Monday, October 24, 2016

Permainan Baru Nintendo Switch Boleh ‘Main’ Di Mana Saja!

Permainan Baru Nintendo Switch Boleh ‘Main’ Di Mana Saja!

Nintendo, syarikat permainan video Jepun yang terkenal, mendedahkan sistem permainan baru yang dinanti-nantikan, Nintendo Switch.

Nintendo Switch

Nintendo Switch boleh digunakan sebagai konsol biasa atau pada alat mudah alih lain yang bermakna pengguna boleh menggunakannya di rumah atau di mana sahaja.

Nintendo Switch merupakan satu ciptaan yang hebat dan bakal menjadi role model untuk konsol-konsol lain di masa akan datang.

Mengapa begitu? Ianya ada pada nama Switch itu sendiri. Konsol ini dapat dimainkan di TV dan juga secara portable! YES.

Walaupun Nintendo baru-baru ini mengumumkan yang mereka akan mencipta game untuk smartphone bermula tahun hadapan, tetapi Switch mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Nintendo mengeluarkan trailer 3 minit berkenaan betapa hebatnya Nintendo Switch ini. Ianya direka untuk anda bermain di TV rumah secara santai.

Tetapi bagaimana jika anda perlu outstation tetapi anda tetap mahu main permainan video anda?

Anda switch sahaja kepada skrin mudah alih, lekatkan controller pada sisinya dan terus sambung bermain secara portable!

Dan kalau anda nak main dengan rakan anda, controller sisi boleh dicabut untuk jadikan dua controller berbeza. COOL.

Ianya satu berita gembira untuk gamers on the go. Ehem.

Dengan konsep ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengusung konsol yang besar ke mana sahaja anda pergi dan jika konsol traditional, anda memerlukan TV atau skrin untuk bermain. Namun, tidak bagi Nintendo Switch!

Buat masa ini, Nintendo Switch tidak menyokong permainan video discs untuk Wii dan katrij 3DS walaupun bentuknya ketika mod portable seperti nintendo 3DS.

Sebagai permulaan, antara permainan yang pertama akan keluar untuk Nintendo Switch adalah The Legend Of Zelda, Breath Of The Wild. YES, please take my money now.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai Nintendo Switch dikeluarkan buat masa ini namun berita terbaru ini sudah cukup untuk membuatkan para gamers teruja.

Nintendo Switch akan berada di pasaran seawal bulan Mac tahun hadapan.

Jadi, sebagai persediaan bolehlah anda menabung terlebih dahulu. Enjoy!

BACA INI JUGA: Legasi Permainan Game Boy Yang Akhirnya Berkubur

Sumber: Thevocket

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Propoganda Freemason Mencetus Sengketa Sesama Manusia

Apa yang anda tahu tentang Perang Dingin? Begini, Perang Dingin tercetus apabila Soviet Union mengasaskan 'Blok Sosialis' dengan corak politik, ekonomi dan sosial yang bersifat tertutup.

Perang Dingin

Fahaman yang dibawa Soviet Union mempunyai banyak perbezaan berbanding dengan corak negara seperti Amerika, Britain dan Perancis.

Amerika pula menerajui 'Blok Kapitalis' yang dianggotai Britain, Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Negara China pula diterajui fahaman sosialis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua melalui parti komunis pimpinan Mao Zedong.

China menyertai Blok Sosialis sebagai pendukung kuat fahaman ini kerana Soviet Union telah membantu mereka menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Perang Dingin merupakan persaingan antara Blok Kapitalis dan Blok Sosialis yang tidak melibatkan pertempuran senjata.

Blok Kapitalis menubuhkan pakatan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) bagi menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial negara anggotanya.

Blok Sosialis pula menandatangani pakatan WARSAW (Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Mutual) untuk tujuan yang sama.

Setelah penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, Jerman menyertai pakatan NATO kerana pertumbuhan ekonomi Blok Kapitalis lebih maju.

Kesan dari Perang Dingin, Blok Kapitalis dan Blok Sosialis berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Kedua-dua blok ini melebarkan pengaruh mereka kepada negara-negara yang baru merdeka.

Maka, negara Islam yang sebelum ini bernaung di bawah pimpinan khalifah akhirnya berpecah kepada Blok Kapitalis dan Blok Sosialis setelah melalui zaman perang dunia.

