Saturday, January 21, 2017

Kenapa 'Altaba' Dipilih Sebagai Nama Baru Yahoo?

Kenapa 'Altaba' Dipilih Sebagai Nama Baru Yahoo?

Yahoo bukanlah suatu nama yang asing, hadir dengan sebuah nama yang catchy serta enjin carian yang mantap, laman web yahoo telah berjaya menambat hati orang ramai hampir 2 dekad yang lepas.

Altaba

Pada ketika itu, laman web Yahoo merupakan homepage bagi majoriti pengguna. Gen X dan Gen Y pastinya ingat saat zaman kegemilangan Yahoo.

Hari berganti hari, laman web Yahoo mula membuat perubahan kepada laman web mereka agar lebih ‘lengkap’ manakala pencabar mereka iaitu Google mula memfokuskan kepada laman web yang lebih minimalis memfokuskan kepada search engine yang lebih mantap.

Perkara-perkara seperti ini berjaya menjadi ‘turning point‘ buat Google untuk menambat hati pengguna.

Kegagalan untuk memanfaatkan tiga pembelian laman web dengan jumlah yang besar iaitu Geocities, Tumblr dan Mark Cuban’s Broadcast.com yang menelan jumlah hampir $10 billion USD turut memberi impak yang besar buat Syarikat Yahoo.

Penjualan Yahoo kepada Verizon

Verizon

Bagi mengelakkan daripada syarikat terus jatuh, Yahoo baru-baru ini terpaksa akur dengan keputusan, akhirnya Yahoo dijual kepada Verizon dengan nilai $4.8 bilion USD.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook.

Servis search, news, sports,email serta Tumblr antara yang terlibat dalam menerusi pembelian ini.

Jawatan Marissa Meyer selaku CEO Yahoo akhirnya terjawab apabila beliau meletak jawatan sejurus selepas pembelian selesai.

Dalam pada itu, Marissa bakal menerima pampasan bernilai hampir $57 juta berikutan penjualan syarikat Yahoo. Pastinya bukanlah hari yang suram buat individu yang meletak jawatan sebagai CEO.

Mengapa nama ‘Altaba’ dipilih

Jack Ma

Memandangkan Alibaba mempunyai sejumlah share di dalam syarikat Yahoo, mereka berjaya mendapat ‘naming right‘ untuk menentukan nama baru bagi syarikat Yahoo dan nama yang dipilih adalah Altaba.

Dikatakan Alibaba memilih nama ini melalui gabungan dua perkataan iaitu ‘altenative‘ dan ‘Alibaba‘.

Yahoo bermula sejak 1996 dan mula berkembang pada 1998 dengan value syarikat bernilai $40 bilion USD dan seterusnya berakhir dengan penjualan syarikat kepada Verizon dengan nilai $4.8 bilion USD.

Belajar sesuatu?

Siapa sangka syarikat yang gah 2 dekad yang lalu mampu jatuh berikutan keputusan silap yang dibuat.

Menggunakan nama terbaru iaitu Altaba, mampukah syarikat ini bersaing bersama syarikat-syarikat gergasi yang lain seperti Google dan Facebook?

Sama-sama kita nantikan.

BACA INI JUGA: Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani Berubah

Sumber: thevocket

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baru Cina!

Permintaan terhadap perkhidmatan sewa teman lelaki mula melonjak di China apabila perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir.

Teman Lelaki

Pada tahun 2017 ini sempena dengan kedatangan tahun ayam, perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baharu Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan sewa teman lelaki tersebut dilaporkan media tempatan semakin menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga sewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah 1,544 yuan (kira-kira RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah.

BACA INI JUGA: Penguin Mengamuk Lihat 'Isteri' Curang Viral

Sumber: mynewshub

Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

Pokok mulberi adalah jenis pokok renek berkayu lembut dan bercabang dan ia sangat rajin berbuah jika anda pandai mengolah semula pokok-pokoknya.

Mulberi
Gambar hiasan.

Tetapi, bagaimanakah caranya supaya pokok mulberi yang anda tanam sentiasa menghasilkan buah?

Bagi mereka yang belum mempunyai pokok mulberi, elok rasanya mendapatkan sepokok mulberi di nusery-nusery yang ada menjualnya.

