Saturday, June 25, 2016

3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay, menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball.

Rakyat Malaysia paling banyak berhutang di Asia.jpg

Kaedah 1: Kaedah ‘snowball’

Menerusi kaedah ini, anda boleh menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.

Anda dinasihati untuk mengumpulkan sejumlah wang untuk tabungan kecemasan terlebih dahulu (misalnya, RM1,000).

Selepas itu, anda boleh menggunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda – satu persatu.

Anda perlu menyenaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar akaun hutang yang mempunyai baki yang paling minimum terdahulu.

Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah dulu, anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat.

Pendekatan ini akan memotivasikan anda untuk terus membayar hutang anda sehingga semua baki dapat dijelaskan.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membuat permohonan pinjaman peribadi yang baru dan mengurangkan penggunaan kad kredit.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin mengambil tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan semua hutang yang ada, dan pembayaran minimum mungkin akan menyebabkan pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang lain.

Kaedah 2: Kaedah ‘debt stacking’ atau kaedah penyusunan

Kaedah ‘debt stacking’ memerlukan anda menyenaraikan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

Contohnya, anda mempunyai 4 akaun hutang:

Debt-stacking.jpg
Contoh 'Debt-stacking'.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18%.

Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.

Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96.

Untuk memastikan baki hutang tersebut dapat diselesaikan dengan kadar yang pantas, anda harus menggunakan semua wang lebihan anda untuk membayar baki hutang anda.

Jika anda memperuntukkan sebanyak RM1,600 untuk membayar hutang anda setiap bulan, anda akan menggunakan lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.

Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04 (RM150.00 + RM106.04) dan seterusnya.

Kaedah ini dapat mengelakkan anda daripada membayar kadar faedah berganda kerana anda akan menyelesaikan baki pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi terdahulu.

Namun, proses ini akan memakan masa.

Anda mungkin hanya akan melangsaikan akaun hutang pertama dan melihat hasil pembayaran dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding kaedah ‘snowball’.

Oleh itu, kaedah ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.

Kaedah 3: Kaedah ‘snowflake’

Berbanding kaedah ‘snowball’ dan ‘debt stacking’ yang memerlukan anda memberikan komitmen kewangan bulanan yang tinggi untuk melangsaikan baki hutang, kaedah snowflake ialah kaedah yang lebih fleksibel.

Anda boleh membayar baki hutang anda mengikut kemampuan sendiri, tetapi dengan kekerapan yang lebih tinggi.

Hal ini bermakna, walaupun anda sudah membuat pembayaran minimum untuk baki hutang anda, anda terus membayar baki hutang anda setiap kali anda mempunyai lebihan wang mengikut kemampuan anda.

Contohnya, RM20 pada minggu pertama, RM50 pada minggu kedua, dan seterusnya.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda seakan-akan tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi kerana anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit.

Anda mungkin dapat melangsaikan hutang tanpa anda sendiri menyedarinya.

Kaedah ini juga sesuai bagi orang yang bekerja sendiri, ‘freelance’ atau yang melakukan kerja sambilan.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin menyebabkan anda perlu membuat pembayaran balik hutang dalam jangka masa yang lebih lama, dan anda tidak dapat menjangkakan bila hutang tersebut dapat dilangsaikan.

Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancangan yang teliti.

Anda hendaklah sentiasa mengemas kini baki hutang anda untuk mengelakkan caj-caj tersembunyi atau faedah terkumpul.

Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda perlukan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.

Jadi, yang manakah kaedah terbaik untuk saya?

Ketiga-tiga kaedah di atas mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.

Anda perlu melihat kaedah yang paling sesuai dengan situasi dan komitmen kewangan anda.

Kaedah ‘debt stacking’ mungkin adalah kaedah yang paling berkesan, kerana anda melangsaikan hutang yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi terdahulu.

Dengan masa, bebanan faedah anda semakin berkurangan dan anda dapat mengelakkan diri daripada membayar faedah pinjaman yang tinggi.

Namun, setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza.

Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera untuk mengetahui kaedah pembayaran hutang yang mana paling berkesan untuk anda.

BACA INI JUGA: Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Sumber: Astroawani

Friday, June 24, 2016

Creative Questioning, Cara Kami Rangsang Anak Berfikir Secara Kreatif!

Creative Questioning, Cara Kami Rangsang Anak Berfikir Secara Kreatif!

Soalan killer seorang anak terhadap bapanya, sampai tak senang bapaknya nak buang air besar, hanyalah cabaran kecik sebab hari ni kita akan balas dendam.

Creative Questioning.jpg

Saya nak kongsi satu teknik powerful iaitu Creative Questioning yang akan buat anak-anak pulak yang fade up nak menjawab soalan kita.

Creative Questioning adalah satu teknik, di mana kita tidak menjawab soalan anak-anak secara langsung dengan ayat penyata, tetapi kita jawab secara tidak langsung dengan bertanyakan mereka semula soalan-soalan killer secara bertubi-tubi, sampailah mereka sendiri jumpa jawapan kepada persoalan tersebut.

Saya bagi 2 contoh perbualan kami dengan Haikal, yang menggunakan teknik Creative Questioning.

Baca dan fahami betul-betul pattern soalannya, supaya korang boleh amalkan dengan anak-anak sendiri, dan kongsikan dengan kawan-kawan lain yang juga mempunyai niat membalas dendam.

CONTOH 1

Haikal: Papa, kuaci tu apa?

Papa: Emm kat mana Haikal dengar perkataan tu?

Haikal: Kat sekolah.

Papa: Oh okay. Siapa yang sebut?

Haikal: Teacher.

Papa: Masa teacher sebut “kuaci” tu, teacher tengah cakap tentang apa?

Haikal: Makanan. Pastu teacher ajar cara kopek kulit dia, pastu makan isi dia.

Papa: Oh maksudnya, kuaci tu boleh makan?

Haikal: Haah. Kuaci tu memang la makanan.

Papa: Haa pandai pun. Kalau boleh dimakan, maksudnya kuaci tu sejenis makanan lah.

Haikal: Tapi kuaci tu ada kulit tau. Kulit dia tak boleh makan. Kena kopek dulu. Macam kacang.

Papa: Ooo.. Habis tu, kuaci ni sebenarnya makanan ke kacang?

Haikal: Makanan pun boleh. Kacang pun boleh. Dua-dua boleh.

Papa: Yeayy betul.

CONTOH 2

Haikal: Mama, kenapa kereta kena ada empat tayar?

Me: Emm..cuba Haikal ambik kereta lego yang Haikal buat malam tadi. Nanti kita find out why.

Haikal: *pergi ambik kereta lego* Haa mama tengok ni. Tayar dia ada one, two, three, four!

Me: Haah betul. Cuba Haikal cabut satu tayar dia. Tengok apa jadi kat kereta tu.

Haikal: *cabut satu tayar* Dia jalan goyang-goyang hahaha kelakarnya!

Me: Haah kelakar kan. Cuba Haikal cabut satu lagi.

Haikal: *cabut satu lagi tayar* Alaa dah senget dah kereta Haikal. Tak boleh jalan dah.

Me: Kalau Haikal cabut semua tayar apa jadi?

Haikal: Alaa taknak lah. Nanti dia tak boleh jalan langsung.

Me: Haah betul. So kenapa kereta kena ada empat tayar?

Haikal: Supaya dia tak goyang-goyang dan boleh jalan shiuuuu lajuuu.

Me: Yeayy betul!

Haikal: Tapi kalau kereta takde tayar langsung pun boleh jugak.

Me: Aikk kenapa pulak? Macam mana dia nak jalan?

Haikal: Kita boleh letak wings. Nanti dia boleh terbang.

Me: Hmm. Dari zaman mama tadika dulu lagi, kalau lukisan tema wawasan 2020, mesti akan lukis kereta ada wings. Ni dah 2016 dah, yang. Elok je semua kereta masih bertayar empat.

