Tuesday, March 28, 2017

Bagaimana Filem Berjaya Merosakkan Akhlak Masyarakat Barat

Bagaimana Filem Berjaya Merosakkan Akhlak Masyarakat Barat

Masyarakat yang membantah unsur-unsur LGBT di dalam filem dari ditayangkan di Malaysia rata-ratanya dicemuh dan diperlekeh oleh mereka-mereka yang berideologi liberal.

Bahaya filem barat

Pada sudut pemikiran liberalis ini, mereka berujar bahawa, takkan lah kita boleh jadi gay hanya dengan tengok scene gay dalam filem.

Saya nak bawa anda semua mengimbau sejarah masyarakat Amerika sendiri. Dan saya nak buktikan pada anda, atas influence filem dan medialah, masyarakat di sana semakin lama semakin rosak akhlak dan nilai moral mereka.

Dan masalah-masalah yang timbul makin meruncing, menghapuskan norma-norma perikemanusiaan di sana.

Ini penting bagi anda yang anggap babak-babak yang tidak berakhlak ini adalah “nothing”, “takde ape lah”, “takkan tengok boleh terpengaruh”, dan yang sama waktu dengannya.

1. Bikini

Sebelum 19-20an, memakai bikini di pantai atau pakaian-pakaian yang serupa dengan bikini di mana-mana tempat adalah dikira kesalahan undang-undang, dikira indecent exposure oleh masyarakat Amerika.

Sesiapa yang memakai bikini di depan khalayak, termasuk di pantai, adalah perbuatan jelek dan tak beradab pada masa itu, malah ia dikira salah di sisi undang-undang.

Hatta, memakai one-piece swimsuit (tutup dari bahu sampai paha) yang lebih sopan dari bikini pun adalah salah, sebagaimana kes Annette Kellerman pada 1907, yang ditahan pihak berkuasa dan dihukum kerana berpakaian tidak sopan.

Berikutan kes itu, masyarakat liberalis di sana mula membantah undang-undang dan kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, hasilnya selepas 8 tahun, undang-undang tersebut dihapuskan di Amerika.

Walaupun undang-undang itu telah dihapuskan, namun masyarakat rata-rata masih takut untuk memakainya dengan bebas dan masih ramai yang menganggap perbuatan itu tidak beradab.

Tapi, bermula dari 1940an, bermula lah satu era baru dalam dunia perfileman dimana pelakon-pelakon wanita mula mendedahkan tubuh mereka sedikit demi sedikit dan melakonkan aksi menggoda.

Puncak kepada penyebaran dakyah pemakaian seksi ni adalah pada filem-filem lakonan Marilyn Monroe dan aksi Marilyn di luar filem.

Beliau dilihat sebagai ikon sexy yang dijadikan contoh ikutan muda mudi di Amerika waktu itu. Bahkan dijadikan idola dan sex icon. Hampir semua pemuda pemudi Amerika menampal poster Marilyn di bilik-bilik mereka.

Kemudian bercambahlah filem-filem yang mempunyai aksi berbikini, berbogel, dan adegan seks. Boleh baca sejarah tentang proses pengenalan pemakaian bikini dalam filem-filem yang mempengaruhi pemikiran masyarakat yang pada mulanya menganggap pakai bikini adalah biadap kemudian berubah jadi “ianya normal/biasa”. (https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_bikini#Rise_to_popularity)

[+] HASILNYA = Minda masyarakat dari menganggap berbikini di khalayak itu adalah biadap telah berubah kepada “ianya normal dan biasa”.

Lihatlah pakaian mereka pada hari ini. Dan pemakaian mereka cuba dibawa ke negara kita pula.

Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

2. Perkataan “Fuck”

Perkataan fuck telah digunakan oleh masyarakat yang berbahasa Inggeris sejak 1750an. Namun, perkataan itu dimasukkan ke dalam Oxford Dictionary hanya pada tahun 1972.

Sebelum 1971, perkataan fuck, shit, cunt, semuanya adalah diharamkan oleh undang-undang untuk disiarkan samada dalam radio dan televisyen (Obscenity laws).

Jika ianya ada di dalam skrip atau disebut oleh sesiapa di dalam recording, maka mereka wajib censor perkataan itu.

