Wednesday, May 24, 2017

'Peperangan Harus Dimulakan Di Bumi Iran'

'Peperangan Harus Dimulakan Di Bumi Iran'

Apakah Perang yang paling membinasakan selepas Perang Dunia Kedua dan Perang Dunia Pertama dalam sejarah umat manusia?

Perang Arab

Jawapannya ialah Perang Iran-Iraq 1980-1988 di Teluk. Hampir 30 tahun kemudian, skrip yang hampir sama kini berulang, dengan watak yang sedikit berbeza.

Lawatan Presiden Amerika Donald Trump ke Arab Saudi bersempena Sidang Kemuncak Riyadh 2017 telah membuka kemungkinan sebuah lagi krisis besar di Rantau Teluk itu. Apa yang telah beliau lakukan?

Donald Trump telah menyokong usaha mewujudkan pakatan ketenteraan negara-negara Arab di mana Arab Saudi, Mesir, UAE dan Jordan dikatakan bakal membentuk ‘NATO Arab’.

Mengapa NATO Arab ini diwujudkan? Jawapanya ialah sistem pakatan baharu ini bertujuan untuk mengkoordinasi usaha ‘melawan keganasan dan memerangi pengaruh Iran di rantau Asia Barat’.

Bagaimana ia mampu membawa kepada ledakan krisis berskala besar persis Perang Iran-Iraq hampir 30 tahun lalu?

Perhatikan lima aspek utama berikut:

Pertama, NATO Arab ini meningkatkan kelancaran buat tentera Amerika untuk beroperasi di rantau berkenaan.

Kedua, pemerkasaan angkatan tentera laut Arab Saudi hasil bantuan Amerika adalah bertujuan untuk membendung kekuatan angkatan laut Iran di Teluk Parsi.

Hal ini berkait dengan pengalaman lalu apabila Tentera Laut Iran berupaya memusnahkan tentera laut Iraq dalam Operasi Morvarid.

Ketiga, dari aspek teknologi perisikan dan pertukaran maklumat antara negara-negara Teluk menerusi penubuhan Pusat Pencegahan Ekstremisme Global di Arab Saudi.

Keempat, pemerkasaan sistem pertahanan udara Arab Saudi menerusi THAAD sepertimana yang diberikan Amerika kepada Korea Selatan.

Kelima, merapatkan kelancaran operasi ketenteraan bersama Arab Saudi dengan para sekutu NATO Arabnya sepertimana latihan ketenteraan ‘North Thunder’ yang menyaksikan penyertaan sekitar 20 buah negara Islam, termasuklah ketiga-tiga negara Arab yang bakal membentuk NATO Arab iaitu Mesir, UAE, dan Jordan.

Perang Arab Kedua

Hakikatnya skrip terkini ini mengulangi sejarah perit permulaan peperangan yang membinasakan.

Lebih 30 tahun lalu Revolusi Iran juga pernah menghadirkan dilema keselamatan dalam kalangan negara-negara Arab.

Maka apabila Iraq ketika itu dipimpin Saddam Hussein mengambil langkah menyerang Iran, ia telah memperoleh sokongan negara-negara Arab dan juga Amerika.

Ibarat habis madu sepah dibuang, Saddam pula kemudiannya telah dua kali diserang oleh Amerika pada 1991 dan 2003.

Namun faktor Iran bukan satu-satunya penyumbang kepada kebimbangan berulangnya skrip bencana ini, sebaliknya ditambah dengan dua faktor lain iaitu personaliti Menteri Pertahanan Arab Saudi iaitu Putera Mohammed bin Salman (digelar MBS di Amerika) dan juga faktor kepentingan para kontraktor ketenteraan Amerika (dikenali sebagai ‘military-industrial complex’ MIC).

Putera Mohammed bin Salman pernah mengejutkan dunia apabila menyatakan bahawa “peperangan harus dimulakan di bumi Iran”.

Kenyataan beliau telah mengundang jawapan balas yang keras daripada Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan yang memberi amaran bahawa hanya Mekah dan Madinah sahaja yang akan terselamat jika Arab Saudi bertindak memulakan peperangan ke atas Iran.

Sosok Putera Mohammed Bin Salman ini diketahui cukup agresif dalam menghubungkan Amerika dengan Saudi dalam membangunkan profil beliau selaku Putera Mahkota Saudi yang bakal mewarisi takhta kelak.

Tidak hairanlah, nasib Arab Saudi berkemungkinan ‘lebih baik’ berbanding nasib rejim Saddam di Iraq dahulu.