Hehehe..

Jadi, itulah serba sedikit contoh yang saya boleh share tentang Creative Questioning.

Again, this is a very powerful technique untuk meransang creative/logical thinking skills anak-anak.

Kalau anda mahu anak-anak yang bijak berfikir sebelum berkata-kata, have good problem-solving skills, mempunyai sifat empathy yang tinggi dalam diri, ini salah satu teknik simple yang anda boleh praktikkan sendiri di rumah.

Bagus untuk melatih otak anak-anak.

Semoga bermanfaat!

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Sumber: Thevocket

6 Jenis Penyakit Lelaki Di Masa Tua!

6 Jenis Penyakit Lelaki Di Masa Tua!

Penyakit lelaki adalah pembunuh senyap yang sering menyerang lelaki. Antaranya ialah penyakit yang kita tidak sedar sebenarnya.

6 Jenis Penyakit Lelaki Tua.jpg

Penyakit ini kadang-kadang kita rasa remeh tapi akan menyebabkan menjadi teruk di masa hadapan.

Antara perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu ialah:

1. Ketagihan

Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit.

Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang.

Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh lelaki.Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan.

Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh mahupun alkohol.

2. Kolesterol

Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok ‘binaan’ penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga.

Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri.

Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH).

Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.

3. Sindrom Malu/Malas Kencing

Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain.

Sindrom merupakan penyakit lelaki yang kini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.

Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini.

Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau keretapi.

Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti, malah menolak untuk berkongsi tandas.

4. Ketulan Kanser Testikel

Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini.

Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor.

Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

5. Berdengkur Kuat

Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda.

Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan.

Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia.Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur.

Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras.

Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

6. Jangkitan fungus

Lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit.

Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan.

Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki ‘bernafas’.

Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat bersama. Kongsikan artikel ini kepada kaum lelaki supaya mereka lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri.

BACA INI JUGA: 21 Petua Menjaga Prestasi Batin Lelaki

Sumber: Wom

Tun Mahathir Gadai Prinsip, Haron Din Jilat Ludah Sendiri

Tun Mahathir Gadai Prinsip, Haron Din Jilat Ludah Sendiri

Kenyataan Mursyidul Am PAS, Haron Din bahawa Tun Mahathir menggadai prinsip kerana bersekongkol dengan DAP, yang dianggapnya musuh Islam, adalah lucu dan tidak berasas.

najib-haron din

Lucu kerana Haron Din seolah-olah lupa bahawa PAS cuma baru setahun bercerai dengan DAP setelah berpasangan di dalam Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008.

Sebelum itu, mereka bersama-sama di dalam Barisan Alternatif (BA) dari tahun 1998 hingga 2004. Ini tidak termasuk secara bukan harfiah sebelum tahun 1998.

Jika Haron Din menuduh Dr Mahathir menggadai prinsip kerana kerjasama dengan DAP yang dilabel memusuhi Islam, maka Haron Din harus mendesak pemimpin-pemimpin PAS membubarkan parti dan melakukan taubat setiap hari kerana dosa mereka lakukan bertahun-tahun dan berulang kali.

Bukan itu sahaja, Haron Din dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain menanggung dosa ahli-ahli dan umat Melayu Islam lain di Malaysia yang diseru menyokong DAP samada semasa di dalam BA atau PR di dalam tahun-tahun yang dinyatakan tadi.

Kerjasama PAS dan DAP di dalam BA dan PR mempunyai tujuan yang nyata – untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO yang Presidennya Melayu Islam.

Jika mereka berjaya, akan jatuhlah seluruh Kerajaan BN yang diketuai UMNO.

Ini amatlah berbeza dengan apa yang diperjuangkan Dr Mahathir hari ini menerusi Deklarasi Rakyat.

Dia mahu menjatuhkan Dato Seri Najib kerana skandal kewangan dan rasuah yang mampu menghancurkan Negara.

