Thursday, February 23, 2017

Lindsay Lohan Diarah Buka Tudung!

Lindsay Lohan Diarah Buka Tudung!

Dalam satu kejadian terbaharu berkaitan isu bertudung, Lindsay Lohan mendakwa dia telah ditahan dan disuruh membuka tudung yang dipakainya ketika berada di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Lindsay Lohan

Lindsay Lohan berkongsi kejadian tersebut dalam satu rancangan bual bicara apabila dia ditahan semasa dalam perjalanan ke New York.

Lindsay Lohan berkata, seorang kakitangan lapangan terbang membuka pasportnya dan melihat nama 'Lindsay Lohan' sebelum segera meminta maaf.

Namun, Lindsay Lohan tetap diarah menanggalkan tudung yang dipakainya, lapor nbcnews.com.

Lindsay Lohan memberitahu rancangan 'Good Morning Britain' bahawa kejadian itu sama seperti dialami wanita lain yang merasa tidak selesa selepas diminta menanggalkan tudung.

Kejadian itu dialami ketika dia baru sahaja kembali dari Turki, selepas melawat kem-kem pelarian Syria dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, tercetus spekulasi Lindsay Lohan menukar agamanya kepada Islam, selepas gambarnya berjalan sambil membawa al-Qur'an menjadi viral.

Perubahan Lindsay Lohan menjadi perbualan ramai setelah dilihat memegang al-Qur'an serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.

Lindsay Lohan juga dilaporkan berkata, dia merasa tenang selepas mempelajari kitab suci al-Qur'an, selain menyifatkan Islam sebagai agama yang indah dan tidak menolak kemungkinan menganutinya dengan berkata 'Segalanya mungkin'.

Lindsay Lohan juga sebelum ini dilapor bimbang untuk kembali ke Amerika Syarikat kerana iklim politik semasa di sana, bberikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan presiden baru AS, Donald Trump yang melarang rakyat daripada tujuh negara Islam memasuki republik itu.

Bagaimanapun, menurut peraturan-peraturan perjalanan Britain, Lindsay Lohan mempunyai hak untuk menolak membuka hijabnya.

Jika anda memakai penutup kepala atas sebab-sebab agama dan budaya, anda boleh meminta supaya pengimbas tangan digunakan supaya anda tidak perlu untuk membukanya, menurut peraturan negara itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Sumber: mk

Wednesday, February 22, 2017

Misteri Batu Terbelah Al-Naslaa

Misteri Batu Terbelah Al-Naslaa

Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menganggap batu terbelah Al-Naslaa ini hanyalah sebuah bongkah batu besar biasa.

Al-Naslaa

Malah, jika dilihat kedudukan batu ini yang terletak ditengah padang pasir, mengukuhkan lagi hujah bahawa ia tidak mempunyai sebarang nilai istimewa untuk diketahui.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu mengenai misteri kewujudan batu Al-Naslaa ini yang sebenarnya adalah salah satu bongkah batu unik yang tidak ada pada batu lain.

Jika diperhatikan pada gambar diatas, ciri luarbiasa yang boleh dilihat ialah pada bahagian tengah bongkah batu Al-Naslaa ini.

Bahagian tengah batu Al-Naslaa seolah-olah telah dibelah dengan pedang yang sangat tajam. Bagaimana ia boleh berlaku? Sangat misteri!

Belahan pada batu Al-Naslaa dianggap sangat sempurna seperti buah tembikai yang dibelah dengan pisau.

Pada bahagian bawah batu Al-Naslaa juga, ada bonggolan kaki yang menyokong batu Al-Naslaa ini daripada rebah.

Secara logiknya, bagaimana batu ini mampu bertahan selepas terbelah dua sejak dari zaman kuno lagi?

Pada batu Al-Naslaa juga, terdapat sebuah lukisan purba yang memaparkan seorang manusia dan seekor haiwan menyerupai kuda.

Kemunculan lukisan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya yang tiada siapa mampu menjawabnya.

Batu misteri ini kini dikunjungi ramai pelancong dari luar semata-mata mahu menyaksikan sendiri fenomena misteri batu terbelah Al-Naslaa.