Bermula tahun 1960an, ramai masyarakat liberalis memperjuangkan hak freedom of expression (FE) di Amerika, mendakwa tidak patut kerajaan censor perkataan-perkataan tersebut, kerana menyebut perkataan itu tanpa censor adalah hak kebebasan bersuara. Ianya Human Rights, bagi mereka.

Antara pelopor utama yang memperjuangkan perkataan itu untuk disiarkan secara bebas adalah George Carlin.

Dia adalah stand up comedian dan penyanyi, popular dengan lagu “Seven Words You Can Never Say on Television” di dalam albumnya Class Clown pada 1972.

Rentetan dari album ini, dia ditahan polis selepas menyanyikan lagu ini dalam satu persembahan atas dakwaan violating obscenity laws.

Tercetusnya dari peristiwa itu, maka makin galak lah liberalis pada waktu itu memperjuangkan “hak asasi manusia” dengan menggesa kerajaan agar menghapuskan undang-undang obscenity.

Dan George Carlin makin menyerlah apabila HBO Specials mengundangnya untuk program khusus Dirty Words/Forbidden Words secara terang-terangan tanpa censor di televisyen. (https://en.wikipedia.org/wiki/Seven_dirty_words#Availability)

Alasan perjuangan mereka adalah, fuck bukan hanya membawa maksud bersetubuh, ia juga boleh jadi perkataan penguat bagi sesuatu ayat.

Contohnya “This food is delicious”, ia dikuatkan dengan menambah “This food is fucking delicious”. Begitu juga perkataan “I don’t give a fuck”, yang didakwa tidak membawa nilai obscene atau sexual explicit. Hasilnya, beratus-ratus filem yang ditayangkan kini kebanyakannya mengandungi perkataan ini.

Kemuncak penggunaan perkataan fuck adalah pada filem Pulp Fiction di mana Samuel L Jackson menyebut “I dare you, I double dare you motherfucker, say “what” one more time”, ianya menjadi ikutan jutaan pemuda pemudi di Amerika pada waktu itu.

Tahun 2015, filem Cop Car menjadi batu loncatan bagi puak liberalis apabila 2 pelakon kanak-kanak bawah 13 tahun menyebut fuck berulang kali dalam lakonan mereka.

[+] HASILNYA = Minda masyarakat dari menganggap perkataan fuck itu adalah biadap telah berubah kepada “ianya normal dan biasa”.

Lihatlah kebanyakan filem-filem mereka pada hari ini. Era millennium kini kita dapat lihat perkataan itu telah menjadi perkataan sebutan biasa dalam perbualan masyarakat di sana, malah cuba dibawa ke negara kita dengan gambar-gambar memes.

Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

3. Seks Ketika High School

Sebelum tahun 1980an, masyarakat Amerika memandang perbuatan seks ketika belasan tahun adalah jelek dan tidak beradab.

Malah, sehingga kini, undang-undang di Amerika menetapkan bahawa melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur 18 tahun adalah salah, kerana dikira minors under “age of consent”.

Namun, hasil pengaruh filem/drama dan puak liberalis, adegan-adegan seks ketika high school makin bercambah dengan banyaknya.

Contohnya adegan seks selepas high school Prom night, atau selepas pesta Homecoming (amalan tradisi kebanyakan high school di Amerika untuk menyambut pelajar-pelajar yang akan mulakan sesi persekolahan selepas cuti panjang), atau adegan seks ketika field trip, picnic, cuti summer.

Meskipun undang-undang tidak berubah, namun penayangan semua ini di dalam filem memberi kesan kepada akhlak remaja-remaja di sana.

Belum kita masuk babak dimana ibu bapa dalam lakonan itu seolah-olah redha atau gembira apabila dapat tahu anak mereka sudah ada pasangan, dan dalam filem juga dapat dilihat babak ibu bapa yang tidak kisah anak mereka membawa balik kekasih ke dalam bilik.

Malah dalam filem Barely Lethal juga dapat dilihat si bapa siap berkata pada anaknya “Don’t forget to wear your condom”.

Ibu bapa di Amerika yang menonton filem-filem ini semakin menganggap perbuatan seks ketika remaja adalah perkara biasa.

Kerana, mereka juga dahulu seperti itu cumanya mereka keep their secrets closed in their closet, bila tiba giliran anak mereka, mereka anggap ia wajar dibebaskan dan dibiarkan.