Skandal 1MDB itu bukanlah tuduhan liar dan hari ini, yang paling mutakhir ialah permohonan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi yang mahu Kementerian Kewangan Malaysia dan 1MDB menjelaskan wang sejumlah US$6.5 billion (lebihkurang RM26 billion) kerana kegagalan 1MDB membayar pinjaman dan jaminan.

Ini tidak termasuk siasatan yang dilakukan terhadap 1MDB kerana pengaliran wang haram (money laundering) yang sedang berjalan di Switzerland, Singapura, Luxemborg, USA, UAE dan beberapa negara lain.

Selain itu, kemasukan wang sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang dinafikan pada mulanya, sudah cukup menghilangkan kelayakan Najib sebagai pemimpin negara.

Adalah satu kesalahan yang amat berat untuk seorang Perdana Menteri mempunyai sejumlah wang sebesar itu di dalam akaun peribadinya yang tidak diisytiharkannya sebaik-baik menerima wang itu dan cuma mengaku apabila sudah tidak dapat menafikan lagi.

Skandal inilah yang telah membuatkan Dr Mahathir mengambil keputusan mendesak Najib meletak jawatan ataupun pada peringkat permulaan untuk bercuti sementara dan membenarkan institusi –institusi berwajib melakukan siasatan tanpa halangan atau gangguan.

Najib memilih untuk berdegil memegang jawatan dan akibatnya berlaku gangguan terhadap penyiasatan yang dijalankan terhadap Najib dan 1MDB sehingga Peguam Negara diberhentikan, Gabenor Bank Negara diugut, ketua dan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diarahkan bertukar dan ditekan.

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang sedang menyiasat turut dibubarkan.

Oleh kerana institusi-institusi ini telah dilumpuhkan, maka Dr Mahathir menyeru semua individu-individu berpengaruh di dalam negara untuk bersamanya mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Hasilnya, pemimpin-pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan, aktivis-aktivis dan pemimpin pelajar telah berkumpul dan bersama dengan Dr Mahathir menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) yang fokusnya mendesak Najib meletak jawatan, mahukan reformasi untuk institusi-institusi yang mudah diganggugat oleh pemerintah dan pemansuhan undang-undang era Najib yang bersifat kuku besi dan mengambil-alih kuasa Raja-Raja Melayu.

Selain itu Deklarasi Rakyat turut mempersoalkan GST, kos sara hidup yang melambung tinggi dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.

Pemimpin politik yang hadir adalah dari UMNO, PKR, DAP, PAN dan juga dari PAS. Sehingga hari ini PAS tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang menandatangani deklarasi itu kerana diterima bahawa mereka hadir sebagai individu dan tidak mewakili parti.

Jika PAS menerima hakikat bahawa pemimpin mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat adalah atas kapasiti sebagai individu, mengapakah pemimpin lain tidak dianggap hadir dalam kapasiti individu.

Mereka yang menanda tangani Deklarasi Rakyat juga menerima bahawa yang perlu diturunkan ialah Najib dan jika Najib meletak jawatan, pemimpin yang mengambil-alih sebagai Perdana Menteri mestilah menerima sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam lain perkataan, berdasarkan majoriti yang ada pada BN dan UMNO di Dewan Rakyat, perletakan jawatan Najib tidak akan membawa kepada kejatuhan Kerajaan kecuali ahli-ahli BN dan UMNO turut tidak bersetuju dengan pemimpin ganti dari UMNO dan BN.

Ini juga bermakna, penanda tangan Deklarasi Rakyat menerima bahawa perubahan Kerajaan hanya akan berlaku di pilihanraya umum ke 14.

Ini juga menunjukkan bahawa kesemua yang menanda tangani Deklarasi Rakyat menolak Najib dan dia ditolak kerana skandal 1MDB dan wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya.

Jika diteliti, amat jelas Deklarasi Rakyat tidak ada politik kepartian, tidak ada sebarang pakatan untuk menjatuhkan kerajaan ataupun kepimpinan Melayu Islam atau menukar dasar-dasar Islam yang sedia ada.

