih menarik lagi apabila perkataan tersebut tampak bertambah jelas sekiranya dibacakan beberapa ayat suci al-Qur'an atau diperdengarkan suara azan dari sebuah surau yang berhampiran dengan rumah keluarga berkenaan.

“Ketika kami berada di Mulyasari, tujuh kilometer dari Padangjaya, kebetulan dekat juga dengan sebuah musola dan apabila kedengaran suara ngaji atau seruan azan, tanda di keningnya semakin kelihatan jelas,” ujar Heriyono lagi.

Beliau mendakwa tidak mendapat apa-apa mimpi atau petunjuk sebelum kelahiran anaknya itu, namun sebaik tahu Tika Fia hamil, Heriyono mengaku sering membacakan ayat al-Quran dekat perut isterinya dengan suara lembut.

Malahan lelaki tersebut yang merupakan seorang guru sandaran di Sekolah Dasar Negeri 3 Boja Kecamatan Majenang itu cuba berkomunikasi dengan anaknya yang masih lagi dalam kandungan sehingga dilahirkan.

“Saya baca dan cuba juga cari kedudukan anak saya, memang dalam kandungan pun anak kita sudah dapat berkomunikasi. Maka saya membaca al-Qur'an, ingin anak saya lahir soleh atau solehah,” ujar Heriyono.

Surah yang lazim diperdengarkannya ialah Surah Al Waqi’ah dan ketika membaca surah ke-56 dalam al Quran itu, perasaannya menjadi amat tenteram. Selain itu, dia turut kerap membacakan Surat Yusuf pada bakal bayinya.

“Bagaimanapun kalau Surat Yusuf, saya hanya baca kadang kala sahaja. Yang rutin (selalu) itu Surah Al Waqi’ah,” jelas bekas pelajar Pondok Pesantren Al Ishlah di Bandung, Jawa Barat itu apabila membuka cerita rahsia tersebut.

Ramai tokoh agama tempatan dilaporkan mendedahkan banyak kelebihan apabila membaca surah Al Waqi’ah kerana selain berharap reda Allah, ia dipercayai memiliki keistimewaan sebagi doa mendapatkan ilmu dan rezeki.

“Saya ingin anak soleh dan pintar. Mohon doanya ya, mas,” ujarnya yang juga ceria apabila lulus ujian akhir Sekolah Tinggi Agama Islam Tsufyan Tsauri di Cilacap dan bakal menerima ijazahnya.

BACA INI JUGA: Kalimah Allah Tertera Pada Daging Korban!


sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Julai)

Tanggal 22 Julai merupakan hari ke 203 (hari ke 204 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 162 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gerhana

Hari ini merupakan sambutan Hari Penghampiran Pi dan Hari Perayaan Mary Magdalene.

Peristiwa

838 – Perang Arab-Byzantine: Angkatan Kerajaan Bani Abbasiyyah menewaskan Maharaja Theophilos dan Empayar Byzantine, berhampiran Dazman, Turki kini.

1456 – Tentera di bawah John Hunyadi menewaskan serangan Empayar Uthmaniyyah dan menamatkan Pengepungan Belgrade.

1802 – Nguyen Phuc Anh menawan Hanoi, menyatukan Vietnam dan memulakan Dinasti Nguyễn, memerintah sebagai Maharaja Gia Long.

1812 – Perang Semenanjung: Angkatan tentera Inggeris-Portugal yang diketuai Arthur Wellesley menewaskan Marsyal Auguste de Marmont dan angkatan Perancisnya dengan muktamad dalam Pertempuran Salamanca.

1864 – Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Gabungan gagal dalam serangan ke atas Kesatuan dalam Pertempuran Atlanta.

1933 – Wiley Post menjadi juruterbang pertama menerbangkan pesawat kepak kaku mengelilingi dunia secara solo.

1934 – Perompak bank John Dillinger, "Musuh Awam Nombor Satu" bagi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat ditembak mati oleh pihak polis dalam satu serangan hendap di Chicago.

1946 – Sebutir bom Irgun memusnahkan ibu pejabat Mandat British Palestin di Hotel King David, Baitulmuqaddis, mengorbankan 90 orang.

1977 – Selepas dilucutkan semua kuasa oleh Geng Berempat tahun sebelumnya, Deng Xiaopeng kembali memegang jawatan dalam Parti Komunis China.

2002 – Israel menggugurkan bom ke rumah Salah Shehadeh, pemimpin cabang tentera Hamas, membunuh beliau dan keluarganya.