Jika saiz pokok mulberi anda masih diperingkat pertumbuhan, elok biarkan terlebih dahulu pokok mulberi anda membesar sebulan dua atau sehingga tingginya melebihi 1 meter.

Daripada dahan atau batang pokok mulberi anda, potong dan tinggalkan batangnya lebih kurang 7 inci ke 10 inci atau sekurang-kurangnya mempunyai 6 hingga 9 mata tunas yakni tempat keluarnya tunas pada pangkal daun pokok mulberi anda.

Bahasa mudahnya 'trim' dahan pokok mulberi anda dan seterusnya tanggalkan daun bersama tangkainya dengan hanya menariknya ke bawah dengan kuat (boleh abaikan jika anda tidak mahu pokok mulberi tersebut menjadi botak).

Dahan-dahan pokok mulberi yang dipangkas jangan dibuang, potong semula dahan mulberi tersebut lebih kurang 7 atau 8 inci dan tanam atau semai semula dalam polibag.

Anda juga boleh menanam terus keratan pokok mulberi tersebut pada tanah, seelok-eloknya ketika hujan supaya ia mudah bercambah.

Sekiranya perlu, bubuh baja organik di sekeliling pokok dengan 2 genggam baja untuk sepokok mulberi. Siram dengan air secukupnya (boleh juga jika anda abaikan aktiviti pembajaan).

Selepas 1 minggu, kita boleh melihat tunas-tunas dari bekas pangkal daun akan mula muncul. Selepas 3 minggu pula tunas sudah kelihatan beberapa daun beserta bunga berwarna putih berbulu kasar pada pangkal daun-daun muda.

Sebenarnya, itu adalah buah pokok mulberi yang keluar seiring dengan tunas baharu. Biarkan tunas-tunas ini membesar untuk mendapatkan buah yang sehat, segar dan manis.

Genap 1 bulan 1 minggu, buah berbulu putih akan beransur-ansur bertukar wajah kepada warna hijau dengan bulu-bulu berwarna putih itu kian kering.

Masa ini anda sudah boleh melihat bentuk buahnya yang seakan-akan mengerutu sedikit, namun buah tersebut belum boleh dituai atau dimakan.

Dalam tempoh 2 bulan 2 minggu pula, buah tersebut sekali lagi akan bertukar warna kepada kemerah-merahan secara perlahan-lahan, menghakis warna hijau tersebut.

Sebab itu, kadang-kadang kita akan dapati terdapat buah disebelahnya merah manakala sebelahnya pula hijau dan akan beransur-ansur menjadi merah terang sepenuhnya.

Pada tempoh tersebut buah pokok mulberi anda masih dalam proses matang tetapi tidak boleh dimakan. Buah pada masa ini masih terasa masam.

Pada usia 1 bulan 3 minggu ke atas kita akan dapati buah sekali lagi, bertukar daripada warna kemerah-merahan kepada ungu gelap.

Dalam masa 2 hingga 3 hari saja sebiji buah pokok mulberi sudah bertukar warna kepada ungu. Tibalah masa untuk menuai hasil buah pokok mulberi yang telah matang yakni berwarna ungu.

Untuk mendapatkan buah mulberi yang manis, lemak berkrim dan segar, tunggu buah tersebut berubah sepenuhnya menjadi ungu gelap.

Apabila buahnya sudah mencecah 2 bulan ke atas, buah mulberi akan kecut dan mula memburuk. Kualitinya agak kurang disebabkan sudah terlalu masak. Oleh itu setelah menjadi ungu tuailah dengan cepat.

Anda boleh mengutip buah berwarna ungu dengan memetiknya. Sebelum dimakan elok dibasuh terlebih dahulu.

Jika buahnya banyak, anda boleh membuat jem mulberi dengan memasaknya dengan api sederhana dan tuang sedikit air serta tambah gula atau gula perang.

Masak sehingga buah mulberi hancur dan menjadi likat. Simpan jem mulberi anda dalam bekas atau botol kedap udara dan guna jika anda membakar roti keping. Sesuai dimakan ketika sarapan kepada anak-anak kita.

Setelah pokok mulberi anda dituai sepenuhnya, tunggu atau biarkan pokok mulberi anda dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Seterusnya, lakukan pemangkasan semula seperti yang diterangkan di atas.

Pokok mulberi anda sekali lagi menghasilkan tunas baharu bersama buah-buah yang segar.