BACA INI JUGA: Misteri Tulisan Batu Nisan Berubah Di Kampung Banggol Dogol

-SENTIASAPANAS.COM

5 Bahagian Ayam Yang Beracun Anda Wajib Tahu

5 Bahagian Ayam Yang Beracun Anda Wajib Tahu

Bagi anda yang suka makan ayam sama ada ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, anda wajib tahu fakta bahawa bahagian-bahagian tertentu adaging yam mengandungi racun berbahaya.

Beracun

Terdapat 5 bahagian ayam yang terkandung racun dan jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan mengalami risiko penyakit.

1. Kepala

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam.

Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak

Ramai yang gemar bahagian kepak (chicken wing) kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah yang dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual.

Jadi, apabila kerap memakan kepak ayam, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

3. Leher

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng.

Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar dan lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian leher ayam.

4. Buntut

Banyak memakan buntut ayam dikatakan akan mendatangkan risiko menghidapi kanser usus.

Buntut ayam memiliki kandungan hormon serta tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke badan ayam yang tidak dapat dicerna dengan baik akan berkumpul di bahagian ini.

5. Kulit

Makan daging ayam tanpa kulit seolah tidak lengkap namun hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga.

Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.

Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati.

Jika terlebih makan kulit ayam, anda juga mudah mendapat masalah obesiti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Sumber: SH

Emma Hulse Dakwa Dibuang Kerja Kerana Terlalu Cantik!

Emma Hulse Dakwa Dibuang Kerja Kerana Terlalu Cantik!

Emma Hulse, 24, yang bekerja sebagai pekerja separuh masa di sebuah syarikat produksi TV di London, merasakan paras rupanya yang terlalu cantik menjadi punca dia diberhentikan kerja.

Emma Hulse

Menceritakan bagaimana dia dipecat, Emma berkata, ketika dia mahu memulakan shif kerjanya, pengurus telah memanggilnya dan berkata, ‘awak sepatutnya berada di atas pentas peragaan’ sebelum menghalaunya pulang dari set kerja.

“Saya merasa sangat kecewa kerana diarah pulang, saya tak tahu nak buat apa.

“Mungkin syarikat ini hanya mengambil pekerja yang kurang lawa atau kacak dan jika anda tidak mempunyai rupa paras seperti mereka, itu sebab dia tak ambil kerja, mungkin mereka merasakan saya seorang yang mengganggu kerja mereka.

“Ketika saya dipecat, saya datang kerja pakai seluar panjang dan baju kemeja.

"Saya tak rasa apa yang saya pakai ketika itu kurang sesuai,” luahnya dipetik Metro UK.

Dia turut mendakwa pengurus yang memecatnya itu sebelum ini pernah mengajaknya keluar namun dia tidak mengendahkan pelawaan tersebut.

Sementara itu, pemilik syarikat produksi tersebut, Adam Luckwell berkata, pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan Emma dibuang kerja dan memandang serius perkara itu.

“Emma baru sahaja diberhentikan kerja beberapa minggu lepas selepas tiga bulan bekerja di sini.

“Saya tak boleh komen lebih lanjut mengenai perkara ini kerana masih belum mendapat maklumat sepenuhnya.

“Jika Emma ada mengalami sebarang ketidakselesaan dengan mana-mana pekerja, kami memohon maaf,” kata Adam.

BACA INI JUGA: 8 Fakta Dan Auta Mitos Kecantikan

Semoga memberi manfaat.

Tuesday, February 21, 2017

10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

Seperti kata pepatah Inggeris ‘sex sells’ (seks melariskan) kerana artis-artis ini mempertaruhkan keseksian serta tubuh badan yang menggiurkan untuk mendapat tempat di dalam industri hiburan Indonesia.

Meskipun merupakan negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, namun Indonesia tidak ‘sunyi’ daripada kisah-kisah 'panas' selebriti wanita mereka yang tidak segan-silu bergaya erotik sama ada di dalam media tempatan mahupun media antarabangsa.

Ini merupakan senarai 10 artis wanita paling seksi di Indonesia:

1. Indah Kalalo

Indah Kalalo

Indah Kalalo merupakan pelakon, pengacara dan model seksi yang terkenal dengan filem-filem dan sinetron seperti Pesan Dari Surga, Belahan Jiwa, Aku Bukan Aku, Taubat, Malin Kundang dan Miss Lina.