Ditambah lagi dengan mata pelajaran seks education yang sepatutnya menjauhkan remaja dari seks, tapi silibus mereka lebih kepada bagaimana melakukan “safe sex”, yakni tidak menghalang seks namun mengajar bagaimana melakukan seks selamat untuk tidak mengandung dan menjauhi penyakit berjangkit sahaja.

[+] HASILNYA = Remaja-remaja di Amerika kini hatta pada usia 13 tahun pun, sudah ada yang melakukan hubungan seks.

Boleh dilihat pada kisah-kisah Mahkamah sivil mereka sejak tahun 2010 hingga kini, betapa banyaknya kejadian seks suka sama suka oleh remaja bawah umur.

Semuanya hasil PENGARUH MEDIA DAN FILEM.

Kesimpulan

Ya, kerosakan akhlak dalam masyarakat, perbuatan jelek ini semua, memang sudah ada dan sudah berlaku pada masyarakat kita di Malaysia pada hari ini.

Tidak dinafikan, telah wujud lama dah golongan LGBT, budak-budak mencarut, kes khalwat dan seks bawah umur di Malaysia.

Namun, perbuatan ini masih being contained dalam ruang lingkup terhad, kerana ia dikira jelek, tidak beradab, dan dibenci masyarakat yang berfikiran waras.

Namun, atas pengaruh media dan filem lah, apabila ia semakin biasa dipaparkan pada filem-filem, drama dan apa pun rancangan, maka masyarakat akan makin rasa terbuka dan makin menganggap ia oerkara buiasa.

Jangan perkara yang selama ini anak-anak kita malu/takut untuk buat, menjadi semakin tak takut/tak malu untuk buat.

Semua ketiga-tiga kerosakan akhlak yang saya ceritakan di atas, prosesnya bukan sekejap. Ianya berlarutan selama berpuluh tahun, barulah menampakkan hasilnya, merosakkan minda dan akhlak masyarakat.

Itu juga boleh berlaku di Malaysia. Hasil pengaruh dan brainwash media dan filem yang ditayangkan di Malaysia, lama kelamaan memberi kesan dan bekas yang buruk kepada generasi akan datang.

Inikah yang kita mahukan? Anak-anak kita semakin terlalu bebas? Anak-anak kita semakin melampaui batas? Anak-anak kita semakin berfikiran terlampau terbuka?

Kemudian, menganggap perbuatan-perbuatan tidak bermoral ini adalah hak kebebasan setiap individu? Adakah kita inginkan masa depan yang rosak akhlak dan moralnya?

Fikir-fikirkan.

BACA INI JUGA:

sumber: dialograkyat

Monday, March 27, 2017

5 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

5 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Perkahwinan Jarak Jauh adalah sebuah institusi keluarga yang atas sebab yang tidak dapat dielakkan, terpaksa berjauhan antara suami dan isteri atau suami isteri dan anak-anak (keluarga).

PJJ

Antara sebabnya adalah kerja atau belajar, di dalam negara mahupun luar negara.

Bagi pasangan yang ditugaskan atau belajar di dalam negara, mereka ini selalunya dipanggil pasangan hujung minggu yang dari sudut positif, agak ringan beban rindu yang ditanggung kerana masih senang berhubung dan masih berada di dalam zon masa yang sama. Masih berada di dalam satu negara.

Jadi apakah tips yang boleh pasangan di luar sana amalkan bagi mengukuhkan serta mengatasi Perkahwinan Jarak Jauh ini?

Tips pertama: Rajinlah berhubung

PJJ (Dalam Negara)

Dunia yang penuh canggih kini, memberi kemudahan besar kepada anda berhubung yang jauh di mata. Bagi yang berjauhan tapi masih berada di dalam negara yang sama. Itu memudahkan lagi anda berhubung antara satu sama lain.

Tanyakan khabar. Tanyakan makan minum pasangan anda. Lakukan seolah anda berada di depan mata mereka. Kalau ada masa, selain dengan berhubung melalui mesej, apa kata video call dengan pasangan anda. Bukankah comel begitu?

PJJ (Luar Negara)

Perbezaan zon masa memang menyukarkan keadaan. Lebih lebih lagi saat anda perlukan pasangan di sisi. Masa pula berbeza. Akhirnya anda pendam sendirian. Berhenti mempunyai sikap sedemikian. Luahkan sahaja pada pasangan anda.

