Friday, October 21, 2016

Google Destinations Dilancar Sebagai Panduan Percutian Anda!

Google Destinations Dilancar Sebagai Panduan Percutian Anda!

Syarikat enjin pencarian terkemuka dunia, Google telah melancarkan Google Destinations di Malaysia pada Rabu, bagi memudahkan perancangan percutian pengguna.

Google Destinations

Google Destinations merupakan ciri terbaharu yang boleh didapati dalam Google Search.

Ia turut menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk melancong termasuk jangkaan perbelanjaan percutian.

Ciri terbaharu ini turut memberi beberapa cadangan rancangan aktiviti percutian anda di lokasi pilihan.

Lebih menarik, ia juga akan mencadangkan apakah aktiviti yang bersesuaian berdasarkan cuaca di lokasi pilihan.

Seperti aplikasi pelancongan lain, Google Destinations turut membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Sejak ia dilancarkan, ramai pengguna media sosial di Malaysia menyambut baik ciri-ciri terbaharu Google Search ini.

Melalui kemudahan terbaru Google Search ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kita membuang segala aplikasi pelancongan yang mengelirukan di dalam telefon pintar kita? -AA

Tempah Uber Atau Grab Melalui Google Search

Uber Google Search

Sementara itu mulai bulan ini, Google telah menambah satu lagi fungsi terbaru pada Google Search iaitu carian Uber dan Grab.

Pengguna hanya perlu membuat carian untuk arahan ke sesuatu lokasi, dan anda akan dapat melihat tab untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bersertakan anggaran tambang serta waktu jemputan.

Nak tahu apa yang lebih best dan futuristic? Menggunakan Google Voice anda boleh terus menempah Grab atau Uber terus ke destinasi hanya dengan panggilaan suara.

Pengguna cuma perlu menyebut ‘Taxi to Kuala Lumpur Airport’.

Segalanya akan diatur Google untuk memudahkan kerja anda mendapatkan Uber dan tiba di destinasi pada masa yang tepat. Cool bukan?

Walaubagaimanapun, pengguna haruslah mempunyai akaun dan aplikasi Uber untuk menggunakan fungsi terbaru daripada Google ini.

Jika anda tidak memiliki aplikasi tersebut, Google akan memaparkan pautan ke stor aplikasi di mana anda boleh memuat turun aplikasi tersebut. -Thevocket

BACA INI JUGA: 5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Kebal Angkara Khadam Dan Kuasa Mistik Azimat!

Kebal Angkara Khadam Dan Kuasa Mistik Azimat!

Pada zaman moden ini ada sesetengah pihak tidak begitu yakin atau percaya adanya unsur ghaib dan mistik terutama yang terdapat pada batu dan barangan ganjil yang sukar ditemui.

Ilmu Kebal
Gambar hiasan.

Tidak kurang juga ada yang mempercayai dan taksub dengan keajaiban yang ada pada batu atau pada barang tersebut.

Ada sesetengah pihak pula berpendapat kekuatan atau keajaiban batu atau barang tersebut disebabkan adanya penjaga atau khadam.

Akibat percaya bahawa batu ini dijaga oleh sesuatu kuasa ghaib atau mempunyai penjaga (khadam), maka terjadilah kuasa ajaib atau kekuatan pada batu dan barangan itu.

Tanpa mempunyai penjaga atau khadam, sudah tentu ia hanyalah seketul batu dan tiada nilainya.

Bagaimana enegri dapat diserap atau berdiam pada benda-benda bertuah, mistik dan azimat sehingga seolah-olah ada kekuatan tersendiri?

Lokasi Keramat Dan Tempat Keras

Lokasi Keramat

Lokasi keramat atau 'tempat keras' yang diperkatakan orang seperti sudut hutan, lembah, sungai, makam pahlawan dan penyebar agama biasanya terbentuk secara alami.

Dipercayai beberapa benda yang berada disekitar lokasi tersebut terkena pancaran atau radiasi medan energi atau kuasa ghaib sehingga memiliki kekuatan ghaib.

Barangan Antik

Seramik Kuno

Barangan antik dipercayai dapat menyerap energi ghaib secara automatik.

Biasanya barangan antik ini berusia ratusan tahun dan tersimpan di tempat yang sangat rahsia.

Barangan antik ini antaranya berupa seramik kuno, logam, kayu atau batu berukir, perhiasan bahkan kunci pintu dan barangan antik lain yang tidak terfikir oleh kita.

Azimat Binatang

Tanduk kucing
Tanduk Kucing.

Beberapa binatang yang memiliki izinnya sebagai pembawa berkah habitat mereka.

Bila ada manusia yang dapat merebut dan mendapatkannya, maka berkah tersebut dipercayai dapat dijadikan azimat ampuh.

Antaranya tanduk kucing, mastika lingsang, rantai babi, tulang rawan dan kulit harimau, kulit kerbau landau serta organ unggas seperti pelatuk bawang, burung hantu, gagak dan helang, gigi geraham harimau dan banyak lagi.

Azimat Tumbuhan

Buluh Perindu
Buluh Perindu.

Beberapa tumbuhan yang diizinkan Allah memiliki berkah dapat dijadikan azimat oleh manusia seperti buluh perindu, mawar hitam, kayu naga sari, kayu setigi, teras kelor, akar bahar, buluh petuk, galih kelapa dan sebagainya.