Indah sudah berkahwin dengan jejaka Australia bernama Ibrahim Justin Werner dan merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Ayanna Rose Werner, Byron Benjamin Werner dan Tigerlily Grace Werner.

2. Aura Kasih

Aura Kasih

Sanny Aura Syahrani atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Aura Kasih ini memulakan kariernya sebagai finalis dalam pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2007, sebelum terjun ke dunia nyanyian.

Keseksian Aura ini mungkin menyebabkan dia dikhabarkan menjadi pencetus keruntuhan rumahtangga Pasha Ungu dan isterinya serta Mike Lewis dan Tamara Bleszynski.

3. Farah Quinn

Farah Quinn

Farah Farhanah atau Farah Quinn merupakan chef selebriti Indonesia, pemilik restoran dan personaliti media yang popular dengan rancangan masakan.

Farah meminjam nama keluarga bekas suaminya yang berwarganegara Amerika Syarikat, Carson Quinn.

4. Sandra Dewi

Sandra Dewi

Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri atau Sandra Dewi merupakan model dan pelakon Indonesia yang berbangsa Cina dan Jepun. Dia juga sering dipilih menjadi duta produk-produk tempatan dan Asia Tenggara.

Selain bergelar anak hiburan, Sandra Dewi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan daripada Universiti London ini juga memegang jawatan pengarah syarikat hartanah PT Paramount Land.

5. Dwi Putrantiwi

Dwi Putrantiwi

Dwi Putrantiwi ialah seorang aktres dan model dan mula mendpaat perhatian peminat menerusi filem seram Tali Pocong Perawan dan beberapa sinetron tempatan. Wanita berusia 33 tahun ini sudah menikah dengan vokalis kumpulan Tiket, Christian Baskara.

6. Julia Perez

Julia Perez

Julia Perez atau lebih popular sebagai Jupe merupakan aktres, penyanyi dangdut, model, DJ radio dan calon parti politik.

Sememangnya digelar simbol seks Indonesia oleh kerana gaya ‘berani mati’nya sama ada di atas pentas, di dalam kaca televisyen ataupun di muka depan majalah, khususnya majalah untuk lelaki seperti FHM dan Maxim.

Malah, Jupe pernah dicalonkan sebagai salah seorang daripada 100 Wanita Terseksi Dunia.

7. Sarah Azhari

Sarah Azhari

Sarah Azhari merupakan seorang pelakon serta model dan merupakan salah seorang daripada empat beradik Azhari iaitu Ayu Azhari, Ibra Azhari dan Rahma Azhari.

Kesemuanya berkecimpung dalam bidang seni. Sarah lebih dikenali sebagai model berbanding berlakon atau menyanyi.

Sarah sering mencetuskan kontroversi kerana gemar berpakaian ‘tidak cukup kain’ selain penyebaran gambar bogelnya beberapa tahun lalu.

8. Ratu Felisha

Ratu Felisha

Ratu Felisha memulakan kariernya sebagai model, sebelum terjun ke dunia sinetron. Namanya mulai dikenali ramai selepas gambar-gambarnya beraksi nakal di dalam majalah FHM.

Selepas membintangi beberapa buah sinetron, namanya mulai melambung apabila filemnya, Buruan Cium Gue mengundang kritikan orang ramai pada tahun 2004 lalu kerana dilihat sebagai memberi pengaruh yang buruk kepada belia.

9. Cynthiara Alona

Cynthiara Alona

Cynthiara Alona merupakan seorang model dan aktres. Dia memulakan kariernya ketika berusia 17 tahun dengan menjadi model dan bintang iklan sebuah produk bank. Dari situ namanya mulai menyinar sebagai model.

Kemudian dia terjun ke dalam dunia lakonan dengan membintangi filem Kutunggu Jandamu dan sinetron Cinta Jangan Buru-Buru bersama Nia Ramadhani dan Mike Lewis.

10. Tiara Lestari

Tiara Lestari

Tiara Ayu Lestari ialah seorang model wanita yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Namanya mula menjadi perbualan hangat di Indonesia pada tahun 2005 apabila perkhabaran mengenai Tiara bergambar dalam keadaan telanjang untuk majalah Playboy dan Penthouse tersebar.