Lakukan sedemikian sehingga anda muak memakannya, senang cerita, selagi anda pangkas pokoknya selagi itulah pokok mulberi anda akan berbuah lebat.

Kaedah pembuahan di atas juga sesuai kepada pokok mulberi yang ditanam dalam pasu, cuma buahnya agak kecil sedikit berbanding yang ditanam di tanah.

Jadi, apa tunggu lagi hasilkan buah mulberi dengan melakukan pemangkasan pokok mulberi anda dilaman rumah dan nikmati hasil buahnya genap 1 hingga 2 bulan kemudian.

Selamat bertani.

BACA INI JUGA: Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

Sumber: tanomkinotuan

'Harga' Payu Dara Nikita Mirzani RM266,000!

'Harga' Payu Dara Nikita Mirzani RM266,000!

Selebriti yang pernah dikaitkan dengan sindiket pelacuran, Nikita Mirzani, merelakan payu daranya disentuh oleh dua lelaki.

Nikita Mirzani

Aksi menyentuh payu dara itu dirakam dalam sebuah klip video sebelum ditularkan di media sosial.

Ekoran kejadian tidak bermoral itu menggemparkan pengguna dunia maya, pelakon Perempuan Perempuan Liar itu tampil membuat penjelasan.

“Video itu sudah setahun lamanya. Video itu dilakukan atas dasar kontrak iaitu dibayar Rp800 juta (RM266,477 ribu),” katanya seperti dilapor media tempatan.

Bagaimanapun, janda anak dua itu tetap mempunyai alasan untuk 'menghalalkan' aksi berkenaan.

Katanya, dua lelaki yang menyentuh payu dara itu bukanlah "lelaki sejati" sebaliknya dua lelaki yang ada perwatakan 'lembut'.

Atas alasan itulah, Nikita berkata dia memberi kebenaran kepada "dua lelaki" terbabit untuk memegang payu dara miliknya.

“Itu kan banci (mak nyah), bukan lelaki asli,” katanya.

Walaupun saat ini video klip terbabit sudah menjadi tular di media sosial, Nikita menjelaskan emosinya tidak tergugat dengan perkara itu.

Memang imej begitu

Bahkan, katanya, anak pertamanya Laura Meizani Nasseru Asry - atau Loly - sudah pun menonton video berkenaan selain tidak memberikan respon yang negatif.

“Anak saya sudah melihat dan baginya ia biasa saja. Itu bergantung kepada fikiran masing-masing, anak saya orang yang ada pendidikan,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, Nikita diajukan beberapa soalan oleh dua orang lelaki.

Sampai pada satu ketika, seorang daripada lelaki terbabit bertanyakan tentang keaslian payu dara Nikita.

Akibat 'tersinggung', Nikita mempersilakan dua lelaki tadi melakukan ujian ke atas payu daranya bagi memastikan ia adalah asli.

Nikita sebelum ini pernah ditangkap dan didakwa melacurkan diri dalam serbuan polis di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 10 Disember 2015. Turut ditangkap bersamanya adalah seorang model Puty Regita dan dua bapa ayam.

Nikita bagaimanapun menafikan menjual badan sebaliknya mengaku dirinya adalah mangsa pemerdagangan manusia.

Selain video, Nikita turut menggemparkan umum dengan imej separuh bogel yang menggiurkan dan beredar di Internet.

Pada imej berkenaan, Nikita dilihat memaparkan separuh bahagian badannya dan kedua buah dada ditutup dengan tangan.

Nikita dan imej seksi sukar dipisahkan malah dia berkata tanggapan masyarakat ke atas keseksian dimilikinya memang dinilai secara berlebihan.

“Umum memang biasa suka menjatuhkan walhal sudah sememangnya imej yang ada pada saya begitu,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Friday, January 20, 2017

Sejarah Dan Asal Usul Perayaan Tahun Baru Cina

Sejarah Dan Asal Usul Perayaan Tahun Baru Cina

Budaya Tahun Baru Cina merupakan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina seperti memberi angpau kepada kanak-kanak, berkumpul untuk hidangan malam pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan sebagainya.

Tahun Baru Cina

Sebenarnya Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Xin (baru) Nian (tahun) dan mengikut orang Cina, Tahun Baru Cina dirayakan selama 15 hari iaitu dari hari pertama sehingga ke hari kelima belas pada bulan pertama dalam kalendar orang Cina.