Antara contoh seperti Perang Iran-Iraq, sama ada Iran atau Iraq, mereka memilih sekutu masing-masing setelah tumbangnya sistem khalifah.

Iraq bersekutu dengan Amerika manakala Iran bersekutu dengan Soviet Union.

Perang Iran-Iraq berlaku pada tahun 1980 sehingga tahun 1988 yang kononnya dilancarkan atas dasar keagamaan, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama rahmat dan berperang sesama sendiri bukanlah tuntutan syariat.

Iraq menuduh Iran bersekongkol dengan Blok Sosialis yang berfahaman ateis, sedangkan Iraq sendiri turut bersekongkol dengan Blok Kapitalis yang berfahaman sekular.

Disebabkan itu, umat Islam terus terlibat dalam peperangan sedangkan negara Barat terus menikmati kemajuan.

Imej Islam terus tercemar apabila berperang sesama sendiri sehingga digelar sebagai 'agama pengganas'.

Umat Islam masing-masing mengaku sebagai pihak yang benar lalu berperang dengan saudara seagama atas sokongan sekutu masing-masing tanpa menyedari bahawa sekutu mereka itu merupakan golongan yang langsung tidak beriman kepada Allah.

Malah, sekutu yang mereka pilih itu juga merupakan antara pemimpin tertinggi Freemason yang menguasai Blok Kapitalis dan juga Blok Sosialis.

Siapa Pengasas Sebenar Blok Kapitalis dan Blok Sosialis?

Walaupun empayar Soviet Union tumbang pada tahun 1991 dan berpecah melahirkan serpihan negara-negara kecil yang digelar 'bekas tanah jajahan Soviet Union', namun roh Soviet Union terus wujud dan boleh dilihat daripada kerajaan Rusia yang seolah-olah mewarisi keagungan empayar tersebut.

Peranan Soviet Union sebagai kuasa besar dunia diambil alih oleh Rusia yang merupakan induk kepada bekas tanah jajahan Soviet Union.

Rusia sentiasa berusaha agar bangkit semula untuk membina empayar semegah Soviet Union.

Apa yang wajib kita ketahui, bahawa Blok Sosialis diasaskan oleh pemimpin Freemason dan Blok Kapitalis juga diasaskan oleh pemimpin Freemason.

Hakikatnya, kedua-dua blok ini adalah ciptaan kumpulan rahsia dajjal iaitu Freemason!

Mencetus Peperangan Besar

Freemason sebenarnya merancang permusuhan antara manusia dengan menubuhkan kedua-dua blok tersebut agar manusia terus saling berperang berlandaskan perbezaan fahaman politik.

Sudah terbukti bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua adalah peperangan ciptaan Rothchild (Freemason-Illuminati) yang berfahaman Judaism-Zohar (Zionis).

Wallahu a'lam.

*Petikan daripada Kitab Tamadun Islam (Ibnu Jawi, Thepatriots)

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, October 23, 2016

Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Juruterbang Pilot?

Bagaimana Hendak Menjadi Seorang Juruterbang Pilot?

Ramai yang mula mengimpikan kerjaya di awan biru sebagai seorang juruterbang, 'angkara' darama bersiri 'Suri Hati Mr Pilot'.

Kerjaya+Juruterbang
Gambar hiasan.

Dalam keghairahan ramai menonton drama bersiri itu, seorang juruterbang menggunakan nama akaun facebook The Pilot, Mohd Hairul Sanot sudi berkongsikan 8 tips bagaimana anda mampu mencapai cita-cita menjadi juruterbang atau pilot penerbangan.

1.Kelayakan Menjadi Pilot

Kelayakan yang diperlukan adalah SPM. Fokus 3 subjek dalam SPM. Hanya 3 subjek sahaja, amat mudah.

Subjek tersebut ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau Fizik), selain subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus.

2. Sekolah Penerbangan

Cari sekolah penerbangan yang baik. Anda bernasib baik jika dapat mengikuti latihan kadet pilot yang diambil oleh Airline sendiri. Jadi tidak perlu risau untuk mencari kerja selepas mengikuti latihan penerbangan.