Hal ini demikian kerana kebanyakan kontrak pembangunan industri ketenteraan Arab Saudi kini adalah dikurniakan kepada kontraktor Amerika, selain kesetiaan berterusan Saudi dengan mata wang dollar.

Kurniaan kontrak-kontrak ketenteraan sebegini seterusnya bakal memenuhi manifesto Donald Trump bagi mewujudkan faedah besar kepada pihak berkepentingan Amerika, sekaligus mengurangkan beban pembiayaan ketenteraan Amerika di Asia Barat.

Maka kedua-dua Putera Mohammed Bin Salman dan Donald Trump bakal meraih keuntungan politik di negara masing-masing menerusi kerjasama sebegini.

Namun pembentukan NATO Arab ini tetap menyumbang kepada ketidakstabilan rantau berkenaan di mana risikonya terletak pada ‘doktrin keselamatan kolektif’.

Maka jika salah satu negara berkenaan mendakwa bahawa ia diserang Iran, maka keseluruhan negara NATO Arab lain perlu mengerahkan serangan ketenteraan ke atas Iran.

Berdasarkan sejarah kebinasaan Perang Iran-Iraq dahulu, ditambah dengan realiti perang tidak berkesudahan di Syria, Iraq, dan Yaman, serta dalam keadaan Palestin yang masih terjajah, wajarkah keutamaan diberikan untuk membina pakatan NATO Arab bagi persediaan memerangi Iran pada hari ini?

nota editor: Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

4 Misi Rahsia Di Sebalik Senyuman Manis Pramugari Kepada Anda

4 Misi Rahsia Di Sebalik Senyuman Manis Pramugari Kepada Anda

Tahukah anda di sebalik senyuman manis seorang pramugari, sebenarnya mereka sedang menjalankan satu misi rahsia. Ya! Misi rahsia. Mereka senyum tu bukan saja-saja, tapi ada makna.

Senyuman+Pramugari

Setiap kali masuk kapal terbang, anda pasti perasan barisan peramugari cantik-cantik menyapa anda dengan wajah yang paling manis sekali. Memang patut pun mereka seyum, kita kan pelanggan mereka. Mestilah kena pandai ambil hati.

Menurut petikan dari bravotv.com, pramugari hanya mempunyai masa dalam 3 saat sahaja untuk menjalankan misi ini.

Misi ini adalah proses di mana mereka akan mengenal pasti penumpang serta menganalisisnya. Demi menjamin keselamatan, anda sebenarnya secara langsung bakal terlibat dalam tugasan tertentu.

Setiap kali seseorang pramugari senyum melihat anda, ini yang mereka lihat sebenarnya.

1. Adakah anda mabuk?

Analisa pertama yang dilakukan pramugari adalah mencari penumpang mabuk atau yang berada dalam pengaruh separa sedar.

Namun ia bukanlah bermakna untuk menghalau mereka keluar, nama pun dah beli tiket. Takkan mereka nak halau begitu sahaja.

Jika seseorang itu dicuriga berada dalam keadaan mabuk, apabila berlakunya kecemasan mereka akan menjadi orang paling terakhir di selamatkan.

2. Adakah anda mencurigakan?

Seterusnya pramugari akan melihat anda dengan pandangan pengawasan. Apabila ada di antara penumpang didapati mencurigakan, penerbangan boleh ditangguh dengan serta-merta. Ini adalah demi menjamin keselamatan penumpang yang lain.

3. Adakah anda kuat?

Apabila melihat seseorang yang secara fizikalnya dirasakan kuat, contohnya anda mempunyai badan yang tegap atau berotot.

Secara automatik wajah anda akan melekat di kepala pramugari tersebut termasuk di mana tempat duduk anda.

Hal ini adalah kerana apabila berlakunya seseuatu kecemasan, anda akan menjadi antara orang terawal untuk diminta bantuan.

4. Adakah anda sakit?

Sakit merupakan perkara yang paling ditakuti oleh pramugari. Mana tidaknya, berkemungkinan penyakit tersebut boleh berjangkit kepada mereka atau penumpang yang lain.

Boleh jadi penyakit tersebut akan merebak atau boleh dikawal. Ini akan menjadikan pramugari bersiap sedia untuk jangkaan tersebut.

Itulah antara 4 misi rahsia seorang pramugari kepada anda. Nanti bila naik kapal terbang, kalau pramugari cantik senyum kepada anda tu boleh jadi antara 2 perkara. Pertama mungkin sebab mereka jatuh hati atau kerana 4 sebab di atas.

Jadi, elakan mempunyai ‘perasan’ terlalu awal. Hah!