Rajah Azimat

Rajah Azimat

Ada rajah atau simbol yang ditakdirkan memiliki kekuatan ghaib, contohnya huruf Arab.

Setiap rajah diizinkan Allah untuk dikawal oleh tiga khadam.

Ahli-ahli mistiklah yang bertindak mengubahsuai huruf-huruf ini sehingga menjadi formula mistik yang mantap dan kuat.

Sehelai kertas yang ditulis rajah pelindung dikatakan dapat dijadikan sebagai azimat kebal.

Dengan izin Allah, pemakainya tidak terjejas apabila ditembak, dihiris atau ditikam dengan besi yang sangat tajam atau buluh runcing semasa memegang rajah berkenaan.

Sebaliknya, setelah rajah itu terlepas dari tangan maka si pemakai tidak lagi kebal dan tidak mampu menahan diri daripada senjata tajam mahupun senjata api.

Kuasa Ghaib

Benarkah hanya dengan menggunakan tulisan nombor, abjad, huruf dan gambar rajah dapat memberikan kuasa ghaib kepada pemakainya?

Memang ramai yang percaya, setiap nombor, abjad atau huruf mengandungi maknanya yang tersendiri seperti kod misteri yang tidak mampu diketahui selain pembuat atau pemakainya.

Mereka juga percaya, setiap huruf atau abjad itu turut mempunyai khadam atau penjaga.

Mungkin kepercayaan inilah yang memberikan impak kepada azimat atau waqaf itu.

Wallahu a'lam.

*Nota editor: Gambar-gambar dalam artikel ini adalah gambar hiasan semata-mata untuk tujuan pembelajaran.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

'Jika Cerita Ini Karut, Maka Lebih Mengarut Akidahmu'

'Jika Cerita Ini Karut, Maka Lebih Mengarut Akidahmu'

Suatu ketika, seorang ateis mencabar para ulama untuk berdebat tentang kewujudan Allah.

ateis

Ramai ulama tidak sanggup menerima cabaran itu kecuali seorang lelaki yang cerdas akal dan ligat mindanya.

Tiba hari debat, lelaki ateis sudah menantikan kedatangan lelaki itu sejak awal, namun dia belum juga muncul.

Umat Islam yang hadir di situ mula risau. Mereka tidak mampu menjawab bila ateis tersebut terus mencaci lelaki yang lewat itu.

Akhirnya, lelaki itu muncul. Sebenarnya, dia memang sengaja datang lambat ke majlis debat itu.

"Kenapa kamu lambat wahai orang yang bakal dimalukan?" sindir lelaki ateis.

"Maafkan kelewatanku.

"Sebenarnya, sewaktu dalam perjalanan ke sini tadi, saya telah melihat perkara yang menakjubkan," jawab lelaki tersebut.

"Perkara apa yang kau maksudkan wahai orang yang banyak memberi alasan?" cemuh lelaki ateis lagi.

"Sebenarnya, dalam perjalanan untuk datang ke sini, saya telah dihalang oleh sebatang sungai besar," jawabnya lagi.

"Kemudian, apa perkara yang kau katakan menakjubkan itu?" soal lelaki ateis.

Lelaki itu menjawab, "Ketika terkandas di seberang sungai, saya termenung memikirkan bagaimana cara untuk menyeberangi sungai itu untuk sampai ke sini.

"Tiada satu pun sampan, di situ, tetapi.."

"Tetapi apa?" tanya lelaki ateis bila lelaki itu tidak menghabiskan kata-katanya.

Lelaki itu menyambung..

"Saya melihat sebatang pokok jatuh ke dalam sungai.

"Pokok itu pula dengan sendirinya terbelah membentuk potongan kayu dan kemudian kayu itu terukir sendiri lalu membentuk papan yang kukuh.

"Saya juga menyaksikan papan-papan itu dengan sendirinya tersusun antara satu sama lain sehingga akhirnya membentuk sebuah kapal yang besar untuk saya naiki.."

Belum sempat lelaki tersebut menghabiskan cerita, lelaki ateis dengan pantas mencelah.

"Sudah! Jangan engkau mereka-reka cerita karut untuk menutup kesalahanmu. Engkau hanya memalukan Islam!"

Lelaki ateis berasa sungguh marah.

Dia merasakan dirinya dipermain-mainkan dengan cerita rekaan lelaki itu yang lewat datang ke majlis debat tersebut.

"Jika apa yang aku ceritakan hanya sebuah perkara karut dan tidak masuk akal, maka lebih mengarut akidahmu.

"Bagaimana engkau boleh mengatakan bahawa alam yang luas ini berdiri sendiri tanpa ada kuasa Allah?!

"Jika hanya sebuah kapal pun mustahil berdiri dengan sendirinya, apatah lagi dengan alam ini?" balas lelaki itu menyindir lelaki ateis.

Akhirnya, lelaki ateis terdiam kerana sedar dia telah kalah dalam permainan minda lelaki itu.

Lelaki ateis tertunduk malu dan tidak mampu lagi untuk terus berdebat dengan lelaki itu.

Tahukah anda siapa lelaki tersebut?

Dia adalah an-Nukman bin Thabit al-Taimi atau lebih dikenali sebagai Imam Abu Hanifah.