3. Kesihatan Yang Baik

Jaga kesihatan. Salah satu syarat untuk diambil bekerja ialah anda sihat. Bersukanlah tapi bukan mengikuti sukan yang ekstrim. Tiada gunanya jika sampai cedera. Anggota fizikal anda adalah aset dalam kerjaya ini.

4. Banyak Duit

Simpan duit. Sekolah penerbangan memerlukan belanja sehingga RM300,000. Oleh itu jika tidak mampu, salah satu caranya ialah anda boleh memohon sebagai kadet pilot airline. Ia diiklankan dari semasa ke semasa.

5. Berlatih soalan interview

Salah satu ujian yang mesti dilepasi ialah interview. Boleh beli dan baca buku-buku interview. Salah satu soalan yang famous ialah, kenapa anda mahu jadi pilot?

6. Tambah ilmu penerbangan

Dunia penerbangan adalah dunia teknologi yang baru. Setiap masa ada sahaja update terkini yang boleh dipelajari. Ini amat membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang airline yang berkaliber.

7. Tinggi

Syarat ketinggian untuk menjadi juruterbang juga berbeza kerana bergantung kepada capaian kepada alat kawalan yang dikenali sebagai 'rudder'.

8. Berdoa

Firman Allah SWT berdoalah, nescaya akan Aku perkenankan..

Untuk memasuki mana-mana sekolah penerbangan, jumlah RM300,000 itu adalah perbelanjaan yang diperlukan secara kasar.

Ini kerana meskipun tempoh latihan untuk menjadi juruterbang hanya selama 14 bulan, tetapi ada juga yang terpaksa melanjutkan tempoh latihan itu selama dua tahun. Ini kerana, sesi latihan menggunakan pesawat agak terhad dan memerlukan tempoh menunggu.

Adakalanya, pesawat rosak dan perlu dibaiki. Jadi pelatih perlu menunggu sehingga kapal terbang boleh digunakan.

Semoga dengan doa dan restu serta usaha yang dilakukan, segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan dan diperkenankan oleh Yang Maha Esa. -AA

Syarat-syarat Umum dan Kelayakan Menjadi Pilot
  • Berumur 18 hingga 24 tahun.
  • Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
  • Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
  • Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna.
  • Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.

Terdapat 3 cara bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang juruterbang iaitu:-
  • Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan (sekiranya tawaran dibuka).
  • Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL.
  • Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja.

Apa beza lesen PPL, CPL dan Frozen ATPL?

1. Private Pilot License (PPL)

Lesen ini membolehkan kamu menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah.

Kamu boleh memohon Lesen PPL sekiranya kamu mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang.

Jangkamasa penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.

2. Commercial Pilot License (CPL)

Lesen ini membolehkan kamu dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Kamu harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization.

Kamu juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3. Airline Transport Pilot License (ATPL)

Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan.

Sekiranya kamu berjaya di peringkat ini, kamu sudah layak menjadi ‘First Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.

Bagaimana mahu jadi Kapten Pilot?

Semua orang kenal Kapten Zaharie Ahmad Shah, beliau seorang yang sangat mencintai dunia penerbangan; bukan sahaja bertugas sebagai juruterbang tetapi beliau juga turut memberi latihan penerbangan.

Kecintaannya pada bidang penerbangan memang kita patut contohi dan ikuti, terutama bagi mereka yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang.

Tapi, bagaimana mahu dapat ‘pangkat’ kapten yang menerajui penerbangan Boeing 777 seperti Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Untuk menjadi seorang kapten penerbangan, harus ada lesen frozen ATPL dan melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa secara bergilir dengan Kapten sebelum lesen frozen ATPL itu ditukar kepada lesen unfrozen ATPL.

Selepas mendapat unfrozen ATPL, barulah kamu layak memohon untuk menjadi seorang kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, ia juga turut bergantung kepada kekosongan yang ada.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing.

Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara.

Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang.

Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

Selamat maju jaya buat anda yang berminat dengan kerjaya sebagai seorang juruterbang.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Keunikan Air Terjun Baatara Gorge Umpama Gua Tiga Jambatan

Jika anda ingin melihat pemandangan seperti dalam kisah dongeng, bolehlah berkunjung ke gua Baatara Gorge yang terletak di Tannourine, Lebanon.

Baatara Gorge Cave

Gua Baatara Gorge terbentuk daripada formulasi batu kapur yang berusia jutaan tahun dan ia turut dikenali dengan nama 'gua tiga jambatan'.

