Friday, June 02, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Jun)

Tanggal 2 Jun merupakan hari ke 153 (hari ke 154 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 212 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Puak Vandal

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Itali (1946).

Peristiwa

455 - Puak Vandal dengan diketuai Raja Gaiseric menjarah Rom.

1098 - Perang Salib Pertama: Pengepungan Antioch pertama berakhir apabila angkatan Salib berjaya menawan bandar itu.

1800 - Pemvaksinan cacar pertama diberikan di Amerika Syarikat.

1865 - Angkatan tentera di bawah Jeneral Edmund Kirby Smith menjadi angkatan Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah kalah dalam Perang Saudara Amerika.

1886 - Grover Cleveland menjadi satu-satunya Presiden A.S. yang berkahwin di Rumah Putih apabila beliau mengahwini Frances Folsom.

1924 - Presiden Amerika Syarikat Calvin Coolidge menandatangani Akta Kewarganegaraan Indian 1924, memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduk Pribumi Amerika yang lahir di Amerika Syarikat.

1946 - Kelahiran Republik Itali: Itali menjadi sebuah republik dan membubarkan pemerintahan beraja, menggulingkan Raja Umberto II.

1953 - Kemahkotaan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom menjadi kemahkotaan United Kingdom pertama yang disiarkan di televisyen.

2003 - Misi planet pertama Agensi Angkasa Eropah, luar angkasa lepas Mars Express, dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.

2009 - Mauricio Funes dilantik sebagai Presiden El Salvador.

2009 - Bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia runtuh.

2010 - Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.

2013 - Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.

Kelahiran

1948 - Chong Kah Kiat, Ketua Menteri Sabah ke-13.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Jun)

sumber: wikipedia

7 Zikir Sebagai Amalan Menjemput Rezeki Melimpah Ruah

7 Zikir Sebagai Amalan Menjemput Rezeki Melimpah Ruah

Sempena bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama memperbanyakkan zikir yang dengannya semoga kita mendapat keampunan dan pahala.

Doa rezeki

Begitu juga jika kita inginkan rezeki yang melimpah dan berkat, jom amalkan 7 zikir ini sebagai amalan menjemput rezeki. Insyaa Allah.

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

"Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

"Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS

"Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH

"Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam, maka TIDAK akan ditimpa Kesempitan Hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI

"Dari Umar bin Khaththab dari Nabi SAW bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT." (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah, al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR

"Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki

Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas,
Rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami,
Jika rezki kami ada dilangit maka turunkanlah,
Jika ada dibumi maka keluarkanlah,
Jika jauh maka dekatkanlah,
Jika dekat maka mudahkanlah,
Jika sedikit maka banyakanlah,
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN, MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN dan KEDHAIFAN.
YA ALLAH. Kabulkanlah doa kami. Aamiiin

Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istiqamah.

Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sehinggit

Pembayaran Kedua BR1M Mulai 5 Jun 2017

Pembayaran Kedua BR1M Mulai 5 Jun 2017

Seramai 3.3 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 bakal mendapat duit raya awal apabila pembayaran peringkat kedua BR1M akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing mulai 5 Jun 2017 ini.

BR1M 2017

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembayaran kali kedua melibatkan peruntukan lebih RM1.3 bilion itu membabitkan dua kumpulan penerima iaitu kategori pertama isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dan kategori dua isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000.

Johari berkata, pembayaran bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu melibatkan pe­nerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama pada Februari lalu, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

Penerima kategori pertama akan mendapat duit raya sebanyak RM400, manakala penerima kategori kedua menerima bantuan sebanyak RM300.

Pemberian BR1M ini diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, June 01, 2017

Kleptokrasi Adalah Kerajaan Yang Mencuri Harta Negara Dan Wang Rakyat

Kleptokrasi Adalah Kerajaan Yang Mencuri Harta Negara Dan Wang Rakyat

Asal usul perkataan Kleptokrasi dikatakan berasal dari perkataan Greek iaitu gabungan perkataan ‘kleptes’ (pencuri) dan ‘kratos’ (kuasa), maka jadilah ia pemerintahan pencuri atau pemerintahan oleh pencuri.

Kleptokrasi

Perkataan Kleptokrasi (Kleptocracy - klep toc ra cy) menjadi satu perkataan yang amat popular apabila JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat memulakan prosiding sivil ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini Kleptokrasi adalah satu perkataan yang jarang digunakan. Malah, tidak ramai yang mengetahui maksud dan apa itu perkataan Kleptokrasi.

Sifat-Sifat Kleptokrasi

Banyak artikel Kleptokrasi yang memberi contoh Presiden Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos dari Filipina dalam kes-kes Kleptokrasi yang paling terkenal. Suharto dikatakan telah mencuri sebanyak US$15 bilion sehingga US$35 bilion.

Kecurian pula adalah dari harta, wang negara. Curi juga tidak terhad kepada maksud literal tetapi apa-apa juga tindakan untuk memindahkan kekayaan negara kepada, untuk kepentingan individu tertentu.

Kleptocracy Asset Recovery Initiative ("KARI")

Sebagaimana yang dinyatakan di atas JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat telah memulakan prosiding sivil untuk kesalahan Kleptokrasi. KARI adalah insiatif bekas AG Amerika, Eric Holder pada tahun 2010 untuk menangani korupsi pemimpin luar di AS.

Kes 1MDB pula adalah kes Kleptokrasi yang terbesar di bawah KARI dan menjadi perhatian diseluruh dunia.

Lima orang yang dinamakan dalam prosiding ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny.

Riza ialah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Dia ialah anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya Abdul Aziz Nong Chik. Dia menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang perfileman serta pelaburan.

Mereka didakwa bersubahat dengan seseorang yang disebut sebagai ‘Pegawai Nombor 1 Malaysia’ membeli harta-harta tersebut menggunakan wang yang dialihkan secara haram daripada 1MDB.

Sivil Atau Jenayah?

Antara isu yang hangat diperkatakan adalah sama ada Kleptocracy Asset Recovery Initiative adalah prosiding sivil atau jenayah?

Jabatan Kehakiman Amerika menggunakan peruntukan undang-undang unik dipanggil ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ (inisiatif mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa) oleh itu, ia prosiding sivil.

Namun, kes ini boleh berubah menjadi jenayah apabila semua harta dan bahan bukti telah diperolehi oleh pihak berkuasa.

Ini kerana latar belakang kes adalah kes jenayah iaitu kegiatan pengubahan wang haram oleh plaintif dan mencuri harta rakyat Malaysia.

Walaupun defendan bukan rakyat Malaysia dan harta yang dicuri bukannya harta Amerika Syarikat, namun KESALAHAN dilakukan di bawah undang-undang AS dan di negara AS.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh AG AS, Loretta Lynch, negara itu tidak akan membiarkan mana-mana pihak menggunakan sistem perbankan mereka untuk tujuan jenayah.

BACA INI JUGA:

sumber: dululain

Sambutan Gawai (Pesta) Dayak

Sambutan Gawai (Pesta) Dayak

Sambutan Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.

Gawai Dayak

Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Gawai bermaksud pesta jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak.

Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.

Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak.

Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.

Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka.

Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.

Isi kandungan
  • Persediaan sebelum Gawai Dayak
  • Perayaan pada hari pertama Gawai Dayak
  • Perayaan pada malam pertama Gawai Dayak
  • Perayaan pada hari kedua Gawai Dayak
  • Perayaan gawai-gawai sebenar sekitar Gawai Dayak
  • Perayaan Pra-Gawai Dayak
  • Penutupan Gawai Dayak

Persediaan sebelum Gawai Dayak

Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan.

Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan.

Bila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut.

Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.

Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil "sarang semut", "acuan" dan "kuih sepit".

Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak.

Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.

Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak.

Rumah panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga tempat beribadat. Jadi, pembinaan arkitek ini mesti dikekalkan sepnajang masa.

Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang-orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.

Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa atau komiti bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31hb Mei dan 1hb Jun.

Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan menyambut Tuhan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok "ranyai", bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan menyanyikan puisi rakyat.

Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke, bejoget dan disco boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.

Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil "begeliga".

Perayaan pada hari pertama Gawai Dayak

Bila tibanya pagi 31hb Mei, orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari untuk lauk-pauk sebelum gawai.

Selepas itu, orang ramai akan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai. Sekarang ini, daging dan sayuran boleh dibeli di pasar-pasar terutamanya bagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar.

Nasi pulut "pansoh" (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut inin adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan di kalangan komuniti itu yang menjamahnya.

Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.

Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu.

Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Barangan kraft tangan yang lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.

Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat singgah-sana para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti.

Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi, berpakaian kemas dan bersedia untuk acara malam menyambut gawai pada 31hb Mei.

Perayaan pada malam pertama Gawai Dayak

Kira-kira jam 6 petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk mengumumkan permulaan upacara sambutan Gawai Dayak kepada semua orang.

Acara ringkas membuang roh hantu pembaziran yang dipanggil "Antu Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan mengheret sebuah penampi oleh dua orang budak atau lelaki supaya setiap keluarga boleh membuang sesuatu barang yang tidak berguna lagi untuk roh itu supaya ia tidak mengganggu perjalanan perayaan pesta gawai seterusnya selepas barang-barang itu dipersembahkan untuknya.

Seterusnya akan dilakukan upacara sajian dan penyembahan, yang dipanggil "miring" atau "bedara" oleh kaum Iban, di setiap bilik keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang atau kampung.

Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan rezeki pada tahun akan datang.

Bagi mereka yang ada mendapat ubat dan pengaroh (azimat) terbaru, mereka bolehlah terus membuat kesyukuran atas pemberian barangan itu bersama sekali.

Sekarang ini, beg duit juga akan dikeluarkan bersama sewaktu upacara sajian ini untuk mendoakan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.

Bagi kaum Iban, pelbagai bahan sajian persembahan tradisi kepada dewa-dewa mereka termasuklah daun rokok dan tembakau, daun sirih dan buah pinang, ketupat dan sungkoi, penganan dan tumpi, nasi pulut dan nasi manis, cuwan dan sarang semut, rendai, telur ayam dimasak dan tuak selainnya.

Bilangan setiap jenis barangan sajian ini selalunya bergantung kepada berapa ramai dewa yang dijemput hadir dan untuk Gawai Dayak adalah 5 biji sebagai sajian untuk tujuan memohon ampun dan pergi berusaha pada tahun hadapan.

Jumlah agihan sajian bergantung kepada berapa tempat yang ingin diberikan sajian biasanya pada empat sudut bilik besar, satu di atas dapur, satu di atas tempayan beras, satu di ruai, satu di verandah, satu di huma atau sawah, satu di kebun, satu pada kenderaan dan satu sajian untuk setiap harta yang dimiliki jika ada.

Komuniti Dayak percaya pada seorang Bunsu Kree Petara dan ada tujuh orang dewa-dewa utama iaitu: dewa kegagahan dan peperangan yang digelar Sengalang Burong, dewa pertanian untuk hasil tuaian yang lumayan iaitu dipanggil Sempulang Gana, dewa kesihatan dan panjang umur yang bernama Menjaya Manang, dewa kekayaan dengan namanya Anda Mara, dewa pembuatan dan kesuburan yang dipanggil Selampandai, dewa kepercayaan yang disebut Biku Bunsu Petara dan akhir sekali Ini Inee/Andan sebagai seorang doktor semulajadi dan dewa keadilan.

Inilah sebabnya komuniti Dayak akan membilang dari satu hingga tujuh bila memulakan doa.

Untuk memulakan upacara sajian persembahan kepada para dewa, seekor ayam akan dihayunkan di atas kepala semua yang hadir. Hanya orang-orang terhormat dijemput menyajikan bahan-bahan persembahan itu ke dalam pingan tembikar atau bakul kulit buluh.

Mereka akan membuang separuh air tuak sebagai "pedara" dalam beberapa gelas dan separuh lagi diminum oleh mereka sendiri.

Air tuak yang dibuang ke tanah itu adalah diberikan kepada para dewa, orang kenamaan kayangan dan roh nenak-moyang untuk memberitahu upacara sajian akan dilakukan.

Rendai akan ditaburkan untuk memberitahu upacara sajian bermula. Ada turutan atau giliran untuk mengambil bahan-bahan itu supaya nampak ada perhiasan pada sajian persembahan itu.

Selalunya penganan akan diletakkan di tengah-tengah pingan diikuti oleh daun rokok dengan tembakau, daun sirih dibalut kapur dengan buah pinang, ketupat dan sungkoi, tumpi, nasi pulut dan nasi manis, rendai, telur ayam dan akhir sekali tuak ditaburkan atau disimpan dalam cawan ruas buluh.

Setelah sajian untuk para dewa siap dibahagikan mengikut bilangan yang betul dan agihan yang cukup, ketua rumah panjang atau kampung akan membaca doa sambil memegang dan menghayunkan seekor ayam di atas sajian tadi.

Selesai saja doa ini, ayam tersebut akan disembelih dan bulu-bulu sayapnya akan dilumuri darah ayam itu sebelum diletakkan pada bahan persembahan tadi.

Ayam itu boleh dibersihkan untuk dimasak sebagai jamuan atau dipanggang terus untuk semua yang hadir pada upacara sajian itu. Sajian para dewa itu akhirnya digantung pada tempat-tempat tertentu.

Bagi orang Dayak yang telah memeluk agama Kristian, mereka akan bersembahyang untuk menggantikan upacara persembahan sajian ini.

Selepas itu, makan malam untuk seisi keluarga bagi setiap bilik dalam rumah panjang atau setiap rumah dalam sesebuah kampung akan menyusuri. Inilah makan malam besar yang wajib dihadir semua keluarga setelah lama tidak berjumpa dan masing-masing mencari rezeki di mana-mana boleh.

Makan malam ini boleh diadakan di ruai setiap bilik rumah panjang supaya boleh makan beramai-ramai di sepanjang ruai rumah panjang. Bagi orang kampung, mereka boleh makan di sesebuah buah rumah atau di balai raya masyarakat.

