Friday, June 23, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

Tarikh 23 Jun merupakan hari ke 174 (hari ke 175 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 191 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

AirAsia

Hari ini juga merupakan sambutan Jaaniõhtu di Estonia, Jāņi diadakan di Latvia kuno, Perayaan Santo Jonas di Lithuania dan sambutan Hari Lahir Rasmi Grand Duke di Luxembourg.

Peristiwa

1713 - Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun bagi mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.

1865 - Stand Watie menjadi jeneral Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah diri dalam Perang Saudara Amerika.

1887 - Taman Negara Banff ditubuhkan parlimen, menjadi taman negara Kanada yang pertama.

1894 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan kongres antarabangsa di Sorbonne, Paris.

1941 - Kemerdekaan Lithuania 1941: Ahli-ahli Barisan Aktivis Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

1956 - Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Mesir, jawatan yang disandang sehingga kematiannya pada 1970.

1985 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 182 Air India di atas Lautan Atlantik, membunuh kesemua 329 orang di dalam kapal terbang.

1991 - Sega melancarkan Sonic the Hedgehog di Amerika Syarikat dan Eropah, memulakan francais yang telah menjual lebih 80 juta salinan permainan video ini dan susulannya.

2008 - Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri daripada pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.

2010 - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.

2011 - Gunung berapi Nabro meletus, menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.

2011 - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.

Kelahiran

1972 - Zinedine Zidane, bekas pemain bola sepak Real Madrid C.F.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Jun)

sumber: wikipedia

Thursday, June 22, 2017

Rahsia 'Lure Hsu' Usia 40an Macam Gadis Remaja

Rahsia 'Lure Hsu' Usia 40an Macam Gadis Remaja

Sekilas pandang anda mungkin terfikir dia adalah pelajar namun jangan terkejut kerana wanita ini, Lure Hsu baru menyambut hari jadi yang ke-42.

Lure Hsu

Lure, dari Taiwan kini menjadi sensasi internet disebabkan wajah awet muda yang dimilikinya dan dia berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut Lure, rahsianya ialah dia minum banyak air dan makan sayur.

Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.

Tidak ketinggalan ialah pengambilan vitamin C serta kolagen.

Dia yang juga seorang pereka fesyen pertama kali menarik perhatian ramai disebabkan oleh adiknya, Sharon Hsu.

Sharon, 35, adalah aktres di Taiwan. dan dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.

Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Lure kerana dia seakan-akan gadis remaja.

Akaun instagramnya sudah mempunyai 230,000 pengikut manakala akaun Facebooknya pula melebihi 341,000 `like’.

BACA INI JUGA: 'Klimaks Berkali-Kali Untuk Kekalkan Awet Muda'

sumber: mynewshub

Jinichi Kawakami, Ninja Terakhir Jepun Enggan Wariskan Ilmu

Jinichi Kawakami, Ninja Terakhir Jepun Enggan Wariskan Ilmu

Jinichi Kawakami merupakan seorang jurutera namun dia memiliki keistimewaan lain. Jinichi adalah seorang ninja dan dia merupakan ninja terakhir di Jepun.

Jinichi Kawakami

Jinichi, mula mempelajari ninja sejak berusia enam tahun di bawah latihan seorang guru dan dari situ dia mula menjalani latihan lasak.

Dia dilatih mendengar bunyi jarum jatuh di atas lantai di bilik sebelah, menghilangkan diri di sebalik kepulan asap serta mengelar leher mangsa.

Selain itu, Jinichi juga belajar memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi dan berlatih mencampur bahan kimia untuk menghasilkan bahan letupan dan asap.

Namun Jinichi memutuskan untuk mati sebagai ninja terakhir dan dia tidak berhasrat untuk melatih orang lain.

“Saya rasa saya digelar sebagai ninja terakhir kerana tidak orang lain yang mempelajari kemahiran ini secara langsung daripada guru ninja sejak lima abad lalu.

“Ninja yang sebenar tidak lagi wujud,’’ katanya yang berpendapat seni kemahiran ninja tidak lagi sesuai dengan kehidupan moden.

Jinichi kini mengendalikan muzium Ninja di Iga, yang terletak kira-kira 220 batu ke Tokto.

Dia juga baru memulakan tugasan sebagai penyelidik dengan Universiti Mie, iaitu universiti di mana dia mempelajari sejarah ninja.

BACA INI JUGA: Pewaris Rahsia Ilmu 21 Puak Ninja Ban!

sumber: mynewshub

Nor Syamimi Azhari, Gadis Cantik Penjual Aiskrim Yang Viral

Nor Syamimi Azhari, Gadis Cantik Penjual Aiskrim Yang Viral

"Biarpun menunggang motosikal menjual aiskrim dan kadang-kala terpaksa meredah hujan dan panas, saya tak kisah.”

Nor Syamimi Azhari

"Saya lebih suka berdikari mencari duit sendiri terutama bagi membeli kelengkapan untuk Aidilfitri ini," kata Nor Syamimi Azhari, 22, yang video dan gambarnya menjual aiskrim dengan motosikal tular di laman sosial.