Terdapat tiga lantai yang merentangi gua ini dari atas ke bawah menjadikannya tiga tingkat dengan panorama alam yang cukup menakjubkan.

Menjelang musim bunga, salji yang mencair akan mengalirkan air yang jatuh dari atas ke jurang di bawah gua Baatara Gorge setinggi 250 meter!

Ia seakan-akan sebuah pemandangan tiga buah air terjun berkembar.

Baatara Gorge Cave

Pemandangan yang cukup indah di gua Baatara Gorge ini hanya dapat disaksikan sekitar bulan Mac dan April setiap tahun.

BACA INI JUGA: Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

-Sentiasapanas.com

2 Mitos Kerosakan Kereta Yang Anda Patut Tahu

2 Mitos Kerosakan Kereta Yang Anda Patut Tahu

Kebiasaannya wanita akan sewenang-wenangnya menerima cadangan daripada mekanik namun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara yang sama.

Kereta+rosak

Sebelum kereta dibaiki, anda wajib kaji selidik dahulu dengan mekanik-mekanik lain yang sanggup menerima sudut pandangan atau permintaan daripada seorang pelanggan.

Mitos #1 Tukar “Air-Cond Compressor”

Tekan pedal minyak dahulu baru “Air Cond” berfungsi dan saya percaya ramai orang di luar sana pernah mengalami situasi ini.

Penghawa dingin tidak berfungsi sehinggalah anda menekan pedal minyak supaya “RPM” tinggi sedikit, barulah ianya berfungsi.

Lazimnya, apabila anda pergi ke bengkel kereta, sesetengah mekanik akan terus cakap air-cond compressor rosak.

Clutch assembly

Contoh gambar clutch assembly dan lokasinya di bahagian compressor (bahagian depan).

Saya cadangkan anda jangan terima bulat-bulat dahulu kerana air-cond compressor mahal harganya untuk diganti dengan yang baru.

Apa yang boleh dibuat, anda minta mekanik periksa dulu magnetic clutch/compressor clutch.

Selalunya ada masalah pada clutch yang menyebabkan compressor tidak berfungsi apabila diperlukan (functioned on demand).

Mungkin disebabkan coil atau magnet bermasalah, wiring dan sebagainya.

Bunyi bising di “compressor”

Bunyi bising di bahagian enjin kereta itu adalah perkara biasa disebabkan banyak komponen berputar (rotating parts).

Komponen berputar selalunya akan mengalami masalah bunyi jika sekiranya ada masalah mis-allignment, bearing rosak dan sebagainya.

Dalam kes compressor, selalunya apabila bunyi bising seorang mekanik yang tidak jujur dan amanah akan meminta anda menggantikannya dengan compressor yang baru.

Nanti dulu! Sebenarnya anda boleh minta mekanik periksa keadaan belting, pulley, tensioner mounting dan sebagainya.

Contoh yang ketara adalah masalah bearing rosak. Sebenarnya bearing pulley saja yang rosak, bukan air-cond compressor itu yang rosak. Bearing ini boleh ditukar untuk pengetahuan anda. Jadi anda jimat lagi duit.

Perhatian! Bukan saya cakap compressor tiada masalah langsung, tapi ini sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terima bulat-bulat untuk tukar compressor.

Sekiranya bunyi bising berpunca dari internal compressor, maka sudah tiba masa untuk anda menukarkannya.

Mitos #2 Tukar Alternator

Alternator

Ini pun masalah lebih kurang sama dengan air-cond compressor. Ia berkaitan bunyi bising daripada enjin kereta yang sangat kuat.

Kalau diperhatikan, bunyi berpunca daripada kawasan belting alternator, air-cond compressor, timing chain dan pulley.

Apabila saya pergi ke bengkel, mekanik cakap alternator sudah rosak dan kena tukar baru. Harga alternator kereta saya ialah RM2600. Alamak, saya mana ada duit sebanyak itu.

Maka, saya cuba cari pendapat kedua daripada orang lain. Hasil daripada cadangan seorang rakan, saya telah pergi ke bengkel lain. Saya juga lakukan carian di Google mengenai bahagian-bahagian alternator.