BACA INI JUGA: Insiden-insiden Luarbiasa Yang Berlaku Di Atas Kapal Terbang

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Mei)

Tanggal 24 Mei merupakan hari ke 144 (hari ke 145 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 221 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

HMS Hood
HMS Hood.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Eritrea (1993) dan Hari St. Cyril and St. Methodius di Bulgaria, Republik Macedonia dan Rusia.

Mari kita baca apa peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah dunia yang telah berlaku pada hari ini.

Peristiwa

1487 - Penyamar Lambert Simnel dimahkotakan di Katedral Christ Church, Dublin, Ireland sebagai "Raja Edward VI".

1626 - Peter Minuit membeli Manhattan daripada penduduk asal Amerika Syarikat dengan barang dagangan berharga 60 guilder.

1822 - Perang Kemerdekaan Ecuador: Askar-askar yang diketuai oleh Antonio José de Sucre memperolehi kemerdekaan Quito daripada Sepanyol dalam Pertempuran Pichincha.

1883 - Jambatan Brooklyn di Bandar Raya New York dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.

1911 - Perpustakaan Awam New York ditahbiskan.

1941 - Perang Dunia Kedua: Kapal tempur Jerman Bismarck menenggelamkan penjajap British HMS Hood dalam Pertempuran Selat Denmark.

1948 - Perang Arab–Israel: Selepas lima hari bertempur, tentera Mesir menawan kibbutz Israel Yad Mordechai.

2010 - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.

2014 - Dalam bola sepak, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA kelima mereka.

Kematian

1995 - Harold Wilson, Perdana Menteri United Kingdom

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Mei)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day

Sambutan Hari Komonwel, Commonwealth Day disambut pada 24 Mei setiap tahun untuk memperingati tentera yang terkorban ketika berkhidmat Perang Dunia Pertama.

Commonwealth-Day

Hari Komonwel juga dikenali sebagai Poppy Day atau Hari Armistis yang disambut di negara-negara Komanwel.

Hari ini, ataupun hari-hari lain yang terpilih, juga diiktiraf sebagai hari istimewa untuk mengenang perang di kebanyakan negara bukan Komanwel.

Hari Peringatan disambut pada 11 November untuk mengenang berakhirnya Perang Dunia Pertama pada 11 November 1918.

Peperangan berakhir secara rasmi "pada jam sebelas tanggal sebelas pada bulan sebelas," bersempena dengan gencatan senjata yang dimeterai oleh wakil Jerman dan Pakatan antara pukul 5.12 ke 5.20 pagi.

("Pada jam sebelas" bermaksud berlalunya jam kesebelas atau pukul sebelas pagi) Perang Dunia Kedua berakhir secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919.

Hari Peringatan ini dijadikan khusus oleh Raja George V pada 7 November 1919 untuk memperingati anggota tentera yang terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, mungkin atas cadangan Edward George Honey kepada Wellesley Tudor Pole yang menentukan dua tempoh peringatan yang berasaskan peristiwa-peristiwa pada tahun 1917.

Hari Armistis yang julung kali disambut di Istana Buckingham, dimulakan dengan Raja George V yang menganjurkan "Kenduri Kebesaran untuk Presiden Republik Perancis" pada waktu senja 10 November 1919.

Seterusnya, sambutan Hari Armistis Rasmi yang Pertama di Perkarangan Istana Buckingham pada waktu pagi 11 November 1919 menjadi perintis bagi Hari-Hari Peringatan yang berikutnya.

Bunga popi berwarna merah merupakan lambang Hari Peringatan berdasarkan puisi "In Flanders Fields".

Bunga popi ini mekar di medan peperangan paling dahsyat di Flanders sewaktu Perang Dunia Pertama, dengan warna merah yang ceria sebagai lambang sesuai untuk darah yang tumpah di medan perang.

Selamat menyambut Hari Komonwel.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Penyu Sedunia, World Turtle Day

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 23, 2017

8 Pick Up Line Terbaik Mampu 'Mencairkan' Pasangan Anda

8 Pick Up Line Terbaik Mampu 'Mencairkan' Pasangan Anda

‘Opera Van Java’ merupakan program berkonsepkan komedi yang disiarkan di stesen televisyen Indonesia, ‘Trans7’.

Ratu Gombal (Jessica Iskandar)

Dalam salah sebuah episod yang ditayangkan, Raja Gombal (Andre OVJ) dan Ratu Gombal (Jessica Iskandar) bertukar-tukar ayat cinta atau lebih tepat sekali, pick up line antara satu sama lain.

Lucu sungguh ayat-ayat yang digunakan sehingga semua penonton ketawa besar.

Berikut adalah 8 pick up line pilihan kami.