Hari kelima belas itu juga disebut sebagai Yuen Shiau atau lebih diketahui sebagai Cap Go Meh di Malaysia.

Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dimana perayaan Tahun Baru Cina lazimnya akan disambut secara besar-besaran sebagai kedatangan tahun baru, sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot yang akan ditukar kepada yang baru.

Asal-usul Tahun Baru Cina

Asal-usul kedatangan Tahun Baru Cina ialah Nian iaitu berasal daripada perkataan Cina yang bererti makhluk garang. Makhluk ini menyerupai singa yang sering kali keluar menangkap kanak-kanak pada tahun baru pada zaman dahulu.

Pada suatu tahun baru, beberapa orang kanak-kanak bermain di depan rumah, tiba-tiba muncul Nian yang cuba membaham seorang kanak-kanak.

Kebetulan ibu kanak-kanak itu berada di depan pintu, lalu pada saat-saat kecemasan itu dan ibu sedang memegang sehelai kain merah. Dengan penuh ketakutan ibu mencampakkan kain merah itu ke arah Nian. Nian takut dan melarikan diri.

Mulai tahun itu, semua orang mula menggantung kain merah di depan pintu untuk menghalau Nian. Dari situlah timbul kepercayaan warna merah membawa tuah dan mampu menghalau unsur buruk yang berbahaya.

Pada masa dahulu, kanak-kanak menghadapi ancaman hidup yang pelbagai seperti penyakit, malapetaka dan masalah sosial.

Oleh itu, kanak-kanak yang berjaya melalui hidupnya setiap tahun dianggap sebagai kesyukuran. Dengan ini, ibu bapa menyelitkan wang di dalam bungkusan di bawah bantal setiap kanak-kanak pada akhir tahun agar dia dapat hidup dengan sihat pada tahun depan.

Muncullah konsep angpau yang kini dijadikan sebagai lambang wajib Tahun Baru Cina.

Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai-ramai untuk makan bersama-sama. Jamuan berkumpul diadakan untuk menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga setelah tidak bertemu agak lama.

Menjelang waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina, akan diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kepada kedatangan hari yang berbahagia.

Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan bergembira dengan membakar mercun, kadangkala pembakaran mercun terus dilakukan hingga ke pagi.

Walau bagaimanapun ini merupakan tradisi sahaja, di negara kita sudah dilarang bermain mercun.

Hari pertama Tahun Baru Cina selalunya disambut dengan meriah, setiap orang akan menggayakan pakaian baru dengan warna yang cerah terutamanya warna merah.

Ang Pow

Semua orang dikehendaki makan makanan vegetarian, manakala mereka yang sudah berkahwin dikehendaki memberi angpau kepada saudara-mara dan sahabat yang belum berumah tangga.

Angpau ialah sejenis sampul berwarna merah yang diisi sejumlah wang, sampul merah membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan.

Seelok-eloknya setiap penghuni rumah tidak keluar ke mana-mana pada hari pertama tahun baru. Namun pantang larang ini telah tidak begitu dipatuhi lagi pada masa sekarang.

Kunjung mengunjung yang lebih meriah dilakukan pada hari kedua dan ketiga. Apabila berziarah ke rumah jiran atau sahabat, biasanya akan membawa sedikit makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah. Pemberian itu selalunya akan dibalas oleh orang yang menerimanya.

Proses saling bertukar bungkusan telah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina.

Pantang Larang

Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala tuah. Sekarang, pantang larang ini tidak lagi diikuti sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, kepercayaan tentang nasib sial yang dibawa oleh penyapu masih mendasari pemikiran orang Cina. Selepas hari ketiga barulah rumah akan dibersihkan semula.

Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina dan ungkapan yang paling popular diucapkan apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud salam sejahtera dan murah rezeki.

Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berpergian jauh dari rumah dan menjahit sepanjang perayaan. Perbuatan-perbuatan ini ditegah kerana dianggap boleh membawa sial.

Bagi suku kaum Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina pada hari tersebut, mereka akan melakukan pemujaan terhadap dewa langit, hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Cap Go Meh

Tetapi bagi suku kaum yang lain, mereka berpesta hingga hari kelima belas yang dikenali sebagai Cap Go Meh.