BACA INI JUGA: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia

Sumber: mynewshub

Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah Kamsah

Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah Kamsah

Adakah anda tahu rahsia dan keistimewaan disebalik bulan kelahiran sendiri? Mari kita bongkar sikap seseorang mahupun diri kita mengikut bulan kelahiran masing-masing.

Kelahiran

Hasil kajian oleh Dr. Fadhilah Kamsah sepanjang 25 tahun pengalaman.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif
  • Berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu
  • Daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan genius
  • Pesonaliti yang mudah berubah
  • Mudah menawan hati orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yg bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi
  • Jujur
  • Pemurah
  • Mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah
  • Sangat amanah
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja
  • Suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
  • Terlalu moody

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka adventure
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Agresif
  • Kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat kuat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat
  • Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni dan muzik
  • Suka melancong
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros

JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap
  • Perangai idea @moodidea yang terlalu banyak dikepala
  • Bersikap sensitif
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
  • Sangat seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka
  • Caring dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan yang serupa dengan semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah
  • Rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk dirumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan-santun dan caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah dan mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin dan dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis
  • Hiburan dan silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat ditimpa penyakit
  • Belajar untuk relax
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool
  • Sangat baik dan mudah simpati
  • Sangat prihatin dan terperinci
  • Amanah, setia dan jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui orang
  • Banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
  • Banyak simpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan dan melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik

OKTOBER
  • Suka sembang
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan dan sopan santun
  • Kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati
  • Baik
  • Pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marahPentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lainSuka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaranMudah patah semangat

NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnyaberfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk menjadi doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamiksifat perahsia
  • Pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir
  • Kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani
  • Pemurah
  • Setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
  • Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
  • Badan yang tough
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk dirumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah
  • Jujur
  • Setia
  • Pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur
  • Amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Perangai yg berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Gigi

Sumber: Dr. Fadhilah Kamsah

Alatan Perisikan Dan Teknik Mengintip Rahsia Paling Terkenal!

Alatan Perisikan Dan Teknik Mengintip Rahsia Paling Terkenal!

Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua yang menandakan bermulanya penguasaan Amerika Syarikat, negara itu serta sekutunya telah mendahului dalam selok belok perisikan.

007
Gambar hiasan.

'Pembelotan' bekas juruteknik NSA, Edward Snowden, mendedahkan bagaimana teknologi menghubungkan manusia seperti Facebook dan e-mel turut sama digunakan untuk tujuan perisikan telah menggemparkan dunia.

Snowden telah membocorkan rahsia dengan membuat pendedahan, bagaimana NSA membina sistem komputer yang dapat mengintip sesiapa sahaja yang menggunakan Internet, Facebook, e-mel dan pelbagai lagi.

Menjadikan isu ini lebih besar adalah bagaimana pemilik Google, Facebook dan Microsoft menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial pengguna di seluruh dunia diintip.

Kita boleh lihat bagaimana AS yang menjadi begitu berpengaruh selepas meraih kemenangan bergaya pada Perang Dunia Kedua menggunakan segala medium untuk melakukan risikan terhadap musuh sebenar mahupun musuh yang dicipta mereka.

Menceroboh melalui internet

Segalanya bermula apabila Presiden AS, Barack Obama secara rahsia melalui dasar luarnya membenarkan pengintipan ke atas pemilik akaun media sosial, telefon dan e-mel.

Tindakan ini sememangnya dikecam hebat dan dianggap menceroboh ruang peribadi individu. Apatah lagi pengintipan itu bukan sahaja kepada warga AS malah terhadap sesiapa sahaja di negara lain yang disyaki menggugat keselamatan AS.

Modus operandi pengintipan adalah merakamkan data interaksi secara sulit oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan NSA. Tujuannya sebagai langkah awal mengekang dan mengenalpasti pengganas yang mengancam AS.

Usaha ini dilihat sebagai pelan pre-emtif pasca serangan 11 September 2001 yang memusnahkan mercu tanda kebanggaan AS, Pusat Dagangan Dunia di New York.

Bagaimanapun program pengintipan itu berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehinggalah didedahkan oleh Snowden.

Tindakan mengintip yang disifatkan sebagai menceroboh ruang peribadi tanpa waran yang sah memberikan tamparan hebat terhadap rejim Obama.