2003 – Angkatan tentera campuran menyerang sebuah rumah di Mosul, Iraq, membunuh dua anak lelaki Saddam Hussein, iaitu Uday dan Qusay.

2007 – Menara Burj Dubai menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.

2009 – Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).

2011 – Dua serangan di Norway—pengeboman di Oslo dan penembakan di Utøya—menyebabkan lebih 76 orang maut.

2012 – Fernando Alonso memenangi Grand Prix Jerman 2012.

2013 – Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.

Kelahiran

1949 - Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu ke-4.

1980 - Dirk Kuyt, pemain bola sepak Liverpool F.C.

2013 - Putera George dari Cambridge.

Kematian

1950 - William Lyon Mackenzie King, Perdana Menteri Kanada Ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Julai)

sumber: wikipedia

Friday, July 21, 2017

Festival Makanan Tradisi Sabah

Festival Makanan Tradisi Sabah

Sambutan Festival Makanan Tradisi Sabah mampu menjadi platform untuk mempromosi dan mengetengahkan makanan tradisional negeri ini, kata Penolong Pegawai Daerah Penampang Henry Idol.

Festival Sabah

Beliau berkata menerusi acara itu, pengendali dan pengusaha makanan di Sabah dapat mempamerkan hidangan masing-masing kepada orang ramai.

“Inilah masanya untuk meneroka kepelbagaian rasa makanan-makanan istimewa tradisi Sabah yang bukan sahaja unik, tetapi mampu memperkenalkan suku kaum dan budaya di negeri ini.

“Makanan tradisional ini juga turut memperihalkan identiti masyarakat atau daerah di Sabah kerana setiap daerah di negeri ini terkenal dengan makanan tradisinya.

"Contohnya, daerah Penampang terkenal dengan hidangan tradisional istimewa hinava,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival itu di perkarangan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 yang bermula pada 20/7/2017 sehingga 23/7/2017, dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Penampang dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, sempena Program Tugu Budaya Etnik Sabah.

Selain itu, Henry turut mencadangkan agar makanan tradisional di negeri ini, disajikan di setiap hotel di Sabah.

“Makanan adalah antara tarikan yang mampu menarik minat pelancong luar. Oleh itu, saya harap makanan tradisional ini turut menjadi menu utama di hotel-hotel di Sabah,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Esma Voloder, Gadis Muslim Menang Ratu Cantik Australia 2017

Esma Voloder, Gadis Muslim Menang Ratu Cantik Australia 2017

Seorang gadis Muslim yang merupakan pelarian dari Bosnia memenangi Pertandingan Ratu Cantik Australia 2017 yang diadakan baru-baru ini.

Esma Voloder

Esma Voloder, 25, yang berhijrah dari Bosnia ke Australia sejak kecil merupakan penganut agama Islam dan sedikit sebanyak kemenangannya itu mencetuskan ‘kemarahan’ di kalangan penduduk beragama Islam di sana.

Namun menangkis tangkapan ‘konservatif’ sesetengah pihak, Esma percaya kemenangannya itu diharap dapat membuka lebih ruang agar masyarakat Islam diberi lebih peluang untuk meneroka bidang-bidang yang dianggap taboo contohnya seperti pertandingan ratu cantik yang disertainya.

Kebanyakan negara Islam melarang pertandingan ratu cantik yang mendedahkan aurat daripada disertai oleh golongan Muslimah.

Susulan kemenangannya itu, Esma akan mewakili Australia dalam pertandingan akhir Ratu Cantik Dunia 2017 yang akan diadakan pada 18 November 2017 ini.

Esma merupakan pemegang ijazah dalam bidang psikologi dan kini bergelar penganalisis jenayah di Melbourne.

BACA INI JUGA: Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota

sumber: mynewshub

Irisha Myra, Anak Dara Amy Search Datang Beraya Dari AS

Irisha Myra, Anak Dara Amy Search Datang Beraya Dari AS

Sebelum ini, ramai lebih mengenali Nabila Huda sebagai anak rockers Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Irisha Myra

Baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pada 28 Julai ini, muncul kelibat seorang gadis sunti persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instgram.

Wajah ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu adalah anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiga Amy di Houston, Roslisa Ahmad.

Mereka yang pernah berkahwin pada 1995 namun bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha baru berusia tiga tahun.

Irisha Myra

Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).

Amy kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003 dan selain Nabila Huda serta Irisha Myra, Amy turut memiliki anak bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Apa yang menarik, Irisha Myra mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.

“Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Malah, Amy meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama Irisha Myra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan rakannya, Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella.

BACA INI JUGA: Restoran Amy Search Lingkup Ditipu Kawan Baik!

sumber: mynewshub