Pesta Cap Go Meh mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh kerajaan Han.

Pesta ini diiringi upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta perlindungan supaya kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang malapetaka.

Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam, sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu. Keramaian pesta ini dimeriahkan dengan tarian singa dan tarian naga.

Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat untuk mendapatkan jodoh yang sesuai.

Adat ini semakin kurang dilakukan kerana remaja kini lebih suka mencari pasangan mereka melalui pergaulan seharian.

Walaupun begitu, pasangan muda-mudi suka berkumpul dan bersiar-siar di tepi pantai sewaktu upacara itu berlangsung dengan harapan perhubungan mereka akan berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.

Upacara-upacara yang dijalankan itu dianggap penting kerana ia sebagai sistem simbol yang digunakan akan memberi suatu gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan dan nilai hidup masyarakat Cina.

BACA INI JUGA: Kisah Warna Merah Dan Sambutan Tahun Baru Cina

Sumber: utusan

Gambar Kanak-Kanak Taska Kena Ikat Kerana Enggan Tidur!

Gambar Kanak-Kanak Taska Kena Ikat Kerana Enggan Tidur!

Gambar tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain, viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Diikat

Menerusi perkongsian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah dalam akaun Facebooknya, dia memuatnaik gambar beberapa orang kanak-kanak yang diseksa tanpa perikemanusian.

Gambar dengan kapsyen “Assalam admin hide kan profil saya, admin tolong viralkan kes penderaan kanak-kanak di salah sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.

“Harap ibu bapa berhati-hati dan memilih tempat yang selamat untuk jagaan anak-anak anda,” tulisnya.

Difahamkan, taska tersebut didakwa sering melakukan penyeksaan terhadap anak-anak.

Abdul Rani menerusi ruangan komen enggan mendedahkan nama taska tersebut dan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taska di Seksyen 15 Bangi, Selangor dengan memaparkan gambar kanak-kanak yang bukan sahaja tangan dan kakinya diikat dengan kain putih tetapi juga mulut mereka ditutup.

Beberapa kanak-kanak itu kelihatan berbaring dalam keadaan yang tidak selesa dan mungkin juga dalam kesakitan.

Diikat

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak," katanya.

Berdasarkan sumber yang dipercayai, bekas pekerja taska tersebut yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan meminta orang ramai menyebarkan kejadian penderaan kanak-kanak yang didakwa berlaku di sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.

Individu berkenaan juga meminta agar ibu bapa lebih berhati-hati memilih tempat selamat untuk menghantar anak mereka.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian kerana enggan tidur, lapor Harian Metro.

BACA INI JUGA: Video Bayi Kena Dera Dilambung Macam Patung

Ibadah Haji Sebenar Syiah Di Mana?

Ibadah Haji Sebenar Syiah Di Mana?

Berkenaan kefardhuan ibadah haji di sisi Syiah, golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak menafikan ia juga adalah ibadah yang diwajibkan menurut ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Ashariyyah [1].

Muzayifa
Dikatakan ini Ka'bah Syiah di Karbala.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ajaran Syiah benar-benar terlepas daripada sebarang keraguan berkenaan ibadah haji.

Jika dirujuk kepada kitab-kitab Syiah dan pandangan para ulama mereka, terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan dalam pegangan Syiah berkaitan ibadah haji.

Antaranya adalah berkenaan status menziarahi makam Sayyidina Husain r.a yang seolah-olah lebih besar pahalanya berbanding menunaikan ibadah haji dan kedudukan tanah Karbala yang seolah-olah lebih suci daripada tanah Mekah.

Antara riwayat-riwayat yang dapat dinyatakan di sini adalah seperti berikut:

Diriwayatkan daripada al-Sadiq, Ja'far bin Muhammad bahawa beliau berkata, "Ziarah Husain bin Ali adalah wajib atas setiap yang mengakui keimaman Husain daripada Allah 'Azza wa Jalla". Lalu beliau berkata lagi, "Menziarahi Husain menyamai seratus haji yang mabrur dan seratus umrah yang diterima" [2].

Selain itu, tanah Karbala yang menjadi tempat persemadian jasad Sayyidina Husain juga dianggap sebagai tanah suci sehingga ia dijadikan tempat sujud oleh penganut Syiah.