Selain itu, jika Najib turun, Deklarasi Rakyat itu secara sendirinya terbubar dan ahli-ahlinya terus bersama parti politik pilihan mereka.

Dari segi mana sekalipun, ini berbeza dengan PAS semasa bekerjasama dengan DAP di dalam BA dan PR yang mahu untuk menjatuhkan kerajaan samada menerusi pilihanraya ataupun demonstrasi jalanan seperti tahun 1998.

Selain itu kenyataan Haron Din bahawa bersahabat baik dengan musuh Islam (dalam konteks Haron Din ianya ialah DAP) “kita akan jadi seperti mereka” agak bercelaru.

Ini kerana Tun Mahathir baharu sahaja “berkenalan” dengan pemimpin DAP berbanding pemimpin PAS dan Haron Din dan itupun semata-mata kerana Deklarasi Rakyat dan tidak dalam satu wadah pakatan politik .

Mungkin kerana Haron Din sudah seperti musuh Islam kerana terlalu lama bersama mereka maka dia sudah lupa bahawa skandal Najib dikeji oleh Islam dan akibatnya telah membuat Melayu Islam satu bangsa yang jelek dan hina.

Jika Haron Din pemimpin yang benar memperjuangkan Islam, dia pasti bersama Tun Mahathir dan menolak Najib dan bukan sebaliknya.

#Kita tertanya-tanya juga, adakah Haron Din sebenar yang berkata demikian atau jin belaannya?

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!
BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Kesalahan Najib?

Sumber: Apanama.my

3 Jenis Universiti Awam Di Malaysia

3 Jenis Universiti Awam Di Malaysia

Pelajar Malaysia yang ingin memohon masuk ke Universiti Awam (kecuali Ijazah Pertama di USM, UiTM dan UM) mestilah mendaftar melalui UPU.

Universiti awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis.

1. Universiti Penyelidikan

Universiti Penyelidikan.jpg

Sejak tahun 2015, lima universiti di Malaysia telah dianugerahkan autonomi penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi:
  • USM – Universiti Sains Malaysia*
  • UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
  • UM – Universiti Malaya*
  • UPM – Universiti Putra Malaysia
  • UTM – Universiti Teknologi Malaysia

Universiti penyelidikan bertanggungjawab untuk secara aktif meneroka idea baru, bereksperimen dengan kaedah yang inovatif, dan mengambil inisiatif ilmiah dalam mencari dan mengembangkan pengetahuan.

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti penyelidikan adalah 50:50.

Antara misi utama universiti penyelidikan adalah menghasilkan pemenang anugerah Nobel dan menyediakan dana ujikaji dari industri berkaitan.

2. Universiti Berfokus

Universiti Berfokus.jpg

Universiti berfokus adalah institusi yang memberi perhatian terhadap industri-industri khusus seperti kejuruteraan, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.
  • UTM – Universiti Teknologi Malaysia
  • UUM – Universiti Utara Malaysia
  • UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • UTem – Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • UniMAP – Universiti Malaysia Perlis
  • UniSZA – Universiti Sultan Zainal Abidin
  • UMT – Universiti Malaysia Terengganu
  • UMP – Universiti Malaysia Pahang
  • USIM – Universiti Sains Islam Malaysia
  • UMK – Universiti Malaysia Kelantan
  • UPNM – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti berfokus adalah 50:50.

3. Universiti Komprehensif

Universiti Komprehensif.jpg

Institusi yang dikenal sebagai universiti komprehensif menyediakan program dalam pelbagai bidang pengajian.
  • UiTM – Universiti Teknologi MARA*
  • UIAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • UMS – Universiti Malaysia Sabah
  • UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak

Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti komprehensif adalah 70:30.

*Calon mahasiswa yang memohon Ijazah Pertama dari USM, UiTM dan UM mestilah memohon langsung ke institusi berikut dan bukan melalui UPU.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mendapat Pekerjaan Selepas Keluar Kolej Atau Universiti?

Sumber: Afterschool