Beliau turut digelar sebagai penghulu ulama fikah dan merupakan pengasas mazhab Hanafi.

BACA INI JUGA: Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

-SentiasaPanas

Thursday, October 20, 2016

10 Fakta Menarik Drama Adaptasi Novel 'Suri Hati Mr. Pilot'

10 Fakta Menarik Drama Adaptasi Novel 'Suri Hati Mr. Pilot'

Bagi anda yang mengikuti dan menonton drama adaptasi dari novel bertajuk 'Suri Hati Mr. Pilot' ini, kami berikan beberapa fakta menarik untuk perkongsian bersama.

Suri Hati Mr. Pilot

1. Drama Suri Hati Mr. Pilot adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama, hasil karya Dila Dyna.

2. Dila Dyna adalah penulis novel Dia Semanis Honey, yang sebelum ini pernah diadaptasi ke drama bersiri yang berjaya menjadi fenomena, lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana.

3. Novel ini adalah terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn.Bhd.

4. Drama pula diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar.

5. Ia kini bersiaran di Astro Ria, setiap Isnin-Khamis pada jam 10.00 malam.

6. Pelakon utama yang memegang watak Warda Erina, Neelofa, dikhabarkan baru sahaja pulang dari Mekah sewaktu penggambaran bermula.

7. Fattah Amin sebagai hero, memegang watak Kapten Ejaz Fakhri.

8. Lagu nyanyian Alif Satar dan Shila Amzah, Selamanya Cinta dipilih sebagai lagu tema drama ini.

9. Demam drama ini membuatkan ramai peminat mula 'berangan' agar Neelofa dan Fattah berjodohan. Melalui tinjauan di Instagram, sudah banyak akaun menggunakan nama 'NeeloFattah' dan 'LoFat' diwujudkan.

10. Drama 15 episod ini bersiaran sejak 10 Oktober lalu.

Jangan lupa untuk mendapatkan novel, 'Suri Hati Mr. Pilot', pastinya seronok di baca.. :)

Selamat menonton..

BACA INI JUGA: 20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Sumber: AA

Angelina Bella, Gadis Cilik Empat Tahun Fasih Tujuh Bahasa!

Angelina Bella, Gadis Cilik Empat Tahun Fasih Tujuh Bahasa!

Anak kecil yang hebat! Itu sahaja gambaran yang sesuai diberikan kepada Angelina Bella Devyatkina, seorang kanak-kanak yang kini viral kerana kepetahannya bercakap dalam tujuh bahasa.

Angelina Bella Devyatkina

Menurut Malaysian Digest, Angelina Bella Devyatkina, 4 atau Bella berasal dari Moscow, Rusia menjadi popular ketika menghadiri uji bakat sebuah rancangan.

Dalam ujibakat itu, Bella menjawab soalan dalam bahasa Rusia, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan Arab, menyebabkan juri dan penonton 'terlopong'.

Menurut ibu Bella yang mengajar bahasa Inggeris, Bella didedahkan dengan bahasa-bahasa berkenaan sejak lahir.

Bella juga dijaga lebih daripada seorang penjaga yang berlatarbelakangkan pelbagai negara.

Angelina Bella Devyatkina

Penjaganya bukan sahaja mengajar Bella mengenai bahasa dan frasa, malah menceritakan isu-isu dunia, sejarah dunia dan pelbagai topik dari ensiklopedia.

Rakaman telatah Bella telah viral di laman Facebook dan ditonton jutaan kali dan anda boleh saksikan sendiri di Youtube.

BACA INI JUGA: Kajian Menunjukkan Betapa Hebat Kesan Suara Ibu Terhadap Otak Anak!

Sumber: SH

19 Jurutera Daerah Jabatan Air Ditahan SPRM!

19 Jurutera Daerah Jabatan Air Ditahan SPRM!

Ketika kes seleweng dana persekutuan RM3.3 bilion di Jabatan Air Sabah (JAS) terdedah, ada yang menduga ini kes ‘ kenduri sakan’ yakni ramai yang terlibat songlap wang itu.

JAS

Logiknya tidak mungkin hanya pengarah dan timbalan pengarah JAS yang telah ditahan reman boleh tutup aktiviti mereka dan ‘curi’ wang dengan mudah puluhan juta selama ini tanpa penglibatan ramai pegawai bawahannya.

Andaian itu terbukti apabila 19 jurutera daerah JAS berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai ada kaitan dengan kes songlap duit yang terbesar dalam sejarah agensi berkenaan.

Sebanyak RM2.4 juta wang tunai turut dirampas dari kalangan jurutera daerah jabatan yang ditahan itu. Mereka dicekup di 27 lokasi yang berasingan sekitar Sabah dalam operasi dijalankan SPRM sepanjang Rabu.

Setakat ini belum lagi dapat dipastikan apakah ada gejala ‘gotong royong’ songlap wang antara orang atas dengan orang bawah di jabatan tersebut selama ini sebelum skandal itu terbongkar bermula pada awal bulan ini.

Namun difahamkan ‘korek punya korek’ dipercayai jurutera daerah terbabit tergamak mengutip sogokan antara 27 hingga 30 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak sesetengah tender projek prasarana yang ditawarkan.