Apabila sudah sampai di bengkel, saya tunggu dulu apa diagnosisnya. Dalam kepala saya, saya sudah tetapkan untuk meminta beliau periksa pulley bearing semua tu.

Tetapi mekanik itu terlebih dahulu masuk bawah kereta dan dia cakap memang pulley bearing rosak.

Pulley bearing

Gambar pulley bearing di bahagian depan alternator dan internal bearing.

Fuh, lega saya sebab dapat selamatkan RM2600. Haha. Jadi saya hanya perlu tukar pulley bearing ini sahaja. Pulley ini terletak di bahagian engine yang bersambung dengan pulley alternator.

Untuk pengetahuan anda dekat bahagian alternator itu sendiri ada pulley bearing dan internal bearing juga.

Jika sekiranya bunyi bising berpunca daripada bahagian dalam alternator, maka anda juga boleh periksa dan tukar bearing tersebut.

Tapi saya percaya tak ramai mekanik sanggup buka alternator hanya semata-mata nak tukar bearing yang harganya murah berbanding tukar alternator seketul.

Setakat ini saya belum pernah mengalami bahagian dalam alternator bunyi bising.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Utama Mengapa Kereta Anda Bergegar

Sumber: Thevocket

Baju Hujan Yang Mampu Memanaskan Badan Apabila Basah!

Baju Hujan Yang Mampu Memanaskan Badan Apabila Basah!

Terkena hujan memang akan basah. Itu benda wajib berlaku bagi penunggang basikal dan motosikal.

Waterproof Jacket

Apabila perkara ini menimpa, anda pastinya akan merasa sejuk dan mampu menyebabkan ketidakselesaan.

Di Malaysia, penggunaan baju hujan hanya boleh mengurangkan rintangan basah kuyup, tapi tetap akan berasa sejuk, ia tidak boleh memanaskan badan.

Sekumpulan saintis daripada Colorado telah berjaya mencipta sejenis pakaian khusus untuk memanaskan badan dan menjadi rintangan kepada air.

Dengan pakaian ini juga pengembara tidak perlu lagi membawa pakaian yang berlainan untuk menghadapi situasi salji dan hujan, cukup dengan sehelai sahaja.

Pada peringkat awal, ia dianggap benda yang tidak berfaedah tapi selepas diperkenalkan dengan sejenis teknologi dan teknik jahitan, penilai hasil ciptaan ini mula mengaguminya.

Dan tahukah anda, baju ini berfungsi sebagai kalis air dan penebat haba hanya melalui teknik jahitan saja!

BACA INI JUGA: Kenapa Kulit Jari Berkedut Apabila Berendam Dalam Air?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 22, 2016

10 Lagi Produk Kosmetik Dikesan Ada Kandungan Racun 2016

10 Lagi Produk Kosmetik Dikesan Ada Kandungan Racun 2016

Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Kosmetik beracun

Produk-produk kosmetik itu mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat merkuri dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk-produk kosmetik itu adalah:
  1. Melan: Off Intensive Mask
  2. Melan: Off Cream
  3. Afrina Night Cream
  4. Afrina Daily Cream
  5. Krim Herba Kemboja
  6. Day Pinky Cream
  7. Night Glow Cream
  8. Debella Nadien Glow Night Cream
  9. Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara Beautyv Collection
  10. Mekar Semilu Cream Mekarsutra

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kebiasaannya hidrokuinon digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat.

"Penggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

"Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Katanya sesiapa yang mempunyai stok produk kosmetik tersebut dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau mengingatkan penjual bahawa pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Orang ramai diminta menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami kesan sampingan atau kesan buruk penggunaan produk kosmetik.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Cara Masak Resepi Ayam Dalam Pasir Yang Sedap Dan Lazat

Cara Masak Resepi Ayam Dalam Pasir Yang Sedap Dan Lazat

Bagi Aanda yang ada family day atau apa-apa aktiviti tepi laut, anda patut cuba resepi masak ayam tanam dalam pasir.

Ayam sedap
Gambar hiasan.

Serius ayam sangat-sangat lembut dan juicy.

Anda boleh perap ayam ikut resepi sendiri. Kemudian boleh ikut langkah demi langkah cara masak ayam dalam pasir di sini.