Nor Syamimi yang juga penuntut tahun ketiga, Jurusan Pendidikan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu bapanya, Azhari Hashim, 50, menjual aiskrim di sekitar Pekan Kuah, Langkawi.

Menurutnya, dia tidak menyangka video dan gambar yang diambil pada Mac lalu dan dimuat naik di Facebook miliknya menggunakan nama Syamimi Azhari sejak semalam, tular di laman sosial.

"Saya sudah empat tahun membantu bapa menjual aiskrim yang saya lakukan ketika cuti semester.

"Pada awalnya, bapa ada bertanya kepada saya, tak malu ke nanti terutama dengan kawan-kawan. Saya kemudian beritahunya bahawa saya tidak peduli apa yang orang akan kata sebaliknya apa yang saya lakukan ini dapat membantu menambah pendapatan.

"Biasanya saya boleh dapat RM150 sehari dan dalam sebulan saya boleh dapat dalam lebih RM1,000.

"Apa yang penting kena rajin. Saya sukakan cabaran dan tahan lasak. Jadi, berniaga seumpama ini tidak menjadi masalah pada diri saya," katanya ketika dihubungi.

Nor Syamimi Azhari

Katanya yang juga anak tunggal, peluang seperti itu turut diambil sepanjang Ramadhan ini dan ketika umat Islam mahu menyambut Aidilfitri.

"Kebiaasannya pada hari biasa, saya mula berniaga pada 11 pagi hingga 5 petang manakala pada Ramadhan bermula 5 petang hingga 8.30 malam.

"Pada Ramadhan ini saya juga fokus pada mereka yang mengadakan majlis berbuka puasa," katanya.

Katanya, dia juga akan menjual aiskrim sepanjang Adilfitri nanti bermula Aidilfitri ketiga.

"Biarpun orang lain masih sibuk berhari raya namun saya merancang untuk berniaga selain memfokus kepada mereka yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka nanti.

"Selain dapat membantu ibu bapa, saya harap dengan berniaga ini juga saya dapat meringankan beban mereka terutama untuk membiayai pengajian yang masih berbaki setahun lagi," katanya.

BACA INI JUGA: Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral

sumber: hmetro

Tips Beli Lemang Dari 'Pakar' Yang Anda Patut Baca

Tips Beli Lemang Dari 'Pakar' Yang Anda Patut Baca

Lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan-kawan dan rakyat marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.

Tips+Beli+Lemang

Sepanjang 15 tahun tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersalin minggu raya.

So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan?

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang.

Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang-sedang, sebab yg besar x semestinya dimasak dengansempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak.

Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi.

Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Inikerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak.

Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau belibanyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat rm50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila.

Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.

Sebabnya,Gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering.

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang.

Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang.

Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.

Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster rm20 secawan beli tak komplen pun.

*Pengalaman saya menjual dan membakar lemang sejak umur 10 tahun pun rasanya tak cukup lagi ni. Setakat 100 batang sekali bakar, 35 minit je.

Tapi, sejak dah berkecimpung dengan dunia perkapalan, susah sikit nak bagi komitmen meniaga lemang sekarang, dengan rezeki anak sulung lagi.

*Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda.

Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya. Walaupun tahun ni saya tak buka gerai Lemang Cukup Tua (boleh search kat fb) di Permatang Pauh, saya still supply buluh kepada mereka-mereka yang nak meniaga lemang.

Boleh pm saya kalau sesiapa nak meniaga lemang. Akhir kalam, saya Harris Rosli izinkan sapa-sapa nak share artikel ni.

Selamat Hari raya semua!

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

sumber: mynewshub

8 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia

8 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia

Ribuan manusia berkumpul dan bersatu mendengar muzik dari zaman festival muzik era ‘Hippy’ 1960-an lagi dan terus berevolusi ke semua cabang dan aliran muzik.

Dari pentas rancak Electronic Dance Music (EDM) di Belgium hingga ke pentas manifesto seni ‘Burning Man’ di tengah gurun tandus Nevada, saya senaraikan 8 festival muzik terbaik di seluruh dunia yang berbaloi untuk dikunjungi oleh peminat tegar muzik.

1. Burning Man
Lokasi: Nevada, USA
Tema: Steampunk

Burning Man

Seperti berada di lokasi penggambaran filem ‘Mad Max’, festival diadakan di tengah-tengah gurun tandus Nevada, Amerika Syarikat.

Burning Man dicetuskan oleh seorang penggiat seni bernama Lary Harvey sejak 1986 lagi. Dia membakar sebuah tugu unggun api berupa seakan-akan seorang lelaki bagi menandakan hari Soltis musim panas.

2. Songkran
Lokasi: Thailand
Tema: Pesta air

Songkran

Sambutan seluruh Thailand bagi merayakan Tahun Baru Thai yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 April.

Lebih kepada pesta budaya, Songkran bermaksud ‘perubahan’ dan setiap tahun seluruh bandaraya akan bergempita dengan dendangan lagu-lagu Thai, klasik dan moden serta diraikan warga Thai juga pelancong asing.