Penahanan secara besar-besaran ramai jurutera jabatan negeri berkenaan telah disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki dan disiarkan semua media tempatan hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran tetapi berkata siasatan itu melibatkan dokumen yang banyak dan ia memerlukan masa sebelum SPRM dapat mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam kes seleweng yang menggemparkan itu, SPRM sebelum ini sudah merampas wang tunai, barangan kemas, geran tanah, kereta mewah dan hartanah bernilai lebih RM170 juta dari pengarah dan timbalan pengarah sahaja.

Apa yang mengejutkan ramai pihak apabila visual wang tunai bertimbun-timbun disorok begitu sahaja dalam laci di pejabat dan di rumah suspek terbabit menjadi viral menerusi media sosial.

BACA INI JUGA: Fakta Kes Pegawai Jabatan Air Seleweng RM3 Bilion Di Sabah!

Sumber: Mynewshub

Mufti Sudah Bersuara, Apa Pula Kata Peguam Tentang Wang DUKE?

Mufti Sudah Bersuara, Apa Pula Kata Peguam Tentang Wang DUKE?

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen dan pandangan dari sudut perundangan tentang isu wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa kemalangan maut di lebuhraya DUKE tahun lalu.

Anak Mangsa Duke
Foto dari Malaysian Digest.

Isu tersebut timbul apabila salah seorang kakak kepada arwah mendakwa bahawa wang sumbangan yang didepositkan oleh orang awam dalam akaun dua orang adik beliau telah tidak diagihkan sepenuhnya untuk tujuan perbelanjaan dan kebajikan anak-anak mangsa.

Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka mendakwa bahawa, berdasarkan pandangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, wang tersebut adalah milik dan hak mereka sepenuhnya kerana ianya di depositkan ke dalam akaun mereka sendiri, bukannya atas akaun anak-anak tersebut.

Kenyataan Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Isu Anak Mangsa Kemalangan DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian. Baca lagi.. (https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/793095284163786)

Maka isu yang timbul dalam kes ini adalah:

1. Sama ada kedua-dua adik beradik tersebut dianggap sebagai pemegang amanah (trustees) kepada anak-anak saudara mereka.

2. Sama ada wang sumbangan orang awam yang didepositkan kedalam akaun kedua-dua mereka tersebut dianggap sebagai harta amanah (trust property).

Jika jawapannya ya, maka apakah kesan terhadap tindakan mereka tersebut dari segi perundangan?
Akta Pemegang Amanah

Sebenarnya, kalau kita rujuk kepada Akta Pemegang Amanah (Trustees Act) 1949 (selepas ini disebut sebagai “Akta tersebut”), secara ringkasnya, perkataan pemegang amanah itu didefinisikan sebagai:

“Mana-mana pihak, termasuklah wakil individu, yang mewakili sesuatu pihak yang berkepentingan (benefesiari) untuk sesuatu tujuan tertentu”.

Maka dalam kes ini, saya berpandangan, untuk menentukan sama ada kedua-dua bapa saudara anak-anak arwah tersebut adalah pemegang amanah yang sah atau sebaliknya.

Kita perlu lihat kepada persoalan adakah tindakan mereka memberikan nombor akaun kepada orang ramai untuk orang ramai menyalurkan sumbangan ke dalam akaun tersebut dianggap secara tersiratnya sebagai mewakili atau bertindak bagi pihak anak-anak saudara mereka, atau tindakan tersebut hanya untuk diri mereka semata-mata?

Jika jawapannya ya, maka sudah pastilah dalam keadaan tersebut mereka bolehlah dianggap sebagai pemegang amanah bagi pihak anak-anak mangsa tersebut.

Dan justeru itu, wang sumbangan orang ramai kedalam akaun mereka bolehlah dianggap sebagai wang amanah bagi pihak anak-anak mangsa, dan bukannya wang peribadi mereka.

Anda mungkin akan berkata, jika bukan dek kerana bersimpati dengan anak-anak mangsa, sudah pasti orang awam tidak akan sewenang-wenangnya mendepositkan wang kedalam akaun mereka.

Bahkan jika bukan kerana anak-anak mangsa juga, tiada sebab untuk orang awam menjadi “begitu pemurah” untuk mendepositkan wang sumbangan dalam akaun orang yang tidak dikenali.

Justeru, tindakan orang awam mendepositkan wang kedalam akaun mereka berdua adalah kerana mempercayai bahawa kedua-dua mereka adalah orang yang diamanahkan untuk mewakili anak-anak yatim tersebut.

Tanggungjawab Pemegang Amanah

Mungkin netizen akan melihat, di situlah wujudnya ikatan mereka sebagai pemegang amanah secara tidak lansung, walaupun mungkin kedua-dua mereka tidak pernah mendakwa secara verbal yang mereka adalah pemegang amanah bagi pihak anak-anak saudara mereka.

Persoalan ini saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat tafsiran.

Baik, sekarang mari kita lihat pula apakah tanggungjawab seorang pemegang amanah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta tersebut.

Di antara tanggungjawab seorang pemegang amanah termasuklah:

1. Tanggungjawab untuk bersifat amanah, setia, jujur dan tidak membuat sebarang keuntungan peribadi terhadap harta amanah.