Pada masa yang sama dunia mempersoalkan tindakan AS yang dilabelkan sebagai "polis dunia" kerana menceroboh ruang peribadi warga negara lain yang dilindungi oleh undang-undang negara masing-masing.

Keadaan ini sudah tentu mendedahkan sesiapa sahaja di dunia termasuk kita serta ahli keluarga sebagai mangsa intipan menerusi akaun media sosial, e-mel atau perbualan di telefon.

Ini sekaligus menjadikan sebarang interaksi menerusi maya sudah tidak selamat kerana boleh diceroboh oleh pengintip AS.

Lebih malang lagi bagaimana pula dengan nasib agensi keselamatan mana-mana negara termasuk Malaysia sendiri khususnya Polis Diraja Malaysia yang terdedah kepada kebocoran maklumat.

Adalah malang bagi dunia yang dikatakan semakin bebas tanpa sempadan kini terdedah kepada pencerobohan yang direstui hanya untuk memenuhi kehendak kelompok yang mahu meneruskan kuasa sebagai polis dunia tanpa mengira dan menghormati soal kerahsiaan dan keselamatan negara atau orang lain.

Selain cara paling canggih setakat ini diatas, mari kita lihat beberapa kaedah dan gajet yang begitu meluas digunakan suatu ketika dahulu dan mungkin sebahagian dari cara ini masih lagi digunakan semasa risikan oleh perisik pada zaman moden ini.

Kertas Mudah Terbakar

Mungkin kebanyakan kita terpengaruh menonton filem Mission Impossible bila mana maklumat yang diterima akan terbakar setelah dibaca.

Namun sebenarnya taktik ini telah wujud sejak Perang Dunia Kedua apabila sebuah buku catatan atau kertas yang mengandungi maklumat rahsia akan terbakar selepas dibaca.

Kertas atau buku berkenaan diperbuat daripada Pyrofilm dikatakan mudah terbakar apabila ditekan dengan sebuah pensil khas.

Taktik ini sering digunakan ketika membawa maklumat baharu untuk diberikan kepada ejen yang bertugas di tempat lawan secara rahsia.

Peranti Pepijat

Alat ini adalah perkara yang paling berguna dalam dunia perisikan sejak ia digunakan secara meluas sekitar tahun 1960-an.

Sebelum itu transmitter merupakan alat yang sering digunakan tetapi kerana bentuknya yang besar menyukarkan penggunaannya.

Apabila peranti pepijat diperkenalkan saiznya 10 kali lebih kecil dari transmitter dan ia memudahkan perisik mendengar perbualan yang menjadi rahsia ketika musuh menggunakan telefon atau pun semasa mereka bermesyuarat di pejabat atau di rumah.

Alat ini semakin hari semakin canggih dan terus digunakan secara meluas oleh orang ramai dan tidak hanya tertumpu kepada kerja-kerja perisikan.

The Dead Drop

Teknik ini dikatakan antara paling popular dalam menghantar rahsia atau maklumat yang diperolehi.

Bagi seorang perisik untuk menghantar sesuatu maklumat bukanlah semudah yang disangka kerana segala gerak geri sedang diperhatikan.

Untuk itu mereka memerlukan usaha teliti dengan menggunakan teknik atau barangan yang boleh memesongkan perhatian musuh.

Antaranya adalah dengan menggunakan duit syiling yang boleh dibuka dan maklumat diletakkan di dalamnya.

Walaupun ruang dalamnya agak kecil tetapi melalui teknik penulisan mikro membolehkan sesuatu rahsia itu diletakkan dalam mikrodot, yang berfungsi seperti sebuah cip bersaiz kecil.

Ataupun mereka akan menggunakan teknik dua beg yang serupa sebelum proses pertukaran dilakukan.

Mereka juga akan menandakan sesuatu kawasan yang ditentukan sebagai satu penanda tempat itu telah diletakkan bahan rahsia yang dikehendaki dan rakan perisik mereka akan datang mengambilnya.

Kod Rahsia

Taktik ini mula diperkenalkan pada tahun 1950-an dan orang yang perlu diberikan ucapan terima kasih adalah ahli silap mata.

Ini kerana seorang ahli silap mata terkenal, John Mullholland yang memberitahu CIA tentang bagaimana mereka berinteraksi sesama mereka secara rahsia.