Maljis makan ini adalah di lantai ruai rumah yang dibentangkan tikar-tikar untuk duduk walaupun sekarang meja dan kerusi ada digunakan untuk yang mampu membeli. Biasanya komuniti Dayak makan dengan menggunakan tangan dan air basuh tangan akan disediakan.

Selepas makan malam, acara perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Jadi, acara-acara rasmi yang telah persetujui sewaktu mesyuarat komiti rumah panjang akan dilaksanakan satu demi satu. Satu acara penting tepat jam 12 malam adalah meminum air panjang umur.

Tetapi sementara menunggu kedatangan tengah malam itu, beberapa acara rasmi akan diadakan seperti berkumpul di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung, perarakan menyambut para dewa, pertandingan ratu cantik dan permainan sukaria terutamanya untuk kanak-kanak jika sempat.

Tawak akan dipukul untuk memanggil semua penghuni rumah panjang supaya datang duduk di ruai ketua rumh panjang taua di balai raya kampung.

Mulanya, semua orang-orang utama akan duduk berbaris sepanjang di dinding ruai atas dalam upacara duduk berbaris yang dipanggil "bedigir" oleh kaum Iban.

Setelah itu, peraturan-peraturan khas dengan hukumannya sekali akan diumumkan kepada semua hadirin supaya perayaan gawai berjalan dengan lancar tanpa gangguan, pergaduhan dan malapetaka yang luarbiasa. Acara ini dipanggil "begeliga" oleh kaum Iban.

Berikutnya, ketua rumah panjang atau kampung akan berucap kepada semua anak buahnya dan diikuti oleh anak-anak buah yang telah berjaya dalam persekolahan dan kehidupan mereka.

Tujuan semua ucapan itu adalah untuk memuji kejayaan pada tahun yang sudah-sudah dan memberi motivasi serta galakan kepada semua untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup pada masa akan datang. Anak-anak murid sekolah yang telah berjaya dalam peperiksaan selalunya akan diberikan hadiah wang tunai sebagai galakan.

Sebelum tibanya tengah malam, satu perarakan untuk menyambut kedatangan para dewa akan diadakan sepanjang rumah panjang atau balai raya sebanyak tujuh kali.

Pakaian tradisi dengan perhiasan logam duit siling, logam perak, kulit siput dan manik akan dikenakan.

Contohnya, orang lelaki kaum Iban akan memakai cawat sirat, baju burung, baju perisai kulit "gagong", topi lelanjang (berhiaskan bulu burung merak dan kenyalang) dan hiasan perak serta dilengkapi oleh sebuah perisai, sebilah parang dan tombak.

Orang perempuan kaum Iban pula memakai kain tenunan betating pada pinggang, perisai tembaga (rawai tinggi) pada tubuh, selendang selampai, rantai laboh (marik empang), sikat sugu tinggi, tali pinggang (lampit pirak), anting-anting perak dan gelang-gelang perak pada lengan dan kaki.

Tubuh badan kaum lelaki selalunya sudah diukir dengan corak-corak tradisi seperti hidupan darat dan laut sebelum itu mengikut pengembaraan dan pengalaman seseorang itu atau diukir sementara waktu untuk acara ini.

Pada waktu perarakan itu, pertandingan Kumang dan Keling boleh diadakan untuk memilih seorang pemenang perempuan dan lelaki yang akan masing-masing digelar "Kumang Gawai" dan "Keling Gawai" bersama hadiah-hadiah yang diberikan.

Gelaran ini sungguh bermakna bagi kaum Iban kerana Kumang dan Keling adalah heroin dan hero mistik yang tinggal di dunia kayangan dan selalu memberikan petolongan dalam kehidupan kaum Iban pada masa lampau.

Sementara itu, makanan dan minuman tradisi yang telah disediakan sebelum ini akan terus dihidangkan kepada sesiapa yang ingin menjamu selera.

Ahli-ahli keluarga dan sahabat handai mula datang berkunjung dan melawat dalam acara rumah terbuka yang akan diteruskan untuk beberapa hari berikutnya.

Acara tradisi kunjung -mengunjungi ini dipanggil "ngabang" oleh kaum Iban untuk semua rumah=rumah panajng dan lampung yang semakan dengan sesebuah rumah panjang.

Tepat jam 12 malam pada 31hb Mei, sebuah gong akan dipukul untuk memberitahu semua orang supaya bersedia dengan minuman panjang umur masing-masing.

Ketua rumah panjang atau kampung akan dilantik untuk membacakan doa jampi supaya minuman itu memberikan panjang umur, kesihatan dan rezeki kekayaan pada tahun akan datang.

Bagi kaum Iban, air panjang umur yang dipanggil "ai pengayu" akan ditimang oleh lemambang (pemuisi) sebelum diminum oleh orang ramai.

Biasanya tuak akan dijadikan air panjang umur dan selepas itu, minuman jenis lain seperti yang berjenama mahal-mahal belaka akan dibahagikan.

Mulanya semua hadirin bersalaman untuk mengucapkan "Selamat Hari Gawai" dan diikuti oleh ungkupan pendek "Gayu-guru, Ngerai-Nyamai dan Senang-lantang nguan menoa" yang bermaksud "Semoga panjang umur, sihat walafiat dan murah rezeki ketika hidup di dunia".

Selepas tengah malam, suasana akan dimeriahkan lagi dengan acara pokok kehidupan, pertandingan tarian tradisi seperti ngajat dan datun jalut, meminum tuak dan menyumpit serta permainan bersukaria.

Salah satu acara utama yang sentiasa diadakan ialah mendirikan sebatang pokok kehidupan yang dikenali sebagai "ranyai" oleh kaum Iban di tengah-tengah ruai selalunya di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung jika belum didirikan pada siang hari tadi.

Pokok ini diperbuat daripada bahagian pucuk kelapa, aping, rumbia atau pohon pisang di mana umbutnya boleh dimasak dan dimakan bersama oleh orang ramai.

Sebiji gong akan dipukul untuk mengajak semua orang mendirikan pokok itu bersama-sama dan membawa sumbangan masing-masing untuk digantung sebagai buah-buah pokok itu.

Pokok ini mestilah lebat buahnya untuk untuk menggembirakan rombongan para dewa, para jemputan dan para hadirin sekalian.

Pokok ranyai itu akan dihiasi dengan menggantungkan buah-buahnya yang berupa sumbangan makanan dan minuman untuk dicantas dan diambil oleh para penari ngajat yang menari mengelilingi pokok itu sebagai hadiah.

Beberapa biji buah kelapa selalunya turut digantungkan pada pokok itu sebagai lambang kepala musuh sewaktu masa dahulu. Jadi, para penari lelaki bolehlah secara simbolik memenggal kepala musuh yang diwakili oleh buah-buah kelapa itu.

Sebenarnya, dikatakan asal-usul tarian ngajat adalah daripada budaya mengayau pada dahulu kala di mana para pengayau yang berjaya dialu-alukan dengan muzik tradisi dan mereka yang gembira menari-nari meraikan kejayaan itu.