2. Tanggungjawab untuk menjaga dengan sebaiknya harta amanah tersebut.

3. Tanggungjawab untuk melaburkan harta amanah tersebut secara sah mengikut undang-undang untuk kepentingan benefesiari.

4. Tanggungjawab terhadap benefesiari untuk mengagihkan harta amanah teraebut kepada mereka.

5. Tanggungjawab untuk menanggung pengurusan harian dan kebajikan benefesiari terutamanya yang bawah umur.

Maka daripada apa yang digariskan tersebut, sekiranya benar kedua-dua mereka dianggap sebagai pemegang amanah, adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah seperti di atas.

Kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab di atas, termasuklah kegagalan mengagihkan wang sumbangan orang ramai tersebut bagi kepentingan anak-anak arwah, mungkin bolehlah dianggap sebagai Pecah Amanah (Breach of Trust).

Jadi apakah tindakan yang boleh diambil untuk merungkai kes di atas?

1. Secara peribadi saya berpendapat, bagi kedua-dua bapa saudara tersebut, untuk mengesahkan kedudukan mereka sama ada mereka adalah pemegang amanah kepada anak-anak mangsa atau sebaliknya, mereka wajar memfailkan permohonan di Mahkamah untuk mendapatkan pengesahan atau arahan (direction) dari pada Mahkamah tentang status dan kedudukan sebenar mereka.

Perkara ini dibenarkan di bawah Akta tersebut

Secara tidak langsung mereka dapat membersihkan nama baik mereka setelah diviralkan di media massa dan media online yang seolah-olah mereka adalah orang yang tidak amanah.

2. Saman fitnah juga mungkin boleh diambil oleh mereka terhadap kakak mereka atas kenyataan yang telah dikeluarkan.

Biarlah Mahkamah yang menentukan kedudukan sebenar mereka dan biarlah Mahkamah juga yang menentukan sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak mereka adalah fitnah atau fakta sebenar.

3. Cuma untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan terperinci sama ada wujudnya elemen Pecah Amanah telah dilakukan oleh kedua-dua mereka atau sebaliknya, para penderma berhak membuat laporan polis terhadap kedua-dua mereka.

Siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis di bawah Seksyen 405 Kanun Kesiksaan atas tuduhan Pecah amanah Jenayah (Criminal Breach of Trust).

4. Jika terbukti bersalah mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Kesiksaan iaitu penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada 10 tahun, sebatan dan boleh juga didenda.

Sekian, terima kasih.

Penafian:

Kenyataan di atas hanyalah sekadar panduan umum dan hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata berdasarkan pemahaman dan rujukan ringkas penulis terhadap berita yang disiarkan di media massa dan media online beserta peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Ianya tidak dalam apa jua keadaan sekalipun dianggap sebagai satu nasihat perundangan kepada mana-mana pihak dan tidak akan mewujudkan apa-apa ikatan atau liabiliti perundangan antara peguam dan anak guam kepada para pembaca dan pihak-pihak yang terbabit.

Penulis juga tidak akan bertanggungjawab di atas segala masalah atau kerugian atau kesusahan yang dialami oleh pembaca atau mana-mana pihak susulan daripada kenyataan di atas.

Pembaca dan pihak-pihak terbabit dinasihatatkan mendapatkan nasihat perundangan kedua daripada peguam yang dilantik secara rasmi untuk kes yang dihadapi.

BACA INI JUGA: 6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Sumber: Thevocket

Apa Itu HPV (Human Papilloma Virus)?

Apa Itu HPV (Human Papilloma Virus)?

Human papilloma virus, juga dikenali HPV, adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis virus.

Human papilloma virus

Lebih kurang 40 jenis virus HPV dikenali sebagai 'genital human papillomavirus' merupakan penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia.

HPV jenis ini boleh menjangkiti bahagian kemaluan lelaki dan wanita. HPV jenis ini juga boleh menjangkiti bahagian mulut, tekak dan dubur.

HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah ketuat pada kemaluan dan kanser.

Walaupun begitu, tidak semua orang yang dijangkiti akan menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Dalam kebanyakkan kes, HPV akan sembuh sendiri tanpa memberikan apa-apa masalah kesihatan dan kebanyakan orang yang dijangkiti HPV tidak sedar mereka mempunyainya.

HPV bukanlah herpes atau HIV (virus yang menyebabkan AIDS) walaupun kedua-dua virus ini turut dipindahkan ketika hubungan seks.

Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HPV?

Sesiapa sahaja yang pernah atau sedang melakukan kegiatan seks boleh dijangkiti HPV terutamanya lelaki dan wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan.

Ini kerana HPV berjangkit melalui hubungan seks, samada melalui faraj ataupun dubur.

HPV juga boleh berjangkit semasa seks oral mahupun sentuhan antara kemaluan.

HPV boleh berjangkit walaupun pasangan seks tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala (symptom).

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti atau menjangkiti pasangan seks mereka.

Seseorang masih boleh dijangkiti HPV walaupun bertahun tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Individu juga boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis HPV.

Dalam kes yang terpencil, ibu mengandung dengan jangkitan HPV pada kemaluan boleh menjangkiti anaknya semasa dilahirkan.

Teori vaksin HPV

Harald zur Hausen, iaitu pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2008 bagi kategori 'Psychology or Medicine' dalam kajiannya menemui sebahagian HPV sebagai penyebab kanser rahim.

Penemuan ini membawa kepada pemahaman jangkitan HPV secara semulajadi dan mekanisma bagaimana HPV boleh menjadi punca kanser rahim.