#1 – Pantun Empat Kerat

Kelmarin hari Selasa,
Aku membeli kelana,

Kata orang kamu itu biasa,
Tapi buat aku kamu itu sempurna!

#2 – Dialog

Lelaki: Aku mahu bilang terima kasih sama kamu.

Perempuan: Kenapa, bang?

Lelaki: Gara-gara kamu ngajarin aku. Kelmarin result aku dapat 9.

Perempuan: Dalam mata pelajaran apa?

Lelaki: Mata pelajaran… ‘Mencintai kamu!’

#3 – Dialog

Perempuan: Tahu tak, aku sampai sekarang masih belum bisa membaca.

Lelaki: Aduh, kesian sekali kamu. Baca apa?

Perempuan: Baca isi hati kamu...

#4 – Dialog

Perempuan: Pilih yang kiri atau yang kanan? (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)

Lelaki: Hmm… kanan.

Perempuan: Kenapa tak pilih dua-dua saja, ini juga milik kamu kan (sambil tunjukkan tangan belah kiri)

#5 – Dialog

Perempuan: Kamu lebih suka mocha atau kopi?

Lelaki: Wah… dua-duanya saya suka ni. Hmm… Aku pilih kopi aja.

Perempuan: Kopi?

Lelaki: Kupinang (sebut ‘kopinang’) kau dengan Bismillah!

#6 – Dialog

Lelaki: Aku takut...

Perempuan: Takut apa?

Lelaki: Aku takut kehilangan kamu!

#7 – Dialog

Perempuan: Penonton..

Penonton: Ooii..

Perempuan: Aku takut.

Penonton: Takut apa..

Perempuan: Aku takut kehilangan dia..

#8 – Dialog

Lelaki: Mulai sekarang aku tak mahu main wayang lagi

Perempuan: Jadi, sekarang mahu jadi apa?

Lelaki: Aku mahu jadi petani aja..

Perempuan: Kenapa mahu jadi petani?

Lelaki: Supaya setiap saat aku bisa menanam cinta di hati kamu!

***

Jom kita saksikan klip video penuh rancangan ini.

Kami pasti anda juga akan ketawa!

BACA INI JUGA: 7 Mitos Cinta Filem-filem Hollywood




sumber: thevocket

Hukum Berdosa Suami `Pancut Luar’ Tanpa Izin Isteri

Hukum Berdosa Suami `Pancut Luar’ Tanpa Izin Isteri

Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam.

Hukum Suami `Pancut Luar’
Gambar hiasan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat Islam.

“Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal’. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan daripada mengandung.

“Namun oleh kerana wujudnya hadis muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan netizen sama ada perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim sebagai kaedah merancang keluarga dianggap menolak kurniaan Allah S.W.T atau membunuh benih.

Mohd. Asri berkata, hasrat mencegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan, kekurangan rezeki atau kurang kemewahan adalah haram kerana tidak meyakini rezeki Allah.

Bagaimanapun, katanya, jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan, terancam atau dalam bahaya seperti peperangan serta ancaman pihak lain maka ia diizinkan.

“Perlu diingatkan oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

“Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri, demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Mei)

Tarikh 23 Mei merupakan hari ke 143 (hari ke 144 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan inggal 222 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Catherine dari Aragon
Catherine dari Aragon.

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah dunia pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1430 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.

1533 - Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan isteri pertamanya Catherine dari Aragon dibatalkan Ketua Biskop Canterbury Thomas Cranmer.

1568 - Pemberontakan Belanda tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.

1844 - Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.

1873 - Polis Berkuda Barat Laut diasaskan di Wilayah-wilayah Barat Laut, Kanada.

1934 - Perompak bank Amerika Syarikat Bonnie dan Clyde diserang hendap dan dibunuh oleh pihak polis di Bienville, Louisiana.

1945 - Akhir Perang Dunia II di Eropah: Reichspräsident Karl Dönitz ditahan dan kerajaan Flensburgnya dibubarkan.

1969 - Kumpulan rock United Kingdom The Who mempersembahkan opera rock Tommy.

1998 - Persetujuan Belfast diterima dalam satu pungutan suara, dengan lebih tiga perempat undi 'ya' terhadap Ireland Utara.

2008 - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah selama 29 tahun.

2009 - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.

2009 - Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.

2010 - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.

2011 - Letusan gunung berapi Iceland Grimsvotn menyebabkan pembatalan penerbangan di utara Eropah.

Kematian

2017 - Memanjat usia 89 tahun, Roger Moore akhirnya dipanggil pergi, dia meninggal dunia di Switzerland. Tidak ramai yang tahu, beliau mula bertarung dengan kanser prostat semenjak 1993 lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Mei)

sumber: wikipedia