Sebagai contoh melalui ikatan kasut, seseorang perisik akan mengetahui apa maklumat rahsia yang mahu disampaikan.

Contohnya jika ikatan simpul kasutnya longgar bermaksud seseorang dalam bahaya.

Taktik ini berkembang dengan cepat dan pelbagai kod rahsia telah dicipta sejak itu. Malah dalam satu kejadian perisikan antara AS dan Rusia, maklumat penting dikatakan terlepas kerana mereka gagal melihat dengan teliti sebuah pita rakaman yang dikatakan memaparkan filem lucah tetapi sebenarnya ia adalah mesej rahsia.

Teknik Knockout

Diperkenalkan pada tahun 1950-an teknik ini adalah antara yang paling mudah dan berkesan dalam memperoleh rahsia atau maklumat penting.

Caranya adalah dengan meletakkan dadah sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk dalam minuman musuh. Walaupun dilihat mudah namun pelbagai taktik telah dicipta untuk memudahkan bahan itu di campur dalam minuman.

Dadah berkenaan akan diletakkan dalam kotak mancis, pen atau pensil atau mungkin diselitkan dalam pakaian dalam wanita.

Dalam melaksanakan tugasan ini walaupun kelihatan mudah tetapi ia perlu dilakukan secara tenang kerana jika dilihat gelabah atau tidak keruan adalah mudah untuk pihak musuh mengenalpasti kelemahan atau kelakuan seseorang perisik.

BACA INI JUGA: Kedutaan Australia Pusat Pengintipan Di Asia

Sumber: utusan

Sambutan Hari Berfikir Sedunia, World Thinking Day

Sambutan Hari Berfikir Sedunia, World Thinking Day

Apa itu sambutan hari 'World Thinking Day' atau Hari Berfikir Sedunia yang disambut pada setiap tanggal 22 Februari setiap tahun?

Berfikir

Hari Berfikir Sedunia disambut sebagai hari dimana kita berfikir sejenak tentang persahabatan dan pembelaan terhadap semua wanita diseluruh dunia.

Permulaan sambutan Hari Berfikir Sedunia bermula sejak tahun 1926.

Menanam pokok

Salah satu acara ketika menyambut Hari Berfikir Sedunia adalah dengan menanam pokok kayu bersama rakan-rakan bagi mengeratkan lagi persahabatan.

Tradisi mengumpul derma

Sejak tahun 1932, ketika sambutan Hari Berfikir Sedunia, semua ahli diseluruh dunia akan diminta untuk memberikan sedikit derma mengikut kemampuan bagi menyokong dana bagi menjalankan aktiviti pertubuhan bebas ini.

Apa aktiviti utama ketika sambutan Hari berfikir Sedunia?
  • Meraikan Hari Berfikir Sedunia bersama 10 juta ahli diseluruh dunia.
  • Berbangga dan menjadi sebahagian dari sejarah dalam mempertahankan wanita.
  • Berhubung dan menjadi saudara diseluruh dunia melalui pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap.
  • Mengambil tindakan dan bersuara mengenai isu-isu tentang wanita.
  • Membuat perbezaan dengan pengumpulan dana untuk projek-projek Thinking Day di seluruh dunia.

Ketahui info lebih lanjut dengan melayari laman web World Thinking Day.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul, Sejarah Sambutan Thanksgiving Dan Black Friday

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 20, 2017

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Perisikan Dunia!

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Perisikan Dunia!

Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, dengan kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat selamat “safe house” oleh agensi perisikan dari seluruh dunia.

Perisik

Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang.

Dahulu, semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

Di antara tahun 1997-2000 kalau tidak silap, pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke?) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

Kisah penangkapan lelaki ini diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang tiada keratan tentang kejadian itu.

Sebelum itu, Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

Pada tahun 2000, di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun.

Selepas disiasat Tengku Don merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali kita mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadikan ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betul ke? Tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

Sebenarnya, macam-macam kumpulan perisikan ada dalam Malaysia ini.

Dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, kita pun tak tahu.

Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan.

Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

Sekian sahaja sedikit fakta tentang dunia perisikan di Malaysia.

BACA INI JUGA: Perisik M15 Menyamar Mualaf Bunuh Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda

Sumber: mom