Penemuan ini kemudiannya membawa kepada penghasilan vaksin HPV.

Teori mudah bagi vaksin HPV adalah sekiranya jangkitan HPV boleh dielak, maka kanser tidak akan berlaku.

Sejarah ringkas vaksin HPV

Vaksin HPV yang pertama, Quadrivalent Human Papillomavirus (Types 6, 11, 16, 18) sejenis vaksin rekombinan (HPV4) telah dilesenkan oleh Food and Drug Administration untuk kegunaan Amerika Syarikat pada Jun 2006 dan pada bulan yang sama, Advisory Committee on Immunization Practices mengesyorkan vaksin ini sebagai vaksinasi berkala bagi wanita berumur antara 11 dan 12 tahun.

Pada tahun 2009, HPV4 turut dilesenkan untuk mengelakkan ketuat pada lelaki dan pada tahun 2010, untuk mengelakkan kanser dubur bagi lelaki dan perempuan.

Pada tahun 2009 juga, FDA turut melesenkan vaksin HPV2, Bivalent Vaccine (Types 16 dan 18).

Product: Gardasil (HPV4)
Manufacturer: Merck
Year Licensed: 2006

Product: Cervarix (HPV2)
Manufacturer: GlaxoSmithKline
Year Licensed: 2009

Kedua-dua vaksin dikatakan berkesan untuk mengelakkan jangkitan HPV bagi jenis yang terkandung dalam vaksin.

Maka, secara tidak lansung melindungi daripada kanser mahupun pra-kanser yang disebabkan oleh HPV 16 dan 18.

Vaksin HPV4 pula dikatakan mampu melindungi kemaluan daripada ketuat yang disebabkan oleh HPV 6 dan 11 pada lelaki dan perempuan.

Masalah vaksin HPV

Vaksin HPV hanya melindungi 2 daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan HPV, menurut CAP.

90% daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, kebanyakkan jangkitan tidak memberikan sebarang tanda-tanda mahupun gejala yang negatif.

HPV bukanlah satu-satunya penyebab kanser servik. Antara punca berisiko tinggi lain yang dikenal pasti adalah merokok, jangkitan bersama herpes, Chlamydia atau HIV dan penggunaan hormon perancang keluarga. Ketidakseimbangan hormon estrogen terutamanya dikaitkan dengan kanser servik.

Malah jika seseorang wanita dijangkiti HPV yang boleh menyebabkan kanser, tidak semestinya dia akan mendapat kanser. Kemungkinan besar, badannya akan menyingkirkan virus itu sebelum kanser terbentuk.

HPV adalah penyakit jangkitan seksual

Penyakit ini hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja. Hanya mereka yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks rambang berisiko untuk menjangkiti HPV dengan mudah.

Ini bermakna vaksin ini sesuai untuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan pelacur.

Kanser serviks pula hanya berlaku selepas lebih daripada 10 tahun selepas berlaku jangkitan.

Vaksinasi kepada remaja berumur antara 9-13 tahun seperi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mampu melindungi mereka daripada 2 jenis HPV sahaja. Itupun kesan vaksinasi tidak dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.

Kematian Akibat Kanser Serviks

Kadar kematian akibat kanser serviks adalah rendah di Malaysia.

Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kes kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kes kanser rahim tidaklah setinggi di negara-negara Barat.

Kejadian kanser serviks menurun daripada 12.9% pada tahun 2003 kepada 12.2% pada tahun 2006 dan ini berlaku sebelum adanya vaksin HPV.

Sepanjang tahun 2006, hanya 1,074 kes sahaja yang telah dilaporkan. Bilangan kes tidak menunjukkan bilangan kematian yang disebabkan kanser serviks dan bukan semua kanser serviks adalah disebabkan oleh HPV.

Kanser serviks yang tipikal berlaku pada wanita berumur 40 tahun ke atas. Apakah logiknya untuk vaksinasi remaja yang baru akhil baligh?

Kesan vaksinasi tidak kekal spanjang hayat, biasanya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja.

Fakta ini boleh dilihat dalam ujian klinikal Gardasil (vaksin HPV4), perlindungan terhadap 'cell dysplasia' (perubahan kepada permukaan sel serviks) hilang setelah 4 tahun sahaja dan dalam ujian klinikal, peserta ujian diberikan dos suntikan yang keempat untuk menambahkan bilangan antibodi.

Dan ujian klinikal ini dilaporkan oleh Merck (pembuat vaksin) walaupun vaksinnya dipasarkan dengan tiga suntikan sahaja, bukan empat.

Menurut Dr Diane Harper, saintis utama untuk Gardasil, vaksin HPV hanya memberikan perlindungan 5 tahun sahaja daripada suntikan yang pertama.

Dan Gardasil hanya mengekalkan titer (kepekatan) antibodi untuk HPV 16 sahaja (tidak untuk 18, 11 dan 6) selama 5 tahun.

Ini bermakna perlindungan yang benar-benar kekal lama selepas diberi suntikan vaksin HPV4 Gardasil hanyalah bagi kanser yang disebabkan HPV type 16 sahaja.

Menurut Dr Diane Harper, jika seseorang yang divaksin tidak aktif secara seksual dalam 5 tahun, maka vaksin tersebut tidak melindunginya daripada kanser rahim.