Keutamaan seperti ini tidak pula wujud pada tanah-tanah yang lain termasuk tanah Mekah yang merupakan tanah haram serta tanah Madinah yang menjadi tempat pemakaman Rasulullah S.AW.

Antaranya ialah riwayat-riwayat seperti berikut:

“Allah akan menjadikan Karbala sebagai pusat dan tempat berkumpul para malaikat dan orang-orang mukmin. Ia akan memiliki kemulian, akan tersebar padanya berbagai keberkatan. Seandainya seseorang berdoa di sana kepada Rabb-nya, nescaya Allah akan memberikan dengan satu doa sahaja seribu kali ganda kerajaan dunia. Berbagai tempat di bumi saling berbangga, Ka’bah yang di tanah haram berbangga di atas Karbala. Maka Allah wahyukan kepadanya: Wahai Ka’bah tanah haram diamlah engkau! Jangan engkau berbangga diatas Karbala! Sesungguhnya dia bumi yang penuh berkat” [3].

Dalam riwayat Syiah yang lain disebutkan, “Allah telah menciptakan padang Karbala sebelum menciptakan bumi Ka’bah (kota suci Mekah) selama dua puluh empat ribu tahun. Ia (Karbala) telah suci dan berkat sebelum penciptan para makhluk. Ia senantiasa demikian sampai Allah jadikan ia sebagai tempat yang paling afdhal (mulia) di dalam surga” [4].

Riwayat-riwayat seperti ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian golongan Ahl al-Sunah wa al-Jama‘ah terhadap Syiah kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa Syiah mempunyai tempat yang lebih utama untuk diziarahi selain daripada Bayt Allah di Mekah dan makam Nabi SAW di Madinah.

Pandangan melampau Syiah terhadap ziarah kubur Sayyidina Husain dan kesucian tanah Karbala berbanding Mekah ini juga, berkemungkinan menyebabkan timbul persepsi di kalangan sesetengah golongan Sunni bahawa penganut Syiah tidak mewajibkan ibadah haji di Mekah.

Ahli Sunnah wal-Jamaah juga agak sukar untuk melupakan musim haji pada tahun 2009 apabila terdapat hasrat puak Syiah untuk menukarkan ibadah haji di Mekah ke tempat-tempat suci mereka termasuk Karbala.

Sila baca laporan di bawah:

Syiah karbala

Sumber-sumber berita rasmi Iraq menyatakan bahawa ribuan warga Syi’ah dari Iran dan negara-negara Teluk melaksanakan wuquf di Karbala, sebagai pengganti wuquf di Arafah, Selasa (23/11/2009).

Najah Al-Balaghi, Kepala Administrasi Bandara Nejef, menyampaikan, "Ribuan pengikut Syi’ah datang dari negara-negara Teluk dan Iran untuk berpartisipasi dalam kunjungan Arafah di makam Imam Husain di Karbala, Selatan Baghdad."

Ia menambah, " Dalam minggu ini jumlah mereka mencapai 6,235 dari Teluk dan sekitar 7,000 orang dari Iran."

Al-Balaghi juga menegaskan bahawa jumlah pengunjung ini akan bertambah, menunggu pesawat yang akan membawa mereka ke Nejef.

Dalam sehari ada penerbangan dari Dubai, Bahrain, Lebanon dan Syria walhal sebelumnya hanya ada dua kali penerbangan dalam seminggu.

Penerbangan ke Teheran dan Masyhad (lokasi syahidnya Husain) dari satu sehingga empat kali penerbangan dalam seminggu.

Huda

Tokoh Syi’ah, Huda Ahmed, Wakil Mursyid Ali Khamenei, dari kota Masyhad menyeru untuk menjadikan Masyhad itu sebagai kiblat kaum muslimin, menggantikan kota Mekah. Dia juga mengajak untuk meninggalkan rukun Islam kelima iaitu haji ke Baitullah.

Wakil Khamenei ini menyatakan bahawa "Makam Imam Ridha berada di Masyhad, maka ia pun menjadi tempat yang tepat bagi seluruh umat Islam. Sementara tempat-tempat lain, telah menjadi tawanan orang-orang yang sombong."

Ia menambah lagi, "Tanah Hijaz telah menjadi tawanan kelompok Wahabi."