Festival 'bermain' dan bersiram sesama sendiri, membuatkan pesta air ini mesti dikunjungi sekali seumur hidup.

3. Carnaval De Bahidorá
Lokasi: Cuautla, Mexico
Tema: Hutan, sungai dan alam bunian

Carnaval De Bahidorá

Berlangsung selama 24 jam tanpa henti, Bahidorá bertemakan karnival di dalam hutan dan sungai, dengan pengunjung berpakaian seperti manusia halus Elf.

Muziknya pula gabungan antara Alternative Indie dan Electronica dan ini satu-satunya festival yang mengajar pengunjung melakukan trik sarkas dan asas kayak.

4. FUSION
Lokasi: Larz, Jerman
Tema: Seni, arca dan militari

FUSION

Mengambil tempat di bekas lapangan tentera udara Jerman, FUSION sarat dengan persembahan muzik dan dihiasi perhiasan-perhiasan askar serta arca-arca besar.

Pengunjung disarankan berpakaian beret, melakukan hasil seni dan memainkan peralatan muzik yang boleh menzahirkan manisfeto diri.

Hanya makanan vegetarian sahaja dibenarkan dijual atau dimakan di tapak festival.

5. Montreux Jazz Festival
Lokasi : Montreux, Switzerland
Tema : Muzik jazz

Montreux Jazz Festival

Walaupun ia sebenarnya sebuah festival muzik Jazz, penganjur selalu menjemput nama-nama besar muzik Rock, Pop dan Hip-Hop dari Hollywood.

Dalam salah satu sambutan, pentas yang sepatutnya berpaksikan muzik Jazz ini digegarkan oleh The Chemical Brother, Lionel Ritchie dan Lady Gaga.

Barangkali, penganjur tidak mahu festival Jazz terbesar ini tenggelam dimamah usia, mungkin?

6. Itadaki
Lokasi: Shizuka, Jepun
Tema: Teknologi hijau

Itadaki

Lokasi di sepanjang pesisir pantai Suruga, festival musim panas ini dijana menggunakan bio-diesel.

Konsep mesra alam dibawa kerana penganjur menentang penggunaan petrol yang membawa kemudaratan kepada alam sekitar.

Festival ini benar-benar mengetengahkan budaya maju pemuzik Jepun melalui persembahan berteknologi hijau, lampu-lampu neon dan barisan pemuzik hebat seperti Rhymester, Kemuri dan Shibusashirazu Orchestra.

7. Tomorrowland
Lokasi: Boom, Belgium
Tema: Alam fantasi EDM

Tomorrowland

Bermula hanya di sebuah pekan kecil pada 2005, Tomorrowland berevolusi menjadi antara festival muzik EDM terbesar dunia.

Pernah dibarisi artis-artis EDM bertaraf Hollywood seperti Avicii, Alesso dan David Guetta, ia terus membesar saban tahun dengan 15 pentas muzik, bola disko gergasi dan istana kisah dongeng saiz sebenar.

8. Rainforest World Music Festival
Lokasi: Sarawak, Malaysia
Tema: Hutan hujan, budaya dan etnik

Rainforest World Music Festival

Mengangkat kesenian dan muzik peribumi Borneo, di samping pemuzik-pemuzik peribumi dari serata benua dunia.

Uniknya, mereka memainkan instrumen-instrumen muzik eksentrik yang menyatu dengan bunyi-bunyi alam semula jadi.

Hayati muzik-muzik indah dan mengagumkan ini sambil berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stail

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Jun)

Tanggal 22 Jun merupakan hari ke 173 (hari ke 174 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 192 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gol Tangan Tuhan

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di El Salvador.

Peristiwa

168 SM - Perang Macedonia Ketiga: Angkatan tentera Rom menewaskan dan menawan Raja Macedon Perseus dalam Pertempuran Pydna.

1813 - Perang 1812: Laura Secord berjalan kaki 30 km memberikan amaran kepada angkatan tentera Britain akan serangan Amerika Syarikat yang akan berlaku di Queenston, Ontario.

1854 - Dewan Undangan Provinsi Kanada memansuhkan sistem seigneur di Perancis Baru, Amerika Utara British.

1937 - Camille Chautemps menjadi Perdana Menteri Perancis buat kali ketiga, dalam kementerian Barisan Popular kedua.

1941 - Perang Dunia Kedua: Lebih 4.5 juta askar Jerman Nazi dan Kuasa Paksi mula menyerang Kesatuan Soviet.

1956 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di Malaysia.

1986 - Pemain bola sepak Argentina Diego Maradona (gambar) menjaringkan kedua-dua Gol Tangan Tuhan dan Gol Abad Ini semasa menentang England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA di Bandar Mexico.

2009 - Dua kereta api Metro berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 80 yang lain.

2009 - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.

2010 - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.

2010 - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.

2012 - Presiden Paraguay Fernando Lugo disingkirkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Federico Franco.

Kelahiran

1952 - Santokh Singh, pemain bola sepak Selangor dan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 Jun)

sumber: wikipedia