Ini kerana tidak ada bukti bahawa Gardasil berkesan lebih daripada 5 tahun.

Dr Diane juga menyebut kegagalan logik memberikan vaksin kepada mereka yang berumur antara 9-15 tahun kerana mereka mungkin tidak akan terdedah kepada HPV sehinggalah kesan vaksin hilang dan tak berkesan lagi.

Suntikan Vaksin HPV Tidak Selamat?

Kajian saintifik menunjukkan suntikan vaksin HPV tidak selamat dan tidak berkesan seperti yang didakwa oleh pembuat vaksin.

Laporan yang sistematik telah dilakukan oleh kumpulan saintis di Kanada terhadap kajian vaksin sebelum dan selepas dilesenkan menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah tidak benar dan keberkesanannya tidak pernah dibuktikan.

Mereka mendedahkan bahawa ujian keselamatan vaksin ini mengandungi kesilapan yang besar dan bukti keselamatan vaksin adalah bertentangan dengan kes-kes yang dikaitkan dengan vaksin HPV (termsuklah kematian dan kecacatan kekal).

Artikel penuh boleh dibaca di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23016780

Menurut kajian yang dilakukan oleh Merck (pembuat vaksin) pula, jika seseorang telah terdedah kepada HPV 16 dan 18 sebelum suntikan vaksin, risiko untuk membentuk luka pra-kanser atau lebih teruk meningkat sebanyak 44.6%.

Bahaya Dan Kesan Sampingan Vaksin HPV

Menurut laporan perubatan, antara kesan sampingan yang serius termasuklah:
  • Guillain Barre Syndrome
  • Blood clots
  • Heart problems
  • Fainting
  • Seizures
  • Pancreatitis
  • Spontaneous abortion/Miscarriages
  • Fetal abnormalities
  • Neurology problems
  • Bells Palsy
  • Paralysis
  • Speech problem
  • Short term memory loss
  • Ovarian cysts
  • Blindness
  • Cardiac arrest
  • Sudden death

Sehingga 13 Ogos, 2012, VAERS telah menerima 119 laporan kematian selepas suntikan vaksin HPV berserta:
  • 894 laporan kecacatan kekal
  • 517 kejadian mengancam nyawa
  • 9,889 kemasukan ke wad kecemasan
  • 2,781yang dihospitalkan

Kesan serius lain juga boleh dibaca dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21425100 menunjukkan kaitan jelas penyakit autoimmune seperti Guillain-Barre syndrome selepas suntikan vaksin HPV.

Vaksin HPV mengandungi bahan-bahan berbahaya kepada manusia, antaranya:
  • HPV Types 6, 11, 16 dan 18
  • Aluminum hydroxyphosphate sulfate (sejenis neurotoxin, boleh menyebabkan penyakit autoimmune)
  • Yeast protein (boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang)
  • Sodium chloride,
  • L-histidine (berisiko menyebabkan penggumpalan darah)
  • Polysorbate 80 (boleh menyebabkan kemandulan pada wanita)
  • Sodium borate (digunakan sebagai racun lipas, dikaitkan dengan kemandulan)

Mengikut senarai di The National Library of Medicine (NLM) oleh National Institutes of Health, sodium borate yang ada dalam vaksin HPV telah disenaraikan sebagai racun yang berbahaya dan kini tidak digunakan lagi dalam perubatan.

Kesan atau gejala akibat keracunannya adalah seperti convulsion, collapse dan seizures dan gejala-gejala ini sering berlaku setelah suntikan vaksin HPV.

Kaedah lain mengatasi masalah kanser serviks

Mengikut laporan CDC berkaitan HPV kepada Congress pada tahun 2004:

Kanser servik adalah kesan yang jarang berlaku akibat jangkitan HPV pada wanita terutamanya jika mereka diperiksa untuk kanser secara berkala dengan pap smear.

Jika kanser dikesan awal dan diurus dengan cepat, kadar hidup bagi kanser servik adalah lebih daripada 90%.

Kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HPV. Kajian yang telah dilakukan kepada pelajar perempuan di kolej selama tiga tahun di Amerika Syarikat (semuanya anak dara pada mulanya) mendapati bahawa perempuan yang bersama pasangan yang sentiasa memakai kondom semasa seks adalah 70% kurang dijangkiti HPV berbanding wanita yang bersama pasangan yang tidak memakai kondom.

Dr. Tom Fitch, seorang pakar kanak-kanak dan pengerusi di Medical Institut for Sexual Health menegaskan bahawa kaedah terbaik untuk mengelakkan penyakit berjangkit secara seksual seperti HPV adalah dengan menahan diri dari seks dan monogami (tidak bertukar-tukar pasangan, seks rambang mahupun seks bebas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

Sumber: Movingtoislam

Selain Dicampak Ular, Murid Dakwa Dibawa Ke Tanah Perkuburan

Selain Dicampak Ular, Murid Dakwa Dibawa Ke Tanah Perkuburan

Selain menggunakan ular dalam program bina diri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didakwa turut membawa peserta program ke kawasan perkuburan.

Dicampak+Ular

Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Beluru mendakwa, mereka telah dibawa ke sebuah tanah perkuburan pada pukul 2 pagi pada hari motivasi itu dalam keadaan yang menakutkan.

