Sunday, July 02, 2017

Sejarah Penampakan UFO Di Malaysia

Sejarah Penampakan UFO Di Malaysia

UFO ialah Unidentified Flying Object atau piring terbang yang selalu dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing.

UFO Di Malaysia

Penampakan UFO di Malaysia dan di seluruh dunia sering dilaporkan sejak dahulu namun tiada bukti saintifik yang benar-benar mengesahkan tentang kewujudan UFO atau penemuan makhluk asing.

Bulan Mac tahun 1998, UFO pernah dilihat oleh sekumpulan pelajar di simpang Empat, Alor Setar, Kedah.

Objek sebesar saiz dua buah kereta berwarna kelabu itu berlegar beberapa minit di ruang udara sebelum ke langit dan hilang dari pandangan.

Pada Mei 1999, UFO pernah dilaporkan dilihat di Hulu Dong, Pahang.

Beberapa hari sebelum itu, seorang pelajar mendakwa telah melihat objek terbang di ruang udara Kampung Bemban Hilir, Mambau, Negeri Sembilan.

Malah, pelajar ini mengatakan ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari ruang udara dan tinjauan selepas itu mendapati ada bekas tapak kaki yang pelik dan dikatakan mungkin milik makhluk asing.

Tahun 1999 juga, penduduk Baling, Kedah, gempar dengan kehadiran UFO.

Mereka melihat objek seperti piring terbang yang dindingnya berwarna hijau kebiruan.

Objek itu bercahaya tapi tidak mengeluarkan bunyi, berlegar di ruang udara pekan Kupang dan hilang setelah melalui kawasan hutan.

UFO di dakwa muncul di Tanah Merah, Kelantan pada Mac tahun 2000. Sebuah kawah berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang di dakwa adalah kesan objek asing yang turun di kawasan itu.

Menurut laporan dari tahun 1981 sehingga 2008, lebih 140 kes penampakan UFO di Semenanjung dilaporkan.

Antaranya, di Sungai Petani, Kedah sebanyak lapan kali, Ipoh, Perak sebanyak lima kali, Tanjung Sepat, Selangor sembilan kali dan di Paka, Terengganu sebanyak empat kali.

UFO Adalah Jin?

Dari sudut pandangan ulama Islam, tiada ayat dalam Al-Qur'an mahupun hadis Nabi yang menyatakan tentang kewujudan UFO.

Sebab itulah ramai yang menganggap UFO berkemungkinan adalah jin, tapi sejauh mana kebenarannya, hanya Allah SWT yang mengetahui.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

-SENTIASAPANAS.COM

Robot R2-D2 Star Wars Terjual RM12 Juta!

Robot R2-D2 Star Wars Terjual RM12 Juta!

Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star Wars berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), kata agensi pelelong di selatan California.

R2-D2

Agensi di Los Angeles itu dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang terkenal dengan jenakanya.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood.

Ia termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, ‘A New Hope’ dan ‘The Empire Strikes Back’ berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta).

Manakala topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000).

BACA INI JUGA: Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)

Tarikh 2 Julai merupakan hari ke 183 (hari ke 184 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 182 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Zeppelin awal
Zeppelin awal.

Hari ini juga merupakan sambutan hari perayaan Martinian dan Processus (Gereja Katolik Rom).

Peristiwa

1644 - Gabungan Covenanter Scotland dan Roundhead England menewaskan golongan setiaraja Cavalier dalam Pertempuran Mur Marston berhampiran York, salah satu pertembungan muktamad dalam Perang Saudara England.

1839 - Lebih 50 orang hamba Afrika memberontak di atas kapal abdi La Amistad berhampiran pantai Cuba.

1881 – Presiden A.S. James Garfield ditembak mati di Washington, D.C.

1900 - Penerbangan pertama Zeppelin dilakukan di atas Tasik Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman.

1937 - Amelia Earhart dan pemandu arah Fred Noonan hilang di Lautan Pasifik dalam usaha terbang mengelilingi dunia.

1964 - Presiden Lyndon B. Johnson memeterai Akta Hak Awam 1964 yang melarang pemisahan kaum di tempat awam di Amerika Syarikat.

1976 - Selepas Perang Vietnam, Vietnam Utara dan Selatan bersatu di bawah pemerintahan komunis untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.

1997 - Nilai Baht Thai berkurang sehingga separuh dengan cepat, menandakan permulaan Krisis Kewangan Asia 1997.

2009 - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

2012 - GlaxoSmithKline mengaku bersalah terhadap dakwaaan jenayah penipuan penjagaan kesihatan dan didenda rekod AS$3 bilion.

Kelahiran

1821 - Charles Tupper, Perdana Menteri Kanada ke-6.