Kalau masa cuti, luangkan masa video call dengan pasangan, berborak dan tanya khabar sambil melihat muka masing-masing.

Whatsapp pula penghubung antara dua benua kini. Mungkin dengan perbezaan zon masa, anda boleh cuba set kan masa dengan pasangan supaya tidak terganggu tugas seharian. Anda pasti boleh!

Tips kedua: Kejutan untuk yang tersayang

PJJ (Dalam Negara)

Untuk menambah manis hubungan cinta anda, cuba sesekali kejutkan pasangan anda dengan sesuatu di luar jangkaan mereka.

Kerana anda masih berada di dalam negara yang sama, cuma beza negeri sahaja. Tidaklah ambil masa dua hari untuk sampai ke satu-satu destinasi. Bas ada, kapal terbang ada.

Tempah tiket, dan kejutkan pasangan dengan kehadiran anda. Seperti muncul di pejabatnya tiba-tiba. Atau mungkin anda boleh pulang ke rumah terlebih dahulu, lakukan persiapan romantik di rumah seperti penuhkan wangian, pasangkan lilin, mainkan muzik romantik dan anda juga boleh kejutkan pasangan dengan memasak untuk mereka.

‘Dinner for two’ yang dilakukan khas oleh anda sebenarnya lebih bermakna dan dihargai berbanding anda membayar orang atau memilih untuk makan malam di luar.

PJJ (Luar Negara)

Zaman moden kini, tiada apa yang mustahil. Walaupun berjauhan beribu batu, tapi anda masih mampu membuat kejutan untuk yang tersayang.

Anda boleh hubungi mana-mana kedai bunga atau rakan yang rapat dengan pasangan anda untuk membeli bunga dan menghantarkan kepada yang tersayang. Pasti hari mereka ceria dengan kejutan yang anda lakukan.

Tips ketiga: Raikan hari istimewa dengan pasangan

PJJ (Dalam Negara)

Meskipun anda sibuk dengan urusan kerja/belajar. Luangkan masa bersama di hari istimewa anda dan pasangan. Cuba untuk pulang dan raikan bersama. Cuba ketepikan tugas, luangkan sehari untuk pasangan.

Sebenarnya untuk anda yang terikat dengan komitmen ini, hari minggu anda juga dikira hari istimewa. Kerana hari itulah yang anda boleh luangkan bersama. Kerana itulah hari yang kedua pasangan bercuti, dan itulah juga kenapa ia dipanggil pasangan hujung minggu

PJJ (Luar Negara)

Setiap hari adalah istimewa jika anda bersama yang tersayang. Tips manja yang boleh dikongsikan bersama pasangan yang terikat dengan hubungan ini, hal ini kerana perbezaan zon masa juga menyukarkan keadaan.

Tapi percayalah, apalah nak dirugikan jika dilakukan untuk yang tersayang bukan? Apa kata anda duduk bersama sambil Skype atau Video Call, makan bersama, lakukan aktiviti yang sama.

Contohnya, jika suami anda sedang menonton permainan bola, anda turut saksikan siaran yang sama meskipun anda bukanlah peminat bola. Tapi apa salahnya kan?

Anda juga boleh tidur ditemani pasangan tersayang. Perbezaan zon masa bukanlah alasan. Jika pasangan anda mahu tidur, gelapkan lah bilik anda. Agar suasananya sama, meskipun sebenarnya hakikat jam 9 pagi. Pura-pura sahajalah.

Tips keempat: Jujur terhadap pasangan

Tanpa mengira di mana anda berada, tips paling penting dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah bersikap jujur. Jujur dengan setiap apa yang dilakukan.

Kerana setelah anda berdua mengikat tali perkahwinan, sebenarnya tiada rahsia yang tersembunyi diantaranya. Berlaku jujur dan terus terang dengan setiap apa yang berlaku.

Meskipun adakala kebenaran itu menyakitkan, tapi amat penting terutamanya apabila anda diberi kepercayaan penuh oleh yang tersayang.

Si dia berhak mengetahui segala yang tersembunyi. Ada yang mengadu, katanya demi menjaga hati yang tersayang, ada yang perlu dirahsiakan.

Cuma soalannya, apa perasaan anda jika insan yang anda percaya dan sayang, seseorang yang berjanji sehidup semati memilih untuk tidak jujur dengan anda, alasan untuk menjaga hati. Adakah alasan itu diterima?