Resipi Perapan Ayam

Resipi ini sesuai untuk seekor ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari kunyit hidup
  • Belacan
  • Cili (dikisar
  • Garam

Langkah penyediaan:
  • Kisar semua bahan perapan ayam
  • Lumur sekata pada ayam
  • Perap ayam

Kaedah Masak Ayam Dalam Pasir

1. Buat lubang pada tanah pasir yang sesuai untuk letak seekor ayam. Ayam yang siap diperap dibalut dengan aliminium foil dengan kemas bagi elak pasir masuk ke dalam ayam.

Masak Ayam Dalam Pasir

2. Letakkan bara arang di sekitar ayam.

Masak Ayam Dalam Pasir

3. Ia akan jadi seperti ini apabila sudah letak bara api di sekelilingnya.

Masak Ayam Dalam Pasir

4. Kemudian, timbuskan dengan pasir tetapi jangan tinggi sangat. Letak lagi bara arang di atas pasir.

Masak Ayam Dalam Pasir

5. Bakarkan kayu atau arang di atas pasir yang ditimbus. Tunggu selama 1 jam.

Masak Ayam Dalam Pasir

6. Apabila sudah sejam, arang akan jadi seperti ini di atas pasir. Anda perlu berhati-hati kerana pasir ini panas.

Masak Ayam Dalam Pasir

7. Inilah rupa ayam yang dimasak di dalam pasir tadi. Ia sangat lembut dan juicy.

Masak Ayam Dalam Pasir

Memang sedap dan terasa rempah-rempah yang diperap.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Sumber: Thevocket

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

Durian belanda mendapat perhatian di seluruh dunia kerana berita ‘keupayaan luar biasanya’ berbanding kemoterapi diuar-uarkan di internet terutama melalui media sosial.

Durian Belanda

Sebuah artikel berbahasa Inggeris diterjemah dan disalin tampal pengguna internet kerana menganggap mesej tersebut amat berguna dan perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Mesej utama dalam artikel tersebut berbunyi, "Ekstrak daripada pokok durian belanda membunuh sel-sel malignan (kanser) pada 12 jenis kanser termasuk kanser kolon, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.

Sebatian-sebatian (kimia) dari pokok durian belanda terbukti 10,000 kali lebih berkuasa dalam memperlahankan sel-sel kanser berbanding Adriamycin iaitu ubatan kemoterapi yang biasa digunakan.

Tambahan pula, tidak seperti kemoterapi, sebatian yang diekstrak daripada pokok graviola membunuh sel-sel kanser secara selektif iaitu ia tidak memusnahkan sel-sel sihat."

Annonacin

Penulis mengetahui kajian sains yang menunjukkan sebatian acitogenin terutama annonacin daripada pokok durian belanda berupaya membunuh sel-sel kanser.

Setakat ini kajian tersebut hanya dijalankan secara tabung uji (vitro) dan pada tikus (vivo). Tiada sebarang ujian klinikal ke atas manusia dijalankan.

Menurut pengasas Raintree Nutrition Inc. yang mempromosi herba dari Amerika Selatan, Leslie Taylor dalam laman webnya Rain-Tree, golongan saintis berjaya mensintesiskan beberapa jenis acetogenin yang dipercayai aktif terhadap sel-sel kanser dalam makmal.

Langkah seterusnya ialah mengubah struktur kimia tanpa kehilangan keupayaan tindakan antitumor.

Tujuannya menghasilkan struktur terubahsuai agar ujian seterusnya termasuk ujian klinikal ke atas manusia dijalankan sebelum mendapat kelulusan FDA dan untuk dipatenkan.

Untuk pengetahuan pembaca, sebarang jenis sebatian kimia sintetik serupa dengan sebatian kimia semula jadi tidak boleh dipatenkan oleh sesiapa pun. Dalam kes ini ialah sebatian-sebatian acitogenin.

Menurut Taylor, usaha saintis mengubah stuktur acetogenin sintetik masih menemui jalan buntu.

Ia kerana setiap kali mereka mengubah struktur kimia acetogenin, keupayaan antitumor merosot!

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan sebatian acetogenin tertentu misalnya annonacin sintetik tidak terubahsuai akan diberi perhatian oleh National Cancer Insitute dan National Institute of Health, Amerika Syarikat untuk mengintervensi.