1937 - Richard Petty, bekas pelumba NASCAR.

1942 - Vicente Fox, Presiden Mexico.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Julai)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari UFO Sedunia, World UFO Day

Sambutan Hari UFO Sedunia, World UFO Day

Sambutan Hari UFO Sedunia, World UFO Day adalah hari yang disambut pada 2 Julai setiap tahun untuk meraikan kewujudan Benda Terbang Tak Dikenali atau UFO.

World UFO Day

Hari UFO Sedunia pertama kali disambut pada tahun 2001 untuk meningkatkan kesedaran tentang kewujudan UFO dan makhluk asing yang tidak diragui lagi sememangnya wujud.

Hari ini diharapkan dapat digunakan untuk mendorong kerajaan agar membuka atau berkongsi maklumat yang telah mereka ketahui tentang penampakan-penampakan UFO sepanjang sejarah manusia.

Dengan adanya sambutan ini diharapkan mampu mendorong setiap orang untuk percaya akan kewujudan UFO serta menganjurkan pesta mereka sendiri pada Hari UFO Sedunia ini.

Bagi anda yang percaya dengan kewujudan UFO dan makhluk asing, anda juga boleh meraikan hari ini dimana saja.

Caranya? Dengan mengamati langit selama satu hari sambutan tersebut atau melakukan aktiviti lain yang bertemakan UFO.

Misalnya, menonton filem tentang UFO dan makhluk asing bersama dengan orang-orang yang juga mempunyai minat terhadap UFO dan makhluk asing.

Sebelum ini ada dua hari yang disebut sebagai Hari UFO Sedunia, iaitu pada tanggal 24 Jun dan 2 Julai, sebelum WUFODO (World UFO Day Organization/Organisasi penganjur utama sambutan Hari UFO Sedunia menyatakan 2 Julai sebagai tarikh rasmi Hari UFO Sedunia.

Ini dilakukan untuk meredakan kebingungan orang-orang yang akan menyambutnya.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

sumber: worldufoday

Saturday, July 01, 2017

Misteri Ayat Al-Qur'an Ghaib Pada 1 Syawal

Misteri Ayat Al-Qur'an Ghaib Pada 1 Syawal

Misteri kehilangan lapan muka surat ayat suci daripada sebuah Al-Quran di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat, Johor pada Ahad lalu (25/6/2017) menjadi tular di seluruh negara.

Ayat Al-Quran Ghaib

Harian Metro melaporkan, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri ketika pulang beraya di rumah keluarganya.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari ketika dia bersama-sama dengan 13 adik beradik yang lain mahu mengadakan acara marhaban dan tahlil pada 1 Syawal itu.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd. Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.

“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya.

Abdul Latif, 52, yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.

Menurutnya, sebelum ini enam pelajar tahfiz telah menurunkan tanda tangan mereka sebagai bukti Al-Quran ini dikhatamkan sebelum dibeli semula oleh abangnya.

Jelasnya, Al-Quran yang sama sering dibawa anak murid di sekolah abangnya dan mereka juga khatam dengan kitab suci itu.

“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan kandungan muka surat dalam naskah kitab suci berkenaan hingalah disedari pada Syawal lalu.

“Bila berlaku seperti ini, biasanya ramai mengatakan ia tersilap cetak tetapi apa yang berlaku sebaliknya kerana ia ktaham beberapa kali,” katanya.

Abdul Latif berkata, isu kehilangan lapan muka surat Al-Quran ini memberi petunjuk kepada manusia bahawa semakin hampirnya akhir zaman.

“Ini isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” katanya.

BACA INI JUGA: AJAIB! Himpunkan Al-Qur'an Di Seluruh Dunia, Seayat Pun Tiada Perbezaan!

sumber: mynewshub

Wanita Pengsan Selepas Pecahkan Gelang Jed Berharga RM113,915

Wanita Pengsan Selepas Pecahkan Gelang Jed Berharga RM113,915

Seorang pelanggan terpaksa berdepan dengan kerugian selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed bernilai $26,500 (RM113,915) sehingga pecah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan, China.

Jed

Peraturan ‘anda pecahkan, anda perlu bayar’ sememangnya dipaparkan di kedai kaca atau sebarang kedai oleh pemilik yang bimbang barangan mereka pecah akibat kecuaian pelanggan.

Odditycentral melaporkan, pelancong wanita yang berkunjung ke pasar jed Ruili Jiegao tidak bernasib baik selepas tidak sengaja menjatuhkan gelang jed sehingga pecah.

Jed

Wanita berkenaan pengsan selepas dimaklumkan perlu membayar ganti rugi bagi barangan tersebut yang berharga $44,100 (RM189,515).