Pertandingan tarian tradisi boleh diadakan pada waktu menari mengelilingi pokok ranyai ini. Tarian ngajat ada beberapa jenis seperti ngajat perempuan, ngajat lelaki, ngajat pua kumbu, ngajat lesong, ngajat pahlawan, ngajat bebunuh dan sebagainya mengikut kreativiti si penari. Selain tarian ngajat, orang lelaki bolehlah menunjukkan seni mempertahankan diri seperti kuntau (silat jari) dan penca (silat parang).

Tarian tradisi ini diiringi oleh muzik tradisi. Bagi kaum Iban, set muzik tradisinya terdiri daripada satu set engkerumong (gong kecil), sebiji tawak (gong besar), sebuah bebendai (gong leper) dan sebatang gendang. Sape adalah alat muzik kaum Orang Ulu yang dimainkan untuk tarian tradisi yang dipanggil "datun jalut" dan "nganjak lansan".

Jika dipersetujui oleh semua, sebuah bakul dikaitkan pada pokok itu untuk para penari memberi sumbangan derma untuk komiti rumah panjang atau kampung. Wang derma ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan ahli-ahli rumah panjang pada masa-masa kesulitan seperti sakit tenat atau kematian, atau untuk projek-projek khas seperti membeli alat pencegah kebakaran rumah panjang atau kampung.

Satu lagi acara pada pokok "ranyai" itu ialah menyediakan sebiji batu geseran di dalam sebuah dulang berair. Memang sudah menjadi tradisi, batu yang agak kasar sedikit digunakan oleh kaum perempuan menggeser kulit untuk membuang daki sewaktu mandi.

Jadi, sesiapa boleh menggeser bahagian belakang atas sendiri dengan batu itu sebagai tanda simbolik untuk mendoakan "kesejukan" atau keselamatan dalam kehidupannyan pada masa akan datang.

Selain itu, acara untuk orang-orang dewasa Dayak yang berbakat dalam mainan suara puisi rakyat selalunya disertakan untuk memeriahkan suasana sambutan Gawai Dayak dan menyuburkan warisan kebudayaan komuniti Dayak sendiri. Misalannya, puisi-puisi rakyat kaum Iban termasuklah pantun, pelandai, ramban dan sebagainya.

Salah satu acara kesukaan ramai sekarang adalah pertandingan menyumpit menggunakan sebatang sumpitan dan anak panahnya yang dipanggil "laja" oleh kaum Iban.

Sumpit adalah sebatang kayu lurus sepanjang kira-kira 9 kaki dan yang digerudi pada tengah-tengahnya. Pada masa dahulu, sumpit digunakan untuk memburu binatang buas dan burung liar pada masa dahulu kerana hujung anak panahnya direndam dalam sejenis racun daripada kulit kayu hutan.

Kawasan yang terkena sekitar anak panah beracun itu akan dibuang secepat mungkin bagi mengelak bahaya daripada dimakan.

Sekarang ini, sasaran pertandingan menyumpit bolehlah berupa belon, tembikai atau mentimun.

Permainan sukaria tradisi biasanya diadakan untuk orang dewasa seperti pertandingan meminum tuak, lawan lengan (bibat lengan), lawan kaki (bapatis), tarik sebatang kayu (Batarit lampong) dan tarik tali.

Pada zaman sekarang, permainan sukaria kanak-kanak adalah seperti bersembunyi dan mencari, berlari dalam guni, berlari berpasangan dengan sebelah kaki diikat bersama, meniup belon dan kerusi muzik.

Acara permainan ini boleh diadakan pada keesokan harinya jika masa tidak mengizinkan pada malam 31hb Mei terutamanya jika acara pokok ranyai menjadi panjang kerana kemeriahan dan keseronokannya yang menghiburkan semua.

Sambutan Gawai Dayak pada malam 31hb Mei berakhir dengan "penebangan" pokok "ranyai" bila malam telah menjelang sumbuh. Hanya seorang tua yang berstatus tinggi dan dihormati akan disuruh menebang batang pokok itu.

Penari ngajat yang lain hanya boleh mencantas dahan-dahan pokok itu dan buah-buahnya. Selalunya seekor ayam akan turut disertakan pada pokok itu.

Jadi, ayam ini akan disembelih bila tumbangnya pokok itu dan dibersihkan untuk dimasak bersama-sama oleh orang ramai sebelum bersurai untuk berehat atau tidur kerana acara hari esok sedang menanti.

Perayaan pada hari kedua Gawai Dayak

Pada keesokan harinya, setiap bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung akan bersedia untuk acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan menghidangkan makanan dan minuman di bilik atau di ruai mereka. Orang Dayak akan terus berpesta sambil bersukaria sesama sendiri.

Jika ada para tetamu jemputan khas, acara menyambut tetamu akan diadakan oleh seluruh warga rumah panjang atau kampung.

Selalunya, sebuah kuta yang berupa sebatang buluh dan digantungkan sehelai kain tradisi akan direntangkan pada jalan ke arah rumah panjang atau balai raya kampung.

Selepas melafazkan puisi kata-kata untuk membuka kuta, ketua tetamu akan diminta untuk mencantas kuta tersebut dengan sebilah parang tajam. Acara simbolik ini menandakan semua halangan atau rintangan yang ada telah pun diatasi supaya rumah itu pun terbuka untuk tetamu.

Sebelum naik ke rumah, ketua tetamu sekali lagi diminta melembing seekor haiwan yang disediakan di kaki tangga rumah oleh pihak tuan rumah.

Acara ini secara simbolik menandakan persembahan kepada para dewa and ampun-mengampuni antara pihak tuan rumah dan para tetamu dengan mengalirnya darah haiwan itu ke tanah di kaki tangga. Haiwan itu akan dibersihkan dan dimasak sebagai hidangan makanan untuk semua orang.

Bila saja tetamu masuk ke rumah, mereka terus dijamu minuman yang dinamakan air naik dan air haus oleh sekumpulan perempuan yang berbaris menyambut ketibaan mereka di kiri dan kanan kepala tangga atau pintu rumah.

Adalah menjadi amalan tradisi bagi orang yang memberi minuman kepada seseorang akan minum atau merasa sedikit daripada air minumannya dahulu sebelum memberikan minuman kepada orang lain.

Amalan ini membuktikan minuman itu adalah sedap dan selamat untuk diminum. Jika tidak, seseorang boleh menyuruh orang yang memberi minuman itu supaya merasa minumannya dahulu sebelum menerima pelawaan untuk minum.

Jika pemberi minuman enggan merasa minumannya duluan, orang lain berhak menolak pelawaan minumnya. Ini penting kerana dahulu sesetengah orang Dayak terkenal dengan ubat dan azimat pengaroh yang boleh bertujuan baik atau jahat terutamanya bila berdepan dengan orang yang tidak disenangi atau seseorang itu ingin mencuba kerberkesanan ubat atau azimatnya.

Satu lagi amalan acara jamuan minuman ini ialah semua orang menggunakan atau berkongsi satu gelas yang sama.