Seperti berlaku kepada taxol iaitu sebatian kimia yang diekstrak daripada daun pokok yew, kedua-dua badan tersebut berkemungkinan besar akan mengarahkan ujian klinikal terhadap acetogenin sintetik tanpa pengubahsuaian struktur kimia.

Kajian sains ke atas sebatian acetogenin masih terus berlangsung. Antara yang terkini ialah kajian berjudul Selective growth inhibition of human breast cancer cells by graviola fruit extract in vitro and in vivo involving downregulation of EGFR expression terbit dalam jurnal Nutrition and Cancer (2011).

Ekstrak buah durian belanda merujuk kepada kesemua jenis sebatian acetogenin.

Jadi, pendapat penulis pertama yang menulis ‘laporan’ mengenai sifat antitumor durian belanda (biasa disebut graviola) yang 10,000 kali lebih berkuasa daripada kemoterapi iaitu pemilik laman web Health Sciences Institute (HSI) yang menyatakan FDA dan saintis memberhentikan kajian ke atas sebatian tertentu durian belanda atau menyembunyikan khasiat antitumornya kerana tidak dapat menjana wang daripada usaha tersebut adalah tidak benar.

Artikel pemilik HSI, Jenny Thompson yang berlatarbelakangkan sarjana muda jurnalisme harus diteliti dahulu sebelum isinya diguna pakai.

Menurut About Jenny Johnson di laman web HSI beliau pernah bekerja sebagai pegawai komunikasi bertugas mengumpul dan menjual data kesihatan.

Laman web HSI yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh beliau sejak 11 tahun lalu adalah bercorak perubatan alternatif.

Istilah institut yang beliau gunakan untuk membentuk panggilan HSI menggambarkan laman web tersebut seolah-olah dimiliki oleh pusat latihan/pendidikan yang berkredibiliti. Realitinya tidak begitu.

Selama 11 tahun Jenny dilihat sebagai sama ada tidak peka terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap tulisan beliau atau sengaja buat tidak endah.

Beliau memaparkan forum 2004 yang menunjukkan dua contoh di mana dua penghidap kanser meneruskan hidup seperti orang lain selepas mengambil durian belanda.

Secara umum, Jenny mampu memberi kesedaran orang ramai seluruh dunia terhadap potensi durian belanda sebagai penawar kanser.

Namun, sebahagian isi dan kesimpulan dalam laporannya dilihat mengelirukan.

Sesiapa pernah mengalami kesan positif setelah mengambil semata-mata daun atau buah durian belanda untuk menghentikan, menyembuhkan atau memperlahankan (pertumbuhan) kanser, sila kongsi dengan media.

Kajian berjudul Five novel mono-tetrahydrofuran ring acetogenins from the seeds of Annona muricata terbit dalam Journal of Natural Products (1996) mendapati satu daripada lima acetogenin yang dikaji adalah 10,000 kali lebih berkuasa daripada ubatan kemoterapi adriamycin.

Sebatian acetogenin tersebut secara spesifik merujuk kepada cis-annonacis-10-one.

Kuasa tersebut mungkin berkurangan bila buah atau daun durian belanda digunakan secara keseluruhan.

Ia kerana pelbagai sebatian kimia dalam setiap bahagian pokok durian belanda dipercayai berupaya meneutralkan atau melemahkan kuasa acetogenin tersebut.

Fenomena ini berlaku pada banyak jenis tumbuh-tumbuhan di mana sebatian tertentu dikenal pasti bersifat antitumor berkuasa.

Penghidap kanser yang ingin menguji cuba (trial and error), ambil 2-3 gram serbuk daun durian belanda dibahagi kepada beberapa dos setiap sehari.

Biji dan akar durian belanda beracun

Sebanyak 3 gram serbuk dipercayai menyamai dari segi kuantiti sebatian acetogenin terdapat pada biji dan akar durian belanda.

Ambil dalam bentuk kapsul atau teh dengan bancuh serbuk dengan secawan air panas.

Perlu diketahui bahawa biji dan akar durian belanda amat toksik kerana kandungan acetogenin, alkaloid dan isoquinolone yang tinggi berbanding buah dan daun.

Acetogenin bersifat toksik kepada saraf termasuk otak. Terdapat kajian menunjukkan mereka yang kerap mengambil buah durian belanda atau teh pelbagai spesis graviola dikaitkan dengan Parkinsonism atipikal.