Bagaimanapun, selepas meneliti peraturan dan rundingan, gelang yang pecah itu hanya bernilai $26,500 (RM113,915).

Jed

Kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial dan menyalahkan wanita tersebut kerana tidak berhati-hati ketika melihat barang perhiasan tersebut.

BACA INI JUGA: Awas! Getah Loom Band Penyebab Kanser?

sumber: mynewshub

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Julai?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Julai?

Bulan ke-7, Julai (Quintilis, Julius), dalam kalendar Julian dan Gregory, pada era Roman, ia jatuh pada bulan ke-5 dan disebut sebagai Quintilis dalam bahasa Latin sebelum ditukar pada era Decemvris 450 sebelum masihi.

July

Kemudian, ia ditukar oleh maharaja Augustus menjadi ‘July’ sebagai tanda peringatan untuk Julius Caesar yang lahir pada bulan ketujuh.

Ironinya, ketika nama bulan tersebut mula digunakan, pada tahun itulah (44 SM) Julius Caesar dibunuh.

Dalam bahasa Inggeris, nama bulan ini pada mulanya disebut Julie, kemudian berubah menjadi July.

Orang Indonesia menyebutnya bulan Juli.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Jun?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Julai)

Tarikh 1 Julai merupakan hari ke 182 (hari ke 183 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 183 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Pertempuran Somme
Pertempuran Somme.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kanada, Hari Republik di Ghana (1960) dan Hari Kemerdekaan di Burundi dan Rwanda (1962).

Peristiwa

1569 - Kesatuan Lublin dimeterai, menyatukan Kerajaan Poland dan Grand Duchy Lithuania menjadi Komanwel Poland-Lithuania.

1867 - Akta Amerika Utara British mula berkuatkuasa, menyatukan Provinsi Kanada, New Brunswick dan Nova Scotia ke dalam Gabungan Kanada.

1873 - Pulau Prince Edward telah bergabung dengan Kanada ataupun dipanggi Konfederasi.

1904 - Sukan Olimpik pertama di Amerika Utara dibuka di St. Louis, Missouri.

1916 - Perang Dunia Pertama: Hari pertama Pertempuran Albert menjadi hari yang paling banyak menumpahkan darah dalam sejarah Tentera Darat British, dengan 19,240 askar maut.

1960 - Ghana menjadi republik dengan Kwame Nkrumah sebagai presiden pertama.

1989 - Kejohanan bola sepak Copa América 1989 bermula sehingga 16 Julai dengan Brazil merupakan tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

1991 - Pakatan Warsaw dibubarkan secara rasmi di Praha.

1997 - United Kingdom memindahkan kedaulatan Hong Kong kepada Republik Rakyat China untuk diperintah sebagai kawasan pentadbiran khas di bawah dasar "satu negara, dua sistem".

1999 - Tadbir urus perundangan Scotland dipindahkan daripada Scottish Office di Westminster kepada Parlimen Scotland.

2002 - Penerbangan 2937 Bashkirian Airlines dan Penerbangan 611 DHL berlanggar di udara di atas bandar Owingen dan Überlingen di Jerman, membunuh semua 71 orang di dalam pesawat.

2002 - Statut Rom mula berkuatkuasa, mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa individu bagi pembasmian kaum, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah kelangsangan.

2003 - Kejohanan Futsal AFF 2003 bermula dengan Malaysia merupakan tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

2006 - Kejohanan bola sepak Piala Malaysia 2006 bermula yang disertai oleh 7 buah pasukan negeri terbaik dan 5 pasukan kelab.

2010 - Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.

2010 - Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.

2011 - Perkahwinan Albert II, Putera Monaco dan Charlene Wittstock dilangsungkan di Monaco.

2011 - Kejohanan bola sepak Copa América 2011 bermula sehingga 24 Julai dengan Argentina merupakan tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

2012 - UEFA Euro 2012 tamat dengan Sepanyol menewaskan Itali bagi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Eropahnya.

2013 - Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah.

2015 - Teenebelle mengeluarkan mini album perdananya yang bertajuk "Happy Friends".

Kelahiran

1914 - Ahmed Hassan al-Bakr, bekas presiden Iraq.

1956 - Dato' Haji Othman bin Mustapha, ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

1959 - Dale Midkiff, pelakon dari Amerika Syarikat.

1976 - Ruud van Nistelrooy, pemain bola sepak Belanda / Real Madrid C.F.

1982 - Achik Spin, penyanyi dan salah seorang daripada anggota Kumpulan Spin.

Kematian

1839 - Mahmud II, Sultan Empayar Uthmaniyyah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Jun)

sumber: wikipedia