Jadi, si penjamu minuman tak payahlah terpaksa minum dahulu sebelum setiap orang lain kerana dia boleh minum dahulu sekali sahaja pada permulaannya dan dengan nyaring sekali mengumumkan dia akan merasa minumannya duluan supaya didengar dan dilihat oleh sekumpulan orang lain yang ingin dijamunya.

Pada masa sekarang, sebuah dulang berisi air akan dibawa bersama penjamu minuman untuk membasuh gelas atau cawan yang digunakannya menjamu minuman. Ada juga orang yang pandai meneguk minumannya tanpa bibirnya menyentuh gelas atau cawan itu.

Perarakan tetamu terus diadakan dengan berjalan sepanjang rumah panjang sebelum dipersilakan duduk di ruai ketua rumah atau ketua gawai.

Perarakan ini didahului oleh sekumpulan penari tradisi lelaki dan perempuan yang memakai pakaian tradisi berwarna-warni, diikuti oleh rombongan tetamu dan diiringi oleh sekumpulan pemuzik tradisi.

Sewaktu perarakan ini, semua penghuni rumah panjang akan berdiri dan berbaris di kanan dan kiri ruai sambil mengucapkan selamat datang dan berjabat tangan pda zaman sekarang.

Ketua rumah atau ketua gawai akan melaungkan kepada semua untuk menerima para tetamu yang sedang diarakan itu: Sila sambut, sambutlah para tetamu dengan segala hormatnya!

Selepas para tetamu dipersilakan duduk, mereka akan didoakan oleh ketua rumah atau ketua gawai dengan memegang dan menghayunkan seekor ayam supaya kunjungan mereka membawa berkat dan malapetaka dihindari.

Selesai doa ini, para tetamu terus dijamu minuman beberapa kali yang dinamakan air basuh, air untung dan air hormat yang harus diterima tetamu sebagai tanda hormat-menghormati.

Lagi sekali, orang yang membahagi minuman itu akan minum duluan sebelum para tetamu.

Selepas minum, upacara sajian "miring" yang ringkas diadakan untuk menyambut tetamu dan para tetamu diundang untuk menyediakan sajian itu untuk memohon ampun dan roh pembaziran.

Kemudian, acara ucapan rasmi dimulakan. Ketua tuan rumah menyampaikan ucapan alu-aluan, selamat datang dan selamat hari gawai kepada tetamu jemputan khas dan hadirin semua.

Ketua tetamu pula akan diminta untuk membalas ucapan tuan rumah dan akan menyampaikan pertolongan jika ada.

Selalunya jika orang kenamaan yang dijemput seperti pemimpin masyarakat atau ahli politik, mereka akan membawa buah tangan dengan memberikan sumbangan derma atau projek kecil.

Seterusnya, barulah acara makan dan minum tetapi sebelum itu sejenis ungkupan puisi membuka selimut makanan dan minuman akan dilafazkan oleh seseorang yang berbakat selalunya lemambang (pemuisi).

Makanan dan minuman yang disediakan khas itu akan diselimuti dulu dengan kain tradisi "pua kumpu" yang akan dibuka setelah dipuisikan. Ini secara simbolik menandakan hidangan telahpun disediakan dengan rapi dan semua para hadirin dijemput untuk menjamu selera.

Pada masyarakat Dayak, adalah menjadi tradisi semua hadirin termasuk jemputan dan tuan rumah makan bersama-sama serentak.

Sebagai tanda kemesraan dan hormat, adalah adat asal kaum Dayak menghidangkan makanan secara langsung kepada para tetamu berbanding cara layan diri atau "buffet" yang lazim sekarang ini.

Para hadirin akan diminta duduk berbaris dalam deretan sepanjang ruai rumah panjang untuk majlis makan. Sekumpulan anak muda dari tuan rumah akan menghulurkan pinggan kepada semua hadirin secukupnya sebelum membahagikan makanan kepada semua satu demi satu.

Cara ini dapat memastikan semua hadirin dapat makan dan hidangan makanan adalah mencukupi tanpa pembaziran makanan jadi, pihak tuan rumah dan para tetamu makan dan minum jamuan yang sama.

Bagi masyarakat Dayak, adalah menjadi adat hormat untuk menawarkan makanan dan minuman kepada tetamu walaupun seseorang itu mungkin adalah orang asing atau haiwan ternakan yang mungkin sesat jalan.

Sekurang-kurangnya, nasi dan garam akan ditawarkan jika tiada lauk-pauk lain. Pada zaman dahulu, seseorang tangkapan perang boleh diangkat menjadi ahli keluarga penangkapya jika dia telah berkhidmat dan berjasa kepada tuannya melalui Gawai Batimbang (Pesta Mengangkat Ahli Keluarga).

Sampai begitulah betapa masyarakat Dayak mesra hormat dan kasih sayang kepada orang lain dan sesama sendiri.

Kalau ada silap salahnya akan diselesaikan dengan cara adat istiadat tradisi dengan memegang prinsip "Hal kecil dijadikan tiada manakala hal besar dijadikan kecil".

Acara tradisi sabong ayam jantan biasanya akan diadakan oleh kaum lelaki semasa gawai. Seorang ketua sabong akan dilantik untuk menentukan kalah menang dan peraturan-peraturan sabong.

Sebenarnya, acara laga ayam ini adalah amalan kepercayaan tradisi dan aktiviti masa lapang komuniti Dayak yang terkenal.

Oleh itu, komuniti Dayak mempunyai pengetahuan mengenali jenis-jenis bulu dan sisik kaki ayam jantan yang menandakan nasib dan kemenangannya.

Pada asalnya, acara sabong tradisi hanyalah untuk tiga kali perlawanan saja di bahagian verandah (tanju) rumah panjang dan selepas itu ia adalah acara bebas bagi yang berminat untuk disambung di tanah lapang di luar rumah.

Sebelum gawai, ayam-ayam jantan yang baik-baik belaka akan dipilih untuk dipelihara khas dengan mengikat kakinya (ditambat dalam bahasa Iban) atau disimpan di dalam sebuah reban di luar rumah.

Ayam-ayam sabung ini akan dibela sebaik mungkin, diberi makan minum secukupnya, dimandikan di air, dilatih berlawan dan akhir sekali diberi ilmu kebal sebelum melagakannya.

Sebelum hari menyabung, seorang lemambang (pemuisi) akan diminta untuk mengdeklamasikan "renong sabung" pada malam sebelum hari menyabung yang mengisahkan sejarah menyabung ayam.

Pada zaman sekarang, acara kunjung-mengunjungi akan diatur supaya ada yang menunggu untuk dikunjungi dan ada yang dijemput untuk mengunjungi.

Ini bertujuan mengelak percanggahan acara di antara rumah-rumah panjang sekitarnya. Tarikh-tarikh gawai tertentu akan diumumkan lebih awal demi mengelak percanggahan ini. Tarikh-tarikh gawai akan disusun satu demi satu.

Perayaan gawai-gawai sebenar sekitar Gawai Dayak

Beberapa hari sebelum atau selepas Gawai Dayak pada 31hb Mei dan 1hb Jun, ada beberapa jenis gawai sebenar bagi komuniti Dayak yang selalunya diraikan kerana bekalan beras yang banyak selepas musim menuai padi.