Daunnya yang diramas dan dipanaskan dengan minyak kelapa sawit dengan api kecil penulis guna untuk mengurut tubuh yang sengal.

BACA INI JUGA: Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Sumber: SH

Misteri Kubur Panjang Di Pendang Kedah!

Misteri Kubur Panjang Di Pendang Kedah!

Biasanya saiz kubur akan tetap sama setiap kali diziarahi setiap tahun, tapi pernahkah anda mendengar kewujudan kubur yang semakin memanjang sejak dari mula ianya wujud?

Kubur+Panjang

Kedengaran janggal tetapi ia sememangnya benar-benar wujud di daerah Pendang, Kedah Darul Aman.

Dan apa sejarahnya sehingga tempat di situ juga dinamakan Kubur Panjang?

Begini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, ia berpunca daripada janji yang tidak ditepati.

Lebih 400 tahun yang lalu, dua beradik lelaki yang berasal dari Pattani, Thailand, telah berhijrah ke Kampung Budi di Mukim Lesong, kira-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang.

Kemudian, salah seorang daripada mereka telah dilantik menjadi ketua kampung, namun tiada timbulnya rasa dengki kerana hubungan mereka dikatakan sangat baik.

Setiap kali selepas musim menuai, pertandingan sabung ayam akan diadakan di Kampung Mempelam Susu yang terletak di tepi sungai.

Pertandingan itu sangat popular kerana di situlah gelanggang sabung ayam terbesar ketika itu.

Kemudian, kedua-beradik itu dicabar untuk bertarung sesama sendiri kerana kedua-duanya mempunyai ayam sabung yang dibawa bersama.

Pada mulanya mereka enggan menyahut cabaran itu kerana tujuan asal hanyalah untuk menyaksikan perlawanan, bukannya untuk bertanding.

Namun, setelah didesak akhirnya mereka bersetuju dengan syarat pemenang dilarang menyorak yang kalah.

Akhirnya, ayam sabung abang kalah dalam perlawanan tersebut, manakala adik yang terlalu gembira lupa kepada perjanjian hingga bersorak kegembiraan bersama penonton.

Disebabkan rasa malu, abang memulakan pergelutan yang menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia.

Jenazah mereka kemudiannya diusung untuk dikebumikan di Kampung Pulau Keramat, namun tiba-tiba kedua-dua jenazah menjadi berat dan mereka terpaksa mengebumikan jenazah adik di situ juga manakala jenazah abang di bawa ke Kampung Pulau Keramat.

Apa yang menghairankan, apabila penduduk kampung menziarahi kubur adik tersebut keesokan harinya, kedudukan batu nisan telah berubah hingga menjadikan kubur itu panjang padahal sebelum itu saiznya biasa sahaja seperti kubur lain.

Malah, kubur itu ukurannya terus berubah menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa pelik dikalangan penduduk dan digelar sebagai Kubur Panjang dan panjangnya menjangkau 17 hasta sehingga kini.

Kawasan tanah perkuburan Kubur Panjang ini terletak dipinggir jalan raya utama pekan Kubur Panjang berhadapan dengan Balai Polis Kubur Panjang turut menerima kunjungan ramai pelancong daripada dalam dan luar negara.

Bagaimana pula dengan kubur abang? Terletak di dalam semak samun, kuburnya biasa saja dan hanya menempatkan dua kubur dan kubur yang satu lagi itu tidak pula diketahui siapa pemiliknya.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Pulau Keramat, dahulunya batu nisan abang digantung atas pokok yang rendang dan besar, dibawahnya adalah kubur.

Namun lama kelamaan, barulah batu nisan diturun dan diletakkan di atas kubur. Tujuannya tidak pula diketahui.

Menurutnya lagi, ukiran pada batu nisan jelas menunjukkan pemiliknya bukan calang-calang orang.

Pada masa dahulu, hanya batu sungai akan dijadikan nisan tetapi nisan kubur abang ini terdapat tulisan jawi.

Jadi, bagi anda yang hendak menyaksikan misteri Kubur Panjang, cubalah pergi sendiri ke pekan ini ya..

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Batu Bersurat Yang Wujud Sebelum Kitab Taurat

-SENTIASAPANAS.COM