Huda menunjukkan bahawa Masyhad ini setiap tahun dikunjungi oleh 800 ribu pengunjung dari luar negeri dan 20 juta pengunjung dari Iran sepanjang tahun.

Huda juga mendakwa bahawa Masyhad adalah ibukota spiritual dan keagamaan, malah sebelum adanya makam Imam Ridha, imam Syi’ah yang kelapan, di dalamnya.

Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di blog Eramuslim. Semoga ia membantu kita untuk lebih memahami apa itu Syiah.

BACA INI JUGA: Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Imam Bukhari Dan Pusaranya Yang Mewangi

Imam Bukhari Dan Pusaranya Yang Mewangi

“Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa juga yang Rasul menegah kamu hendaklah kamu menjauhinya,“ (Surah Al-Hasyr: 7)

Selepas Al-Quran, hadis adalah sumber rujukan kedua umat Islam. Hadis adalah perkara yang berkisar tentang sunah Rasul SAW dan apa yang disandarkan kepada baginda dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya.

Pusara Imam Bukhari

Apabila membicarakan tentang hadis, tokoh paling utama yang selalu menjadi rujukan umat Islam adalah Imam al-Bukhari.

Beliau terkenal sebagai perawi hadis-hadis sahih yang kemudiannya dikumpul dalam kitabnya, Sahih Bukhari.

Biarpun kita selalu mendengar dan menyebut nama tokoh ini, sebahagian besar umat Islam masih belum mengenali secara terperinci siapakah individu yang telah memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam sehinggakan manfaatnya dapat kita nikmati sehingga sekarang.

Beliau benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadis sehingga digelar ‘orang mukmin dalam hadis’.

Beliau mengambil masa yang agak lama menyiapkan kitab ini. Sebanyak 600,000 hadis yang dikumpulkannya.

Setiap hadis yang dimasukkan ke dalam Sahihnya telah diyakini sahihnya dan Imam Bukhari terlebih dahulu beristikharah dengan solat dua rakaat.

Imam Bukhari juga bangun 21 kali pada waktu malam untuk menulis hadis. Beliau juga terkenal dengan insan yang sangat bertimbangrasa di mana beliau tidak mengejutkan jurutulisnya ketika bangun mentakhrij hadis pada waktu tengah malam.

Mengikut sejarah, sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun.

Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun hadis mengikut urutan asalnya.

Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul hadis dan setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Uzbekistan untuk mengajar di madrasah.

Ulama hadis ini kemudian membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi.

Mengikut penduduk kampung, selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama dan pada waktu malam, sekitar kawasan kubur beliau diterangi cahaya!

Sehingga kini, beribu pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, menziarahi makam ulama hadis terkenal Imam Al-Bukhari di Khartang.

Bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal makam Imam Al-Bukhari yang ada sekarang telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran. Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian Imam Al-Bukhari.

Kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan.

Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Oktober 1998.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Jadi Jutawan Selepas 'Angpau' RM780 Juta Masuk Akaun!

Jadi Jutawan Selepas 'Angpau' RM780 Juta Masuk Akaun!

Inilah 'durian runtuh' paling mengejutkan yang diterima oleh seorang lelaki dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, China, pada jam 3 petang, Ahad (15/1/2017).

Liu

Liu tidak pernah bermimpi untuk menjadi jutawan, tetapi bagaimana kalau wang sebanyak RM780 juta secara tiba-tiba masuk ke dalam akaun simpanannya?

Adakah Liu perlu menyerahkannya semula kepada bank ataupun terus membelanjakannya sehingga habis dan berpura-pura tidak tahu bagaimana dan dari siapa duit itu diterima?

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.

Rupa-rupanya, 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.

Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakan kerana inilah kali pertama dia menjadi 'jutawan' sepanjang hayatnya.

Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan 'ang pau' sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: SH

Thursday, January 19, 2017

9 Tertib Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

9 Tertib Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

Setiap kali tibanya sambutan Tahun Baru Cina, ucapan Gong Xi Fa Cai yang bermaksud “selamat dan sejahtera” akan banyak didengari di kalangan orang Cina khususnya.

Yee Sang

Selain itu, jamuan yee sang dan kuih bakul begitu dekat dengan perayaan ini turut memeriahkan suasana. Sebut tentang yee sang, kami nak berkongsi pengalaman seorang kawan berkenaannya.