Gawai Bersimpan Padi akan diraikan untuk upacara menyimpan sejumlah padi yang banyak di atas siling (sadau) rumah sebagai tempat kediaman roh padi dan mengelakkan kecurian atau makluk perosak.

Gawai ini diadakan apabila siap menggugurkan bijian padi daripada tangkainya, mengipas untuk mengasingkan biji padi berisi daripada hampanya dan mengeringkan biji padi bernas untuk disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Akhir sekali, padi daripada huma atau sawah yang jauh daripada rumah akan diangkut ke rumah untuk keselamatan padi itu.

Sebelum memulakan musim penanaman padi yang baru, Gawai Batu boleh diraikan untuk mengasah tajam peralatan logam pertanian seperti parang dan beliong atau kapak sekarang ini.

Gawai Lelabi (Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang dalam bahasa Iban) selalunya diadakan pada musim ini kerana ramai yang pulang ke kampung halaman sewaktu cuti Gawai Dayak.

Bagi kaum Iban, adat "nguai" iaitu samaada pengantin perempuan mengikuti pengantin lelaki tinggal di rumahnya atau sebaliknya akan diputuskan dahulu sebelum berlangsungnya perkahwinan.

Semasa maljis perkahwinan, pasangan mempelai itu akan selalunya memakai pakaian tradisi dan duduk di pelamin tawak supaya ahli-ahli keluarga dari kedua-dua belah boleh mengucapkan selamat pengantin baru kepada raja dan ratu sehari itu.

Doa perkahwinan akan dilakukan oleh seseorang yang dihormati seperti ketua rumah sambil memegang dan menghayunkan seekor ayam di atas kepala mereka.

Dewa yang diminta untuk memberkati perkahwinan mereka ialah Selampandai sebagai dewa pembuatan supaya perkahwinan itu berkekalan hingga ke anak cucu dan mereka melahirkan ramai anak sebagai waris.

Antara gawai-gawai lain yang boleh didirikan selepas musim menuai padi bila ada banyak beras ialah Gawai Pangkong Tiang untuk memohon restu keselamatan, kesihatan dan rezeki selepas berpindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukkan nasib, Gawai Tempayan untuk memasukkan tempayan tembikar yang baru dipeolehi, Gawai Roh untuk meraikan roh-roh orang yang telah meninggal, Gawai Kalingkang, Gawai Burung untuk memberi makan burung-burung bisa mengikuti kepercayaan asal dan Gawai Kenyalang untuk menaikkan patung burung enggang di atas tiang yang tinggi sebagai tanda simbolik memohon petolongannya menjemput dewa kegagahan dan menyerang musuh.

Gawai Mimpi juga boleh diadakan pada masa ini untuk bersyukur atas mimpi yang baik atau menawar mimpi yang buruk.

Ada juga yang mengambil peluang ini untuk mengadakan Gawai Sakit[13] selepas usaha penyembuhan lain seperti "begama" dan "belian" gagal mengubati si pesakit.

Dua lagi upacara penyembuhan ajaib yang agak besar ialah "besugi sakit" dan "berenong sakit". Si pesakit boleh juga pergi "nampok" atau bertapa untuk mencari penyembuhan ajaib.

Di samping itu, ada yang mendirikan Gawai Betambah Bulu untuk membuat sehelai baju berbulu yang boleh dipakai bila-bila terasa tidak sedap tubuh badan dan Gawai Menangga Langit untuk memohon pengampunan jika telah disuruh dalam mimpi untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerana sebab-sebab tertentu.

Jika tidak meraikan sesuatu gawai sebenar, seseorang Dayak akan meraikan Gawai Dayak pada umumnya. Jadi, Gawai Dayak adalah musim perayaan bagi pelbagai jenis pesta tradisi dan sosial. Gawai-gawai sebenar ini akan menjemput para tetamu daripada kawasan sekitar.

Setiap kaum Dayak mempunyai pesta-pesta tradisi tersendiri tetapi mereka semuanya merayakan pesta menuai. Kaum-kaum Dayak di Kalimantan juga meraikan beberapa pesta-pesta tradisi pada sekitar musim menuai ini.

Musim menuai berlaku pada jangka waktu yang lebih kurang sama kerana musim permulaan penanaman bergantung kepada faktor geografi iaitu kedudukan Bintang Banyak dan Bintang Tiga yang boleh dilihat oleh semua manusia di langit pada waktu malam.

Perayaan Pra-Gawai Dayak

Sekarang, Gawai Dayak diadakan pada peringkat daerah, bahagian dan negeri di Sarawak. Acara yang memeriahkan suasana perayaan Gawai Dayak sudah tentunya Pertandingan Ratu dan Raja Gawai yang dikenali sebagai "Kumang Gawai" dan "Keling Gawai".

Pertandingan ini bermula di peringkat daerah, kemudian ke peringkat bahagian dan kemuncaknya pada peringkat negeri.

Di bandar-bandar, Gawai Dayak diraikan di sesuatu tempat seperti restoran atau hotel. Oleh kerana, ramai kaum Dayak yang akan balik kampung untuk meraikan Gawai Dayak di rumah-rumah panjang masing-masing pada pengujung bulan Mei, program pra-gawai diraikan biasanya pada awal bulan Mei.

Pesta Pra-Gawai di bandar-bandar adalah mirip perayaan Gawai Dayak di rumah panjang atau kampung.

Selalunya, sebuah persatuan Dayak atau komiti gawai akan ditubuhkan di sesuatu daerah atau bahagian. Sebuah tempat akan dipilih dan sejumlah meja akan ditempah dengan tiket dijual kepada orang ramai yang ingin bersama meriakan gawai.

Seseorang tetamu khas seperti orang kenamaan akan dijemput yang selalunya akan memberikan derma kepada persatuan Dayak berkenaan.

Tuak akan disediakan untuk setiap meja. Makanan dan minuman ditempah dari restoran atau hotel. Makanan tradisi pansoh ayam dan umai akan disediakan oleh komuniti Dayak setempat untuk dikongsi dengan orang ramai.

Pokok ranyai akan didirikan. Upacara "miring" juga dilakukan. Ada tarian tradisi dengan muzik tradisi dipersembahkan. Pertandingan Kumang dan Keling juga diadakan.

Pantun boleh juga dinyanyikan oleh seseorang yang pandai atau dimainkan dari cekera padat. Karaoke lagu-lagu Dayak selalunya disertakan. Acara penutupan iaitu menggulung tikar pun diadakan di bandar-bandar.

Penutupan Gawai Dayak

Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil "Ngiling bidai" oleh kaum Iban.

Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana ada makan minum setakat yang masih ada, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat sekurang-kurangnya dan tuak peruk mungkin dihidangkan.

Ruak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih.

Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil "bidai" akan digulung untuk menandakan tutupnya perayaan Gawai Dayak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Jun)

Tarikh 1 Jun merupakan hari ke-152 (hari ke-153 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 213 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Benedict Arnold

Hari ini juga merupakan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, Hari Madaraka di Kenya dan Hari lahirnya Pancasila di Indonesia.