Murid tahun enam itu menjelaskan selepas insiden itu, dia trauma dan tidak mahu lagi mengikuti mana-mana program motivasi anjuran APM.

"Pukul dua pagi mereka (jurulatih APM) kejut lepas tu kawat kaki, lepas tu mereka bawa pergi jalan dekat kubur.

"Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan.

"Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya macam trauma sebab lepas balik tu saya menangis teringat semua benda yang jadi kat program APM," kata murid itu yang enggan didedahkan identitinya.

Sementara bapa murid itu kesal dengan tindakan pihak APM kerana menyebabkan anaknya trauma selepas insiden mencampak ular ke dalam kolam dan di bawa ke kawasan tanah perkuburan semasa program motivasi bina diri itu.

Motivasi_Kubur

"Saya rasa tak wajar lah meletakkan ular sebab anak saya balik dari kem tu dia jadi macam trauma sehingga kami terpaksa buat rawatan cara kampung.

"Jadi saya rasa tak wajarlah benda-benda tu semua, dia rasa terkilan sikitlah sebab terjadi macam ni.

"Sepatutnya mereka tak boleh buat macam ni, masukkan ke ular ke bawa ke kubur pukul dua pagi.

"Rasa terkilan sikit cara cara dia orang menguruskan program ni," kata bapa murid tersebut.

Sebelum ini viral video insiden anggota APM mencampakkan ular ke dalam kolam sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar.

Susulan kejadian itu pihak APM menegaskan berlaku secara spontan dan diluar pengetahuan pihaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan berkata, penggunaan ular juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu malah sebarang modul yang disediakan tidak melibatkan penggunan haiwan.

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Sumber: AA

11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

Seperti yang rakyat Malaysia dan seluruh dunia sudah tahu, Najib Razak telah melancarkan aplikasi 'Najib Razak' untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Aplikasi Najib Razak

Aplikasi rasmi 'Najib Razak' memberi anda pengumuman terkini dan segala kemas kini media sosial Perdana Menteri dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini direka khusus untuk kemudahan pengguna dan untuk membolehkan interaksi bersama Datuk Seri Najib.

Sorotan daripada aplikasi 'Najib Razak':
  • Menerima berita terkini dan kemas kini daripada platform media sosial Perdana Menteri dengan satu sentuhan
  • Memahami pemikiran Perdana Menteri dengan membaca blog beliau
  • Aplikasi interaktif yang memberi peluang kepada pengguna untuk mengambil bahagian dalam kempen dan pemilihan
  • Peluang anda untuk berinteraksi dengan Perdana Menteri dan berkongsi idea serta cadangan

Sejurus dilancarkan, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi rasmi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, berdasarkan rating yang terkumpul, aplikasi ini hanya mendapat skor 2.6 daripada 5.

2.6

PS: Angka 2.6 ni macam familiar pulak.

Jadi apa komen orang ramai terhadap aplikasi ini?

1. Skor 5 Bintang

Aplikasi Najib Razak

Tiga orang pengguna di bawah ini adalah antara 48 orang yang memberi skor 5 bintang! Mereka amat menyanjung tinggi dan menganggap aplikasi ini sangat berguna.

2. Pengguna Jadi Billionaire!

Aplikasi Najib Razak

Ada juga seorang lagi yang memberi skor 5 bintang dan dia mendakwa hidupnya kini berubah menjadi seorang bilionaire!

3. Menyelamatkan Samsung Galaxy Note 7!

Aplikasi Najib Razak

Nampaknya, aplikasi ini ternyata mendapat pujian ramai. Daripada menyelamatkan hayat Galaxy Note 7 sehinggalah kepada memberi perubahan positif kepada kanak-kanak.

4. Masalah Selesai!

Aplikasi Najib Razak

Jumpa bomoh + muat turun aplikasi + korbankan kelapa + nyanyi lagu Rosmah = masalah selesai!

5. Nokia 3310

Aplikasi Najib Razak

Paling hebat, aplikasi ini turut boleh dimuat turun pada peranti Nokia 3310. Wow!

6. Belajar Bagaimana Nak Dapat Derma

Aplikasi Najib Razak

Yang ini pelik sikit. Ada sorang cakap app ni mengajar untuk mendapatkan derma dari Arab Saudi. Sorang lagi pulak cakap app ni tak mengajar macam mana nak dapatkan derma.

Mana satu yang betul ni? Mungkin dia belum explore habis lagi kot.

7. Aplikasi Terlalu Canggih!

Aplikasi Najib Razak

Kewujudan aplikasi ini juga menjadikan aplikasi internet banking yang lain tampak kuno dan outdated. Dengar tu bank-bank sekalian. It's time to upgrade your app!

8. Aplikasi Diet

Aplikasi Najib Razak

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari aplikasi terbaik untuk program diet, segalanya sudah terjawab sekarang

9. Turun Bukan Download

Aplikasi Najib Razak

"Rakyat nak Najib turun. Bukan muat turun Najib."

10. Penyebab Najib Quit?

Aplikasi Najib Razak

Eh, Najib dah berhenti?

11. Intip Rakyat?

Aplikasi Najib Razak

Siapa cakap Najib dah berhenti. Hati-hati semua, Najib Razak akan akses segala gambar, media, dan fail yang ada dalam handphone anda.

BACA INI JUGA: Tiada Wang 1MDB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?

Sumber: Says