Dengan kejujuran dalam satu satu hubungan, akan berjaya tanpa kira di mana anda berada.

Tips kelima: Percaya pada pasangan

Penting untuk terapkan rasa kepercayaan itu terhadap pasangan anda. Percaya pada mereka, jangan memilih untuk mencabar ego dengan menyoal kembali kebenaran yang telah diberikan.

Kuatkan hati, percaya kepada ikatan yang kalian bina. Meskipun berhadapan dengan komitmen yang memerlukan anda berjauhan dengan pasangan, jangan pernah ada rasa sangsi.

Kerana dengan rasa itu, boleh menjatuhkan rasa ragu-ragu dan terus menjadikan anda rasa tidak senang berjauhan dan sering memikirkan perkara negative yang tidak baik bakal berlaku. Mohonlah petunjuk dari Yang Maha Esa agar dipermudahkan segalanya.

Kesimpulan

Bagi bakal-bakal pengantin di luar sana yang mungkin berhadapan dengan situasi ini, hati perlu kuat. Percaya pada yang Di Atas. Sesungguhnya semua diatur olehNya.

Biar jauh di mata, asalkan di hati sentiasa ada yang sayang.

BACA INI JUGA: 'Bagaimana Saya Melembutkan Sikap Garang Dan Keras Kepala Isteri'

Sumber: ikahwin

Kisah Benar Remaja Mampu Memusingkan Kepala 180 Darjah!

Kisah Benar Remaja Mampu Memusingkan Kepala 180 Darjah!

Pernahkah anda melihat filem seram berjudul The Exorcist yang diterbitkan pada tahun 1973? The Exorcist adalah sebuah filem kisah benar tentang seorang kanak-kanak dirasuk syaitan mampu memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah.

180 darjah

Nampaknya kebolehan itu juga dimiliki oleh seorang budak lelaki dari India berdasarkan pertuturan yang kedengaran menerusi video tersebut.

Menerusi klip yang dikongsi oleh Mirror UK, budak lelaki yang tidak dinyatakan identitinya itu dirakam dengan selamba memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah tanpa sebarang kesulitan.

Bukan itu sahaja, budak lelaki itu juga sempat menjawab pertanyaan daripada salah seorang ahli keluarganya yang bertindak merakam aksi tersebut ketika berada di dalam posisi ‘mengerikan’ itu sebelum berlalu keluar.

Laman Mirror tidak menyatakan secara terperinci tentang masa dan lokasi ianya dirakam namun menerusi pemerhatian di laman YouTube, video sama pernah dimuat naik oleh Jay kaytv dan Vaseem Shaikh sekitar tahun lalu.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

sumber: mynewshub

Sambutan Earth Hour

Sambutan Earth Hour

Sambutan Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia WWF dan disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac setiap tahun.

earth hour

Pada hari sambutan Earth Hour ini, setiap kediaman dan pejabat akan mematikan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Sambutan Earth Hour pada mulanya dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada tahun 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Tujuan Sambutan Earth Hour

Sambutan Earth Hour memfokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon dioksida, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan.

Sambutan Earth Hour adalah sama dengan sambutan Earth Day Energy Fast, yang disambut sejak 1991 hingga 2007.

Sambutan Earth Day Energy Fast tidak lagi disambut bermula pada tahun 2008 sejak pengasas kempen pertama ini menyatakan bahawa sambutan ini "sudah terlambat" untuk mendapat kesan baik yang bererti.

Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali kemudiannya telah meluluskan Protokol Kyoto, yang bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain.

Dalam konteks tersebut, Earth Hour berada pada saat terburuk iklim dan merupakan masa terbaik bagi menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin, tenaga matahari atau tenaga nuklear dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah 30 Mac 2017

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah 30 Mac 2017

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon, Nora Danish bakal menamatkan zaman solonya dengan Nedim Nadzri, 30 Mac 2017 ini.

Nora Danish, Nedim Nadzri Nikah

Menerusi kad jemput majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nadzri, acara perkahwinan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur dengan tema tradisional.

Nora Danish ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut Nora lagi, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

"Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Nora Danish yang juga ibu tunggal kepada Putera Rayqal berkata, dia bakal bernikah dengan Nedim hujung bulan Mac 2017 ini dalam satu majlis sederhana.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!

Isteri Tak Pandai Masak, Kena 'Terer' 3 Bab Ini!