Peristiwa

1495 - Rahib John Cor mencatat kelompok wiski scotch yang pertama diketahui.

1779 - Benedict Arnold), jeneral Angkatan Tentera Benua semasa Perang Revolusi Amerika dihukum oleh mahkamah tentera kerana ketakpatuhannya.

1831 - Penjelajah dan pegawai tentera laut British James Clark Ross berjaya mengetuai ekspedisi pertama ke Kutub Utara.

1922 - Pasukan polis di Ireland Utara yang digelar Pasukan Konstabel Ulster Diraja (Royal Ulster Constabulary) diasaskan.

1938 - Komik Superman yang pertama diterbitkan.

1943 - Lapan pesawat Junkers Ju 88 Jerman menembak jatuh Penerbangan 777 BOAC di atas Teluk Biscay berhampiran Sepanyol dan Perancis, membunuh beberapa penumpang ternama.

1980 - Saluran televisyen berita 24 jam yang pertama, Cable News Network memulakan penyiaran.

1984 - Saluran televisyen Malaysia TV3 memulakan siaran.

2001 - Putera Mahkota Dipendra dari Nepal menembak mati Raja Birendra dan beberapa anggota keluarga diraja di Istana Diraja Narayanhity, Kathmandu.

2007 - Agensi risik Israel Shin Beit didedahkan terlibat dalam rampasan Air France 1976 yang dilakukan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PLFP).

2008 - Pelari Jamaika Usain Bolt mencipta rekod dunia baru dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 9.72 saat.

2009 - Dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris, Penerbangan 447 Air France terhempas ke Lautan Atlantik, mengorbankan kesemua 228 orang di dalamnya.

2009 - Pengeluar kereta kedua terbesar di dunia General Motors memfailkan kemuflisan.

2014 - Teenebelle ditubuhkan.

Kelahiran

1958 - Nambaryn Enkhbayar, Presiden Mongolia ke-14.

1974 - Alanis Morrissette, penyanyi dan penulis lagu Amerika-Kanada.

1988 - Javier Hernández Balcázar, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1868 - James Buchanan, Presiden Amerika Syarikat ke-15.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Mei)

sumber: wikipedia

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Jun?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Jun?

Jun (Juno, Iuniores) merupakan bulan ke-6 dalam kalendar Julian dan Gregory dan terdapat dua etimologi pada asal usul nama.

June

Pertama, ia berasal dari nama dewi Juno (atau Hera dalam mitos Greek), isteri kepada dewa Jupiter.

Ia juga merujuk kepada perkataan ‘Iuniores’ yang bermaksud ‘golongan muda’, didahului oleh bulan Mei atau ‘maiores’ yang bermaksud ‘golongan tua’.

Jun merupakan bulan kegemaran untuk melangsungkan perkahwinan dan dikaitkan dengan kepercayaan terhadap Juno (atau Hera), dewi perkahwinan, memberi tuah kepada mereka yang ingin memulakan kehidupan berkeluarga.

Manakala menurut versi lain, nama bulan Jun mungkin berasal dari Junius, nama keluarga Latin yang membunuh Julius Caesar.

Sejumlah cendekiawan juga yakin bahawa nama Jun berasal dari nama Juno, dewi pelindung wanita, kerana sejak awal zaman Rom lagi, bulan Jun merupakan bulan yang paling disukai untuk melangsungkan perkahwinan.

Dewi Juno adalah saudara perempuan dan juga isteri Jupiter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Mei?

-SENTIASAPANAS.COM

Skim Cepat Kaya Mface Diserbu, RM177 Juta Dibekukan!

Skim Cepat Kaya Mface Diserbu, RM177 Juta Dibekukan!

Sebuah pusat membeli-belah maya, M Mall, yang dikendalikan MBI Group International, diserbu di George Town oleh pegawai SSM, KPDN, KPDNKK dan Bank Negara Malaysia (BNM) atas kesalahan aktiviti haram mengambil, menerima dan memproses wang dari pelbagai aktiviti yang tidak sah dari segi undang-undang.

Mface skim cepat kaya

Sepasukan pegawai dilihat menuju ke pejabat pengurusan pusat membeli-belah itu di tingkat lima. Pusat membeli-belah maya itu menggunakan mata wang maya dikeluarkan MBI.

MBI ialah syarikat induk untuk lebih daripada 60 buah anak syarikat yang didaftarkan atas nama MBI International Sdn Bhd.

Mface pula merujuk kepada sosial network www.mface.me yang dikendalikan oleh Mface International Sdn Bhd (salah satu anak syarikat MBI).

Pelabur MBI dibenarkan membelanjakan mata ganjaran dikumpul pelanggan setia, yang ditukarkan daripada wang maya atau koin, bagi barangan dan perkhidmatan di pusat membeli-belah itu yang mempunyai pasar raya, restoran dan gimnasium.

BNM menyenaraikan anak syarikat MBI, MBI International Sdn Bhd dan Mface International Sdn Bhd, dalam senarai amaran syarikat tidak sah kepada pengguna pada 22 Mei.

Syarikat itu dikatakan menawarkan pulangan melalui platform perkongsian elektronik.

Pelabur diberikan mata setiap beberapa minggu sekali berdasarkan jumlah pelaburan mereka dalam dolar Amerika Syarikat. Mereka juga memperolehi komisyen apabila berjaya menarik pelabur baru menyertai skim itu.

Mata itu boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan di kedai runcit, kafe, restoran dan hotel berkaitan di Malaysia dan Thailand.

M Mall, yang juga mempunyai supermarket, restoran dan sebuah gym, ialah antara rangkaian kedai di mana pelabur boleh membelanjakan mata mereka.

Syarikat itu yang sudah beroperasi hampir lapan tahun mempunyai ramai pelanggan dari China. -TMI

91 akaun bank, RM177 juta dibekukan

91 akaun bank menyimpan RM177 juta dibekukan selepas serbuan di Ibu Pejabat MBI Group International dan 5 premis lain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin, semua akaun bank itu dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

"Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi semasa serbuan skim Mfc Club dan syarikat terlibat juga disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4 (1) Amla," kata Roslan pada sidang media di Putrajaya.

Operasi mencecegah skim piramid ini dijalankan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity dan Pejabat Peguam Negara dalam satu operasi diberi nama OPS TOKEN.

Selain pembekuan 91 akaun bank, di antara barangan mewah yang turut dirampas dalam serbuan di 6 premis di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ialah jam tangan, beg tangan, jongkong emas, pemacu kilat USB dan barangan kemas.

Operasi bersama ini diselaraskan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) daripada Jabatan Peguam Negara dan diketuai bahagian penguatkuasa KPDNKK melibatkan 93 orang anggota.

Roslan berkata, serbuan dilaksanakan mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 dan juga akta yang dikuatkuasakan BNM dan SSM.

"Daripada 6 premis yang diserbu, 3 daripadanya merupakan premis kediaman dan buat masa ini tiada tangkapan dibuat.

"Kita ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan, kadar faedah atau keuntungan yang tinggi dan tidak realistik," katanya.