Dia pernah rasa yee sang, sekali, sewaktu belajar di sebuah pusat bahasa Inggeris yang rata-rata pelajar dan stafnya berbangsa Cina.

Jadi, sambutan Tahun Baru Cina di situ agak meriah dan dia pun berkesempatan tumpang sama berkongsi kemeriahan mereka.

Buat pertama kalinya dia berpeluang merasa hidangan yang dipanggil yee sang atau ‘Prosperity Toss Salad’.

Apa Itu Yee Sang

Yee sang, merupakan salah satu makanan popular orang Cina yang berwarna-warni dan lazimnya dihidang semasa Tahun Baru Cina.

Hidangan ini merupakan sejenis menu tradisional orang Cina dan memberi simbol kepada kejayaan, kemewahan dan kesihatan yang baik. Biasanya dimakan beramai-ramai dan disajikan dalam satu pinggan yang besar.

Yee sang boleh dikategorikan sebagai salad yang terdiri daripada beberapa jenis sayuran yang dihiris nipis, kepingan ikan mentah dan dimakan bersama sos istimewa.

Terdapat juga yee sang yang mengandungi abalon, kepingan kulit popia rangup dan sayur jeruk.

Adat popular semasa menikmati yee sang adalah dengan menyepit sayur-sayuran dan kepingan ikan mentah tersebut lalu diangkat setinggi yang boleh dengan menggunakan penyepit. Kemudian semua bahan digaul bersama dengan sos.

Dikatakan signifikannya adat ini adalah untuk dilimpahi kekayaan, kemewahan dan kejayaan yang melimpah ruah pada tahun berkenaan.

Dikatakan semakin tinggi yee sang diangkat, semakin banyak kekayaan dan kemewahan yang akan diperolehi.

Jadi, kita dapat lihat betapa gembiranya orang Cina di musim Tahun Baru Cina sambil mengangkat yee sang setinggi yang boleh bersama sanak saudara pada majlis makan besar.

Tertib Sebelum Makan Yee Sang

Yee Sang

Saya pernah baca 1 artikel tentang 9 tertib sebelum makan yee sang. Ia bukan sekadar menjulang tinggi yee sang. Ada cara yang perlu dilakukan dan ada kata-kata pengharapan yang perlu diucapkan.

1. Angkat bahan-bahan Yee Sang seperti hirisan lobak merah, lobak putih, buah pic, oren, tembikai dan timun. Kemudian letak di bahagian tengah sambil sebut “fat chai yi sen”. Yi sang bermaksud kemakmuran.

2. Limau nipis diperah di atas bahagian ikan sambil berkata “ta ci ta li” yang bermaksud “semoga kebersamaan, ketenteraman selalu ada pada keluarga”.

3. Seterusnya, rempah ditaburkan di atas ikan dan dikacau rata sambil ucap “fung thiaw yi sun” yang bererti “semoga selalu diberi kemudahan dan kelancaran dalam hidup”.

4. Kemudian baru letak ikan di atas yee sang sambil sebut “nien nien yiu yi” yang bermaksud “semoga tiap tahun rezeki selalu bertambah”.

5. Selepas itu minyak dituang di atas yee sang sambil cakap “yu man fu thien” yang bererti “semoga kekayaan anda terus bertambah”.

6. Ia disusuli dengan minyak bijan pula di atas yee sang sambil kata “thien thien mie mie” yang bermaksud “semoga kedamaian dan kebahagian selalu menyertai anda”.

7. Letak keropok di atas yee sang sambil ucap “wang cing man ti” yang bererti “semoga kehidupan sentiasa bersinar bagaikan emas”.

8. Diakhiri dengan letak halia di atas yee sang sambil sebut “hong win tang ho” yang bermaksud “semoga keberuntungan selalu menyertai anda”.

9. Kemudian barulah seluruh ahli keluarga berdiri dan mengacau Yee Sang bersama sambil mengucap “lo hey lo hey lo kow fong sang sue hey”. Ayat itu bermaksud “silakan aduk yee sang, makin tinggi makin tinggi kemakmuran”.

Keadaan menjadi riuh dan ketawa gembira saat masing-masing cuba mengangkat tinggi yee sang.

BACA INI JUGA: Maksud Gong Xi Fa Cai Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: thevocket