Apabila isteri tak pandai memasak, ia semacam satu kekurangan sebab orang tua selalu pesan inilah perkara yang mampu menambat hati suami.

Isteri

Tapi, tak mengapalah kalau dah tahu diri tak pandai memasak, jadi isteri kenalah ada kelebihan lain untuk menutup kekurangan diri.

Antaranya macam kemahiran di bawah ni.

1. Pandai jaga anak dan urus rumah tangga

Kalau di rumah, anak terjaga, bersih, makan cukup, cukup susu, mandi tepat masa. Ada masa terluang ajar anak membaca dan mengaji pula.

Rumah juga sentiasa bersih, kemas walaupun ada anak kecil. Bila suami masuk rasa tenang saja. Tak berserabut dengan mainan dan surat khabar di lantai atau kain baju tak berlipat atas sofa.

Kalau dah ada sebahagian ciri ibu mithali, takkan suami komplen lagi kan.

2. Penampilan menarik

Isteri cantik dan pandai jaga badan suami mana tak sayang. Dah tentu asyik nak melekat saja.

Tapi bukanlah makna isteri harus sentiasa mekap mampan, cukuplah sekadar nampak elok, kemas dan manis di mata suami walau pun duduk di rumah. Jangan berhias waktu nak pergi kerja saja.

3. Layanan batin mantap

Ini boleh jadi kelebihan yang paling boleh mengaburi suami dengan kekurangan yang ada. Tak pandai masak tapi layanan di kamar untuk suami mantap!

Tak pernah menolak malah mempelawa pula. Bila suami puas bab ini rasanya anda sudah menawan hatinya.

Apapun seharusnya seiring dengan peningkatan usia kita kena baiki kekurangan. Walau tak minat, tiada masa tapi berusahalah untuk belajar memasak.

Takkan sampai tua, nak makan kedai kot!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: vanillakismis

Sunday, March 26, 2017

Apakah Maksud Doodle?

Apakah Maksud Doodle?

Apa itu Doodles? Pasti anda selalu tertanya-tanya apa maksud sebenar perkataan dan fungsi lukisan Doodle yang selalu terpapar di laman web Google.

doodle malaysia p.ramlee

Tahukah anda bahawa Doodle adalah lukisan yang dilukis secara santai sebagai lakaran coretan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat.

Apa itu Doodle Art? Doodle Art dikategorikan sebagai freehand art, memiliki maksud abstrak dengan identiti hasil dari susunan corak yang terlintas difikiran dengan seimbas lalu, dengan gaya tersendiri, melalui teknik serta cara melukis gambar dengan cara menconteng, dimana gambar doodle sendiri ada yang mempunyai makna dan ada juga yang tidak bermakna langsung.

Karya Doodle biasanya tidak memiliki bentuk jelas dan benar tetapi kelihatan unik dan menarik.

Karya doodle biasanya menggambarkan luahan perasaan pencoretnya melalui goresan yang dihasilkan tanpa disedari oleh fikirannya.

Dengan Doodle art juga mampu membuatkan hati kita merasa tenang.

Biasanya, dengan melukis sepenuh jiwa dan perasaan akan menghasilkan karya Doodle yang semakin menarik, unik dan bermakna yang menjadikan karya Doodle bukan hanya sekadar lakaran biasa.

Lukisan Doodle selalunya terdiri dari landskap, watak komik dan TV, corak geometric dan organik atau apa sahaja coretan yang dilukis dengan pantas dan ringkas.

Contoh stereotaip contengan doodle yang boleh dilihat adalah pada buku para pelajar yang selalu mengelamun atau kehilangan minat ketika berada di dalam kelas.

Terdapat 3 jenis doodle iaitu:

1. Unplanned Doodle

Doodle yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan teknik sketch terlebih dahulu.

2. Semi Unplanned Doodle

Doodle yang dilakukan dengan teknik sketch terlebih dahulu, tetapi ia cuma sketch ringkas sahaja.

3. Planned Doodle

Doodle yang dirancang dengan teliti termasuklah sketch, konsep lakaran dan segala-galanya.

Contoh-contoh Doodle

Doodle+Art
Doodle+Art
Doodle+Art
Doodle+Art
Doodle+Art

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Untitled, Yellow and Blue' Lukisan 2 Warna Berharga USD$46.5 Juta!

sumber: azhan