Ketika ditanya mengapa tiada tangkapan dilakukan setakat ini, Roslan berkata ini kerana siasatan masih dijalankan. -TMI

Ahli MBI kecewa siasatan dilakukan

“Ini sangat mengecewakan,” kata Simon, seorang pelabur yang mempunyai AS$8,000 (RM34,240) dalam lapan akaun dengan MBI.

“Anda tahu anda ada duit di situ, tetapi sekarang anda tak boleh buat apa-apa. Saya tertanya-tanya ke mana duit MBI yang ‘dibekukan’ akan pergi,” katanya susulan tersebarnya berita yang pihak berkuasa persekutuan sedang menyiasat perniagaan itu.

Simon menyertai skim itu beberapa tahun lepas dan sudah beberapa kali mengaut keuntungan. Duit yang belum dikeluarkan daripada skim MBI itu dijana daripada keuntungannya sebelum ini.

Walaupun dia mungkin tidak akan kehilangan wangnya, dia berkata yang ia mengecewakan untuk mengetahui yang “keuntungan masa depannya” sudah tidak akan diperolehi lagi.

“Saya dan beberapa orang kawan, yang juga merupakan ahli, sudah membuat untung. Tetapi kami berharap kami akan dapat buat untung lebih. Sekarang, kami terkejut dengan berita buruk ini.

“Salah seorang kawan saya masih mempunyai AS$30,000 dalam tiga akaun MBI,” katanya.

Seorang lagi pelabur bernama Jonathan, seorang jurutera berusia lingkungan 30-an berkata, terdapat juga ahli MBI yang marah kepada media.

Dia juga merasa geram dengan apa yang berlaku, dengan ramai ahli merasakan MBI dalam masalah kerana akhbar tempatan Cina “menyebarkan” cerita buruk tentang syarikat itu sejak beberapa minggu lepas.

“Hampir setiap hari, ada cerita tentang MBI dalam akbar Cina, tentang ia haram dan semua benda. Berterusan mereka laporkan.

“Mengapa mereka memburu MBI? Tiada berita tentang ada laporan polis dibuat ke atas MBI. Bukannya MBI menghilangkan duit pelabur sepertimana JJPTR.

“Adakah kerana pilihan raya semakin dekat? Saya tak tahu, tetapi banyak cerita yang saya dengar tentangnya kebelakangan ini,” katanya.

Jonathan melabur dalam skim itu sejak beberapa tahun lepas seperti Simon, dan membuat duit hampir AS$30,000.

Katanya lagi, sukar untuk bayangkan sekiranya seluruh operasi MBI jatuh.

“Ini adalah syarikat yang besar dengan banyak anak syarikat dan aset di merata tempat. Sekiranya MBI jatuh, dan M Mall tutup, banyak perniagaan akan menerima kesan dan ramai akan hilang kerja.

“Sekiranya ia berlaku, akhbar Cina memang buat ‘benda baik’,” katanya menyindir.

Pengasas Kumpulan MBI Tedy Teoh berkata yang syarikat itu sedang “menyelesaikan banyak perkara”, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, apabila pihak berkuasa menyiasat syarikat anda, apa yang boleh anda buat hanyalah beri kerjasama,” katanya.

Di M Mall, perniagaan berjalan seperti biasa. Peniaga masih mengambil mata MBI O2O sebagai kaedah bayaran daripada ahli MBI.

Pengurus kompleks membeli belah itu Teoh Jin Aik berkata tiada gangguan kepada perniagaan mereka.

“Setakat ini, tiada apa-apa. Tiada aduan daripada ahli. Semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Wartawan tidak dapat memasuki pejabat pengurusan kompleks beli belah itu untuk bertanyakan soalan.

Seorang pekerja, yang berada di situ, menjawab yang dia tidak menerima sebarang arahan daripada pihak atasan dan tidak boleh memberikan sebarang perkembangan.

“Saya tidak tahu apa-apa, jadi tak ada apa saya boleh beritahu,” katanya. -TMI

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, International Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, International Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, International Children's Day disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi memperingati dan memberi kesedaran kepada semua mengenai kanak-kanak di seluruh dunia yang telah meninggal dunia akibat keganasan akibat penderaan, peperangan, eksploitasi dan diskriminasi.

International Children's Day

Penganiayaan terhadap kanak-kanak sememangnya berlaku di seluruh dunia, dieksploitasi sebagai buruh di sesetengah negara dan ramai kanak-kanak yang tidak berdosa ini hidup menderita terhimpit dalam konflik peperangan di negara-negara bergolak.

Penculikan, penyiksaan dan pembunuhan kanak-kanak juga berlaku dan lebih menyedihkan lagi apabila serangan dilakukan ke atas sekolah-sekolah dan hospital-hospital yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan terbaik untuk mereka.

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati kehidupan yang sempurna, makanan yang seimbang, pendidikan yang teratur, kemudahan pembelajaran yang terbaik dan sebagainya.

Realiti yang sedang berlaku ke atas kanak-kanak di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang sedang mengalami peperangan sudah pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam di dalam jiwa mereka seperti trauma fizikal dan kesan psikologi.

Sehubungan dengan itu, sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa:

1. Masyarakat perlu sentiasa peduli dan terus membantu pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan pihak sukarela yang menguruskan dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak setempat mahupun kanak-kanak di seluruh dunia seperti rumah-rumah perlindungan, rumah anak-anak yatim dan kem-kem pelarian melalui bantuan tenaga dan juga kewangan.

2. Masyarakat setempat perlu lebih prihatin dan peduli dengan situasi-situasi yang mengancam keselamatan kanak-kanak yang berada di sekitar tempat tinggal mereka serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa seperti pasukan keselamatan sekiranya berhadapan dengan keadaan yang mencurigakan.

3. Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa mengambil berat dan memantau keselamatan kanak-kanak serta menekankan aspek keselamatan diri ini sedari kecil lagi.

4. Media massa juga mempunyai peranan penting dalam menyampaikan mesej perlindungan keselamatan kepada semua lapisan masyarakat. Pada masa yang sama, unsur-unsur negatif seperti keganasan serta bahan lucah dan seksual perlu di sekat sepenuhnya kerana ia boleh mempengaruhi minda dan nafsu yang menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya jenayah.

5. Badan-badan bukan kerajaan perlu memperhebatkan usaha-usaha memberi kesedaran dan kemahiran mengenai perlindungan kanak-kanak kepada pelbagai golongan masyarakat melalui pelbagai bentuk program seperti ceramah, kempen kesedaran, bengkel dan latihan-latihan keselamatan.

6. Pihak kerajaan serta pihak bertanggungjawab perlu meningkatkan usaha bagi membenteras kegiatan-kegiatan yang tidak diingini daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Rondaan-rondaan pihak polis sudah tentu dapat membantu orang ramai dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.

7. Semua bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak hendaklah dihentikan serta-merta dan usaha-usaha penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab oleh seluruh anggota masyarakat.

Semua pihak diajak supaya bersama-sama berusaha membina masa depan yang terbaik untuk kanak-kanak Malaysia dan seluruh dunia kerana mereka adalah harapan dan masa depan.

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Antarabangsa.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

sumber: ikram